Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Sabtu

Cara-cara menanam kunyit

Assalamualaikum

Kunyit sangat banyak kegunaannya dalam masakan melayu. Daun kunyit sangat wangi dan sangat sedap kalau digunakan untuk balut ikan yang nak digoreng. Kunyit pun dah semakin mahal, so marilah kita menanam pokok kunyit. Hehehe..

Cara-cara menanam kunyit
(1) Dapatkan ibu kunyit. Ibu kunyit lagi senang dan cepat nak semai. Aku tak ada ibu kunyit, so aku semai guna anak-anak dia je. Ambik masa hampir sebulan tau!! Balut kunyit dengan kertas suratkhabar yang lembab. Kemudian simpan di tempat gelap. Check sekali sekala untuk pastikan kertas yang membalutnya tu sentiasa lembab. Lepas 2-3 minggu, akan nampak tunasnya keluar.
nampak tak dah ada mata sikit yang keluar tu
(2) Tanamkan dalam medium tanaman yang sesuai. Untuk dapatkan isi kunyit yang gemuk, gunakan tanah yang longgar dan tak padat. Ada orang yang gunakan medium coco peat atau sabut kelapa. Memang gemuk isinya. Dan pastikan juga tanah yang digunakan ada saliran air yang baik. Kalau tidak, isi kunyit akan jadi busuk dan reput. Campuran tanah hitam, kompos dan pasir juga bagus untuk tanaman kunyit sebab salirannya baik disamping kompos membantu mengekalkan kelembapan pada rizom.

** Nak semai terus ke dalam tanah pun boleh. Kambus sikit dalam tanah dan pastikan tanah sentiasa lembab. Bukan basah, kalau basah dan menakung air, nanti kunyit jadi reput dan busuk. Kalau semai terus dalam tanah aku ambik masa dekat dua bulan.. kena banyak sabar ye..

TIPS : Daun kunyit sangat disukai oleh serangga. Jadi nak pastikan agar tak diserang, boleh kisar cili, bawang putih dan halia. Lepas tu tapis ambik airnya. Semburkan pada tanaman untuk mengelakkan dari diserang oleh serangga macam belalang. Ada juga yang kata boleh campur sedikit minyak dan sabun basuh pinggan. Aku guna dish drop sikit jugak (Dish drop mesra alam dan tak berbahaya kalau tertelan)

Selamat mencuba

Daa

Isnin

Mengatasi keguguran rambut selepas bersalin

Assalamualaikum

Keguguran rambut selepas bersalin memang menjadi musuh wanita. Kadang kadang rasa rimas dan malu bila tengok rambut bertaburan merata rata tempat. Tambah sedih bila mandi dan bersikat, nampak rambut rambut yang berguguran macam dedaun layu. Hehehe...

Walau pun ramai yang menerima bahawa keguguran rambut adalah satu proses normal yang dihadapi oleh wanita selepas bersalin, alangkah bagusnya kalau kadarnya dapat dikurangkan. Supaya, tidaklah macam nak botak dibuatnya kita. Hehehe..

Satu rahsia yang dikongsikan oleh seorang kawan sekolah aku dalam group whatsapp mak jemah adalah melalui penjagaan dan rawatan kulit kepala. Kulit kepala yang sihat menguatkan akar rambut dan sekali gus mengurangkan risiko keguguran rambut. Macam tanam pokok. Tanah yang bernutrisi menghasilkan pokok yang sihat. So, nak sihatkan rambut, jagalah kulit kepala.

Coincidentally, aku terjumpa benda ni..



Dalamnya ada pulak scalp tonic ni...


Tambah lebih mengujakan bila ada yang share testimoninya



Aku kan kalau hal hal penjagaan ni memang mudah teruja.. Hehehe..

Syampunya aku dah pakai. Memang wangiii..

Kalau ada yang berkenan nak cuba boleh email kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp 0126894617

Daa

Ahad

Kebaikan berbengkung dalam pantang

Assalamualaikum

Mentang mentang dalam pantang. Semua cerita pantang je ye. Maaf kalau korang boring. Hehe.

Kali ni aku berpantang di Shah Alam je. Shujin Berhad. Shujin yang uruskan aku berpantang. So takde lah nak sendirian berhad sangat. Awalnya aku macam malas nak pantang beria ria. A.k.a malas nak beli set bersalin bagai sebab takut tak sempat nak mengulit diri. Maklumlah.. anak dah empat. Tiba tiba shujin belikan jugak set bersalin tropical herbs. So kena lah jugak gunakan sepenuhnya.

Aku faham, ramai tak suka nak berbengkung. Especially yang jenis kena lilit sampai ke punggung. Panas. Leceh. Susah nak buang air ke bilik air bagai. Nak gerak pun jadi terkepit kepit kekdahnya. Tapi meh aku bagitau something yang buat aku rasa sangat berbaloi berbengkung lilit sampai ke punggung ni.

Memang tak dinafikan. Bengkung moden memang mudah. Tapi, dengan pakai bengkung sampai ke punggung, ia akan bagi support yang tak berbelah bagi pada perut dan rahim. Maklumlah kan. Baru baru lepas bersalin, bila berjalan rasa macam nak jatuh je. Tapi pakai bengkung lilit. Postur akan jadi lebih baik dan bagi support yang secukupnya.


