Memaparkan catatan dengan label Kurus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kurus. Papar semua catatan

Rabu

Kaedah santai turunkan berat badan

Assalamualaikum

Mandi laut pun boleh turunkan berat badan der..

ko mampu?

hahahaha

Jangan maraaa

Daa

Khamis

Menurunkan berat badan atau mengurus berat badan?

Assalamualaikum

Siapa taknak bentuk badan cantik menarik. Berat yang ideal, seimbang dengan tinggi.

Tapi...

Siapa yang sanggup put effort yang mencukupi untuk mendapat balasan setimpal.

Impian perempuan normal macam aku adalah.. Nak makan apa yang teringin nak makan. Malas senam. Tidur mau cukup. Tapi berat badan nak seimbang. Curvy mau lawa. Cantik molep pujaan hati kekanda. Kahkahkah..

Hakikatnya.. 

Realiti tak seindah fantasi kan..

Hasil manipulasi tu lah wujudnya segala macam fad diet yang bagi instant effect pada berat. Seminggu turun 5kg. Tidur je tak payah buat apa. Guna product kami. Turun 8kg.

Wahh.. Kalau kat FB berebut yang komen "PM me". :P

Sayang sayang sekalian..
Menurunkan berat badan secara mendadak mempunyai kesan yang berbahaya. Mengurangkan pengambilan kalori secara mendadak boleh memberikan kesan pada kesihatan.

Mungkin bukan sekarang.

Tiada jalan singkat. Magic pill yang boleh membantu kalian di luar sana mendapatkan figure seperti pelakon Hollywood mahu pun Bollywood.

Create a good habit. Eat healthily. Exercise regularly. Supply your diet with good vitamin supplement. Positive attitude. Keep this for at least 21 days to make it as habit.

Trust me. Walau pun mata timbang mungkin tak jauh berubah, tapi you'll get a better shape. Alaa.. Kenapa.. Kawan I tak payah susah payah senam pun. Makan pil je cair lemak keluar kat bontot.

Lemak akan ambil banyak space. Tapi ringan.
Bila bersenam. Badan akan bina otot. Otot berat. Tapi kurang space. So hasilnya. Mata timbang mungkin tak gerak banyak. Tapi bila buat hip to waist ratio, berkurang sedikit sebanyak.
Dan ingat. Turun berat badan mendadak menyebabkan muscle tak tone dengan betul. Kulit nampak menggelebeh. Sangat tak cantik. Macam perut orang yang baru lepas bersalin tu. Well maybe not that bad. But still huduh.

Proses menguruskan berat badan bukan saja tentang nak bagi turun berat. Tapi strategi untuk maintain berat dan bentuk badan yang dah dapat tu. So, create a good habit dengan continuously buat dalam masa 21 hari buatkan kita mudah nak teruskan.
Berkejaran dengan kanak-kanak ini juga membakar kalori

Just my two cents.

Nak dapatkan banyak tips lain dan mengetahui bagaimana nak incorporate supplement untuk menguruskan berat badan? Bagaimana mendapat berat ideal? Consultation percuma melalui whatsapp di nombor 0126894617.

Daa

Rabu

Mengatasi masalah craving

Assalamualaikum

Dari reply oleh Kak Aziela tentang carbo craving dalam entry 7 tips menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Mengapa berlaku carbo craving?
Salah satu faktor yang menyebabkan craving pada makanan manis dan makanan yang berkarbohidrat adalah disebabkan oleh jangkitan yis. Ianya dipanggil candida infection atau overgrowth yeast infection. Candida infection ni biasanya berlaku dalam mulut (oral thrush), pada vagina dan boleh juga menguasai sistem penghadaman manusia. Bila yis ni bersarang di sistem penghadaman manusia, bakteria baik akan mati. Ini menyebabkan pelbagai masalah akibat dari balance antara bakteria baik dan jahat tak stabil dalam usus dan akhirnya menyebabkan leaky gut syndrome yang menyebabkan masalah lebih teruk lagi termasuk menyebabkan ketidakstabilan hormon. Seperti yang kita tahu, yis ni makanannya adalah gula. Jadi bila yis berkembang biak, ia akan menyebabkan kita craving pada benda benda manis dan berkarbohidrat. Selain dari tu, yis yang banyak tu menyebabkan usus kita tak dapat nak serap nutrisi dengan baik.

Oleh sebab itulah otak akan hantar signal suruh makan lagi sebab badan belum dapat nutrisi yang mencukupi. Tapi, apabila kita pilih makanan yang tak sihat, ianya akan menyebabkan keadaan lebih teruk lagi. Iritasi akan berlaku dan akhirnya leaky gut syndrome akan jadi lebih teruk lagi akhirnya menyebabkan pelbagai masalah.

