Memaparkan catatan dengan label Obesity. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Obesity. Papar semua catatan

Khamis

Penyakit buah pinggang pembunuh senyap

Assalamualaikum

Sebenarnya tergerak nak buat entry ni lepas baca entry Kakcik ni.

Kepada golongan yang berisiko tu sila silalah buat medical check up periodically. Supaya senang nak detect keadaan buah pinggang tu awal awal

Macam berita tahun lepas kata, 23000 pesakit buah pinggang yang berdaftar memerlukan dialisis. Hampir RM700 juta dibelanjakan untuk perubatan dan dialisis setiap tahun, dimana.. seorang punya belanja mencecah RM30k.

Kisah benar yang aku dah story berkali kali kat dalam blog ni.

Kawan shujin (sebaya shujin - awal 30an), meninggal tahun lepas selepas 3 tahun hidup dengan dialisis setiap 6 jam. Dia cuma tahu buah pinggang tak berfungsi bila dia jatuh pengsan dan koma. Masuk ICU. Doktor sahkan buah pinggang dua dua belah da rosak. Punca utamanya... kurang minum air.

Mak mertua kawan aku, 2 jam sekali dialisis. Baru habis dialisis kena dialisis lagi. Hish..

Susah nak detect penyakit buah pinggang ni sebab simptomnya mungkin datang sekali dengan simptom penyakit lain. So kalau dah tau berisiko tu ada baiknya kalau pegi buat medical check up sekurang kurangnya setahun sekali. 

Nota kaki : Shujin marah kalau aku banyak guna pewarna bila buat kek sebab nanti beban kat buah pinggang. So tiap kali nak buat pun aku buat kek vanila kek coklat sesekali buat cheesecake. Aritu buat kek karamel tu pun dia bebel sikit walau pun aku guna sikit je pewarna. Katanya bukan ada fungsi apa pun pewarna tiruan tu, cantik je la. Buat rosak buah pinggang je T_T. Tapi teringin nak buat red velvet. Tapi mengenangkan jumlah pewarna yang nak digunakan tu.. jadi bahan kena marah je nanti.

Daa

Jumaat

Pengorbanan wanita wanita yang bekerjaya

Assalamualaikum

Lepas lepas ni ada alasan nak balik sharp on time bila bos nak suruh OT kan.. wakaka..

Menurut kajian oleh pengkaji di Monash University Australia (data dari pemerhatian ke atas 9000 wanita), wanita pertengahan umur yang bekerja lebih dari 35 jam seminggu didapati lebih mudah mengalami pertambahan berat badan dan menjalani gaya hidup yang kurang sihat. Wanita yang bekerja extra long hours (melebihi 49 jam seminggu) mengalami pertambahan berat badan yang lebih besar. Iaitu puratanya kira kira 1.9% dari berat badan mereka dalam masa 2 tahun, atau lebih kurang 1.3kg bagi wanita yang mempunyai berat 69kg.

So lepas ni kalau bos suruh kerja OT boleh tunjuk research ni. Hehehe.

Tapi rasanya average office hour kat Malaysia ni 8-9jam sehari. So memang sesiapa yang bekerja akan mengalami risiko ni bila capai umur pertengahan.

Ouh..ada alasan yang lebih baik nak jadi surirumah.. Shuuujinnnn~~

Hehehe..

Salam Jumaat.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com