Memaparkan catatan dengan label Penyakit Kronik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyakit Kronik. Papar semua catatan

Rabu

Mengawal alergi tanpa dadah

Assalamualaikum

Bagaimana mengawal alergi tanpa dadah..? I mean drug. Ubat.

Dalam entry yang lepas kita dah faham bagaimana histamine mempengaruhi proses hidung jadi tersumbat. Sekarang kita teruskan dengan objektif kajian ni.

Objektif kajian adalah
(1) Mencari tumbuhan (botanical product) yang dapat membantu mengawal histamine ke level yang sihat lagi normal (utk mengurangkan simptom alergi)
(2) Yang dapat membantu mengurangkan masalah tersumbat (healthy nasal passage)
(3) Memperbaiki kehidupan (Dengan ubat pun kita boleh kawal histamine (anti histamine) tapi belum tentu akan memperbaiki kehidupan sebab biasanya ada kesan sampingan sama ada kecil atau besar)

Strateginya adalah dengan melakukan kajian menyeluruh terhadap semua jenis tumbuhan dan herba yang mempunyai potensi bagi mengawal masalah hidung tersumbat ini. Nak memilihnya tu kena la pilih yang terbaik kan. Bukan main tangkap tangkap je lepas tu terus jadikan supplement. Banyak ujian yang nak kena buat sebelum kita pasti itu adalah yang terbaik.
 
Dah kenal pasti semua yang ada potensi, kemudian bio assay screening akan dilakukan dimana beberapa fasa in vitro experiment akan dilakukan bagi memastikan hanya tumbuhan atau herba yang benar benar mempunyai kebolehan mengawal hidung tersumbat saja yang akan dipilih. Akhir sekali adalah kajian ke atas manusia (clinical study) bagi memastikan dos yang sesuai  dan memastikan product ini benar benar berkesan setanding dengan pilihan ubat yang ada dipasaran kini.

Terdapat lebih 200 jenis tumbuhan dan herba yang dikatakan dapat membantu untuk mengurangkan masalah alergi dimana hanya 75 yang dikenalpasti benar benar mempunyai kebolehan bagi mengurangkan masalah hidung tersumbat. 75 jenis herba ini kemudiannya melalui proses bio assay di mana in vitro eksperimen dilakukan. Dalam fasa I.

Yang part ni aku susah sikit nak terang. Tapi part by part akan ada elimination process. Di mana, dari 75, hanya 35 yang terpilih kemudiannya jadi 25 dan akhir sekali hanya 10 yang dapat mengawal kadar histamine yang dirembeskan.

Dalam in vitro eksperimen fasa II pulak, setiap satu dari 10 jenis botanical ni kemudiannya di kaji kebolehan masing-masing mengawal kadar pengeluaran histamine, PGD2 dan LTC4.

Aku pun tak reti nak terangkan benda apa tu..Tapi sefahaman aku la..
Pengeluaran PGD2 (Prostaglandin D2) ni akan menyebabkan inflamasi dan suhu badan meningkat. Tu yang jadi demam. Kan kita bersin, berhingus, hidung sumbat lepas tu jadi demam kan.. Manakala, pengeluaran LTC4 (Leukotrienes D4) pulak akan trigger muscle kat trakea. Ianya adalah kesan lanjut dari masalah alergi yang mana ianya sejenis simptom biasa yang dihadapi oleh orang yang asma.

Maksudnya, kalau pengeluaran histamine tak dikawal akan jadi selesema, kemudiannya jadi demam (pengeluaran PGD2). Kalau orang biasa ianya akan jadi demam dan tubuh akan sembuh. Takde
pengeluaran LTC4. Tapi bagi mereka yang asma, LTC4 akan dirembeskan.

Maaf kalau salah. Susah sikit nak paham tapi boleh baca kat Wikipedia - Prostaglandin D2 

Hasil dari eksperimen bio assay ni, dapat dirumuskan ada 3 jenis botani yang benar benar mempunyai potensi besar bagi mengawal rembesan histamine dan sebagai bonusnya dapat mengawal rembesan PGD2 juga.

Iaitu
(1) Acerola cherry
(2) Cinnamon bark
(3) Spanish needle

Next kita akan cerita keputusan eksperimen bio assay bagi ketiga tiga jenis tumbuhan ni secara single dan apabila digabungkan.

Sorry kalau ada yang boring membaca topik ni. Anggaplah aku menulis untuk rujukan dan bacaan aku dimasa depan. Sayang kalau tak disimpan. Nanti lupa.


Nota kaki : Bagi yang masih belum tinggalkan link blog untuk di listkan, boleh tinggalkan komen kat SINI ya.


Daa

Selasa

Bagaimana proses hidung tersumbat berlaku?

Assalamualaikum

Bagi menunaikan janji janji manisku yang ditaburi minggu lepas. Sambungan bagi kisah presentation di SCC.

Lepas penerangan serba sedikit tentang kumpulan yang buat kajian product Clear Guard ni, kami diberi penjelasan tentang latar belakang dan objektif kajian tersebut. Serius susah gila nak menerangkan sebab aku bukan ada background medical kan. Aku share setakat yang mampu. Kalau ada yang tertinggal mintak halal ye.

Latar belakang
Oleh sebab kajian ni dijalankan di US, kebanyakan data adalah berdasarkan statistik di US. Di US sahaja, lebih 40 juta orang mengalami masalah hidung tersumbat setiap tahun. Antara punca-punca yang telah dikenalpasti adalah

(1) Alergi (alergen > habuk, kulapuk, debunga, bulu haiwan)
(2) Perubahan musim dan musim yang semakin panjang
Google Picture
Di negara 4 musim, musim bunga adalah musim paling banyak masak alergi berlaku disebabkan oleh penyebaran debunga oleh pokok-pokok yang berbunga.

Dikatakan bahawa, masalah hidung tersumbat merupakan antara 5 punca utama penyakit kronik yang berlaku.

Bagaimana proses ketidakselesaan hidung berlaku?
Sebenarnya yang ini kalau guna gambarajah lebih senang nak tunjuk. Tapi sebab kerahsiaan presentation tu (patent pending-related to legal issue) So aku pun tak boleh nak suka suka nak tunjuk segala. Secara ringkasnya macam ni.

Apabila kita terdedah kepada allergen (habuk, debunga, bulu binatang, kulapuk..etc), histamine akan dirembeskan. Orang yang ada masalah sensitif dengan allegen atau kita panggil orang yang ada alergi ni, biasanya badan dia dah sedia dalam keadaan berjaga jaga. So bila terdedah je dengan allergen, ia akan rembeskan histamine yang berlebihan. 

Google Pic : Antihistamine
Apabila keadaan ini berlaku, darah akan mengalir secara mendadak ke hidung lalu menyebabkan tisu hidung membengkak (kat sini hidung akan start merah). Membran hidung akan terengsa (mula rasa nak bersin) dan kemudiannya akan menghasilkan jumlah mukus yang berlebihan. So hidung jadi tersumbat.

Kesimpulannya
Lagi banyak allergen = histamine terus dirembes = lagi banyak darah mengalir = bersin tak henti henti dan hidung akan tersumbat = selesema.

** Histamine adalah sejenis kimia yang fungsinya meningkatkan pengaliran darah ke kawasan yang terdedah kepada bahaya.

Realiti hari ni,kita tau..allergen ada dimana mana. Tinggal di KL. Takkan semata mata sebab hidung tersumbat kita nak pindah ke kampung tempat yang kurang allergen. Tak tentu lagi ok. Sebab kat kampung orang tanam bunga banyak pulak debunga. Kesimpulannya, allergen di udara sekeliling kita boleh dikurangkan, tapi tak boleh dihapuskan.

So, apa yang kita boleh lakukan adalah dengan mengawal jumlah histamine yang dirembeskan. Sebab kan tadi jumlah histamine tinggi, darah yang mengalir ke tempat berkaitan akan jadi banyak kan.. So kalau dapat kawal histamine, simptom hidung tersumbat, bersin. mata berair dan merah tu akan dapat dikawal dan dikurangkan.

The idea adalah, menghasilkan supplement yang dapat membantu histamine level ke arah normal. Ingat ok. Histamine mesti dirembeskan jugak sebab ianya adalah sebahagian daripada immune sistem. Tapi masalah orang yang alergi ni adalah histamine levelnya tak normal. Penghasilan berlebihan. Sebab tu mudah selesema. So nak kurangkan, kena tolong dia kawal histamine level tu.

Setakat ni orang kawal masalah alergi dengan ubat anti-histamine. Since anti-histamine ni ada kesan sampingannya, kita nak ambil sesuatu yang lebih natural supaya kita legakan masalah hidung dan sihat dalam masa yang sama. Contohnya ubat selesema, kan biasanya bila ambik kita rasa mengantuk betul tak? So kalau kita ada something yang natural. Kita boleh lega dari masalah selesema tanpa rasa mengantuk. Kan lebih baik?

