Selasa

Molybdenum : Penting tapi tak popular

Assalamualaikum

Aku pun tergaru-garu kepala dan telinga masa dalam kelas aritu. Sungguh aku tak dapat pikap apa doktor tu cakap sebenarnya. Pulak tu masa aku sibuk tergaru-garu nak menulis nota tu doktor pun dah beralih masuk topik lain. Hantu betul. Lajuu je. Mentang-mentang dia pandai.

So bila balik rumah baru aku google balik apakah mineral yang dimaksudkan oleh pakcik tu.

Molybdenum - Molibdenum
Merupakan komponen pada protein. Terdapat dalam susu, kacang buncis, roti dan gandum.

Molybdenum adalah sejenis mineral yang mempunyai peranan yang kecil tetapi penting dalam tubuh manusia. Ye lah kan. Badan manusia memerlukan 40 jenis nutrisi setiap hari. Tak ada satu pun yang tak penting. Semuanya penting. Walau pun mungkin yang diperlukan tu jumlahnya sikit je.

Ok. Apakah peranan molybdenum dalam tubuh. Asasnya molybdenum diperlukan dalam proses oksidasi belerang. Tak paham? Aku pun tak paham.

Tapi apa yang penting adalah. Molybdenum ni sebenarnya sangat berguna bagi mereka yang mengidapi asma. Menurut info yang aku dapat, pengambilan supplement molybdenum secara konsisten boleh membantu mengurangkan kekerapan dan severity serangan asma. Perubahan boleh dilihat selepas pengambilan dalam masa dua minggu. Kalau ikut clinical study yang dijalankan, 80% dari yang mencuba menunjukkan perubahan positif selepas dua minggu.

Kalau pergi jumpa doktor kebanyakan doktor akan bagi solution sementara untuk kes serangan asma. Antaranya adalah bagi gas (nebulizer, etc), bagi obat (read:dadah). Tak kurang jugak yang cuba macam-macam jenis petua dan ubat tradisional untuk mengubati asma. Sampai kalau dah teruk tu ada yang kena ambik steroid.

Kebanyakan ubat doktor adalah bersifat sementara dan ubatan biasanya akan memburukkan keadaan kerana mempunyai kesan sampingan terhadap sistem badan. So hati-hati lah dengan pengambilan ubat-ubatan. Sekali pun hanya paracetamol. Bagi aku benda-benda ni kadang-kadang lebih banyak yang buruk dari yang baiknya.

Nota kaki : Walau bagaimana pun, treatment berasaskan supplementation macam ni bukan ubat. Biasanya recovery adalah medium atau long term bergantung pada kadar penyerapan supplement tu ke dalam badan. Jangan ingat makan hari ni esok lusa dah baik terus.

Boleh baca journal tentang kajian Short and long term treatment of asthma with intravenous nutrients. Ingat aku tipu ke..Hehehe..Btw, aku pun tak baca habis lagi sebenarnya :P

Daa

17 comments:

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

macam yang cik ina belajar tentang ubat kat sini. rai belajar ke keja.

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Ina Do Do Cheng, kerja dah..kerja takde kaitan pun dgn bidang medical..tapi saje suka2 ikut event percuma belajar pasal penyakit dgn ubat.. hehe..

Anamarza berkata... [Reply]

belajar tak pernah habis! hehe klau saya pun teringin gak nak masuk kelas bab2 medical ni, tapi tak berpeluang T_T

Unknown berkata... [Reply]

@Anamarza, betul tu..saya pun kebetulan dapat join..ada member2.. kalau boleh bawak anak tu saya bawak je..tapi kena make sure diorg tak membuahss.. kalau tak pening jugak dibuatnya..

Mama Syabil and Rania berkata... [Reply]

adeh, peningggg...
peninggg...
peningggg....


hehhehhe, ku memang pening bab2 medical.. kalau bab metemetikkkk laaaaaaaaaaaaaaaaaaaagik peningggggg... ;p

mummY daniSha berkata... [Reply]

Molibdenum?supplement eh?dpt kat mane tu zai?

Run Away berkata... [Reply]

aduhhhhhhhhhh...Sy compem kerokkk bab2 neh.....

Hanis MY berkata... [Reply]

betul tu kalau makan ubat pun takkan cepat jugak recovery tu... tapi yg penting usaha...

Unknown berkata... [Reply]

@Mama Syabil and Rania, saya pun masa first time pening..takpe..dah biasa nanti tak peninig ok..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Mas, setau aku since molybdenum ni jumlah yg diperlukan tak banyak mana pun diorg takde jual molybdenum seketul macam tu.. dan tak pernah pulak aku jumpa so far.. tapi ada sesetengah jenis supplementation memang ada mengandungi molybdenum..

Unknown berkata... [Reply]

@Run Away, kerok jangan tak kerok..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Hanis MY, betul..tapi biasanya ubat dilihat lebih berkesan untuk jangka pendek berbanding vitamin..tapi kena paham yang kaedah rawatan menggunakan ubatan dan supplementation mmg berbeza..

Unknown berkata... [Reply]

apa kebenda nye ni huhuu..pening kepala bro hmmm

Norhisham Nordin berkata... [Reply]

aku ni dah laa mmg selalu sgt pening kepala... tambah plak baca molibdenum ni... lagi pening kepala... huhuhu...

Unknown berkata... [Reply]

@Bro ahmad, hehehe...

Unknown berkata... [Reply]

@Norhisham Nordin alah ngade2 ko..selalu pening kepala la kena baca..dah lama2 nanti ko lali..hahaha..

~iz~ berkata... [Reply]

x pernah dengar gak benda ni..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com