Memaparkan catatan dengan label Pemakanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemakanan. Papar semua catatan

Rabu

Pemakanan di sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum

Tak kurang dari seminggu lagi kita akan menyambut bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. Bulan birthday Aqil Mubarak sebenarnya.. Hehehe.. Dia lahir 11 Ramadhan.. Bulan puasa bukan saja disambut meriah oleh umat Islam, tapi yang bukan Islam pun sangat suka. Sebab bulan ni lah antara bulan paling mewah dengan pelbagai makanan. Biasanya mereka pun turut sama memeriahkan bazaar ramadhan mencari menu pencuci mulut yang pelbagai rasa dan perisa.

Kalau yang bujang, mula la merancang bazaar ramadhan mana yang nak diterjah. Juadah apa yang nak dibeli sepanjang ramadhan kali ni. Kalau sang ibu pulak, mula la gugel gugel resepi mudah pantas dan sedap untuk dijadikan menu berbuka.

Tak kira makan di rumah, di kedai makan mahu pun di hotel mewah. Persoalan paling penting.. Bagaimana korang memastikan diri sendiri dan keluarga mendapat khasiat makanan seimbang di sepanjang bulan ramadhan. Bagi yang membuat perancangan rapi untuk menu berbuka puasa dan sahur di sepanjang ramadhan akan tersenyum lebat bila melihat angka di timbang menjelang akhir ramadhan. Tapi tak kurang jugak yang mengeluh dengan pertambahan angka angka tersebut.

Apa strategi korang sebagai isteri, sebagai ibu..

Makanan yang sihat tak semestinya tak sedap.. Sebagaimana pentingnya kita merancang dan membahagikan masa untuk beribadah di sepanjang ramadhan, membuat perancangan rapi bagi menu berbuka puasa dan bersahur juga penting. Sebab selama beberapa tahun kebelakangan ni rakyat negara kita dah berjaya menjuarai carta paling ramai obes di rantau asia ni. So, janganlah kita jadi salah seorang penyumbang kepada statistik tersebut.


Mungkin ramai yang kata.. Biarlah gemuk asalkan sihat.. Kalau kurus tak tentu lagi sihat. Hakikatnya.. Kita bukan tak tau hakikat bahawa orang gemuk lebih berisiko.

So, apa pelan pemakanan sepanjang ramadhan korang..?

Daa

Mengatasi masalah craving

Assalamualaikum

Dari reply oleh Kak Aziela tentang carbo craving dalam entry 7 tips menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Mengapa berlaku carbo craving?
Salah satu faktor yang menyebabkan craving pada makanan manis dan makanan yang berkarbohidrat adalah disebabkan oleh jangkitan yis. Ianya dipanggil candida infection atau overgrowth yeast infection. Candida infection ni biasanya berlaku dalam mulut (oral thrush), pada vagina dan boleh juga menguasai sistem penghadaman manusia. Bila yis ni bersarang di sistem penghadaman manusia, bakteria baik akan mati. Ini menyebabkan pelbagai masalah akibat dari balance antara bakteria baik dan jahat tak stabil dalam usus dan akhirnya menyebabkan leaky gut syndrome yang menyebabkan masalah lebih teruk lagi termasuk menyebabkan ketidakstabilan hormon. Seperti yang kita tahu, yis ni makanannya adalah gula. Jadi bila yis berkembang biak, ia akan menyebabkan kita craving pada benda benda manis dan berkarbohidrat. Selain dari tu, yis yang banyak tu menyebabkan usus kita tak dapat nak serap nutrisi dengan baik.

Oleh sebab itulah otak akan hantar signal suruh makan lagi sebab badan belum dapat nutrisi yang mencukupi. Tapi, apabila kita pilih makanan yang tak sihat, ianya akan menyebabkan keadaan lebih teruk lagi. Iritasi akan berlaku dan akhirnya leaky gut syndrome akan jadi lebih teruk lagi akhirnya menyebabkan pelbagai masalah.

So.. Dalam kes nak mengawal atau menurunkan berat badan. Sebagai langkah pertama, aku suggest supaya kawal carbo craving dengan mengawal jangkitan yis. Dan seterusnya makan supaya badan dapat nutrisi sepenuhnya sebelum detox. Lagi pun, banyak health practitioner tak recommend buat detox yang terlalu harsh. Takut badan terkejut dan menyebabkan masalah lain pulak. Detox jangka panjang adalah lebih selamat.

