Memaparkan catatan dengan label Berpantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berpantang. Papar semua catatan

Selasa

Cuti Sekolah Musim Bersunat / Berkhatan

Assalamualaikum...

Semalam aku tak sempat nak siapkan entry pasal Legoland Malaysia Resort Theme Park. Sebab utamanya ialah hari Sabtu haritu Aqil berkhatan.


Senyum je muka. Beberapa hari / seminggu sebelum bersunat, Aqil ada ambil berat jugak pasal event ni. Dia tanya "Bersunat tu apa? Kenapa perlu bersunat?". Jadi, aku terangkan dalam bentuk yang aku rasa lebih baik. Pasal hukum, pasal mensucikan diri dan doktor tak buat lain srlain mencapai matlamat tu. Aku tak pernah sebut perkataan "potong". Turns out, dia lebih excited dan tak sabar nak bersunat. Takut tak wujud langsung.


Ditambah pulak bila empat lagi sepupu dia turut bersunat dihari dan masa yang sama, bebudak ni macam enjoy habis. Walaupun pak long dia dok sibuk takutkan "potong dengan gergaji", Aqil lebih percaya dengan apa yang aku cakap. One side yang buatkan aku sayang sangat kat sulung aku, "always trust dad". Sebelum masuk ke bilik rawatan, semangat je anak ayah ni. Bila masuk pun, dia sendiri cepat-cepat naik kat atas katil tak sabar nak bersunat.


Dah tentu-tentu aku sendiri tak tau cemana proses bersunat tu dijalankan. Bukannya aku tonton sendiri masa aku disunatkan masa kecik dulu. Tapi bila tengok apa yang klinik buatkan kat anak aku, aku rasa "Wow, boleh tahan kejam proses bersunat ni eh?". Doktor main tarik, koyak, gunting, cucuk dan potong dengan besi panas camtu je. Seriously, aku tak sanggup tengok. Still, sebagai seorang ayah, aku tengok jugak apa yang dilakukan. Aqil nangis masa doktor dan nurse buat kerja. "Sakit! Sakit! Ayah tolong!" dia terjerit. Bila dah sampai proses clamp tu, dia dah senyap, dah okay pun. Muka masih dalam shock lagi laa. Ada jugak aku rasa macam doktor start proses tu sebelum bius tu betul-betul take effect lagi. Sampai rumah, aku betulkan PSP kat sebelah Aqil, pastu bagi access kat dia main benda tu 24 jam sehari. Belum sejam, dia dah tidur. Kuatnya anak ayah.


Walau macam mana pun, YEY, Aqil dah settle. Tahniah. Dari lima orang, dua tak menangis, dua menangis kat dalam bilik rawatan je, satu menangis sampai rumah. Kalau tengok dari peratus, rasanya sangat bagus berbanding masa aku kecik-kecik dulu. Sepuluh yang masuk, sembilan atau lapan yang keluar dari bilik rawatan pasti menangis teruk. Hahahaha. Harini dah hari yang ketiga selepas Aqil bersunat, dia dah tak boleh duduk diam. Asyik berjalan kesana kemari. Siap nak main bola sepak dalam rumah dah. Hadushh. Penat kepung.

Untuk ibubapa baru yang nak sunatkan anak teruna mereka, pada masa aku tulis blog ni harga berkhatan kat klinik swasta ialah RM160. Untuk yang tinggal sekitar kawasan Shah Alam, kain pelikat untuk kanak-kanak mudah didapati kat PKNS dan seksyen 18. Cara berpantang, sama macam orang lepas bersalin.

Well, selamat cuti sekolah. Penuhkan masa dengan aktiviti yang membina ya anak-anak. Kepada cikgu-cikgu, tolong jangan bercuti over sangat. Malu laa sket dengan anak murid. Letih ibubapa jawabkan. Nampak huduh laa. Kenapa? Next time kalau ada rezeki kita cerita. Hahahaha..

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Sabtu

Merampingkan pinggang selepas bersalin

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Habis dah tempoh berpantang selama 44hari. Walau pun berpantang di rumah sendiri, aku berpantang beria ria dengan set berpantang tropical herbs. Berbengkung sepanjang tempoh berpantang sekali dengan peramping perut sekali.



Masa pergi event Lego sekali pun aku pakai bengkung. Punya lah gigih kan. Hehehe.. Hasilnya... Dah tinggal nak tone perut sikit sikit je. Kenalah mulakan senaman untuk make sure perut ramping seperti asal kan. Hihi..


Mungkin korang wanita muda yang baru first time bersalin rasa yang berbengkung ni leceh. Nak letak ubat perut yang berhabuk bila kering tu lagiii la. Bercinta sangat. Tapi percayalah. Cuma 44hari je. Lepas tu tinggal maintain sikit sikit dengan bersenam. 


Takkan aku nak ambik gambar perut aku kan. Tapi cayalah. Pengorbanan yang berbaloi.



Dah nak habis tempoh cuti dua bulan. Sedihnya.. Dah nak kena start keja pulak tak lama lagi.


Cuti pantang kali ni memang sangat sangat enjoy kat rumah. Bila la boleh jadi full time housewife kan..

Daa

Ahad

Kebaikan berbengkung dalam pantang

Assalamualaikum

Mentang mentang dalam pantang. Semua cerita pantang je ye. Maaf kalau korang boring. Hehe.

