Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Rabu

Resepi Sambal Ayam Penyet

Sambal ayam penyet.

Tak tau la menjadi ke tidak sebab tak guna cili besar. Orang perempuan memang gitu kan.. Suka salin resepi, lepas tu dia buat ikut kepala dia. Semedang derhaka je.... 😂😂

Cara buat
Ikan bilis
Bawang besar
Bawang putih
Cili merah
Cili hijau
Tomato
Sedikit belacan
Garam
Gula

Goreng asing asing.
Lepas tu blend. Nak kasar boleh, halus pun takpe. Lepas tu tumis pulak sampai pecah minyak. Letak garam dan gula.


Settle.
Selamat berbuka puasa bagi yang berpuasa hari ni.

Khamis

Resepi Terung Miso

Rupa tak berapa nak mari sebab ambik gambar malam. Tapi serius sedap benda ni.

Terung masak dalam miso.

Cara buat
Terung dipotong. Gaul dengan sedikit garam.

Bahan sos miso
1 sudu besar miso paste
1/2 cawan shoyu
2 sudu besar cuka
1/2 cawan stok dashi
1 ulas bawang putih diparut
1 inci halia diparut.
1 sudu kecil gula

Daun bawang untuk tabur

Campurkan kesemuanya dan kacau sebati.

Terung tadi, perah air yang berlebihan.
Goreng hingga agak lembut dengan sedikit minyak.
Masukkan sos yang telah dikacau rata.
Masak selama 10 minit. Tutup sekejap supaya sos miso meresap ke dalam terung.

Dah masak. Masuk ke dalam mangkuk dan tabur hirisan daun bawang.

Boleh makan dengan nasi.
Nak lagi sedap, letak chilli oil.
Kalau peminat miso, insya allah suka masakan ni.

Sedapp

#miso #makananjepun #ourkizuna

Rabu

Resepi saba no misoni

Assalamualaikum

Saba no misoni bermaksud ikan mackerel yang dimasak di dalam miso. Bahasa inggerisnya "blue mackerel simmered in miso". Tak pasti proses "simmered" tu nak terangkan macam mana. Hehehe..

Ni adalah antara kesukaan aku. Zaman belajar kat Jepun dulu pernah termakan. Kenapa termakan. Zaman tu agak jahil. Tak tau yang rupanya nak masaknya gunakan mirin dan sake. Gulp~!

So, balik Malaysia ni dah jumpa miso halal, boleh la cuba buat sendiri. Yakin halalan toyyiban.

Memasaknya agak mudah dan sihat. Sikit pun tak guna minyak. Ikan mackerel ni aku sangat suka kalau bakar dengan garam je. Shujin dengan anak-anak pun prefer bakar. Tapi sesekali, aku teringin nak makan aku buat jugak. Diorang makan sikit je. Bagus jugak. More for me~!!! hahaha


Resepi saba no misoni (Japanese mackerel simmered in miso)
Bahan-bahan
2 kepingan Ikan saba (japanese blue mackerel)
*2 sudu besar miso paste
*2 sudu besar gula
*100ml air
*1 inci halia dihiris nipis
1 sudu kecil shoyu


Cara membuatnya
Campurkan semua bahan bertanda * dalam satu periuk dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Sebaik mendidih, masukkan ikan saba dengan bahagian kulit menghala ke atas. Goyang-goyangkan sedikit periuk bagi meratakannya.

Masak untuk 8-10 minit. Kemudian tutup dengan otoshibuta. Biarkan selama 1-2 minit. Kemudian matikan api dan hidangkan dengan taburan daun bawang

## otoshibuta adalah penutup yang biasanya dibuat daripada kayu untuk tutup terus atas masakan. Bukan pada periuk tau. Kalau tak ada, boleh buat gunakan penutup periuk yang lebih kecil saiznya dari diameter periuk. Atau pun gunakan aluminium foil yang dilubangkan ditengah. Tapi hati hati masa nak mengangkatnya nanti. Panass...

Rasanya manis sikit, lemak lemak. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula kepada 1 1/2 sudu saja.

Lagi banyak tips dan resepi masakan Jepun, follow fanpage Frozen Takoyaki.

Selamat mencuba

Daa


Khamis

Resepi Ayam Teriyaki

Assalamualaikum

Nak share satu resepi ayam teriyaki paling senang dalam dunia. Cuma gunakan sos teriyaki readymade. Dijamin halal.


