Memaparkan catatan dengan label vaksin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vaksin. Papar semua catatan

Rabu

Review Pusat Bersalin Barakah Bandar Puteri Klang

Assalamualaikum

Kali keempat bersalin, kami memilih untuk sekali lagi bersalin di Pusat Bersalin Barakah Bandar Puteri Klang. Antara faktor pemilihannya adalah jarak dan kosnya. Walau pun masa bersalin Aisy aritu aku agak kurang berpuas hati dengan mutu perkhidmatan mereka, tapi aku percaya yang mereka patut diberi peluang kedua memandangkan aku sangat puas hati dengan bidan dan doktor di bilik bersalin.

So, aku start check up di Poliklinik Barakah since 35 minggu. Alhamdulillah selamat bersalin pada 4:45 pagi hari Isnin 8 September. Sepanjang berada di sana, dari saat aku daftar sampai lah ke discharge, semua jururawat dan doktor memberikan layanan yang sangat baik. Serius. Bukan bodek tau. Hehe.

Keputusan aku untuk tidak vaksin si kecil dihormati. Doktor Khairiah juga bersedia melayan permintaan aku untuk lambat potong tali pusat baby (delayed cord clamping) selepas aku bersalin.

Dari segi hospitality, jururawat yang bertugas sangat prihatin. Setiap kali si kecik menangis dia datang jengah. Malah, ada 6 kali makan sepanjang hari. Hehe. Salah seorang nurse bertugas, seorang makcik yang hampir sebaya mak aku siap tolong urut belakang yang lenguh menyusukan si kecik. Serius tip top makcik tu urut.

Masa nak discharge pulak, diorang hantar aku dengan kerusi roda sampai lah ke kereta. Semua nurse yang bertugas sepanjang aku kat sana sangat murah dengan senyuman dan mesra alam. Walau pun aku tau masing masing kepenatan. Especially yang bertugas malam tu. Punya lah mengantuk kan. Si kecik tu pulak, lepas berak, berak.. Berak lagi. Bila dah berak bukan pandai nak duk diam. Menangis macam kena pukul selagi tak basuh. Sabo je semua orang.

Thumbs up bagi semua yang berkhidmat di Pusat Bersalin Barakah. Aku tak jangka, tapi kali ni aku sangat puas hati dengan khidmat dan layanan mereka sepanjang dua hari satu malam kat hospital.

Lepas ni, sapa yang berdekatan boleh la pilih Pusat Bersalin Barakah. Kosnya masih murah berbanding tempat lain. Kalau korang tak kisah sangat pasal menu bubur segera dan biskut cicah milo, dan nakkan doktor wanita muslim, Pusat Bersalin Barakah ni adalah salah satu pilihan yang baik.

Next, aku cerita pasal pengalaman bersalin anak no empat pulak ya.

Daa

Elakkan ubat batuk dan selesema bagi bayi

Assalamualaikum

Siapa tak kesian dengar anak kecil batuk tak henti henti sampai susah nak bernafas kan. Sebagai ibu lagi la.. Risau anak tak selesa tak boleh tidur. Kalau boleh ganti diri sendiri yang dapat sakit tu, memang dah tukar dah. Macam tu lah kasih ibu kan..


Dan ramai ibu bapa yang tak sedar sebenarnya bagi ubat batuk dan ubat selesema pada bayi berumur dua tahun ke bawah bukan sahaja tidak berkesan, malah boleh membahayakan nyawa mereka. Apa lagi kalau beri ubat batuk tanpa nasihat doktor. Boleh jadi overdose. Ada kes overdose ubat batuk dan selesema pada kanak-kanak berumur antara 6 hingga 10 tahun yang dilaporkan kata, budak budak tu mengalami halusinasi. Perghh.. Ngeri okay. Manakala kes bagi ubat batuk dan selesema pada budak bawak 2 tahun boleh menyebabkan jantung mereka terhenti.

Ubat batuk boleh menyebabkan budak tu akan masuk hospital sebab pneumonia jugak tau. Sebab, Allah jadikan batuk tu supaya kahak tu keluar dari paru paru. So kalau rentikan batuk, maka.. kahak akan duduk di paru paru dengan selesanya dan menyebabkan bakteria mudah membiak.
Kalau tak boleh bagi ubat, nak buat apa? Takkan nak biar je??

Aku pernah mengalami situasi di mana Aisy demam pada usia 3 bulan. Aku taknak bawak ke klinik sebab baru few hours dia demam. Aku nak monitor dulu. Ada orang sampai kata aku ni sayang duit, tak sayang anak. 

Tapi aku bukan duduk diam. Jom share sedikit tips yang aku gunakan..

Bagi bayi bawah 6 bulan ke setahun
Just bagi susu ibu sekerap mungkin. Sedikit cabaran bagi bayi yang diberikan susu formula kerana, diketahui susu lembu boleh menyebabkan penghasilan mukus. Jadi takkan nak stop susu kan..? Kalau kahak atau hingus kelihatan pekat dan buat diorang susah nak bernafas, cuba buat steam dan tepuk percussion. Steam tu kalau kat bilik air guna pemanas air, boleh tutup tingkap bilik air dan tutup ruang bawah pintu, biarkan air mengalir 5 minit sampai wap penuh. Masuk dengan baby. Bagi duduk dalam tu dalam 5-10 minit. Supaya hingus dan kahak tu cair dan mudah nak keluar. 

VCO bagus diberi pada anak anak
Nasib la korang dapat emak gigih seperti ibu.. Hehehe
Kalau takde pemanas air macam aku. Masak air, lepas tu masuk dalam bekas. Tiarapkan baby kat kaki. Selit kepala baby kat celah kaki. Tutup dengan kain. Supaya wap terperangkap dalam tu. Jangan lama sangat. Takut lemas pulak baby. Letak garlic oil dalam air tu pun bagus.

Hati hati kalau nak guna bulb syringe untuk sedut hingus sebab penggunaan yang terlalu kerap boleh menyebabkan kerengsaan kulit dalam hidung. Lepas steam tu, tepuk dada dan bahagian belakang baby (bahagian paru paru). Ini untuk longgarkan kahak yang duduk dalam tu. Sebab kahak yang terkumpul kat situ boleh menyebabkan kuman membiak dan menyebabkan jangkitan pada paru paru pulak.. Selain dari tu. Buat garlic oil dengan cara bakar bawang putih dengan kulit kulitnya sampai hangus. Masuk dalam minyak. Nak guna minyak masak pun boleh. Minyak zaitun dan minyak kelapa dara lebih baik lagi. Sapukan pada dada, belakang, betis dan tapak kaki.

