Memaparkan catatan dengan label Hepatitis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hepatitis. Papar semua catatan

Rabu

Ma

Assalamualaikum

Actually masa aku kat Kedah aku ada mention yang Ma (mak mertua) masuk hospital (putrajaya). Lepas naik lebam dan birat tangan kena ambik darah berbotol botol baru dapat separuh dari whole conclusion. Ma adalah Hepatitis B carrier. Dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Selayang.


Aku tak terus balik sebab Kak Long (kakak ipar) pesan kat shujin. Habiskan kerja baru balik. So, walau pun berat hati, kami teruskan jugak segala plan dan balik hari Ahad. Semalam baru dapat melawat Ma. Tu pun lepas habis waktu melawat sebab balik kerja terus ke hospital. Terpaksa bergilir gilir sebab Aqil dengan Atiqah ikut sekali. Tak boleh masuk.

Semalam kuningnya dah makin ok kata Ma. Tapi pada aku kuning kat mata putih dan kulit mukanya still obvious lagi. Aku tanya dengan Ma, ubat apa doktor bagi. Kata Ma doktor bagi vitamin je. Vitamin tambah darah etc. Aku tak familiar dengan drugs related to penyakit hepatitis B sebab walau pun aku carrier tapi aku tak pernah ada simptom. Cuma aku rasa since hepatitis B adalah sejenis virus, maybe takde ubat yang boleh bantu. Nanti aku search lebih lanjut lagi pasal ni.


Lebihnya Ma suruh aku tanya Kakcik sebab Kakcik lebih tau. Syukur Ma kata kuningnya dah makin kurang compare to 2-3 hari lepas, kak long kata keadaannya tak berubah. Keadaannya tak kritikal tapi serius. Semalam doktor kata Ma dah boleh balik, tapi tak tau bila. Susah hati jugak. Actually aku agak takut sebab aku memang dah tau aku carrier, dan aku tau shujin dah ambik antibodi. Kaklong dengan Kakcik obviously bekerja dalam health (sick?) industry memang kena ambik vaksin. Tapi aku tak sure Ma. So aku takut Ma dapat dari aku.

Aku harap tak. Sekarang Ma dah masuk phase treatment (? kott..panggilnya) walau pun tak tau virus count nya berapa. Maksudnya minimum dosage tak diketahui, tapi since doktor judge keadaannya agak serius diorang proceed without knowing the level. Macam tu lah lebih kurangnya.

Aku doakan Ma cepat sembuh. Dan aku harap hatinya masih ok. Oleh kerana aku sangat sangat aware pasal penyakit ni, aku memang sangat takut.

Bagi hepatitis B carrier, aku harap sentiasa berhati hati dan make sure to stay as healthy as possible supaya immune sistem boleh bertindak mengelakkan dari virus berkembang dengan biak. Virus mungkin tak menyerang masa muda, banyak kes virus menyerang masa usia dah semakin lanjut.

Nota kaki : Kata Ma, makan kat Hospital Putrajaya tak best, tawar hebiaq. Makanan kat Hospital Selayang sedap. Siap boleh order lagi. Ada nurse datang ambik order. Hehehe..

Daa

Selasa

Hepatitis B boleh kahwin tak

Assalamualaikum


Tersenyum lebar aku tengok search keyword yang sampai kat blog aku yang tak seberapa ni. Keyword ni sampai kat entry aku sebelum ni pasal Hepatitis B : Apa yang anda tahu mengenainya


Hepatitis B boleh kahwin tak?
Aku yakin ramai yang masih tak terdedah dengan bahaya penyakit Hepatitis B ni. Walau pun kadar fatalities penyakit ni takde la seteruk AIDS yang sememangnya ditakuti ramai. Tapi Hepatitis B lebih mudah berjangkit. Setiap bayi yang dilahirkan WAJIB mendapat suntikan vaksin Hepatitis B.

