Memaparkan catatan dengan label Skin Refinishing Lotion. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Skin Refinishing Lotion. Papar semua catatan

Khamis

Artistry Hydra V series review

Assalamualaikum

Ingat tak, dua tahun lepas aku ada buat review tentang set penjagaan kulit Artistry dari series Youth Xtend. Actually aku berpeluang guna pencuci mukanya. Lotion aku guna Artistry Skin Refinishing lotion yang super ohsem tu.


Dekat nak setahun jugak la baru habis pencuci muka ni. Aku cuci muka dua kali sehari. Kadang kadang sekali sehari. Akhirnya awal bulan November 2014 habis digunakan. Terus terang. Aku memang sangat suka dengan pencuci muka Youth Xtend ni. Sebab busanya lembut sangat.. Macam mousse gitu. Lepas tu rasa muka pun thoroughly cuci. Lepas bilas, kulit terasa lebih lembut macam dah letak pelembab, tapi takde rasa berminyak.

Dan. Lepas habis pakai tu. Aku saja la menggedik nak tukar cuba series lain pulak. Hydra V. Katanya sangat ohsem jugak.
Ada sedikit perbezaan antara Hydra V dan Youth Xtend. Actually Youth Xtend lebih kepada untuk melambatkan proses penuaan (kedutan) dari berlaku. Manakala Hydra V ni lebih kepada penjagaan biasa (ganti Essential series). Pencuci muka Hydra V dalam bentuk gel yang jernih. Manakala pencuci muka youth Xtend tu macam mousse gitu. Baunya dua dua wangi dan menyegarkan. Cuma personally, aku prefer Youth Xtend lagi kot. Hahahaha.. Of course dari segi harga Youth Xtend lebih mahal berbanding Hydra V. Moisturizer Hydra V ni aku saja nak cuba. Last year aku pakai refinishing lotion. Kali ni cuba moisturizer ni. Pakai siang dan malam. Dua kali. Finishing nya tak sebest feeling lepas pakai refinishing lotion lah. 

Korang tau lah kan.. Refinishing lotion tu ibarat ada super power untuk mengelakkan kulit rasa berminyak lepas pakai. Siap rasa macam baru lepas berbedak. Velvety gitu finishingnya. Malangnya ada desas desus khabar angin mengatakan yang refinishing lotion akan discontinue sebab diorang buat formulation baru.

Harap harap yang baru tu sebest yang ada ni. Fufufu..

Rasanya macam nak pulangkan cleanser Hydra V ni ganti ngan Youth Xtend je. Harharhar. Mentang mentanglah 100% money back guarantee (for whatever reason).

Agak agak shujin bagi tak. Hehehe..



Model model tak berbayar Artistry Malaysia. Kehkehkeh..

Nak cuba Artistry? Hubungi saya melalui whatsapp 0126894317

Daa

Isnin

Mengelak kulit muka kering dan kusam akibat penghawa dingin

Assalamualaikum

Panjang gitu tajuknya. Hahaha..

Kulit aku jenis kulit kombinasi. T-zone ala ala berminyak sikit. Area U-zone (pipi dan dagu) tu jenis kulit normal normal gitu. So, pagi sebelum keluar pergi kerja aku memang cuba mendisiplinkan diri apply toner, skin refinishing lotion dan moisturizer. Kesannya memang sangat ok. Kulit muka terasa lembut licin dan jerawat pun tak naik. Cuma masa raya aritu, gatal pakai foundation sample yang FREE tak cuci betul betul, naik sebiji tanduk kat hidung.

Tapi selain dari masa tu memang takde jerawat dah. Skin complexion aku pun aku rasa da semakin okay. Rasanya nak tambah eye cream kalau ada rezeki lebih nanti. Biasanya lepas solat zuhur, kulit akan jadi kering sikit sebab dah cuci benda yang aku apply tu dengan air wudhu', lepas tu expose pada air cond kan. Nak re-apply semua tu memang tidak lah. Touch make up pun jauh sekali. Eh memang tak pakai pun kan. Hahaha.