Boleh paham kot naa?

Sambung nanti pulak ya.. Sabaq noo..

Nota kaki : Aku tau ramai ada masalah ni. Ada yang dah siap siap tanya harga. Nanti da habis aku cerita pasal presentation ni baru aku bagitau harga. So, stay tune. :P

Last but not least, yang berminat nak masuk bloglist boleh komen kat SINI dan jangan lupa letak link blog supaya memudahkan aku nak listkan. Hihihi.

Daa

Rabu

Propaganda atau misinformation?

Assalamualaikum

Baru balik dari lunch. Alhamdulillah. Allah dah pinjamkan semula nikmat selera. Kalau sebelum ni kurang selera makan makanan kedai. Hari ni tak sempat masak, beli nasi kat luar pun da selera nak makan habis. Bagus tak membazir kan. Amalan syaiton tu..!

Aku tapau je lepas tu makan kat pantry ofis sebab ada Wifi FREE. Lepak situ sambil layan FB. Ada la baca status group ibu mengandung kat FB tu. Salah satunya adalah masalah biasa yang ibu mengandung sangat takutkan. Kena minum air gula sebab bacaan gula tinggi dari normal. Ibu tu mintak nasihat untuk pemakanan bagi kencing manis.

Maaf la. Aku tak puas hati sungguh bila ada orang yang bagi nasihat pada pesakit kencing manis suruh kurangkan gula dalam minuman. Kurangkan makan manis manis. Paling aku tak boleh blah ada suruh minum air ECPI. Geram!

Seriously. Pada aku, gula penyebab kencing manis ni lebih kepada propaganda je. Its not like orang makan sekilo atau secawan gula dalam minuman setiap hari. In fact, dari apa yang aku belajar, aku strongly disagree kalau kata gula ni adalah culprit yang menyebabkan kaki orang Malaysia kena potong.

Walau pun sebutnya kencing manis bukan bermaksud benda yang manis je yang menyebabkan bacaan gula tu tinggi. Tapi gula dalam darah tinggi adalah glucose dalam darah. Glucose atau bahasa melayunya glukos ni adalah hasil dari pencernaan karbohidrat. Bila karbohidrat dicernakan, ia akan menjadi glukos yang kemudiannya ditukar menjadi tenaga dengan insulin sebagai pemangkinnya.


Masalah bagi pesakit kencing manis type 2 ni adalah glukos dalam darah sentiasa berada dalam keadaan yang tinggi atau meningkat secara mendadak dan menyebabkan sel mengalami rintangan terhadap insulin. Dalam jangka masa panjang dan berulang kali, benda ni menyebabkan kencing manis. So culpritnya bukan saja gula. Tapi semua jenis karbohidrat yang menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat secara mendadak macam refine carb atau simple carb. Gula cuma salah satu daripada refine carb. 


Tapi yang lebih bahaya adalah nasi. Nasi putih yang kita makan, dan segala makanan roti, kuih muih yang buat dari tepung yang dah di refine (tak tau bahasa melayunya) yang sebenarnya punca utama. Sebab tu dalam piramid makanan dia suruh makan karbohidrat tu nasi beras perang, roti wholemeal.. Siapa pandai pandai lukis roti putih, nasi putih dalam tu? Lepas tu pandai pandai cipta diet atkins kononnya karbohidrat punca penyakit.

Marah bila iklan kat TV tunjuk pasal kurangkan gula la apa la.. Sudahnya ramai yang sala paham.

Paling pening yang suruh orang minum air kosong (ECPI) lepas tu cakap boleh sembuh penyakit itu ini. Memang la kekurangan air boleh jadi punca penyakit. Tapi kalau cakap air kosong atau air tapis boleh sembuhkan penyakit tu lagi hebat dari doktor. Dah tak payah susah payah ada hospital kalau macam tu. *sigh**


Nota kaki : Hati hati bila nasihat orang...err..bukan aku yang ada kencing manis.. Alhamdulillah aku sihat walafiat..

Nota kaki tambahan : Kalau gula penyebab utama kencing manis, kenapa tak ban air berkarbonat..sbb dalam air gas lagi banyak gula.. Malah, susu yang berperisa pun banyak gula..

Daa

Khamis

Penyakit buah pinggang pembunuh senyap

Assalamualaikum

Sebenarnya tergerak nak buat entry ni lepas baca entry Kakcik ni.

Kepada golongan yang berisiko tu sila silalah buat medical check up periodically. Supaya senang nak detect keadaan buah pinggang tu awal awal

Macam berita tahun lepas kata, 23000 pesakit buah pinggang yang berdaftar memerlukan dialisis. Hampir RM700 juta dibelanjakan untuk perubatan dan dialisis setiap tahun, dimana.. seorang punya belanja mencecah RM30k.

Kisah benar yang aku dah story berkali kali kat dalam blog ni.

Kawan shujin (sebaya shujin - awal 30an), meninggal tahun lepas selepas 3 tahun hidup dengan dialisis setiap 6 jam. Dia cuma tahu buah pinggang tak berfungsi bila dia jatuh pengsan dan koma. Masuk ICU. Doktor sahkan buah pinggang dua dua belah da rosak. Punca utamanya... kurang minum air.

Mak mertua kawan aku, 2 jam sekali dialisis. Baru habis dialisis kena dialisis lagi. Hish..

Susah nak detect penyakit buah pinggang ni sebab simptomnya mungkin datang sekali dengan simptom penyakit lain. So kalau dah tau berisiko tu ada baiknya kalau pegi buat medical check up sekurang kurangnya setahun sekali. 

Nota kaki : Shujin marah kalau aku banyak guna pewarna bila buat kek sebab nanti beban kat buah pinggang. So tiap kali nak buat pun aku buat kek vanila kek coklat sesekali buat cheesecake. Aritu buat kek karamel tu pun dia bebel sikit walau pun aku guna sikit je pewarna. Katanya bukan ada fungsi apa pun pewarna tiruan tu, cantik je la. Buat rosak buah pinggang je T_T. Tapi teringin nak buat red velvet. Tapi mengenangkan jumlah pewarna yang nak digunakan tu.. jadi bahan kena marah je nanti.

Daa

Rabu

Ma

Assalamualaikum

Actually masa aku kat Kedah aku ada mention yang Ma (mak mertua) masuk hospital (putrajaya). Lepas naik lebam dan birat tangan kena ambik darah berbotol botol baru dapat separuh dari whole conclusion. Ma adalah Hepatitis B carrier. Dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Selayang.


Aku tak terus balik sebab Kak Long (kakak ipar) pesan kat shujin. Habiskan kerja baru balik. So, walau pun berat hati, kami teruskan jugak segala plan dan balik hari Ahad. Semalam baru dapat melawat Ma. Tu pun lepas habis waktu melawat sebab balik kerja terus ke hospital. Terpaksa bergilir gilir sebab Aqil dengan Atiqah ikut sekali. Tak boleh masuk.

Semalam kuningnya dah makin ok kata Ma. Tapi pada aku kuning kat mata putih dan kulit mukanya still obvious lagi. Aku tanya dengan Ma, ubat apa doktor bagi. Kata Ma doktor bagi vitamin je. Vitamin tambah darah etc. Aku tak familiar dengan drugs related to penyakit hepatitis B sebab walau pun aku carrier tapi aku tak pernah ada simptom. Cuma aku rasa since hepatitis B adalah sejenis virus, maybe takde ubat yang boleh bantu. Nanti aku search lebih lanjut lagi pasal ni.


Lebihnya Ma suruh aku tanya Kakcik sebab Kakcik lebih tau. Syukur Ma kata kuningnya dah makin kurang compare to 2-3 hari lepas, kak long kata keadaannya tak berubah. Keadaannya tak kritikal tapi serius. Semalam doktor kata Ma dah boleh balik, tapi tak tau bila. Susah hati jugak. Actually aku agak takut sebab aku memang dah tau aku carrier, dan aku tau shujin dah ambik antibodi. Kaklong dengan Kakcik obviously bekerja dalam health (sick?) industry memang kena ambik vaksin. Tapi aku tak sure Ma. So aku takut Ma dapat dari aku.

Aku harap tak. Sekarang Ma dah masuk phase treatment (? kott..panggilnya) walau pun tak tau virus count nya berapa. Maksudnya minimum dosage tak diketahui, tapi since doktor judge keadaannya agak serius diorang proceed without knowing the level. Macam tu lah lebih kurangnya.

