Memaparkan catatan dengan label Breastfeeding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Breastfeeding. Papar semua catatan

Selasa

Persediaan berpuasa bagi ibu mengandung dan menyusukan anak

Assalamualaikum

Aura Ramadhan semakin kuat dirasa. Aku pun puas mencari kekuatan nak mengganti puasa tahun lepas. Alhamdulillah dah start mengganti semalam.

Bangun seawal jam 4 pagi malas nak prepare meriah meriah. Aku cuma sahur dengan nasi panas bersama telur mata kerbau. Selain tu, untuk tenaga dan elak dari cepat lapar aku bancuh dua scoop all plant protein powder dan double x multivitamin sebagai tambahan.
Alhamdulillah. Walau pun first day puasa dalam keadaan berbadan dua dan masih menyusukan Aisy secara part time aku bertahan tanpa rasa lapar yang melampau sampai masa berbuka. In fact, pukul 8 lebih baru jumpa nasi sebab kami tersangkut dalam kesesakan lalu lintas akibat hujan lebat dalam perjalanan balik tu.

Insya allah, Ramadhan kali ni akan kupastikan bekalan protein tidak akan putus supaya sentiasa cergas untuk menjalankan ibadah berpuasa walau pun dah semakin sarat.

ps:/ Bukan satu magic.. Protein adalah salah satu makronutrient yang membekalkan tenaga. Salah satu kelebihan protein adalah ianya membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Tapi make sure sumber protein yang diambil tu kurang lemak sebab biasanya kalau protein haiwan, kandungan lemaknya pun boleh tahan jugak. So, thats why kalau nakkan extra protein, antara pilihan yang baik adalah dengan supplementation protein shake ke sebab biasanya kandungan protein tinggi dan takde atau kurang lemak.

Selain dari protein, fiber pun berikan kesan kenyang yang lama. So, kalau jenis yang cepat lapar tu boleh amalkan makan sarapan pagi oats+protein ni. Buatlah apa apa resepi agar jadi lebih sedap. Sesuai untuk orang yang concern pasal berat badan. Sebab, sarapan yang tinggi protein dan serat membantu badan kita kawal nafsu makan secara automatik. Dan kita takkan terasa nak melantak banyak-banyak bila sampai waktu makan tengah hari.

Apa pun, yang penting.. Makan biar seimbang.. Supplement sekadar tambahan. Perlu makan makanan berkhasiat, bersenam, cuba dapatkan rehat yang mencukupi dan minda yang positif.

Korang yang puasa sahur apa?

Daa

Adakah boleh menyusu ketika mengandung

Assalamualaikum

Pergh..Lama gila kot tak menulis (4-5 hari je padahal)

Aku sedikit tertarik dengan persoalan yang diutarakan oleh Ina tentang tidak boleh menyusu ketika mengandung.

Sendiri pernah mengalami pengalaman menyusukan ketika mengandung. Ini pandangan aku dari pembacaan dan perbincangan dengan doktor.

Persoalan boleh atau tidak adalah disebabkan oleh dua faktor
(1) Selamat untuk bayi dalam kandungan. Sama ada boleh menyebabkan keguguran atau tidak
(2) Adakah ia akan menyebabkan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang mencukupi sebab badan proses susu untuk kakak/abang.

Biasanya.. Orang yang menghalang akan mengatakan ianya adalah tidak adil untuk adik sebab susu tu untuk adik dan kakak/abang ambil khasiat. Ibu mengandung ini ditakut takutkan dengan, nanti takut anak lahir tak sihat, kurus sebab tak cukup khasiat ketika dalam kandungan.

Setiap individu adalah berbeza. Dalam kebanyakan kes, menyusukan anak ketika mengandung tidak membahayakan kandungan. Bagaimana pun terdapat kes kes yang sedikit jarang berlaku dimana, proses penyusuan menyebabkan kontraksi berlaku. Sekiranya penyusuan diteruskan, janin boleh gugur. Oleh itu, lebih baik sekiranya penyusuan dihentikan ketika mengandung. Tapi sekiranya tiada pendarahan atau kontraksi. Penyusuan boleh diteruskan seperti biasa.

Dari segi nutrisi pula. Melalui pembacaan aku. Sebenarnya yang takut tak mendapat nutrisi yang mencukupi tu bukan bayi dalam kandungan. Tapi adalah anak yang sedang disusukan. Ini kerana, hormon yang terhasil ketika mengandung menyebabkan pengeluaran susu berkurangan. Dan menyebabkan si kakak/abang ni tak dapat nutrisi dari susu ibu yang mencukupi. Sekiranya belum start makan, atau terlalu bergantung pada susu ibu, ia boleh menyebabkan kakak/abang mengalami kekurangan nutrisi dan membantutkan tumbesarannya.

Manakala, bagi bayi dalam kandungan. Allah ciptakan badan kita sangat bijak. Bayi sentiasa akan mendapat khasiat yang mencukupi. Tapi perlu diingat. Proses mengandung dan menyusukan anak ini akan mengambil nutrisi dari badan ibu. Sekiranya ibu tak dapat supply makanan berkhasiat yang cukup, badan ibu akan menjadi cepat letih dan kurang bertenaga.

Oleh itu, bagi ibu yang nak meneruskan penyusuan ketika mengandung, perlu consider ambil vitamin tambahan seperti multivitamin, kalsium magnesium dan vitamin B bagi memastikan mereka dapat bergerak cergas.

Pengalaman tandem nursing Aqil dan Damia satu masa dulu sangat sangat membantu proses penyusuan. Rasa macam ada anak kembar pun ada. 

Daa

Kenapa susu kering dalam pantang?

Assalamualaikum

Kadang-kadang aku hairan tengok sikap sesetengah orang bila bercakap tentang yang terbaik untuk anak. Bila mengandung je, makan yang baik baik. Taknak makan yang tak elok. Untuk anak dalam perut. Nak beli barangan bayi, nak jenama baik baik je. Tapi bila bab susu.. Tak cari ilmu macam mana nak menyusukan anak.
Jangan anggap sebab korang orang pompuan ada tek, bawak pegi sana sini. Bila keluar anak terus tau macam mana nak cucuh susu kat anak tau.