So.. Dalam kes nak mengawal atau menurunkan berat badan. Sebagai langkah pertama, aku suggest supaya kawal carbo craving dengan mengawal jangkitan yis. Dan seterusnya makan supaya badan dapat nutrisi sepenuhnya sebelum detox. Lagi pun, banyak health practitioner tak recommend buat detox yang terlalu harsh. Takut badan terkejut dan menyebabkan masalah lain pulak. Detox jangka panjang adalah lebih selamat.

Langkah langkah bagi menghapuskan jangkitan yis (candida)
(1) Elakkan gula, yis, keju, coklat, cendawan, kicap, cuka (white distilled vinegar) dan semua makanan yang mengandungi MSG
(2) Elakkan dari makan refined carbohydrate dan yang ada gluten - Nasi putih, tepung gandum, pasta dan sebagainya. Roti canai pun tak boleh aaa..
(3) Kekacang yang dibuang kulit ditakuti ditumbuhi kulat juga perlu dielakkan. Kalau yang masih dalam shell dia okay.
(4) Makan beras perang, oat, bran, ikan, sayur, dan buah buahan yang tak terlalu manis (jangan buah yang terlalu masak, gula tinggi)
(5) Makan makanan yang kaya dengan bakteria baik macam yogurt, kimchi, miso, tempeh dan kefir. Supplement seperti nutri bifidus juga boleh membantu untuk memeriahkan bakteria baik dalam usus. Tapi probiotik supplement tak perlu ambil sepanjang masa. Cuma di peringkat awal saja. Selebihnya amalkan makanan yang kaya bakteria macam yang dicadangkan di atas.
Probiotic supplement
(6) Elakkan dari makan antibiotik, pil elak mengandung dan ubat yang mengandungi steroid. Kalau terpaksa jugak jugak makan antibiotik. Habiskan course antibiotik dan terus makan probiotik untuk replace bakteria baik. Tapi ingat, certain antibiotik bagi permanent damage pada bakteria baik dalam usus.
(7) Kurangkan kalau boleh elakkan makanan yang diproses dan di tinkan buat sementara waktu.
(8) Minum air secukupnya. 2liter air bagi seseorang yang mempunyai berat 25kg. Jadi boleh kira berapa jumlah air yang diperlukan untuk berat masing masing.
(9) Sepanjang proses mengatasi masalah jangkitan yis ni, aku sangat sangat recommend untuk ambil multivitamin. Oleh sebab usus kita tengah ada masalah nak extract nutrisi daripada makanan yang dimakan, jadi nutrisi dalam bentuk yang concentrate sangat membantu untuk memastikan badan mendapat nutrisi yang secukupnya
Multivitamin Double X
(10) Selain dari itu, virgin coconut oil adalah antifungal semula jadi yang sangat bagus. Manakala apple cider vinegar dapat membantu menstabilkan pH dalam usus supaya yis tak dapat membiak. Tapi kena pilih raw unfiltered apple cider vinegar macam jenama braggs. Boleh beli kat Giant. Jenama lain pun takde masalah, tapi cari yang cecairnya tak jernih tu. - Virgin Coconut oil boleh minum begitu saja atau gunakan untuk menumis ketika masak. Apple cider vinegar pulak boleh campurkan satu sudu kecil ke dalam segelas air atau renjiskan ke dalam salad.

Kalau tak mampu nak elak langsung, boleh kurangkan sedikit demi sedikit. Sekiranya pembiakan bakteria sangat teruk, akan ambik masa beberapa minggu. Tapi sepatutnya dalam dua minggu pertama dah boleh rasakan kesannya.

Dengan buat 10 langkah ni, dah berjaya buat dua langkah daripada 7 langkah untuk menurunkan berat badan. Iaitu, nourish your body dan juga memperbaiki sistem penghadaman.

Sebelum mulakan 10 langkah ni, jangan lupa measure berat dan ukur lilit badan untuk bandingkan perubahannya.

Good luck.

:: Supplement yang di atas adalah sebagai cadangan untuk support sistem kita sepanjang proses ini. Bukan wajib. Cuma sebagai panduan bagi pilihan yang ada.

Daa

7 tips untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berdiet

Assalamualaikum

Ada banyak jenis diet dalam dunia ni. Setiap individu berbeza. Cara nak menggemukkan badan tanpa had mungkin sama, iaitu dengan makan banyak. Tapi cara nak menurunkan berat badan ke berat asal tak sama.

Tapi apa yang aku belajar. Tak makan bukan satu kaedah diet yang bagus. Berdiet dengan kurangkan atau tak makan langsung satu jenis nutrisi bukan satu kaedah diet yang bagus. Keyword yang penting adalah makan dengan seimbang. Variasikan makanan.