Aku doakan Ma cepat sembuh. Dan aku harap hatinya masih ok. Oleh kerana aku sangat sangat aware pasal penyakit ni, aku memang sangat takut.

Bagi hepatitis B carrier, aku harap sentiasa berhati hati dan make sure to stay as healthy as possible supaya immune sistem boleh bertindak mengelakkan dari virus berkembang dengan biak. Virus mungkin tak menyerang masa muda, banyak kes virus menyerang masa usia dah semakin lanjut.

Nota kaki : Kata Ma, makan kat Hospital Putrajaya tak best, tawar hebiaq. Makanan kat Hospital Selayang sedap. Siap boleh order lagi. Ada nurse datang ambik order. Hehehe..

Daa

Selasa

Apa yang doktor takkan bagitau kat kita - tentang vaksin

Assalamualaikum

Entry ni kira macam kesinambungan dari kisah apa yang doktor takkan bagitau kat kita. Tapi ni cuma hasil dari pembacaan aku dan pandangan aku sendiri. Ianya lebih kepada berkaitan dengan pengambilan vaksin. Dari entry yang pertama aritu, ramai yang kurang setuju dengan pandangan pakcik yang tak bagi anak dia ambik vaksin.

Pada aku pengambilan vaksin kat Malaysia ni macam dah diwajibkan. Sebab those thinking adalah ditanamkan dalam diri kita sejak turun temurun dari zaman mak mak kita lagi. Walhal takde pun akta yang kata kalau tak ambik vaksin tu kena tangkap ke apa. Tapi kenapa orang still tak miss ambik vaksin. Walau pun sebenarnya kebanyakan dari kita tak tau pun vaksin tu sebenarnya untuk sakit apa. Contohnya MMR. Gabungan 3 jenis penyakit. Aku pun takde idea macam mana penyakit tu. Tapi dah doktor kata kena ambik. Ambik je la kan.

Industri vaksin ni adalah dikatakan satu industri yang diwujudkan berasaskan ketakutan manusia. Setuju atau tidak. Hakikatnya. Kita tak pernah tengok macam mana rupa sakit rubela. Aku tak pernah dengar ada orang sakit rubela kat Malaysia ni. Tapi WHO kata. Dengan adanya vaksin MMR tu, berjuta nyawa berjaya diselamatkan. Betul tak..

Sebagai contoh. Penyakit selesema babi (swine flu) yang havoc satu masa dulu. Bila WHO isytihar kata swine flu dah jadi wabak peringkat 6. Ramai orang mula berpusu-pusu ambik vaksin untuk elak kena swine flu. Sebab takut kena swine flu. Kalau tak takut kena, agak-agak ada tak orang pegi ambik vaksin tu? Aku jumpa satu artikel di website CAP (Penang punya badan consumer), satu artikel merevealkan senarai nama advisor dalam WHO yang dapat duit dari company farmasi besar untuk influence decision supaya WHO isytiharkan swine flu sebagai satu wabak. Sorry kalau kenyataan aku ni melampau, tapi industri dadah ni adalah satu industri orang buat duit dengan misery orang lain. Lagi miserable orang lagi banyak diorang buat duit.

List of flu advisor with financial ties to big pharma vaccine manufacturers

Agak-agak kalau flu advisor tu tak dapat duit dari big pharma tu, diorang announce tak swine flu jadi wabak. Agak-agak pembekal vaksin boleh buat duit tak?

Tujuan aku buat entry ni bukan nak influence orang supaya tak ambik vaksin atau ubat. Tapi adalah untuk orang tahu apa yang diorang suntik dalam badan anak masing-masing. Kadang-kadang kita percaya pada authorities, tapi kita kena ambik tahu jugak apa risiko yang kita ambil. Semua orang hidup dengan membuat pilihan. Terpulang pada diri masing-masing.

Lagi artikel pasal vaksin oleh CAP
Pig virus found in vaccine
Cervical cancer vaccine

Bercakap mengenai ketakutan. Pada aku, penyakit macam hepatitis lebih menakutkan, tapi kenapa masih ramai orang yang tak ambik suntikan vaksin. Sebab kerajaan takde suruh macam suntikan pada anak-anak. So, pada aku. Memang tak boleh dinafikan bahawa industri vaksin ni adalah satu industri berasaskan ketakutan. Orang tak takut kena hepatitis sebab tak ada pendedahan. Walau pun dah ramai yang kena. Orang takde rasa kewajipan nak ambik sebab mostly orang takde idea tentang penyakit hepatitis. Tapi bila aku bercakap tentang vaksin pada bayi. Ramai yang tak setuju. Walau pun bukan pernah tengok pun penyakit tu. Malah. Ada yang dah ambik vaksin full set pun still kena jugak pneumacoccal.

Bare in mind. Pneumacoccal punya injection ambik empat kali. Satu kali kalau klinik biasa tak kurang dari RM150. Kalau kat specialist boleh cecah RM280. Kalau 4 kali. Seribu. Still ada risiko kena jugak. Agak-agak berapa kos untuk buat satu dos vaksin tu? Aku rasa patutnya aku bukak farmasi. Hehehe..

Terpulang pada judgement masing-masing. Aku tak larang ambik vaksin. Aku tak suruh ambik. Apa yang aku tuliskan adalah dari apa yang aku baca. Ni aku sedaya upaya ambik dari source yang tak bias.

Aku pernah tanya PAED tentang MMR, sebab aku pernah baca MMR link to autism. Aku tak ingat apa PAED kata. Tapi dia explain MMR is safe. Sekarang, lepas aku baca banyak-banyak aku rasa takut pun ada.

Apa pun, aku tak salahkan doktor. Doktor pun manusia. Kadang-kadang diorang manusia. Bukan diorang taknak bagitau. Kadang-kadang diorang terlupa nak bagitau tentang side effect ubat yang diorang bagi kat kita. Pernah aku dapat ubat batuk yang bagi side effect gatal-gatal pada bayi kalau breastfeed. Nasib baik aku gatal nak search masa tu. So bukan salah doktor semata-mata. Salah aku jugak kalau aku tak check.

Contoh macam kes NI

Nota kaki : Agaknya kalau kerajaan wajibkan makan sayur, sihat walafiat gamaknya orang Malaysia ni kan. Hehehe..

Credit untuk MommyFara yang inspire aku untuk baca pasal ni dalam komennya pada entry lepas. :D

Daa

Isnin

Apa yang doktor takkan bagitau kat kita

Assalamualaikum

Aku attend satu lagi kelas yang aku rasa pengetahuan yang diberikannya sangat-sangat berguna. Kelas tu sorang medical assistance yang dah pencen yang conduct. Bayar doblas hengget je laki bini. Seronok jugak.

Topiknya adalah berkaitan dengan "apa yang biasanya doktor takkan bagitau kat pesakit"

Apa yang menariknya. Pakcik tu anak dia ada 3 orang. Dan dia tak bagi anak dia satu pun suntikan vaksin (imunisasi) kecuali BCG kalau tak silap aku. Anak dia dah besar-besar sekarang ni, tak sorang pun pernah makan ubat batuk. Dia cerita pengalaman dia sebagai seorang medical assistant, dalam sebulan 100kg gula digunakan untuk buat ubat batuk. Ngeri okeh.

Berkenaan dengan kenapa dia tak bagi anak dia suntikan vaksin. Antara sebabnya adalah, seperti yang kita tahu, mendapat suntikan vaksin tak bermaksud kita akan bebas 100% dari kemungkinan untuk mendapat penyakit tersebut. Pengalaman aku sendiri. Anak kenalan aku dapat pneumacoccal walau pun lepas ambik suntikan pneumacoccal. Selain dari tu, katanya vaksin yang digunakan tu biasanya disimpan dalam peti sejuk. Walau pun sebaik baiknya diorang gunakan kaedah first in first out. Tapi kadang-kadang hospital dan klinik terlalu sibuk nak manage semua tu. Ada kes dimana vaksin yang disuntik ke dalam badan pesakit adalah yang dah expired. Ada beberapa sebab lain lagi. Tapi aku tak sempat nak salin. Aku rasa 2 sebab ni dah cukup serius.

Pakcik tu kata, dia tak suruh sesiapa ambik langkah macam dia. Itu adalah pilihan dia. Ambik suntikan vaksin dapat mengurangkan risiko. Lagi pun pakcik ni memang sangat strict dalam mengamalkan pemakanan sihat. So dia memang make sure anak-anak dia dapat nutrisi yang secukupnya supaya antibodi anak-anak dia cukup bagus. Thats why anak-anak dia tak pernah makan ubat batuk. Sebab diorang tak pernah batuk.

