Isnin

Jangan simpan ubat demam

Assalamualaikum

Jujurnya, dulu memang sentiasa ada ubat demam kat rumah. Masa zaman Aqil kecik. Aku trauma sejak tengok Aqil seizure terbeliak bijik mata. Kalau suhu naik over 39 darjah je sumbat ubat bontot (Voren kot namanya) atau pun ubat demam yang syrup tu.
Then, lepas 2010. Aku ada sedikit awareness pasal bahaya terlalu bergantung pada ubat ubatan ni. So, sejak tu aku mula banyakkan bahan bacaan pasal demam, kaedah penjagaan dan sebagainya. Aku mulakan dengan tolak antibiotik untuk Aqil. Sejak tu aku nampak perubahan baik dari segi kesihatan Aqil. Kemudian, bila aku confident sikit, aku buang ubat ubat demam dalam simpanan. Aku bukan menolak perubatan moden. Aku still pergi jumpa doktor untuk kenalpasti symptom dan sakit anak. Ye lah. Doktor lebih tau pasal penyakit kan..

So sekarang, kesihatan aku improve banyak sangat. Kalau kena selesema pun biasanya 2-3 hari dah baik dan tak membawa kepada demam. Resdung almost dah takde rasanya. Shujin pun sama, dulu selalu kena batu karang berulang ulang. Sekarang memang dah tak ada langsung. Anak-anak pun dah bebas dari sebarang ubat-ubatan selama lebih setahun. (Exactly lama mana tak ingat)

Macam aku cakap. Aku bukan menolak perubatan moden. Tapi bila aku tengok dan belek semula sejarah, sejak tak simpan ubat ubatan dalam rumah. Anak anak jarang sakit. Malah, kalau sakit pun takde la lembik layu je. Sakit pun tak lama. Kejap je dah baik.

Ada sorang doktor share ngan aku, jangan suka bagi ubat demam 4jam sekali kat anak.. Demam adalah reaksi badan terhadap jangkitan kuman. Termostat pada hypothalamus naikkan suhu lebih tinggi untuk combat jangkitan. Kalau kita makan ubat untuk turunkan suhu badan, ada kemungkinan jangkitan akan lebih mudah merebak. Dan kita lambat ambik tindakan untuk lawan jangkitan tersebut. Banyak kes yang demam sampai jangkitan pada otak adalah, suhu naik turun. Bagi ubat suhu turun, lepas tu naik balik. Bagi ubat lagi, suhu turun. Pastu naik balik. Ubat demam (Paracetamol) pulak, dalam masa yang sama akan mengurangkan perembesan glutathione dan mengurangkan kebolehan badan melawan jangkitan. Jangan lupa, ubat demam akan mengurangkan symptom panas, tapi bukan merawat punca demam tu.

Katanya lagi, suhu panas yang disebabkan oleh demam takkan menyebabkan kerosakan otak (brain damage). Melainkan kes demam disebabkan oleh surrounding atau heat stroke. So, jangan balut anak ngan selimut kalau demam ya.

So, kalau anak demam, make sure diorang well hydrated. Bagi minum air secukupnya. Rehat secukupnya. Bagi makanan yang berkhasiat. Minuman yang berkhasiat. Aku guna madu ngan bawang. Air pulak aku bancuh serbuk vitamin C untuk diorang.

Antara symptom bersama demam yang perlu dilaporkan bila jumpa doktor, anak aktif tak aktif, makan ok ke tidak, mulut bibir biru, pucat, sesak nafas dan sebagainya. Jangan ambil ringan symptom symptom ni sebab ia mungkin menentukan apa jangkitan yang sedang dihadapi oleh tubuh budak tu. Jangan ingat bila jumpa doktor, doktor tengok terus tau anak sakit apa, sebab doktor pun bergantung pada symptom yang kita bagitau untuk dia diagnose sesuatu penyakit. Jangan ingat asalkan dapat ubat demam, antibiotik dah ok dah.

Semoga membantu

Bagaimana supplement membantu kami sekeluarga bebas dari ubatan selama hampir 3 tahun? Hubungi kami di whatsapp no 0126894617



Daa

23 comments:

wahida berkata... [Reply]

ada family members aku masih lagi kalau anak demam suka selubungkan anak tu dgn selimut...adoi la...

letih ckp...