Nak share satu tips untuk menurunkan berat badan tanpa perlu sekat sekat makan.
(1) Berhenti dari berdiet dan pilih makanan yang berkhasiat
Salah satu punca kegemukan adalah sebab badan seseorang tu kekurangan sesetengah jenis nutrisi. Satu kajian yang dibuat. Signal berhenti makan akan dihantar ke otak apabila kita ambil protein yang mencukupi. So kalau makan nasi banyak, protein kurang. Seseorang akan makan tak berhenti henti. So gemuk sebab gula dari karbohidrat tu tak digunakan jadi tenaga lalu disimpan sebagai lemak. Kalau kita biasakan badan dengan makanan yang penuh khasiat, lama lama badan dengan sendirinya akan kurang craving pada makanan rapu. Tak payah nak control control sangat pun. Antara nutrient yang biasanya kurang adalah seperti protein, omega 3.
Omega 3 supplement

(2) Baiki sistem penghadaman
Sistem penghadaman yang mengalami iritasi (inflammation) akan menyebabkan ianya tak bekerja secara efektif untuk exrtact nutrisi daripada makanan yang kita makan. Lalu menyebabkan tubuh kita kekurangan nutrisi. Dan menyebabkan asyik craving nak makan je kerjanya... Makanan yang ditapaikan macam kimchi, miso, yogurt, tempe sangat sangat bagus untuk penghadaman. Selain dari tu, ambil jugak probiotik untuk replace balik flora yang hilang akibat gaya hidup atau makan ubat ubatan.
Probiotik by Nutrilite
(3) Sarapan pagi
Ramai jugak yang jenis tak biasa sarapan pagi. Kalau sarapan pagi, sakit perut. Actually sakit perut adalah bagus. Buang toksin dan maksudnya penghadaman berfungsi dengan baik. Kalau tak biasa, biasakan. Terlalu banyak faedah makan sarapan pagi ni dan jangan sesekali abaikan. Kalau boleh makan sarapan pagi dalam masa sejam lepas bangun tidur dan makan makanan yang mudah dihadam dan diserap oleh tubuh. Kalau teringin sangat nak makan nasi lemak, sebelum makan nasi lemak tu, minum protein drinks atau smoothies buah buahan segar.
Variasikan makanan anda
(4) Kurangkan stress
Stress juga meningkatkan pengeluaran hormon cortisol dan menyebabkan craving. Salah satu cara untuk mengawal tekanan adalah dengan amalkan minum chamomile tea. Atau drop chamomile extract kat bawah lidah. Ni aku tengok kat dalam rancangan Dr Oz. Selain dari tu, naikkan hormon gembira dengan bersenam dan beraktiviti dengan keluarga. Tumpukan perhatian pada keluarga dan kurangkan ngadap gadget.

(5) Masak sendiri, tanam sendiri makanan
Memasak juga adalah salah satu terapi stress. Bercucuk tanam lagi la kan. Bila tenang tenang, maka stress pun kurang. Selain dari tu, dengan masak sendiri, kita juga boleh control apa ingredients yang kita masukkan dalam makanan kita supaya lebih sihat, lebih segar.. :D

(6) Detox
Toksin sangat sangat suka bertempek pada sel lemak. So orang gemuk, selain dari berat lemak, dia juga berat toksin. Detox sangat sangat membantu tubuh kita berfungsi dengan lebih efektif. Detoks perlu dilakukan secara berkala. Untuk permulaan mungkin boleh buat dua kali seminggu. Bila rasa badan dah semakin "ringan", boleh kurangkan pada sekali seminggu.
Beriadah dan buat aktiviti sekeluarga

(7) Tidur secukupnya
Rehat dan tidur secukupnya sangat penting. Selain dari merehatkan tubuh, tidur adalah masa yang penting untuk badan kita baiki sel dan tisu yang rosak sepanjang kita berjaga. So jangan pandang ringan pada masa tidur ya.

Mungkin ada orang yang kata.. Ala.. gemuk pun kalau sihat takpe je. Tapi ingat.. Sihat bukan semata mata ketiadaan penyakit.. 

Health is a state of complete physical, mental and social well-being, and not merely the absence of disease or infirmity. - WHO

Jadi, dalam dunia yang serba busy ni.. Kita mungkin takkan dapat mencapai perfect health. Tapi, ada cara untuk capai optimal health 

Optimal health does not mean perfect health. Optimal health means adapting known inherited health risks and your current lifestyle to make the personal choices necessary to live your life as healthy as possible.
Optimal health compels you to choose every day to be your best – by selecting the right foods and supplements, engaging in exercise and rest, and by incorporating healthy habits and balance in everything you do.- Nutrilite 

Dah bersedia nak turunkan berat badan dan hidup lebih sihat?