Ilmu penyusuan sangat luas. Kalau nak berjaya. Asas penyusuan kena faham betul betul. Jangan ambik ringan dan anggap, takpe. Anak keluar nanti pandai lah dia. Apa yang susah kalau setakat nak cucuh tek pada anak tu kan..

tch tch tch (sambil geleng kepala)


Aku bukan nak sombong sebab aku dapat susukan anak anak aku sampai dua tahun. Aku bukan nak canang satu dunia kata aku ni ibu yang baik atau kata ibu yang bagi susu FM tu tak bagus. Tapi hakikat yang orang selalu tak paham dalam bab rezeki anak. 

Tak dapat susukan sampai umur anak dua tahun sebab takde rezeki anak. Atau rezeki anak sampai takat tu je. Blablablabla.

Rezeki Allah dah tentukan. Tapi jangan lupa. Usaha usaha usaha. Ilmu datang dengan usaha. Takde ilmu belajar. Kalau nak usaha mengkhinzir buta tanpa ilmu pun tak dapat jugak.

So sebelum korang chanting kata aku ni berlagak sebab susu banyak (aminnn, moga susu banyak untuk Aisy Thaqif menyusu sampai dua tahun), cuba korang yang kurang berjaya dalam penyusuan susu ibu tu tanya diri sendiri. Adakah ilmu penyusuan cukup? Adakah faham konsep supply dan demand? Kalau korang faham. Korang takkan start langsung bagi susu FM pada anak dengan alasan takut anak tak kenyang sebab susu sedikit.

Kalau paham hubungkait antara pengeluaran susu ibu dengan permintaan, maka korang akan haramkan susu FM ada dalam rumah. Malah. Bagi susu botol dalam bulan pertama pun harammm..

Entah la. Kalau aku komen lebih lebih orang kata aku sombong. Berlagak. Nanti Allah tarik nikmat. Nauzubillah. Tapi aku sedih dan terkilan sebab orang yang berzikir kata susu sikit susu sikit, atau anak minum banyak sangat tu langsung tak paham kat mana salah diorang. Nak tegur pun susah! Dan kebanyakan mereka tak cari pun ilmu tu.

Nasib la.. Dah rezeki anak anak korang dapat mak macam tu.

Mungkin ada yang rasa, Allahhhh.. aku dulu minum susu FM pun masuk unibersiti jugakkk.. Then, bagi orang orang yang nak komen begini aku nak syorkan supaya baca tentang kebaikan susu ibu dari segala segi. Then korang akan paham kenapa aku obses kepada susu ibu.

Daa

Jumaat

Suntikan Vaksin - Ketahui hak anda

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Aku melihat fenomena baru baru ni, ramai yang dah mula ada kesedaran tentang vaksin. Tentang baik buruknya. Tentang hak sebagai ibu bapa. Aku sendiri, kalau dulu main serah je peha anak bagi doktor cucuk, sekarang banyak tanya sana sini. Cari cari journal, buku dan bahan bacaan yang membantu.

Mungkin masih ramai yang belum tahu dan belum sedar. Aku bukan nak cakap pasal vaksin tu bahaya, atau nak suruh orang vaksin. Keputusan di tangan ibu bapa. Macam yang aku sentiasa tekankan. Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab sepenuhnya pada anak-anak. Bukan doktor bukan nurse. Oleh itu, sebelum membuat sebarang keputusan bagi pihak anak, kita mesti tahu hak kita dan apakah pula tanggungjawab pihak klinik dan hospital yang membekalkan vaksin.
Apa yang mesti diketahui ibu bapa
(1)Program vaksinasi di Malaysia bukan satu program yang WAJIB, bagaimana pun ibu bapa digalakkan membawa bayi untuk disuntik sebagai salah satu langkah pencegahan terhadap penyakit berjangkit.
(2)Ibu bapa mempunyai hak untuk menolak sebarang vaksinasi dengan mengisi borang yang boleh didapati di mana mana Klinik Kesihatan milik kerajaan. (Borangnya macam borang kebenaran nak bedah/ taknak bedah = risiko tanggung sendiri)
(3)Sebelum sebarang suntikan vaksin dilakukan, ibu bapa berhak tau apa jenis suntikan, apa jenis penyakit yang dicegah, apa kemungkinan kesan sampingan yang boleh berlaku.

Apa tanggungjawab pegawai perubatan, doktor dan jururawat
(1)Kena terangkan pada ibu bapa pasal suntikan yang nak diberikan. Bukan main suntik je sebab ada sesetengah orang concern dengan kandungan dalam vaksin. Macam jenis adjuvant yang digunakan, bahan tambahan selain dari virus yang mati sebab vaksin nak kena ada preservative jugak. Ada sesetengah vaksin juga dikatakan mengandungi DNA babi macam rotarix (tak sure sekarang wujud lagi ke tidak.. :D) Kalau tak ada masa nak terangkan, kepilkan vaksin insert pada kad klinik supaya ibu bapa boleh rujuk.
(2)Setiap kali nak suntik kena rekodkan pada buku program vaksinasi budak tu (kad klinik tu la) apa nama vaksin, jenama, batch number, stock number, expiry date dan kepilkan insert vaksin (kertas penerangan yg duduk dalam kotak tu) pada kad tu supaya ibu bapa boleh rujuk kalau berlaku apa-apa kesan sampingan dikemudian hari. Sebab kalau nak buat laporan tentang kesan vaksin nak kena ada semua info tu untuk memudahkan siasatan.
(3)Kalau ada ibu bapa yang datang nak melaporkan tentang kemungkinan kesan sampingan vaksin, jangan tolak, jangan marah atau kata itu semua genetik. Bagi borang untuk mereka isikan. Biarkan pihak atasan yang jalankan siasatan lanjut. Ini penting untuk mengetahui angka yang tepat tentang anak anak yang mendapat kesan sampingan dari vaksin di Malaysia.

Kesan vaksin boleh dilihat sebaik suntikan dilakukan, sehingga ke 12 bulan. Actually ada juga kemungkinan lepas bertahun tahun baru nampak kesan. Antara kesan vaksin yang biasa adalah demam, nangis terjerit jerit sampai tak boleh nak pujuk, eczema.. Ada yang menolak kata autism tak ada link dengan MMR, tapi realitinya ada beberapa kes yang aku tau, progress perkembangan budak ke belakang sebaik lepas vaksin. Dari boleh jalan tak boleh jalan, boleh cakap beberapa perkataan lepas tu langsung tak boleh cakap. Sebelum vaksin boleh dengan orang, lepas tu takut orang. So how do you explain this?