Tambah lagi, dengan gabungan pemakaian tepel pada perut akan rasa lega dan buang angin. Tepel tropical herbs ni serbuk. Bancuh jadi paste, lepas tu sapu. Bila kering tu nyampah jugak la sebab berhabuk. Aku bukak bengkung kat bilik air supaya tak payah nak sapu pulak. Tapi yang bestnya, sedap sangat rasa kat perut bila pakai dengan bengkung. Mula mula memang panas pijar gila. Berguling guling aku pijar. Haha.. Tapi lepas tu rasa macam suam suam berangin. Best sangat.

Lagi pulak, bengkung tropical herba ni ada dua setting. Untuk yang kurus boleh, yang berbadan besar pun boleh.

So terima kasih kat shujin belikan aku set bersalin ni untuk aku memanjakan badan. Nak berjalan pun rasa sedap dan selamat dengan bengkung.

Selain dari set bersalin tropical herbs, aku makan jugak supplement iron folic, calcium magnesium dengan B complex dari nutrilite. Maklumlah. Usia makin bertambah. Aku perasan, recovery aku makin berkurang sejajar dengan perkembangan usia. So, usaha kena lebih sikit kalau nak fit semula.

Korang berbengkung tak dalam pantang..?

Daa

Jumaat

Mencegah demam batuk selesema berlarutan

Assalamualaikum

Biasa kita dengar mencegah lebih baik dari mengubati. Ramai orang kata pemakanan seimbang, makan makanan sunnah atau pengambilan supplement tambahan boleh mencegah demam batuk dan selesema. Aku setuju dengan statement ni. Tapi kita kena ingat jugak. Cegah tak semestinya takkan demam langsung. 

So, bila dah nak kena tu macam mana kita nak cegah dari berlarutan..?
teka sapa ni..?
Ada orang.. Bila rasa dedar rasa nak demam je terus makan panadol. Bila rasa nak selesema je terus makan pil soluble. Macam macam cara. Sedikit yang aku tahu mengenai pengambilan ubat ubatan adalah.. Paracetamol boleh menyebabkan immunosuppression dan tidak sesuai diberikan sekiranya demam adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Walau pun dikatakan antara ubat paling selamat, paracetamol adalah punca banyak kes kerosakan hati di seluruh dunia. 

Ok.. sambung cerita pasal cara mencegah demam batuk dan selesema dari berlarutan

Point paling penting adalah mencegah demam dari simptom pertama yang korang rasa. Contoh kalau nak selesema tu mula rasa sakit tekak, bersin bersin gitu kan.. So from that point onwards korang kena bekerja keras membantu imun sistem korang untuk melawan virus dan sebarang patogen dari terus berleluasa dalam tubuh.

Aku ada masalah alahan. Kalau jerebu macam minggu lepas memang jenuh la bersin especially pagi-pagi. Bersin tak berhenti tu memang tanda nak kena selesema (kes aku). Dah selesema tu start badan rasa tak larat nak demam dan sebagainya. So bila start rasa perit tekak tu aku dah bancuh air apple cider vinegar siap siap sebotol minum. Extra dose vitamin C sebagai anti-histamine semulajadi. Dan yang terbaru.. Since madu dah habis dan tak restock restock lagi, aku jumpa kaedah baru melawan sakit tekak diperingkat awal.. Bancuh lime/lemon/calamansi juice dengan air suam. Masukkan secubit garam. Jangan banyak sangat garam. Serius ianya sangat berkesan untuk sakit tekak. Minum pagi dan malam.

Aku start sakit tekak je memang aku buat anything untuk make sure ianya tak jadi berlarutan. Senang cakap kalau dah keluar air jernih meleleh kut hidung tu mulalah aku jadi macam nenek kebayan. Jangan tunggu sampai hingus hijau bagai ye.

Minum air jangan kurang dari 2liter okay. Alhamdulillah. Dengan cara ni kami sekeluarga berjaya mengelak dari pengambilan ubat ubatan lebih dua tahun. In fact, Aisy memang tak pernah minum ubat.

Dengan cara ni, selesema aku biasanya tak berlarutan lebih dari dua hari dan biasanya tak demam. Anak-anak pun sama. Aisy biasanya demam tak sampai sehari dah kebah.

Share ni bukan nak sombong ye. Aku paham macam mana susah hati ibu ibu bila anak demam batuk selesema tak kebah kebah. Batuk selesema kalau berlarutan boleh menyebabkan jangkitan pada paru paru. So sebaiknya cegah secepat mungkin. Jangan ambil mudah walau pun sekadar batuk selesema.
EVCO Sangat banyak kegunaanya

Mungkin ramai tak setuju tindakan aku yang menolak ubat ubatan. Sebab mungkin ada yang anggap bila anak demam aku cuma tadah tangan doa supaya disembuhkan demam anak-anak. Tidak ye. Bila anak mula batuk ehek sikit pun especially Aqil sebab dia mudah batuk bila sejuk, aku mula la bakar bawang putih, bagi minum macam-macam jenis air. Alhamdulillah anak-anak redho kan je. Hehe.. Mungkin sebab aku dah biasakan dari diorang kecik. Melentur buluh biar dari rebungnya..

