Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku. Papar semua catatan

Selasa

Mini GA November

Assalamualaikum

Seperti yang telah diwarwarkan semalam. Aku berhajat nak buat mini GA bagi pembaca ourkizuna. Acara ni mungkin akan diadakan pada setiap bulan kalau sambutannya menggalakkan. So jomlah reramai join. Tak susah.. Cuma perlu komen pada entry ni dan letakkan link blog dalam komen anda.

Senang je kan..?

Pemenang akan dipilih secara random.

Hadiahnya bukanlah sangat mahal. Tapi ia boleh jadi sesuatu yang sangat bernilai bergantung pada penerimanya..

Untuk Mini GA bulan November ni hadiahnya adalah sebuah buku Mini Marilah Menjemput Rezeki (MMR) karya Fathuri Salehuddin. Aku sendiri dah baca buku mini ni. Sangat menarik. Tips yang diberikan pun sangat berkesan. Insya allah..

Bagi yang tak confident boleh menang tapi sangat berminat nak baca buku Marilah Menjemput Rezeki versi mini ni boleh berhubung dengan Uni Aqilah atau hubungi nombor telefon yang tertera pada gambar di atas ya. Harganya pun tersangat murah. Berbaloi baloi..

So... sapa nak buku ni komen di bawah~! Komen sampai lebam. Hanya komen dalam hari ni yang diterima. So kalau lepas tengah malam ni kira tak termasuk ya..~

Daa

Khamis

Membaca amalan mulia

Assalamualaikum

Aqil dengan shujin

Damia
Anak anak terutamanya Damia memang suka dengan buku. Siap bersila dalam Popular belek buku. Mak dia pun sama. Ni masa pergi kedai buku Popular kat Amcorp Mall. Tak rajin aku nak mengharungi kesesakan pergi ke Pesta Buku Big Bad Wolf tu. Rugi sangat sebab tak sambar koleksi buku kegemaran aku. Almost half price masa ni.

Tah bila nak terjah sini lagi. T_T


Daa

Ulasan buku - Household gold (How to Convert Household Expenses i nto Household Income)

Assalamualaikum

 

Buku Household gold ni ditulis oleh Steve W. Price. Memandangkan aku ni jenis gold digger opss** asal tajuk ada gold gold je mula lah aku blink blink. So, rembatlah satu buat koleksi. Dalam buku secara extensivenya menerangkan tentang konsep menjadikan duit yang kita spend untuk beli barang rumah (household product) dan menjadikannya satu income. Konsepnya sangat menarik, tapi of course ia bukan semudah yang kita sangkakan dan bukan skim cepat kaya ye..

 

 

Ianya sebenarnya adalah sejenis business idea bagi mereka yang nak berniaga, tapi takde modal, mempunyai risiko yang rendah dan boleh dilakukan secara sambilan. Sungguhpun macam tu, potensi income nya adalah sangat tinggi. Sebagai contoh (contoh aku bukan buku tu bagi), setiap rumah memerlukan ubat gigi. Rumah yang takde ubat gigi cuma rumah orang tua yang semuanya pakai gigi palsu. Selain dari tu semua orang beli ubat gigi. So, adik beradik kita beli ubat gigi, jiran kita beli ubat gigi, makcik pakcik kita beli ubat gigi. Bayangkan..semua mereka ni beli ubat gigi dengan kita, instead of beli ubat gigi dekat Jayen atau pun Tesko. Marketnya adalah sangat luas, sebab consider bukan saja satu Malaysia malah satu dunia. So ada potensi buat international business. Jual ubat gigi. Seriously!

 

Ianya adalah macam kita ada pasaraya sendiri, tanpa perlu modalkan stok barang dan tak payah bukak kedai. So since tak perlu ada stok, dan tak perlu ada kedai secara fizikal, modal rendah dan risiko stok tak habis atau barang rosak adalah rendah.

 

Kalau berminat nak tengok briefly tentang buku ni, boleh search kat Youtube. Tapi bagi yang jenis skeptical ke..aku cadangkan baik jangan tengok. Nanti macam macam jenis tohmahan tak berasas pulak dilemparkan. Orang kita ni kalau nak mengkayakan tauke Jayen ke tauke Jasko tu seronok, tapi nak tolong adik beradik ke keluarga sendiri tu macam-macam alasannya.

