Selasa

Apa yang doktor takkan bagitau kat kita - tentang vaksin

Assalamualaikum

Entry ni kira macam kesinambungan dari kisah apa yang doktor takkan bagitau kat kita. Tapi ni cuma hasil dari pembacaan aku dan pandangan aku sendiri. Ianya lebih kepada berkaitan dengan pengambilan vaksin. Dari entry yang pertama aritu, ramai yang kurang setuju dengan pandangan pakcik yang tak bagi anak dia ambik vaksin.

Pada aku pengambilan vaksin kat Malaysia ni macam dah diwajibkan. Sebab those thinking adalah ditanamkan dalam diri kita sejak turun temurun dari zaman mak mak kita lagi. Walhal takde pun akta yang kata kalau tak ambik vaksin tu kena tangkap ke apa. Tapi kenapa orang still tak miss ambik vaksin. Walau pun sebenarnya kebanyakan dari kita tak tau pun vaksin tu sebenarnya untuk sakit apa. Contohnya MMR. Gabungan 3 jenis penyakit. Aku pun takde idea macam mana penyakit tu. Tapi dah doktor kata kena ambik. Ambik je la kan.

Industri vaksin ni adalah dikatakan satu industri yang diwujudkan berasaskan ketakutan manusia. Setuju atau tidak. Hakikatnya. Kita tak pernah tengok macam mana rupa sakit rubela. Aku tak pernah dengar ada orang sakit rubela kat Malaysia ni. Tapi WHO kata. Dengan adanya vaksin MMR tu, berjuta nyawa berjaya diselamatkan. Betul tak..

Sebagai contoh. Penyakit selesema babi (swine flu) yang havoc satu masa dulu. Bila WHO isytihar kata swine flu dah jadi wabak peringkat 6. Ramai orang mula berpusu-pusu ambik vaksin untuk elak kena swine flu. Sebab takut kena swine flu. Kalau tak takut kena, agak-agak ada tak orang pegi ambik vaksin tu? Aku jumpa satu artikel di website CAP (Penang punya badan consumer), satu artikel merevealkan senarai nama advisor dalam WHO yang dapat duit dari company farmasi besar untuk influence decision supaya WHO isytiharkan swine flu sebagai satu wabak. Sorry kalau kenyataan aku ni melampau, tapi industri dadah ni adalah satu industri orang buat duit dengan misery orang lain. Lagi miserable orang lagi banyak diorang buat duit.

List of flu advisor with financial ties to big pharma vaccine manufacturers

Agak-agak kalau flu advisor tu tak dapat duit dari big pharma tu, diorang announce tak swine flu jadi wabak. Agak-agak pembekal vaksin boleh buat duit tak?

Tujuan aku buat entry ni bukan nak influence orang supaya tak ambik vaksin atau ubat. Tapi adalah untuk orang tahu apa yang diorang suntik dalam badan anak masing-masing. Kadang-kadang kita percaya pada authorities, tapi kita kena ambik tahu jugak apa risiko yang kita ambil. Semua orang hidup dengan membuat pilihan. Terpulang pada diri masing-masing.

Lagi artikel pasal vaksin oleh CAP
Pig virus found in vaccine
Cervical cancer vaccine

Bercakap mengenai ketakutan. Pada aku, penyakit macam hepatitis lebih menakutkan, tapi kenapa masih ramai orang yang tak ambik suntikan vaksin. Sebab kerajaan takde suruh macam suntikan pada anak-anak. So, pada aku. Memang tak boleh dinafikan bahawa industri vaksin ni adalah satu industri berasaskan ketakutan. Orang tak takut kena hepatitis sebab tak ada pendedahan. Walau pun dah ramai yang kena. Orang takde rasa kewajipan nak ambik sebab mostly orang takde idea tentang penyakit hepatitis. Tapi bila aku bercakap tentang vaksin pada bayi. Ramai yang tak setuju. Walau pun bukan pernah tengok pun penyakit tu. Malah. Ada yang dah ambik vaksin full set pun still kena jugak pneumacoccal.

Bare in mind. Pneumacoccal punya injection ambik empat kali. Satu kali kalau klinik biasa tak kurang dari RM150. Kalau kat specialist boleh cecah RM280. Kalau 4 kali. Seribu. Still ada risiko kena jugak. Agak-agak berapa kos untuk buat satu dos vaksin tu? Aku rasa patutnya aku bukak farmasi. Hehehe..