Langkah langkah bagi menghapuskan jangkitan yis (candida)
(1) Elakkan gula, yis, keju, coklat, cendawan, kicap, cuka (white distilled vinegar) dan semua makanan yang mengandungi MSG
(2) Elakkan dari makan refined carbohydrate dan yang ada gluten - Nasi putih, tepung gandum, pasta dan sebagainya. Roti canai pun tak boleh aaa..
(3) Kekacang yang dibuang kulit ditakuti ditumbuhi kulat juga perlu dielakkan. Kalau yang masih dalam shell dia okay.
(4) Makan beras perang, oat, bran, ikan, sayur, dan buah buahan yang tak terlalu manis (jangan buah yang terlalu masak, gula tinggi)
(5) Makan makanan yang kaya dengan bakteria baik macam yogurt, kimchi, miso, tempeh dan kefir. Supplement seperti nutri bifidus juga boleh membantu untuk memeriahkan bakteria baik dalam usus. Tapi probiotik supplement tak perlu ambil sepanjang masa. Cuma di peringkat awal saja. Selebihnya amalkan makanan yang kaya bakteria macam yang dicadangkan di atas.
Probiotic supplement
(6) Elakkan dari makan antibiotik, pil elak mengandung dan ubat yang mengandungi steroid. Kalau terpaksa jugak jugak makan antibiotik. Habiskan course antibiotik dan terus makan probiotik untuk replace bakteria baik. Tapi ingat, certain antibiotik bagi permanent damage pada bakteria baik dalam usus.
(7) Kurangkan kalau boleh elakkan makanan yang diproses dan di tinkan buat sementara waktu.
(8) Minum air secukupnya. 2liter air bagi seseorang yang mempunyai berat 25kg. Jadi boleh kira berapa jumlah air yang diperlukan untuk berat masing masing.
(9) Sepanjang proses mengatasi masalah jangkitan yis ni, aku sangat sangat recommend untuk ambil multivitamin. Oleh sebab usus kita tengah ada masalah nak extract nutrisi daripada makanan yang dimakan, jadi nutrisi dalam bentuk yang concentrate sangat membantu untuk memastikan badan mendapat nutrisi yang secukupnya
Multivitamin Double X
(10) Selain dari itu, virgin coconut oil adalah antifungal semula jadi yang sangat bagus. Manakala apple cider vinegar dapat membantu menstabilkan pH dalam usus supaya yis tak dapat membiak. Tapi kena pilih raw unfiltered apple cider vinegar macam jenama braggs. Boleh beli kat Giant. Jenama lain pun takde masalah, tapi cari yang cecairnya tak jernih tu. - Virgin Coconut oil boleh minum begitu saja atau gunakan untuk menumis ketika masak. Apple cider vinegar pulak boleh campurkan satu sudu kecil ke dalam segelas air atau renjiskan ke dalam salad.

Kalau tak mampu nak elak langsung, boleh kurangkan sedikit demi sedikit. Sekiranya pembiakan bakteria sangat teruk, akan ambik masa beberapa minggu. Tapi sepatutnya dalam dua minggu pertama dah boleh rasakan kesannya.

Dengan buat 10 langkah ni, dah berjaya buat dua langkah daripada 7 langkah untuk menurunkan berat badan. Iaitu, nourish your body dan juga memperbaiki sistem penghadaman.

Sebelum mulakan 10 langkah ni, jangan lupa measure berat dan ukur lilit badan untuk bandingkan perubahannya.

Good luck.

:: Supplement yang di atas adalah sebagai cadangan untuk support sistem kita sepanjang proses ini. Bukan wajib. Cuma sebagai panduan bagi pilihan yang ada.

Daa

Jumaat

5 colours diet the series

Assalamualaikum

::Republish entry::

Kalau yang belum pernah dengar tentang diet ni boleh baca entry sebelum ni - Diet lima warna

Kenapa phytonutrient (fitonutrien) ni penting? Kita tahu antara zat utama yang kita perlukan adalah
(1)    Makronutrient yang fungsi utamanya membekalkan tenaga seperti karbohidrat, protein dan lemak
(2)    Mikronutrient iaitu vitamin dan mineral. Vitamin larut air - B dan C, Vitamin larut lemak iaitu A, D, E & K. Mineral pulak ada banyak dan boleh google listnya sebab aku malas nak listkan satu persatu. Hehehe..
(3)    Serat & air

Phytonutrient masuk kategori mana? Sebenarnya hanya baru baru ni saintis sedar akan kepentingan phytonutrient dalam diet seharian kita. Nak cakap baru pun takde la baru sangat. Tapi surely benda ni tak masuk dalam buku teks sekolah :D So saintis found that phytonutrient ni ibarat macam pemangkin kepada nutrient yang utama kita perlukan. Dengan kata lain, tanpa phytonutrient ni peratusan vitamin diserap oleh tubuh adalah rendah dan actually sangat tipis. So mudahnya, vitamin tablet yang dibuat dalam lab tanpa kehadiran phytonutrient ni berkemungkinan besar hanya akan menghasilkan expensive urine sebab hanya sebahagian kecil yang dapat diserap oleh tubuh manusia akibat ketiadaan phytonutrient. However, masih banyak lagi yang tak diketahui tentang fungsi phytonutrient ni. Rahsia alam yang masih perlu dikaji kan :D

But the key adalah kena make sure kita bukan setakat makan 5-9 serving buah dan sayur, tapi dengan various colours!

So far aku sure ramai yang pernah dengar pasal bioflavonoid dan caretonoid, yang advance sikit pernah dengar tentang isoflavones. Ini sebenarnya adalah contoh phytonutrient yang terkandung dalam sayur dan buah yang kita makan. Ada banyak lagi yang lain dengan fungsi tersendiri.

(1)    Lycopene - Terkandung dalam tomato
Kajian menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan tomato dalam diet harian mengurangkan risiko kanser prostate bagi orang lelaki. Dalam kajian tersebut, lelaki yang mempunyai kadar serum lycopene yang tinggi dalam badan mempunyai risiko prostate cancer yang lebih rendah berbanding lelaki yang mempunyai kadar lycopene yang rendah. Selain itu, epidemiological studies menyarankan bahawa lycopene juga membantu menurunkan risiko kanser paru paru dan perut. Berita baik bagi wanita pula adalah pengambilan lycopene yang tinggi mengurangkan kesan radiasi UV terhadap kulit dan membantu melambatkan proses sunburn dari berlaku. Oleh itu, sebelum ke pantai makan tomato ye. Hehehe..