Kalau ada budget lebih, boleh beli humidifier. Yang sembur wap tu. Ada dua jenis tau.. Yang sejuk dan panas. Gunakan cool mist humidifier. Ada je yang murah murah tu.. Tapi kena rajin cuci tau sebab lembab lembab ni bakteria suka.. Kalau tak, hiris hiris bawang besar bungkus dengan tisu atau kain kasa, letak tepi tempat tidur pun membantu sangat tau!!

Kalau hingus still macam teruk sangat. Boleh guna air garam dan titis dalam hidung baby. Ini akan bantu untuk cairkan hingus. Air garam boleh buat sendiri. Tapi make sure guna filtered or purified water. Just letak sikit. Or boleh beli je sterimar kat farmasi. Sterimar tu air laut je. Takde apa.

Semua kaedah ni selamat dan berkesan juga untuk anak-anak yang lebih dewasa. Even sekarang aku sendiri pun titis air garam dalam hidung kalau hingus.

Bagi anak-anak lebih dewasa atau orang dewasa. 
Kalau diorang tak suka minum air suam semata mata, boleh buat air cuka apple campur madu dan tambah air. Masuk dalam botol. Bagi dia minum sepanjang hari. Dan ya.. Baunya memang off sikit. Aisy siap lari kalau aku nak bagi  air ACV kat dia. Hahaha..
ACV braggs

Anak-anak yang batuk selesema demam ni kadang tak selera makan kan.. Buatkan sup ayam. Reneh tulang ayam, carrot, celery, bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang., cengkih dan sebagainya sejam dua. Segala bahan tu sangat bagus untuk combat common cold. Kalau dia taknak makan, just nak hirup sup pun dah dapat protein yang mengalir dari tulang ayam tu kan..

Kenapa penjagaan awal ni semua penting..?

Sebab orang selalu anggap, ala selesema sikit je.. Batuk sikit je... Tak payah bagi ubat. Dan tak payah buat apa-apa. Bila dah teruk baru kalut.

Actually.. Langkah langkah awal ini sangat penting, sebab mukus yang berkumpul dalam hidung dan dalam paru-paru tu adalah tempat paling disukai oleh bakteria. Kalau dibiarkan mukus tu tak dibuang, bakteria akan bermaharajalela.. Itu yang kadang-kadang boleh jadi jangkitan pada paru-paru.. Pneumonia.. Tapi.. Tak elok jugak kalau kita bagi ubat batuk (cough suppressant) sebab batuk tu mekanisme buang kahak dan bendasing dari paru-paru. So, kalau tak batuk, nanti mukus tinggal kat paru-paru.. Jadi la pneumonia jugak.

Semua ni adalah langkah yang aku praktik pada anak-anak. Bukan diorang tak batuk. Bukan tak hingus. Tapi alhamdulillah, diorang tak demam teruk. So, ini salah satu usaha pencegahan yang aku lakukan sebab aku memilih untuk tak cucuk vaksin pneumakokal pada anak-anak. 

Good luck.

Daa

Isnin

What's wrong with vaccination?

Assalamualaikum

Pada pendapat aku, there's nothing wrong with the idea of vaccination itself. Sangat sangat bagus. Introduce makhluk halus pada badan untuk induce immune system bayi yang masih kecil. Melatih imun sistem.

So, whats wrong with vaccine?

(1) Bahan yang digunakan diragui kesuciannya
Bahan yang digunakan dalam proses penghasilan vaksin adalah menjijikkan. Walau pun dikatakan bahawa bahan berbahaya yang digunakan dalam proses penghasilan vaksin akan diasingkan pula masa akhir proses, tapi masih ada sedikit trace amount yang tinggal dalam tu. Antara medium yang digunakan untuk menternak bakteria adalah otak monyet hijau, fetus sihat yang digugurkan pada tahun 60-an, enzim dari babi dan sel dari perempuan yang mati sebab sakit kanser rahim. Itu belum kira kandungan bahan berbahaya. MSG.. Bukan main iklan product makanan. Tiada MSG bagai. Makan tak boleh, tapi cucuk takpe pulak. Mainan budak tak boleh kalau ada formaldehyde, tapi dalam vaksin yang duk cucuk tu ada boleh pulak.. Jangan makan besar laut dalam banyak sangat. Ada merkuri. Tapi tiap bulan serah peha anak kat doktor untuk cucuk merkuri boleh pulak..? Oh alasannya.. dosnya terlalu kecil. Tak berbahaya. Cuba check berapa jumlah mercury yang dicucuk ke dalam badan seorang kanak-kanak kalau ambik semua vaksin dalam jadual? Mercury adalah neurotoxin, MSG adalah exitotoxin atau juga neurotoxin. Ianya merosakkan saraf. Formaldehyde adalah highly toxin.

Dari Wikipedia :
Although many studies have failed to show a relationship between formaldehyde and asthma, a recent review of studies has shown a strong association between exposure to formaldehyde and the development of childhood asthma.
Ever wonder why asma sangat common pada zaman sekarang? Jawapan doktor mudah je. Genetik mak bapak ni.. Settle. No further explaination required.


   Auto immune disease disebabkan oleh kandungan vaksin?

(2) Tahap keselamatan tak diuji
Tak ada ujian keselamatan bagi vaksin hepatitis B yang dicucuk pada bayi baru lahir. TIADA. NONE. So, takde siapa tahu sejauh mana vaksin Hepatitis B berkesan mencegah hepatitis B pada baby yang baru lahir since tak ada ujian. Tak ada data. Macam mana reaksi imun sistem bayi yang belum matang terhadap vaksin yang dicucuk juga tidak diketahui. Ini adalah salah satu contoh jelas.


Malah dalam kes vaksin lain pun, bayi di bawah 6 bulan, imun sistemnya masih belum cukup matang. Ia bergantung pada antibodi dari darah ibu yang disalurkan melalui tali pusat ketika lahir dan antibodi yang diberikan oleh ibu melalui susu ibu. Jadi, reaksi imun sistem terhadap virus yang diperkenalkan tak sama macam orang dewasa. Adakah selamat? Hanya Allah yang tau sebab tak ada data.



(3) Keberkesanan diragui
Dulu masa MMR baru keluar. Tagline nya adalah, hanya satu dos dah mencukupi. Sekarang MMR dah kena ambik booster. Manufacturer claim yang perlindungan dari vaksin berbelas tahun berpuluh tahun. Banyak dah kes outbreak berlaku dikalangan anak-anak yang fully vaccinated.
Dan bila kaji balik, rupanya perlindungan vaksin cuma bertahan 3-4 tahun. Cuma tahan kurang dari 10 tahun. Dan lagi, setiap satu penyakit, virus ada banyak jenis. Contohnya macam HPV. Strain virus dalam vaksin HPV cuma 4 strain. Tapi strain virus yang boleh menyebabkan kanser
serviks ada 100 jenis. Dan, virus juga sangat mudah mutated. So, kalau cucuk tapi tiada perlindungan, in the end cucuk apa? Cucuk heavy metal, cucuk MSG, DNA binatang, DNA manusia entah siapa, silap silap contaminated dengan virus sakit lain.. Allah bagi badan sihat walafiat, pergi cucuk benda bukan bukan. Jadi sakit bukan bukan. Ada kajian yang kata, virus HIV adalah asalnya ada monyet hijau. Mungkin sebab tu zaman dulu takde dengar sangat pasal HIV ni. Wallahualam.

