Selasa

Hepatitis B boleh kahwin tak

Assalamualaikum


Tersenyum lebar aku tengok search keyword yang sampai kat blog aku yang tak seberapa ni. Keyword ni sampai kat entry aku sebelum ni pasal Hepatitis B : Apa yang anda tahu mengenainya


Hepatitis B boleh kahwin tak?
Aku yakin ramai yang masih tak terdedah dengan bahaya penyakit Hepatitis B ni. Walau pun kadar fatalities penyakit ni takde la seteruk AIDS yang sememangnya ditakuti ramai. Tapi Hepatitis B lebih mudah berjangkit. Setiap bayi yang dilahirkan WAJIB mendapat suntikan vaksin Hepatitis B.

Siapa yang berisiko dapat virus Hepatitis B
(1) Bayi yang tidak mendapat suntikan vaksin Hepatitis B mungkin boleh mendapat jangkitan dari ibunya ketika dilahirkan
(2) Seseorang yang tinggal serumah dengan pembawa virus Hepatitis B - Oleh kerana virus Hepatitis B sangat mudah merebak, elakkan dari menggunakan barang seperti tuala, baju atau berus gigi orang yang membawa virus.
(3) Pengamal perubatan (Doktor, Jururawat, pembantu perubatan) - Seorang bakal doktor pernah cakap ngan aku, sesiapa yang positif membawa virus Hepatitis B boleh digugurkan dari mengambil jurusan perubatan. Pengamal perubatan juga di WAJIB kan menerima suntikan vaksin Hepatitis B secara berkala
(4) Sesiapa saja yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pembawa virus

Langkah penting untuk memastikan status
(1) Buat ujian darah untuk mengetahui kewujudan virus
(2) Sekiranya tiada virus, ambil suntikan vaksin bagi mengelakkan jangkitan. Ingat! Mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh kerana pembawa virus Hepatitis B tak semestinya kelihatan "sakit", kita mungkin tak sedar yang diorang tu adalah pembawa.
(3) Buat ujian darah secara berkala untuk memastikan badan sentiasa memiliki antibodi Hepatitis B (setiap 6 bulan sekali)

Walau pun seseorang tu mungkin dah ada virus Hepatitis B dalam darah dia, tak semestinya dia akan sakit. Sakit Hepatitis B terbahagi kepada dua. Acute dan chronic (rasanya aku dah explain dalam entry sebelum ni) Tapi ramai pembawa adalah pembawa yang pasif. Maksudnya diorang boleh jalani hidup yang normal. Walau pun begitu, still kena hati-hati dan kalau boleh buat ujian darah 6 bulan sekali.

Selain dari tu semuanya boleh. Kahwin, having sex, mengandung, menyusukan anak dan lain lain. Tapi! Pastikan pasangan dah buat ujian darah dan ambil suntikan vaksin Hepatitis B sebelum kahwin. Yang tak boleh adalah derma darah.

Hepatitis B dan Hepatitis C boleh menyebabkan pengerasan hati (sirosis), kanser hati dan kegagalan fungsi hati (liver failure). Antara simptom adalah seperti bengkak pada abdomen (kawasan bawah tulang rusuk). Demam kuning.

Bagi kes Hepatitis B acute, simptom boleh dilihat dalam masa seminggu hingga dua minggu lepas jangkitan. Demam panas yang berulang-ulang. Badan dan mata nampak kuning. Badan rasa lemah. Demam kuning ni sama la macam demam kuning yang baby baru lahir tu kena. Demam kuning berlaku apabila jumlah bilirubin dalam darah terlalu banyak dan menyebabkan kulit bertukar menjadi kekuningan. Ia berpunca dari kerosakan hati.

Setakat ni, setau aku takde ubat untuk demam kuning. Kalau baby, doktor suruh ibu dia menyusukan dengan susu ibu banyak-banyak supaya bilirubin yang berlebihan keluar melalui air kencing atau pun najis. Tapi bagi ibu-ibu, jangan lah bagi minum air kosong atau susu kambing ya. Betul. Kaedah tu mudah, cepat dan berkesan. Tapi sangat berbahaya bagi bayi. Air kosong (plain water) boleh menghilangkan sejenis salutan yang melindungi usus bayi. Tak silap aku bila salutan ni hilang, bayi lebih mudah kena jangkitan usus dan senang sembelit. Selain dari tu, air kosong takde zat. Kalau bayi kenyang dengan air kosong macam mana nak minum susu. Tak minum susu macam mana nak besar.

Lupa! Letak baby bawah cahaya matahari pagi (sebelum pukul 9) pun boleh membantu untuk kurangkan kuning. Jangan pulak letak bawah matahari pukul 12 ya. Kesian budak kepanasan. Huhu..Tapi kalau kuning teruk kena duduk bawah lampu UV. Kalau kes yang lagi teruk, mungkin kena tukar darah. Kuning yang teruk boleh membawa maut!