Terpulang pada judgement masing-masing. Aku tak larang ambik vaksin. Aku tak suruh ambik. Apa yang aku tuliskan adalah dari apa yang aku baca. Ni aku sedaya upaya ambik dari source yang tak bias.

Aku pernah tanya PAED tentang MMR, sebab aku pernah baca MMR link to autism. Aku tak ingat apa PAED kata. Tapi dia explain MMR is safe. Sekarang, lepas aku baca banyak-banyak aku rasa takut pun ada.

Apa pun, aku tak salahkan doktor. Doktor pun manusia. Kadang-kadang diorang manusia. Bukan diorang taknak bagitau. Kadang-kadang diorang terlupa nak bagitau tentang side effect ubat yang diorang bagi kat kita. Pernah aku dapat ubat batuk yang bagi side effect gatal-gatal pada bayi kalau breastfeed. Nasib baik aku gatal nak search masa tu. So bukan salah doktor semata-mata. Salah aku jugak kalau aku tak check.

Contoh macam kes NI

Nota kaki : Agaknya kalau kerajaan wajibkan makan sayur, sihat walafiat gamaknya orang Malaysia ni kan. Hehehe..

Credit untuk MommyFara yang inspire aku untuk baca pasal ni dalam komennya pada entry lepas. :D

Daa

29 comments:

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Rai,

Sy suka sgt entri vaksin awak nie. Mmg cool. Actually, sy pk kan benda yg sama.

Orang, klu ade duit...menggelabah sket then terus consume. Mhl atau tidak, janji ada duit. Just terpk..klu yg tak berduit? Rasanya, golongan miskin ramai yg mati sbb tak dpt vaksin kot?

Mmmm....

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, sori fara.. patutnya saya bagi kredit kat awak sebab komen awak dalam last entry tu yang inspire saya utk buat entry ni..thanks ye..

ni lah orang kata..kesihatan yang dibeli dengan duit..hehehe...

mummY daniSha berkata... [Reply]

mayb betul,actually aku pun ada dgr pasal benda nii...my sis x bg anak die amek vaksin,tp anak die kerap x sihat.warded hosp byk kali...dats why aku pilih amek vaksin........tp apa choice yg kite ada selain vaksin?

Ibu Lala berkata... [Reply]

hi..salam kenal..

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, aku rasa ada salah faham pasal vaksin ni.. vaksin bukan nak bagi elak anak dari senang jatuh sakit..bukan sebarang sakit..tapi ia adalah target punya sakit..contohnya BCG adalah utk penyakit tibi.. Hep adalah untuk hepatitis..

bukan maksudnya suntik vaksin BCG takkan kena demam..budak selalu kena demam atau jatuh sakit simply sebab antibodi tak cukup kuat. nak kuatkan antibodi kena cukup vitamin c contohnya..

choice yang kita ada selain dari vaksin adalah pemakanan sihat.. kalau ko baca dalam entry aku yang lepas aku bagitau pakcik tu tak bagi vaksin kat anak dia.. tapi dia bagi anak dia makan makanan seimbang..supply dengan vitamin tambahan..

btw..anak kakak ko masuk ward kenapa? takkan sebab kena polio kan.. hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Ibu Lala, salam kenalan :D

mummY daniSha berkata... [Reply]

anak akak aku masuk ward sebab peparu berkuman dgn ada ketumbuhan dekat leher die..nampak mcm benguk tp bukan.DR pun x tau sakit ape..seminggu kat wad,pastu akak aku bawak balik..sebab DR pun x tau nape.dierang try n error je.pas bawak balik,alhamdulillah berubat dgn HPA baru surut ketumbuhan tu....

mummY daniSha berkata... [Reply]

kalau demam atau sakit biasa tu x risau...kalau yg pelik2 mcm hepatitis n polio yg risau....pemakanan taula kan,budak2 susah sikit nak makan yg seimbang huhu....

mummY daniSha berkata... [Reply]

kalau ikutkan memang x nak amek vaksin,tp rase mcm x ade choice lain....takut nak amek risiko..cthnye mcm hepatitis ...bole berjangkit dgn senang...bg aku amek vaksin ni mcm usaha,kalau kena jugak dah qada & qadar heheee...pemakanan je x cukup aku rase..sebab kanak2 ni susah sikit nak makan..anak akula hehehe...makan senag tp kdg2 sayur x nak makan...huhuhu...

kalau selain pemkanan,ape lg choice yg ada?ceeewaahh,mcm aku tanye kat DR pulak kekekkekekekekeke =p