Ada dengar kes polio di Malaysia? Baru baru ni tak ada dengar dah. Di US, polio outbreak dikatakan berpunca dari vaksin polio sendiri. So jangan ingat pendatang haram je boleh sebarkan penyakit.. Vaksin pun boleh.

(4) Terlalu banyak dos dalam satu masa
Semakin maju teknologi.. Makin banyak dos yang diberikan dalam satu masa. MMR 3 dalam 1. Measles Mumps dan Rubela. Lepas tu ada MMRV - 4-in-1. Measles Mumps Rubela Varicella (utk chicken pox). Dalam schedule pulak.. Boleh 2-3 shot dalam sekali visit ke doktor. Agak agak macam mana badan bayi yang imun sistem baru nak merangkak nak handle 3-4-5 jenis virus yang dilemahkan masuk dalam badan dalam satu masa? Berapa baby dalam dunia ni kita jumpa dia jangkit demam campak kena beguk rubela dan jangkit chicken pox dalam satu masa?


(6) Sistem perlaksanaan satu hala
Selama ni ramai yang sangka vaksin "wajib". Hakikatnya, tiada vaksin wajib. Selama ni tiada siapa didedahkan yang vaksin boleh mempunyai bermacam jenis kesan sampingan. Takut orang freak out takmo vaksin. Memanglah. Bukan hak kita ke nak tau apa dalam vaksin? Tahu tak yang eczema mungkin boleh jadi salah satu kesan daripada vaksin. Tahu tak bahawa inconsolable screaming and crying adalah salah satu kesan daripada vaksin. Tahu tak bahawa kita sepatutnya diberitahu bahawa kesan vaksin bukan hanya demam semata mata. Dan dengan memberikan PCM apabila demam selepas vaksin adalah berisiko. Dan boleh memburukkan keadaan. Tahu tak bahawa di Malaysia tiada statistik kecederaan akibat daripada vaksin sebab kes tidak dilaporkan. Bukan sebab ianya tidak berlaku. Ya, kesan akibat vaksin adalah rendah. Begitu juga kesan sampingan daripada penyakit yang dilindungi oleh vaksin.

Tapi kebaikan vaksin dapat melindungi anak daripada penyakit yang mungkin berbahaya untuk mereka. Kita berusaha. Vaksin salah satu usaha. Apa salahnya. Kebaikan melebihi keburukan.. Betul ke? Entah. Tidak pada aku.

Pendapat peribadi aku. Kalau jalannya adalah dengan mencucuk benda yang diragui kesuciannya. Dengan mengkayakan orang lain yang dlindungi undang undang yang takde kesan apa apa walau pun anak kita sakit sebab vaksin. Maaf. Aku pilih jalan lain. Kes di Malaysia. Seorang pelajar lumpuh selepas dicucuk vaksin. Siapa yang hidup dengan kesannya? Kilang yang keluarkan vaksin? Farmasi yang jual vaksin? Doktor atau nurse yang cucuk vaksin? Yang beria ria menganjurkan bahawa vaksin sangat berkesan untuk mencegah penyakit. Normal la tu. Ciptaan manusia ada kelemahan. Untuk selamatkan berjuta nyawa, korbankan satu dua nyawa. Apa ada hal. Selagi yang korban bukan anak kita.

Tiada mainstream research yang mengaitkan antara autism dan vaksin. Mungkin memang tak ada kaitan atau mungkin sebab tekanan dari big pharma pengeluar vaksin. Vaccination adalah industry yang sangat besar. Ready market beb.. Setiap hari berjuta bayi dilahirkan. Kalau betul vaksin penyebab autism, habisla vaccine industry.



               Memperkuatkan imun sistem tanpa vaksin



Aku memilih tak vaksin bukan bermaksud aku duduk diam tak buat apa. Bukan bermaksud aku pergi jumpa bomoh bila anak sakit. Kalau dengan usaha, doa dan tawakal yang
aku buat tu. Allah masih nak uji dengan bagi penyakit. Aku redha. Tapi untuk saja saja cucuk anak aku yang comel gebu sihat walafiat dengan virus dan bahan lain tu. Ampunn..
Aku tak mampu. Dulu aku tak tau. Sekarang aku da tau. Pada aku, ini wake up call untuk aku.

Semoga aku istiqamah dengan pilihan aku.


Nota kaki : Thimerosal dikatakan tidak lagi digunakan dalam kebanyakan vaksin pada kanak-kanak, tapi kalau ikut pembacaan aku, ianya digantikan dengan alumunium yang sama toxic dengan mercury. Dan ada juga yang masih digunakan dalam proses penghasilan, cuma masa end of process tu dikeluarkan. Wujud dalam bentuk trace amount. So, you do know that some product yang kata sugar FREE tu dalamnya ada gula, do you? So it applies the same dengan vaksin.


No matter korang sebagai ibu bapa pilih nak vaksin atau tidak. Kalau boleh bacalah segala info yang ada. Still, its up to parents to decide. Good luck.

Daa

Selasa

Sedikit info tentang imun sistem

Assalamualaikum

Aku perasan yang ramai tanya...Habis, kalau tak vaksin macam mana nak melindungi anak dari penyakit..?

Bayi dalam perut dilindungi oleh ibunya, sebaik lahir, ia akan dilindungi oleh antibodi dari darah ibu yang masuk ke tubuh bayi melalui tali pusat dalam 3 bulan terakhir di dalam rahim ibu. Ianya dipanggil imuniti pasif. Antibodi ini akan berkurang dan bayi akan mula menghasilkan antibodi sendiri. Teorinya, vaksin adalah untuk stimulate imun sistem bayi untuk menghasilkan antibodi terhadap sesetengah penyakit yang dikatakan berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Malangnya, oleh kerana sistem imun bayi masih belum berkembang, bagaimana respond sebenar imun sistem terhadap vaksin masih belum diketahui sepenuhnya. Lebih lebih lagi sebab tiada data tentang ini dan faktor keselamatan juga perlu diambil kira.

Contoh yg mudah macam ni.. Kalau orang ada lesen, cara dia respond terhadap perkara yang berlaku atas jalan raya, mungkin kita boleh predict. Kalau ada lampu merah, akan berhenti. Kalau simpang kena slow. Tapi bagi orang yang tak pernah bawa kereta, takde lesen. First time naik kereta, dia pun tatau nak respond macam mana.