Pada pendapat aku, jangan ambik mudah sangat. Sebab reaksi setiap orang terhadap vaksin berbeza. Syukur kalau takde apa apa kesan sebab kebarangkalian untuk berlaku kesan sampingan adalah kecil. Tapi, sebagai ibu bapa kita kena ingat. Pada doktor, 1 dalam sejuta atau 1 dalam 10juta sekali pun hanyalah satu angka. Statistik. Tapi yang satu tu, kalau berlaku pada anak kita, statistik bagi kita adalah 100%.

Actually, baru baru ni aku baru check balik Aqil kena seizure masa kecik dulu. Bila check kad klinik dia, tarikh dia kena seizure adalah dua hari selepas kena vaksin. Aku langsung tak terfikir dan tak sedar pasal ni sampai lah baru baru ni. Mungkin sebab vaksin tu mungkin sebab lain. Apa pun Alhamdulillah Aqil sihat sampai hari ni, dan tak nampak sebarang kesan selain dari dia lebih mudah jatuh sakit. Aku tak menyalahkan vaksin dalam hal ni sebab memang tak tau punca sebenarnya. Cuma mungkin ia adalah salah satu faktor dari banyak banyak faktor yang lain.

Prosedur nak melaporkan kesan dari vaksin boleh baca kat website kementerian kesihatan Malaysia

Selamat membaca

Daa

Rabu

Bilikku bau bawang

Assalamualaikum

Hari ni cuti EL. Aisy demam malam tadi. Aku rasa dia demam sebab dehidrat minum susu sikit sangat. Balik dari ambik dia aku tengok dia cuma minum 2 bekas. Tu pun tak habis. So tak sampai 10oz dia minum.

Memang sangat kritikal. Besar ke tidur je. Dia takkan minum unless da lapar sangat. Adeh..

Last week ok lagi. Tak boleh jadi. Hari ni kena pegi cari botol lain ni. Memang pecah tradisi betul Aisy ni. Abang ngan Kakak dia ok je. Takpe lah.

Dah rasa kurus bila pegang, Susah ati aku.

Malam tadi aku terjaga pukul 1+pagi. Rasa badan dia agak panas. Termometer pulak rosak. Aku basahkan ubun ubun dengan air. Bagi susu. Dia merengek. Asyik nak melekap je. Rindu kot. Hehehe.

Tengok lambat sangat turun panasnya. Aku pun pergi hiris bawang. Letak tepi kepala. Pedih mata aku. Satu bilik bau bawang. Hahaha. Lepas tu, ambik beberapa hiris masukkan dalam socks dia. Pakaikan kat kaki dia.

Dalam sejam gitu, panasnya makin kurang. Hebat.. Pagi ni memang dah tak panas.

Still. Aku cuti sebab nak pergi carikan botol susu baru kat budak kecik ni.


Rasanya nak beli botol MAM ke First Year macam akak ngan abang dulu. Harap ok lah.

Daa

Khamis

Outing dengan si kecik

Assalamualaikum

Sejak Aisy lahir, aku memang agak malas nak jalan-jalan. Ye la. Bawah enam bulan lagi ni, tak sesuai nak expose sangat pada persekitaran. Lama gila tak makan kat kedai. Kalau tak masak pun beli bawak balik makan kat rumah. Nak jaga kakak dengan abangnya lagi. Haih.. Dari stress tak ketentuan baik aku makan kat rumah je. Hehehe..

Nak jadikan cerita. Ada schoolmate aku intro babywearing kat aku. Punya la meracun aku. Siap sanggup pinjamkan ring sling dengan wrap kat aku. Tapi aku belajar ngan Youtube la sebab tak sempat lagi jumpa dia. Ring sling dengan wrap tu pun dia pos je. Sabo je aku.
Ni la wrap.. tapi tak pandai pakai.
 Nampak tak senonoh gila aku pakai. Tak kemas. First time pakai masa ni. Hahaha..
Ketiduran je budak ni

Ni ring sling. Kepochi je muka aku :P
Masih belajar belajar lagi. Shujin kata, lenkali outing dia nak cuba pakai, sebab nak rasa macam mana rasanya pompuan ngandong. Hish.. Mana sama kata aku. Hahaha.
Alolo..Comelnya senyum. Asyik nak ajak borak je.

Susah dah nak blogging sejak kembali bekerja ni. Rutin pam susu 4 kali sehari. Takkan aku nak dilihat berblogging pulak kan. Nampak cam datang opis takde buat apa sangat.. Hahaha..

So, maaf kengkawan. Aku cuba BW waktu malam atau lunch hour. Still nak cuba sesuaikan diri dengan jadual ibu beranak tiga.

Daa

Ahad

What do you think?

Assalamualaikum

Kesian.. Kagum.. Gigih..

Malu kalau jadi orang pompuan bagi banyak alasan takmau susukan anak..

Daa

Khamis

Bottle training

Assalamualaikum

Memandangkan da boleh kumpul stok, aku pun bottle training kan Aisy sekali. Dengan bantuan abangnya.



Dan kakaknya.

Setakat ni, kami memang having so much fun bila tiba saat nak bottle training anak anak. Ambik video saat berharga tu. Masing masing menangis macam nak tercabut tekak. So far semua anak anak takde masalah accepting bottle. Bagi je botol apa pun. Aku cucuh bagi sampai dia nak. Ok. Bunyinya agak kejam. Tapi bukan sekejam bunyinya lah.

First try taknak, kita keep dulu. Second try pulak. Try sampai nak. I dont have much luxury nak try macam macam jenis botol nak bagi dia terima. Apa aku dengan husband cakap masa training adalah, kena jugak belajar terima.botol. Kalau tak nanti lapar, takde susu. Haha..

Aisy ok je. Takde nangis. Which is no fun. Hahaha..


Lepas minum susu dalam botol.

Daa

Rabu

Avent Manual tetap dihatiku

Assalamualaikum

Dari sebelum bersalin, sampai la dah sebulan berpantang. Baru aku dapat decide nak beli pam apa. Haha.

Walau pun asalnya aku berkira kira nak pam letrik avent iq uno, tapi setelah berkira dari pelbagai sudut, avent manual jua pilihan hatiku. Murah pun murah. Dasar cheapskate. Hahaha.. RM168 je :p

[image_0]

Baru sampai tadi. Part nya sikit je berbanding avent manual yang lama. Best!