Damia masa kena kuning, 2 hari duduk hospital

Di bawah lampu biru untuk kurangkan kuning
Bagi orang dewasa pulak. Doktor akan nasihatkan suruh berehat (bed rest). Kurangkan aktiviti yang mengeluarkan tenaga. Minum air banyak. Elakkan makanan berminyak. Pengambilan supplement seperti Lecithin E membantu mengurangkan damage pada organ hati. Ujian darah akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengetahui jumlah virus yang aktif. Pakcik aku sampai sekarang (selepas lebih setahun kena demam kuning) masih lagi makan ubat (tak pasti ubat apa) dan buat ujian darah. Tapi virus count masih lagi macam tu. Bagi aku tak salah makan ubat (baca : drugs) tapi jangan lupa, ubat membebankan hati dan buah pinggang dalam masa yang sama.

Sesiapa yang pernah baca buku Doktor Stephen Sinatra mesti pernah dengar pasal "The Sinatra Solution" Dr. Sinatra ni adalah seorang cardiologist. Menurut dia, pesakit kardiologi yang menjalani rawatan biasa (bedah jantung, makan ubat) biasanya akan mengundang lebih banyak masalah. Konsepnya senang je. Ubat yang kita makan biasanya tak menyelesaikan masalah, ia cuma bypass sakit tu. Contohnya orang perempuan sakit perut senggugut. Makan panadol yang kale merah tu kan. Ubat tu cuma untuk kurangkan sakit. Ia cuma temporary solution. Lain kali senguggut kena makan ubat lagi. Dalam masa yang sama, ia membebankan buah pinggang dan hati.

Kaedah perawatan yang dicadangkan oleh Doktor Stephen Sinatra melalui "The Sinatra Solution" adalah dengan mengamalkan pengambilan supplement dan mengubah cara pemakanan dan cara hidup. Dengan kaedah tu, ada orang yang patutnya kena bedah tak payah bedah dah. Yang jantung tersumbat dah tak tersumbat dah. Masalahnya. Orang yang sakit tu sanggup ke tidak nak ubah cara hidup diorang? Mostly tidak. Makan nak sedap. Yang penting nak sedap. Jangan kata orang lain, orang tua aku sendiri pun sanggup makan berjenis-jenis ubat doktor. Tapi bila aku terangkan pasal kaedah diet untuk 2 minggu pun tak sanggup. Cuma 2 minggu je dah boleh nampak kesan. Paling lama pun sebulan. 80% yang amalkan diet yang dianjurkan dapat kembali normal. Tapi memang ramai tak sanggup. Sebab sayang nak tinggalkan makanan sedap-sedap.

Hoho..Aku melalut dah!!

Ni musim-musim raya ni kalau boleh janganlah sampai makan berlebihan. Makanan tradisi kita banyak yang berlemak, berminyak. Balik-balik santan. Balik-balik tumis. So jangan lupa makan Lecithin E supaya minyak tu senang dikumuhkan. Ingat pasal rintangan insulin? Setiap orang adalah berisiko. Kalau boleh kawal lah pemakanan. Banyakkan bersenam.

Eh eh. Ada mood pulak nak menulis entry panjang-panjang. Hahahaha...Kalau suka LIKE lah ya!

Nota kaki : Aku rasa kerajaan patut banyakkan kempen tentang Hepatitis B dan wajibkan orang yang nak kahwin buat ujian darah untuk tahu pasal virus.

Daa

39 comments:

Unknown berkata... [Reply]

penat aku nak baca sampai habis...hehehe

Unknown berkata... [Reply]

@Ila, ngade ko.. aku ada sindrom tak boleh start buat entry..bila start je mesti membebel panjang..hahahaha..

Kakkoii berkata... [Reply]

ni taip sendiri atau copy paste? hehe

Unknown berkata... [Reply]

@Kakkoii haha..taip sendrik tau..tak percaya cuba la carik kalau ada kat tempat lain..hehe..

saya suka baca pasal kesihatan..so ada lah pengetahuan sesikit..

msredcheesecake berkata... [Reply]

lepas ni kalau ade kemushkilan pasal kesihatan boleh datang sini tanya cik rai...

Nini Hartini berkata... [Reply]

tini pn xtau tini ni ada hepatitis b ke dak?? tp b4 kawen mcm ada buat test darah. tp mcm utk HIV je...