Sistem imun bayi akan terus berkembang dan mula matang sehingga umur 5 atau 6 tahun. Bagi bayi yang disusukan dengan susu ibu, ia akan mendapat bekalan antibodi ibu melalui susu ibu. Susu ibu adalah vaksin semula jadi. Sebab tu orang barat pun dah mula menggalakkan penyusuan susu ibu sampai umur 2 tahun. Yang menariknya, kalau seorang ibu pernah kena chicken pox, dia akan menyalurkan antibodi terhadap chicken pox pada anaknya. Begitu juga penyakit lain. Tapi... ada satu kajian menunjukkan bahawa, kalau ibu tu mendapat vaksin, jumlah antibodi yang disalurkan pada anak terhadap penyakit tersebut akan berkurang. Still, tak bermaksud ambik vaksin adalah the only choice yang kita ada.

Kajian sendiri menunjukkan bahawa, imun sistem bayi adalah lebih kuat dari yang kita sangkakan. Walau pun artikel yang aku share ni adalah artikel yang menyokong vaksinasi, tapi kalau baca betul betul ianya adalah satu bukti bahawa vaksin adalah tak perlu. Kalau kata secara teorinya vaksin boleh diterima oleh bayi adalah sampai 10,000 vaksin dalam satu masa, kenapa tidak satu atau dua penyakit dalam satu masa?



Sistem pencernaan adalah penyumbang pada imun sistem yang terbesar. Tak silap lebih kurang 70%. Ada juga yang kata sampai 80%. Ada satu pesanan Rasulullah juga ada menyebut bahawa banyak penyakit adalah berpunca dari perut. Dan ianya bukan saja tentang apa yang patut kita makan, tetapi juga apa yang tak patut dimakan. Beri air kosong pada bayi yang baru lahir memusnahkan lining pada perut bayi dan mengurangkan imun sistemnya. Antibiotik dan vaksin juga dikatakan memusnahkan flora dalam digestive track. 
Antibiotic damage to gut flora may be permanent 
Damaged gut flora menyebabkan pelbagai masalah termasuk masalah mental - Gut flora & mental illness

Flora dalam digestive track ni sepatutnya dikekalkan dengan seimbang. Satu case study kontroversi yang dilakukan oleh Dr Andrew Wakefield menunjukkan bahawa, kebanyakan kanak-kanak yang autism mengalami masalah irritable bowel disease. Teorinya ia mungkin disebabkan oleh vaksin. Walau pun ianya belum dibuktikan oleh kajian main stream, namun banyak kajian yang menunjukkan bahawa, gut flora mempengaruhi brain function. Bukan itu saja, imbalance gut flora boleh menyebabkan obesity, asma, ekzema dan imun sistem jadi lemah. So, sedikit sebanyak ianya explain kenapa kes asma, ekzema, autism sangat berleluasa kerana penggunaan ubat moden yang memusnahkan keseimbangan gut flora dan mengganggu fungsi dan perkembangan imun sistem. Dan masih ramai yang blame genetik T_T



So, sekarang kita tau yang menjaga apa yang masuk ke dalam perut adalah sangat penting bukan saja untuk imun sistem, malah penting untuk perkembangan mental seseorang. Yeah, of course fizikal juga. Satu kes yang aku terbaca, orang ni suka makan sayur dan minum air cukup, tapi still kena sembelit. Rupanya gut flora dia tak balance. Aku tak reti nak terangkan how it connect, tapi lepas dia makan probiotic sebagai treatment, simptom tu pun hilang. 

Thats why kita kena ambil berat apa yang masuk dalam perut anak dalam usia awalnya. Kesannya mungkin kita tak nampak terus, tapi later ia boleh jadi. Sama ada kita sedar atau tidak. So, jangan la buli perut anak dengan bagi macam macam benda sebelum 6 bulan tu. Dan sebaik nak introduce makanan tu, make it slowly. Aku tau sangat exciting tengok anak comot comot makan makanan macam orang dewasa. Tapi make sure kita sebagai ibu bapa kena faham yang budak masih dalam proses belajar.

In case, kalau terpaksa jugak makan antibiotik atau cucuk vaksin. Atau dah tercucuk vaksin. Ada baiknya cuba bagi makan probiotik. Aku tak nafikan minuman kultur macam yakult dan vitagen tu memang mempunyai live bacteria yang bagus untuk penghadaman, tapi aku skeptikal bab ianya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Better beli plain yogurt dan tambah perisa sendiri. At least kita tau berapa banyak gula yang kita masukkan dan boleh control. Lagi bagus kalau makan plain yogurt dengan buah saja. Atau pun makan makanan yang ditapaikan (fermented) macam tempe, kimchi, miso dan banyak lagi..

Avoid processed food, makan sayur dan buah dan variasikan warnanya. Bukan cuma makan hijau. Kuning putih biru ungu oren pun makan jugak. Sebab sayuran berwarna ni kaya dengan phytonutrient dan tinggi antioksidannya. Antioksidan dikatakan contribute untuk menguatkan imun sistem. Perkara sekecil, minum air yang telah ditapis pun boleh mempengaruhi imun sistem tau.

Sebaik mungkin, kurangkan juga penggunakan bahan yang mengandungi bahan toksik berbahaya. Sabun yang digunakan kat rumah pun. Kalau boleh gunakan product yang kurang bahan kimia berbahaya. So far, aku gunakan sabun sabun yang environment friendly. Katanya baik untuk alam, baik untuk kita. 

Aku rasa tak sedikit jugak kot.. Hehehe..
Harap info ni membantu.

Daa

Jumaat

Aisy, imunisasi dan vaksinasi

Assalamualaikum

Pernah aku ceritakan sedikit sebanyak pasal keengganan aku cucuk Aisy dengan vaksin. Aisy cuma sempat dapat HepaBig dengan BCG masa lahir. Lepas tu aku tak continue dengan vaksin yang lain. Entry ni mungkin sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan Fara tentang apa yang aku bagi pada Aisy dan anak-anak lain since aku da tak vaksinkan diorang.

Since aku pilih untuk reduce dan seboleh mungkin eliminate penggunaan ubatan untuk kami sekeluarga, proses jadi lebih mudah. Especially antibiotik. Aqil dan Damia dah FREE dari segala ubat demam, batuk selesema sejak lebih setahun. Kalau demam, aku still bawak dia pergi klinik untuk diagnosis, tapi so far diorang berjaya sembuh dengan natural remedies. Alhamdulillah. Aisy dah masuk 7 bulan pun totally FREE dari segala jenis ubat. Demam dua kali, sembuh dengan susu ibu semata mata.

Cabaran adalah bagaimana meningkatkan sistem imun anak-anak.