(2)    Lutein - Terkandung dalam sayuran hijau macam bayam dan capsicum
Lutein membantu kesihatan mata. Ada saintis yang kaji macular mata manusia dan mendapati dalam tu mengandungi banyak lutein. Lutein membantu menyerap cahaya biru dan membantu melindungi retina dari kerosakan akibat pancaran gelombang pendek. Kalau ada yang tak perasan, orang kencing manis actually selalu akan ada masalah makin kabur. Ianya adalah disebabkan oleh macular degeneration. Aku tak reti sangat nak terangkan tapi kalau nak tau kita ada masalah tu ke tidak buat test mata. Cari la gambarnya kat Google (hamboi aku ni semua suruh orang google kan..hehehe)

Actually ada banyak lagi macam EGCG (banyak di dapati dalam daun teh), ellagic acid (dalam berries yang berwarna merah), Hespiridin (buah oren), allicin (bawang) dan banyak lagi. Setiap satunya ada fungsi berbeza dan penting untuk kesihatan kita (ada booklet sebenarnya :P. Dapat dari kelas yang aku pergi )


Nota kaki : Thanks pada yang ucap tahniah semalam dan hari ni, aku tak sempat nak merewang BW laju laju sangat. Bos besar mintak macam2. Haihh..Cam ni la nasib jadi kerani...



Phytonutrient dari 5 warna sayuran? Nutrilite ada satu. Double X. Tapi ingat.. Supplement bukan in replacement untuk pemakanan seimbang, tapi additional to. Sebagai guarantee kita mendapat nutrisi yang mencukupi.

Daa

Khamis

5 tips kreatif ajar anak makan sayur

Assalamualaikum

Ramai ibu bapa yang hampir hampir mengalah bila sampai bab mengajar anak makan sayur. Sampai ada yang ugut anak suruh makan sayur. 
Alhamdulillah. Aqil dengan Damia tak ada masalah makan sayur buat masa ni. Walau pun sayur berdaun agak kurang digemari, tapi diorang tak banyak komplen bila aku atau shujin mintak diorang cuba dulu sayur tu.

Sebelum give up.. Cuba kaedah ni dulu. Ye lah kan. Sayur tu penting sangat sangat. Dari situlah datangnya serat, phytonutrient, vitamin dan bermacam mineral yang diperlukan oleh tubuh anak-anak yang nak membesar ni.

(1) Jadi kreatif dan buatkan ianya satu perkara yang menyeronokkan
Cuba terap lobak merah jadi bentuk bunga. Atau lorekkan buah tomato dengan mata dan mulut. Buat sikit dialog sebelum suapkan pada mereka. Selain dari diorang rasa seronok, dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak jugak kan..

(2) Hidangkan sayur dalam bentuk yang unik
Jangan asyik hidangkan salad dengan mayonis atau thousand island saja. Atau pun kobis masak rebus je. Cuba grill brokoli dan letakkan keju atasnya supaya ianya nampak lebih menyelerakan. Potong lobak merah panjang panjang dan buat macam nini cokolat celup. Tentu bebudak pun rasa eksaited nak makan. Jadikan snack minum petang yang berkhasiat!

(3) Bagi anak makan buah
Jangan terlalu fokus pada sayur. Buah buahan yang sedap pun banyak. Tapi jangan terlebih pulak, sebab buah banyak gula :D

(4) Ajak anak anak melibatkan diri dalam proses penyediaan
Bagi anak anak tolong terap sengkuang jadi bentuk atau cuma sekadar tolong basuh sayur sayuran. Bila nak ajak makan, mereka tentu lebih gembira sebab makan makanan yang diorang sediakan sendiri
(5) Tunjukkan contoh yang baik pada anak anak
Kalau dah mak bapak pun tak suka makan sayur.. Macam mana anak nak suka. Betul tak? Dulu sebelum ada anak, aku memang anti carrot. Boleh tubuhkan kelab bagai. Tapi since Aqil lahir. Aku paksa diri aku enjoy makan sayur demi menunjukkan contoh yang baik pada anak anak.

Sesiapa juga tak suka dipaksa. Jadi, lakukan secara berhemah. Setiap kali masa makan, masukkan sayur ke dalam pinggan mereka. Kalau diorang taknak, mintak dia cuba dulu. Kalau dia kata tak sedap, suruh dia letak tepi pinggan dia. Tapi jangan berhenti mencuba. Sambil tu terangkan kebaikan makan sayur. Kaitkan dengan karakter kegemaran mereka. Contohnya kalau nak kuat macam popeye, kena lah makan sayur hijau. Atau ibu bapa sendiri adalah sebenarnya idola anak-anak. Jadi, kalau nak hensem macam ayah atau cantik macam ibu, kena makan sayur. 


Shujin dan aku, sedikit demi sedikit menerangkan tentang vitamin dan mineral dalam sayur dan pentingnya semua tu untuk kesihatan anak-anak. Tambah lagi, penglibatan aku dalam perniagaan berkaitan dengan produk kesihatan, lebih mudah dan sangat membantu untuk memberikan pendedahan tentang pentingnya makan secara sihat bagi anak-anak. Dan jangan lupa puji pujian kalau diorang mencuba makan sayur walau pun akhirnya diorang tak suka sebab rasanya pahit dan sebagainya.

Apa lagi..? Mula kan dari hari ini.

Selamat mencuba

Daa

Rabu

Amalan mudah mengempiskan perut buncit

Assalamualaikum

Masalah wanita dan lelaki bila menjelang usia pertengahan adalah masalah perut buncit. Lebih lebih lagi bagi wanita yang dah mengandung dan melahirkan anak. Nak bersenam, malas tak sempat. Ramai cuba crash diet mahu pun product karut marut. Tapi akhirnya tak ke mana mana. So acaner?

Ini adalah antara perkara yang boleh diamalkan bagi mengempiskan perut yang buncit. Dan sekali gus menguruskan badan.