Sebab kenapa pilih manual jugak.

Aku takut nanti baru berapa bulan guna jadi masalah itu ini. Barangan elektrik elektronik ni macam cabutan bertuah jugak. Ada masa, cap ayam pun tahan bertahun tahun. Ada masa, cap mahal mahal, sat je rosak.

So, aku malas nak ambik risiko. Satgi da pakai, tetiba nak kena pi hantar service la apa la. Nak kena ada pam spare pulak. Malass.

Lagi pun, aku tak kisah pam manual pun. Kat mana mana nak pam pun boleh. Takde urgency nak pam double triple bagai. As long as kerja siap, bos aku ok je.

Pasal lenguh. Aku rasa takpe la lenguh sikit. Tak patah pun tangan sebab mengepam. Lagi pun pam avent ni biasanya dalam 5-10minit da dapat penuh 4oz.

Da test pam ni. Tak sabar nak kumpul susu.

Jumaat

Ada susu?

Assalamualaikum

Tiap kali lepas bersalin je mesti ada yang tanya aku ada susu ke? Tiap kali pun aku jawab.

"Tak tau la. Ada la patutnya.. Baby hisap je"

Serius aku tak pernah check dulu. Aku bagi je dengan yakin yang ada susu. Kalau takde pun aku yakin yang dengan hisapan baby, susu akan keluar. Perut baby kecik je. Lagi.. Baby boleh bertahan 10 jam tanpa makan lepas lahir. So, dalam masa 10 jam tu kena stimulate dan stimulate sampai susu keluar.

Just make sure yang cuba latch kan baby pada cik B. Latch yang betul patutnya tak sakit. Kalau tak pandai cuba mintak bantuan nurse atau kakak kakak yang da ada pengalaman.

Biasanya baby tak dapat tidur dalam 5-6 jam pertama lepas lahir. Biasa la. Hari pertama kat tempat baru. Lagi pun baby pun penat berusaha nak keluar dari perut. Bukan kita je yang berusaha.

So, sabar la menghadapi malam pertama yang panjang. Hehe.

Ramai yang first time jadi ibu yang aku dengar mereka kata.. hari ketiga baru keluar susu. Aku hairan sebenarnya. Yang dia anggap susu tu yg warna putih tu la kot. Kalau yang itu memang hari kedua atau ketiga baru keluar. Tapi kolostrum yang warna jernih tu aku rasa the very first day tu dah ada dah.. Jangan risau sebab biasanya sesiapa pun takkan terus rasa bengkak susu masa first day tu. Bila susu da establish, biasanya hari ketiga gitu baru start bengkak susu.

Apa yang penting, make sure susukan bayi dengan sekerap mungkin. At least 2-3 jam sekali. Kalau baby tido pun kejut gak bagi susu. Kalau taknak baby kena jaundis la. Bila kena jaundis pun jangan pulak pergi jemur baby ke, bagi minum susu kambing ke jus anggur ke apa ke. Just continue breastfeed sekerap mungkin.

Buat Puan comel Munnafendy dan May mungkin akan rasa risau. Eh ada susu ke nanti. Actually, tak payah risau. Yakin je. Insya allah ada punya. Yang penting usaha dan cuba cuba jangan putus asa. First hour tu paling penting. Memang penat. Tapi kalau dapat, latch kan je baby kat dada. Allah tu maha pengasih. Takkan DIA bagi kita baby tapi tak bagi makanan untuk baby tu kan..

Good luck ya adik adik. (Rasa cam tuanya aku.. haha)

Daa

Public nursing - Ibu ibu jangan emosi

Assalamualaikum

Kecoh kat dalam group ibu ibu yang menyokong penyusuan susu ibu tentang satu entry oleh seorang lelaki yang menyentuh pasal public nursing. Ala.. breastfeeding di tempat awam.

Aku link kan salah satu nya je lah ok.. Cursing Malay

Actually.. Pada aku that guy got a point there.

Cop cop.. Ibu ibu yang breastfeed jangan emosi ya. Please try to understand his situation.

Aku pun breastfeed jugak. Pada aku breastfeeding adalah easy tapi the people around you will never get easy with you.

Kenapa? Biasa la kan.. Banyak sangat promosi pasal susu formula. Padahal susu formula tu pun tidur susu ibu jugak. Ciss..

Ok. Thats not my point today.

Aku bersetuju dengan pendapat Mantot tentang breastfeeding di tempat awam. Bukan semua. Tapi mostly la.

Breastfeeding di tempat awam bukan bermaksud kita perlu tunjuk dengan semua orang kita adalah ibu yang menyusukan anak dengan menyusukan kat atas bangku tengah tengah pasaraya. Yes, you wear your tudung, you got nursing poncho and whatnot to cover the boobs. And yes.. Budak kecik can get a lot of attention bila menangis tu. Stress bila orang pandang pandang sampai rasa cam nak pekup mulut dia supaya orang tak tengok macam kita mak tak reti jaga anak. Tapi, jagalah malu kita.. Orang pandang sebab anak melalak malu. Tapi orang pandang kalau terselak baju kita salahkan orang sebab tak tundukkan pandangan..

Aku juga sangat sangat aware yang pasaraya di Malaysia pun tak mesra ibu menyusu. Kalau ada pun, ada lah parents muda mana-mana yang baru dapat anak nakkan privacy bagi susu botol kat anak dia bergurau senda dalam tu.

So..apa choice yang kita ada..? Boleh je nursing kat public. Tapi bukan terlalu open. Pilih la tempat yang tak ramai orang lalu lalang. Kalau kat kedai makan. Dah tau anak masih breastfeed tu pilih la seat yang agak tersorok. Kalau naik flight. Kalau dah tau perjalanan agak jauh. Dan nak kena breastfeed jugak jugak. Mintaklah seat yang kat tepi tingkap. Or at least sampai atas flight tu mintak tukar kejap dengan perempuan lain yang duk kat tepi tingkap. Masa menyusu tu ngadap ke tingkap.

Shujin memang tak pernah setuju aku nursing in public. Secara open. Masa anak-anak masih kecik belum start makan semi solid atau solid food. Kitorang limitkan masa dan kekerapan keluar berjalan window sopping bagai. Unless "wajib" nak kena keluar. Nak beli barang. Aku breastfeed dia puas puas dalam kereta. Sampai tu terus ambik barang yang perlu. Lepas tu balik ke kereta sebelum next feeding. Atau kalau nak singgah makan. Kitorang pilih tempat tersorok dan aku hide budak kecik tu bawah meja. Means kena bongkok sikit la. 