Kali ni aku berpantang di Shah Alam je. Shujin Berhad. Shujin yang uruskan aku berpantang. So takde lah nak sendirian berhad sangat. Awalnya aku macam malas nak pantang beria ria. A.k.a malas nak beli set bersalin bagai sebab takut tak sempat nak mengulit diri. Maklumlah.. anak dah empat. Tiba tiba shujin belikan jugak set bersalin tropical herbs. So kena lah jugak gunakan sepenuhnya.

Aku faham, ramai tak suka nak berbengkung. Especially yang jenis kena lilit sampai ke punggung. Panas. Leceh. Susah nak buang air ke bilik air bagai. Nak gerak pun jadi terkepit kepit kekdahnya. Tapi meh aku bagitau something yang buat aku rasa sangat berbaloi berbengkung lilit sampai ke punggung ni.

Memang tak dinafikan. Bengkung moden memang mudah. Tapi, dengan pakai bengkung sampai ke punggung, ia akan bagi support yang tak berbelah bagi pada perut dan rahim. Maklumlah kan. Baru baru lepas bersalin, bila berjalan rasa macam nak jatuh je. Tapi pakai bengkung lilit. Postur akan jadi lebih baik dan bagi support yang secukupnya.


Tambah lagi, dengan gabungan pemakaian tepel pada perut akan rasa lega dan buang angin. Tepel tropical herbs ni serbuk. Bancuh jadi paste, lepas tu sapu. Bila kering tu nyampah jugak la sebab berhabuk. Aku bukak bengkung kat bilik air supaya tak payah nak sapu pulak. Tapi yang bestnya, sedap sangat rasa kat perut bila pakai dengan bengkung. Mula mula memang panas pijar gila. Berguling guling aku pijar. Haha.. Tapi lepas tu rasa macam suam suam berangin. Best sangat.

Lagi pulak, bengkung tropical herba ni ada dua setting. Untuk yang kurus boleh, yang berbadan besar pun boleh.

So terima kasih kat shujin belikan aku set bersalin ni untuk aku memanjakan badan. Nak berjalan pun rasa sedap dan selamat dengan bengkung.

Selain dari set bersalin tropical herbs, aku makan jugak supplement iron folic, calcium magnesium dengan B complex dari nutrilite. Maklumlah. Usia makin bertambah. Aku perasan, recovery aku makin berkurang sejajar dengan perkembangan usia. So, usaha kena lebih sikit kalau nak fit semula.

Korang berbengkung tak dalam pantang..?

Daa

Isnin

Musim Ibu Berpantang - Ayah Kat Dapur : Baguette Cheese

Assalamualaikum..


Okay.. Menu kali ni ialah baguette cheese. Baguette? Ialah roti French yang panjang dua kaki lebih tu. Selalu ada jual kat hypermarket. Kami selalu beli kat AEON untuk dimakan dengan sup cendawan (mushroom gravy). Sebahagiannya sebab ia murah, sebahagiannya sebab ibu dah tak larat masak roti lagi.


Resepinya mudah je.

Bahan-bahan :
1 - Satu roti baguette
2 - Secubit gula.
3 - Mentega
4 - Dua ulas bawang putih
5 - Mozarella
6 - Cheddar
7 - Aonori

Memasak :
Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius selama 5 minit.
1 - Potong baguette ikut suka hati.
2 - Campurkan secubit gula dengan mentega, gaulkan sampai sebati.
3 - Sapukan campuran mentega tadi kat baguette.
4 - Parut bawang putih kat baguette. Ya, parut kat roti. Letak bawang putih kat roti dan gosokkan.
5 - Parut mozarella dan chedar pada kadar 2:1 dan taburkan kat atas baguette.
6 - Taburkan aonori kat atas.
7 - Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 10 minit.


Ini rupa yang dah siap. Kulit baguette bertambah rangup selepas dibakar. Bila digigit, ia akan bunyi "KKKRRRUUUPPP" gitu. Awas! Lepas makan terus kena cuci meja makan. Bahagian roti putih baguette yang dah lembut tu, rasanya masin manis. Ditambah dengan mentega yang dah meresap masuk ke texturenya, membuatkan rasa lemak pada masa yang sama sangat lazat. Topping cheese.. Lemak masin dan bila ditarik, bertali je. Memang sedap. Tapi bila ditambah dengan aonori, satu aroma dan rasa baru untuk sejenis makanan barat.

Bau aonori bakar yang wangi. Lemak dan masin dari cheese. Sedikit manis dan juicy dari dalam baguette. Rangup gila kat kulit roti. Bayangkan lah..

Note :
Jangan guna baguette yang dah lama untuk masakkan ni. Nanti keras macam batu. Baguette yang baik ialah yang rangup di luar, sangat lembut di dalam.
Gula digunakan untuk mengimbang rasa. Kalau dah boleh rasa sedikit manis, dah cukup.
Untuk yang suka rasa bawang putih, boleh terus parut bawang putih tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega. Aku parut kat roti supaya rasanya tak kuat sangat.
Dalam menu ni, tak perlu gunakan garam atau gantikan mentega dengan salted butter sebab dah masukkan cheddar.
Tujuan letak aonori, selain sebagai hiasan, ia akan bagi slight aroma dan perisa rumpai laut.
Untuk yang suka pedas, boleh letakkan potongan cili yang ditumis dengan sedikit bawang. Rasanya seakan-akan topping pizza pedas.


::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com