Resepi Ayam Teriyaki
Beberapa ketul ayam bahagian isi (lagi sedap guna isi bahagian peha atau kepak)
Parutkan satu inci halia
Beberapa sudu sos teriyaki


Cara membuatnya
(1) Bersihkan ayam, cucuk dengan garfu sikit. Gaulkan dengan halia yang diparut dan sos teriyaki. Perap beberapa jam
(2) Panaskan minyak dengan api sederhana. Masukkan ayam dengan bahagian kulit ke bawah. Masak sehingga permukaan bawah berwarna keperangan
(3) Terbalikkan dan masak dengan keadaan bertutup selama beberapa minit.
(4) Buka dan sapukan baki sos ke permukaan ayam. Kalau guna berus pun elok. Biarkan beberapa ketika. Dan boleh diangkat dan hidangkan.


Hati-hati makan ayam teriyaki di Restoren Makanan Jepun yang tidak diiktiraf halal. Seperti yang pernah aku kongsi sebelum INI, sos teriyaki biasanya dicampur dengan mirin. Manakala dalam proses memasaknya biasanya menggunakan sake iaitu sejenis arak beras yang mengandungi 20% alkohol. Jadi, memasak sendiri di rumah dengan sos yang dijamin halal adalah cara paling selamat.


Sos teriyaki 180g rm7
Sebarang pesanan atau pertanyaan boleh pm atau whatsapp ke 0126894317


Banyak lagi resepi lain yang dikongsikan di Fan Page Frozen Takoyaki

Daa

Selasa

Resepi sushi yang halal

Assalamualaikum

Makanan Jepun semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Malangnya, walau pun di Jepun sendiri semakin banyak restoren yang dipunyai oleh warganegara Jepun bukan beragama Islam, ramai yang melihat potensi market mereka di kalangan muslim. Jadi, semakin banyak restoren makanan Jepun yang mendapatkan sijil halal bagi sesetengah menu makanan Jepun bagi menarik pelancong beragama Islam ke kedai mereka.

Di Malaysia sendiri, kebanyakan restoren makanan Jepun asli tidak mempunyai sijil halal kerana masih menggunakan mirin dan sake di dalam masakan mereka. Dan, mereka tidak layak mendapat sijil halal kerana menghidangkan minuman keras dalam premis mereka.

Timbul persoalan. Sushi yang dijual adakah halal?

Di kebanyakan restoren yang aku tanya, malah hotel juga. Sushi biasanya tidak mempunyai campuran mirin. Bagaimana pun, untuk kepastian, make sure korang tanya sendiri tukang masak sebelum masuk ke kedai. Sebagai contoh, sushi chef di Pullman Hotel adalah seorang muslim (kenalan aku) dan tidak menggunakan sebarang campuran mirin atau sake dalam pembuatan sushi mereka. Satu lagi yang baru aku confirmed adalah sushi yang dihidangkan di Ichiban Boshi di Sunway Giza juga menggunakan bahan yang halal, termasuk kicap shoyu yang digunakan adalah bersijil halal. Bagaimana pun, untuk makanan lain, perlu tanya kepada tukang masak sebelum order ya. Sebab, menurut perbualan aku dengan salah seorang tukang masak di sana, sesetengah masakan yang menggunakan sos (terutamanya sos manis) seperti teriyaki masih menggunakan mirin.

So.. Lambatnya nak sampai tajuk sushi ni kan.. Hehehe..


Ni contoh sushi aku buat sendiri. Even kulit inarizushi tu aku buat sendiri. Sebab ada sesetengah kulit, ada campuran mirin. Kalau pro tengok aku buat sushi ni sebenarnya tak berapa nak jadi. Kenapa..? Sebab butiran nasi tu masih tak berapa sticky.

Anyway. Ni first time aku buat sushi sebenarnya. Masih ada room for improvement kan. Tapi still gatei nak share resepi. Hahaha..

Panjang sebenarnya proses membuat sushi ni. orang Jepun kan terkenal dengan detail diorang. Nak pilih beras pun boleh stress. Tapi almaklumlah, di Malaysia ni tak banyak pilihan. Beras untuk membuat sushi yang terbaik yang premium grade bukan beras cap Sumo (Malangnya ini beras Jepun paling murah di pasaran!) Beras terbaik untuk buat sushi adalah beras yang baru (shinmai). Brand yang mudah dapat adalah brand Nishiki 2.5kg. Walau pun bukan the highest grade, tapi the best yang available dalam market Malaysia.

Selepas memilih beras, cara nak masak beras untuk buat sushi pun ada tatatertibnya. Bukan main sarbat je.

Panjang cerita weh. Nak tau detail. Jom lawat page FB Frozen Takoyaki. Aku pecahkan postingnya kepada beberapa bahagian.

Selamat mencuba~!

PS:/ Sedang berusaha gigih menyiapkan ebook kompilasi masakan Jepun menggunakan bahan yang halal. Doakan berjaya. Ebook ini akan diedarkan secara PERCUMA kepada semua reader dan follower Ourkizuna.