(1) Minum segelas air sebelum makan. Elakkan minum air ketika makan
(2) Makan dengan pinggan yang berwarna gelap
(3) Makan dengan tenang, kunyah makanan sekurang kurangnya 40 kali – Kunyahan dapat membantu sistem penghadaman dan dapat mengelakkan kita dari terlebih makan.
(4) Elakkan dari makan sambil menonton televisyen
(5) Dapatkan tidur yang secukupnya – Rehat yang secukupnya membantu proses metabolisme badan kita
(6) Banyakkan tersenyum. Elakkan dari terlalu stress – Stress menyebabkan lemak terkumpul di perut dan sekaligus menyebabkan perut menjadi buncit.
(7) Banyakkan berjalan
(8) Rajin mengemas rumah. Lap lantai menggunakan kain berbanding mop – Dapat membakar kalori berlebihan
(9) Duduk dan berjalan dengan postur yang betul – Duduk dengan badan sedikit membongkok menyebabkan otot perut tidak bekerja dan menyebabkan lemak lebih mudah terkumpul.
(10)  Lakukan plank selama 1minit sebaik bangun pagi dan sebelum tidur – Plank sangat baik untuk menguatkan core kita
Senaman mengempiskan perut bagi yang rajin..hihihi
Tak susah pun kan.. Nak ubah semua habit dalam satu hari memang sukar, tapi buat satu persatu. Insya allah akan berjaya.
Selamat mengempiskan perut buncit.

Daa

Isnin

Resepi mudah makanan bayi

Assalamualaikum

Memasak untuk bayi adalah paling mudah bagi aku. Tinggal rajin ngan malas je. Tak payah fikir nak bagi cukup garam gula rempah bagai pun.

Tengok budak ni. Semangat je nak makan. Haha..

Aisy start makan bila cukup 6 bulan. Bagi aku perkara paling susah adalah nak mengelak dari orang yang nak bagi "cuba rasa" macam macam makanan yang tak sesuai dengan umurnya.

Mula mula start makan, aku start dengan puri buah dan sayuran. Carrot, pisang, pear, labu, mangga.. Bila da lapan bulan baru aku start yogurt dan bubur nasi. Nak buat bubur nasi hari hari agak leceh kan. Unless kalau guna slow cooker. Malam masuk dalam slow cooker. Pagi dah siap.

Tapi aku tak rajin sangat jugak. So, weekend, aku basuh beras.. Sangai sampai kering dengan api perlahan. Untuk elak dari beras hangit, pastikan sentiasa kacau dengan sudip. Blender kering. Jadi beras untuk bubur instant. Hehe..


Simpan dalam bekas. Bila nak guna, ambil sesudu. Mula mula aku bagi nasi semata mata. Gradually tambah sayur dalam tu. Sekarang aku letak bebola ayam buat sendiri nak bagi ada rasa ayam. Bawang putih dan beberapa biji habbatus sauda.


Yang ni aku letak wakame (seaweed jepun) yang dipotong kecik kecik.

Makan je dak kecik tu. Alhamdulillah so far aku slowly introduce pada makanan dan belum pernah kena sembelit. Aqil dengan Damia dulu pernah gak kena. Harap harap dia terus ok.

Hmm.. Nak beli cauliflower pulak nanti..

Peringatan : Makanan bayi bawah umur setahun tak perlu letak garam dan gula.

Daa

Rabu

Resepi sarapan sihat dan ringkas

Assalamualaikum

Sihat la sangat kononnya sarapan aku hari ni..hahaha

Korang sarap apa hari ni?

Daa

Jumaat

Mengapa homemade yogurt

Assalamualaikum

Agak beberapa lama tak update pasal penternakan yogurt. Sekarang aku agak aktif buat yogurt memandangkan Aisy da tinggal beberapa hari lagi masuk 8 bulan. 


So, sebagai salah satu kaedah nak memperkuatkan sistem pertahanan badan dia. Aku da start kenalkan yogurt. Alhamdulillah anak anak dan Aisy juga sangat suka yogurt. Aku bagi plain yogurt la.

Aku rasa maybe sebab dibandingkan dengan yogurt yang dijual kat pasaran, yogurt yang aku buat kat rumah ni tak berapa masam. Bau dan rasa memang sangat sangat lemak. Especially bila guna fresh milk. Tapi, jujurnya takde lah all the time aku buat guna fresh milk. Satu hari kami boleh habiskan 800ml-1liter yogurt. So agak lari bajet kalau buat guna fresh milk hari hari kan. Hehehe. Aku buat guna susu tepung full cream fernleaf. Rasanya agak kurang lemak berbanding fresh milk. Tapi still sangat sedap.
 
Comot makan yogurt

Aku memang bukan penggemar susu. Bau dan rasa memang out. Tapi dengan yogurt memang aku ok sangat sangat. Buatnya tak susah. Khasiatnya pun lebih lagi. So why not? Lebih lebih lagi yogurt yang dibuat sendiri ni dah takde bahan pengawet dan gula. Sebab biasanya aku makan plain yogurt. Kalau nak sedap sikit, boleh makan dengan jem, buah buahan segar, buah buah kering, kekacang, oat, granola dan macam macam lagi. Stok granola dah habis kat rumah sebab diorang makan macam makan nasik. Haishh..

So, nak kena restock selalu lah kekacang dan oat. Anak-anak memang hantu oats. Kalau buat granola lagi la. Eh lapo pulak cerita makan je. Hehehe..

Rujukan :
Cara buat yogurt langkah demi langkah
Yogurt perisa creamy milky strawberry
Homemade granola aku

Bagi yang ada masalah penghadaman, gastrik, susah nak buang air dan sebagainya. Maybe boleh cuba amalkan yogurt ni. Memang terbaik.