Dia suggestkan baca sebuah buku yang bertajuk  What your doctor doesn’t know about nutritional medicine may be killing you - By Ray D. Strand, M.D.
Aku belum beli dan baca buku ni. Tapi dari sinopsis yang diceritakan kat aku adalah, isteri penulis dapat sejenis penyakit yang sangat sukar nak diubati. Iaitu Fibromyalgia. Aku pun tak reti nak sebut dan tak tau penyakit apa. Apa yang penting. Penyakit tu dikatakan sebagai "a true miserable disease". Macam-macam jenis ubat dia bagi isteri dia makan, tak jugak sihat. Akhirnya dia cuba bagi isteri dia makan supplement tambahan. Dalam masa 3 bulan. Isteri dia nampak lebih sihat dari sebelum sebelum ni.

Oleh kerana dia dapati yang medical school tak pernah stress kan pasal nutritional medicine, so dia pun buat kajian klinikal dia sendiri. Dari situ, dia dapati yang sejenis proses yang oxidative stress menyebabkan banyak jenis penyakit degenerative. Ia merupakan sel yang telah dirosakkan oleh radikal bebas (free radicals) di mana radikal bebas ini biasanya terdiri daripada molekul oksigen yang tak cukup elektron. Seperti yang kita tahu, radikal bebas ini terhasil daripada asap rokok, tekanan yang terlampau, pencemaran air, udara dan sinaran UV. dan jangan tak percaya, radikal bebas juga terhasil apabila seseorang bersenam dengan terlampau.

Untuk meneutralkan radikal bebas ni kita perlukan antioksidan. Oleh kerana badan kita tak menghasilkan antioksidan, kita perlukan antioksidan dalam pemakanan atau dengan mengambil supplement. Kalau kita tak ambil antioksidan yang mencukupi untuk mengawal radikal bebas yang terhasil tubuh akan lebih mudah mendapat penyakit yang membunuh seperti Coronary artery heart disease, cancer strokes arthritis, multiple sclerosis, Alzheimer dementia dan macular degeneration. Macular digeneration tu adalah penyakit pada mata. Kalau nak check boleh buat amsler grid test. Biasanya kalau kena kencing manis senang kena penyakit ni.

Biasanya medical doktor takkan beritahu semua ni pada pesakit. Malah, studies tentang perkara yang negatif tentang vitamin yang di highlight kan. Oleh sebab itu kadang-kadang kita tak hairan bila orang pandang remeh pada pengambilan vitamin supplementation. Logiknya sebab industri dadah (read: ubat) adalah menghasilkan banyak duit. Apa pun, menurut penulis, seorang doktor yang baik akan menyampaikan mesej yang berikut pada pesakitnya

Both drugs and a healthy immune system is needed which is why he recommends high quality nutritional supplement – because he has ‘never seen patient achieve this kind of response with traditional medicine alone’
A nutritional supplement is not alternative medicine but complementary medicine.

Arghh..Banyak nya buku nak kena baca dalam list aku! Tapi aku rasa buku ni memang antara must have. Walau pun anak-anak aku dah terbabas minum ubat batuk. Insya allah in future aku memang nak pastikan diorang tak perlu ambik ubat. Aku dah start praktis bagi diorang makan extra vitamin C bila demam. Alhamdulillah. So far anak-anak payah nak demam berbanding dulu, 2 bulan sekali mesti kena pergi klinik.

Orang liat nak makan vitamin, tapi makan ubat laju je kan..

Daa

Rabu

Halal saja tak cukup

Assalamualaikum

Pernah dengar cerita pasal telur? Telur ayam..

Zaman dulu...orang bela ayam jantan, ayam betina..dapat telur...halal tak? HALAL...toyyib tak? toyyib...

Lepas tu, orang bela ayam betina..suntik-suntik dapat telur..Halal tak? HALAL..toyyib tak?
jawab dalam hati...tapi pakcik aku panggil telur haram sebab takde bapak..

Baru-baru ni gempar kat cina..tak ada ayam betina..tak ada ayam jantan..tiba-tiba dapat telur..
Yang ni kita panggil telur haram jadah :P

Hehehe...

kalau rajin cari lah buku ni

Ramai orang zaman sekarang mementingkan halal. Masa aku pegi jual chupa chup tu ada sorang pakcik tanya aku. Halal ke ni? Aku senyum je.

Tapi berapa ramai yang mementingkan makanan yang halal dan toyyiban. Kalau ada yang tak faham toyyiban. Toyyiban ni maksudnya yang baik. Tapi bukan setakat baik. Yang terbaik. Dalam pemakanan kita sehari-hari. Kita cari yang halal. Adakah kita pentingkan kualiti?

KFC halal. McD halal. Tapi adakah ia yang terbaik? Allah berikan kita padi. Apa kita buat? Strip out segala vitamin dan nutrisi penting melalui proses pengilangan. Halal tak? Halal.. Tapi adakah itu yang terbaik. Jawab dalam hati.

Makan kat kedai halal tak? ..Ya..Halal..
Tapi adakah penyediaannya yang terbaik? Adakah bahan yang digunakan yang terbaik?

Ada ustaz pesan..kalau hantar anak sekolah..mengaji nak bagi soleh..tak soleh soleh..Mesti ada something wrong dengan pemakanan atau sumber rezeki.

Careful orang yang company nya menjual barang dan perkhidmatan yang bersangkut paut dengan benda yang haram atau mengamalkan riba. Careful dengan apa yang kita suap ke mulut anak-anak. Walau pun kita yakin duit kita halal, apa yang dimakan tu halal. Tapi halal saja tak cukup.

Ramai orang tiap-tiap bulan servis kereta. Sebab nak jaga supaya kereta tahan lama. Tapi ramai orang tak peduli pada badan sendiri. Segala sampah suap masuk dalam perut. Sori aku cakap sampah. Tapi itu hakikatnya. Perlu tak pewarna tiruan? Perlu tak perasa tiruan? Tak perlu. Tapi tengok lah. Apa makanan yang tak ada pewarna dan perasa tiruan?

Bersenam tak sempat. Makan sayur buah tak suka. Tambah ajinomoto sebab sedap. Apa juga alasan.

Allah beri kita tubuh badan yang sempurna. Badan yang sihat. Tapi bila pulangkan balik. Macam mana keadaannya? Buah pinggang rosak. salur darah penuh lemak. Jantung lemah. Paru-paru hitam.

Tak malu ke?

Luaran nak cantik. Mekap. Lotion. Lipstick. Foundation. Dalaman kita belek dak? Minum air cukup 8 gelas? Makan sayur 5 serving? Protein ambik cukup tak?

Bila sakit makan ubat (drugs). Tapi itu ke yang badan kita perlu? Ramai orang zaman sekarang. Bila sakit, makan ubat. Sedangkan kebanyakan mereka sakit sebab tak cukup nutrition. Menyedihkan bila tengok macam mana orang berharap pada ubatan yang sebenarnya membunuh mereka secara perlahan-lahan.

Selamat berfikir. Jom hidup lebih sihat!

Daa

Khamis

Calcium Deposits in blood vessel - Tak pernah dengar, tapi mungkin terjadi pada kita

Assalamualaikum

Dalam salah satu health talk yang aku attend, doktor tu ada sentuh tentang calcium deposits in blood vessel. First time aku dengar. Sayangnya doktor tak ulas lebih lanjut tentang fenomena tu. Just dia kata, ada mesin untuk check calcium deposits tu kat hospital sime darby kat sunway ni. Aku tak ingat panggilnya apa SJMC eh. Dan dengan bangganya doktor tu mention dia dah try mesin tu dan resultnya adalah pada umur 60 tahun lebih, dia takde mengalami benda tu. Katanya adalah kesan daripada mengamalkan gaya hidup sihat selama lebih 30 tahun. Harap-harap sebenarnya bukan mesin tu rosak. Hehehe..

Since aku still takde banyak maklumat pasal calcium deposits ni, pembacaan melalui hasil Google semata-mata. Agak banyak jugak fakta yang bercanggah antara satu sama lain. So susah sikit nak buat kesimpulan pasal ni.

Apa yang pasti adalah. Calcium deposits ni adalah satu fenomena di mana kalsium mengalir ke dalam salur darah seseorang dan membentuk mendapan. Mendapan ni kalau dibiarkan akan menyebabkan salur darah mengeras dan tersumbat. Macam yang kita tau, 99% daripada kalsium dalam badan kita adalah terdapat pada tulang dan gigi. Dan hanya 1% mengalir dalam darah bagi proses-proses penting. Sefahaman aku lagi, fenomena ni mungkin berlaku kepada orang yang tak mengamalkan gaya hidup sihat, sama ada kurang bersenam atau tidak makan makanan yang seimbang.