Daa

Khamis

Resepi hourenso no goma-ae (Spinach with sesame)

Assalamualaikum

Kegilaan makanan Jepun sangat kan aku. Wakaka.. Actually aku dalam proses nak menerai (mencuba), pelbagai jenis resepi masakan Jepun. 

This time aku cuba resepi ni. Sebelum ni tak tau pun rupanya resepi asal sayur ni menggunakan mirin (beralkohol~!) So, bila dah tau ni, buat sendiri.

Bagi aku ianya sedap dan sihat. Takde goreng goreng. Jom tengok macam mana nak membuatnya.

Resepi hourenso no goma-ae (Spinach with sesame)
Bahan-bahan
Sayur bayam
Bijan putih disangai dan ditumbuk kasar
1 sudu besar kicap shoyu
Sedikit gula

Aku buat sikit je ni. Adjust bahan-bahan tu mengikut keperluan dan tekak ya.

Cara membuatnya
Kalau ikut resepi asalnya, bayam tu dipotong dan direbus. Tapi sayang lah kan, nanti hilang zat bayam ke dalam air rebusan tu. So, aku masak air sikit je. Tak perlu sampai macam nak rendam bayam. Bila air dah mendidih, baru masukkan bayam. Tutup periuk tu dan tutup apinya. So kira bayam tu kena stim je dgn airnya. Aku buat ni, at the end airnya akan habis tersejat. Sebab guna air pun beberapa sudu je. Yang penting wap air tu ada nak melayukan bayam.

Gaul bijan tumbuk kicap shoyu dan gula. Lepas tu gaul dengan bayam yang sudah layu tadi.

Tadaaa.. Siap..

Senang gila kan.. 

Aku ratah je ni. Bau wangi bijan tu memang memikat selera.. Yummeh~!

Nak resepi lain lagi? Moh LIKE page Frozen Takoyaki di FB. Bukan saja resepi makanan Jepun, resepi mudah dan senang yang lain pun aku share.

Kalau berminat nak cari bahan makanan Jepun, boleh whatsapp ke 0126894317 untuk pesanan dan pertanyaan.

8 chef wanita yang hot selain dari aku

Daa

Selasa

Resepi Agedashi Tofu kuasa dua

Assalamualaikum

Actually, lamaaa dulu aku pernah share dah resepi agedashi tofu ni..

Ini agak kegemaran aku jugak. Kalau di kedai makanan jepun, seketul agedashi tofu ni dah RM8++ tau. Padahal buat sendiri mudah je. 

Agedashi Tofu
Jom revisit cara membuatnya

Tauhu lembut dipotong 8, ditoskan dan lap kering dengan paper towel. Goreng dlm minyak 170-180darjah sehingga keperangan.

Sosnya
1cawan air
1 sudu kecil dashi serbuk
2 sudu besar kicap shoyu
2 sudu besar gula

Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan didihkan.

Cara menghidang
Masukkan tauhu ke dalam mangkuk dan siramkan sosnya. Tabur daun bawang dan sedikit katsuo bushi (bonito flakes).

Enak dimakan ketika panas.

Kalau nakkan update cepat pasal resepi pelbagai makanan jepun, boleh LIKE page kami di FB - Frozen Takoyaki.

Aku ada juga menjual bahan-bahan makanan Jepun, ada yang ada sijil halal. dan ada juga yang tiada sijil tapi halal. 

Daa

Jumaat

Pasaran kimchi halal

Assalamualaikum

Demam k-pop masih belum berakhir. So ramai lah yang masih teruja nak mencuba kimchi dan pelbagai makanan korea yang lain. Dan ramailah yang cuba search dan cari resepi kimchi halal. Cumanya nak buat kimchi ni agak leceh. Takde lah rumit pun. Banyak kerja sikit nak buatnya.. Hehehe..

Paling senang.. Beli je..

Makanya.. Aku pun jual kimchi yang asalnya buat untuk shujin dan anak-anak makan. Hahaha..

So far feedback sangat baik. Banyak yang repeat order. Pernah sekali. Aku tersalah hantar. Orang nak miso, terhantar kimchi. Pun dia sangat puas hati. Sedap katanya.

Walau pun agak penat buat kimchi ni. Tapi sebab teruja bila ramai yang suka. Aku pun terus meniaga kimchi. Hahaha.. Ater kata nak cari pendapatan tambahan kan. Hehehe..

Korang nak cuba? Boleh cuba hubungi nombor yang tertera ya.

Daa

Yakitori Halal~!

Assalamualaikum

Yakitori adalah sejenis makanan Jepun. Yaki - bakar, tori - ayam.

Yakitori adalah ayam bakar yang di marinate dalam sos khas. Rupanya lebih kurang macam satay lah kalau kita.

Cani haa..
Nampak tempting tak.. Sedap katanya..