Sebab kenapa? Terus terang. Shujin penah je cakap kat aku dia nampak tet pompuan tengah breastfeeding anak kat public. Ye lah. Memang lah dia larikan mata. Takkan nak pi belek bini orang pulak kot. Tapi takkan aku nak salahkan shujin dan kata dia menggatal sebab tu kot. Dah "ter"tengok. Seriously. Dia kata kat aku "Its no fun to watch it". Aku boleh jadi sangat clumsy dan tak perasan terselak. Tapi shujin sangat sangat aware. Aku rasa mostly lelaki macam tu. Yelah.. Sapa tak sayang bini wooii.. Takkan senang senang nak share dengan orang pemandangan yang patutnya dia je nampak..

So ibu ibu. Tolonglah. Kita taknak menjadi orang yang akan menarik suami kita ke neraka. Selagi ada ruang. Sila la cover cover. Again.. Aku tak kata jangan nursing kat public. But don't be too open about it. Kalau just ada stroller. Dah cover ngan poncho ke nursing cover tu lindung balik stroller. Kalau muat duk dalam tu, duduk la dalam tu. *ok tak kelakar*

Dan aku rasa, itu yang Mantot cuba sampaikan dalam entry dia. At least.. apa yang aku faham.

Please jangan emosi. Tak payah la nak kata "eh pompuan pakai seksi nampak tet tu tak pulak ko tegur" Come on la. Kita taknak disamakan dengan pompuan seksi yang tak semena mena tunjuk tet tu. Tapi bila dalam kes macam ni emosi pulak. Pandai pulak cakap "eh lelaki kena la tundukkan pandangan".. Rasional la ok..

Nota kaki : Dan hari ni.. The argument jadi lagi ridiculous. Aku seriously tak suka ibu ibu yang hantar gambar tengah nursing kat majalah. Fine. Ianya adalah personal opinion. Still.. Aku rasa tak perlu kott nak publish dalam majalah nak tunjuk gaya ko breastfeed...

Entry ibu lain : Shima Salleh

Daa

Rabu

Panduan bakal ibu - Breastfeeding

Assalamualaikum

Post dari Penyusuan Susu Ibu



Semalam terbaca rintihan seorang ibu yang tak berjaya memberikan penyusuan susu ibu kepada bayinya. Beliau rasa kecewa dan terhina apabila ada di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya mengeluarkan statement yang memperlekeh atau menghina beliau.

Terus terang. Saya tak punya sebarang kelayakan dalam hal berkaitan penyusuan susu ibu. Saya bukan seorang Lactation Consultant, penasihat apa lagi doktor. Apa yang saya bakal kongsikan ini adalah pengetahuan yang saya dapat melalui pembacaan dan pengalaman peribadi.

Pada pendapat saya statement menikam ni berlaku di mana mana. Bahkan. Ada juga kes ibu yang menyusukan anak sepenuhnya tersentap dengan kenyataan ibu-ibu yang memberikan penyusuan alternatif seperti susu formula. Vice versa.

Semakin banyak komen yang saya baca, semakin saya rasa isu ini diperbesarkan. Hakikatnya, tiada siapa boleh kondem kita cara kita membesarkan anak kita. Even kalau ada yang kondem pun, tak perlu peduli. Tak menguntungkan langsung. Biarlah mulut tu nak berkata kata.

Tapi. Bukan itu saja yang ingin saya kongsikan. Saya sering mendapati. Ibu ibu yang mengatakan mereka tidak berjaya dengan penyusuan susu ibu ini mempunyai salah faham. Dan amat sukar untuk ditegur kerana ada keadaan di mana mereka menganggap bahawa saya menyalahkan mereka pula kerana tidak berjaya.

Konsep saya adalah mudah. Rezeki anak-anak telah ditentukan. Mudah untuk kita kata, dah bukan rezeki aku nak buat macam mana. Tapi betul ke kita dah berusaha bersungguh sungguh dengan cara yang betul. Ada ibu yang salah faham dengan konsep penyusuan. Beria ria makan supplement atau milk booster. Tapi jarang pam. Ada pula yang anaknya menangis mungkin kerana tak cukup susu. Instead of tambah masa direct feeding, dia top up dengan susu formula.

Edison berjaya cipta lampu setelah 1000 kali gagal cipta lampu. So, adakah kita dah cuba 1000 cara sebelum kita mengalah dan kata Allah dah tetapkan sampai takat tu rezeki untuk anak kita. Kita sebagai ibu kena decide. Kalau kita mengalah dengan alasan, tak ada masa kat tempat kerja. Ramai ibu yang sibuk tapi dapat luangkan masa.

Saya pernah bekerja sebagai tukang angkat telefon. Kena standby depan phone sepanjang operation hours. Masa rehat yang ditetapkan adalah 1 jam untuk makan tengah hari dan 30 minit untuk ke bilik air dan rehat sekejap. Saya cuma boleh pam 3 kali sehari. Iaitu dengan bahagikan masa lunch kepada 30 minit di ambil dua kali dan sekali lagi masa untuk rehat. Saya tiada tempat untuk mengepam susu. Pernah saya pam di bawah meja. Alhamdulillah saya berjaya memberikan susu ibu sehingga anak sulung mencecah 3 tahun. Saya pernah top up susu formula selama beberapa bulan kerana mengandung anak kedua sebelum meneruskan penyusuan apabila anak kedua lahir. Adakah saya anggap saya ibu yang gagal? Tak. Saya tak akan benarkan sesiapa kata saya ibu yang gagal sebab saya dah cuba apa yang termampu.

Melalui pembacaan saya mendapati biasanya hanya ibu yang memang ada penyakit berkaitan hormon macam PCOS yang menghadapi masalah penyusuan. Tetapi, bukan juga mustahil. Cuma lebih sukar. 
.
Banyak salah faham tentang breastfeeding yang membawa kepada kegagalan dalam penyusuan susu ibu. Yang mana saya ingat saya kongsikan. Kalau ada tambahan insya allah akan di update kemudian.


