Memaparkan catatan dengan label Obese. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Obese. Papar semua catatan

Khamis

Penyakit buah pinggang pembunuh senyap

Assalamualaikum

Sebenarnya tergerak nak buat entry ni lepas baca entry Kakcik ni.

Kepada golongan yang berisiko tu sila silalah buat medical check up periodically. Supaya senang nak detect keadaan buah pinggang tu awal awal

Macam berita tahun lepas kata, 23000 pesakit buah pinggang yang berdaftar memerlukan dialisis. Hampir RM700 juta dibelanjakan untuk perubatan dan dialisis setiap tahun, dimana.. seorang punya belanja mencecah RM30k.

Kisah benar yang aku dah story berkali kali kat dalam blog ni.

Kawan shujin (sebaya shujin - awal 30an), meninggal tahun lepas selepas 3 tahun hidup dengan dialisis setiap 6 jam. Dia cuma tahu buah pinggang tak berfungsi bila dia jatuh pengsan dan koma. Masuk ICU. Doktor sahkan buah pinggang dua dua belah da rosak. Punca utamanya... kurang minum air.

Mak mertua kawan aku, 2 jam sekali dialisis. Baru habis dialisis kena dialisis lagi. Hish..

Susah nak detect penyakit buah pinggang ni sebab simptomnya mungkin datang sekali dengan simptom penyakit lain. So kalau dah tau berisiko tu ada baiknya kalau pegi buat medical check up sekurang kurangnya setahun sekali. 

Nota kaki : Shujin marah kalau aku banyak guna pewarna bila buat kek sebab nanti beban kat buah pinggang. So tiap kali nak buat pun aku buat kek vanila kek coklat sesekali buat cheesecake. Aritu buat kek karamel tu pun dia bebel sikit walau pun aku guna sikit je pewarna. Katanya bukan ada fungsi apa pun pewarna tiruan tu, cantik je la. Buat rosak buah pinggang je T_T. Tapi teringin nak buat red velvet. Tapi mengenangkan jumlah pewarna yang nak digunakan tu.. jadi bahan kena marah je nanti.

Daa

Isnin

Undang-undang anti obesiti

Assalamualaikum


Haa..panik tak panik tak. Pecah perut aku ketawa masa tengok berita ni. Tapi ini bukan gurauan okeh.


Ni adalah tajuk berita. Menurut berita, Kementerian Kesihatan akan melaksanakan undang-undang anti obesiti menjelang tahun 2020. Obviously adalah kerana kadar peratusan masyarakat 3G yang semakin berleluasa di Malaysia ini.


Bagaimana perlaksanaannya akan dibuat tidaklah diterangkan dengan lebih lanjut. Mungkinkah sesiapa yang ada sindrom 3G akan didenda lari pusing keliling padang sekolah setiap hari Sabtu? Atau dipaksa mengikuti program pemulihan cara pemakanan.


Apa yang pasti. Orang pertama yang perlu risau adalah wanita pertama Malaysia. Hehehe.


Rilek la. Ni baru 2012. Ada 8 tahun lagi nak menurunkan berat badan.


Semoga berjaya.


Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com