Siapa yang berisiko dapat virus Hepatitis B
(1) Bayi yang tidak mendapat suntikan vaksin Hepatitis B mungkin boleh mendapat jangkitan dari ibunya ketika dilahirkan
(2) Seseorang yang tinggal serumah dengan pembawa virus Hepatitis B - Oleh kerana virus Hepatitis B sangat mudah merebak, elakkan dari menggunakan barang seperti tuala, baju atau berus gigi orang yang membawa virus.
(3) Pengamal perubatan (Doktor, Jururawat, pembantu perubatan) - Seorang bakal doktor pernah cakap ngan aku, sesiapa yang positif membawa virus Hepatitis B boleh digugurkan dari mengambil jurusan perubatan. Pengamal perubatan juga di WAJIB kan menerima suntikan vaksin Hepatitis B secara berkala
(4) Sesiapa saja yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pembawa virus

Langkah penting untuk memastikan status
(1) Buat ujian darah untuk mengetahui kewujudan virus
(2) Sekiranya tiada virus, ambil suntikan vaksin bagi mengelakkan jangkitan. Ingat! Mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh kerana pembawa virus Hepatitis B tak semestinya kelihatan "sakit", kita mungkin tak sedar yang diorang tu adalah pembawa.
(3) Buat ujian darah secara berkala untuk memastikan badan sentiasa memiliki antibodi Hepatitis B (setiap 6 bulan sekali)

Walau pun seseorang tu mungkin dah ada virus Hepatitis B dalam darah dia, tak semestinya dia akan sakit. Sakit Hepatitis B terbahagi kepada dua. Acute dan chronic (rasanya aku dah explain dalam entry sebelum ni) Tapi ramai pembawa adalah pembawa yang pasif. Maksudnya diorang boleh jalani hidup yang normal. Walau pun begitu, still kena hati-hati dan kalau boleh buat ujian darah 6 bulan sekali.

Selain dari tu semuanya boleh. Kahwin, having sex, mengandung, menyusukan anak dan lain lain. Tapi! Pastikan pasangan dah buat ujian darah dan ambil suntikan vaksin Hepatitis B sebelum kahwin. Yang tak boleh adalah derma darah.

Hepatitis B dan Hepatitis C boleh menyebabkan pengerasan hati (sirosis), kanser hati dan kegagalan fungsi hati (liver failure). Antara simptom adalah seperti bengkak pada abdomen (kawasan bawah tulang rusuk). Demam kuning.

Bagi kes Hepatitis B acute, simptom boleh dilihat dalam masa seminggu hingga dua minggu lepas jangkitan. Demam panas yang berulang-ulang. Badan dan mata nampak kuning. Badan rasa lemah. Demam kuning ni sama la macam demam kuning yang baby baru lahir tu kena. Demam kuning berlaku apabila jumlah bilirubin dalam darah terlalu banyak dan menyebabkan kulit bertukar menjadi kekuningan. Ia berpunca dari kerosakan hati.

Setakat ni, setau aku takde ubat untuk demam kuning. Kalau baby, doktor suruh ibu dia menyusukan dengan susu ibu banyak-banyak supaya bilirubin yang berlebihan keluar melalui air kencing atau pun najis. Tapi bagi ibu-ibu, jangan lah bagi minum air kosong atau susu kambing ya. Betul. Kaedah tu mudah, cepat dan berkesan. Tapi sangat berbahaya bagi bayi. Air kosong (plain water) boleh menghilangkan sejenis salutan yang melindungi usus bayi. Tak silap aku bila salutan ni hilang, bayi lebih mudah kena jangkitan usus dan senang sembelit. Selain dari tu, air kosong takde zat. Kalau bayi kenyang dengan air kosong macam mana nak minum susu. Tak minum susu macam mana nak besar.

Lupa! Letak baby bawah cahaya matahari pagi (sebelum pukul 9) pun boleh membantu untuk kurangkan kuning. Jangan pulak letak bawah matahari pukul 12 ya. Kesian budak kepanasan. Huhu..Tapi kalau kuning teruk kena duduk bawah lampu UV. Kalau kes yang lagi teruk, mungkin kena tukar darah. Kuning yang teruk boleh membawa maut!