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, so penyakit dia tu takde kena mengena dengan tak ambik vaksin pun la kan.. :D

macam aku cakap..aku buat entry ni bukan sebab nak larang atau nak suruh ambik vaksin..ini adalah decision masing-masing..

ko pernah dengar pasal orang malaysia sakit polio? penyakit tu rupa macam mana pun aku tak tau. tapi kenapa sekarang masih diwajibkan ambik vaksin polio?

pernah tak ko rasa yang kita simply cucuh apa yg doktor suggestkan kat anak kita tanpa ambik tau apa sebenarnya risiko penyakit tu dan apa risiko vaksin tu sendiri..dan kita kena aware jugak yg ada kes budak mati dan cacat kekal lepas ambik vaksin.

adakah kita rasa yg selagi yang cacat tu bukan anak kita, kita rasa risiko ambik vaksin tu boleh diabaikan. itu terpulang pada diri masing-masing.

cakap pasal choice mas..pilihan adalah kita sendiri..kalau ko sebagai ibu cakap susah nak buat.. macam mana ko nak suruh anak buat. aku pun takde perfect diet. sebab tu aku bagi anak-anak makan vitamin tambahan..untuk fill the gap between keperluan nutrient dengan nutrient yg diorang ambik melalui makanan.. tapi kena ingat jugak on the first place kenapa anak2 taknak makan sayur? mungkin sebab kita tak biasakan dia makan sayur dari kecik?

macam ni la fikir..katakanlah kalau kat malaysia ni kerajaan wajibkan makan sayur. macam mana vaksin tu diwajibkan sekarang. agak-agak ada tak lagi alasan "susah nak makan sayur"?

ramai orang neglect pemakanan seimbang sebab kebanyakan dari kita ada perasaan, bila sakit makan ubat. betul tak..

mungkin cakap pasal vaksin sebagai usaha..tapi ko jgn lupa..vaksin tu ada risiko..kenapa pilih jalan yang berisiko kalau ada jalan yang selamat? makan makanan seimbang? sebab kita rasa makan ubat lebih senang dari amalkan gaya hidup yang sihat. betul tak? hehe..

sebab tu lah drugs industry adalah industry yang untung besar..

oh..btw..aku rasa adik beradik aku semua dapat imunisasi lengkap masa kecik dulu..tapi sekarang ni semua adalah carrier virus hepatitis b.

mummY daniSha berkata... [Reply]

vaksin bole sebabkan cacat ke?x tau pulak heheee....polio memng jrg dgr tp hepatitis dah bykkan...dan senang sgt nak berjangkit ...kalau ada cara cara lain selain pemakanan memang aku x amek vaksin hehehee...sebab honestly,aku x pasti antibodi anak aku cukup kuat ke x nak nak lawan penyakit mcm hepatitis hehee...

mummY daniSha berkata... [Reply]

tang ubat tu aku setujulaa..kalau takat demam,selsema,sakit pale aku elakkan jugak makan ubat..=)

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, bukan semua vaccine. Tapi apa yg aku cuba nak sampaikan adalah vaccine berisiko. Vaksin hepatitis b bukan nak kena ambik masa kecik je..ko kena buat regular blood test. Dan kalau ko expose dgn org yg carrier ko kena buat check at least enam bulan sekali.

Mas, tak ada masalah kalau ko nak ambik vaccine utk anak ko.ini personal decision. Just that kalau ko rasa antibodi anak belum cukup kuat apa kata start work on utk tambah antibodi dia.

mummY daniSha berkata... [Reply]

actually masa kecik2 die memang suke makan sayur...tp dah besar ni kurang sikit..pegaruh dr kazen die mayb....danisha sihat je hehee...jarang demam or selsema..syukurlaa...sedara aku ada yg hepatitis,tu aku amek vaksin tuk cha cha.aku pun ada terpk nak amek..tp x amek lg huhu.....mayb ko leh advice camne nak tambah antibodi anak2 heheeee..

Prettywrite berkata... [Reply]

kalau kerajaan wajibkan makan sayur mesti orang malaysia ni lawa2 n sihat2 semua..hahaha..

teringat kes mayat dijumpai terbaring dekat jalan tempoh hari tak ada ic..tapi forensik sahkan dia malaysian sebab ada kesan cucuk vaksin tu dekat lengan..heee

Asmara berkata... [Reply]

kak rai! mmg membuka mata dan minda! huhu..