Untuk Aisy, of course dia masih full breastfeed. Aku baru start bagi makan masa dia 6 bulan. Makan puree buah buahan dan sayuran. Bubur nasi aku baru nak start bulan ni. Makanan dia tak ada campuran gula dan garam. Insya allah aku cuba sampai at least setahun. Selain tu, kadang kadang aku coletkan madu dan kurma kat mulut dia. Aku sendiri, aku amalkan makan habbatus sauda yang biji biji tu, makan chia seed, supplement tambahan. Aku bukan clean freak dan aku memang tak sempat nak mengemop hari hari. Tapi aku rasa, sedikit exposure pada kecomotan juga membantu melatih imun sistem anak anak. Macam masa kita kecik dulu dok main hujan sesekali kan. Cuma zaman sekarang ni hujan pun agak bahaya, so aku takde la bagi diorang main air hujan.

Jatuh sakit is actually not a bad thing. Demam selesema dapat melatih imun sistem anak. Dengan penjagaan yang betul, ianya bukanlah satu penyakit yang menakutkan. Sama macam chicken pox, demam campak.. Banyak medical advice akan kata "let the fever take it course" Tapi bukanlah bermaksud biar je anak sakit tak buat apa apa.

Nanti ada masa aku share tentang panduan asas untuk meningkatkan imun sistem. Boleh digunakan untuk semua peringkat umur.

Daa

Khamis

Bagaimana DNA babi boleh wujud dalam vaksin

Assalamualaikum

Just nak share sedikit info yang aku dapat dari group vaksin.
1. VERO cell-sel epitelial buah pinggang monyet hijau Africa. Sel ini digunakan untuk "menternak" (culture/cultivate) virus terutamanya virus mamalia. Virus yang digunakan untuk dijadikan vaccive diternak dalam cell ini menggunakan teknik "Animal Cell Culture atau Kultura Sel Haiwan"

2. Serum-Dalam teknik kultura sel haiwan ini serum yang digunakan mungkin dari lembu atau anak lembu digugurkan (calf feotus serum). Dan vaccine dihasilkan di negara bukan Islam dan oleh syarikat bukan Islam maka status sembelih mereka diragui. Mungkin juga serum digunakan bersumberkan babi. Dalam masa sama serum adalah bersumberkan darah, di mana darah adalah diharamkan makan dan juga najis.

3. Dalam teknik kultura sel haiwan ini, sekiranya sel yang diternak adalah jenis "anchorage dependent cell" maka untuk detach cell tersebut, enzim trypsin akan digunakan. Trypsin utama digunakan adalah babi, dan ada juga trypsin lembu namun adakah lembu tersebut disembelih?

4. Beberapa virus yang digunakan untuk dijadikan vaccine adalah bersumberkan babi contohnya virus rotavirus dan dikatakan juga virus polio

5. Bacteria yang digunakan sebagai vaccine pula (samada sekor hidup, sekor yang dilemahkan , sekor yang dimatikan atau component "badan/isi" bacteria) diternak di dalam media yang mengandungi ekstrak daging, peptone, tryptone, etc yang mana kesemua terbitan protein di atas kebanyakannya bersumberkan haiwan samada lembu, kerbau, kambing, ox, babi, bebiri. Adakah haiwan yang digunakan untuk dijadikan terbitan protein untuk menternak bacteria tersebut disembelih secara syarak? Babi pula macam mana?

6. Extrak daging (meat extract) yang digunakan dalam dalam media penternakan bacteria bagi jenama MERCK menggunakan enzyme pancreatin (porcine source)

7. kemungkinan juga virus HPV diternak dalam HeLa cell (human cervical canser cell), sebelum gene virus diklon dalam yeast untuk penghasilan protein virus rekombinan sebagai vaccine
_copypaste_
Selain itu, sel dari bayi yang digugurkan lebih 30 tahun dulu juga digunakan sebagai tempat membiakkan virus yang digunakan dalam vaksin.  
WI-38 - This line was the first human diploid cell line to be used in human vaccine preparation. Klik pada nama tu untuk keterangan lanjut. Ianya adalah kod nama bagi tisu paru paru fetus yang berumur 3 bulan yang digugurkan. Tak dinyatakan sama ada ianya sengaja digugurkan untuk tujuan penghasilan vaksin atau tidak. Tapi yang pasti, fetus tersebut adalah sihat. Anak omputeh habaq kat hang..
Tambah lagi..dalam kaedah subculturing nya tu ada menggunakan enzim Trypsin EDTA iaitu babi origin.

MRC-5 - Ini pulak adalah tisu paru paru fetus berumur 14 minggu. Caucasion jugak. Dari tahun 1966 beb. Lagi tua dari aku. Jantinanya lelaki. 
Ada satu lagi jenis tisu manusia yang digunakan. Iaitu HeLa cell. Dinamakan sempena nama manusia yang mati akibat kanser serviks. Antara sel yang paling kerap digunakan untuk membiakkan virus yang digunakan dalam vaksin.
Terdapat banyak perdebatan yang menafikan bahawa medium kultur yang digunakan ni masih wujud dalam end product yang dicucuk pada kita. Tapi hakikatnya, telah wujud vaksin yang dicemari dengan DNA babi dan haiwan lain yang digunakan untuk proses penghasilan vaksin tersebut. Contohnya seperti Rotarix.
Why it is dangerous to have various animal DNA in vaccines - cekidaut..
Banyak perdebatan tentang keselamatan dan kebaikan melebihi risiko dalam bab vaksin. Ambil masa dan baca perlahan lahan. Kesan vaksin bukan saja sehari dua atau seminggu dua selepas vaksin. Malah risikonya sepanjang hayat. Tapi, siapa tahu..?
Aku sekadar share. In the end, ibu bapa yang live with the result daripada apa juga keputusan yang dilakukan.
Daa

Rabu

Dalam vaksin tiada tisu fetus bayi yang sengaja digugurkan

Assalamualaikum

Yaa.. Minggu ni minggu mari belajar tentang vaksin.

Pernah dengar orang kata dalam vaksin ada sel dari bayi yang digugurkan.

Jangan percaya! Dia tipu. Sebab dalam vaksin memang tak ada benda tu.

TAPI.

Beberapa jenis vaksin menggunakan tisu bayi yang digugurkan untuk membiakkan virus tersebut. Sefahaman aku virus yang digunakan dalam vaksin memerlukan sel hidup untuk membiak. So, sel tisu bayi yang digugurkan (dengan sengaja) ini adalah persekitaran kondusif untuk pembiakannya. Kebanyakan sumber menafikan yang bayi tersebut sengaja digugurkan untuk tujuan penghasilan vaksin. Tetapi ada transkrip yang mengatakan bahawa ada bayi yang digugurkan kerana ibu bapanya merasakan mereka sudah mempunyai ramai anak. Kemudiannya fetus yang digugurkan itu terpilih menjadi bahan dalam penghasilan vaksin.