Ati Masrif berkata... [Reply]

salam,

dah macam doktor gitu :)

bila org yg dah selalu menghadapi situasi yg sama
dia pun boleh jadi pakar dlm bidang itu (bila guna bm ni pnjg pula..hehe)

Ibu Muda 30series berkata... [Reply]

yg anak takde masalah bila demam...kita pakaikan je pampers...separa bogel la kn...jelum2 towel basah

ni yg si bapak...degil! asal demam je terus lembik mngalahkan anak...pastu berselubung doplohpatjam dlm selimut...eii..geram mak!

JunAina berkata... [Reply]

Akak pun kalau anak deman biasanya paksa makan vit c. Pas tu selalu lapkan badan anak, jgn pulak mak tido je bila anak demma...hahhaa...

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak dulu masa anak kecik memang simpan ubat demam sebab tak tahu ini semua...

Unknown berkata... [Reply]

Alhamdulillah juga dipertemukan dgn doktor dan mereka yang alert ngan kesihatan..kalau tak lam peti ais aku pon ade jgk ubat2..tapi sekarang mmg takde langsung ubat demam..:)

aku nak pi johor next week..pastu nak singgah shah alam..nak tgk rumah baru kawan kita ni..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@wahida, aku pun dulu berselubung, nak bagi peluh....zaman tu tak tau kan..

Unknown berkata... [Reply]

@Ati Masrif, erkk..takde la kak.. kebetulan bila da ada anak ni kalut baca pasal demam..

Unknown berkata... [Reply]

@Aku Ibu Muda, haa..laki aku sama la.. kalau demam mesti dia sejuk gila nak berkelubung je..

Unknown berkata... [Reply]

@JunAina, haha..terlelap kejap takpe kan kak..

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, saya pun dulu tak tau jugak kak..

Unknown berkata... [Reply]

@mama_ka0ri, kann..

eh weh..aku pulak nak pi kedah 24hb ni..adik ipaq aku nikah..1hb plak kenduri kat kelantan.. haa..ko nak mai berapa hb?

aku ingat nak singgah tengok umah baru angpa jugak..hahaha..

azian berkata... [Reply]

ooo...gitu ek..kat umah acik yan kan, ade satu tempat khas utk ubat2 ajek...mcm rasa nak buang jekkk semua balik nnt....hihihi...tp anak2 jarang demam cuma kl demam tu teruk la...berhari hari...huhuhu

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

kalau anak demam suka mandikan mereka..
kat rumah memang ada stanby ubat demam...sekarang dah tahu tq share..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

info yg sgt2 membantu ni rai, tq

Dr K berkata... [Reply]

ada jenis patient saya, anak baru selsema 5 jam, dah risau mintak ubat selsema...kikikikiki...

kena sabar & istiqomah dalam mendidik masyarakat...Good work Rai ;)

sitiezahim berkata... [Reply]

di germany ni, kalau stakat selsema batuk mmg tak gi klinik. sbb leceh, kena buat appointment dulu. kalu main terjah, mau kena bebel n tunggu berejam. dan pesen di sni, doktor jarang bagi umat, especially ubat makan. MC pon tak perlu ambik unless sakit 3 hari ke atas, sbb mmg derang suh dok umah berehat je kalu sakit..hehehe

Unknown berkata... [Reply]

alhamdulillah Mifz pun jarang sangat demam compare dengan sepupu2nya...:)

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Thanks akk for the share...rietta sendiri spare oaracetamoldlm fridge.....

ct rahani berkata... [Reply]

nice info.. sy pun dh tolak antibiotik.. ubat demam still bagi kalau diorang demam.. tp abgnya memang susah nak makan ubat.. so kdg2 sy biarkan dia sembuh sendiri tanpa bergantung pada ubat.. so far Alhamdulillah anak2 jarang demam..

** sori rai, lama x jengah sini.. before nih mood berblog ke laut dalam.. hehe..

mummY daniSha berkata... [Reply]

alhamdulillah..danisha x pena lg aku bg antibiotik till now..and syukur aku dah jumpe penawar batuk hehe...so skang bile danisha batuk dah x paya makan ubat dr hehehe....

MAY berkata... [Reply]

BABY SAYA TAK DEMAM..TP HARI TU BERKAHAK.GI HOSP AMIK CAIRKAN KAHAK JE..TP SUHU NORMAL EVEN DIE BATUK..HOPEFULLY DIE TAK DEMAM..AMIN...

ZieMarziah berkata... [Reply]

ooo baru tahu..bukan ap kadang2 kalau demam memang doc bagi pcm..kita ni telan je la..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com