Kalau tak bersenam, calcium akan leaking. Walau pun mungkin ada orang yang ingat kalsium berlebihan adalah salah satu punca fenomena ni berlaku, tapi sebenarnya kalau seseorang tak ambil cukup kalsium mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah ni.
Selain dari tu, kekurangan vitamin dan mineral yang associate dengan kalsium seperti vitamin K dan juga magnesium juga boleh jadi penyebab. Simptom bagi masalah ni agak sukar dikenalpasti. Aku masih dalam usaha mendapatkan maklumat yang tepat tentang penyakit ni.

Apa pun, kesimpulan yang aku boleh buat adalah, lebih ramai orang zaman sekarang mati disebabkan oleh penyakit gaya hidup berbanding penyakit yang disebabkan oleh virus. Walau pun virus HIV tu menakutkan, tapi sebenarnya ramai yang mati kencing manis dari yang mati sebab AIDS.

Selain dari tu, kekurangan kalsium juga menjadi salah satu punca penyakit batu karang.

Nota kaki : Kalau ada yang pernah dengar pasal calcium deposits ni meh la share.

Daa

Rabu

Hari Diabetes Sedunia yang dah terlepas

Assalamualaikum

Bila sebut hari diabetes sedunia rasa macam something yang diraikan pulak kan.. Terbaca paper NST column khas berkaitan dengan penyakit diabetis. Satu bahagian khas berkaitan dengan mitos mengenai diabetes.


Aku tak beli paper tu. Aku baca kat 7e je. (Punye lah kedekut..haha) So aku tulis yang mana aku ingat ok.

Mitos 1
Drugs tidak baik untuk diabetes
Fakta : Drugs boleh membantu mengawal penyakit diabetes

Komen aku : Kalau dikupas dari segi membantu mengawal, aku tak nafikan bahawa drugs memang sangat berkesan untuk mengawal diabetes. Tapi setahu aku, belum ada lagi ubat yang dapat menyembuhkan diabetes kerana diabetes ini merupakan penyakit yang dikategorikan sebagai lifestyle disease. Apa yang diorang tak highlights adalah drugs yang diambil untuk mengawal penyakit diabetes mempunyai side effect dan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan penyakit lain pulak. Nak sembuh kena tukar gaya hidup kepada gaya hidup yang lebih sihat. Agak-agak berapa orang yang makan ubat diabetes aware pasal ni?

Mitos 2
Supplement menyembuhkan penyakit diabetes
Fakta : Supplement tidak menyembuhkan penyakit diabetes

Komen aku : Seperti yang aku katakan, diabetes adalah lifestyle disease. Tak ada ubat yang boleh menyembuhkannya. Peranan supplement hanyalah sebagai sokongan kepada tubuh. Hmm.. Macam mana nak cakap eh. Supplement bukan ubat. So ia tak menyembuhkan. Tapi its proven that dengan changes in lifestyle dan pengambilan dietary supplement yang sesuai secara konsisten, seseorang boleh menurunkan kadar gula pada tahap yang normal. Malah, tak silap aku doktor yang tulis buku the spectrum tu pun ada tulis pasal ni.

Aku bukan nak kata apa yang diorang tulis tu salah. Betul lah apa yang mereka tulis. Tapi kenapa tak tulis in detail. Apa yang aku faham adalah penyakit adalah sejenis business. Selagi ada orang sakit. Selagi tu syarikat pengeluar ubat ada business. Supplement? Ala..makan sayur hari-hari. Makan secara seimbang tak payah makan supplement pun tak apa. Aku yakin kebanyakan orang fikir macam tu. Or at least, kebanyakan orang yang aku jumpa fikir macam tu. Sedangkan hakikatnya berapa orang yang yakin mereka dapat semua nutrisi yang diperlukan melalui makanan.

No such thing as prevention dalam fikiran mereka. Biasanya when they realize it, its already too late.

Ramai orang sekarang muda-muda belia dah dapat macam-macam penyakit. =)

Daa

Isnin

Reverse Heart Disease Program

Assalamualaikum

Bagus kan bila ada ramai kawan. Berkawan dengan mekanik kita belajar pasal kereta. Berkawan dengan orang bank kita belajar pasal kewangan. Berkawan dengan doktor kita belajar pasal kesihatan. Berkawan dengan cikgu kita belajar pasal ABC. Hehehe..

Seorang doktor pakar saraf kenalan aku selalu berkongsi info tentang kesihatan. Salah satu perkara yang aku sangat kagum dengan dia adalah dia tak lokek nak berkongsi apa-apa ilmu pengetahuan.

Salah satu yang dia share adalah mengenai satu konsep yang diperkenalkan oleh Dr. Dean Ornish lebih kurang 20 tahun dulu dalam sebuah buku yang bertajuk "The Spectrum". Dikatakan, ia merupakan kaedah berkesan menurunkan berat badan, kekal sihat dan hidup lebih lama melalui amalan pemakanan setiap hari. Tambahan lagi, kaedah ini juga dikatakan berkesan bagi memperbaiki masalah penyakit jantung (Aku tak boleh tulis menyembuhkan sebab yang menyembuhkan biasanya adalah ubat)

The Spectrum

Sedikit maklumat tentang The Spectrum: A Scientifically Proven Program to Feel Better, Live Longer, Lose Weight, and Gain Health

Sebenarnya selain dari Dr Dean, Dr. Stephen T. Sinatra pun ada memperkenalkan The Sinatra Solution bagi mengelak dan memperbaiki masalah jantung. Nak tau lebih lanjut kenalah baca sendiri dalam buku Dr. Sinatra - The Sinatra Solutions Metabolic Cardiology.

Menurut Dr Sinatra, penyembuhan penyakit jantung melalui kaedah perubatan moden (drugs dan pembedahan) hanya akan memburukkan keadaan. Tapi aku tak berani nak ulas lanjut pasal kandungan kedua-dua buku tersebut sebab aku pun tak baca lagi.


Satu lagi buku Stephen T Sinatra - Google

Insya allah nak jugak baca untuk rujukan masa depan.

Tua bukan satu penyakit. Ramai orang bila dah tua dapat macam-macam penyakit dan anggap itu adalah satu lumrah bila usia semakin meningkat. Sebenarnya mereka tak menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang tak sihat. Malu je kalau tak boleh lawan pakcik billionaire David Murdock (owner DOLE) yang umurnya 88 tahun buat push up 50 kali tanpa henti. Rahsianya adalah pemakanan yang sihat. Breakfastnya adalah jus dari 15 jenis sayur dan buah. Boleh tengok video wawancara pakcik ni oleh Oprah kat Youtube

Bagaimana pun, pada hari ni, drugs dan pembedahan masih lagi pilihan utama sebab orang terlalu "sibuk" untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. It seems that bergantung pada ubat di sepanjang hayat lebih mudah dari makan secara sihat.

Nota kaki : Omega 3 pula dikatakan boleh reverse neurologic aging =)

Daa

Air yang sihat Part 2 : Penapis air yang terbaik?

Assalamualaikum

Baca Air yang sihat Part 1 dulu ya.

Apakah kriteria penapis air yang baik?
Adakah berbaloi beli penapis air yang murah yang tapis tak seberapa atau pun beli yang mahal tapi sebenarnya tak tapis apa-apa jugak? Sejauh mana penjual penapis air jujur dalam keterangan mereka? Ada yang kata boleh tapis 140 contaminants, ada yang kata boleh tapi 150 jenis contaminants. Ada yang kata semua pun boleh tapis. Tapi betul ke? Macam mana nak tahu yang diorang sebenarnya tak menipu kita. Boleh penjual bagi kita list apa yang diorang boleh tapis?

Air RO terbaik?
Kalau air bersih, tapi takde khasiat. Kosong. Itu bukanlah air yang sihat. Biarlah aku berterus terang ya. Aku rasa ramai yang dah tahu pasal ni. Tapi aku akan tulis jugak bagi yang belum tahu. Sekarang ni antara air yang sangat popular adalah air yang dihasilkan melalui proses reverse osmosis. Aku tak nafikan air yang dihasilkan adalah bersih dan bebas dari kandungan logam berat dan contaminant yang boleh membahayakan kesihatan. Bagaimana pun, adakah air RO ni benar-benar sihat adalah terpulang pada judgement individu tersebut. Ini kerana, air RO tak mengandungi sebarang zat. Maaf kalau ada yang sentap. Ia macam minum air bateri sebab air bateri tu adalah air suling yang tak mengandungi sebarang mineral. So, sama ada air RO ni sesuai untuk diminum atau tidak, terpulang pada korang sendiri.