Janin/fetus yang keguguran (gugur tak sengaja) tak boleh digunakan. Tak pasti pulak kenapa.

Informasi tentang ini boleh juga didapati dari vaksin insert package (kertas info dalam kotak vaksin). Ianya dipanggil human diploid cell culture. Setiap satunya ada kod masing masing yang tersendiri. Contohnya WI 38, MRC-5

WI-38: Originating in the U.S. in 1961, this line came from the lung cells of an intentionally aborted female human fetus of 3 months gestation.
MRC-5: Originating in the U.K. in 1966, this line was derived from the lung cells of an intentionally aborted 14-week-old male human fetus

So..Kesimpulannya, technically dalam vaksin memang takde aborted fetal tissue.Sebab tu hukumnya tak najis. Dan tak haram, sebab virus yang dibiakkan dalam fetus itu kemudiannya diambil dan dicuci dengan formaldehyde. Formaldehyde tu kemudiannya akan dibuang pulak. Bagaimana pun masih ada sesetengah vaksin yang masih mengandungi residue dalam jumlah yang kecil (dikatakan jumlah yang sikit, so tak mengapa)

Formaldehyde digunakan untuk mengawetkan specimen hidup aka mayat

Antara bahan lain yang digunakan sebagai bahan kultur dalam pembuatan vaksin adalah buah pinggang monyet, otak tikus, telur ayam, protein lembu, yis dan kultur sintetik : sumber WIKI

Selain dari vaksin, produk makanan dan kosmetik ada juga menggunakan fetus yang digugurkan untuk tujuan dapatkan perisa yang sedap dilidah :P

Daa

Jumaat

Jangan tanya doktor pasal vaksin

Assalamualaikum

Disclaimer : Artikel ni by no means nak insult profession seorang doktor. Dan aku bukan seorang ibu yang tak percayakan perubatan moden. Jauh sekali percayakan benda khurafat seperti bomoh dan pawang. Artikel ni ditulis sebagai pendapat peribadi penulis dan by no means bertujuan untuk menggantikan pendapat dari mana mana medical professional. Sila lakukan research tentang isu ini, penulis tidak akan bertanggungjawab atas apa apa keputusan yang menyebabkan kerosakan kepada sesiapa. Sila berlapang dada apabila membacanya. Ilmu yang bermanfaat kita kongsikan.

Salam Jumaat.

Terbaca tentang pandangan doktor tentang isu vaksin di blog Athirah aka Bert.

Kebanyakan isi kandungan pandangan tu adalah apa yang aku memang jangkakan dari seorang doktor.
(1) Manfaat melebihi risiko – macam risiko naik kereta
(2) Nak tahu pasal vaksin tanya dengan orang yang pakar
(3) Penyebaran maklumat tak tepat tentang vaksin
(4) Fatwa harus mengambil vaksin

Kenapa aku kata jangan tanya doktor pasal vaksin adalah kerana.. Pernah tak doktor tanya soalan soalan macam ni bila nak cucuk anak tuan/puan yang sedang membaca sekarang ni?
(1) Anak ada alergi pada telur?
(2) Anak ada allergy pada apa apa ubat? Neomycin?
(3) Ada Febrile respiratory illness or other active febrile infection tak?

Tiga soalan ni cukup. Pernah tak?
Kenapa tiga soalan ni? MMR contohnya. Boleh menyebabkan alergi reaction pada yang alergi pada telur
Merck MMR Vaccine Insert – Merck adalah pengeluar vaksin sendiri.

Ya. Aku tak nafikan manfaat “mungkin” lebih dari risiko macam naik kereta. Tapi kalau naik kereta yang dah tentu brek tak makan, rasa rasanya manfaat lebih ke risiko lebih?

The fact adalah, kebanyakan doktor. At least sebelum isu vaksin ni wujud secara meluas. Kebanyakannya tak pernah baca vaksin insert. Selalu ambik mudah pasal langkah langkah keselamatan berkaitan dengan vaksinasi.

Isunya adalah. Aku bukan nak urge semua orang tak vaksin. That is human right. Ko nak vaksin, vaksin la. Tapi aku ada hak untuk refuse if aku rasa ianya tak bawa kebaikan pada aku. Meh kita ambik contoh kereta. Ya. Kemalangan berlaku. Tapi adakah kita akan saja saja suka suka nak naik kereta yang dah tentu tak ada langkah keselamatan. Takde airbag. Takde ABS? (Please take aside masalah kewangan di sini)

Para doktor, please admit that vaccine is not a one-fits-for-all solutions. Ada yang tak boleh disuntik vaksin kerana risiko yang tinggi. So, screening adalah penting. Bertanyakan soalan pada ibu bapa sebelum administer vaksin adalah penting. Since para doktor yang komen isu vaksin suka bagi contoh kereta, aku nak guna jugak contoh kereta. So kereta tu vaksin kan. Kalau dah orang yang naik kereta tu buta, agak agak lagi risiko kemalangan ke tak?

Which one yang doktor kata tak tepat? Adverse reaction is real. Yes. Ianya mungkin jarang berlaku. Sama macam komplikasi dari penyakit. How many people that you know yang mati sebab beguk? Cacat sebab chicken pox? Come on. Lets get real. Chicken pox adalah normal. Vaksin tak vaksin kita akan tetap kena. Cuma kena tahu cara penjagaan yang betul. Even beguk pun. Masa kecik dulu. Mak aku sapu nila ngan cuka je untuk beguk. Rehat banyak banyak. Tak payah pergi sekolah. Makan sedap sedap. Tapi tak sedap jugak la sebab mulut sakit. Hehe..

Ada sebab Allah wujudkan penyakit kan. Setiap sakit ada kebaikannya. Ramai saintis dah mula kaji tentang kebaikan penyakit ni. Contohnya measles

Ya. Kandungan vaksin yang disebut oleh doktor doktor tersebut mungkin suci. Tapi bagaimana dengan kandungan vaksin yang lain. Yang berbahaya? MSG sebagai stabilizer? Antibiotik? Oh..Makan kat mulut tak mahu. Cucuk terus dalam darah takpe? Bukankah dalam Islam, matlamat tak menghalalkan cara. Apa lagi bila kita ada alternative lain yang lebih selamat.
Kandungan vaksin (CDC adalah center of disease control yang dipunyai oleh kerajaan Amerika Syarikat. So takde isu fitnah di sini ya..)
Idea tentang vaksinasi memang dah wujud sejak lama dulu oleh saintis Islam. Tapi tanpa penggunaan bahan berbahaya. Aku dengan gembira cucuk vaksin kat anak anak apabila wujud vaksin tanpa segala bahan tambahan yang berbahaya tu.

Anyway. Aku takde niat nak provoke sesiapa. Ini adalah pendapat aku dari pembacaan aku. Percaya atau tidak terpulang pada individu.