:: Nak tau bagaimana supplement tambahan boleh membantu menurunkan berat badan? Consultation percuma. Whatsapp ke nombor 0126894617 untuk consultation :D

Daa

Jumaat

5 colours diet the series

Assalamualaikum

::Republish entry::

Kalau yang belum pernah dengar tentang diet ni boleh baca entry sebelum ni - Diet lima warna

Kenapa phytonutrient (fitonutrien) ni penting? Kita tahu antara zat utama yang kita perlukan adalah
(1)    Makronutrient yang fungsi utamanya membekalkan tenaga seperti karbohidrat, protein dan lemak
(2)    Mikronutrient iaitu vitamin dan mineral. Vitamin larut air - B dan C, Vitamin larut lemak iaitu A, D, E & K. Mineral pulak ada banyak dan boleh google listnya sebab aku malas nak listkan satu persatu. Hehehe..
(3)    Serat & air

Phytonutrient masuk kategori mana? Sebenarnya hanya baru baru ni saintis sedar akan kepentingan phytonutrient dalam diet seharian kita. Nak cakap baru pun takde la baru sangat. Tapi surely benda ni tak masuk dalam buku teks sekolah :D So saintis found that phytonutrient ni ibarat macam pemangkin kepada nutrient yang utama kita perlukan. Dengan kata lain, tanpa phytonutrient ni peratusan vitamin diserap oleh tubuh adalah rendah dan actually sangat tipis. So mudahnya, vitamin tablet yang dibuat dalam lab tanpa kehadiran phytonutrient ni berkemungkinan besar hanya akan menghasilkan expensive urine sebab hanya sebahagian kecil yang dapat diserap oleh tubuh manusia akibat ketiadaan phytonutrient. However, masih banyak lagi yang tak diketahui tentang fungsi phytonutrient ni. Rahsia alam yang masih perlu dikaji kan :D

But the key adalah kena make sure kita bukan setakat makan 5-9 serving buah dan sayur, tapi dengan various colours!

So far aku sure ramai yang pernah dengar pasal bioflavonoid dan caretonoid, yang advance sikit pernah dengar tentang isoflavones. Ini sebenarnya adalah contoh phytonutrient yang terkandung dalam sayur dan buah yang kita makan. Ada banyak lagi yang lain dengan fungsi tersendiri.

(1)    Lycopene - Terkandung dalam tomato
Kajian menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan tomato dalam diet harian mengurangkan risiko kanser prostate bagi orang lelaki. Dalam kajian tersebut, lelaki yang mempunyai kadar serum lycopene yang tinggi dalam badan mempunyai risiko prostate cancer yang lebih rendah berbanding lelaki yang mempunyai kadar lycopene yang rendah. Selain itu, epidemiological studies menyarankan bahawa lycopene juga membantu menurunkan risiko kanser paru paru dan perut. Berita baik bagi wanita pula adalah pengambilan lycopene yang tinggi mengurangkan kesan radiasi UV terhadap kulit dan membantu melambatkan proses sunburn dari berlaku. Oleh itu, sebelum ke pantai makan tomato ye. Hehehe..

(2)    Lutein - Terkandung dalam sayuran hijau macam bayam dan capsicum
Lutein membantu kesihatan mata. Ada saintis yang kaji macular mata manusia dan mendapati dalam tu mengandungi banyak lutein. Lutein membantu menyerap cahaya biru dan membantu melindungi retina dari kerosakan akibat pancaran gelombang pendek. Kalau ada yang tak perasan, orang kencing manis actually selalu akan ada masalah makin kabur. Ianya adalah disebabkan oleh macular degeneration. Aku tak reti sangat nak terangkan tapi kalau nak tau kita ada masalah tu ke tidak buat test mata. Cari la gambarnya kat Google (hamboi aku ni semua suruh orang google kan..hehehe)

Actually ada banyak lagi macam EGCG (banyak di dapati dalam daun teh), ellagic acid (dalam berries yang berwarna merah), Hespiridin (buah oren), allicin (bawang) dan banyak lagi. Setiap satunya ada fungsi berbeza dan penting untuk kesihatan kita (ada booklet sebenarnya :P. Dapat dari kelas yang aku pergi )


Nota kaki : Thanks pada yang ucap tahniah semalam dan hari ni, aku tak sempat nak merewang BW laju laju sangat. Bos besar mintak macam2. Haihh..Cam ni la nasib jadi kerani...



Phytonutrient dari 5 warna sayuran? Nutrilite ada satu. Double X. Tapi ingat.. Supplement bukan in replacement untuk pemakanan seimbang, tapi additional to. Sebagai guarantee kita mendapat nutrisi yang mencukupi.

Daa

Tips senaman untuk menurunkan berat badan

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Just nak share panduan dari Majalah langganan bulanan. Amagram. Sebagai nota peribadi pun ya jugak. Semoga memberikan manfaat kepada orang lain.

Tips menurunkan berat badan dengan vitamin tambahan dan senaman

(1) Jangan membohongi diri sendiri
Kita sendiri tau yang selama 10 tahun kebelakangan ni kita memang tak senam, jangan lah nak terus senaman berat sampai sejam. Even setengah jam pun dah sangat lama. Pilih aktiviti yang sesuai dengan umur dan kesihatan kita ya.