Salah faham dalam penyusuan susu ibu
1. Sebaik bersalin susu keluar mencurah curah. Kalau tak keluar tu maksudnya "genetik" susu sikit - Ada kes, susu hanya keluar selepas tiga hari melahirkan bayi. Consult dengan doktor yang pro-bf atau LC sebelum start beri susu formula. Kalau nak beri, elakkan guna puting. Biasanya yang dicadangkan adalah dengan menggunakan syringe atau sudu.
2. Kalau bersalin czer tak boleh nak breastfeed - Saya bersalin czer anak pertama. Saya tidak dapat menyusukan anak pada the 1st hour ketika kelahirannya sebab tak sedar. Tapi saya tetap menyusukan sebaik keluar dari hospital
3. Bersalin kembar susah nak berjaya breastfeed - Kita dikurniakan dengan sepasang breast. Anak kembar dua boleh menyusu serentak. Kena bersedia dan belajar kaedahnya.
4. Kalau anak menangis sebab lapar maksudnya susu tak cukup. Takkan nak biar anak kebulur - Anak menangis kerana bermacam sebab. Adakalanya dia menangis cuma sebab nak duduk dekat dengan kita. Pada minggu minggu pertama, baby suka sangat cling pada breast ibunya sebab dekat dengan jantung yang degupannya dia dengar masa dalam perut. Baca susu cukup?
5. Accessories untuk breastfeed mahal. Pam je da ratusan. Bukan semua orang mampu - Pam pertama saya avent manual. Harganya tak lebih RM200. Saya gunakan selama empat tahun. Beg saya beli dari kedai RM5. Saya gunakan penyejuk coleman yang harganya RM6 ketika itu. Saya tak perlu beli sterilizer kerana saya rebus peralatan apabila balik ke rumah.
6. Masalah puting tenggelam tak boleh menyusukan bayi dengan jaya - Rujuk masalah puting tenggelam 
7. Baby tak pandai nak latching sejak kecik - Macam mana kita tak pandai nak bagi anak latch dengan betul. Macam tu lah anak kita lahir kat dunia tak berapa pandai latching. Practice make perfect. Kita kena belajar macam mana nak bagi dia latching.
8. Anak lagi suka susu FM dalam botol sebab susu FM lebih manis dan sedap - Susu ibu lebih sedap. Anak suka minum susu dari botol sebab flow botol lebih laju dan dia tak perlu berusaha gerakkan rahang untuk menyusu.
9. Anak da biasa dengan botol taknak latch - Masih boleh diselamatkan. Cuma kena banyak bersabar untuk latih semula baby latch
10. Breast kecik tak banyak susu - Maaf. Ramai ibu yang kurus dan kecil berjaya. Breast kecil bukan penentu
11. Orang kurus takde susu - Konsep pengeluaran adalah berdasarkan supply dan demand. Bukan saiz badan atau jumlah lemak dalam badan
12. Breastfeed menyusahkan. Memalukan - Taktau nak komen apa T_T
13. Mengandung tak boleh breastfeed - Melainkan kalau pernah mengalami kelahiran pra-matang, pendarahan dan atas nasihat doktor. Kalau nasihat doktor pun, always get second opinion sebelum decide.
14. Kena ambil supplement untuk tambah susu - Makan makanan seimbang secukupnya dah mencukupi. Supplement untuk kesihatan ibu.
15. Da makan macam macam untuk tambah susu tapi tak berjaya - Konsep penyusuan adalah supply versus demand. So, kalau nak tambah pengeluaran kena trick otak kita. Buat power pumping dengan kerap. Kalau makan macam-macam tapi direct feeding kurang, pam pun culas. Kirim salam je la.

Macam kita nak jadi engineer. Kena pergi sekolah bertahun tahun. Baca macam macam buku. Macam tu juga jadi ibu. Nak menyusukan anak. Ianya dilihat mudah. Tapi bukan semudah yang disangka. Tapi tak susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.

Selamat maju jaya.

Nota kaki : Untuk bakal bakal ibu :D

Daa

Jumaat

Gambar - Mengenang 2 tahun

Assalamualaikum

 

Amaran! Entry super panjang berjela dengan gambar lama lama dengan kualiti tak setaraf DSLR...

 

Nurul Atiqah Damia dilahirkan pada pukul 2:34 pagi, Hospital Serdang selepas lebih 12 jam aku menanggung kesakitan dek kerana 2 kali di induce kerana air ketuban kurang (Masa nak melahirkan abang pun masalahnya sama) Shujin setia menemani di labour room sejak dari pukul 11 malam ketika aku dimasukkan. Setiap kali contraction, aku rasa macam nak berguling-guling (memang guling pun..hihi). Walau pun dah di cucuk ubat pada punggung dan diberikan gas bagi mengurangkan kesakitan. Masih lagi terasa kesakitannya. Dahsyat ye sakit bersalin..wahai para suami :D

 

Sebenarnya ini pertama kali aku melahirkan secara normal. Aqil dilahirkan secara pembedahan. Seingat aku, contraction memang sangat menyakitkan. Tapi kalau ditanya macam mana sakitnya. Aku tak tau nak jawab. Dah tak ingat.

Masa ni ok lagi ada tilam. Petang dengan malam tilam pun kena rampas..huhu..

Sebaik dilahirkan, aku dibenarkan keluar wad pada hari yang sama pukul 4:30 petang. Kami terus bertolak pulang ke Johor dan esoknya jururawat kampong datang ke rumah untuk buat check. Memandangkan Adik sedikit "kuning" dinasihatkan buat pemeriksaan dan seterusnya ditahan di wad bayi Hospital Kota Tinggi. Kami berkampung di wad. Shujin dan abang berkampung di parking lot hospital. Cuma hari pertama bacaannya tinggi, hari kedua dah turun ke tahap hampir normal. Tetapi oleh kerana penurunan terlalu mendadak, kami disuruh tinggal sehari lagi.

Budak ini sampai sekarang pun suka tidur di bibir tilam..

Bermula lah episode perjalanan aku ber "tandem nursing" dua beradik tu. Hasilnya. Kedua mereka sangat rapat. Dan Aqil menjadi abang yang sangat penyayang.

Senyum manis tak ada gigi..masa ni dahi comel lagi

Tertidur keletihan setelah hilang banyak darah..kisah rabu berdarah

Masa adik sakit, abang taknak berenggang langsung..

Esoknya dah boleh makan kepokk..

Beraya dengan dahi bertampal

Kesayangan abang..

Tidur bersama

Main bersama (psstt..kesayangan mamak diorang ni..hahaha)

Comot dia sajaa..