Unknown berkata... [Reply]

@msredcheesecake, ish..saya tau sikit2 je..tak pernah ada official education dalam medic pun..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Nini Hartini, test utk hep B tak wajib..HIV je yg wajib..test hep b wajib utk org yg pregnant.. hehe..kalau belum buat cuba pegi mana2 klinik utk buat test darah.. biasanya diorg kena hantar lab darah tu..kalau cepat 2 hari dah siap..kalau lambat tu seminggu gak..

Mama Syabil and Rania berkata... [Reply]

Salam perkenalan....

Memang betulla ape yg Rai tulis ni..
Saya Hep B carrier.. berkahwin, dah ada 2 orang anak dan menyusu baby setahun setengah dan masih menyusu anak kedua ni... cuma anak memang disuntik tambahan vaksin Hep B 24hrs after delivery.. :)

Hubby pula memang kene ambik vaksin. skarang saya pun pergi check up 2kali sebulan.

Edy Ramanov berkata... [Reply]

ala, kesiannya. macam anak buah edy gak baru2 ni masuk inkubator kena kuning.

Unknown berkata... [Reply]

@Mama Syabil dan Rania, kalau ikut cakap doktor tu husband saya ada generate antibodi sendiri.. so tak perlu ambik suntikan..cuma sebagai langkah berjaga2 kena buat ujian darah gak..

bagus tu mama syabil buat check up selalu..saya pulak patutnya buat full check up utk tahu setakat mana virus tu aktif..tapi tak buat2 lagi..hehe..pandai je nasihat org tapi sendiri tak buat :P

Unknown berkata... [Reply]

@Edy Ramanov, baby senang kena kuning sbb organ hati dia belum cukup matang..yg kesiannya bila kena duduk bawah lampu tu separa bugil..dah la sejuk bilik tu..huhu..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Kalu ada hepatitis b boleh kahwin ke? Kekasih saye ade hep b.. Dia suruh saya byat pilihan sama ada nk teruskan or tinggalkn dia.. Nk tinggalkn sayang.. Tp kalu kahwin tak boleh bersama.. Betul ker? I need ur opinion.

Unknown berkata... [Reply]

Anon,
sorry..komen masuk spam..tak perasan.. kalau ada hepatitis B boleh kawin.. tapi awak kena check darah dulu..kalau awak takde hepatitis B. ambik suntikan vaksin untuk cegah jangkitan.. biasanya lepas tu doktor suggest buat check darah dan suntik vaksin lagi lepas 6 bulan.. sori sangat reply lambat

Tanpa Nama berkata... [Reply]

salam kak..nk tny..kalo ade hep b ni leh x amek supplement len..mcm vitamin c or collagen?ade ape2 effect x?tq..

Unknown berkata... [Reply]

salam dik,
boleh takde masalah.. actually kebanyakan pesakit hepatitis B boleh hidup macam orang normal.. cuma utk yg kronik sampai da effect hati tu kena lebih berhati hati..dan better ambik vitamin dari source yang natural.. biasa yang jual kat farmasi mcm sevenseas ke blackmores tu syntetic so kadang2 tak elok utk hati sbb bebanan lebih..kalau ambik yg natural ok je..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

bleh saya tahu x rai ada penyakit hepatitis b sejal bila? dan apa rawatan yg rai lakukan utk penyakit nie

Tanpa Nama berkata... [Reply]

salam rai, suami saya ada hepatitis b masalahnya skg bolehkah hubungan sesama suami isteri boleh dilakukan, kita org masih x ada anak lg so kalau nak dptkan anak perlu hubungan sesama itu, aduh pening nie...

Unknown berkata... [Reply]

Salam anon 20 October 2012 10:30,
sori sangat..tak perasan ada komen awak..saya cuma dapat tahu ada hepatitis B masa mengandung anak sulung (ada test darah masa tu) simptom memang tak ada..sbb active virus saya tak banyak..so far saya cuma check darah dalam 6 bulan sekali utk make sure virus active tak bertambah.. as precaution saya just ambik supplement utk naikkan sistem immune supaya virus active tu tak menyerang.. mcm vitamin c dengan multivitamin..

Unknown berkata... [Reply]

salam anon 21 October 2012 23:56,
kalau suami ada hepatitis B..saya suggest awak pegi buat check darah kat mana2 klinik..dari situ akan tau sama ada awak ada antibodi atau antigen..kalau still tak infected..biasanya doktor akan suggest ambik vaksin..tapi takde la 100% selamat..sbb awak sentiasa akan expose..tapi in most cases hepatitis B ni adalah jenis chronic.. maksudnya long term dan tak ada apa2 simptom..

awak still boleh buat hubungan suami isteri macam biasa..cuma kalau boleh ambik vaksin dan regularly check darah (6bulan sekali atau setahun sekali..)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

rai ada hepatitis nie dr bila? awak tau x? mcm awak yg menghidapi penyakit nie rasanya xder masalah ka utk awak ngan suami melakukan hubungan suami isteri, sorie erk sy banyak tanya nie sebabnya saya memang betul2 nak tau pasal penyakit nie, pastue saya memang ader ambil vaksin tue bln 11 nie baru complete utk 3x... masalahnya bln 11 nie saya ngan suami nak menjalani rawatan IUI utk mendapatkan anak dan rawatan nie memerlukan air mani suami dimasukkan kedalam rahim saya...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

bleh x kalau saya dptkan hp rai itu pun kalau rai x keberatan, sebabnya saya memang perlu kawan yg senasib dgn saya untuk sama-sama mendapatkan info dr awak yg lebih awal mengetahui penyakit nie...

