Ahad

Kebaikan berbengkung dalam pantang

Assalamualaikum

Mentang mentang dalam pantang. Semua cerita pantang je ye. Maaf kalau korang boring. Hehe.

Kali ni aku berpantang di Shah Alam je. Shujin Berhad. Shujin yang uruskan aku berpantang. So takde lah nak sendirian berhad sangat. Awalnya aku macam malas nak pantang beria ria. A.k.a malas nak beli set bersalin bagai sebab takut tak sempat nak mengulit diri. Maklumlah.. anak dah empat. Tiba tiba shujin belikan jugak set bersalin tropical herbs. So kena lah jugak gunakan sepenuhnya.

Aku faham, ramai tak suka nak berbengkung. Especially yang jenis kena lilit sampai ke punggung. Panas. Leceh. Susah nak buang air ke bilik air bagai. Nak gerak pun jadi terkepit kepit kekdahnya. Tapi meh aku bagitau something yang buat aku rasa sangat berbaloi berbengkung lilit sampai ke punggung ni.

Memang tak dinafikan. Bengkung moden memang mudah. Tapi, dengan pakai bengkung sampai ke punggung, ia akan bagi support yang tak berbelah bagi pada perut dan rahim. Maklumlah kan. Baru baru lepas bersalin, bila berjalan rasa macam nak jatuh je. Tapi pakai bengkung lilit. Postur akan jadi lebih baik dan bagi support yang secukupnya.


Tambah lagi, dengan gabungan pemakaian tepel pada perut akan rasa lega dan buang angin. Tepel tropical herbs ni serbuk. Bancuh jadi paste, lepas tu sapu. Bila kering tu nyampah jugak la sebab berhabuk. Aku bukak bengkung kat bilik air supaya tak payah nak sapu pulak. Tapi yang bestnya, sedap sangat rasa kat perut bila pakai dengan bengkung. Mula mula memang panas pijar gila. Berguling guling aku pijar. Haha.. Tapi lepas tu rasa macam suam suam berangin. Best sangat.

Lagi pulak, bengkung tropical herba ni ada dua setting. Untuk yang kurus boleh, yang berbadan besar pun boleh.

So terima kasih kat shujin belikan aku set bersalin ni untuk aku memanjakan badan. Nak berjalan pun rasa sedap dan selamat dengan bengkung.

Selain dari set bersalin tropical herbs, aku makan jugak supplement iron folic, calcium magnesium dengan B complex dari nutrilite. Maklumlah. Usia makin bertambah. Aku perasan, recovery aku makin berkurang sejajar dengan perkembangan usia. So, usaha kena lebih sikit kalau nak fit semula.

Korang berbengkung tak dalam pantang..?

Daa

18 comments:

SalbiahM berkata... [Reply]

takpelah Rai..susah sikit sekarang.janji tetap cantik bila dah berusia sikit nanti..untuk suami sendiri gak kan...

makchaq berkata... [Reply]

Makchaq bersalin anak 1st je mak datang, yg lain semua sendirian berhad.
Bengkung ada jugak pakai tp dlm seminggu je kot .tu yg body out of shape tu...

imm berkata... [Reply]

bgkung 2 hari je kak rai..pastu rimas dengan serbuk2 yg jatuh2 bile kering hahah..pastu perut gelebeh stress sendiri..huwaaaa

Unknown berkata... [Reply]

Pakai bengkung adalah part yg paling aku suka..walaupon remeh kejenya tapi hasilnya mmg terbaik...dlm pantang start hari ke empat kul 10 pg smpi kul 10 mlm aku pakai bengkung..pantang ammar aritu smpi hari ke 30 pon pki lagi sbb serbuk tapel ada lg..

saniahibrahim berkata... [Reply]

kakak brbengkung shingga habis pantang ,tapi ank yg bongsu sminggu je sbb stress sngt ...

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

berbengkung mmg banyak faedah dia kan... saya kat perut sapu kapur + air limau nipis.. time nak bukak bgkung pun bukak kat bilik air gak... sama je alasan mcm rai sbb takut sepah nanti nak sapu bagai lagi.. hihi

Unknown berkata... [Reply]

aku sengaja pakai jimat2 kali ni.. perut kecik kan.. haha.. nak pakai tepel sampai 44 hari kalau boleh.. rasa sedap kat perut..

Unknown berkata... [Reply]

kan.. untuk diri sendiri jugak..

Unknown berkata... [Reply]

mencabar sgt kalau pantang sendiri kan.. saya kuaktan semangat je ni..

Unknown berkata... [Reply]

saya kuatkan semangat je ni.. pantang sendiri mmg mencabar..

Unknown berkata... [Reply]

awal awal dulu stress jugak.. skang ni bukak kat bilik air je.. so ttayah gaduh nak sapu bagai..

PetakBunga berkata... [Reply]

ko jgn ckp sejajar dgn usia,
aku terasa..

aku akan pakai, makan apa sahaja..apa sahaja.. kalau kata telan anak ikan haruan pun aku akan telan.. halallah maksud aku..

asal cepat baik, sihat tubuh badan..

Siti Sharini berkata... [Reply]

saya tak bengkung..kadang2 jer pakai korset..pantang pun tak huhuhu

Ujie Othman berkata... [Reply]

yeah..bersusah-susah dahulu, demi kesihatan & kecantikan akan datang! cewah..

Unknown berkata... [Reply]

@Petak Bunga, haha.. Cekal gila ko.. Aku tak sanggup weh kalau kena telan anak ikan haruan.. takat simple2 tu boleh la..

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

salam rai .. bru pas bersalin yer... tahniah utk org baru....

Unknown berkata... [Reply]

Bestkan bila berbengkung. Nampak macam payah sgt. Tapi hasil nampak beza selepas bersalin. Shape tak lari banyak kan..

www.abc-harlina.blogspot.com

fatimah berkata... [Reply]

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kelebihan Berpantang

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com