Standard bagi penapis air
Bercakap pasal air yang bersih. Kita tak boleh lari dari bercakap tentang penapis air. Ada beratus jenis penapis air boleh didapati dipasaran. Masing-masing kata produk merekalah yang terbaik. Bila kita membincangkan tentang produk yang baik pulak. Kita akan tengok macam-macam jenis standard dan qualification atau certification dari badan bebas pada satu-satu produk. Standard yang paling popular bagi penapis air ada NSF.

NSF adalah satu organisasi bebas yang memberikan sijil standard bagi pelbagai jenis produk. Salah satu daripadanya adalah produk penapis air. Macam-macam informasi yang kita boleh dapati kat website NSF - htt://www.nsf.org



Website NSF

Antaranya adalah seperti
(1) Contaminants guide - Jenis-jenis bahan cemar yang biasa terdapat dalam sumber air
(2) Tips untuk memilih penapis air yang baik - Guideline bagi nak tau penapis air macam mana yang ideal dengan keperluan kita
(3) Database produk dan syarikat yang dah dapat sijil dari NSF - Ada 1740 jenis produk penapis air yang dapat sijil NSF. Boleh check setiap satu, standard mana yang produk tu certified dan apa jenis contaminants yang berupaya ditapis. Ada sesetengah siap provide official link bagi product tersebut lagi.
(4) NSF standard bagi sistem penapis air - Ada banyak standard bagi certification oleh NSF ni. Standard paling biasa adalah 042 dan 053


dan banyak lagi

Standard 042 adalah standard paling basic bagi sesebuah penapis air. Kalau penapis air tu dapat tapis klorin, baiki rasa dan bau air, boleh dapat dah sijil.

Standard 053 adalah bagi menapis bahan cemar yang boleh menjejaskan kesihatan. Ada banyak bahan cemar (Rujuk pada list bahan cemar yang biasanya terdapat dalam air) Tapi apakah yang dapat ditapis oleh penapis air tersebut. So, kalau ada yang kata diorang boleh tapis 140 jenis contaminants tu boleh tengok listnya dengan rujuk pada database NSF.

Ada jugak standard lain macam 055 bagi penapis air yang ada gunakan teknologi ultra violet untuk bunuh kuman dan bakteria dalam air. Macam-macam lagi lah. Basically lagi banyak standard yang satu-satu jenis penapis air tu dapat, lebih bagus la kan. Lagi panjang list of contaminants yang boleh ditapis lebih baik lagi.

Bila nak beli penapis air, tanya model penapis air mereka. Cari dalam database NSF untuk tahu sejauh mana penapis air tu boleh menapis. Dari situ, kita akan tahu harga yang ditawarkan berbaloi ke tidak dengan penapis air tu. Banyak product yang kata mereka ada dapat sijil NSF. Tanya pada penjual standard yang mana satu. Kalau setakat standard basic 042 nak jual dengan harga ribu ribu aku rasa kurang berbaloi. Tapi terpulang pada kemampuan individu dan pandangan masing-masing.

Berhati-hati! Ada sesetengah penapis air ada sampai 5-6 penapis. Check sama ada semua penapis dapat sijil NSF ke tidak. Mungkin ada yang tak semua. Cuma yang menjadi masalah adalah bila syarikat pengeluar penapis air adalah berbeza dengan syarikat penjual. Maksudnya syarikat yang beli produk penapis air dari syarikat negara China, kemudian dilabel dengan brand mereka. Nama model pun berubah. So susah la sikit nak cari info produk dalam database NSF. Melainkan kalau penjual nak bagitau apa nama model yang di register dengan NSF.

Bagi aku kesihatan bukan boleh dijual beli. Jadilah pengguna yang bijak, pengguna yang ada pengetahuan. Penjual pun tak boleh nak tipu kita kalau kita ada pengetahuan.
 
Daa

Air yang sihat Part 1 : Perlu ke penapis air?

Assalamualaikum

Dalam tips supaya nampak muda dan sihat ada aku tekankan pasal pengambilan air yang bersih. Sebenarnya air yang bersih saja tak mencukupi. Air yang sihat adalah lebih tepat lagi. Air yang sihat bermaksud air yang bersih dan kaya dengan kandungan mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Menurut kementerian kesihatan malaysia, air paip di Malaysia adalah drinkable. Maksudnya boleh diminum. Dan seperti yang kita semua tahu, keadaan sungai-sungai yang menjadi sumber air di negara ini amatlah menyedihkan. Dari bangkai binatang, manusia,sampah sarap dan bahan buangan dari kilang. Apa yang dilakukan oleh syarikat bekalan air adalah menapis segala sampah sarap, kemudian bahan kimia seperti tawas, klorin dan flouride digunakan untuk memperbaiki rasa, warna dan  bau air tersebut. Selain dari itu, klorin juga berfungsi untuk membunuh virus seperti salmonella, e coli dan bakteria lain yang common.

Bagaimana pun, air yang mengandungi klorin sebenarnya adalah sangat berbahaya kepada kesihatan. Gas klorin adalah gas pembunuh yang digunakan pada zaman perang suatu ketika dulu. Selain dari itu, macam yang aku cakap sebelum ni, logam berat yang terdapat dalam air yang kita minum akan terkumpul dalam badan dan dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan macam kanser, fibroid bagi wanita dan boleh menyekat pertumbuhan IQ kanak-kanak.

Malah, bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, toksin boleh dipindahkan kepada bayi melalui susu mereka. Toksin adalah sejenis bahan asing yang merbahayakan kesihatan. Detoksifikasi dalam tubuh manusia melalui beberapa peringkat. Hati adalah organ utama yang membantu menapis segala toksin dari mencemari tubuh. Kemasukan toksin yang tidak terkawal akan menyebabkan bebanan pada organ tersebut. Bahan cemar logam berat seperti lead dan mercury adalah super bahaya kerana menurut kajian, kehadiran kedua-dua jenis logam berat ini boleh membunuh tikus dengan serta-merta.

Tak dinafikan, tikus tu kecik. So dalam jumlah yang sikit boleh membunuh dengan serta merta. Tapi jangan lupa. Logam berat takkan keluar dari badan. Ia akan terkumpul dalam badan. Lead boleh merendahkan IQ, menyebabkan seseorang mudah lupa, menambahkan free radicals dalam badan dan boleh menyebabkan seseorang tu risau tanpa sebab.

Jadi, bukan saja pemakanan seimbang yang kita perlukan. Malah, air yang bersih adalah sangat penting. Air paip yang mengandungi klorin apabila dimasak, kebanyakan kuman dan bakteria akan mati. Bagaimana pun, ia tidak menghilangkan bahan kimia dan logam berbahaya yang terkandung dalam air tersebut. Bahkan, air berklorin yang dipanaskan akan menghasilkan sebatian yang karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa orang zaman  sekarang lebih mudah kena kanser berbanding orang zaman dulu.

Gambar google paling relevan kot
Oleh kerana sumber air pada masa kini adalah sangat kotor, jumlah bahan kimia yang dimasukkan untuk merawat air semakin banyak. So pada aku, penapis air yang baik adalah sangat penting dalam setiap rumah. Kalau kurang mampu nak beli yang mahal, sedaya upaya dapatkan penapis air yang sekurang-kurangnya boleh tapis klorin. Tapi kita mesti nakkan yang terbaik kan..So macam mana nak tau penapis air tu betul-betul bagus sebab semua penjual penapis air mesti akan kata penapis air syarikat mereka lah yang terbaik. Yang paling laku. Yang paling hebat.

Since aku taknak bagi entry ni panjang sangat (dah panjang pun kan :P) Aku akan bincang pasal macam mana nak kaji pasal penapis air yang ada dipasaran. Aku apply benda ni kat diri aku sendiri. Lain orang lain caranya. Aku cuma bagi cadangan ok. Bukan semestinya kaedah aku yang terbaik.

Terima kasih sebab sudi baca.

Daa

Macam ni la nak, makan ubat pun tak baik-baik

Assalamualaikum

Aku berbual dengan seorang wanita pertengahan umur pada suatu hari. Mengadu nasib suaminya yang disahkan menghidap penyakit diabetes melitus atau kencing manis type 2. Menurut wanita tersebut, suaminya telah mencuba bermacam-macam jenis ubat yang disyorkan oleh hospital dan tradisional. Malangnya belum satu pun menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

Lalu, aku bertanya.."Makan jaga tak? Kalau makan ubat pemakanan tak jaga pun tak boleh jugak"
Penuh confident wanita tersebut menjawab "Eh jaga...Takde makan sebarangan sekarang ni. Makan nasi pun makin selera dah"
Aku bertanya lagi "Makan nasi putih ke beras perang?"
Jawabnya "Nasi putih..aritu makan beras perang, tapi sekarang dah abis stok"
Aku berkata "Lauk pun nak kena rebus-rebus, kukus dan bakar je. Jangan guna minyak"
Jawabnya lagi "Minyak guna nak tumis. Sikitttt jee"
Aku cuma tersenyum.

