Khamis

Penyakit buah pinggang pembunuh senyap

Assalamualaikum

Sebenarnya tergerak nak buat entry ni lepas baca entry Kakcik ni.

Kepada golongan yang berisiko tu sila silalah buat medical check up periodically. Supaya senang nak detect keadaan buah pinggang tu awal awal

Macam berita tahun lepas kata, 23000 pesakit buah pinggang yang berdaftar memerlukan dialisis. Hampir RM700 juta dibelanjakan untuk perubatan dan dialisis setiap tahun, dimana.. seorang punya belanja mencecah RM30k.

Kisah benar yang aku dah story berkali kali kat dalam blog ni.

Kawan shujin (sebaya shujin - awal 30an), meninggal tahun lepas selepas 3 tahun hidup dengan dialisis setiap 6 jam. Dia cuma tahu buah pinggang tak berfungsi bila dia jatuh pengsan dan koma. Masuk ICU. Doktor sahkan buah pinggang dua dua belah da rosak. Punca utamanya... kurang minum air.

Mak mertua kawan aku, 2 jam sekali dialisis. Baru habis dialisis kena dialisis lagi. Hish..

Susah nak detect penyakit buah pinggang ni sebab simptomnya mungkin datang sekali dengan simptom penyakit lain. So kalau dah tau berisiko tu ada baiknya kalau pegi buat medical check up sekurang kurangnya setahun sekali. 

Nota kaki : Shujin marah kalau aku banyak guna pewarna bila buat kek sebab nanti beban kat buah pinggang. So tiap kali nak buat pun aku buat kek vanila kek coklat sesekali buat cheesecake. Aritu buat kek karamel tu pun dia bebel sikit walau pun aku guna sikit je pewarna. Katanya bukan ada fungsi apa pun pewarna tiruan tu, cantik je la. Buat rosak buah pinggang je T_T. Tapi teringin nak buat red velvet. Tapi mengenangkan jumlah pewarna yang nak digunakan tu.. jadi bahan kena marah je nanti.

Daa

12 comments:

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

ooo yeke...ms sy br tau yg byk2 warna tu membebankan buah pinggan... adehhh

MAY berkata... [Reply]

oh.pewarne dlm masakn pun effect jugak ek...

*mujur tak penah bt kek lagi..(sebenarnye tak reti..hahaaha)

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kita ni jenis selagi tak sakit, selagi itu tak pergi buat pemeriksaan... :(

beat berkata... [Reply]

jd takut la plak...

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum Rai..takut je dengarkan...:)

Mohamad Fathi berkata... [Reply]

Selalulah minum air masak... Sbb boleh sekali mencuci buah pinggang n x membeban kan buah pinggang utk penapis dah.. ^_^

Munn Jaafar berkata... [Reply]

errr...sakit buah pinggang ni ada kaitan dgn keturunan x?

BERT berkata... [Reply]

buah pinggang kalau tak dijaga dengan baik memang boleh rosak.. sebab organ yang sangat penting dalam badan... kalau dah sakit.. alamatnya belanja yang keluar memang banyak... jagalah buah pinggang kita.. cewahh ehhe

Irfa berkata... [Reply]

sy takut jarum.hehe

boleh tahan shujin ni ye ;)
bagus tu

missina berkata... [Reply]

2 jam sekali dialisis?,,ermm pewarna salah satu punca juga wlupun sedikit,,tp yg plg penyumbg besar ialah kencing manis dan hipertension yg tk terkawal,,,p/s sy keje kt dialisis,,insyaAllah nant nak wat entry psl ni,,tp eh dah pernah wat ke blum ek,,;)

TiranaAduka berkata... [Reply]

minta di jauhkan..

sal ya berkata... [Reply]

mmg bahaya buah pinggang ni. actually semua anggota dalaman kita terdedah dengan bahaya kan.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com