So.. apa yang aku bagi ni cuma sebagai cadangan bagi ibu ibu yang nak mencuba cara alternatif. Aku faham jugak perasaannya bila anak demam kita nak make sure kat rumah ada standby sirap demam, ubat batuk dan sebagainya. Tapi percayalah.. Once kita tak bergantung harap pada ubat ubat tu, kita tak perlukannya sangat pun. Once aku belajar benda tu, Aqil dengan Damia jaaaaraaangg kena demam. 2-3 bulan sekali pun payah.. Aisy lagi la.. So far dah setahun lebih ni baru 3 kali kot demam. Tu pun demam sehari dua je.

Salam Jumaat. Yey~~ Esok Sabtu.. Kita raya lagi. hehe..

Daa

Selasa

Kelebihan merancang menu berbuka puasa

Assalamualaikum

Alhamdulillah kan.. Da lebih seminggu kita berpuasa. Macam mana puasa korang? Aku terkantoi sehari sebab tak bersahur. Tengok pagi buta aku dah macam nak menggigil kelaparan so terus officemate yang baik hati tolong bancuh milo untuk aku.

Seminggu ni kami berjaya memasak sepenuhnya juadah berbuka walau pun kadang kadang aku sampai agak lambat hampir ke pukul 7 petang. Dengan bantuan shujin dan perencah frozen yang dah siap tu memang mudah kerja.
Perencah yang sedia nak digunakan

Antara masakan yang aku plan nak masak minggu ni adalah ayam percik, rendang, nasi daging, dan gulai ayam. Satu lagi menu ikan bakar yang aku pakat nak serah kat shujin. Hihi.. Actually nasi daging pun shujin masak. Yang lain aku dah buat perencah frozen. So tinggal campak campak je la..
solok lada kurang jadi tapi sedappp~~
Antara kelebihan merancang menu makanan berbuka ni aku rasa perbelanjaan lebih terkawal. Dah tau nak shopping benda apa. Tak membazir. Dan lagi, takde la buntu nak masak apa setiap hari dah ada pilihan menu yang nak dimasak. Jimatkan masa jugak. Selain dari mengurangkan nafsu nak ke bazar ramadhan.

Ada jugak aku buat sikit kuih muih untuk anak anak. Shujin pun rajin je buat puding caramel tanpa telur dengan agar agar berlapis lapis.

Bila dah ada perencah frozen ni shujin pun banyak boleh tolong masak sebab dah tinggal nak campak campak je. Siapa kata ibu berkerjaya tak sempat nak memasak lauk berbuka untuk keluarga kan. Hehehe..

Apa menu pilihan korang ramadhan kali ni..?

Daa

Rabu

Tips Ramadhan : Perencah frozen dan kaedah menjimatkan masa memasak juadah berbuka

Assalamualaikum

Since beberapa tahun sudah, kami cuba sedaya upaya mengelakkan diri dari membeli dari bazaar ramadhan. Selain dari faktor ekonomi, kami juga masak sendiri untuk kepuasan peribadi. Masak sendiri lebih terjamin dari segi kebersihan. Tahu sajalah, kadang kadang beli kat bazaar ramadhan bukannya sedap sangat. Sudah la mahal. Silap silap dapat yang basi. Terbantut selera nak berbuka..

So salah satu usaha aku nak menjimatkan masa memasak untuk berbuka puasa adalah dengan menggunakan perencah frozen yang dibuat sendiri. Aku akan plan nak masak apa bagi sepanjang minggu. Kemudian barang keperluan dibeli berdasarkan senarai bahan tu. Lepas tu just prepare perencahnya. Yang mana nak ditumis, tumis dan sejukkan dulu sebelum dipacking dan masuk dalam freezer. Bila hari nak masak tu, sebelum pergi kerja letak kat bahagian sejuk, dan bila balik tinggal nak masak dengan ayam, daging atau ikan dan masukkan santan sekiranya perlu..

Tahun ni, antara perencah masakan yang muncul dalam senarai aku adalah makanan kegemaran aku la.. Hahaha.. Alasan mengidam makyong kan....

Perencah frozen yang bakal jadi hidangan
(1) Sup - Tumis siap siap. Bila nak gunakan, just high pressure ayam/daging dalam pressure cooker dan masukkan perencah yang dah siap tumis tu. Tambah la kentang ke apa. Shujin tak suka letak kentang dalam sup. Tapi kadang kadang aku masuk jugak untuk anak-anak

(2) Kari/Kurma - Biasa lah, just tumis siap siap. Bila nak guna tambah ayam, ikan atau daging dan masukkan santan..
Ungkep mak aku
(3) Ungkep - Peberet aku!! Just tumis siap siap perencah ungkap dan masukkan ayam bila nak guna

(4) Rendang - Jarang gila kot aku buat rendang. Tapi alasan bulan puasa ni aku nak buat rendang.

(5) Gulai ayam - Gulai ayam mak ni peberet aku jugak. Dah buat sekali. Agak kurang sambutan.. sobs.. Maybe sebab pedas kot. Tapi boleh la.. Demi ibu berpuasa

(6) Ayam percik kelantan - Yang ini dah lama shujin cakap nak makan. Aku pun jadi teringin nak makan bila masuk bulan puasa. Ayam dinyah beku dan perap masa sahur. Bila masa nak berbuka just masak dengan pemanggang ajaib sambil disapu sapu dengan kuah yang dah disejuk bekukan.

