Memaparkan catatan dengan label Rahsia roti canai lembut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rahsia roti canai lembut. Papar semua catatan

Khamis

Ibarat mencanai roti

Assalamualaikum

Aritu Aqil Mubarak mengigau nak kek coklat. Kali ni Damia pulak menggagau nak roti canai. Aku kan mak mithali. Uli jugak la sekilo tepung demi anak dara sorang..


Sekilo tepung, aku buat besar besar macam mak aku buat. Dapat 18 biji je. Makan sebiji kenyang kot. Berketul lengan nak mengulinya. Maklumlah.. Manual je.

Pagi tadi, lepas solat subuh terus aku canai. Jenuh jugak la berkejar.

Roti canai ni agak tebal, tapi aku canai sampai nipis betul. So, rangup rangup kat luar. Dalamnya berlapis lapis gitu.

Sebenarnya undang undang (citt) kat rumah aku, kalau nak request roti ranai, cuma boleh request weekend je. Tapi tak sampai hati pulak bila shujin bagitau semalam. Damia mintak roti canai. Nak beli..heh..tau je la perangai aku ni kan. Gigih kononnya..

Hmm.. Nasib baik diorang tak kenal crepe durian ke tiramisu bagai lagi. Jenuh aku menggagau nanti. Tapi kalau aku buat tu maksudnya aku sendiri la yang mengigau. Hihihi..

Korang sarapan apa hari ni?


Daa

Rabu

Pakar roti canai - Langkah demi langkah

Assalamualaikum

Roti canai memang satu kepakaran mak. Even mamak sekali pun belum ada yang dapat lawan roti canai mak. Pada aku lah. Menantu dia. Shujin pun suka sangat. Komen terpedas dari shujin aritu.. "Kenapa roti canai akak tak sesedap roti canai mak?" (dalam family aku dipanggil akak.. walau pun aku ni anak no 4)

Of course la kan.. Mana boleh aku nak lawan tokey. Hehehe.. Nak bagitau la kan. Apa yang hebat sangat roti canai mak ni. Rotinya tebal. sekilo tepung tu biasanya cuma dapat 17-18 keping roti je. Tapi makan satu dua keping da kenyang gila. Walau pun tebal, tapi luarnya rangup. Dalam tu jadi macam puff tau. Ada layer layer nipis dan lembut. Atuk aku pun kalau nak makan roti canai dia roger mak suruh buat, since nenek aku da tak larat. Mak cerita, masa dia belajar dulu berkilo kilo tepung dia guna nak dapatkan adunan yang cantik. Fuh!!

Ok. Since balik aritu mak buat roti canai, aku pun ambik peluang untuk ambik gambar langkah demi langkah membuat roti canai emak ni.

Marjerin planta

Tepung gandum cap sauh
Nak buat roti canai yang sedap, bahannya mestilah yang terbaik. Mak guna tepung gandum cap sauh dan jugak marjerin planta.

Resepinya sama je dengan resepi yang aku tulis kat SINI - Adunan tepung, telur, garam, gula dan air. Biasanya anggaran tepung adalah 3 cawan setengah ke 4 cawan tepung dengan 1 cawan air. Masukkan 4 cawan tepung ke dalam besen dengan 1 sudu kecil garam, 1 biji telur dan 1 sudu besar gula (garam dan gula ni sebenarnya ikut kesukaan masing masing) 1 cawan air tu masukkan sedikit demi sedikit.. Masukkan setengah cawan dulu. Lepas tu tambah sambil menguli.

Uli sampai masak
Uli sampai masak tu maksudnya kena uli lama dan sampai betul betul lembut.
Sapukan marjerin planta ke seluruh permukaan tepung dan simpan semalaman. Biasanya untuk sarapan pagi mak buat malam dalam pukul 10 gitu. Start canai pukul 6:30.
Dah simpan semalaman.
Canai atas dulang
Mak takde nak canai macam kedai mamak tu. Mak tarik tarik je atas dulang. Tarik jangan sampai koyak. kalau boleh tarik senipis yang boleh. Doh jangan terlalu lembik atau keras, nanti mudah koyak. Susah nak tarik. Dalam buat roti canai part paling susah adalah nak agak kadar kelembutan doh tu. Sebab mak ni jenis pakai resepi dolu-dolu. Semua main agak je. 