(2) Perlahan lahan
Mulakan sedikit demi sedikit. Dan tingkatkan kepada senaman yang lebih intense bila stamina dah mula bertambah

(3) Gerak gerak gerakk
Cari alasan untuk sentiasa bergerak. Gunakan tangga. Parking jauh. Kemas rumah. Basuh bilik air. Kalau nak lagi hebat. Basuh baju dengan tangan. Maklumlah kan.. Tarif elektrik pun dah naik. Moh le kita jimatkan letrik sambil menurunkan berat badan. Hahaha

(4) Berseronok
Berseronok itu penting. Kalau tak seronok macam mana nak konsisten. Gym tu boring.. Ajaklah anak anak beriadah kat tempat rekreasi. Tasik, taman permainan dan sebagainya. Kan tengah cuti sekolah ni. Masa yang baik nak bermula!

(5) Meal replacement drink
Banyak sebab kenapa perlu mengambil meal replacement drink ketika dalam proses menurunkan berat badan selain dari kerana nak menggantikan makanan. Meal replacement drink ni biasanya mengandungi nutrisi lengkap. Vitamin, serat, mineral dan phytonutrient. Ianya adalah hidangan lengkap dalam cawan. Ini kerana, sebab kita nak kurangkan berat badan. Kita akan kurangkan jumlah makanan yang dimakan. Secara tak langsung, jumlah nutrient yang diambil pun kurang. Ini akan menyebabkan badan kekurangan nutrient. Kalau tak cukup nutrient macam mana badan nak berfungsi dengan baik. Macam mana nak buang toksin dari badan. Dari nak turunkan berat badan sebab nak sihat, jatuh sakit pulak nanti. Sebab yang sama juga kenapa disarankan ambil multivitamin ketika sedang diet.

(6) Lecithin dan Vitamin E
Lecithin berfungsi untuk emulsify (memecah) lemak kepada bentuk yang lebih kecil. Manakala vitamin E berfungsi sebagai antioksida untuk melindungi sel sel dari radikal bebas yang terhasil daripada senaman yang dilakukan. Kalau gabung dengan CoQ10 lagi terbaik. Sangat bagus untuk kesihatan jantung.

(7) Protein
Percaya tak. Ada orang gemuk sebab tak cukup protein? Kekurangan protein boleh menyebabkan seseorang tu makan secara berlebihan. Sebab tubuh badan kita diprogramkan untuk makan sampai dapat protein yang mencukupi. Bila tak cukup protein akan makan makan makan lagi. Bila seseorang tu tak makan secara sihat. Dia akan makan benda yang tinggi karbohidrat atau makanan yang tinggi lemak. So.. Ini akan menyebabkan lemak bertingkek tingkek dalam badan. Gemuk air boleh dikurangkan dengan pengambilan protein yang mencukupi. Sebab. bila sel cukup protein, air berlebihan dalam sel akan di"halau" keluar.

(8) Fiber
Dalam Islam kita digalakkan makan buah sebelum makan nasik. Makan buah 30minit sebelum makan nasi. Selain dari tu, zaman sekarang ada jugak supplement fiber untuk dikunyah sebelum makan. Ini akan beri effect kenyang. Tapi kalau makan makanan yang kaya dengan fiber, kena make sure minum air mencukupi dan lebih lebih sikit ya..

(9) White kidney bean dan soy extract
Haaa.. Yang ni mungkin ramai yang suka. Hahaha. Supplement ni untuk tahan badan dari serap kalori yang dimakan. Up to 500kalori setiap kali. Tapi ada limit lah nak makannya ya. So, yang ni bagus kalau tengah diet, dapat jemputan kenduri kahwin. Kan musim kenduri kahwin sekarang ni kan.. So makan sebelum makan nasi. Sejumlah kalori dari makanan yang kita makan tu tak akan diserap oleh badan. Tapi jangan pulak setiap kali makan pun nak telan ni. Pengsan tak cukup tenaga nanti. Hehehe..
"Dont race againts one another, race with each other"

Menarik kan..? So moh le kita menurunkan berat badan.

Semua supplement yang dicadangkan di atas ni adalah keluaran nutrilite. Untuk pesanan dan pertanyaan boleh whatsapp ke nombor 0126894617

Selamat mencuba

Daa

Selasa

Makanan yang membantu mengempiskan perut

Assalamualaikum

Selain daripada tekanan perasaan (stress), makanan juga merupakan antara faktor terpenting yang menyebabkan perut buncit. Percaya tak, walau pun seseorang tu kurangkan pengambilan kalori sebanyak 400kalori pun.. Kalau dia makan makanan yang kurang sihat, perut takkan semakin mengempis. Malah boleh menyebabkan bertambah buncit. 

So.. Mengurangkan kalori memang penting. Tapi.. Memilih makanan yang sihat adalah sangat sangat penting..


Antara makanan yang membantu mengempiskan perut yang buncit..

