Isnin

Apa yang doktor takkan bagitau kat kita

Assalamualaikum

Aku attend satu lagi kelas yang aku rasa pengetahuan yang diberikannya sangat-sangat berguna. Kelas tu sorang medical assistance yang dah pencen yang conduct. Bayar doblas hengget je laki bini. Seronok jugak.

Topiknya adalah berkaitan dengan "apa yang biasanya doktor takkan bagitau kat pesakit"

Apa yang menariknya. Pakcik tu anak dia ada 3 orang. Dan dia tak bagi anak dia satu pun suntikan vaksin (imunisasi) kecuali BCG kalau tak silap aku. Anak dia dah besar-besar sekarang ni, tak sorang pun pernah makan ubat batuk. Dia cerita pengalaman dia sebagai seorang medical assistant, dalam sebulan 100kg gula digunakan untuk buat ubat batuk. Ngeri okeh.

Berkenaan dengan kenapa dia tak bagi anak dia suntikan vaksin. Antara sebabnya adalah, seperti yang kita tahu, mendapat suntikan vaksin tak bermaksud kita akan bebas 100% dari kemungkinan untuk mendapat penyakit tersebut. Pengalaman aku sendiri. Anak kenalan aku dapat pneumacoccal walau pun lepas ambik suntikan pneumacoccal. Selain dari tu, katanya vaksin yang digunakan tu biasanya disimpan dalam peti sejuk. Walau pun sebaik baiknya diorang gunakan kaedah first in first out. Tapi kadang-kadang hospital dan klinik terlalu sibuk nak manage semua tu. Ada kes dimana vaksin yang disuntik ke dalam badan pesakit adalah yang dah expired. Ada beberapa sebab lain lagi. Tapi aku tak sempat nak salin. Aku rasa 2 sebab ni dah cukup serius.

Pakcik tu kata, dia tak suruh sesiapa ambik langkah macam dia. Itu adalah pilihan dia. Ambik suntikan vaksin dapat mengurangkan risiko. Lagi pun pakcik ni memang sangat strict dalam mengamalkan pemakanan sihat. So dia memang make sure anak-anak dia dapat nutrisi yang secukupnya supaya antibodi anak-anak dia cukup bagus. Thats why anak-anak dia tak pernah makan ubat batuk. Sebab diorang tak pernah batuk.

Dia suggestkan baca sebuah buku yang bertajuk  What your doctor doesn’t know about nutritional medicine may be killing you - By Ray D. Strand, M.D.
Aku belum beli dan baca buku ni. Tapi dari sinopsis yang diceritakan kat aku adalah, isteri penulis dapat sejenis penyakit yang sangat sukar nak diubati. Iaitu Fibromyalgia. Aku pun tak reti nak sebut dan tak tau penyakit apa. Apa yang penting. Penyakit tu dikatakan sebagai "a true miserable disease". Macam-macam jenis ubat dia bagi isteri dia makan, tak jugak sihat. Akhirnya dia cuba bagi isteri dia makan supplement tambahan. Dalam masa 3 bulan. Isteri dia nampak lebih sihat dari sebelum sebelum ni.

Oleh kerana dia dapati yang medical school tak pernah stress kan pasal nutritional medicine, so dia pun buat kajian klinikal dia sendiri. Dari situ, dia dapati yang sejenis proses yang oxidative stress menyebabkan banyak jenis penyakit degenerative. Ia merupakan sel yang telah dirosakkan oleh radikal bebas (free radicals) di mana radikal bebas ini biasanya terdiri daripada molekul oksigen yang tak cukup elektron. Seperti yang kita tahu, radikal bebas ini terhasil daripada asap rokok, tekanan yang terlampau, pencemaran air, udara dan sinaran UV. dan jangan tak percaya, radikal bebas juga terhasil apabila seseorang bersenam dengan terlampau.

Untuk meneutralkan radikal bebas ni kita perlukan antioksidan. Oleh kerana badan kita tak menghasilkan antioksidan, kita perlukan antioksidan dalam pemakanan atau dengan mengambil supplement. Kalau kita tak ambil antioksidan yang mencukupi untuk mengawal radikal bebas yang terhasil tubuh akan lebih mudah mendapat penyakit yang membunuh seperti Coronary artery heart disease, cancer strokes arthritis, multiple sclerosis, Alzheimer dementia dan macular degeneration. Macular digeneration tu adalah penyakit pada mata. Kalau nak check boleh buat amsler grid test. Biasanya kalau kena kencing manis senang kena penyakit ni.

Biasanya medical doktor takkan beritahu semua ni pada pesakit. Malah, studies tentang perkara yang negatif tentang vitamin yang di highlight kan. Oleh sebab itu kadang-kadang kita tak hairan bila orang pandang remeh pada pengambilan vitamin supplementation. Logiknya sebab industri dadah (read: ubat) adalah menghasilkan banyak duit. Apa pun, menurut penulis, seorang doktor yang baik akan menyampaikan mesej yang berikut pada pesakitnya

Both drugs and a healthy immune system is needed which is why he recommends high quality nutritional supplement – because he has ‘never seen patient achieve this kind of response with traditional medicine alone’
A nutritional supplement is not alternative medicine but complementary medicine.

