Secara kasar aktiviti hujung minggu kami untuk kali ni (supposedly) :
Sabtu -
Pagi swimming (latihan akhir buat anak-anak), tengahari beli barang buat kimci, petang buat kimci, malam main lego dengan anak.
Ahad -
Pagi buat persediaan famili nak datang lepak kat rumah, petang beriadah/swimming dengan ahli keluarga, malam rehatkan badan untuk kesibukan hari esoknya.
Apa yang sebenarnya terjadi, pagi tu dah bangun awal. Lepas sarapan dan revise pembelajaran anak semua, turun laa pergi kolam. Skali tengok, masya-allah... Teruknya kolam. Sape laaa pegi lenjan kolam hari sebelum tu. Dari jernih, habis hijau airnya. Macam air tebu, tak nampak dasar. Siap ada sisa makanan dalam tu. Semua orang terkejut. Lepas report kat management, diorang panggil emergency cleaning staff. Kawasan kolam kena tutup dengan tape. So, tak jadi laa swimming pagi tu.

Bila dah tengahari, kemalasan pun secara tiba-tiba melanda. Kami pun lepak je terus kat rumah tanpa rasa bersalah. Lepas ulangkaji buku anak lagi, terus aku layan main lego dengan Aqil. Kereta batman tu Aqil buat ikut manual dengan menggunakan apa yang ada. Kapal terbang hitam tu dia buat ikut imaginasi dia sendiri. Kapal terbang putih tu aku yang buat. Rai, Damia, Thaqif? Tido laa, apa lagi? Hahahaha..

Malam jumaat tu kami dah ada main lego. Aqil buat singa, aku buat burung.

Dah petang, keluar pergi beli barang untuk kimci. Masa Rai dok sibuk-sibuk pilih sayur tu, aku ngan Aqil gi buat perangai. Aqil yang start dulu. Hahahaha... Aku layankan je.

Malam tu, aku boring Rai dok sibuk kutip order kimci kat watsap dia, aku pegi layan Aqil dan Atiqah main lego. Kali ni main perang-perang. Pastu tido..
Ahad pulak, pagi-pagi lagi pakat buat kimci sebab hari outing keluarga dah tukar tempat. Tengahari pergi shopping, pastu terus bertolak ke rumah kakak kat KL. Sampai sana terus masak.
Antara menunya, bihun goreng (of course laa kan?), jus daun teh, popia kambing panjang 5 inci (Stuffy, rangup dan harum), puding roti buttered (lemak berkrim, kurang manis dan banyak walnut), kueh malas, fun fries, bubur ayam.

Masa mandi tu, sebab dah ramai kan, mandi-sejuk-naik-makan-mandi lagi. Ulang-ulang sampai hampir habis Asar. Sempat Rai curik-curik snap. Bagus betul ibu nih..

Quite packed, tapi berbaloi. Bila dah petang, terus balik rumah untuk berehat. In the end, ayah dan ibu je yang extra letih. Anak-anak dah tido dalam perjalanan pulang. Sampai rumah, diorang sambung tido. Ibu dan ayah masih bekerja sampai larut malam.
Roughly, hujung minggu ni takde aktiviti bisnes langsung kecuali Rai punya kimci. Hehehe.. Sesekali bermalas-malasan, tak salah kot. Cuma... rugi laa sihat tak dimanfaatkan.