(7) Cili kisar siap tumis untuk buat aneka sambal

(8) Bawang kisar untuk masak sayur sayuran. Yang mana tak perlukan kisar kisar tu aku just kopek kulit siap siap dan bungkus dalam kertas. Tak perlu basuh. Bila nak guna baru basuh. Tak perlu frozenkan lah. Just simpan kat dalam peti sejuk. So jimat sikit masa kat situ..

Tinggi tak cita-cita perempuan mengandung ni. Hahaha..
Pressure cooker kami yang banyak berjasa
Tapi satu benda yang memang akan bekerja keras sepanjang bulan ramadhan ni adalah pressure cooker. Sebab ianya banyak menjimatkan masa memasak aku. Kalau nak masak nasi tu just 5-6 minit. Nak rebus rebus daging bagi cepat empuk pun guna tu. Silap silap segalanya aku masuk dalam tu. Hahaha...

Tu belum senarai kuih muih yang aku nak frozenkan supaya mudah nanti. Tinggal nak goreng atau panaskan saja..

Apa plan korang untuk menu ramadhan kali ni..?

Daa

Selasa

Persediaan berpuasa bagi ibu mengandung dan menyusukan anak

Assalamualaikum

Aura Ramadhan semakin kuat dirasa. Aku pun puas mencari kekuatan nak mengganti puasa tahun lepas. Alhamdulillah dah start mengganti semalam.

Bangun seawal jam 4 pagi malas nak prepare meriah meriah. Aku cuma sahur dengan nasi panas bersama telur mata kerbau. Selain tu, untuk tenaga dan elak dari cepat lapar aku bancuh dua scoop all plant protein powder dan double x multivitamin sebagai tambahan.
Alhamdulillah. Walau pun first day puasa dalam keadaan berbadan dua dan masih menyusukan Aisy secara part time aku bertahan tanpa rasa lapar yang melampau sampai masa berbuka. In fact, pukul 8 lebih baru jumpa nasi sebab kami tersangkut dalam kesesakan lalu lintas akibat hujan lebat dalam perjalanan balik tu.

Insya allah, Ramadhan kali ni akan kupastikan bekalan protein tidak akan putus supaya sentiasa cergas untuk menjalankan ibadah berpuasa walau pun dah semakin sarat.

ps:/ Bukan satu magic.. Protein adalah salah satu makronutrient yang membekalkan tenaga. Salah satu kelebihan protein adalah ianya membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Tapi make sure sumber protein yang diambil tu kurang lemak sebab biasanya kalau protein haiwan, kandungan lemaknya pun boleh tahan jugak. So, thats why kalau nakkan extra protein, antara pilihan yang baik adalah dengan supplementation protein shake ke sebab biasanya kandungan protein tinggi dan takde atau kurang lemak.

Selain dari protein, fiber pun berikan kesan kenyang yang lama. So, kalau jenis yang cepat lapar tu boleh amalkan makan sarapan pagi oats+protein ni. Buatlah apa apa resepi agar jadi lebih sedap. Sesuai untuk orang yang concern pasal berat badan. Sebab, sarapan yang tinggi protein dan serat membantu badan kita kawal nafsu makan secara automatik. Dan kita takkan terasa nak melantak banyak-banyak bila sampai waktu makan tengah hari.

Apa pun, yang penting.. Makan biar seimbang.. Supplement sekadar tambahan. Perlu makan makanan berkhasiat, bersenam, cuba dapatkan rehat yang mencukupi dan minda yang positif.

Korang yang puasa sahur apa?

Daa

Rabu

7 tips untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berdiet

Assalamualaikum

Ada banyak jenis diet dalam dunia ni. Setiap individu berbeza. Cara nak menggemukkan badan tanpa had mungkin sama, iaitu dengan makan banyak. Tapi cara nak menurunkan berat badan ke berat asal tak sama.

Tapi apa yang aku belajar. Tak makan bukan satu kaedah diet yang bagus. Berdiet dengan kurangkan atau tak makan langsung satu jenis nutrisi bukan satu kaedah diet yang bagus. Keyword yang penting adalah makan dengan seimbang. Variasikan makanan.

Nak share satu tips untuk menurunkan berat badan tanpa perlu sekat sekat makan.
(1) Berhenti dari berdiet dan pilih makanan yang berkhasiat
Salah satu punca kegemukan adalah sebab badan seseorang tu kekurangan sesetengah jenis nutrisi. Satu kajian yang dibuat. Signal berhenti makan akan dihantar ke otak apabila kita ambil protein yang mencukupi. So kalau makan nasi banyak, protein kurang. Seseorang akan makan tak berhenti henti. So gemuk sebab gula dari karbohidrat tu tak digunakan jadi tenaga lalu disimpan sebagai lemak. Kalau kita biasakan badan dengan makanan yang penuh khasiat, lama lama badan dengan sendirinya akan kurang craving pada makanan rapu. Tak payah nak control control sangat pun. Antara nutrient yang biasanya kurang adalah seperti protein, omega 3.
Omega 3 supplement