Dan sekali lagi aku katakan. Aku tak darurat untuk mengharuskan vaksin kepada anak anak. Ya, risiko kesan sampingan vaksin mungkin rendah. Tapi, bagi doktor 1 persejuta 1 perlimajuta. Itu adalah nombor. Bagi aku yang Cuma ada tiga anak ni. Aku live with it for the rest of my life. So, please. Let me choose what I think the best for my children and for my family.

Bahan bacaan

Selamat membaca

Daa

Suntikan Vaksin - Ketahui hak anda

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Aku melihat fenomena baru baru ni, ramai yang dah mula ada kesedaran tentang vaksin. Tentang baik buruknya. Tentang hak sebagai ibu bapa. Aku sendiri, kalau dulu main serah je peha anak bagi doktor cucuk, sekarang banyak tanya sana sini. Cari cari journal, buku dan bahan bacaan yang membantu.

Mungkin masih ramai yang belum tahu dan belum sedar. Aku bukan nak cakap pasal vaksin tu bahaya, atau nak suruh orang vaksin. Keputusan di tangan ibu bapa. Macam yang aku sentiasa tekankan. Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab sepenuhnya pada anak-anak. Bukan doktor bukan nurse. Oleh itu, sebelum membuat sebarang keputusan bagi pihak anak, kita mesti tahu hak kita dan apakah pula tanggungjawab pihak klinik dan hospital yang membekalkan vaksin.
Apa yang mesti diketahui ibu bapa
(1)Program vaksinasi di Malaysia bukan satu program yang WAJIB, bagaimana pun ibu bapa digalakkan membawa bayi untuk disuntik sebagai salah satu langkah pencegahan terhadap penyakit berjangkit.
(2)Ibu bapa mempunyai hak untuk menolak sebarang vaksinasi dengan mengisi borang yang boleh didapati di mana mana Klinik Kesihatan milik kerajaan. (Borangnya macam borang kebenaran nak bedah/ taknak bedah = risiko tanggung sendiri)
(3)Sebelum sebarang suntikan vaksin dilakukan, ibu bapa berhak tau apa jenis suntikan, apa jenis penyakit yang dicegah, apa kemungkinan kesan sampingan yang boleh berlaku.

Apa tanggungjawab pegawai perubatan, doktor dan jururawat
(1)Kena terangkan pada ibu bapa pasal suntikan yang nak diberikan. Bukan main suntik je sebab ada sesetengah orang concern dengan kandungan dalam vaksin. Macam jenis adjuvant yang digunakan, bahan tambahan selain dari virus yang mati sebab vaksin nak kena ada preservative jugak. Ada sesetengah vaksin juga dikatakan mengandungi DNA babi macam rotarix (tak sure sekarang wujud lagi ke tidak.. :D) Kalau tak ada masa nak terangkan, kepilkan vaksin insert pada kad klinik supaya ibu bapa boleh rujuk.
(2)Setiap kali nak suntik kena rekodkan pada buku program vaksinasi budak tu (kad klinik tu la) apa nama vaksin, jenama, batch number, stock number, expiry date dan kepilkan insert vaksin (kertas penerangan yg duduk dalam kotak tu) pada kad tu supaya ibu bapa boleh rujuk kalau berlaku apa-apa kesan sampingan dikemudian hari. Sebab kalau nak buat laporan tentang kesan vaksin nak kena ada semua info tu untuk memudahkan siasatan.
(3)Kalau ada ibu bapa yang datang nak melaporkan tentang kemungkinan kesan sampingan vaksin, jangan tolak, jangan marah atau kata itu semua genetik. Bagi borang untuk mereka isikan. Biarkan pihak atasan yang jalankan siasatan lanjut. Ini penting untuk mengetahui angka yang tepat tentang anak anak yang mendapat kesan sampingan dari vaksin di Malaysia.

Kesan vaksin boleh dilihat sebaik suntikan dilakukan, sehingga ke 12 bulan. Actually ada juga kemungkinan lepas bertahun tahun baru nampak kesan. Antara kesan vaksin yang biasa adalah demam, nangis terjerit jerit sampai tak boleh nak pujuk, eczema.. Ada yang menolak kata autism tak ada link dengan MMR, tapi realitinya ada beberapa kes yang aku tau, progress perkembangan budak ke belakang sebaik lepas vaksin. Dari boleh jalan tak boleh jalan, boleh cakap beberapa perkataan lepas tu langsung tak boleh cakap. Sebelum vaksin boleh dengan orang, lepas tu takut orang. So how do you explain this?

Pada pendapat aku, jangan ambik mudah sangat. Sebab reaksi setiap orang terhadap vaksin berbeza. Syukur kalau takde apa apa kesan sebab kebarangkalian untuk berlaku kesan sampingan adalah kecil. Tapi, sebagai ibu bapa kita kena ingat. Pada doktor, 1 dalam sejuta atau 1 dalam 10juta sekali pun hanyalah satu angka. Statistik. Tapi yang satu tu, kalau berlaku pada anak kita, statistik bagi kita adalah 100%.

Actually, baru baru ni aku baru check balik Aqil kena seizure masa kecik dulu. Bila check kad klinik dia, tarikh dia kena seizure adalah dua hari selepas kena vaksin. Aku langsung tak terfikir dan tak sedar pasal ni sampai lah baru baru ni. Mungkin sebab vaksin tu mungkin sebab lain. Apa pun Alhamdulillah Aqil sihat sampai hari ni, dan tak nampak sebarang kesan selain dari dia lebih mudah jatuh sakit. Aku tak menyalahkan vaksin dalam hal ni sebab memang tak tau punca sebenarnya. Cuma mungkin ia adalah salah satu faktor dari banyak banyak faktor yang lain.

Prosedur nak melaporkan kesan dari vaksin boleh baca kat website kementerian kesihatan Malaysia

Selamat membaca

Daa

Berat sekampit beras

Assalamualaikum

Masa bawak Aisy pergi check demam tu, aku check up dia sekali. Bukan aku yang check la. Dokter yang check. Hahaha. Ok. Tak kelako. :P

Aku risau berat Aisy turun sebab dia kurang minum susu bila aku start keja ni. Tapi Alhamdulillah. Mungkin da turun jugak kot  sikit. Tapi berat dia still bertambah 700gram dari last check up. Berat pada umur 2.5 bulan, 4.8kg. Nak sama berat ngan sekampit beras plastik kecik. Go go Aisy. Hehe.

Doktor tanya balik decision aku taknak cucuk Aisy. Aku senyum je. Nanti la doktor. Kata aku. Doktor kata, nanti takut tak boleh masuk sekolah tau kalau diorang tengok rekod anak awak ni tak lengkap.

Aku senyum lagi.

Dalam hati. Macam pernah baca ayat macam ni.

So, dia suruh aku buat surat kata aku refuse vaccination dan nanti dia akan cop klinik untuk pengesahan. 