Ada sesiapa teringin nak cuba..? Ourkizuna tengah acquire untuk dapatkan sos marinate yakitori yang halal. Ianya bukan saja boleh digunakan sebagai sos marinate untuk ayam, malah daging daging lain pun bolehhh..

Sosnya adalah diimport dari Jepun dan dah dapat sijil halal. 

Tak sabar nak cuba.. Agak agak ada yang berminat tak..?

Daa

LEGO Binaan Sendiri 02 Nov 2014 - Toaster

Assalamualaikum..


Hari ni aku nak share resipi pulak. Hahaha.. Cepat lagi sedap. Roti bakar, atau dalam bahasa inggeris disebut toast. More or less, resipi mudah camni rasanya semua orang pun pandai buat.


Langkah pertama, mesti ada toaster dan mesti ada roti.


Masukkan roti kedalam slot toaster. Tekan ke bawah handle kat tepi toaster tu. Biarkan toaster tu buat kerja membakar dia.


Bila handle tadi dengan sendirinya tertolak ke atas, roti bakar dah siap dimasak. Jangan panik, roti memang akan sedikit keperangan. Bakarkan dua keping roti lagi.


Isikan inti kedalam roti bakar korang. Ada orang suka makan roti bakar dengan salad dan mayonis, ada pula yang suka makan dengan bebola daging dan sos tomato. Tapi yang paling penting adalah, makan dengan orang tersayang. Well, dah siap.


Owhh.. Lupa bagitau, untuk yang takde toaster, korang boleh bina sendiri model yang sama macam aku dengan menggunakan 40 keping lego je. Untuk resepi buat toaster, korang boleh whatsapps aku.

Selamat menjamu selera..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Isnin

Musim Ibu Berpantang - Ayah Kat Dapur : Baguette Cheese

Assalamualaikum..


Okay.. Menu kali ni ialah baguette cheese. Baguette? Ialah roti French yang panjang dua kaki lebih tu. Selalu ada jual kat hypermarket. Kami selalu beli kat AEON untuk dimakan dengan sup cendawan (mushroom gravy). Sebahagiannya sebab ia murah, sebahagiannya sebab ibu dah tak larat masak roti lagi.


Resepinya mudah je.

Bahan-bahan :
1 - Satu roti baguette
2 - Secubit gula.
3 - Mentega
4 - Dua ulas bawang putih
5 - Mozarella
6 - Cheddar
7 - Aonori

Memasak :
Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius selama 5 minit.
1 - Potong baguette ikut suka hati.
2 - Campurkan secubit gula dengan mentega, gaulkan sampai sebati.
3 - Sapukan campuran mentega tadi kat baguette.
4 - Parut bawang putih kat baguette. Ya, parut kat roti. Letak bawang putih kat roti dan gosokkan.
5 - Parut mozarella dan chedar pada kadar 2:1 dan taburkan kat atas baguette.
6 - Taburkan aonori kat atas.
7 - Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 10 minit.


Ini rupa yang dah siap. Kulit baguette bertambah rangup selepas dibakar. Bila digigit, ia akan bunyi "KKKRRRUUUPPP" gitu. Awas! Lepas makan terus kena cuci meja makan. Bahagian roti putih baguette yang dah lembut tu, rasanya masin manis. Ditambah dengan mentega yang dah meresap masuk ke texturenya, membuatkan rasa lemak pada masa yang sama sangat lazat. Topping cheese.. Lemak masin dan bila ditarik, bertali je. Memang sedap. Tapi bila ditambah dengan aonori, satu aroma dan rasa baru untuk sejenis makanan barat.

Bau aonori bakar yang wangi. Lemak dan masin dari cheese. Sedikit manis dan juicy dari dalam baguette. Rangup gila kat kulit roti. Bayangkan lah..

Note :
Jangan guna baguette yang dah lama untuk masakkan ni. Nanti keras macam batu. Baguette yang baik ialah yang rangup di luar, sangat lembut di dalam.
Gula digunakan untuk mengimbang rasa. Kalau dah boleh rasa sedikit manis, dah cukup.
Untuk yang suka rasa bawang putih, boleh terus parut bawang putih tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega. Aku parut kat roti supaya rasanya tak kuat sangat.
Dalam menu ni, tak perlu gunakan garam atau gantikan mentega dengan salted butter sebab dah masukkan cheddar.
Tujuan letak aonori, selain sebagai hiasan, ia akan bagi slight aroma dan perisa rumpai laut.
Untuk yang suka pedas, boleh letakkan potongan cili yang ditumis dengan sedikit bawang. Rasanya seakan-akan topping pizza pedas.


::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Rabu

Cara menyimpan miso supaya tahan lama

Assalamualaikum

Miso adalah sejenis makanan yang diperam. Kalau miso komersial yang tak halal, kebanyakannya diletakkan alkohol supaya tahan lama. Tapi bagi miso halal yang kami jual, ianya tak mengandungi alkohol. Jadi ianya tak tahan selama miso yang mengandungi alkohol.

