Rabu

Elakkan ubat batuk dan selesema bagi bayi

Assalamualaikum

Siapa tak kesian dengar anak kecil batuk tak henti henti sampai susah nak bernafas kan. Sebagai ibu lagi la.. Risau anak tak selesa tak boleh tidur. Kalau boleh ganti diri sendiri yang dapat sakit tu, memang dah tukar dah. Macam tu lah kasih ibu kan..


Dan ramai ibu bapa yang tak sedar sebenarnya bagi ubat batuk dan ubat selesema pada bayi berumur dua tahun ke bawah bukan sahaja tidak berkesan, malah boleh membahayakan nyawa mereka. Apa lagi kalau beri ubat batuk tanpa nasihat doktor. Boleh jadi overdose. Ada kes overdose ubat batuk dan selesema pada kanak-kanak berumur antara 6 hingga 10 tahun yang dilaporkan kata, budak budak tu mengalami halusinasi. Perghh.. Ngeri okay. Manakala kes bagi ubat batuk dan selesema pada budak bawak 2 tahun boleh menyebabkan jantung mereka terhenti.

Ubat batuk boleh menyebabkan budak tu akan masuk hospital sebab pneumonia jugak tau. Sebab, Allah jadikan batuk tu supaya kahak tu keluar dari paru paru. So kalau rentikan batuk, maka.. kahak akan duduk di paru paru dengan selesanya dan menyebabkan bakteria mudah membiak.
Kalau tak boleh bagi ubat, nak buat apa? Takkan nak biar je??

Aku pernah mengalami situasi di mana Aisy demam pada usia 3 bulan. Aku taknak bawak ke klinik sebab baru few hours dia demam. Aku nak monitor dulu. Ada orang sampai kata aku ni sayang duit, tak sayang anak. 

Tapi aku bukan duduk diam. Jom share sedikit tips yang aku gunakan..

Bagi bayi bawah 6 bulan ke setahun
Just bagi susu ibu sekerap mungkin. Sedikit cabaran bagi bayi yang diberikan susu formula kerana, diketahui susu lembu boleh menyebabkan penghasilan mukus. Jadi takkan nak stop susu kan..? Kalau kahak atau hingus kelihatan pekat dan buat diorang susah nak bernafas, cuba buat steam dan tepuk percussion. Steam tu kalau kat bilik air guna pemanas air, boleh tutup tingkap bilik air dan tutup ruang bawah pintu, biarkan air mengalir 5 minit sampai wap penuh. Masuk dengan baby. Bagi duduk dalam tu dalam 5-10 minit. Supaya hingus dan kahak tu cair dan mudah nak keluar. 

VCO bagus diberi pada anak anak
Nasib la korang dapat emak gigih seperti ibu.. Hehehe
Kalau takde pemanas air macam aku. Masak air, lepas tu masuk dalam bekas. Tiarapkan baby kat kaki. Selit kepala baby kat celah kaki. Tutup dengan kain. Supaya wap terperangkap dalam tu. Jangan lama sangat. Takut lemas pulak baby. Letak garlic oil dalam air tu pun bagus.

Hati hati kalau nak guna bulb syringe untuk sedut hingus sebab penggunaan yang terlalu kerap boleh menyebabkan kerengsaan kulit dalam hidung. Lepas steam tu, tepuk dada dan bahagian belakang baby (bahagian paru paru). Ini untuk longgarkan kahak yang duduk dalam tu. Sebab kahak yang terkumpul kat situ boleh menyebabkan kuman membiak dan menyebabkan jangkitan pada paru paru pulak.. Selain dari tu. Buat garlic oil dengan cara bakar bawang putih dengan kulit kulitnya sampai hangus. Masuk dalam minyak. Nak guna minyak masak pun boleh. Minyak zaitun dan minyak kelapa dara lebih baik lagi. Sapukan pada dada, belakang, betis dan tapak kaki.

Kalau ada budget lebih, boleh beli humidifier. Yang sembur wap tu. Ada dua jenis tau.. Yang sejuk dan panas. Gunakan cool mist humidifier. Ada je yang murah murah tu.. Tapi kena rajin cuci tau sebab lembab lembab ni bakteria suka.. Kalau tak, hiris hiris bawang besar bungkus dengan tisu atau kain kasa, letak tepi tempat tidur pun membantu sangat tau!!