Daa

Selasa

Vitamin supplement sebagai polisi insurans

Assalamualaikum

Kepentingan vitamin supplement selalu diperdebatkan. Even di kalangan doktor dan ahli nutrisi sendiri.

Antara fakta yang menyokong pengambilan vitamin supplement adalah, kandungan mineral dalam tanah semakin berkurangan akibat dari pertanian tak terancang. Malah ada kajian yang kata, kandungan zat besi dalam sayur bayam pada hari ini jauh lebih rendah berbanding kandungannya pada 50 tahun dulu. Zaman sekarang, kebanyakan orang makan banyak. Tapi makan makanan yang tak berkhasiat. So, kita kena fokus pada kualiti makanan yang diambil. Makan nasi dua tiga pinggan, ayam setengah ekor. Tapi sayur takde. Atau salad sikit je. So mana nak sihat..?


Kalau makan sayur pun, banyak kes sayur overcooked. Nutrisi tah ke mana mana. Ditambah dengan kehidupan masa kini yang penuh pancaroba, kadar stress yang meningkat, menyebabkan keperluan vitamin seperti vitamin B, C meningkat.


 Manakala, bagi yang tidak menyokong pengambilan vitamin supplement pula mengatakan bahawa, pengambilan vitamin dalam sebarang bentuk pil adalah membazir dan kita boleh mendapatkan semua khasiat yang diperlukan oleh tubuh dari makanan yang kita makan. Malah, ada juga yang mengaitkan pengambilan vitamin supplement dengan penyakit seperti kegagalan buah pinggang dengan vitamin supplement.

Aku tak nafikan, kedua pihak ada fakta mereka masing masing. Bagaimana pun, pada aku. Kita tak boleh pukul rata semua vitamin supplement itu sama. Dan kita juga tak boleh pukul rata yang semua manusia itu mempunyai keperluan yang sama.

Setiap individu kena faham. Yang paling penting adalah makan dengan seimbang. Semua nutrisi ada kepentingannya masing masing. Walau pun apa jua keadaan, walau pun sakit kencing manis. Still kena makan gula (read : glukos), kalau tak jadi hypo pulak. Banyak tau kes pesakit kencing manis meninggal dunia sebab kandungan gula dalam darah terlalu rendah.

Sebagai tambahan. Kita ambil vitamin supplement juga. Untuk cukupkan keperluan nutrisi harian kita.

Basuh pun boleh menyebabkan kehilangan nutrient


Calcium magnesium tambahan

Tapi bukan bermaksud kita boleh suka suki nak makan bege mekdi atau ayam kepci hari hari.

Takkan kalau kita dah ambil polisi insurans kita nak saja saja bawak kereta laju laju langgar treler? Atau saja saja nak pegi masuk kandang beruang kan.. Itu cari nahas namanya. Kalau beli insurans pun company boleh void claim kita.

So macam tu lah vitamin supplement. Bukan untuk replace nutrisi yang kita dapat dari makanan yang dimakan. Tapi sebagai tambahan untuk tubuh. Bukan juga bermaksud kita boleh makan suka suki tanpa memperdulikan khasiat makanan dengan beranggapan bahawa khasiat dari sebiji tablet supplement boleh menyelamatkan kita.

So, kalau ada sesiapa yang pregnant ke breastfeed ke yang tanya, nak kena makan supplement ke. Jawapannya adalah terpulang pada diri sendiri. Nak makan boleh. Taknak makan pun tak salah. Tapi kena pastikan makan makanan yang seimbang setiap hari. Still, aku agak recommend ambik supplement sebab how much kita cuba deny yang kita makan secara sihat pun, most of us memang tak makan secara sihat. Dan, dengan lifestyle yang penuh kesibukan. Kita require sedikit jaminan yang tubuh kita betul betul dapat cukup nutrisi. Dengan vitamin supplement yang betul dan yang baik, mesti dapat rasa bezanya. Insya allah.

Take care

Daa

Sedikit info tentang imun sistem

Assalamualaikum

Aku perasan yang ramai tanya...Habis, kalau tak vaksin macam mana nak melindungi anak dari penyakit..?

Bayi dalam perut dilindungi oleh ibunya, sebaik lahir, ia akan dilindungi oleh antibodi dari darah ibu yang masuk ke tubuh bayi melalui tali pusat dalam 3 bulan terakhir di dalam rahim ibu. Ianya dipanggil imuniti pasif. Antibodi ini akan berkurang dan bayi akan mula menghasilkan antibodi sendiri. Teorinya, vaksin adalah untuk stimulate imun sistem bayi untuk menghasilkan antibodi terhadap sesetengah penyakit yang dikatakan berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Malangnya, oleh kerana sistem imun bayi masih belum berkembang, bagaimana respond sebenar imun sistem terhadap vaksin masih belum diketahui sepenuhnya. Lebih lebih lagi sebab tiada data tentang ini dan faktor keselamatan juga perlu diambil kira.

Contoh yg mudah macam ni.. Kalau orang ada lesen, cara dia respond terhadap perkara yang berlaku atas jalan raya, mungkin kita boleh predict. Kalau ada lampu merah, akan berhenti. Kalau simpang kena slow. Tapi bagi orang yang tak pernah bawa kereta, takde lesen. First time naik kereta, dia pun tatau nak respond macam mana.