Damia masa kena kuning, 2 hari duduk hospital

Di bawah lampu biru untuk kurangkan kuning
Bagi orang dewasa pulak. Doktor akan nasihatkan suruh berehat (bed rest). Kurangkan aktiviti yang mengeluarkan tenaga. Minum air banyak. Elakkan makanan berminyak. Pengambilan supplement seperti Lecithin E membantu mengurangkan damage pada organ hati. Ujian darah akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengetahui jumlah virus yang aktif. Pakcik aku sampai sekarang (selepas lebih setahun kena demam kuning) masih lagi makan ubat (tak pasti ubat apa) dan buat ujian darah. Tapi virus count masih lagi macam tu. Bagi aku tak salah makan ubat (baca : drugs) tapi jangan lupa, ubat membebankan hati dan buah pinggang dalam masa yang sama.

Sesiapa yang pernah baca buku Doktor Stephen Sinatra mesti pernah dengar pasal "The Sinatra Solution" Dr. Sinatra ni adalah seorang cardiologist. Menurut dia, pesakit kardiologi yang menjalani rawatan biasa (bedah jantung, makan ubat) biasanya akan mengundang lebih banyak masalah. Konsepnya senang je. Ubat yang kita makan biasanya tak menyelesaikan masalah, ia cuma bypass sakit tu. Contohnya orang perempuan sakit perut senggugut. Makan panadol yang kale merah tu kan. Ubat tu cuma untuk kurangkan sakit. Ia cuma temporary solution. Lain kali senguggut kena makan ubat lagi. Dalam masa yang sama, ia membebankan buah pinggang dan hati.

Kaedah perawatan yang dicadangkan oleh Doktor Stephen Sinatra melalui "The Sinatra Solution" adalah dengan mengamalkan pengambilan supplement dan mengubah cara pemakanan dan cara hidup. Dengan kaedah tu, ada orang yang patutnya kena bedah tak payah bedah dah. Yang jantung tersumbat dah tak tersumbat dah. Masalahnya. Orang yang sakit tu sanggup ke tidak nak ubah cara hidup diorang? Mostly tidak. Makan nak sedap. Yang penting nak sedap. Jangan kata orang lain, orang tua aku sendiri pun sanggup makan berjenis-jenis ubat doktor. Tapi bila aku terangkan pasal kaedah diet untuk 2 minggu pun tak sanggup. Cuma 2 minggu je dah boleh nampak kesan. Paling lama pun sebulan. 80% yang amalkan diet yang dianjurkan dapat kembali normal. Tapi memang ramai tak sanggup. Sebab sayang nak tinggalkan makanan sedap-sedap.

Hoho..Aku melalut dah!!

Ni musim-musim raya ni kalau boleh janganlah sampai makan berlebihan. Makanan tradisi kita banyak yang berlemak, berminyak. Balik-balik santan. Balik-balik tumis. So jangan lupa makan Lecithin E supaya minyak tu senang dikumuhkan. Ingat pasal rintangan insulin? Setiap orang adalah berisiko. Kalau boleh kawal lah pemakanan. Banyakkan bersenam.

Eh eh. Ada mood pulak nak menulis entry panjang-panjang. Hahahaha...Kalau suka LIKE lah ya!

Nota kaki : Aku rasa kerajaan patut banyakkan kempen tentang Hepatitis B dan wajibkan orang yang nak kahwin buat ujian darah untuk tahu pasal virus.

Daa

Rabu

Apa anda tahu tentang Hepatitis B

Hari jumaat ni bersamaan dengan 1 July company aku buat program derma darah. Program ni memang ada tetiap tahun. Dengar kata memang ramai yang menderma tiap kali ada event ni. Aku pun sebenarnya teringin jugak nak menderma darah. Malangnya aku sememangnya tak layak menderma darah.

Salah satu sebabnya adalah berat badan aku tak cukup. Ok aku memang underweight gila2.. Hehe.. Kemudian sebab yang menyebabkan aku tak boleh menderma darah seumur hidup aku adalah sebab aku adalah seorang active carrier virus Hepatitis B (HBV). Aku tau ramai yang tak berapa tahu tentang virus ni. Aku sendiri pun sebelum pregnant memang takde awareness pasal virus ni walau pun aku tau yang kakak aku seorang carrier.