(2) Baiki sistem penghadaman
Sistem penghadaman yang mengalami iritasi (inflammation) akan menyebabkan ianya tak bekerja secara efektif untuk exrtact nutrisi daripada makanan yang kita makan. Lalu menyebabkan tubuh kita kekurangan nutrisi. Dan menyebabkan asyik craving nak makan je kerjanya... Makanan yang ditapaikan macam kimchi, miso, yogurt, tempe sangat sangat bagus untuk penghadaman. Selain dari tu, ambil jugak probiotik untuk replace balik flora yang hilang akibat gaya hidup atau makan ubat ubatan.
Probiotik by Nutrilite
(3) Sarapan pagi
Ramai jugak yang jenis tak biasa sarapan pagi. Kalau sarapan pagi, sakit perut. Actually sakit perut adalah bagus. Buang toksin dan maksudnya penghadaman berfungsi dengan baik. Kalau tak biasa, biasakan. Terlalu banyak faedah makan sarapan pagi ni dan jangan sesekali abaikan. Kalau boleh makan sarapan pagi dalam masa sejam lepas bangun tidur dan makan makanan yang mudah dihadam dan diserap oleh tubuh. Kalau teringin sangat nak makan nasi lemak, sebelum makan nasi lemak tu, minum protein drinks atau smoothies buah buahan segar.
Variasikan makanan anda
(4) Kurangkan stress
Stress juga meningkatkan pengeluaran hormon cortisol dan menyebabkan craving. Salah satu cara untuk mengawal tekanan adalah dengan amalkan minum chamomile tea. Atau drop chamomile extract kat bawah lidah. Ni aku tengok kat dalam rancangan Dr Oz. Selain dari tu, naikkan hormon gembira dengan bersenam dan beraktiviti dengan keluarga. Tumpukan perhatian pada keluarga dan kurangkan ngadap gadget.

(5) Masak sendiri, tanam sendiri makanan
Memasak juga adalah salah satu terapi stress. Bercucuk tanam lagi la kan. Bila tenang tenang, maka stress pun kurang. Selain dari tu, dengan masak sendiri, kita juga boleh control apa ingredients yang kita masukkan dalam makanan kita supaya lebih sihat, lebih segar.. :D

(6) Detox
Toksin sangat sangat suka bertempek pada sel lemak. So orang gemuk, selain dari berat lemak, dia juga berat toksin. Detox sangat sangat membantu tubuh kita berfungsi dengan lebih efektif. Detoks perlu dilakukan secara berkala. Untuk permulaan mungkin boleh buat dua kali seminggu. Bila rasa badan dah semakin "ringan", boleh kurangkan pada sekali seminggu.
Beriadah dan buat aktiviti sekeluarga

(7) Tidur secukupnya
Rehat dan tidur secukupnya sangat penting. Selain dari merehatkan tubuh, tidur adalah masa yang penting untuk badan kita baiki sel dan tisu yang rosak sepanjang kita berjaga. So jangan pandang ringan pada masa tidur ya.

Mungkin ada orang yang kata.. Ala.. gemuk pun kalau sihat takpe je. Tapi ingat.. Sihat bukan semata mata ketiadaan penyakit.. 

Health is a state of complete physical, mental and social well-being, and not merely the absence of disease or infirmity. - WHO

Jadi, dalam dunia yang serba busy ni.. Kita mungkin takkan dapat mencapai perfect health. Tapi, ada cara untuk capai optimal health 

Optimal health does not mean perfect health. Optimal health means adapting known inherited health risks and your current lifestyle to make the personal choices necessary to live your life as healthy as possible.
Optimal health compels you to choose every day to be your best – by selecting the right foods and supplements, engaging in exercise and rest, and by incorporating healthy habits and balance in everything you do.- Nutrilite 

Dah bersedia nak turunkan berat badan dan hidup lebih sihat?

:: Nak tau bagaimana supplement tambahan boleh membantu menurunkan berat badan? Consultation percuma. Whatsapp ke nombor 0126894617 untuk consultation :D

Daa

Isnin

Bagaimana saya menjimatkan elektrik

Assalamualaikum
Image: Horlick.com
Dalam entry yang kebaikan takde TV aritu aku ada kata yang bil elektrik cuma RM50++ je. Rahsianya adalah.. Saiz rumah aku cuma 700sqft dengan dua bilik dan dua bilik air. Manakala peralatan rumahtangga cuma sebiji peti sejuk dua pintu, sebiji mesin basuh yang beroperasi purata 2 hari sekali, sebiji tv, pemanas air minuman dan kipas lampu bagai. Oh. Termasuk jugak peralatan elektronik tablet, psp dan telefon tak berapa nak pintar.

Dan aku sangatlah kedekut. Kalau semua orang duduk kat bilik, aku tutup kipas lampu kat ruangan lain. Tidur malam pun tutup segala lampu. So, maybe sebab tu bil elektrik aku jimat berbanding rumah teres dua tingkat yang berukuran 1000++sqft. Hehehe..

Takde rahsia pun sebenarnya. Cuma sebab rumah aku kecik dan tak banyak guna peralatan. Aku pun kedekut. So, kalau anak anak nak main air, aku ajak diorang main air kat pool. Bil SYABAS pun FREE tetiap bulan.

Maklumlah. Kita rakyat marhaen. Kenalah berjimat cermat.

Apa langkah berjimat korang untuk tahun 2014 ni?