(1) Buah yang kaya dengan vitamin C seperti oren dan sayur sayuran
Anti oksida dalam buah buahan dan sayuran seperti vitamin C dan beta karotin dapat membantu mem"bunuh" lemak. Antara buah yang kaya dengan beta karotin adalah seperti lobak merah dan cantaloupe. Oren dan berries pulak kaya dengan vitamin C. Malah buah buahan tempatan macam jambu batu pun kaya dengan vitamin C. Lagi bagus makan buah berbanding jus, sebab kalau jus dah kurang serat seratnya kan.. Dan lagi bagus kalau dapat makan sayur berbanding buah sebab buah tu manis, so makan banyak banyak pun tak elok jugak..
Optimal health bukan bermaksud takde penyakit saja tau

(2) Dapatkan protein dari sumber yang baik
Ingat terlalu banyak protein boleh membebankan buah pinggang dan mengurangkan kalsium. So, ambil protein berdasarkan keperluan tubuh. Penting jugak pilih protein yang dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Protein dari sumber haiwan macam lembu dan kambing mengandungi lemak yang tinggi, so kena hati hati ambik. Ayam yang dibuang lemak okay. Selain dari tu, ikan jugak sumber protein yang baik. Soya jugak sumber protein yang baik. Product soya macam tempe, tauhu dan natto baik untuk kesihatan. Selain dari tu boleh juga ambil supplement protein soya, sebab ianya membekalkan protein yang tinggi pada kalori yang rendah, mudah diserap dan tak mengandungi kolesterol. Tetapi pastikan ianya tak mengandungi gula substitute macam maltodextrin dan tidak menggunakan soya GMO. Nutrilite pilihan saya. Ceh pomot pulak :P

Pesanan protein untuk lebih bertenaga dan cergas, whatsapp ke nombor 0126894617

(3) MUFAs
Sebutnya mufahs. Hehehe.,. Adalah mono-unsaturated fatty acid. Senang cerita sejenis lemak yang sihat. Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil adalah antara contoh makanan yang kaya dengan lemak baik ni. Selain dari tu minyak zaitun juga bagus. Tapi minyak zaitun tak elok dibuat masak ya. Minyak zaitun boleh guna untuk sprinkle dalam salad, tapi tak bagus untuk menggoreng sebab boiling point nya rendah. Berbanding minyak kelapa. Cuba tambahkan minyak minyak berlemak yang sihat ni ke dalam makanan. Contohnya.. untuk Aisy dengan Aqil. Aku tambahkan sesudu minyak kelapa dalam oats diorang. Nampak gayanya macam laku. Hihihi.. Aku sendiri cuba sedaya upaya untuk telan sesudu virgin coconut oil untuk kesihatan sejagat. Tak sedap? Katanya nak sihat.. Tapi aku suka je VCO tu. Kalau jenis yang tak tahan, ada jual VCO dalam soft gel. Hehehe..

Gabungkan pemakanan ni dengan senaman dan amalan yang mengempiskan perut. Memang kebabom punya..

Alamak.. Tak rajin la. Huhu..

Kalau tak rajin. Rajinkan diri mengemas rumah. Banyak kalori terbakar ketika mengemas rumah. Yang lelaki, sila lah ringankan tulang menolong isteri.


Selamat mencuba.

Daa

Khamis

Turun berat badan dengan menukar pinggan

Assalamualaikum

Macam best je.. Macam menarik je.. Macam gedik je aku ni kan.. Wakaka..

Dalam entry amalan mudah mengempiskan perut buncit, ada beberapa komen yang bertanya tentang penggunaan pinggan berwarna gelap tu.

Why betey why why..~ (Overnya..haha)

Hmm..Menurut kajian, saiz, bentuk dan warna pinggan yang digunakan ketika makan sedikit sebanyak mempengaruhi jumlah makanan yang kita makan. Actually aku malas nak elaborate kat situ.. Nasihat yang sebenarnya adalah dengan menggunakan pinggan yang berwarna kontra dengan makanan. Kalau makan nasik putih, gunakan pinggan berwarna gelap. Kalau makan ayam bakar arang gunakan pinggan putih. Ianya adalah satu ilusi optic yang menyebabkan otak kita hantar signal tentang portion yang kita makan. Kan ke kalau pinggan warna gelap, nasik putih, kita nampak macam kita ambik banyak sangat nasik kan. Dan lebih baik lagi kalau guna pinggan dengan saiz yang lebih kecil (pengurangan 1inci dari saiz biasa pun membantu tau!)
Lebihkan sayur dan kurangkan makanan berminyak
Nasihat lain berkaitan dengan warna pinggan adalah, kalau nak bagi makan sayuran hijau banyak, gunakan pinggan berwarna hijau. Sebab warna pinggan senada dengan warna sayur, kita tak rasa portion tu banyak sangat. Hehehe.. Boleh baca lanjut di link di bawah.
Kenapa pulak nak kena elak makan sambil menonton tv atau bercakap? Sebabnya adalah bila kita tak focus pada makanan, kita tak sedar kita dah makan banyak mana.. So, kebanyakan orang tend to overeat themselves.

Kalau nak betul betul diet, guna piring alas cawan sudahhh.. Hahaha..

Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang.

Daa

Rabu

Sebelum shape up

Assalamualaikum

Actually aku pergi program weight management tu bukan untuk aku. Lain la kalau weight management menambah berat badan kan.. Hihihi..