Sistem imun bayi akan terus berkembang dan mula matang sehingga umur 5 atau 6 tahun. Bagi bayi yang disusukan dengan susu ibu, ia akan mendapat bekalan antibodi ibu melalui susu ibu. Susu ibu adalah vaksin semula jadi. Sebab tu orang barat pun dah mula menggalakkan penyusuan susu ibu sampai umur 2 tahun. Yang menariknya, kalau seorang ibu pernah kena chicken pox, dia akan menyalurkan antibodi terhadap chicken pox pada anaknya. Begitu juga penyakit lain. Tapi... ada satu kajian menunjukkan bahawa, kalau ibu tu mendapat vaksin, jumlah antibodi yang disalurkan pada anak terhadap penyakit tersebut akan berkurang. Still, tak bermaksud ambik vaksin adalah the only choice yang kita ada.

Kajian sendiri menunjukkan bahawa, imun sistem bayi adalah lebih kuat dari yang kita sangkakan. Walau pun artikel yang aku share ni adalah artikel yang menyokong vaksinasi, tapi kalau baca betul betul ianya adalah satu bukti bahawa vaksin adalah tak perlu. Kalau kata secara teorinya vaksin boleh diterima oleh bayi adalah sampai 10,000 vaksin dalam satu masa, kenapa tidak satu atau dua penyakit dalam satu masa?



Sistem pencernaan adalah penyumbang pada imun sistem yang terbesar. Tak silap lebih kurang 70%. Ada juga yang kata sampai 80%. Ada satu pesanan Rasulullah juga ada menyebut bahawa banyak penyakit adalah berpunca dari perut. Dan ianya bukan saja tentang apa yang patut kita makan, tetapi juga apa yang tak patut dimakan. Beri air kosong pada bayi yang baru lahir memusnahkan lining pada perut bayi dan mengurangkan imun sistemnya. Antibiotik dan vaksin juga dikatakan memusnahkan flora dalam digestive track. 
Antibiotic damage to gut flora may be permanent 
Damaged gut flora menyebabkan pelbagai masalah termasuk masalah mental - Gut flora & mental illness

Flora dalam digestive track ni sepatutnya dikekalkan dengan seimbang. Satu case study kontroversi yang dilakukan oleh Dr Andrew Wakefield menunjukkan bahawa, kebanyakan kanak-kanak yang autism mengalami masalah irritable bowel disease. Teorinya ia mungkin disebabkan oleh vaksin. Walau pun ianya belum dibuktikan oleh kajian main stream, namun banyak kajian yang menunjukkan bahawa, gut flora mempengaruhi brain function. Bukan itu saja, imbalance gut flora boleh menyebabkan obesity, asma, ekzema dan imun sistem jadi lemah. So, sedikit sebanyak ianya explain kenapa kes asma, ekzema, autism sangat berleluasa kerana penggunaan ubat moden yang memusnahkan keseimbangan gut flora dan mengganggu fungsi dan perkembangan imun sistem. Dan masih ramai yang blame genetik T_T



So, sekarang kita tau yang menjaga apa yang masuk ke dalam perut adalah sangat penting bukan saja untuk imun sistem, malah penting untuk perkembangan mental seseorang. Yeah, of course fizikal juga. Satu kes yang aku terbaca, orang ni suka makan sayur dan minum air cukup, tapi still kena sembelit. Rupanya gut flora dia tak balance. Aku tak reti nak terangkan how it connect, tapi lepas dia makan probiotic sebagai treatment, simptom tu pun hilang. 

Thats why kita kena ambil berat apa yang masuk dalam perut anak dalam usia awalnya. Kesannya mungkin kita tak nampak terus, tapi later ia boleh jadi. Sama ada kita sedar atau tidak. So, jangan la buli perut anak dengan bagi macam macam benda sebelum 6 bulan tu. Dan sebaik nak introduce makanan tu, make it slowly. Aku tau sangat exciting tengok anak comot comot makan makanan macam orang dewasa. Tapi make sure kita sebagai ibu bapa kena faham yang budak masih dalam proses belajar.

In case, kalau terpaksa jugak makan antibiotik atau cucuk vaksin. Atau dah tercucuk vaksin. Ada baiknya cuba bagi makan probiotik. Aku tak nafikan minuman kultur macam yakult dan vitagen tu memang mempunyai live bacteria yang bagus untuk penghadaman, tapi aku skeptikal bab ianya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Better beli plain yogurt dan tambah perisa sendiri. At least kita tau berapa banyak gula yang kita masukkan dan boleh control. Lagi bagus kalau makan plain yogurt dengan buah saja. Atau pun makan makanan yang ditapaikan (fermented) macam tempe, kimchi, miso dan banyak lagi..

Avoid processed food, makan sayur dan buah dan variasikan warnanya. Bukan cuma makan hijau. Kuning putih biru ungu oren pun makan jugak. Sebab sayuran berwarna ni kaya dengan phytonutrient dan tinggi antioksidannya. Antioksidan dikatakan contribute untuk menguatkan imun sistem. Perkara sekecil, minum air yang telah ditapis pun boleh mempengaruhi imun sistem tau.

Sebaik mungkin, kurangkan juga penggunakan bahan yang mengandungi bahan toksik berbahaya. Sabun yang digunakan kat rumah pun. Kalau boleh gunakan product yang kurang bahan kimia berbahaya. So far, aku gunakan sabun sabun yang environment friendly. Katanya baik untuk alam, baik untuk kita. 

Aku rasa tak sedikit jugak kot.. Hehehe..
Harap info ni membantu.

Daa

Jumaat

Aisy, imunisasi dan vaksinasi

Assalamualaikum

Pernah aku ceritakan sedikit sebanyak pasal keengganan aku cucuk Aisy dengan vaksin. Aisy cuma sempat dapat HepaBig dengan BCG masa lahir. Lepas tu aku tak continue dengan vaksin yang lain. Entry ni mungkin sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan Fara tentang apa yang aku bagi pada Aisy dan anak-anak lain since aku da tak vaksinkan diorang.