Eh comot pun bersama..dilarang berkali kali degil jugak..makan tepung kek yang mentah sebaik ibu abis putar adunan

Baca buku bersama

Adik yang kuat makan..ini bawang goreng tepung ya..

Kuat tido..actually senang tido..nasib baik tak jadi apa..

Kuat menangis (mak dia pulak kuat mengacau)

Suka bergaya..topi abang punya pun nak dilaram

Semakin comel

Persis model (ibu perasan..maafkan daku.. :P)

Esok tamatlah breastfeeding journey aku selama 3 tahun lebih..Aqil selama 3 tahun (dah stop tahun lepas). Atiqah lengkap dua tahun. Banyak suka dan duka. Abang semakin penyayang. Sungguh pun Adik tengah melalui zaman rebelnya. Pantang tak kena tangan laju je nak melepuk. Nak bergurau gigit sakit bukan main abang digigitnya. Sampai menangis. Abang tetap sabar. Paling tidak dia mengadu sakit. Katanya "abang tak boleh pupuk (pukul) adik. Ibu je boleh (pukul adik)"

 

Adik pulak dengan petahnya. Bila dipanggil panggil dia menjawab "apa lagii??" dengan nada macam orang tua fed up. Jawapannya tak disangka sangka. Macam mana lah ayahnya tak kalah (ibu pun sama). Selalu terlepas dari hukuman walau pun buat kesalahan (pukul gigit abang)

Akhir sekali..teka ini siapa? Abaikan background yang bersepah sepah tu ye. Hihi..Masa ni enam bulan

Sorry..gambar ulangan yang panjang..Rindu bila kenang balik masa diorang ni kecik lagi..

 

Happy birthday Nurul Atiqah Damia. Jangan noti noti.. Taat pada Allah, ayah dan ibu ok.

 

Daa

Thinking hard for the wrong solution

Assalamualaikum,

Dari Changlun ke Jitra nak ke Simpang Ampat dan akhirnya pulang ke Kulim.

Sekarang masih di Jitra. Berbual dengan shujin tentang macam macam masalah kehidupan. Aku melihar ramai... Sangat ramai yang cuba menyelesaikan masalah dengan skip jalan yang sepatutnya.

Contohnya.. Ada masalah kewangan. Ramai orang yang cuba selesaikan masalah kewangan dengan cara berjimat semata mata. Sedangkan kita semua sedia maklum yang kebanyakan orang tak dapat nak seimbangkan pendapatan dan perbelanjaan dalam keadaan ekonomi pada hari ini. So, naturally masalah kewangan tak dapat diselesaikan dengan hanya berjimat.

Tapii... Ramaii orang buat..

Satu lagi. Breastfeeding. Banyak orang yang cuba sedaya upaya mencari jalan supaya anak minum susu Formula melalui botol instead of cari jalan nak tambah production. Sorry.. How selfish. Aku bukan kata kalau tak dapat susukan anak sepenuhnya tu dia gagal sebagai ibu. Tapi sepatutnya sebagai seorang ibu cari jalan untuk memudahkan anak - breastfeed. Bukan mudahkan diri sendiri - susu formula. Yelah. Kalau anak minum susu formula tak payah susah payah pecah kepala cari jalan macam mana nak tambah susu. Ye lah. Susah la kot nak bagi anak terima susu formula. Tapi the recipe is simple. Ibu keep in mind susu dah takde. So, nak taknak si anak ni terpaksa la terima jugak susu formula pun. Thats why aku kata ibu tu selfish.

As i said, kita akan dapat apa yang kita nak. Kita nak jimat dapat la jimat. Kita nak anak minum susu formula, lambat laun akan dapat jugak. Tapi adakah itu yang terbaik. Terpulang pada diri kita. But never ever ever regret something that we wished for.

Seorang Ustaz pesan, kita hidup di dunia cuma sementara. Tapi segala apa tindakan kita adalah yang menentukan di mana kita hidup selamanya di akhirat kelak. Jangan sampai dalam kubur ditanya, kenapa kita tingalkan anak anak kita tanpa nafkah yang cukup. Ramai orang yang baru berkahwin akan kata, takpe.. Lambat lagi nak fikir soal masa depan atau pendidikan anak anak. Ada tak ada bukak akaun SSPN supaya senang nak buat pinjaman PTPTN.

Seriously...aku pun tak tau orang lain fikir macam mana. I can never understand people.

Daa

Selasa

Obses susu ibu

Assalamualaikum

Mula-mula masa aku pregnant, aku tak pernah terfikir nak breastfeed kan anak aku. Aku sibuk google susu apa yang paling baik nak bagi kat anak. Masa tu tak tau langsung pasal boleh pam dan simpan susu ibu nak bagi kat anak. Syukur aku kenal komuniti susuibu.com. Dari situ aku belajar macam mana nak breastfeed. Habis aku khatamkan baca segala topik yang berkaitan.

Alhamdulillah. Aku berjaya susukan Aqil sampai 3 tahun. Walau pun ada tersangkut masa aku pregnant Damia. Tapi aku langsaikan tanggungjawab aku. Alhamdulillah aku berjaya yakinkan shujin pasal kepentingan dan kebaikan susu ibu walau pun mulanya dia agak skeptikal pasal penyusuan susu ibu. Dia yakin yang aku boleh buat dan support aku di sepanjang perjalanan penyusuan. Sekarang Damia masih lagi full breastfeed. Sikit pun taknak susu tepung. Alhamdulillah aku dah jimatkan duit beli susu tepung beribu ringgit berbekalkan pam manual Avent yang harganya cuma RM200. Dan yang penting, aku cuba berikan yang terbaik buat mereka. Pengalaman yang tak ternilai.

Aku takde niat nak perlekeh siapa-siapa. Apa lagi nak kutuk hina sapa sapa yang tak berjaya dalam penyusuan susu ibu. Maaf. Sikit pun tak ada. Bagi aku. Ini adalah kemahuan dan rezeki masing-masing. Kita cuma berusaha.

Oleh kerana kecintaan aku tu, aku buat blog khas tentang penyusuan susu ibu. Walau pun dah jarang update sebab aku tak ada idea yang fresh, tapi aku harap ia dapat membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan susu ibu mereka. Baru-baru ni kecoh pasal hukum penubuhan bank susu ibu. Aku rasa penubuhan bank susu ibu adalah satu perkara yang tak perlu dan tidak relevan dalam komuniti muslim. Tapi aku tak menolak kalau ada cadangan nak buat inventory khas untuk ibu ibu yang nak jadi ibu susuan. So bila ada yang nak mencari ibu susuan tidak lah susah sangat kan. Walau bagaimana pun, susukan anak sendiri lebih baik. Sekiranya tak mampu, cuba lah cari saudara terdekat. Yang kita kenal.