Daa

7 Cara Supaya LEGO Tak Hilang.


Ini set LEGO pertama Aqil. Set 5933-1, LEGO Creator Basic Set, Airport. Dapat masa harijadi ke-3 dia. Ada 310 pieces, didatangkan dengan 2 minifig. Satu pilot dan satu mechanic. Itu lah kali pertama kami kenalkan dia dengan LEGO. Masa beli tu harganya RM69.90, sekarang kat kedai di Malaysia berharga RM139.90 dengan kadaran yang sangat rendah untuk jumpa. Kalau beli secara online, harganya sekarang RM56.10.

RM69.90 untuk mainan yang membina mentaliti anak memanglah tak mahal, KALAU TAK HILANG, betul tak? Setelah kutip-kutip balik, inilah rupa set tadi setelah dua tahun. Huhuhu..


Ada setengah lagi dari apa yang ada dalam gambar, dipasang kat benda lain dan tuan binaan tak bagi cabut. Bila kira balik, ada dalam lebih kurang 220+ pieces lagi. Jadi secara asasnya, kami pun menghadapi masalah "pieces lego hilang" yang lebih kurang sama.

Tujuh cara yang kami buat :

(1) BAGI DIORANG RASA MENGHARGAI BARANG SENDIRI. Tak mudah nak dapatkan benda tu. Untuk anak-anak kami dapatkan apa yang diorang nak, kami biasanya kenakan beberapa syarat. Pertama, anak-anak boleh mintak apa saja yang diorang nak. Selagi diorang boleh datang dengan sebab yang kukuh, kitorang akan belikan tapi, bukan right at that moment. Sebab sejenis "best", "kawan pun ada", kami tak layan. Syarat kedua, mesti ada usaha untuk dapatkan apa yang diorang nak. Pada umur diorang, biasanya kami suruh diorang buatkan kerja mengemas, siapkan buku latihan dan kerja amal. Kami buatkan jadual apa yang diorang perlu buat mengikut harga barang yang diorang nak. Bagi satu stamp atau sticker bila dah puas hati dengan hasil. Bila dah siap lengkap jadual, baru pergi belikan. Kadang-kadang diorang boring menunggu/siapkan kerja yang kita tetapkan, aku bawak je pergi kedai yang ada jual barang tu untuk bakar diorang. Tapi aku memang takkan beli. Damia biasanya nangis kat kedai, tapi aku buat derk je tak belikan. Aqil biasanya balik dan sambung buat kerja dia bersungguh-sungguh. Dengan cara tu, diorang tak boleh "nak dua benda dalam satu masa". Barang yang dimintak, wajib kena belikan. Tak boleh kalau tak belikan. Jadi, kena tekun supervice diorang dalam menghabiskan kerja yang ditetapkan. Jangan tolong diorang pulak sebab kita nak bunuh dua burung dengan satu batu.


(2) BERMAIN DALAM SATU RUANGAN KHAS. Dulu, kitorang sentiasa buat aktiviti dengan anak-anak kat atas mat/tikar. Ini bukan sahaja untuk main lego, mengecat, main warna air, melukis, buat origami, main dooh dan banyak lagi. Barang-barang aktiviti tak boleh sama sekali keluar dari ruangan mat. Ini untuk tanda kawasan diorang. Selain tu, kalau-kalau terjadi keadaan berebut barang, senang nak leraikan. Sekarang pun sama, cuma kaedahnya lain sikit.

(3) SEDIAKAN MASA KHAS UNTUK BERAKTIVITI. Untuk permainan macam lego, ibu bapa tak boleh expect anak anak main sendiri. Kena luangkan masa bermain dengan diorang. Sentiasa ada dengan anak dari awal sampai akhir masa bermain. Tumpu sepenuhnya kat anak. Jangan pegang telefon atau benda-benda lain yang boleh alih perhatian kita. Aku selalu ingat kata-kata ni, "Bagi ibubapa, diorang ada banyak anak tapi, bagi anak, diorang cuma ada satu ibu dan satu ayah". Itu masa diorang bermain, mainlah dengan diorang sampai diorang puas hati sebelum masa bermain tamat.

(4) KREATIVITI. Encourage mereka untuk membuat ciptaan menarik. Jangan ikut manual semata mata nanti anak-anak pun boring main. Biasanya budak akan ikut manual sekali je. Kali kedua ikut manual? Diorang dah taknak buat. Orang dewasa pun sama je. Buat masa sekarang, limit Aqil, 3 kali ikut manual, takkan ada kali keempat. Damia 1/2 manual je dia ikut, lepastu dia pomen sendiri. Apa nak expect, dia 3 tahun kan? Bila dah boring, dia pun biarkan lego tu bersepah, tak peduli lego tu hilang ke, apa ke.. Improvice, sentiasa came up with "there are something more can be done/achieve".

(5) KENAL. Kenalkan diorang dengan satu atau dua bentuk baru. Tunjukkan apa yang boleh dilakukan dengan bentuk tu dan apa yang hebat jika guna bentuk tu. Anak-anak direka dengan sifat "terima apa sahaja yang ibubapa dia cakap". Jadi aku guna sifat tu. Bagitau dia yang "kalaulah boleh buat macam tu, mesti lagi hebat", dia akan berfikir lebih baik. Next time dia akan hati-hati menjaga supaya tak hilang supaya dia boleh buat dengan lebih baik. Salah satu cara yang kami gunakan untuk keep inventory.