 

Nota kaki : Memandangkan aku ni semekin tapi gigih nak meniaga dan tak sanggup nak pinjam Ahlong. Idea yang macam ni memang menarik.

 

Daa

Isnin

Apa yang doktor takkan bagitau kat kita

Assalamualaikum

Aku attend satu lagi kelas yang aku rasa pengetahuan yang diberikannya sangat-sangat berguna. Kelas tu sorang medical assistance yang dah pencen yang conduct. Bayar doblas hengget je laki bini. Seronok jugak.

Topiknya adalah berkaitan dengan "apa yang biasanya doktor takkan bagitau kat pesakit"

Apa yang menariknya. Pakcik tu anak dia ada 3 orang. Dan dia tak bagi anak dia satu pun suntikan vaksin (imunisasi) kecuali BCG kalau tak silap aku. Anak dia dah besar-besar sekarang ni, tak sorang pun pernah makan ubat batuk. Dia cerita pengalaman dia sebagai seorang medical assistant, dalam sebulan 100kg gula digunakan untuk buat ubat batuk. Ngeri okeh.

Berkenaan dengan kenapa dia tak bagi anak dia suntikan vaksin. Antara sebabnya adalah, seperti yang kita tahu, mendapat suntikan vaksin tak bermaksud kita akan bebas 100% dari kemungkinan untuk mendapat penyakit tersebut. Pengalaman aku sendiri. Anak kenalan aku dapat pneumacoccal walau pun lepas ambik suntikan pneumacoccal. Selain dari tu, katanya vaksin yang digunakan tu biasanya disimpan dalam peti sejuk. Walau pun sebaik baiknya diorang gunakan kaedah first in first out. Tapi kadang-kadang hospital dan klinik terlalu sibuk nak manage semua tu. Ada kes dimana vaksin yang disuntik ke dalam badan pesakit adalah yang dah expired. Ada beberapa sebab lain lagi. Tapi aku tak sempat nak salin. Aku rasa 2 sebab ni dah cukup serius.

Pakcik tu kata, dia tak suruh sesiapa ambik langkah macam dia. Itu adalah pilihan dia. Ambik suntikan vaksin dapat mengurangkan risiko. Lagi pun pakcik ni memang sangat strict dalam mengamalkan pemakanan sihat. So dia memang make sure anak-anak dia dapat nutrisi yang secukupnya supaya antibodi anak-anak dia cukup bagus. Thats why anak-anak dia tak pernah makan ubat batuk. Sebab diorang tak pernah batuk.

Dia suggestkan baca sebuah buku yang bertajuk  What your doctor doesn’t know about nutritional medicine may be killing you - By Ray D. Strand, M.D.
Aku belum beli dan baca buku ni. Tapi dari sinopsis yang diceritakan kat aku adalah, isteri penulis dapat sejenis penyakit yang sangat sukar nak diubati. Iaitu Fibromyalgia. Aku pun tak reti nak sebut dan tak tau penyakit apa. Apa yang penting. Penyakit tu dikatakan sebagai "a true miserable disease". Macam-macam jenis ubat dia bagi isteri dia makan, tak jugak sihat. Akhirnya dia cuba bagi isteri dia makan supplement tambahan. Dalam masa 3 bulan. Isteri dia nampak lebih sihat dari sebelum sebelum ni.

Oleh kerana dia dapati yang medical school tak pernah stress kan pasal nutritional medicine, so dia pun buat kajian klinikal dia sendiri. Dari situ, dia dapati yang sejenis proses yang oxidative stress menyebabkan banyak jenis penyakit degenerative. Ia merupakan sel yang telah dirosakkan oleh radikal bebas (free radicals) di mana radikal bebas ini biasanya terdiri daripada molekul oksigen yang tak cukup elektron. Seperti yang kita tahu, radikal bebas ini terhasil daripada asap rokok, tekanan yang terlampau, pencemaran air, udara dan sinaran UV. dan jangan tak percaya, radikal bebas juga terhasil apabila seseorang bersenam dengan terlampau.