Tapi dalam pada tak lama tu pun.. Lebih dari 6 bulan. Dan kalau disimpan dengan baik ianya boleh tahan lebih lama lagi. Cumanya.. Sanggup ke korang membiarkan miso tu tak dimakan selama tu. Hehehe.. Sedap weh miso soup panas panas dengan tofu dan wakame.. Siap tabur daun bawang.. Letak cendawan lagi..

Biasanya miso tak ada masalah duk luar peti sejuk 2-3-4 hari. Tapi dengan cuaca panas di Malaysia, jangan biarkan miso duk luar peti sejuk lebih dari seminggu. Jika disimpan lebih lama, warnanya akan berubah jadi makin gelap, terutamanya shiro miso yang kami jual ni. Tapi dari segi bau dan teksturnya tak berbeza. Kalau miso ada bercendawan, berair dengan bau kurang menyenangkan sila buang. Kalau tak, masak je..

Kalau boleh simpan dalam bekas yang kedap udara dalam peti sejuk. Jangan pulak biarkan terdedah.

Selain dari untuk buat miso soup, miso paste boleh juga buat untuk marinate sayur dan daging. Boleh juga buat dressing untuk salad. Aku malas asyik tak sempat je nak share resepi berkaitan miso ni. Insya allah aku akan cuba share lagi banyak resepi supaya lagi ramai boleh menikmati kesedapan miso halal ni.

Miso halal kami dijual pada harga 500gram RM10 (Postage RM8) dan 1kg RM18 (Postage RM10). Bagi yang berminat nak mencuba boleh hubungi kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp 0126894317.

Daa

Isnin

Resepi dashi untuk miso

Assalamualaikum

Salah satu bahan utama dalam membuat sup miso adalah dashi. Dashi boleh juga di dapati dalam bentuk serbuk. Ianya lebih mudah. Tapi sukar di dapati. Supplier kami tak bekalkan dashi powder, so aku beli dari mana mana pasaraya. Kami tak ambil untung pun, just jual harga modal sebab nak memudahkan pelanggan yang nak beli miso paste halal dengan kami.

Malangnya, kami selalu kehabisan stok. Beli kat kedai 100yen. Bila habis diorang tak top up. Pergi ke Aeon pulak. Begitu juga kisahnya. Ke Hero pun jadi macam tu. Di Aeon Bukit Tinggi ada banyak jugak jual dashi powder tapi dari bonito. Kami prefer dashi dari konbu seaweed.
wild konbu seaweed yang aku beli masa trip ke Jepun aritu.. Sangat mahal harganya

Oh sebelum tu meh aku terangkan dulu. Dashi ni bermaksud stok. Kalau kita selalu ada stok ikan bilis, ayam dan sebagainya. Orang Jepun pulak ambil stok dari ikan bonito, konbu seaweed atau pun cendawan shiitake. Ada juga kombinasi digunakan.

So, nak buat miso soup, kita memerlukan dashi. Ada resepi tempatan yang gunakan stok ikan bilis. Tapi honestly cakap, bagi aku rasanya sangat berbeza.

Resepi dashi dari konbu seaweed dan bonito flakes
Bahan bahan
Sekeping konbu seaweed
Segenggam bonito flakes
4 cawan air
rendam dulu dalam periuk

Cara membuatnya
Konbu seaweed direndam dalam 300ml air selama 15-20minit, kemudian panaskan sampai air tu nak mendidih. Bila ada bubble kecik kecik tu terus je tutup api. Masukkan bonito flakes dan biarkan 3-4minit. Nanti bonito flakes tu akan tenggelam. So tapis dan ambil airnya.

Kemudian ambik 4 cawan air lagi. Masukkan bonito flakes dengan konbu yang dah rendam dalam air batch pertama tadi. Masak dengan api perlahan selama 10 minit. Lepas tu tapis lagi dan ambik airnya.
dah boleh guna untuk buat miso soup
Dashi dari batch kedua ni dah kurang sikit rasanya. Tapi still ok je. Kalau taknak guna terus boleh simpan dalam peti sejuk 2-3 hari atau bekukan untuk tahan lagi lama. Untuk yang first batch tu better guna terus lah.

Senang je kan..? Selain dari untuk miso sup, banyak lagi masakan jepun yang menggunakan dashi, termasuklah nak buat takoyaki~!

Konbu dan bonito flakes boleh order dengan kami juga :D

Ps:/ Sorry.. Aku kurang sihat hari ni.. Entry GA petang petang sikit aku up atau esok. T_T

Daa

Khamis

Sarapan pagi : Pisang goreng berkeju coklat

Assalamualaikum

Honestly.. Aku tak begitu teruja mendengar pasal pisang goreng berkeju letak coklat sebelum ni. Takde la sampai beria mencari yang sedap. Tapi semalam pergi ke pasar malam, Aisy terkam pisang dulu. Balik tu dia makan pisang dengan penuh berselera. So aku teringat ada cheddar cheese baki buat lasagna aritu dengan sos coklat.