Arghh..Banyak nya buku nak kena baca dalam list aku! Tapi aku rasa buku ni memang antara must have. Walau pun anak-anak aku dah terbabas minum ubat batuk. Insya allah in future aku memang nak pastikan diorang tak perlu ambik ubat. Aku dah start praktis bagi diorang makan extra vitamin C bila demam. Alhamdulillah. So far anak-anak payah nak demam berbanding dulu, 2 bulan sekali mesti kena pergi klinik.

Orang liat nak makan vitamin, tapi makan ubat laju je kan..

Daa

28 comments:

Dr K berkata... [Reply]

wah, hebat MA tu siap conduct kelas lagi.

Part vaccination tu, sorry to say, saya memang tak bersetuju dengan alasan yg MA tu cakap. apa apa pun, ianya pilihan peribadi. :)

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad, dah pencen.. lagi pun katanya dia ada official punya cert sebagai wellness advisor..or sort of yg macam tu.. ada beberapa doktor pakar jugak yg ada dalam kelas tu..

saya tak pasti apa yg dia cakap pasal vaccin dah expired tu betul ke tidak..tapi yg pasal risiko masih ada tu memang saya pernah tengok so saya percaya jugak. tapi.. saya tak berani jugak nak skip vaccination utk anak2 sbb saya tak cukup strict dalam bagi diorang balance diet dan nutrisi yang cukup utk build antibodi diorang..

apa pun kita masing2 membuat pilihan..mungkin pada dia tu pilihan terbaik..since anak2 dia pun mmg tak pernah makan ubat.. sejak kecik..

Unknown berkata... [Reply]

BUI SEKARANG BAGI ANAK MAKAN SCOTT EMULSION YANG KALER PUTIH TU,ALHAMDULILLAH SAKIT PUN JARANG..TU PUN LEPAS DOKTOR BAGITAU..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

sis..entry akak mmg menarik!

knp?
sbb sy mmg jenis tak makan ubat. Logically sy pk knp nak masukkan bhn2 kimia @ dadah dlm bdn utk smbuh,knp xgunakan cara yg lebih natural? as u said, pemakanan.

ai selalu gaduh2 ngan org yg beria suh ai makan ubat bila sakit..cth kwn2 serumah, tunang ai, @ mak ai sndri. ai xreti nak explain kat diorang knp ai xsuka mkn ubat. ai akan cari buku tu kak!

dan 1 lg, ai jenis antibodi kuat, mmg payah sikit kena dmm @ sakit...mgkin sbb pemakanan @ bdn tak dicemari bhn2 ubat tu? eceh!

Munn Jaafar berkata... [Reply]

i will appreciate kalau akak buat lg byk entry pasal ni..entry ni sy share kat google+ n fb ya?

Unknown berkata... [Reply]

@Bui Junaidi, masa kecik2 pun saya suka minum scott emulsion.. tapi yg oren lah..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Munnafendy, macam doktor tu kata..in some cases..memang kena makan ubat..tapi ubat alone memang susah nak baik tanpa ada side effect..so as a precaution baik amalkan pemakanan sihat dan ambik vitamin tambahan..

so pada akak..a good doktor memang akan suggest kan macam ni..masalahnya adalah..zaman sekarang ni vitamin tambahan ke apa apa yang panggil supplement tu pun kena hati2 jugak..hehe..

bagus buat macam munna..teruskan.. just that terangkan baik2 dengan org sekeliling so that mereka faham.

share lah..lagi akak suka..hehehe..

insya allah kalau ada info lain lagi akak share..akak pun suka sangat dgn pengetahuan macam ni..

Anamarza berkata... [Reply]

Tak semua doktor telus kan, cam kitaorang nasib baik jumpa doktor yang baik, di lebih suggest ambil supplement dari setiap kali sakit telan ubat, cegah lg baik dari mengubati kan

lieynanilaz berkata... [Reply]

entry yg menarik...lepas ni ko rajin2 kongsi ilmu yerk rai...

eB berkata... [Reply]

tq. kami bagi aerish vitamin sellau. tapi dier kengkdg demam gaks. kdg2 bgs gaks kan? boost ketahanan :)

wahida berkata... [Reply]

aku mkn vitamin liat, mkn ubat lagilah liat...heheh...

mummY daniSha berkata... [Reply]

aku kurang setuju ttg vaksin tu...mayb memang ada yg terlepas..dah suntik tp sakit juga...tp rasenye better bg je kot vaksin tu..tp x leh harap kat vaksin semata2...memang la kite kene jaga kesihatan anak2 kita...bg nutrisi yg cukup supaya die sihat...aku bg cha cha makan scott kaler oren..alhamdulillah die jarang sakit....lg satu kalau nak anak sihat,cube buat akikah..fadilat akikah ni,anak jarang sakit...

ttg ubat ni aku setuju heheeee...ubat dr memang x bagus...ada dadah...ttg antioksidan pun aku setuju heheee....dulu kan aku lelah teruk,alhamdulillah lepas makan antioksidan dah kurang,dgn izin ALLAH la =)

wahhhh panjang tul aku komen...dah macam 2,3 org komen hahahaa

hanafaza berkata... [Reply]

Aku pn tak setuju bab vaksin tu.. Lain org lain kekuatan imunitinya..so responnya pon Akan berbeza..