(6) KEMAS. Bila siap bermain, suruh diorang yang kemaskan. Jangan masukkan semuanya dalam satu kotak, sebaliknya gunakan bekas yang menyimpan lego mengikut ketegori atau warna. Satu tips dari aku, LEGO cadangkan susun ikut warna tapi aku rasa itu cuma sesuai untuk SET yang baru keluar dari kotak. Untuk simpanan, susun ikut jenis lebih mudah untuk dirujuk.

(7) KEEP IN MIND. Walau macam mana kita cuba pun, hampir mustahil nak jaga supaya tak hilang. Tapi, make sure anak anak tahu kesan dan akibat kalau lego pieces hilang. Dalam masa yang sama, bantu mereka untuk cari bahagian yang hilang. Jangan kita je yang sibuk cari tapi diorang tunggu je. Ada sekali Aqil menangis, muka risau selama dua hari sambil tak putus-putus mencari Technic Arrow dia hilang sebatang. Hari ketiga baru aku punggah, pastu kemaskan satu bilik, baru jumpa.

Kata-kata akhir, lego bukanlah sejenis permainan yang boleh kita beli dan biarkan saja anak bermain tanpa ibuayah ada sekali. Bila fikir balik, biasanya apa-apa mainan pun macam tu. Cumanya lego perlu lebih sikit perhatian. Still, bagi aku ia sangat baik. Masa anak sedang membesar, itulah masa untuk kita dan dia. Bila dia dah besar.. diorang dah ada jalan diorang sendiri.. Masa tu, kalau kita nak pun, kita dah susah untuk main dengan diorang lagi... heh'.. fikirlah sendiri..

Rabu

Amalan mudah mengempiskan perut buncit

Assalamualaikum

Masalah wanita dan lelaki bila menjelang usia pertengahan adalah masalah perut buncit. Lebih lebih lagi bagi wanita yang dah mengandung dan melahirkan anak. Nak bersenam, malas tak sempat. Ramai cuba crash diet mahu pun product karut marut. Tapi akhirnya tak ke mana mana. So acaner?

Ini adalah antara perkara yang boleh diamalkan bagi mengempiskan perut yang buncit. Dan sekali gus menguruskan badan.



(1) Minum segelas air sebelum makan. Elakkan minum air ketika makan
(2) Makan dengan pinggan yang berwarna gelap
(3) Makan dengan tenang, kunyah makanan sekurang kurangnya 40 kali – Kunyahan dapat membantu sistem penghadaman dan dapat mengelakkan kita dari terlebih makan.
(4) Elakkan dari makan sambil menonton televisyen
(5) Dapatkan tidur yang secukupnya – Rehat yang secukupnya membantu proses metabolisme badan kita
(6) Banyakkan tersenyum. Elakkan dari terlalu stress – Stress menyebabkan lemak terkumpul di perut dan sekaligus menyebabkan perut menjadi buncit.
(7) Banyakkan berjalan
(8) Rajin mengemas rumah. Lap lantai menggunakan kain berbanding mop – Dapat membakar kalori berlebihan
(9) Duduk dan berjalan dengan postur yang betul – Duduk dengan badan sedikit membongkok menyebabkan otot perut tidak bekerja dan menyebabkan lemak lebih mudah terkumpul.
(10)  Lakukan plank selama 1minit sebaik bangun pagi dan sebelum tidur – Plank sangat baik untuk menguatkan core kita
Senaman mengempiskan perut bagi yang rajin..hihihi
Tak susah pun kan.. Nak ubah semua habit dalam satu hari memang sukar, tapi buat satu persatu. Insya allah akan berjaya.
Selamat mengempiskan perut buncit.

Daa

Selasa

Tips dan petua anak selsema batuk

Assalamualaikum

Alkisahnya bermula si Damia tetiba selesema aritu. Lepas tu berjangkit dengan abangnya. Dah kuarantin jugak budak berdua tu. Tapi biasa la diorang. Kadang kadang dapat jugak dia bergomol jugak dengan Aisy. Naik rimas adik dibuatnya. Lastnya jangkit jugak dengan Aisy. Kesian adik. 


Tapi alhamdulillah, diorang selesema dan batuk tak demam. Cuma Aqil je panas kejap masa malam pertama kena tu. So, aku just bagi diorang extra air dan bagi extra vitamin C. Dan bagi madu.

Aisy pulak aku susukan lebih. Aku bawak jugak jumpa doktor sebab batuknya nampak agak teruk bunyinya. Tapi alhamdulillah semuanya ok je.

Damia dengan Aqil dah kering hingus dan batuk pun almost takde. Tinggal Aisy je. Semalam aku pulak yang macam nak demam. So, risau Aisy jadi lagi teruk bila aku selesema sekali, aku pun cari la macam-macam petua untuk batuk & selesema bayi.







Hasilnya... Jumpa petua gunakan bawang besar dengan madu untuk batuk dan selesema. Dua dalam satu gitu.

Bawang besar hiris hiris, letak raw honey.
Aku guna madu asli manuka. Pekat gila. Aku tak ingat kenapa. Tapi macam macam la pantang larangnya. Tak boleh guna sudu besi, kena ambik guna sudu plastik. Tak boleh campur ngan air panas, kena guna air biasa. Suam suam kuku boleh la.