Untuk meneutralkan radikal bebas ni kita perlukan antioksidan. Oleh kerana badan kita tak menghasilkan antioksidan, kita perlukan antioksidan dalam pemakanan atau dengan mengambil supplement. Kalau kita tak ambil antioksidan yang mencukupi untuk mengawal radikal bebas yang terhasil tubuh akan lebih mudah mendapat penyakit yang membunuh seperti Coronary artery heart disease, cancer strokes arthritis, multiple sclerosis, Alzheimer dementia dan macular degeneration. Macular digeneration tu adalah penyakit pada mata. Kalau nak check boleh buat amsler grid test. Biasanya kalau kena kencing manis senang kena penyakit ni.

Biasanya medical doktor takkan beritahu semua ni pada pesakit. Malah, studies tentang perkara yang negatif tentang vitamin yang di highlight kan. Oleh sebab itu kadang-kadang kita tak hairan bila orang pandang remeh pada pengambilan vitamin supplementation. Logiknya sebab industri dadah (read: ubat) adalah menghasilkan banyak duit. Apa pun, menurut penulis, seorang doktor yang baik akan menyampaikan mesej yang berikut pada pesakitnya

Both drugs and a healthy immune system is needed which is why he recommends high quality nutritional supplement – because he has ‘never seen patient achieve this kind of response with traditional medicine alone’
A nutritional supplement is not alternative medicine but complementary medicine.

Arghh..Banyak nya buku nak kena baca dalam list aku! Tapi aku rasa buku ni memang antara must have. Walau pun anak-anak aku dah terbabas minum ubat batuk. Insya allah in future aku memang nak pastikan diorang tak perlu ambik ubat. Aku dah start praktis bagi diorang makan extra vitamin C bila demam. Alhamdulillah. So far anak-anak payah nak demam berbanding dulu, 2 bulan sekali mesti kena pergi klinik.

Orang liat nak makan vitamin, tapi makan ubat laju je kan..

Daa

Reverse Heart Disease Program

Assalamualaikum

Bagus kan bila ada ramai kawan. Berkawan dengan mekanik kita belajar pasal kereta. Berkawan dengan orang bank kita belajar pasal kewangan. Berkawan dengan doktor kita belajar pasal kesihatan. Berkawan dengan cikgu kita belajar pasal ABC. Hehehe..

Seorang doktor pakar saraf kenalan aku selalu berkongsi info tentang kesihatan. Salah satu perkara yang aku sangat kagum dengan dia adalah dia tak lokek nak berkongsi apa-apa ilmu pengetahuan.

Salah satu yang dia share adalah mengenai satu konsep yang diperkenalkan oleh Dr. Dean Ornish lebih kurang 20 tahun dulu dalam sebuah buku yang bertajuk "The Spectrum". Dikatakan, ia merupakan kaedah berkesan menurunkan berat badan, kekal sihat dan hidup lebih lama melalui amalan pemakanan setiap hari. Tambahan lagi, kaedah ini juga dikatakan berkesan bagi memperbaiki masalah penyakit jantung (Aku tak boleh tulis menyembuhkan sebab yang menyembuhkan biasanya adalah ubat)

The Spectrum

Sedikit maklumat tentang The Spectrum: A Scientifically Proven Program to Feel Better, Live Longer, Lose Weight, and Gain Health

Sebenarnya selain dari Dr Dean, Dr. Stephen T. Sinatra pun ada memperkenalkan The Sinatra Solution bagi mengelak dan memperbaiki masalah jantung. Nak tau lebih lanjut kenalah baca sendiri dalam buku Dr. Sinatra - The Sinatra Solutions Metabolic Cardiology.

Menurut Dr Sinatra, penyembuhan penyakit jantung melalui kaedah perubatan moden (drugs dan pembedahan) hanya akan memburukkan keadaan. Tapi aku tak berani nak ulas lanjut pasal kandungan kedua-dua buku tersebut sebab aku pun tak baca lagi.