Since aku pilih untuk reduce dan seboleh mungkin eliminate penggunaan ubatan untuk kami sekeluarga, proses jadi lebih mudah. Especially antibiotik. Aqil dan Damia dah FREE dari segala ubat demam, batuk selesema sejak lebih setahun. Kalau demam, aku still bawak dia pergi klinik untuk diagnosis, tapi so far diorang berjaya sembuh dengan natural remedies. Alhamdulillah. Aisy dah masuk 7 bulan pun totally FREE dari segala jenis ubat. Demam dua kali, sembuh dengan susu ibu semata mata.

Cabaran adalah bagaimana meningkatkan sistem imun anak-anak.

Untuk Aisy, of course dia masih full breastfeed. Aku baru start bagi makan masa dia 6 bulan. Makan puree buah buahan dan sayuran. Bubur nasi aku baru nak start bulan ni. Makanan dia tak ada campuran gula dan garam. Insya allah aku cuba sampai at least setahun. Selain tu, kadang kadang aku coletkan madu dan kurma kat mulut dia. Aku sendiri, aku amalkan makan habbatus sauda yang biji biji tu, makan chia seed, supplement tambahan. Aku bukan clean freak dan aku memang tak sempat nak mengemop hari hari. Tapi aku rasa, sedikit exposure pada kecomotan juga membantu melatih imun sistem anak anak. Macam masa kita kecik dulu dok main hujan sesekali kan. Cuma zaman sekarang ni hujan pun agak bahaya, so aku takde la bagi diorang main air hujan.

Jatuh sakit is actually not a bad thing. Demam selesema dapat melatih imun sistem anak. Dengan penjagaan yang betul, ianya bukanlah satu penyakit yang menakutkan. Sama macam chicken pox, demam campak.. Banyak medical advice akan kata "let the fever take it course" Tapi bukanlah bermaksud biar je anak sakit tak buat apa apa.

Nanti ada masa aku share tentang panduan asas untuk meningkatkan imun sistem. Boleh digunakan untuk semua peringkat umur.

Daa

Khamis

Cara memilih avocado

Assalamualaikum

Avocado adalah sejenis buah yang dikatakan mempunyai banyak khasiat. Merupakan antara superfood yang sangat sesuai dijadikan makanan pertama bagi bayi. Walau pun avocado ni sejenis buah, ianya kaya dengan lemak mono-tak tepu (mono saturated fat?) yang mudah ditukarkan menjadi tenaga. Ada terlalu banyak kajian tentang kebaikan makan buah avocado ni. Contohnya..

Previous research has found avocado can help optimize cholesterol levels within as little as one week; contains compounds that appear to inhibit and destroy oral cancer cells, and those that protect against liver damage
Meh tengok nutrition facts tentang avocado
Masalahnya kita kat Malaysia ni adalah. Yang pertama.. Buah avocado ni mahal kemain. Sebiji avocado boleh beli sepinggan nasik. Hoho. Dah la nak pilih pun susah. Masa Damia dulu teringin nak bagi Damia makan avocado ni. Salah beli, beli yang belum masak. Keras kemain. Laki bini duk pening. Hahaha.. So bila jumpa cara nak mengenali avocado yang dah masak ni rasa eksaited nak bagi Aisy cuba pulak. Nasib la jadi anak anak ni.. Bahan eksperimen ibu bapanya. Hahaha..

Aku pun tak penah makan avocado ni. Apa rasa agaknya..

Korang penah makan..? Sedap ke? Kalau sedap boleh la cuba buat smoothies bagai untuk abang dengan kakak sekali. Hihi..

Daa

Jumaat

Membantu kanak-kanak ADHD melalui pemakanan

Assalamualaikum

Aku pun tak banyak pendedahan sangat tentang ADHD ni. Tapi ini adalah sebahagian dari info yang aku dapat masa kelas Dr Aziz. Dari aku kepam je info tu dalam buku nota baik aku share kat blog. Semoga ada yang mendapat manfaat darinya.

ADHD adalah singkatan bagi attention deficit hyperactivity disorder. Agak susah juga nak detect masalah ni. Tapi, ibu bapa kena peka dan tengok perkembangan anak-anak. Anak-anak yang ADHD ni biasanya ada masalah nak fokus, susah fokus, kalau buat something tu tak boleh buat benda yang sama lama lama. Cepat jemu la senang kata. Selain dari tu tak boleh nak duk diam.. Boleh baca SINI

Biasanya kanak-kanak ADHD ada masalah dyslexia jugak. Tapi tak semua la.

Kalau tak silap aku punca kedua dua masalah ni tak jelas sangat, tapi antaranya adalah faktor genetik dan pemakanan.

Apa pun. Bukan mudah nak kenalpasti masalah ni. Tapi dengan mengenalpasti masalah ni dari awal lagi ianya akan membolehkan ibu bapa ambil langkah yang sesuai bagi memastikan kanak-kanak ini mendapat perhatian yang sewajarnya.

Bagaimanakah pemakanan yang dapat membantu kanak-kanak ini..?

Ada pendapat mengatakan bahawa makanan yang manis menyebabkan simptom ADHD menjadi lebih teruk lagi. Bagaimana pun, apabila ujian dijalankan, reaksi kanak-kanak ini terhadap gula tidaklah begitu jelas. Perlukan kajian lanjut. Bagaimana pun, oleh kerana kita pun tau yang gula ni tak elok kalau berlebihan. So elok lah dikawal juga pengambilan bagi mereka. Kurangkan snack yang manis manis..