Memandangkan aircond kat office ni agak kuat, kulit akan jadi kering sikit. So, solution yang aku gunakan adalah seperti di bawah ni
artistry essential hydrating toner
Hydrating toner ni bekas asalnya besar. So aku masukkan dalam bekas kecik beli kat kedai mekap. Jadikan sebagai penyegar, pelembab muka lepas selesai solat. Just sembur tiga kali pada muka. (Kalau muka lebar sikit maybe kena sembur lebih sikit..hehe) Lepas tu tepuk tepuk manja bagi dia menyerap. Tara... Kulit takkan kering dan hasilnya kulit terasa segar dan lembut sampai petang.

Aku re-apply tiap kali lepas basuh muka (solat). Ianya tak menyebabkan kulit jadi berminyak pun. T-zone aku okay je. Boleh apply untuk apa apa jenis kulit pun. Kulit yang sensitif pun boleh sebab ianya dah diuji keselamatannya.

Aku sentiasa bawak toner ni dalam beg ke mana mana. Kalau muka terasa berminyak, aku basuh muka, lap kering dan kemudian apply. Muka akan kelihatan segar kembali. 

Selamat mencuba.

Bagi yang berminat nak mendapatkan product artistry ini boleh hubungi whatsapp terus ke nombor 0126894617.

Daa

FAQ Artistry skin refinishing lotion

Assalamualaikum

Akhirnya, setelah hampir 4 bulan pakai, lotion tu da ada tanda nak habis. Peliknya, aku still sangat teruja tiap kali lepas pakai. Tangan asyik nak raba pipi je. Takpe la kan raba pipi sendiri. Bukan raba XXX orang. Opss.. Hehehe..

Anyway, nak share sikit tentang skin refinishing lotion yang sangat best ni.

Psstt, btw Artistry skin refinishing lotion ni adalah product paberet miss america. Feeling model gitu bila pakai. Hehehe.. 
Frequently Asked Questions
What is the purpose of Skin Refinishing Lotion?Skin Refinishing Lotion enhances the natural exfoliation process and provides an immediate moisture surge to the skin.

What is the difference between alpha hydroxy serum plus (AHS+) and Skin Refinishing Lotion?
Although the activity of these two products is very similar, it is important to note their mode of action is extremely different. AHS+ is formulated using alpha hydroxy acids to increase exfoliation of the skin. Skin Refinishing Lotion is formulated without acid and with a natural oat derivative. Oat is known for its soothing benefits to the skin and now, through advanced research within the ARTISTRY® laboratories, a special oat-derived extract has been shown to be effective at enhancing exfoliation.

Why does my skin feel so smooth after using Skin Refinishing Lotion?
This product is specially formulated to instantly provide softer- and smoother-feeling skin. It does this by using state-of-the art gel-to-powder technology that leaves skin feeling and looking smoother instantly.

Will Skin Refinishing Lotion help to minimize the appearance of fine lines?
Yes. As the skin ages, dead skin does not "shed" as quickly and fine lines appear more pronounced on the skin's surface. With continued use of Skin Refinishing Lotion your skin will increase its natural turnover and fine lines will become less visible. In fact, within just 12 weeks of use, fine lines will appear less visible an average of 48%.

Will Skin Refinishing Lotion help to minimize the appearance of pore size?
Yes. Pores will appear smaller with continued use of the product. In clinical testing, pores were shown to appear 32% smaller after just 12 weeks of use.

Can Skin Refinishing Lotion be used with sensitive skin?
Yes, it's clinically tested to be safe for use by people with sensitive skin.

Should you use both alpha hydroxy serum plus and Skin Refinishing Lotion?
No, we do not recommend using both AHS+ and Skin Refinishing Lotion. They provide similar effects through similar modes of action, and you will not see an increased benefit by using both products.