Hepatitis B adalah sejenis virus yang menyerang hati. Seseorang yang dijangkiti virus ini mempunyai risiko mengalami kerosakan hati. Sel hati yang mati ni dipanggil sirosis. Kalau sirosis dah teruk akan jadi kanser hati (kalau tak silap!) Dan of course menyebabkan kematian. Ada dua jenis jangkitan hepatitis B. Kebanyakan orang yang dijangkiti adalah carrier bagi virus ni. Bezanya virus tersebut active atau dorman. Kalau dorman simptom penyakit memang takde. Kebanyakan kes hepatitis B adalah jangkitan kronik. Bermaksud jangkitan dalam jangka masa yang panjang. Virus secara perlahan-lahan menyerang hati tanpa disedari. Kadang-kadang dah teruk baru tahu. Biasanya doktor akan nasihatkan supaya carrier virus ni buat ujian darah setiap 6 bulan sekali.

Satu jenis lagi jangkitan hepatitis B adalah dipanggil acute. Acute bermaksud jangkitan dalam masa yang singkat. Biasanya virus menyerang hati dalam masa 2-6 minggu selepas pesakit terdedah kepada virus. Simptom jangkitan adalah seperti demam kuning, lemah seluruh badan.

Dikatakan virus hepatitis B adalah 100kali lebih berbahaya dari HIV (Aids) sebab kaedah jangkitan yang sangat mudah. Kan kalau orang yang ada HIV, kita boleh cium, peluk takde masalah kan. Tapi virus hepatitis B ni boleh menjangkiti seseorang melalui air liur. Antara kaedah penyebaran penyakit adalah melalui air liur dan sentuhan. Kalau duduk serumah dengan orang yang ada hepatitis B, WAJIB ambik vaccine. Medical practitioner pun kena regularly ambik vaccine hepatitis B dan juga buat blood test untuk pastikan mereka bebas dari virus ni.

Aku baru tau aku adalah carrier virus hepatitis B waktu aku check darah masa pregnant kali pertama dulu. First blood test adalah untuk mengetahui kewujudan virus ni. Then kena follow up second test untuk tahu status active virus ni dan count berapa banyak virus yang active. Kalau sikit je yang active most probably takde masalah. Dan boleh menjalani kehidupan macam orang normal. Dan satu lagi further test adalah untuk check kesihatan hati kita.

So far aku rasa aku menjalani kehidupan yang normal. Walau pun selalu jugak doktor pesan kat aku untuk pergi further check up sebab aku terlalu underweight walau pun mencekik macam orang da seminggu tak jumpa makanan. Anak-anak pulak dapat imunisasi (vaccine) hepatitis B sebaik dilahirkan. Aku bersyukur sebab suami aku develop antibodi sendiri againts this virus since masa kitorg kawin mmg aku tak tau aku adalah seorang carrier. So for now, aku je yang ada virus ni. Menurut doktor, maybe aku dapat virus ni dari mak aku dulu. Hampir seluruh ahli keluarga aku adalah carrier virus ni sebab kitorang tak pernah tau bahayanya hepatitis B.


Aku sepatutnya buat regular check up untuk mengetahui status virus dan hati aku. Tapi tak buat buat lagi. Jenuh bising dah doktor aku.

Bagi ibu-ibu yang pernah pregnant. Blood test utk check virus ni memang ada buat masa bulan ke empat tak silap aku. Sebab kalau ada virus ni bayi yang dilahirkan perlu diberikan suntikan hepa big untuk elak dari jangkitan daripada ibunya. Kalau yang belum pernah buat blood test pergi la check. Kalau clear. Ambik vaccine. Kat klinik yang aku selalu pegi tu vaccination untuk hepatitis B cuma RM19. Baik cegah sebelum terkena.

Update : Ketika entry ini ditulis aku mempunyai pandangan berbeza mengenai vaksin. Kini, setelah belajar melalui pengalaman dan pembacaan. Aku rasa suntikan vaksin bukanlah satu langkah pencegahan yang paling berkesan yang ada.

What's wrong with vaccination
Saya bukan anti vaksin
Bagaimana meningkatkan imun sistem tanpa vaksin

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com