Unknown berkata... [Reply]

KALAU MCM TU BAIK AMBIK VAKSIN DR AMBIK UBAT KAN..

wahida berkata... [Reply]

nak komen sama mcm prettywrite...yg perenggan kedua tu...

Mulan berkata... [Reply]

tu la.. tak ambik vaksin2 ni, rasa mcm takot sbb kurang pengetahuan.. tapi byk kes jugak.. even my fren kat singapore, anak lahir normal tapi lepas amik MMR, anak dia ada autism...

Firdaus berkata... [Reply]

saya sokong,risiko ambik vaksin lagi berisiko.ntah ape2 vaksin ni.kita org islam wajib yakin.makan perlu berpada2.perlu ikut sunnah.banyak cari la.yakin la pada madu asli.amalkan selalu.habatus sauda,

Noorhafiza berkata... [Reply]

Menarik. sy amik ja vaksin, dh doc suruh. itula.. ikut ja kan.. huhu

Dr Suhazeli bin Abdullah berkata... [Reply]

Baca tulisan ini,,saya keliru siapa yang berada dalam ketakutan. samada penulis atau orang ramai yang mengambil vaksin?
Lebih baik anda semua dapatkan maklumat yang tepat dari buku ni, https://www.facebook.com/drsuhazeli/photos/a.546633738709287.1073741827.546572572048737/715567381815921/?type=1&theater

Unknown berkata... [Reply]

@Dr Suhazeli bin Abdullah, susah payah je doktor datang promote buku kat sini ya :)

apa la yang doktor nak kelirukan sangat.. saya mmg takut dengan vaksin.. sbb tu saya tak ambil vaksin untuk anak anak.. tapi saya gunakan ketakutan tu untuk gali ilmu tentang penyakit yg "dilindungi" oleh vaksin.. dan itu yang saya kempenkan pada semua ibu bapa.. bukan sekadar ikut cakap doktor..

Firdaus berkata... [Reply]

buku doktor tu x membantu pun.nasib baik saya bace free kat klinik haizi.kalu beli rugi

Firdaus berkata... [Reply]

buku doktor tu x membantu pun.nasib baik saya bace free kat klinik haizi.kalu beli rugi

Cikdek berkata... [Reply]

omg...saye berkerja dengan kanak2 di hospital. Saye sangat tahu dengan situasi ni. Kami yg berkerje di ward kanak2 selalu menerima kes-kes batok kokol, campak dan dll.
Majoriti cases dikaitkan dengan bayi2 yang tidak diberikan vaksin. Kamu ingat kami ni kejam sangat simply2 nak masukkan vaksin dalam badan baby kalau vaksin tu berbahaye?
Vaksin adelah salah satu langkah pencegahan. Cegah jauh lebih menjimatkan duit kerajaan berbanding dengan merawat.
Tolong lah bagi vaksin kat anak2 and diri sendiri sebelum terlambat.
Yup, buat mase ni memang certain company saje yang ade licencse utk buat vaksin, sebab tu company tu monopoly. But its okey.....government dah bantu utk bagi free. Lebih baik kite bagi protection sekarang, berbanding dengan consequences kesihatan n kewangan di mase depan.
Ini bukan rekaan semata2...saya x dapat duit pun. But saye berkerja di hospital, saye tahu scenario yang sebenarnye kepada kanak2 yang tidak diberi vaksin wajib.
In fact, selepas ni, mane2 parents yang refuse bagi vaksin kat anak2 mesti dikenakan denda

Unknown berkata... [Reply]

@Cikdek, wahh.. nak kenakan denda kalau refuse vaksin.. so kalau yg vaksin anak tu, dapat AEFI, awak atau kerajaan nak bayar ke? eh betul ke nak denda? or just another scare tactics ?

embunsuchi berkata... [Reply]

rasanya langkah terbaik dan terawal untuk gantikan vaksin adalah penyusuan susu ibu kepada bayi sehingga 2 tahun. itu asas yang terbaik untuk kita bina antibodi yang kuat untuk anak2 kita. dalam alquran pun ada sebut pasal penyusuan susu ibu. kalau tak silap 7 kali. betapa pentingnya susu ibu untuk anak2, terutama newborn.
kerajaan kena kuatkan dan perkasakan lagi kempen penyusuan susu ibu.
please....
lets support breastfeeding.

Unknown berkata... [Reply]

Nape ye klu masuk hospital, doktor 3,4 org marah psl x vaksin anak tp katil sebelah sy vaksin, doktor senyap je..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com