What makes the oat extract (natural ingredients) work?
The exact mechanism that allows the oat to work is not known. However, after numerous studies and clinical trials, ARTISTRY scientists have shown that oats are very effective at enhancing exfoliation. This discovery is very exciting and has led to a patent.

In what order do I use Skin Refinishing Lotion?
Cleanse, Tone, Repair, Blemish Treatment (where needed), Vitamin C + Wild Yam Treatment (where needed), Replenishing Eye Creme, Skin Refinishing Lotion (or) alpha hydroxy serum plus, TIME DEFIANCE® Illuminating Essence, Moisturizer.

Will the algae and sugars cause skin irritation?
No. This product was tested on sensitive skin and was shown not to be irritating or cause allergic reactions.

Why were algae, sugar, and oats chosen to add to this product? What exactly do they do?
All three ingredients work synergistically to enhance exfoliation. The use of the oat extract as an exfoliant is patented.

How often do I use Skin Refinishing Lotion?
Skin Refinishing Lotion should be used twice daily, morning and night.

Can this product be used around the eye area?
Yes. Skin Refinishing Lotion was clinically shown to be safe for use around the delicate eye area.

Can this product be used on the neck, throat, and chest as well as the face?
Yes. Skin Refinishing Lotion will be safe and effective when used on the neck, throat, and chest areas.

More Information
Use InstructionsUse twice daily on face and throat after cleansing and toning.

Sangat sesuai juga dijadikan hadiah surprise buat isteri isteri tercinta. Ye lah, nak bagi cantik tu bukan untuk orang lain, untuk suaminya juga. So para suami, tak salah rasanya keluarkan sikit modal bagi surprise kat isteri kan... tak gitu shujin *wink wink*

Untuk isteri pun, lotion ni boleh jugak pakai kat orang lelaki. Tak salah jugak kalau belikan untuk suami. Tapi sebelum tu beli untuk diri sendiri dulu. Mesti suami makin sayang :P


Nota kaki : Tak pakai pun suami sayang jugak. Suami mana tak sayang isteri kan. :)

Daa

Selasa

Janji yang ditunaikan - review untuk perempuan

Assalamualaikum

Aku tak reti sangat nak review review product ni sebenarnya. Apa lagi review pasal product kecantikan. Sebab mekap pun aku tak reti. Aku cuma amalkan penjagaan asas. Itu pun bila tiba tiba tersepuk dan tersedar yang sungguh pun aku malas nak mekap tapi taknak la umur baru masuk tiga siri kulit dah macam orang umur 40 tahun.

Aku segan sebenarnya nak share-share gambar aku kat blog ni. Sebab aku memang tak fotogenik bagai. Lagi pun aku jarang bergambar. Bila aku share pasal eksaited pakai product Artistry aritu aku takde la prepare dengan testimoni dan gambar sebelum selepas bagai.

Yang lambat nak update pasal review ni sebab puas aku carik robek sana sini cari gambar yang aku boleh jadikan testimoni. Tapi nan hado. Gambarnya kabur atau pun jauh sangat. Aku tak sure la gambar aku nak tunjuk ni valid ke tidak. 

Gambar ni diambik dengan tablet Samsung 10.1 shujin. Cahaya lampu biasa. Takde extra effect. Aku tak pakai mekap. Tengok makcik sebelah aku tu. Makcik? Actually nama dia Datuk Aisyah. Ex Vice President TNB. Now da pencen. Umur takde selindung ok. 63 tahun kalau tak silap aku. Aku tak sure orang lain perasan tak. Kulit muka dia serius nampak licin je. Macam takde kedut. Shujin kata aku pun kalah T_T. Ko bayangkan la sendiri apa perasaan aku yang muda remaja (ceh) bila shujin sendiri puji nenek lagi cun dari aku. Mau tak tensen aku.

