Assalamualaikum
Aku berbual dengan seorang wanita pertengahan umur pada suatu hari. Mengadu nasib suaminya yang disahkan menghidap penyakit diabetes melitus atau kencing manis type 2. Menurut wanita tersebut, suaminya telah mencuba bermacam-macam jenis ubat yang disyorkan oleh hospital dan tradisional. Malangnya belum satu pun menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Lalu, aku bertanya.."Makan jaga tak? Kalau makan ubat pemakanan tak jaga pun tak boleh jugak"
Penuh confident wanita tersebut menjawab "Eh jaga...Takde makan sebarangan sekarang ni. Makan nasi pun makin selera dah"
Aku bertanya lagi "Makan nasi putih ke beras perang?"
Jawabnya "Nasi putih..aritu makan beras perang, tapi sekarang dah abis stok"
Aku berkata "Lauk pun nak kena rebus-rebus, kukus dan bakar je. Jangan guna minyak"
Jawabnya lagi "Minyak guna nak tumis. Sikitttt jee"
Aku cuma tersenyum.
Kebanyakan kes, pesakit kencing manis tak mengalami sebarang masalah untuk mengamalkan berjenis-jenis ubat untuk menyembuhkan penyakit mereka. Malangnya, penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung bukanlah penyakit bawaan virus yang boleh disembuhkan dengan hanya melalui pemakanan sahaja. Pesakit perlu mempunyai kesedaran bahawa perubahan pada gaya hidup dan pemakanan adalah sangat penting.
Nasi putih adalah musuh nombor satu pesakit diabetes kerana ia merupakan sejenis simple carbohidrat yang memberi empty calorie kepada diet. Kalau tak tahan boleh makan, tapi makan pada jumlah yang sangat sedikit. Cuba sedaya upaya untuk makan nasi beras perang berbanding nasi putih kerana ia merupakan contoh complex carbohidrat.
Banyakkan makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi sangat membantu. Perubahan gaya hidup seperti mula mengamalkan senaman adalah sangat dianjurkan.
Biasa lah. Tak semua orang mampu untuk lakukan semua ini. Ramai yang lebih sanggup dipotong kakinya dan berharap ubat akan melakukan keajaiban untuk menyembuhkan penyakit mereka. Hakikatnya keajaiban takkan berlaku sekiranya kita tak melakukan sesuatu yang ajaib.
Daa

7 comments:
suka ayat last tu :p
*tetiba pk, benda pelik apa ku nak buat ari ni....hehe
betul tu rai kalau tak makan ubat je ta jaga permakanan pun tak boleh gak. untuk diabetis kalau nak makan nasi paling elok guna beras taj mahal.kita yang tak diabetis ni pun bagus guna beras taj mahal.
Nak jaga makanlah lepas nie..
360,000 kanak kanak membuat pemeriksaan radiasi di Fukushima, Jepun
betul sgt,,yg penting kene jg pemakanan,,tp klu jenis tak suka kontrol,,dos ubatpun patut berpatutan dgn apa yg dia mkn dan cara hidup dia,,,
conth yg plg dekat,,ayah sy sendri,,,makn tk kontrol,,tp doktr tu pandai,,dia bg dos yg kuat utk kontrol kencg manis ayah,,,dia plak jenis keje kuat dan b'peluh,,maybe sbb tu gula dia under control,,,
p/s dh mcm entri la plak,,,hehe
melakunan senaman adalah penawar untuk mengurangkan derita penyakit kencing manis ini..setakat menjaga makan tapi kurang beriadah tak akan memberi impak yang besar dalam proses penyembuhan
mencegah lebih baik dari mengubat kan...kalau dah terkena..memang susah..
hoho...sekarang ni penyakit menyerang x kira muda atau tua....amalkan gaya kehidupan sihat...:)
Catat Ulasan