Assalamualaikum
Sejak azalinya kita tahu yang orang perempuan memerlukan lebih banyak kalsium berbanding orang lelaki. Sebab orang perempuan ni lebih banyak melalui proses semulajadi yang kompleks macam menstruasi, mengandung dan menyusukan anak.
Asasnya 99% kalsium dalam tubuh kita terdapat dalam tulang dan gigi. Manakala 1% yang bakinya tu untuk maintain proses tubuh. Termasuk supply pada baby masa mengandung dan ketika menyusukan anak. Kalau pengambilan kalsium harian tak mencukupi, kalsium akan diextract dari tulang. Kekurangan jangka masa panjang menyebabkan penyakit tulang rapuh.
Berapa banyak yang kita perlukan
untuk maintain kesihatan, sekurang kurangnya perlu mengambil sebanyak 600mg kalsium. Bagi wanita mengandung pulak keperluan boleh mencecah hingga 1000mg setiap hari. Pembentukan tulang bagi wanita adalah paling pesat pada umur 20-25 tahun dan tulang akan mula menyusut dari usia 30 tahun. Jadi, maintain pengambilan kalsium yang mencukupi sebelum umur 30 tahun adalah amat penting.
Tanda biasa kekurangan kalsium adalah seperti sakit ketika menstruasi, mudah marah, kekejangan otot, gusi berdarah dan keguguran rambut. Kekurangan yang kronik boleh menyebabkan serangan jantung kerana kalsium adalah satu komponen penting dalam sel termasuk sel otot di jantung.
Antara makanan yang mengandungi kandungan kalsium yang tinggi adalah seperti produk tenusu, sayuran hijau, ikan bilis dan sardin.
Hari ni, calcium dalam bentuk tablet supplement da jadi keperluan bagi perempuan zaman sekarang. Dengan pemakanan tak menentu, susah nak cukupkan keperluan harian. Ada banyak jenis calcium di pasaran. Tapi yang mana yang terbaik..?
Calcium lactate adalah calcium yang biasa diberikan kepada ibu mengandung. Bagaimana pun ianya mengandungi kadar element yang paling sedikit. Hanya 13-16%.
Calcium carbonat mempunyai kadar kandungan element kalsium yang lebih tinggi. Iaitu sebanyak 40%.
Waktu paling sesuai mengambil kalsium supplement adalah selepas makan. 2-3 kali sehari kerana kalsium dalam dos yang tinggi melebihi 500mg tidak akan dapat diserap dengan baik oleh tubuh.
Makanan dan nutrient yang mempengaruhi penyerapan kalsium
(1) Protein - pengambilan protein yang tinggi menyebabkan permintaan terhadap kalsium meningkat
(2) vitamin D membantu penyerapan kalsium
(3) Magnesium pada nisbah yang betul membantu fungsi calcium dalam pelbagai fungsi tubuh, termasuk mengurangkan risiko sembelit!
(4) Zat besi - Pengambilan bersama menyebabkan kedua dua mineral ini sukar diserap oleh tubuh
Adalah penting untuk mengambil kalsium yang mencukupi setiap hari. Kesan kekurangan kalsium bukan dilihat dalam masa sehari dua. Jadi jangan abaikan kepentingan kalsium. Jangan da tua bongkok nanti, sakit pinggang sakit gigi baru nyesal. Masa tu nyesal pun tak guna dah.
Take care.
Nota kaki : Mak aku makan calcium tablet untuk ubat gastrik dengan kembung. Hehehe..
Da