Kebanyakan kes, pesakit kencing manis tak mengalami sebarang masalah untuk mengamalkan berjenis-jenis ubat untuk menyembuhkan penyakit mereka. Malangnya, penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung bukanlah penyakit bawaan virus yang boleh disembuhkan dengan hanya melalui pemakanan sahaja. Pesakit perlu mempunyai kesedaran bahawa perubahan pada gaya hidup dan pemakanan adalah sangat penting.

Nasi putih adalah musuh nombor satu pesakit diabetes kerana ia merupakan sejenis simple carbohidrat yang memberi empty calorie kepada diet. Kalau tak tahan boleh makan, tapi makan pada jumlah yang sangat sedikit. Cuba sedaya upaya untuk makan nasi beras perang berbanding nasi putih kerana ia merupakan contoh complex carbohidrat.

Banyakkan makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi sangat membantu. Perubahan gaya hidup seperti mula mengamalkan senaman adalah sangat dianjurkan.

Biasa lah. Tak semua orang mampu untuk lakukan semua ini. Ramai yang lebih sanggup dipotong kakinya dan berharap ubat akan melakukan keajaiban untuk menyembuhkan penyakit mereka. Hakikatnya keajaiban takkan berlaku sekiranya kita tak melakukan sesuatu yang ajaib.

Daa

Selasa

Molybdenum : Penting tapi tak popular

Assalamualaikum

Aku pun tergaru-garu kepala dan telinga masa dalam kelas aritu. Sungguh aku tak dapat pikap apa doktor tu cakap sebenarnya. Pulak tu masa aku sibuk tergaru-garu nak menulis nota tu doktor pun dah beralih masuk topik lain. Hantu betul. Lajuu je. Mentang-mentang dia pandai.

So bila balik rumah baru aku google balik apakah mineral yang dimaksudkan oleh pakcik tu.

Molybdenum - Molibdenum
Merupakan komponen pada protein. Terdapat dalam susu, kacang buncis, roti dan gandum.

Molybdenum adalah sejenis mineral yang mempunyai peranan yang kecil tetapi penting dalam tubuh manusia. Ye lah kan. Badan manusia memerlukan 40 jenis nutrisi setiap hari. Tak ada satu pun yang tak penting. Semuanya penting. Walau pun mungkin yang diperlukan tu jumlahnya sikit je.

Ok. Apakah peranan molybdenum dalam tubuh. Asasnya molybdenum diperlukan dalam proses oksidasi belerang. Tak paham? Aku pun tak paham.

Tapi apa yang penting adalah. Molybdenum ni sebenarnya sangat berguna bagi mereka yang mengidapi asma. Menurut info yang aku dapat, pengambilan supplement molybdenum secara konsisten boleh membantu mengurangkan kekerapan dan severity serangan asma. Perubahan boleh dilihat selepas pengambilan dalam masa dua minggu. Kalau ikut clinical study yang dijalankan, 80% dari yang mencuba menunjukkan perubahan positif selepas dua minggu.

Kalau pergi jumpa doktor kebanyakan doktor akan bagi solution sementara untuk kes serangan asma. Antaranya adalah bagi gas (nebulizer, etc), bagi obat (read:dadah). Tak kurang jugak yang cuba macam-macam jenis petua dan ubat tradisional untuk mengubati asma. Sampai kalau dah teruk tu ada yang kena ambik steroid.

Kebanyakan ubat doktor adalah bersifat sementara dan ubatan biasanya akan memburukkan keadaan kerana mempunyai kesan sampingan terhadap sistem badan. So hati-hati lah dengan pengambilan ubat-ubatan. Sekali pun hanya paracetamol. Bagi aku benda-benda ni kadang-kadang lebih banyak yang buruk dari yang baiknya.

Nota kaki : Walau bagaimana pun, treatment berasaskan supplementation macam ni bukan ubat. Biasanya recovery adalah medium atau long term bergantung pada kadar penyerapan supplement tu ke dalam badan. Jangan ingat makan hari ni esok lusa dah baik terus.

Boleh baca journal tentang kajian Short and long term treatment of asthma with intravenous nutrients. Ingat aku tipu ke..Hehehe..Btw, aku pun tak baca habis lagi sebenarnya :P

Daa

Jumaat

Kalsium penyebab penyakit batu karang

Assalamualaikum

Penyakit batu karang adalah antara penyakit yang sering menyerang kaum lelaki. Dikatakan batu karang lebih kerap menyerang lelaki berbanding wanita dengan nisbah 3:1. Aku rasa lebih dari separuh lelaki selepas umur 20an akan rasa tempias-tempias batu karang. Walau pun cuma tempias, azabnya tuhan je yang tahu (cewah..macam lah aku pernah kena..hahaha) Yelah, bayangkan batu seketul nak lalu saluran kencing yang halus je tu. Meleleh ayaq mata kata orang utara.
Kidney bean..aku ngeri nak letak gambar buah pinggang rosak :P

Batu karang terbentuk akibat mendakan mineral dalam air kencing yang biasanya berpunca dari diet yang tidak sihat, sikap suka tahan kencing dan faktor keturunan.

Seseorang yang mempunyai sejarah penyakit batu karang lebih mudah mengalami penyakit yang sama berulang-ulang. Satu lagi punca penyakit batu karang adalah disebabkan oleh kalsium.Actually yang dikatakan sebagai kalsium punca penyakit batu karang adalah second hand calcium. Eh..kalsium pun ada main second hand ke? Macam ni. Dalam tubuh badan kita 99% kalsium adalah tersimpan dalam tulang dan gigi, mana kala 1% lagi dalam darah untuk membantu pelbagai fungsi tubuh.

Yang dikatakan second hand calcium adalah kalsium simpanan yang diambil dari tulang. Keadaan macam ni berlaku kerana kita tak ambik kalsium yang cukup dalam diet kita. Bila fungsi-fungsi tubuh yang memerlukan kalsium ni kekurangan sumber, kalsium dari tulang akan diperah bagi membolehkan proses penting dalam tubuh tak terganggu. Akibatnya adalah kepadatan tulang semakin merosot dan seterusnya menyebabkan penyakit osteoporosis.

Kesan-kesan kekurangan kalsium

Dikatakan keburukan second hand kalsium ini adalah ia menyebabkan mendakan dalam air kencing dan seterusnya boleh membentuk batu karang. Antara simptom-simptom biasa adalah seperti air kencing yang keruh (berkapur), rasa sakit pada bahagian pinggang dan ketika buang air kecil dan kencing berdarah.

Kalau batu karang kecik kecik doktor akan bagi ubat lawas kencing dan suruh minum air bergelen gelen. Kalau jenis takde obat dah yang besar kemain tu biasanya kena potong buang buah pinggang :P takla. Pembedahan untuk keluarkan batu tu je.

The main problem dengan penyakit batu karang ni adalah once dah kena, forever kena berjaga-jaga.

Shujin pernah kena jugak. First time dia kena masa kitorg atas highway nak ke utara. Aku takde lesen pun terpaksa drive masuk celah mana tah kat Perak nun carik klinik pukul 4 pagi. Haru gila. Lepas tu ok. Bila kurang minum air ke makan benda terlebih masin akan start rasa sakit kat pinggang. Kalau tak minum air bergelen-gelen confirm kena balik.

Batu karang ni adalah sejenis penyakit yang berjangkit. Sebab kalau salah sorang dalam rumah tu kena sakit batu karang confirm orang lain pun jadi sakit. Sakit hati. Orang sakit stress sebab nak buang air pun sakit. Orang sekeliling sakit hati sebab muka orang sakit tu stress je. Hehehehe..

So bila dah macam tu aku pun mula lah buat pertanyaan dengan Dr Google. Petua paling mujarab dan paling senang untuk pecahkan batu karang adalah dengan lemon jus yang dicampur dengan minyak zaitun. Berkerut muka shujin kena paksa minum tu. Kata shujin macam-macam rasa dalam perut. Melugai abis. Tapi petua ni memang terbaekk. Sekali cuba je nampak dah kesannya. Aku bagi malam, esok tu dah ok dah.

Masalahnya adalah..ia tetap datang berulang-ulang kali. Ingat larat aku nak pujuk shujin minum air hikmat tu berkali-kali. Sekali boleh la. Banyak-banyak kali tak dapat woo..