So bermula detik tu. Aku istiqamah pakai product Artistry ni.
Artistry Pure White mini set
Tak ingat masa promosi bila aku dapat pouch tu. Tapi sangat comel. Lepas da pakai lama sikit, aku upgrade tambah scrub nak bagi hilang blackhead yang bersarang kat hidung.

Scrubnya pada aku best sebab tak mencederakan. Dedulu ada jugak pakai scrub jenama Y. Tapi kadang-kadang rasa pedih. Mungkin cara aku pakai tak betul kot. Tapi pakai scrub ni alhamdulillah takde rasa camtu. Aku pakai dalam 2-3 kali seminggu ikut condition muka. Kalau rasa cam berminyak berkarat sangat aku pakai.
Close up
Mini set ni ada cleanser yang tube berdiri, toner dan moisturizer dalam botol tu dan creme (utk kegunaan malam). Mini set ni limited edition so bukan tiap masa ada. Time ada event je diorang jual. Toner dengan moisturizer tu ikut jenis kulit sama ada berminyak atau pun kering. Kalau combination kawan aku suruh  check kat T zone tu prone kepada berminyak ke kering. Kalau berminyak pilih yang untuk oily skin.

The very first day aku pakai set ni, tetiba bekas jerawat kat hidung aku nampak pudar sikit. Tapi lepas tu tak jauh sangat beza. Cuma dari masa ke semasa aku rasa tekstur kulit aku makin lembut dan licin. baru baru ni je shujin tegur skin complexion aku nampak makin ok dan budak ofis pun cakap benda yang sama. Kalau tak aku pun tak perasan.

Satu set ni aku tak ingat la tahan berapa lama. Tapi 2-3 bulan jugak la. Sebab pakai sikit je. Kalau yang set biasa yang besar tu aku tak pernah beli lagi, so tak tau la boleh tahan berapa lama. Tapi harganya memang boleh tahan la. Hehe. Mini set ni je murah. Mula mula beli dulu RM35. Lepas tu diorang let go RM20 je. Ok la kan..

Gambar ni masa blogger gathering aritu. Gambar curik lagi!! Yang Kak Akuzle Ayu ambik. Aku tak pakai mekap, ke foundation ke apa. Cuma since sabtu tu aku start pakai Artistry Refinishing lotion. Lotion tu buat muka rasa ringan je. Dan lambat berminyak. Pakai lepas pakai toner. Yang best nya bila kita sapu kat muka tu teksturnya berubah jadi velvety powdery gitu. So ringan sangat. Dan paling jelas pores dekat dengan batang hidung aku tu makin kecik.

artistry refinishing lotion
Reward untuk bulan ni lepas berpenat lelah menyiapkan tempahan puding aritu sebenarnya. :D

Ikhlas lagi jujur. Aku tak tau gambar ni sebab pencahayaan ke apa. This is the best yang aku boleh present. Hehehe. Apa pun. Happy sangat sebab shujin da start puji puji pipi aku licin je skang ni. Hihikk~ (gelak gedik)

Supaya aku tak kalah dengan makcik yang pangkat nenek dalam gambar di atas. Aku pun da rajin sangat sangat sapu lotion. So a banyak lah improvement tu. Gila kalau aku kalah ngan mak nenek. Tangan Datuk tu sama lembut dengan tangan anak pompuan aku. Mau aku tak rasa macam nak nangis?

Pasal tekstur kulit maybe tak nampak sangat dalam gambar ni. Maybe later aku mintak shujin ambik gambar close up sikit. Tapi gambar lama tu kena belek lagi la. 

Btw, asasnya product artistry ni buat dari tumbuh tumbuhan organic. Dan setakat aku pakai ni takde masalah pengelupasan ke apa. Tapi lain orang lain kesesuaiannya. Cuma aku berani kata, product artistry ni insya allah bebas dari bahan kimia berbahaya.