Program tu aku pergi dengan shujin. Dia nak shape up. Yang aku pulak saje nak menambah ilmu untuk dikongsi. Bayar RM12 tu dapat journal complete dengan panduan dan cadangan menu diet, video senaman yang mudah dan membership bagi kelab shape up. Program ni berdasarkan kajian tentang somatotypes oleh seorang pakar psikatri kat US. Kalau tak silap aku lah. 

Yang penting. Elemen yang diperkenalkan dalam program ni adalah untuk long term goal dan untuk capai kesihatan yang optimum. Baru launch bulan Julai aritu. Feedback yang dapat mostly dalam 10 minggu program, peserta dapat overcome banyak masalah kesihatan. Dari segi penurunan berat tu varies la. Sebab dalam program ni dia aim pada fat loss dan untuk menjadi lebih sihat. So penurunan berat badan yang sihat adalah lebih kurang setengah kilo je seminggu.

Tapi, kebanyakan dapat menanamkan habit yang baik dari segi aktiviti senaman dan pemilihan makanan. Bukan kata tak boleh makan roti canai dan nasi lemak langsung. Tapi berkadaran. Takkan hari-hari nak sapu nasi lemak. Selain dari tu, ada yang dapat hilangkan masalah dengkur, darah tinggi jadi normal, kolesterol makin baik, stamina lebih tinggi, glukos dalam darah kurang.. etc etc..


Apa yang diperkenalkan adalah.. makan makanan seimbang, berkhasiat. Bukan tak makan. Begitu lah lebih kurang.

Sebelum masuk kelas kita makan dulu.. Bihun seafood tomyam. Dua ekor udang besar. RM5. Pedas tapi sedikit manis. Boleh laa.. Mana nak dapat bihun tomyam lima hengget dengan udang besar tapak tangan Damia zaman skang ni kan.. Hehehe..

Makan pukul 7. Habis program pukul 10 lebih aku balik rumah makan nasik pulak. Haihh.. Nasib baik bukan aku yang nak shape up nya.. 

Nota kaki : Nape tah tak boleh nak BW..Sori ya yang mana aku tak balas jejak.. Bukan tak sudi..

Daa

Shape up go go go

Assalamualaikum
Semalam
Kelas tambahan :P

Daa

Khamis

Program menguruskan berat badan..bukan menguruskan badan..

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Start dari pertengahan July aritu kitorang dah launch weight management program untuk 10 minggu. Tapi yang betul betul aku monitor sendiri baru start lepas raya ni. Maklumlah bulan ramadhan tu susah sikit nak mengawal pemakanan dan nak maintain bertenaga nak bersenam bagai.

Sebelum ada yang bertanya. Aku nak bagitau dulu. Maaf. Ini bukan weight management yang boleh makan ikut suka, tak perlu bersenam akan turun berkilo kilo seminggu dengan hanya consume product.

Dalam program ni ditekankan tentang
(1) Pemakanan seimbang
(2) Change bad habit dan lifestyle
(3) Senaman
(4) Supplementation as support dan booster



Weight management program ni bukan semata mata untuk nak bagi bentuk badan lebih menarik dan turunkan berat badan. Tapi dalam masa yang sama bantu menyelesaikan masalah kesihatan yang related dengan unhealthy lifestyle dan diet. Dan membaiki kualiti overall well being. Kulit, kadar kecergasan, saiz pinggang, saiz badan etc.

Masa baru launch aritu, ada dibuat contest sebagai trial untuk sesiapa yang nak join program ni.. Of course mostly dia ambil yang ada masalah belly fat, masalah berat badan dari awal remaja, wanita yang hadapi masalah nak turunkan berat lepas bersalin etc. The feedback sangat memberangsangkan. Ada yang overcome masalah high blood pressure dalam masa 2 minggu.

Dalam program ni, aku sendiri sentiasa menekankan supaya aim untuk fat loss rather than weight loss. Sebab, lemak lebih ringan dari otot. Kita akan dapat reduce lemak dengan membina otot. Bukanlah maksud aku build muscle macam orang bina badan tu. Nanti yang pompuan pompuan takut pulak :P

Kita bakar lemak dan build muscle melalui senaman. Dan kita dah tau jisim otot lebih tinggi dari lemak. Bila lemak mengecut dan otot membesar, berat badan kita mungkin tak jauh berubah. Tapi, kita akan dapat better figure.

Just nak inform, berat yang turun banyak bagi yang buat atkins diet adalah kerana air keluar dari badan. Karbohidrat - hidrat adalah yang attract air. Kalau pengambilan karbohidrat terlalu sedikit, air akan keluar dari badan. Result nya penurunan berat badan yang mendadak berkilo kilo.

Menariknya senaman yang kita cadangkan tak ambil masa yang lama. 10 minit untuk permulaan. Start dengan yang less stress dulu bagi yang memang tak pernah senam tu. Lepas tu baru tambah intensity dan masa. Dan boleh dilakukan di rumah tanpa guna alat.