Pagi ni dengan gigihnya bangun awal sikit buat pisang goreng. Tepung untuk goreng aku dah bancuh siap siap malam tadi dan simpan dalam peti sejuk. Hehehe.. Tak banyak pun yang digoreng. Jadi la buat alas perut kami pagi tadi. Ni dah lapo balik tengok gambar.. Hahaha..


Pisang goreng cheese bercoklat
Mungkin sebab pisangnya dah sejuk sikit, so cheese nya tak berapa nak cair. Aku ingat nak pop masuk oven kejap. Tapi masa kurang mengizinkan. Layankan je. Aisy dengan kakak suka. Aqil biasa biasa je. Mamat tu memang kurang sikit makan pagi pagi buta. Enjin belum panas lagi.

Aku suka tang rasa lemak pisang, masin cheese dan manis manis sos coklat tu.. Aku kan hantu coklat. Hihi..

Korang breakfast apa pagi ni..?

Daa

Selasa

Kelebihan merancang menu berbuka puasa

Assalamualaikum

Alhamdulillah kan.. Da lebih seminggu kita berpuasa. Macam mana puasa korang? Aku terkantoi sehari sebab tak bersahur. Tengok pagi buta aku dah macam nak menggigil kelaparan so terus officemate yang baik hati tolong bancuh milo untuk aku.

Seminggu ni kami berjaya memasak sepenuhnya juadah berbuka walau pun kadang kadang aku sampai agak lambat hampir ke pukul 7 petang. Dengan bantuan shujin dan perencah frozen yang dah siap tu memang mudah kerja.
Perencah yang sedia nak digunakan

Antara masakan yang aku plan nak masak minggu ni adalah ayam percik, rendang, nasi daging, dan gulai ayam. Satu lagi menu ikan bakar yang aku pakat nak serah kat shujin. Hihi.. Actually nasi daging pun shujin masak. Yang lain aku dah buat perencah frozen. So tinggal campak campak je la..
solok lada kurang jadi tapi sedappp~~
Antara kelebihan merancang menu makanan berbuka ni aku rasa perbelanjaan lebih terkawal. Dah tau nak shopping benda apa. Tak membazir. Dan lagi, takde la buntu nak masak apa setiap hari dah ada pilihan menu yang nak dimasak. Jimatkan masa jugak. Selain dari mengurangkan nafsu nak ke bazar ramadhan.

Ada jugak aku buat sikit kuih muih untuk anak anak. Shujin pun rajin je buat puding caramel tanpa telur dengan agar agar berlapis lapis.

Bila dah ada perencah frozen ni shujin pun banyak boleh tolong masak sebab dah tinggal nak campak campak je. Siapa kata ibu berkerjaya tak sempat nak memasak lauk berbuka untuk keluarga kan. Hehehe..

Apa menu pilihan korang ramadhan kali ni..?

Daa

Rabu

Tips Ramadhan : Perencah frozen dan kaedah menjimatkan masa memasak juadah berbuka

Assalamualaikum

Since beberapa tahun sudah, kami cuba sedaya upaya mengelakkan diri dari membeli dari bazaar ramadhan. Selain dari faktor ekonomi, kami juga masak sendiri untuk kepuasan peribadi. Masak sendiri lebih terjamin dari segi kebersihan. Tahu sajalah, kadang kadang beli kat bazaar ramadhan bukannya sedap sangat. Sudah la mahal. Silap silap dapat yang basi. Terbantut selera nak berbuka..

So salah satu usaha aku nak menjimatkan masa memasak untuk berbuka puasa adalah dengan menggunakan perencah frozen yang dibuat sendiri. Aku akan plan nak masak apa bagi sepanjang minggu. Kemudian barang keperluan dibeli berdasarkan senarai bahan tu. Lepas tu just prepare perencahnya. Yang mana nak ditumis, tumis dan sejukkan dulu sebelum dipacking dan masuk dalam freezer. Bila hari nak masak tu, sebelum pergi kerja letak kat bahagian sejuk, dan bila balik tinggal nak masak dengan ayam, daging atau ikan dan masukkan santan sekiranya perlu..

Tahun ni, antara perencah masakan yang muncul dalam senarai aku adalah makanan kegemaran aku la.. Hahaha.. Alasan mengidam makyong kan....