Ok. Petuanya..Hiriskan bawang besar, lepas tu rendam dalam madu. Biarkan 10-15 minit. Nanti akan ada jus bawang bercampur dengan madu tu. Minum sebagai ubat batuk selesema. Sakit tekak pun boleh tau.

Aku baru minum sekali. Nak sakit tekak, gatal tekak, hidung berair.. semua hilang. Rasa pun sedap. Memang berkesan betul. Since Aisy tak boleh minum, aku minum je la. Dengan harapan antibodi tu dapat dibekalkan melalui susu ibu. 

Lagi satu, hirisan bawang besar tu juga katanya boleh melegakan hidung tersumbat. So, hari ni aku hiris setengah biji bawang besar, bungkus dalam tisu, ikat. Pesan kat makcik yang jaga Aisy, letak kat kepala tempat tidur Aisy. Dah macam tangkal pulak. Hehehe..



Ada lagi petua lain macam teh bawang putih, tapi aku tak cuba lagi sebab yang ini dah berkesan untuk aku. Tapi kalau nak cuba teh bawang putih boleh buat. Caranya, ketuk beberapa biji bawang putih dengan pisau (macam kedai mamak buat tu..) Rebus sampai mendidih. Airnya tu agak agak secawan dua. Lepas da mendidih, kecikkan api dan rebus lagi 15 minit. Lepas tu bagi suam, tambah madu dengan cayenne pepper. Kalau suka masam sikit boleh perah lemon ke limau nipis.

Tambahan : Untuk demam dan sakit tekak, boleh juga bagi Apple Cider Vinegar (ACV) di campur madu. Untuk anak kecil, dilutekan dengan air. Letak dalam sippy cup sebagai minuman dia. Kalau boleh beli ACV yang warnanya keruh macam jenama Bragg. Bukan yang jernih tu.

Selamat mencuba.

Daa

Sabtu

Barang yang tak patut letak dalam peti sejuk

Assalamualaikum

Suka jugak tengok rancangan Dr Oz kat tv alhijrah. Hari ahad malam. Yang dibincangkan selalunya menarik.

Last week aku tengok tips di dapur. Pasal sayur dan barang yang kita tak patut letak dalam peti sejuk. Antaranya adalah...

(1) Kentang - Kentang akan convert kanji jadi gula pada suhu sejuk. Selaib dari merosakkan rasa dan tekstur, bila masak ia akan convert jadi bahan yang berbahaya untuk kesihatan.

(2) Bawang - Reasonnya sama cam kentang

(3) Telur - Kulit telur tak elok letak dalam bahagian pintu peti sejuk. Sebab kulit telur sensitif dengan haba. Kalau letak kat pintu, ia akan serap haba bila kita bukak pintu. Bila tutup ia jadi sejuk balik. Panas sejuk ni menyebabkan telur jadi tak elok.

Yang aku ingat ni je. Huhu.. Kalau nak simpan daging, simpan kat freezer. Bukan kat chiller. Nak simpan telur, baik simpan kat bahagian dalam bukan kat pintu.

Aku memang tak biasa simpan bawang, kentang, telur bagai dalam peti sejuk. In fact, mak aku simpan sayur kat luar je. Macam daun sup mak aku rendam akarnya dalam air dan letak kat tepi sinki. Bila nak guna just ambik situ je.

Sebab not until recently rumah mak ada peti sejuk. Hehe. Kat kedai ada la. Just deep freezer untuk simpan daging, ayam & ikan bagai.

Bagusnya kalau perbanyakkan rancangan macam ni instead of rancangan hiburan je.

Daa

Jumaat

Mencari penapis air terbaik?

Assalamualaikum

Banyak info dan maklumat aku kongsikan kat blog ni. Insya allah boleh digunakan sebagai panduan bagi sesiapa yang mencari sistem rawatan air.

Senarai entry berkaitan dengan sistem rawatan air.

Kebanyakannya ditulis secara general. So, insya allah boleh dijadikan panduan asas nak memilih penapis air.

Daa

Khamis

Ibarat mencanai roti

Assalamualaikum

Aritu Aqil Mubarak mengigau nak kek coklat. Kali ni Damia pulak menggagau nak roti canai. Aku kan mak mithali. Uli jugak la sekilo tepung demi anak dara sorang..


Sekilo tepung, aku buat besar besar macam mak aku buat. Dapat 18 biji je. Makan sebiji kenyang kot. Berketul lengan nak mengulinya. Maklumlah.. Manual je.

Pagi tadi, lepas solat subuh terus aku canai. Jenuh jugak la berkejar.

Roti canai ni agak tebal, tapi aku canai sampai nipis betul. So, rangup rangup kat luar. Dalamnya berlapis lapis gitu.

Sebenarnya undang undang (citt) kat rumah aku, kalau nak request roti ranai, cuma boleh request weekend je. Tapi tak sampai hati pulak bila shujin bagitau semalam. Damia mintak roti canai. Nak beli..heh..tau je la perangai aku ni kan. Gigih kononnya..

Hmm.. Nasib baik diorang tak kenal crepe durian ke tiramisu bagai lagi. Jenuh aku menggagau nanti. Tapi kalau aku buat tu maksudnya aku sendiri la yang mengigau. Hihihi..

Korang sarapan apa hari ni?


Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com