Berdasarkan pembacaan aku, batu karang tak terbentuk sekiranya pH air kencing rendah (keadaan berasid) Tatau la betul ke tidak. Aku tak pernah test :P Sebab tu bila minum lemon juice batu karang pecah. Lemon kan asid. Memandangkan shujin tak larat nak minum jus lemon hari-hari aku pun bagi cadangan suruh dia ambik supplement vitamin C. Tambahan ambik tablet calcium magnesium untuk pastikan kalsium dalam badan cukup untuk mencegah pembentukan semula batu karang. Sampai hari ni, batu karang tu dah tak berulang. Kami hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Hehehe..

Nota kaki : Lately aku ada sindrom kalau dah tulis entry jadi panjang berjela..ada ubat?

Selasa

Hepatitis B boleh kahwin tak

Assalamualaikum


Tersenyum lebar aku tengok search keyword yang sampai kat blog aku yang tak seberapa ni. Keyword ni sampai kat entry aku sebelum ni pasal Hepatitis B : Apa yang anda tahu mengenainya


Hepatitis B boleh kahwin tak?
Aku yakin ramai yang masih tak terdedah dengan bahaya penyakit Hepatitis B ni. Walau pun kadar fatalities penyakit ni takde la seteruk AIDS yang sememangnya ditakuti ramai. Tapi Hepatitis B lebih mudah berjangkit. Setiap bayi yang dilahirkan WAJIB mendapat suntikan vaksin Hepatitis B.

Siapa yang berisiko dapat virus Hepatitis B
(1) Bayi yang tidak mendapat suntikan vaksin Hepatitis B mungkin boleh mendapat jangkitan dari ibunya ketika dilahirkan
(2) Seseorang yang tinggal serumah dengan pembawa virus Hepatitis B - Oleh kerana virus Hepatitis B sangat mudah merebak, elakkan dari menggunakan barang seperti tuala, baju atau berus gigi orang yang membawa virus.
(3) Pengamal perubatan (Doktor, Jururawat, pembantu perubatan) - Seorang bakal doktor pernah cakap ngan aku, sesiapa yang positif membawa virus Hepatitis B boleh digugurkan dari mengambil jurusan perubatan. Pengamal perubatan juga di WAJIB kan menerima suntikan vaksin Hepatitis B secara berkala
(4) Sesiapa saja yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pembawa virus

Langkah penting untuk memastikan status
(1) Buat ujian darah untuk mengetahui kewujudan virus
(2) Sekiranya tiada virus, ambil suntikan vaksin bagi mengelakkan jangkitan. Ingat! Mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh kerana pembawa virus Hepatitis B tak semestinya kelihatan "sakit", kita mungkin tak sedar yang diorang tu adalah pembawa.
(3) Buat ujian darah secara berkala untuk memastikan badan sentiasa memiliki antibodi Hepatitis B (setiap 6 bulan sekali)

Walau pun seseorang tu mungkin dah ada virus Hepatitis B dalam darah dia, tak semestinya dia akan sakit. Sakit Hepatitis B terbahagi kepada dua. Acute dan chronic (rasanya aku dah explain dalam entry sebelum ni) Tapi ramai pembawa adalah pembawa yang pasif. Maksudnya diorang boleh jalani hidup yang normal. Walau pun begitu, still kena hati-hati dan kalau boleh buat ujian darah 6 bulan sekali.

Selain dari tu semuanya boleh. Kahwin, having sex, mengandung, menyusukan anak dan lain lain. Tapi! Pastikan pasangan dah buat ujian darah dan ambil suntikan vaksin Hepatitis B sebelum kahwin. Yang tak boleh adalah derma darah.

Hepatitis B dan Hepatitis C boleh menyebabkan pengerasan hati (sirosis), kanser hati dan kegagalan fungsi hati (liver failure). Antara simptom adalah seperti bengkak pada abdomen (kawasan bawah tulang rusuk). Demam kuning.

Bagi kes Hepatitis B acute, simptom boleh dilihat dalam masa seminggu hingga dua minggu lepas jangkitan. Demam panas yang berulang-ulang. Badan dan mata nampak kuning. Badan rasa lemah. Demam kuning ni sama la macam demam kuning yang baby baru lahir tu kena. Demam kuning berlaku apabila jumlah bilirubin dalam darah terlalu banyak dan menyebabkan kulit bertukar menjadi kekuningan. Ia berpunca dari kerosakan hati.

Setakat ni, setau aku takde ubat untuk demam kuning. Kalau baby, doktor suruh ibu dia menyusukan dengan susu ibu banyak-banyak supaya bilirubin yang berlebihan keluar melalui air kencing atau pun najis. Tapi bagi ibu-ibu, jangan lah bagi minum air kosong atau susu kambing ya. Betul. Kaedah tu mudah, cepat dan berkesan. Tapi sangat berbahaya bagi bayi. Air kosong (plain water) boleh menghilangkan sejenis salutan yang melindungi usus bayi. Tak silap aku bila salutan ni hilang, bayi lebih mudah kena jangkitan usus dan senang sembelit. Selain dari tu, air kosong takde zat. Kalau bayi kenyang dengan air kosong macam mana nak minum susu. Tak minum susu macam mana nak besar.

Lupa! Letak baby bawah cahaya matahari pagi (sebelum pukul 9) pun boleh membantu untuk kurangkan kuning. Jangan pulak letak bawah matahari pukul 12 ya. Kesian budak kepanasan. Huhu..Tapi kalau kuning teruk kena duduk bawah lampu UV. Kalau kes yang lagi teruk, mungkin kena tukar darah. Kuning yang teruk boleh membawa maut!


Damia masa kena kuning, 2 hari duduk hospital

Di bawah lampu biru untuk kurangkan kuning
Bagi orang dewasa pulak. Doktor akan nasihatkan suruh berehat (bed rest). Kurangkan aktiviti yang mengeluarkan tenaga. Minum air banyak. Elakkan makanan berminyak. Pengambilan supplement seperti Lecithin E membantu mengurangkan damage pada organ hati. Ujian darah akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengetahui jumlah virus yang aktif. Pakcik aku sampai sekarang (selepas lebih setahun kena demam kuning) masih lagi makan ubat (tak pasti ubat apa) dan buat ujian darah. Tapi virus count masih lagi macam tu. Bagi aku tak salah makan ubat (baca : drugs) tapi jangan lupa, ubat membebankan hati dan buah pinggang dalam masa yang sama.

Sesiapa yang pernah baca buku Doktor Stephen Sinatra mesti pernah dengar pasal "The Sinatra Solution" Dr. Sinatra ni adalah seorang cardiologist. Menurut dia, pesakit kardiologi yang menjalani rawatan biasa (bedah jantung, makan ubat) biasanya akan mengundang lebih banyak masalah. Konsepnya senang je. Ubat yang kita makan biasanya tak menyelesaikan masalah, ia cuma bypass sakit tu. Contohnya orang perempuan sakit perut senggugut. Makan panadol yang kale merah tu kan. Ubat tu cuma untuk kurangkan sakit. Ia cuma temporary solution. Lain kali senguggut kena makan ubat lagi. Dalam masa yang sama, ia membebankan buah pinggang dan hati.

Kaedah perawatan yang dicadangkan oleh Doktor Stephen Sinatra melalui "The Sinatra Solution" adalah dengan mengamalkan pengambilan supplement dan mengubah cara pemakanan dan cara hidup. Dengan kaedah tu, ada orang yang patutnya kena bedah tak payah bedah dah. Yang jantung tersumbat dah tak tersumbat dah. Masalahnya. Orang yang sakit tu sanggup ke tidak nak ubah cara hidup diorang? Mostly tidak. Makan nak sedap. Yang penting nak sedap. Jangan kata orang lain, orang tua aku sendiri pun sanggup makan berjenis-jenis ubat doktor. Tapi bila aku terangkan pasal kaedah diet untuk 2 minggu pun tak sanggup. Cuma 2 minggu je dah boleh nampak kesan. Paling lama pun sebulan. 80% yang amalkan diet yang dianjurkan dapat kembali normal. Tapi memang ramai tak sanggup. Sebab sayang nak tinggalkan makanan sedap-sedap.

Hoho..Aku melalut dah!!

Ni musim-musim raya ni kalau boleh janganlah sampai makan berlebihan. Makanan tradisi kita banyak yang berlemak, berminyak. Balik-balik santan. Balik-balik tumis. So jangan lupa makan Lecithin E supaya minyak tu senang dikumuhkan. Ingat pasal rintangan insulin? Setiap orang adalah berisiko. Kalau boleh kawal lah pemakanan. Banyakkan bersenam.

Eh eh. Ada mood pulak nak menulis entry panjang-panjang. Hahahaha...Kalau suka LIKE lah ya!

Nota kaki : Aku rasa kerajaan patut banyakkan kempen tentang Hepatitis B dan wajibkan orang yang nak kahwin buat ujian darah untuk tahu pasal virus.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com