Perencah frozen yang bakal jadi hidangan
(1) Sup - Tumis siap siap. Bila nak gunakan, just high pressure ayam/daging dalam pressure cooker dan masukkan perencah yang dah siap tumis tu. Tambah la kentang ke apa. Shujin tak suka letak kentang dalam sup. Tapi kadang kadang aku masuk jugak untuk anak-anak

(2) Kari/Kurma - Biasa lah, just tumis siap siap. Bila nak guna tambah ayam, ikan atau daging dan masukkan santan..
Ungkep mak aku
(3) Ungkep - Peberet aku!! Just tumis siap siap perencah ungkap dan masukkan ayam bila nak guna

(4) Rendang - Jarang gila kot aku buat rendang. Tapi alasan bulan puasa ni aku nak buat rendang.

(5) Gulai ayam - Gulai ayam mak ni peberet aku jugak. Dah buat sekali. Agak kurang sambutan.. sobs.. Maybe sebab pedas kot. Tapi boleh la.. Demi ibu berpuasa

(6) Ayam percik kelantan - Yang ini dah lama shujin cakap nak makan. Aku pun jadi teringin nak makan bila masuk bulan puasa. Ayam dinyah beku dan perap masa sahur. Bila masa nak berbuka just masak dengan pemanggang ajaib sambil disapu sapu dengan kuah yang dah disejuk bekukan.

(7) Cili kisar siap tumis untuk buat aneka sambal

(8) Bawang kisar untuk masak sayur sayuran. Yang mana tak perlukan kisar kisar tu aku just kopek kulit siap siap dan bungkus dalam kertas. Tak perlu basuh. Bila nak guna baru basuh. Tak perlu frozenkan lah. Just simpan kat dalam peti sejuk. So jimat sikit masa kat situ..

Tinggi tak cita-cita perempuan mengandung ni. Hahaha..
Pressure cooker kami yang banyak berjasa
Tapi satu benda yang memang akan bekerja keras sepanjang bulan ramadhan ni adalah pressure cooker. Sebab ianya banyak menjimatkan masa memasak aku. Kalau nak masak nasi tu just 5-6 minit. Nak rebus rebus daging bagi cepat empuk pun guna tu. Silap silap segalanya aku masuk dalam tu. Hahaha...

Tu belum senarai kuih muih yang aku nak frozenkan supaya mudah nanti. Tinggal nak goreng atau panaskan saja..

Apa plan korang untuk menu ramadhan kali ni..?

Daa

Selasa

Resepi puding caramel tanpa telur pelengkap hidangan berbuka

Assalamualaikum

Bila nak masuk bulan puasa ni biasa lah kan. Macam macam strategi yang dikongsikan bagi memudahkan para ibu terutamanya wanita bekerjaya mahu pun surirumah berniaga untuk menyediakan makanan berbuka puasa. Zaman sekarang ni nak beli tiap kali berbuka bukan menarik sangat pun. Sudah la mahal, belum tentu sedap. Silap silap terkena yang basi pulak..

Kali ni aku nak share resepi puding caramel yang tak menggunakan telur untuk hidangan berbuka puasa. Puding lembut dan licin yang dimakan sejuk memang menyamankan tekak. Apa lagi kalau mudah disediakan. Hihi..
Puding Caramel
Jom kita semak cara menyediakannya

Puding caramel tanpa telur
Sebungkus pre-mix caramel pudding premium gold
Satu tin susu cair
Satu tin air bertapis (Gunakan tin susu tadi. Air kosong pun takpe.. Kalau boleh air masak)

Campurkan semuanya sebati dan panaskan di atas dapur dengan api kecil. Pastikan sentiasa dikacau supaya tak berkerak di bawahnya. Bila dah nampak keluar asap dan ada bubble di tepi tepi periuknya, dah boleh tutup api dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.

Paling mudah masukkan je dalam tupperware bertutup, tapi nak best boleh masuk dalam bekas dadih kecil kecil supaya mudah nak makan.

Jangan lupa masukkan karamel sedia ada ke dalam bekas tersebut.

Biarkan sejuk sedikit sebelum ditutup dan disejukkan dalam peti sejuk sementara menunggu masa berbuka.

Senang sangat kan.. 10 minit je penyediaan. Tak perlu berpeluh peluh. Boleh tahan 2-3 hari di dalam peti sejuk juga. Itu pun kalau anak anak tak sarbat habis masa tengah hari kan. Hihihi

Gambar step by step penyediaan puding cream caramel tanpa telur 

pre-mix caramel pudding premium gold ini hanya RM7.50 setiap bungkus. Ready made gula caramel disertakan. Setiap bungkus boleh dibancuh dengan 1liter cecair (susu+air) Rasanya memang sedapp~~ untuk pesanan boleh hubungi kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp 0126894617

Selamat mencuba dan selamat berpuasa.