Program ni dibuat berasaskan prinsip somatotype. Asasnya sama, tapi set pemakanan dan senaman untuk setiap individu berbeza. Ye lah bentuk badan yang berbeza, cara dia handle karbohidrat juga berbeza. So senaman, pemakanan pun berbeza lah. Mana sama kan. Dari situ kita akan suggest cara pemakanan yang macam mana paling sesuai ikut bentuk badan dia.

So far aku masih lagi menunggu peserta yang aku monitor ni complete kan 10 minggu. Kalau yang ini positif dan success, ada jugak plan nak buat talk bagi yang berminat nak tau lebih lanjut. Kalau ramai (lebih dari 30 orang) insya allah boleh dapatkan dietition untuk datang bagi talk.Tengok dulu macam mana.

Bulan 10 ni kitorang ada jugak buat program kat PWTC. Entrance FREE. Boleh datang dengan baju sukan sebab ada acara ber"zumba" dancing. Sesapa nak cuba berzumba meh la join sekali. Selain dari tu ada games (ada hadiah katanya!) dan jugak booth penerangan pasal program ni. Tapi bukan aku yang organize la. Ni business partner aku organize.

Dan sekali lagi aku nak bagitau. Ni bukan program untuk orang yang nak consume apa apa lepas tu nak makan ikut suka, banyak mana, tak suka senaman. 

Nota kaki kanan : Agak agak pompuan pregnant boleh ke ber"zumba" dancing eh.

Nota kaki kiri : Happy sebab "peserta program" aku update bowel movement nya sangat smooth within the first 3 days. Lepas seminggu rasa makin bertenaga.

Daa

Berapa kilo?

Assalamualaikum

Hehehe. Raya baru minggu kedua. Banyak lagi rumah terbuka dan agenda agenda beraya. Maklumlah. Raya kan sebulan.

So..saje la kan aku nak tanya..

By far..berapa kilo dah berat korang bertambah? Atau pun berjaya menten berat dengan jayanya.

Pst  (bajet psst psst macam Kak Aizamia kan..hahaha)
Starting 15 July, kitorang baru launch weight management program. Insya allah ada masa nanti aku update apa yang menarik dan bezanya pasal weight management program ni berbanding program yang lain.

Daa

Selasa

Bila makan sayur je tak cukup, it has to be colourful as well

Assalamualaikum

Cehh..konon speaking london aku ni. Mesti semua orang perasan yang sayur dan buah buahan telah dijadikan dengan pelbagai warna. Selain dari untuk menarik perhatian, setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dalam penjagaan kesihatan manusia.
Journal publish in JAMA (Journal of the American Medical Association)
Survey oleh WHO in 2003 (latest kalau tak silap aku even worse. Less than 5% yang makan 5 serving fruit and vege setiap hari..
Sebenarnya aku tertau tentang 5 colours diet ni masa zaman belajar kat Jepun dulu. Zaman tu kat Jepun tengah gila pasal drama Winter Sonata. Orang jepun panggil mamat hero tu Yon Sama. So ada la satu rancangan ni yang menunjukkan bagaimana Yon sama tu menjaga body nya. Iaitu dengan mengamalkan 5 colours diet. Apakah maksudnya 5 colours diet ni? 5 colours diet ni diambil sempena lima kumpulan warna buah dan sayuran.
Iaitu
(1)    oren - Citrus fruit, jagung, carrot, grapefruit
(2)  Hijau - Sawi, Bayam, Broccoli, celery, green apple, green pepper, green tea
(3)    Merah - Red apple, tomato, cherry, strawberry, pink grapefruit, guava
(4)    biru - Grape, blueberry, kobis ungu
(5)    Putih - Lobak putih (daikon), cauliflower, bawang putih, soy bean
Mudah je nak category kan. Ikut warna masing masing. Menurut kajian, warna-warna ni bukan ada saja saja untuk menarik perhatian saja, tapi ada khasiat tambahan yang dipanggil phytochemical atau phytonutrient yang mempunyai peranan masing-masing.

Mungkin selama ni kita ditekankan supaya makan sayur dan buah setiap hari sekurang kurangnya 5 serving (read this carefully..sekurang kurangnya 5 serving, suggestion from WHO is 5-9 servings everyday..bukan utk seminggu). Tapi kebanyakannya tak menekankan tentang kepelbagaian warna sayur dan buah yang kita makan. Memandangkan setiap satu jenis warna ni ada peranannya masing masing, maka kita mesti makan kelima lima warna tersebut setiap hari bagi mendapatkan kesihatan yang optima. Well. Memang takde orang yang akan dapat perfect diet cam ni. Melainkan pakcik David Murdock yang minum smoothies made of 15 jenis sayur dan buah setiap pagi. :D

Apa khasiat setiap satu warna tersebut? Nanti aku terangkan lebih lanjut dalam entry lain. Ada ke yang nak tau..? hehe.. :D

Contoh menu sayur 5 warna

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com