Unknown berkata... [Reply]

actually, saya tak tau sejak bila ada..yg saya tau akak saya ada hep B ni sejak dia sekolah.dah lama la. maybe kitorang infected dari mak sejak kecik..since takde simptom so mmg taktau lah. cuma masa pregnant tu kan ada blood test kan.masa tu baru tau. tapi bila buat further test pasal active virus nya tu virusnya masih terkawal..

so skang ni just buat follow up test.

actually nak diikutkan da ambik vaksin pun bukan 100% selamat. still kalau belum ambik..ada baiknya jugak da ambik..takde masalah hubungan suami isteri. cuma partner yg belum infected tu kalau boleh make sure sentiasa cuba utk stay healthy. ambik vitamin tambahan utk boost immune system.so virus tak senang multiply dan menyerang.

by far..jgn risau..insya allah ok je.saya dgn husband da 4 tahun kahwin alhamdulillah husband takde kena jangkitan lagi.anak2 pun takde..saya sorang je yg ada.

Unknown berkata... [Reply]

boleh..takde masalah.. email saya kesoma.rai@gmail.com..

nanti saya bg no phone..

Unknown berkata... [Reply]

Salam kak..bru2 nie sy wt medical checkup..sblm2 nie ujian drah ok je..kali nie plak doc ade tulis hep b carrier..tp doc xde pn cll n trgkn kt sy psl bnde tu..mcm xde pape je..tp bile sy research kt google..bru sy tahu akn bhye pykit tu..100x gnde mudh brjgkit dr HIV..sy blm brkawin..soalan sy kalau kite cium mulut boleh brjgkit x??

Unknown berkata... [Reply]

Salam kak..bru2 nie sy wt medical checkup..sblm2 nie ujian drah ok je..kali nie plak doc ade tulis hep b carrier..tp doc xde pn cll n trgkn kt sy psl bnde tu..mcm xde pape je..tp bile sy research kt google..bru sy tahu akn bhye pykit tu..100x gnde mudh brjgkit dr HIV..sy blm brkawin..soalan sy kalau kite cium mulut boleh brjgkit x??

Unknown berkata... [Reply]

@Azrul Ibrahim, sori lambat reply. :D

hep b carrier bermaksud ada virus hep b tapi virus tak aktif. still boleh jangkitkan orang lain.

hepatitis b mungkin boleh berjangkit melalui ciuman mulut ke mulut. tapi kebarangkalian berlaku rendah. :)

mahdhar86 berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata... [Reply]

Apakah hbsag reactive dpt sembuh kah kakak rai

Unknown berkata... [Reply]

Hmm.. Boleh hidup tanpa sebarang simptom.. Tapi virus mungkin maosh dlm badan cuma tak mengganas..

Unknown berkata... [Reply]

Setelah saya baca komen2 di atas nampaknya hbsag reactive ni tak dpt di sembuhkan..dan akan berada dlm bdn sepanjang khayat kan kak rai

Unknown berkata... [Reply]

Salam saye Ina..saye pn HEP b carier..ade 2 anak sekarang follow up 6bln skali kt hsa...Hubby mama ambik vaksin brape kali ye...Hubby sy sekali je Yg 3 dose tu...

Unknown berkata... [Reply]

Hi akk :-) saya asya nak tnya Klau bf sya nih ada hep b , bley ke kami kawin and bersama ? Dea juga Bru buat pembedehan hati Bru

Kidrock berkata... [Reply]

Tidak jadi masalah utk berkhawin..pasti kan anda sudah mengambil vaksin hepatitis B..

Unknown berkata... [Reply]

My boyfriend tinggalkan I bcoz I tell him I have hepatitis B. Siapa yg sudi terima kita dlm keadaan mcm ni kan? So sad kan ��

Kidrock berkata... [Reply]

Kenapa harus dia tinggalkan awk hanya kerana HB..

Kidrock berkata... [Reply]

Kenapa harus dia tinggalkan awk hanya kerana HB..

Adams berkata... [Reply]

Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

Wojciech Roszkowski berkata... [Reply]

Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com