Daa

Rabu

Resepi Okonomiyaki terlampau sedap

Assalamualaikum

Okonomiyaki merupakan sejenis makanan Jepun yang semakin glemer juga. Walau pun tak sepemes sepupunya Takoyaki, tapi okonomiyaki dah makin dikenali.

Rasanya hampir serupa sebenarnya, tapi ada sedikit perbezaan dari segi pembuatan dan bahan bahan yang digunakan. Paling ketara, okonomiyaki lebih flexible bahan yang digunakan dan rupanya seperti lempeng. Kalau omputeh diorang panggil Japanese pancake gitu. Tapi maksud okonomiyaki adalah bakar ikut suka. Okonomi - suka hati, yaki - bakar.. So, masukkanlah apa pun bahan tambahan ke dalam lempeng tersebut mengikut citarasa masing masing.

Sebelum aku jumpa resepi okonomiyaki terlampau sedap ni, macam-macam jugak lah resepi yang cuba sebenarnya. Tapi, resepi yang kali ni insya allah yang terbaik so far.


Blogging dizaman tak pakai smartfon, makanya takde gambar ye adik kakak.. Sila redho~

So meh aku share pulak resepi terbaru yang terlampau sedapnya.. Jauh lebih sedap dan gebu dari gunakan tepung okonomiyaki segera!!

Resepi okonomiyaki yang terlampau (4 keping sederhana)
Bahan-bahan
Tepung 150gram
Yamaimo 150gram diparut ** (Baca penerangan lanjut di bawah ya)
Dashi 8gram (1 stick)
Telur 3 biji
Baking powder 1 sudu teh
Garam 1/2 sudu teh
Air 200ml
300gram kobis potong nipis
Tenkasu (optional)
Udang/Sotong/Tuna dalam tin (Nak letak cheese pun boleh, tapi paling sedap bagi aku letak udang atau tuna lah.. Memang paberet!!)

Minyak secukupnya untuk membakar

Topping
Kewpie Mayonis
Aonori seaweed
Okonomiyaki sauce (Aku guna je takoyaki sauce tu..sebelum ni guna sos bulldog)
Bonito flakes (katsuo bushi)

Cara membuatnya :-
Bancuhan tepung sebelum masuk sayur mayur
Campurkan tepung, garam, dashi dan baking powder. Campurkan pula telur, air dan yamaimo yang telah diparut. Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan tenkasu, kobis dan udang. Biarkan dalam 10-15 minit sebelum di bakar atas pan. Masa nak masak tu, buat macam buat lempeng, tapi jangan penyekkan sebatian atas pan tu supaya hasilnya gebu dan lembut.

Terbalikkan bila sebelah dah masak. Bila dah masak kedua belah, angkat dan letakkan topping ikut turutan yang disukai.. Aku suka letak sos>aonori>bonito flakes> mayonis.
Sebelum diparut

Yang sebatang tu rupa yamaimo cina.. Yang melekit nampak berlendir tu la yamaimonya.. Nampak comot sikit sebab isinya putih.. Ada bahagian yang lebam lebam tu aku tak buang betul betul sebab gatal tangan.. Haha

Baiklah.. Sekarang tentang yamaimo. Yamaimo adalah sejenis keladi jepun. Rupanya putih, permukaannya berlendir. Kalau diparut ianya akan nampak rupa berbuih, berlendir dan pekat. Kalau boleh jangan pegang direct dengan tangan sebab getah dia sangat gatal. Tiap kali pun aku tergaru garu. Hahaha.. Yamaimo ni harganya sangat mahal kalau di Malaysia. Dan susah nak dapat. Setakat ni aku pernah jumpa di Jaya Grocer Empire Shopping Mall Subang Jaya. Harganya RM30/kg. Satu ketul kecik aku guna untuk satu adunan harganya RM4++.. Hahaha..

Tak jumpa? Jangan risau. Ada sejenis keladi cina yang namanya berbeza tapi dari spesis yang sama. Dengan kata lain, sama gatal sama berlendir tapi lebih mudah dijumpai dan harganya lebih murah. Kat Tesco ada jual. Namanya Shan Yao. Harganya RM10/kg.

Kalau tak jumpa/tak kenal atau simply malas nak carik, ganti je ngan tauhu jepun. Rasanya akan lari sikit, tapi insya allah sedapp..Sebab keladi yang guna tu takde rasa. Ianya berperanan untuk bagi tekstur yang lembut dan gebu pada okonomiyaki. Tapi kalau guna tauhu jepun tu ada rasa jugak kan. Tapi dari segi tekstur insya allah paling mendekati.
Okonomiyaki topping cheese

Serius rugi kalau tak cuba. Memang sedap sampai pejam pejam mata.. Itu pun kalau korang penggemar makanan Jepun lah. Hehehe..

Bagi yang nak mencuba dan tak tahu nak dapatkan barangannya di mana boleh cuba lihat di sini

Selamat mencuba

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com