Selain dari tu, makanan yang diproses yang mengandungi bahan tambahan (perasa, pewarna) dan pengawet tiruan sangat sangat perlu dielakkan.

Makanan yang baik diambil pula adalah makanan yang mengandungi kandungan nutrisi di bawah

(1) Protein - Menurut kajian yang dijalankan oleh George Washington University School of Medicine, pengambilan sarapan pagi dan makanan yang mengandungi kadar protein yang tinggi sangat membantu kanak-kanak yang hyperaktif untuk fokus dan perform lebih baik di dalam kelas. Adakalanya pencapaian mereka yang mengamalkan makanan berprotein tinggi ketika sarapan ini lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak hyperaktif.

(2) Calcium, magnesium and zinc - Calcium dan magnesium adalah terkenal sebagai mineral penenang semulajadi. Kadang-kadang ada budak yang kita tengok dia memang ada masalah nak duk diam, masalah nak fokus. Salah satu sebabnya adalah kerana kekurangan kalsium dan magnesium. Pengambilan calcium dan magnesium pada nisbah yang sesuai membantu kanak-kanak ni lebih tenang. Menurut kajian tisu ke atas kanak-kanak ini, kebanyakan mereka mengalami kekurangan calcium magnesium dan zink juga.

(3) Essential fatty acid (Omega 3 dan 6) - Bukan semua kanak-kanak ADHD ni kurang asid lemak dalam badan mereka. Tapi, kebanyakannya memang kekurangan. Asid lemak ni sangat perlu dalam perkembangan otak, sistem saraf dan perkembangan mental seseorang.

Diet normal kita biasanya mudah nak dapat omega 6 tapi bukan omega 3. So dicadangkan ambik supplement bagi mencukupkan omega 3 dalam diet harian. Sebab pengambilan omega 3 dan 6 ni kena balance.

Terapi dengan supplement boleh dilakukan dengan perancangan pemakanan yang betul. Ia mungkin mengambil masa sampai tiga bulan untuk nampak perubahan positif pada kanak-kanak ni. Sebab supplement supplement ni bukan ubat. So ia akan ambil masa untuk bantu mental function kanak-kanak ni. Tapi dengan perhatian dan sokongan dari ibu bapa, perkembangan positif mungkin boleh dapat dilihat seawal dua minggu.

Insya allah.

Sedaya upaya kita usahakan. Ibu bapa kena banyakkan bersabar dengan anak-anak. 

Cadangan Dr Aziz adalah bagi breakfast protein shake setiap pagi dan malam. Ambil calcium magnesium tablet dan Omega 3 sebagai supplement tambahan.

Dose yang diberikan agak tinggi berbanding keperluan biasa, tapi supplement ni insya allah takde side effect (melainkan kalau ada ambil certain ubat tu kena check dulu la).

Daa

Selasa

Bila makan sayur je tak cukup, it has to be colourful as well

Assalamualaikum

Cehh..konon speaking london aku ni. Mesti semua orang perasan yang sayur dan buah buahan telah dijadikan dengan pelbagai warna. Selain dari untuk menarik perhatian, setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dalam penjagaan kesihatan manusia.
Journal publish in JAMA (Journal of the American Medical Association)
Survey oleh WHO in 2003 (latest kalau tak silap aku even worse. Less than 5% yang makan 5 serving fruit and vege setiap hari..
Sebenarnya aku tertau tentang 5 colours diet ni masa zaman belajar kat Jepun dulu. Zaman tu kat Jepun tengah gila pasal drama Winter Sonata. Orang jepun panggil mamat hero tu Yon Sama. So ada la satu rancangan ni yang menunjukkan bagaimana Yon sama tu menjaga body nya. Iaitu dengan mengamalkan 5 colours diet. Apakah maksudnya 5 colours diet ni? 5 colours diet ni diambil sempena lima kumpulan warna buah dan sayuran.
Iaitu
(1)    oren - Citrus fruit, jagung, carrot, grapefruit
(2)  Hijau - Sawi, Bayam, Broccoli, celery, green apple, green pepper, green tea
(3)    Merah - Red apple, tomato, cherry, strawberry, pink grapefruit, guava
(4)    biru - Grape, blueberry, kobis ungu
(5)    Putih - Lobak putih (daikon), cauliflower, bawang putih, soy bean
Mudah je nak category kan. Ikut warna masing masing. Menurut kajian, warna-warna ni bukan ada saja saja untuk menarik perhatian saja, tapi ada khasiat tambahan yang dipanggil phytochemical atau phytonutrient yang mempunyai peranan masing-masing.

Mungkin selama ni kita ditekankan supaya makan sayur dan buah setiap hari sekurang kurangnya 5 serving (read this carefully..sekurang kurangnya 5 serving, suggestion from WHO is 5-9 servings everyday..bukan utk seminggu). Tapi kebanyakannya tak menekankan tentang kepelbagaian warna sayur dan buah yang kita makan. Memandangkan setiap satu jenis warna ni ada peranannya masing masing, maka kita mesti makan kelima lima warna tersebut setiap hari bagi mendapatkan kesihatan yang optima. Well. Memang takde orang yang akan dapat perfect diet cam ni. Melainkan pakcik David Murdock yang minum smoothies made of 15 jenis sayur dan buah setiap pagi. :D

Apa khasiat setiap satu warna tersebut? Nanti aku terangkan lebih lanjut dalam entry lain. Ada ke yang nak tau..? hehe.. :D

Contoh menu sayur 5 warna

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com