Paling senang nak agak adalah, agak-agak lembutnya tu macam doh donat. Simpan jangan terlalu lama nanti lembik kalau awal sangat da canai pulak jadi keras pulak. Serius part ni yang menentukan gebu tak gebu roti tu nanti..
Dah tarik nipis nipis tu lipat dan jadi bentuk camni. Mula mula lipat jadi empat segi. Lepas tu bungkus je. Tapi jangan penyek dulu. Kalau buat kerja cepat boleh la kumpul kumpul macam ni. Kalau jenis aku terkial kial, memang nak kena canai satu goreng satu. Sebab kalau lambat sangat nanti lapisan lapisan tu stick together lepas tu jadi leper je, tak gebu.
Bila nak masak tu, letak marjerin atas pan, lepas tu penyekkan doh tadi. Tapi make sure bahagian tepi tu biar mengelembung sikit. Supaya bila masak dia ada layer layer. Mak kata kalau guna minyak kurang sikit. The whole process mak guna marjerin je. Kalau takde marjerin planta guna cap pelangi je pun takpe.
Jangan sampai hangus pulak. Api jangan kuat sangat.

Tara~~
Roti canai yang dah masak tu terus kepuk ngan tangan. Kepuk tu aku pun tak reti nak terang macam mana. Tapi nak bagi dia nampak gebu camni la. Sedap dicicah dengan kuah dhal. Yummy!!

So lepas ni shujin kata dia pun nak beli 10kg tepung nak suruh aku berlatih buat roti canai biar jadi macam mak punya roti canai ni.

Ye lah tu.. :P


Nota kaki : Lupa nak bagitau. Umur aku cukup 29 tahun semalam. So tahun depan aku join tiga series punya group dah. Ouchh.. Ok la kan. Aku kira-kira.. Nanti masa umur 50 (kalau panjang umur..) yang dalam perut ni cukup 20 tahun. Hmm.. Ok la tu.. Hehehe..

Daa

Khamis

Tips bagi membuat roti canai yang lembut di dalam rangup di luar

Assalamualaikum

Macam poyo je aku kan. Aku belajar buat roti canai dari mak aku. Bukan nak kata hebat sangat mak aku ni, tapi aku rasa kalau dia bukak kedai kat Kota Kemuning tu memang melingkup mamak mamak kat situ. Ceh..haha..Pernah la orang yang bukak kedai makan belajar buat roti canai dari mak aku. Mak aku belajar buat dari nenek aku. Sekarang dalam adik beradik mak, dia sorang je yang paling mewarisi skill nenek aku.
Aku pulak belajar dari mak aku sebab shujin memang suka roti canai. Nak belajar buat roti canai memang kena hands on. Tak boleh nak main agak agak je sebenarnya. Mak kata masa dia belajar buat dulu berkilo kilo tepung dia guna sebab asyik tak jadi je. Marah atuk aku. Hehe..

Dah banyak kali jugak aku buat roti canai ni. Yang kali ni macam super sukses je. So aku yang konon konon dah amateur (sebelum ni beginner je) ni nak share tips macam mana nak dapatkan roti yang lembut.
Resepi roti canai mak aku simple je, tepung, garam, gula, air dan sebiji telur. Rahsianya adalah masa menguli dan air yang digunakan. Campurkan air sikit demi sedikit sampai tak melekit. Uli sampai licin. Bahagikan kepada berapa bahagian yang dikehendaki. Biasanya saiz doh kecik tu aku buat 50-60gram setiap satu. Agak agak lebih sikit kepal aku. Lepas dah bahagikan tu uli lagi setiap satu. Masa menguli tu, basahkan sikit tangan dengan air dan uli sampai tak melekit. Tambah air sikit demi sedikit sampai doh betul betul lembut. (Macam doh nak buat roti) Mak kata lagi elok kalau uli sampai tepung tu masak.


Nak menyimpan tu sapu seluruh permukaan doh dengan marjerin dan simpan selama 5-6 jam sebelum dicanai.
Masa mencanai, aku dengan mak tak pandai nak canai macam kat kedai mamak tu, so aku guna dulang bulat besar dan canai atas dulang. Mula mula penyek penyekkan doh, lepas tu tarik sampai betul betul nipis. Biasanya kalau saiz 50-60gram tu boleh tarik sampai tutup dulang, jadi macam alas dulang hantaran gitu. Doh yang elok adalah sangat elastic dan senang ditarik. Kalau terlalu lembik atau keras doh akan mudah koyak. Masa nak melipat tu letak sikit sikit marjerin kat setiap permukaan. Supaya bila masak ia jadi gebu di dalam. Yang nipis diluar pulak akan jadi rangup.



Nak masak pulak lebih baik gunakan marjerin, kalau guna minyak kureng.. Kalau mak aku buat sekilo roti dalam 18 keping je. Korang bayangla sendiri betapa tebalnya roti canai tu. Makan sekeping confirm kenyang. Aku buat setengah kilo dapat 11 keping. 



Selamat mencuba!

Amaran - Hidangan ini adalah kaya dengan lemak tepu, makan 2-3 minggu sekali boleh la. Jangan selalu sangat. Hehehe..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com