Sbnarnya nutrition medicine tu bukanlah benda baru..1400 tahun lebih dulu Nabi dah ajar pemakanan habbatussawada atau black seed ..makan madu, Kurma Dan susu kambing..

Masa negara kita truk wabak H1N1 dulu, Ada beberapa org doktor baru realized kebaikan habbatussawada sebagai pemangkin antibody..betullah Nabi kata habbatussawada itu ibu segala ubat kecuali as-Sam iaitu mati..

Tp yelah, kita ni cetek ilmunya Dan terlupa nak hargai apa yg Nabi dah ajar beribu tahun dulu Dan termyata masih relevan smpai bila2

Wallahualam....

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Bagi sy, tentang vaksin...pendapat msg2 dan jalan yg dipilih. Ambil ok. Tak ambil, kena bersiap sedia menghadapi risiko. Ada kwn sy, anak die amik pneumoccoccal but anak still semput gak. Tapi itu takdir Allah. Kita ena terima.

Saya, kalau nak bagi vaksin tambahan mcm tu mmg tak mampu. Bukan sy tak nak berabih duit utk anak tp mmg tak ada peruntukan dlm keluarga kami. Sy harap, semuanya dlm keadaan ok.

Sy terfikir, anak org yg mampu boleh berikan anak vaksin tersebut. Tapi sy terfikir anak org susah. Mcm mane ye?

Unknown berkata... [Reply]

@Anamarza, kadang2 doktor bukan taknak share..kadang2 diorang pun tak berapa nak percaya pada vitamin..most of them belajar, bila sakit kena makan ubat.. :D

Unknown berkata... [Reply]

@lieynanilaz, insya allah..

Unknown berkata... [Reply]

@eB ezrin, bagi vitamin bukan bermaksud takkan demam langsung.. :D

tapi kalau makan vitamin yang baik memang akan terasa perubahannya..

Unknown berkata... [Reply]

@wahida, benda bukan kewajipan..biasa lah macam tu.. :D

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, panjang2 bagus mas..at least kita stand by kita punya opinion kan..

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, setuju fara.. cuma pada saya agak menghairankan bila bercakap tentang vaksin.. orang kata tak setuju tentang tak ambik vaksin dan sebagainya..

tapi bila tak mampu..tak ambik tak mengapa pulak..apa yg dalam fikiran saya adalah..perkara tentang kewajipan ambik vaksin ni dah ditanam dalam diri kita oleh doktor..sedangkan sebenarnya vaksin tu tak menambah banyak pun.. mungkin akan mengurangkan risiko..tapi kalau ambik vaksin pun still ada possibilities kena.. so apa guna ambik..

saya takde la larang orang lain ambik..saya pun tak suruh..kita hidup membuat pilihan..in the end.. kita yang akan tengok result nya..

Irfa berkata... [Reply]

skrg aku cuma elak bagi anak ubat selsema je..demam dan batuk aku bagi je :)

Unknown berkata... [Reply]

baru teringin nak ambik vaksin pneumococol tuh utk Mifz...

Zul fattah berkata... [Reply]

fuhh.. dah macam blajar biochem balik ni.. itu pasal la.. saya x makan ubat.. kalau demam ke batuk ke.. jarang r makan ubat.. biasenya sembuh sendiri r.. dgan bersenam

Unknown berkata... [Reply]

@Irfa, kalau dah sakit bagi je irfa..kalau tak bagi takut jadi lagi teruk..jgn ikut macam aku.. hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Papa Mifz, ambik lah kalau mampu..actually terpulang pada ibu bapa sendiri..macam saya, saya mmg lain sikit..thats why saya stop ambik lepas 2 kali..sepatutnya ambik 4 kali utk full term..

Unknown berkata... [Reply]

@Zul Fattah, hahaha..mana ada fatah..cuma something extra dari yg kita selalu dengar..menarik kan...

Nini Hartini berkata... [Reply]

info berguna. tini pun cuba elak dr makan panadol kalau demam.

hurm, mmg kna ada stok vit c kt rumah lepas ni

mama_ka0ri berkata... [Reply]

zai chan..
aku pon pernah jumpa ngan sorang doktor kat hospital kerajaan..dia pernah share ngan aku pasal ubat selsema..dia kata jgn bagi sgt ubat selsema kat kanak2..nanti otak jadi lembab..sejak aritu aku mmg elak dari bagi ubat selsema kat anak aku..lagipon diaorg skang dah jarang sakit..Alhamdulillah..
macam ada sorang doktor pakar ni cakap..doktor perubatan mmg tak ngam ngan doktor pemakanan..kalau doktor perubatan ni mmg diajar bila sakit kena bagi ubat apa..kalau doktor pemakanan dia akan cari dulu punca penyakit tu..baru dia boleh suggest nak makan apa..kefahaman yg berlainan..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com