Rabu

Mengatasi masalah craving

Assalamualaikum

Dari reply oleh Kak Aziela tentang carbo craving dalam entry 7 tips menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Mengapa berlaku carbo craving?
Salah satu faktor yang menyebabkan craving pada makanan manis dan makanan yang berkarbohidrat adalah disebabkan oleh jangkitan yis. Ianya dipanggil candida infection atau overgrowth yeast infection. Candida infection ni biasanya berlaku dalam mulut (oral thrush), pada vagina dan boleh juga menguasai sistem penghadaman manusia. Bila yis ni bersarang di sistem penghadaman manusia, bakteria baik akan mati. Ini menyebabkan pelbagai masalah akibat dari balance antara bakteria baik dan jahat tak stabil dalam usus dan akhirnya menyebabkan leaky gut syndrome yang menyebabkan masalah lebih teruk lagi termasuk menyebabkan ketidakstabilan hormon. Seperti yang kita tahu, yis ni makanannya adalah gula. Jadi bila yis berkembang biak, ia akan menyebabkan kita craving pada benda benda manis dan berkarbohidrat. Selain dari tu, yis yang banyak tu menyebabkan usus kita tak dapat nak serap nutrisi dengan baik.

Oleh sebab itulah otak akan hantar signal suruh makan lagi sebab badan belum dapat nutrisi yang mencukupi. Tapi, apabila kita pilih makanan yang tak sihat, ianya akan menyebabkan keadaan lebih teruk lagi. Iritasi akan berlaku dan akhirnya leaky gut syndrome akan jadi lebih teruk lagi akhirnya menyebabkan pelbagai masalah.

So.. Dalam kes nak mengawal atau menurunkan berat badan. Sebagai langkah pertama, aku suggest supaya kawal carbo craving dengan mengawal jangkitan yis. Dan seterusnya makan supaya badan dapat nutrisi sepenuhnya sebelum detox. Lagi pun, banyak health practitioner tak recommend buat detox yang terlalu harsh. Takut badan terkejut dan menyebabkan masalah lain pulak. Detox jangka panjang adalah lebih selamat.

Langkah langkah bagi menghapuskan jangkitan yis (candida)
(1) Elakkan gula, yis, keju, coklat, cendawan, kicap, cuka (white distilled vinegar) dan semua makanan yang mengandungi MSG
(2) Elakkan dari makan refined carbohydrate dan yang ada gluten - Nasi putih, tepung gandum, pasta dan sebagainya. Roti canai pun tak boleh aaa..
(3) Kekacang yang dibuang kulit ditakuti ditumbuhi kulat juga perlu dielakkan. Kalau yang masih dalam shell dia okay.
(4) Makan beras perang, oat, bran, ikan, sayur, dan buah buahan yang tak terlalu manis (jangan buah yang terlalu masak, gula tinggi)
(5) Makan makanan yang kaya dengan bakteria baik macam yogurt, kimchi, miso, tempeh dan kefir. Supplement seperti nutri bifidus juga boleh membantu untuk memeriahkan bakteria baik dalam usus. Tapi probiotik supplement tak perlu ambil sepanjang masa. Cuma di peringkat awal saja. Selebihnya amalkan makanan yang kaya bakteria macam yang dicadangkan di atas.
Probiotic supplement
(6) Elakkan dari makan antibiotik, pil elak mengandung dan ubat yang mengandungi steroid. Kalau terpaksa jugak jugak makan antibiotik. Habiskan course antibiotik dan terus makan probiotik untuk replace bakteria baik. Tapi ingat, certain antibiotik bagi permanent damage pada bakteria baik dalam usus.
(7) Kurangkan kalau boleh elakkan makanan yang diproses dan di tinkan buat sementara waktu.
(8) Minum air secukupnya. 2liter air bagi seseorang yang mempunyai berat 25kg. Jadi boleh kira berapa jumlah air yang diperlukan untuk berat masing masing.
(9) Sepanjang proses mengatasi masalah jangkitan yis ni, aku sangat sangat recommend untuk ambil multivitamin. Oleh sebab usus kita tengah ada masalah nak extract nutrisi daripada makanan yang dimakan, jadi nutrisi dalam bentuk yang concentrate sangat membantu untuk memastikan badan mendapat nutrisi yang secukupnya
Multivitamin Double X
(10) Selain dari itu, virgin coconut oil adalah antifungal semula jadi yang sangat bagus. Manakala apple cider vinegar dapat membantu menstabilkan pH dalam usus supaya yis tak dapat membiak. Tapi kena pilih raw unfiltered apple cider vinegar macam jenama braggs. Boleh beli kat Giant. Jenama lain pun takde masalah, tapi cari yang cecairnya tak jernih tu. - Virgin Coconut oil boleh minum begitu saja atau gunakan untuk menumis ketika masak. Apple cider vinegar pulak boleh campurkan satu sudu kecil ke dalam segelas air atau renjiskan ke dalam salad.

Kalau tak mampu nak elak langsung, boleh kurangkan sedikit demi sedikit. Sekiranya pembiakan bakteria sangat teruk, akan ambik masa beberapa minggu. Tapi sepatutnya dalam dua minggu pertama dah boleh rasakan kesannya.

Dengan buat 10 langkah ni, dah berjaya buat dua langkah daripada 7 langkah untuk menurunkan berat badan. Iaitu, nourish your body dan juga memperbaiki sistem penghadaman.

Sebelum mulakan 10 langkah ni, jangan lupa measure berat dan ukur lilit badan untuk bandingkan perubahannya.

Good luck.

:: Supplement yang di atas adalah sebagai cadangan untuk support sistem kita sepanjang proses ini. Bukan wajib. Cuma sebagai panduan bagi pilihan yang ada.

Daa

11 comments:

Aziela berkata... [Reply]

Wah, segannya akak...hahahahhaa.

Oh, ada jangkitan yis yer...adakah yis itu menyebabkan gastrik?

Basically akak tak suka benda2 manis, tapi nasi dan tepung adalah my main craving.

So, selain daripada good eating habits, boleh guna VCO macam yang Rai beli tu ekkk?

Unknown berkata... [Reply]

@Aziela, apa pulak nak segan..saya terima kasih kat akak sebab bagi idea nak menulis..hehehe..

yup. nasi dan tepung adalah refined carbohydrate.. so ianya juga salah satu makanan bagi yis. kalau tak silap saya lah..

tentang gastrik tu saya tak berani nak kata.nanti saya cuba tanya@check dulu. vco dgn apple cider sangat bagus. dan lagi jangan lupa makan sumber probiotik untuk balance kan bakteria baik dalam sistem penghadaman..

Nieda Ramly berkata... [Reply]

info juga ni

QasehnyaRania berkata... [Reply]

ok jelas.
beras perang. hihi

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Bnyk info rai ni...sure slalu p clas amway ye...sy x berapa pndai bab supplmnt ni...mkn pun kdang termis..

Ann Ishak berkata... [Reply]

yes, i makan supplement tu for long time dah...more than 5 years jugak

gadisBunga™ berkata... [Reply]

saya akan crave for carbs masa nak dekat period. waktu lain normally boleh kontrol lagi. huhuhu~

Qashmere berkata... [Reply]

rajin makan supplement ye sis

Qashmere berkata... [Reply]

rajin makan supplement ye sis

t.a.t.a berkata... [Reply]

Nasi, roti, memang saya tak makan. tapi mee bihun kuih saya masih makan. Ya, saya tahu itu jugak punca carbs.

BERT berkata... [Reply]

nutrilite salah satu supplement terbaik dunia jugak.. ehhe... dlu pengguna nutrilite jugak hehehe

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com