Nota kaki : Kalau ada yang nak komplen apesal gambar aku semua tayang gigi. Hish..aku pun tatau nak jawab apa.. Hahahaha.Aku tak reti bergambar T_T

Berminat nak kelihatan muda jelita di usia 30-an seperti daku? Boleh order artistry set melalui whatsapp di nombor 0126894617

Daa

Rabu

Seronokk..bukan syok sendiri

Assalamualaikum

Tipulah kalau ada pompuan kat luar sana yang tak nak nampak menawan. Jangan kata pompuan. Yang jantan jantan yang ada naluri kepompuanan pun nak nampak cantik. Biarlah bulu dada kena cukur tiap hari. Yek.. Geli pulak aku.. Hahaha..

Anyway.. Aku baru perasan sebenarnya. Agak agak setahun lebih dah aku stick kepada skin care product yang ini. Last year dalam bulan June gitu aku beli satu set Artistry Pure White yang mini. Ala ala trial set gitu la. Satu set tu ada cleanser, toner, moisturizer dengan night cream, RM35. Masa tu aku da pakai set yang lain dah pun. Bila pakai set yang ini, nampak ok sangat sangat.

Happy gila aku. Terus aku return set yang aku da pakai mula mula tu. Return bukan sebab tak best, tapi sebab ada yang lagi best :P Yang bestnya set artistry ni boleh je da pakai nak pulang balik. Tapi jangan la pakai sampai separuh nak pulang pulak. Kuang ajo namanya tu. Hehehe.

Bila dah nak habis mini set tu, member aku kata ada kedai yang jual lagi. Harganya cuma RM20 untuk the whole set. Waiii. Branch kat area sini semua sold out. Harem sungguh aaa. Diorang ni laju je. Sampai ke Taiping nu ha baru dapat. Kebetulan ada member aku duk kat Kulim. Dia selalu pegi Taiping. Belikan beberapa set terus.

So far mini set ni aku baru pakai set ketiga. Biasa lah. Ada pasang surut pakainya. Aku tambah beli scrub je. Lepas pakai scrub tu black head yang degil degil tu pun da makin hilang.

Lately je aku sangat istiqamah pakai. Lepas set kedua tu. Pagi tadi shujin tegur. Eh licin nya kulit. Parut jerawat da makin kurang. Hohoho..

Adakah aku bermimpi.. Kat ofis pun ada ex team mate aku kata. Your skin improve very much la. Nampak glow nya. Ececece..

Walau pun mungkin ada yang kata lamanya nak nampak effect. Bagi aku yang penting continuous effect dan selamat (sebab buat dari tumbuhan organic). Each day aku dapat rasa kulit makin ok. Time to time blackhead hilang, tekstur kulit makin halus dan licin. Dan jerawat pun da kurang sangat..

Untuk just RM20 for one set (tahan 2-3 bulan). Aku rasa sangat worth it. Cuma bila mini set ni da habis nak beli yang bukan mini tu sakit jugak lah untuk one time investment. Aiyarkk..

Tak sempat lak nak ambik gambarnya pagi tadi.

Last week aku pegi kedai, test refinishing lotion pulak. Masa tu da petang. Dengan muka berminyak. Sampai kena kutuk ngan shujin. Shujin memang sangat jujur. Kalau dia rasa tak ok dia kata tak ok. Takde tapis tapis nak ambik hati isteri ke apa.. Ishk..Kalau dia kata ok tu maksudnya memang ok sangat la tu. Aku pun cuba lah sikit tester. Lepas cuba tu wallaa.. Shujin kata eh awak pakai apa ni. Tak habis habis tangan aku duk rasa pipi sendiri. Macam tak caya. Sampai rasa macam taknak basuh muka. Hahaha.

So. Reward bulan ni ialah lotion ituu.. Tak sabar!

Bagi yang berminat dengan product artistry boleh whatsapp terus ke nombor 0126894617

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com