Kalau hingus still macam teruk sangat. Boleh guna air garam dan titis dalam hidung baby. Ini akan bantu untuk cairkan hingus. Air garam boleh buat sendiri. Tapi make sure guna filtered or purified water. Just letak sikit. Or boleh beli je sterimar kat farmasi. Sterimar tu air laut je. Takde apa.

Semua kaedah ni selamat dan berkesan juga untuk anak-anak yang lebih dewasa. Even sekarang aku sendiri pun titis air garam dalam hidung kalau hingus.

Bagi anak-anak lebih dewasa atau orang dewasa. 
Kalau diorang tak suka minum air suam semata mata, boleh buat air cuka apple campur madu dan tambah air. Masuk dalam botol. Bagi dia minum sepanjang hari. Dan ya.. Baunya memang off sikit. Aisy siap lari kalau aku nak bagi  air ACV kat dia. Hahaha..
ACV braggs

Anak-anak yang batuk selesema demam ni kadang tak selera makan kan.. Buatkan sup ayam. Reneh tulang ayam, carrot, celery, bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang., cengkih dan sebagainya sejam dua. Segala bahan tu sangat bagus untuk combat common cold. Kalau dia taknak makan, just nak hirup sup pun dah dapat protein yang mengalir dari tulang ayam tu kan..

Kenapa penjagaan awal ni semua penting..?

Sebab orang selalu anggap, ala selesema sikit je.. Batuk sikit je... Tak payah bagi ubat. Dan tak payah buat apa-apa. Bila dah teruk baru kalut.

Actually.. Langkah langkah awal ini sangat penting, sebab mukus yang berkumpul dalam hidung dan dalam paru-paru tu adalah tempat paling disukai oleh bakteria. Kalau dibiarkan mukus tu tak dibuang, bakteria akan bermaharajalela.. Itu yang kadang-kadang boleh jadi jangkitan pada paru-paru.. Pneumonia.. Tapi.. Tak elok jugak kalau kita bagi ubat batuk (cough suppressant) sebab batuk tu mekanisme buang kahak dan bendasing dari paru-paru. So, kalau tak batuk, nanti mukus tinggal kat paru-paru.. Jadi la pneumonia jugak.

Semua ni adalah langkah yang aku praktik pada anak-anak. Bukan diorang tak batuk. Bukan tak hingus. Tapi alhamdulillah, diorang tak demam teruk. So, ini salah satu usaha pencegahan yang aku lakukan sebab aku memilih untuk tak cucuk vaksin pneumakokal pada anak-anak. 

Good luck.

Daa

5 comments:

Suria Amanda berkata... [Reply]

bagus perkongsian ni Rai...boleh SA kongsi ngan adik beradik yang ada anak kecik...

Cho Zila berkata... [Reply]

memang ibu yang gigih.. ikutkan memang pun anak tu kecil lagikan..

LydSunshine berkata... [Reply]

Risau plak bila baca ni. Sbb anak saya ni dia batuk dgr berkeladak kahak. Rasanya dlm banyak2 yg disenaraikan tu, nak try letak bawang tu la. Sbb yg tu mcm unik skit.

QasehnyaRania berkata... [Reply]

tima kasih kak.
blh rujuk nanti..

Unknown berkata... [Reply]

Anak saya umur 1 thn 7 bulan. Sblm mengamalkan minyak kelapa dara dan habbatus sauda. Saya senang kena jangkit selsema kesian anak sbb terkena sama. Jadi saya bertekad nak kuatkan sistem imune, saya yakin beramal dgn habbatus sauda sbb Rasulullah kata ia ubat utk stp penyakit kecuali mati. Sbb nak jimat beli bijian habbatus sauda kisar sampai jadi serbuk menggunakan blender. Stp hari sblm sarapan dan sblm tdor makan .sesudu besar minyak kelapa dara dan sesuduh teh serbuk habbatus sauda. Ditelan bersama segelas air mcm mkn ubat. Alhamdulillah...dah 7 bulan saya xkena selsema atau demam baby pun sihat syukut pd Mu ya Allah. Saya makan minyak kelapa buatan Malaysia jenama tulen-oil.com

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com