Oklah. Next visit kami bawak.

Sebenarnya sejak lahir lagi, Aisy ada masalah lendir kat tekak. Tapi, dia takde demam ke apa. Demam tu pun sebab kurang air. Aku takut nak cucuk, takut nanti keadaan dia makin teruk. Since from the beginning dia bukan 100% sihat. Tapi bukan jugak dia sakit.

Siapa berani jamin yang benda tu tak berlaku?

Kalau berlaku apa-apa bukan doktor yang menanggung. Aku yang menanggung. So aku rasa aku ada hak untuk tentukan sama ada nak cucuk ke tidak. Dan tak pernah aku baca ada undang-undang yang membolehkan sekolah refuse entry anak-anak yang tak vaksin.

Aku akan make sure anak-anak aku sihat dengan cara aku. Insya allah dengan izin Allah.

Penyakit tu ujian dari Allah. Kita cuma usaha kan.. Aku tak condemn ibu bapa yang vaksin anak, so jangan la condemn aku sebab aku tak vaksin anak aku. Apa yang penting, kita buat informed decision.

Kan...

Nota kaki : Takde gamba bonus. Line tenet lembs..

Daa

Sabtu

I'm not anti-vax

Assalamualaikum

"Never overestimate your ability to change others"

Orang.. Kalau dia nak berubah.. Dia akan berubah sendiri. Suruh ke paksa sekali pun, orang takkan berubah kalau dia taknak. Bagi 1001 dalil kat orang yang pro vaccine pun, kalau dia tak buka hati buka mata buka minda, dia tetap akan sokong kata vaksin tu bagus. Begitula sebaliknya.

Melihat perdebatan antara ibu bapa yang memilih untuk menolak vaccination dengan golongan pengamal perubatan di FB.

Bagi yang mengikuti post tersebut boleh baca komen mereka yang terlibat dan terdapat banyak link rujukan yang boleh membantu ibu bapa dan bakal ibu bapa dalam membuat keputusan.

Sebagai ibu, dah tentu kita nak bagi yang terbaik buat anak masing masing. Bagaimana pun, maksud TERBAIK itu sendiri berbeza bagi setiap individu. Peribadinya, aku pada asalnya memilih untuk memberikan semua jenis vaksin pada anak anak sebagai langkah pencegahan. Tapi setelah mengikuti beberapa talk berkaitan dengan vaksin dan membaca buku buku dan baca info dari pelbagai sumber, aku memilih untuk hentikan vaksin untuk anak anak. Aqil Mubarak almost full vaccination, Atiqah Damia sampai setahun dan Aisy Thaqif hanya vaksin sebaik lahir.

Keputusan ini bukan mudah. Sebab kita sejak dari dulu tahu yang tujuan vaccination adalah untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. Tapi alhamdulillah. Aku nekad dengan keputusan. Shujin masih agak ragu ragu. Tapi menurut. Dalam masa yang sama, aku minta dia baca tentang info vaksin supaya dia faham tentang risiko yang bakal kami tempuhi.

Ok. Berbalik pada perdebatan di FB. Bagi aku, adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bukan saja kebaikan vaksin, malah perlu juga bagi mereka untuk tahu, apakah risiko yang bakal diambil dan apakah kandungan vaksin. Pada aku, adalah tidak adil bagi ibu bapa yang pergi cucuk anak ikut rutin ni tak diberitahu apa kesan sampingan dan kandungan vaksin tersebut. Sebab kalau berlaku apa apa kesan sampingan, mereka yang terpaksa melaluinya. Dan tidak adil bagi anak anak, kalau ibu bapa tak buat keputusan berdasarkan pengetahuan, hanya dengan kepercayaan bahawa ia mungkin selamat kerana kesan sampingan JARANG berlaku. Ini kerana, segala kesan pengambilan atau tak ambil vaksin yang menanggungnya anak anak.

Ambil atau tidak adalah hak individu. Tujuan aku buat post ni bukan untuk suruh atau larang orang ambik vaksin. Malah, kalau lepas ni ada yang taknak ambik vaksin sebab nak ikut macam blogger Rai Ourkizuna tu tak ambik jugak pun aku tak bagi jugak. Hahaha.. Ok. Tak kelakar. (tiru Irfa :p)
Aku cuma mintak. Ibu bapa.. Sila lah buat keputusan berdasarkan pengetahuan. Ambil tahu. Baca. Tak faham tanya. Bincang. Walau pun link antara autism dengan MMR tak dapat dibuktikan, tapi kejadian kejadian anak menjadi autism, perkembangan kebelakang dari boleh bercakap jadi tak boleh cakap memang berlaku. Ada sesetengah individu yang tidak sepatutnya dapat suntikan MMR. Atau pun lain lain vaksin. Sebab memang ada individu yang alergik terhadap kandungan dalam vaksin. Dan kecacatan kekal atau kematian akibat penyakit berjangkit yang termasuk dalam program vaksin memang boleh berlaku.

Tapi kita kena outweight kedua duanya untuk buat keputusan. Kalau ambil, risiko kesan sampingan. Tak ambil risiko kecacatan. Mind that.. Ada sesetengan penyakit yang dilindungi vaksin yang kita akan kena juga. Tapi, sama ada komplikasinya teruk ke tidak. Bandingkan risiko yang bakal kita ambil.
Aku yakin. Membaca pada feedback yang diberikan oleh pengamal perubatan yang kebanyakannya bakal doktor, ia akan mengukuhkan lagi pendirian ibu ibu tersebut untuk tidak vaksinkan anak mereka.

Jangan ambil vaksin dengan anggapan, kalau vaksin ni tak elok takkan kerajaan tak haramkan
Jangan ambil vaksin dengan anggapan, takkan doktor nak bunuh anak kita

Jangan tak ambik vaksin sebab dengar cakap orang
Jangan tak ambik vaksin sebab orang kata vaksin ni konspirasi yahudi
Jangan tak ambil vaksin sebab ianya mahal atau tak ada masa nak pergi hospital
Susah? Jadi mak bapak memang la susah. Jadi lembu pun banyak masalah bak kata orang tu.

Ibu ibu yang taknak vaksin tu pun, satu masa dulu pro vaccine jugak. Sampai la, berlaku kesan sampingan akibat vaksin yang diambil. Tapi bukan juga buat tuduhan membuta tuli. Sampai spend duit berpuluh ribu untuk hantar sample sampai ke US untuk diagnosis. Bukan jenis tak ada pelajaran, doktor sendiri pun ada.

Malangnya feedback dari sesetengah pengamal perubatan ni sangat mengecewakan. Paling kecewa bila ada yang tulis. "Jangan datang jumpa doktor kalau sakit"
Drama je lebih.

Panjang sangat. Terima kasih bagi yang baca sampai habis.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com