Satu lagi buku Stephen T Sinatra - Google

Insya allah nak jugak baca untuk rujukan masa depan.

Tua bukan satu penyakit. Ramai orang bila dah tua dapat macam-macam penyakit dan anggap itu adalah satu lumrah bila usia semakin meningkat. Sebenarnya mereka tak menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang tak sihat. Malu je kalau tak boleh lawan pakcik billionaire David Murdock (owner DOLE) yang umurnya 88 tahun buat push up 50 kali tanpa henti. Rahsianya adalah pemakanan yang sihat. Breakfastnya adalah jus dari 15 jenis sayur dan buah. Boleh tengok video wawancara pakcik ni oleh Oprah kat Youtube

Bagaimana pun, pada hari ni, drugs dan pembedahan masih lagi pilihan utama sebab orang terlalu "sibuk" untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. It seems that bergantung pada ubat di sepanjang hayat lebih mudah dari makan secara sihat.

Nota kaki : Omega 3 pula dikatakan boleh reverse neurologic aging =)

Daa

Jumaat

To Live, To Love, To Learn and To Leave A Legacy

Assalamualaikum

Tetiba aku rasa macam nak cari buku Stephen Covey, First Thing First. Walau pun sebenarnya ada beberapa buah buku lain aku tak sempat digest habis lagi, aku teringin pulak nak baca buku dia. Macam best. Tamak betul. Huhuhu..

Suka sangat dengan kata-kata dia

TO LIVE, TO LOVE, TO LEARN AND TO LEAVE A LEGACY

To live,
It is our physical need for such things as food, clothing, shelter,
economic well-being, health.
To love,
It is our social need to relate to other people, to belong, to love, to be loved.
To learn,
It is our mental need to develop and to grow.
To leave a legacy,
It is our spiritual need to have a sense of meaning purpose, personal congruence,
and contribution.

Menurut Wikipedia, buku ni ada banyak menceritakan tentang pengurusan masa, dengan membahagikan perkara yang kita lakukan sehari-hari kepada empat bahagian
(1) Important, urgent
(2) Important, not urgent
(3) Not important, urgent
(4) Not important, not urgent

Bagi aku buku macam ni sangat sesuai dibaca oleh orang-orang yang selalu kata mereka terlalu sibuk untuk melakukan sesuatu. Sibuk dengan kerja, sibuk itu, sibuk ini. Hari-hari bangun pagi, pergi kerja, petang balik kerja, malam tengok TV, spend masa dengan anak, tidur. Dalam segala perkara yang kita buat hari-hari, ada tak kita lakukan something untuk contribute kepada masyarakat? Kalau ikut review yang aku baca, secara keseluruhannya, kehidupan kita bukan sekadar tentang, pergi kerja cari duit, bawak family melancong, berkahwin.. etc etc.

Dan yang aku tak pernah terfikir adalah to leave a legacy. Mungkin aku terfikir in terms of monetary. Nak tinggalkan duit yang banyak untuk anak-anak. Tapi legacy bukan pasal tu je.

Ada seorang perempuan, aku pun tak kenal, just tengok gambar. Ordinary person. Dia meninggal dunia sebab Cancer pada tahun 1993. Disebabkan oleh legacy yang dia tinggalkan, aku rasa tak ada satu hari yang nama dia tak disebut. Gambar dia ada kat mana-mana. Masuk tahun ni 18 tahun dia dah mati. Agak-agak kalau orang tu bukan PM, bukan penyanyi, bukan pelakon atau penulis buku ada tak orang ingat sampai macam tu. Bekas PM pun takde orang sebut nama dia hari-hari kan. BTW, she's Malaysian.

What she has done is truly amazing.
(1) She changed hundreds of people's life
(2) She saved thousand of life
(3) She leave behind millions of money for her family. The best about it is it won't stop, and it will continue to grow for generations.

So, what do you really want out of life? Oh speaking london gitu..janganlah ada yang rasa nak lempang aku laju-laju..haha..

Just, membesar, sekolah, kerja, pencen dan mati? It is our own choice, it is us to decide.

Nota kaki : Wajib kena beli cepat-cepat buku ni. Haihhh..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com