Khamis

Petua anak demam

Assalamualaikum

Apa perkara pertama yang perlu dibuat bila suhu badan anak panas? Atau rasa demam?

Ada yang standby ubat bila suhu 37.5.
Ada yang guna cool fever
Ada juga yang guna kain lembab/basah


Demam adalah tanda badan sedang melawan serangan dari luar (patogen). Hipotalamus meningkatkan suhu badan untuk membunuh atau menghentikan pembiakan bakteria dan virus. Bagaimana pun, sejauh mana tingginya suhu tu naik tak menunjukkan tahap seriusnya jangkitan tersebut. Aku percaya. Ramai yang takut anak jadi sawan atau otak rosak disebabkan oleh demam.

Hakikatnya.. Hipotalamus mengawal suhu badan. Dan hanya dengan kerosakan pada hipotalamus atau pun kepanasan dari luar (heat stroke) boleh menyebabkan suhu meningkat tak terkawal. AMARAN KERAS! Jangan balut anak dengan selimut bila demam.

Apa yang paling baik boleh dilakukan apabila suhu badan anak meningkat adalah dengan membantu imun sistem anak. Dan pastinya ia bukan dengan memberikan ubat demam.

Unnecessary action untuk menurunkan suhu badan boleh menyebabkan jangkitan merebak. Tapi kalau anak clearly tak selesa dengan suhu yang panas, Boleh mandikan. Janganlah sampai anak tengah tidur pun kita lap badan dengan kain basah. Macam mana nak baik kalau tak rehat dengan cukup kan..?


Ini adalah apa yang aku amalkan untuk anak anak. Tapi, tak semestinya demam terus akan baik. Biasanya aku akan biarkan suhu badan diorang. Risau. Bukan tak risau. Siapa tak sayang anak. Tapi aku tau, ini adalah cara untuk membantu mereka. So, aku bantu imun sistem mereka, dan berdoa semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak.


Sebaik sedar suhu badan meningkat.
(1) Make sure mereka minum cukup air. Sebaiknya air kosong. Jangan bagi minum yang banyak gula. Air gas no no. Tapi kalau diorang tak lalu dengan air kosong semata mata. Buat air berperisa dengan gula yang sedikit. Kalau baby breastfeed sekerap mungkin.
(2) Terutamanya untuk bayi. Banyakkan skin contact dengan mereka, urutan atau sekadar main geli geli. Kalau anak yang lebih dewasa. Duduk atas katil dengan diorang dan bercerita. Bagi diorang gembira. Emosi gembira boleh meningkatkan imun tubuh dan membolehkan tubuh melawan bakteria. Sebab tu kita tengok, orang yang sakit dan bersedih nampak lebih teruk dari orang yang sakit dan gembira dikelilingi keluarga.
(3) Bagi makanan berkhasiat seperti sup ayam
(4) Vitamin tambahan seperti vitamin C, multivitamin, omega 3 dan sebagainya
(5) Makanan tambahan seperti virgin coconut oil, madu, habbatus sauda atau apple cider vinegar dan banyak lagi sangat membantu. Tapi ingat. Habbatus sauda tu panas sikit bagi sesetengah orang. Jadi bagi dos sedikit saja.

Ini adalah yang aku lakukan pada mereka. Mandi macam biasa. Kalau diorang tak selesa dengan air sejuk, aku buatkan air suam. 

Apa yang paling penting adalah monitor simptom lain yang datang bersama demam. Seperti batuk, selesema, muntah, atau cirit birit. Kalau ada simptom seperti pucat membiru, muntah berak terlalu kerap, tak larat, sesak nafas dan sebagainya. Segera bawak ke hospital untuk rawatan lanjut. Percaya pada instinct seorang ibu.

Jangan takut pada demam. Demam adalah sahabat kita. Adalah normal kalau demam dalam 2-3 kali setahun. Itu tandanya sistem imun badannya berfungsi dengan baik. Yang penting bukan turunkan suhu badan, tapi support imun sistem mereka untuk melawan jangkitan. Turunkan suhu CUMA bila diorang tak selesa dengan kepanasan.

Apa korang buat bila anak demam?

Daa

14 comments:

msredcheesecake berkata... [Reply]

akk selalu mandikan diorg bagi suhu turun... pas tu biar dia tak pakai baju kalau siang...

matahati-aishahazhar berkata... [Reply]

akak pun selalu mandikan jugak... Thanks bagi petua

* rai.. minyak tu murah sebab expired dah nak dekat. n botol tu ada kekotoran sikitlah.. lap2 sikit jadi bersihlah. hehehe

Irfa berkata... [Reply]

ANAK DEMAM? MAK NYA X LENA TIDO LE

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kalau kakak dulu anak demam memang klinik ajelah dituju dulu... tak arif macam Rai dan ibu-ibu sekarang yg lebih ilmunya - google aje dah boleh dapat macam-macam ilmu.

Mell Mariann berkata... [Reply]

buat cam akak buat tu jugak.. huhu.. fobia kalau anak demam.

t.a.t.a berkata... [Reply]

Anak demam? Weh memang risau giler weh. Bila panas tekap aje dengan coolfever. Tapi dia tak nak pulak. Geli kata nya.

Bawa gi klinik. Jumpa doktor, dia nak. Bila suruh makan ubat, automatik dia cakap, "Abang dah baik demam dah." Alasan tak nak makan ubat.

aizamia3 berkata... [Reply]

Bila anak dah rasa macam tak sihat, badan dah mula hangat.. akak akan mandikan dorang lebih kerap dan bagi air masak.
Kalau tak kebah jugak, bawak pergi klinik untuk dapatkan rawatan.. dan syukur anak2 akak jenis jarang sakit.. tapi bila sekali kena, boleh panik dibuatnya.

+ e.z + berkata... [Reply]

eB balut ngan towel jerk... tapi sentiasa check suhu badan anak2.... bagi mkn sup.... :)

Afasz berkata... [Reply]

tq sharing

Ujie Othman berkata... [Reply]

anak takde lagi, so saya ckp psl saya demam je lah..:)

baru2 ni saya amalkan amik vit c redoxon. sejak tu tiap kali nak demam, tak jadi. Saya senang demam kalau letih/musim sejuk.

Mimie berkata... [Reply]

kalo anak sy demam bg ubat memang tak jln..slalunye saya tekap dgn tuala sejuk bg suhu bdn turun

adyna AB berkata... [Reply]

Ank demam bg mandi selalu , itu yg sy buat , rai mmg sedih bila amni tak nk ikt blk , katanya nak main dgn abg adib ;(

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Happy New Year in Advance. Write thoughts to friends & give wishes for New Year.

QasehnyaRania berkata... [Reply]

perkongsian yg menarik.
maknanya jgn selimut la kalau anak dmam. katanya kalau selimut boleh pecah peluh.mmm. ke itu hnya sesuai diprakktikan pd org dewasa?

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com