Mungkin sebab aku tak banyak masalah dalam penyusuan susu ibu aku rasa ramai ibu-ibu mengeluh tak dapat nak beri penyusuan susu ibu sepenuhnya adalah dari kalangan mereka yang tak berapa nak belajar habis pasal susu ibu dan tak faham tentang konsep penyusuan. Ramai pulak ambil kesempatan jual macam-macam jenis milk booster. Sedangkan susu ibu adalah tentang demand and supply. Telan milk booster sampai muntah pun kalau asyik nak sulam dengan FM pun sudahnya kering jugak susu.

Nota kaki : Lagi aku tak faham ibu-ibu yang tayang stok susu. Memang bagus sebagai motivation. Tapi aku rasa tak perlu kot buat stok susu sampai macam nak tinggal anak tujuh lapan bulan. Stok susu aku biasanya tak lebih dari 20 bekas. Kadang-kadang kurang. Still berjaya jugak.

Sori. Entry mengarut. Daaaa

Hepatitis B boleh kahwin tak

Assalamualaikum


Tersenyum lebar aku tengok search keyword yang sampai kat blog aku yang tak seberapa ni. Keyword ni sampai kat entry aku sebelum ni pasal Hepatitis B : Apa yang anda tahu mengenainya


Hepatitis B boleh kahwin tak?
Aku yakin ramai yang masih tak terdedah dengan bahaya penyakit Hepatitis B ni. Walau pun kadar fatalities penyakit ni takde la seteruk AIDS yang sememangnya ditakuti ramai. Tapi Hepatitis B lebih mudah berjangkit. Setiap bayi yang dilahirkan WAJIB mendapat suntikan vaksin Hepatitis B.

Siapa yang berisiko dapat virus Hepatitis B
(1) Bayi yang tidak mendapat suntikan vaksin Hepatitis B mungkin boleh mendapat jangkitan dari ibunya ketika dilahirkan
(2) Seseorang yang tinggal serumah dengan pembawa virus Hepatitis B - Oleh kerana virus Hepatitis B sangat mudah merebak, elakkan dari menggunakan barang seperti tuala, baju atau berus gigi orang yang membawa virus.
(3) Pengamal perubatan (Doktor, Jururawat, pembantu perubatan) - Seorang bakal doktor pernah cakap ngan aku, sesiapa yang positif membawa virus Hepatitis B boleh digugurkan dari mengambil jurusan perubatan. Pengamal perubatan juga di WAJIB kan menerima suntikan vaksin Hepatitis B secara berkala
(4) Sesiapa saja yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pembawa virus

Langkah penting untuk memastikan status
(1) Buat ujian darah untuk mengetahui kewujudan virus
(2) Sekiranya tiada virus, ambil suntikan vaksin bagi mengelakkan jangkitan. Ingat! Mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh kerana pembawa virus Hepatitis B tak semestinya kelihatan "sakit", kita mungkin tak sedar yang diorang tu adalah pembawa.
(3) Buat ujian darah secara berkala untuk memastikan badan sentiasa memiliki antibodi Hepatitis B (setiap 6 bulan sekali)

Walau pun seseorang tu mungkin dah ada virus Hepatitis B dalam darah dia, tak semestinya dia akan sakit. Sakit Hepatitis B terbahagi kepada dua. Acute dan chronic (rasanya aku dah explain dalam entry sebelum ni) Tapi ramai pembawa adalah pembawa yang pasif. Maksudnya diorang boleh jalani hidup yang normal. Walau pun begitu, still kena hati-hati dan kalau boleh buat ujian darah 6 bulan sekali.

Selain dari tu semuanya boleh. Kahwin, having sex, mengandung, menyusukan anak dan lain lain. Tapi! Pastikan pasangan dah buat ujian darah dan ambil suntikan vaksin Hepatitis B sebelum kahwin. Yang tak boleh adalah derma darah.

Hepatitis B dan Hepatitis C boleh menyebabkan pengerasan hati (sirosis), kanser hati dan kegagalan fungsi hati (liver failure). Antara simptom adalah seperti bengkak pada abdomen (kawasan bawah tulang rusuk). Demam kuning.

Bagi kes Hepatitis B acute, simptom boleh dilihat dalam masa seminggu hingga dua minggu lepas jangkitan. Demam panas yang berulang-ulang. Badan dan mata nampak kuning. Badan rasa lemah. Demam kuning ni sama la macam demam kuning yang baby baru lahir tu kena. Demam kuning berlaku apabila jumlah bilirubin dalam darah terlalu banyak dan menyebabkan kulit bertukar menjadi kekuningan. Ia berpunca dari kerosakan hati.

Setakat ni, setau aku takde ubat untuk demam kuning. Kalau baby, doktor suruh ibu dia menyusukan dengan susu ibu banyak-banyak supaya bilirubin yang berlebihan keluar melalui air kencing atau pun najis. Tapi bagi ibu-ibu, jangan lah bagi minum air kosong atau susu kambing ya. Betul. Kaedah tu mudah, cepat dan berkesan. Tapi sangat berbahaya bagi bayi. Air kosong (plain water) boleh menghilangkan sejenis salutan yang melindungi usus bayi. Tak silap aku bila salutan ni hilang, bayi lebih mudah kena jangkitan usus dan senang sembelit. Selain dari tu, air kosong takde zat. Kalau bayi kenyang dengan air kosong macam mana nak minum susu. Tak minum susu macam mana nak besar.

Lupa! Letak baby bawah cahaya matahari pagi (sebelum pukul 9) pun boleh membantu untuk kurangkan kuning. Jangan pulak letak bawah matahari pukul 12 ya. Kesian budak kepanasan. Huhu..Tapi kalau kuning teruk kena duduk bawah lampu UV. Kalau kes yang lagi teruk, mungkin kena tukar darah. Kuning yang teruk boleh membawa maut!


Damia masa kena kuning, 2 hari duduk hospital

Di bawah lampu biru untuk kurangkan kuning
Bagi orang dewasa pulak. Doktor akan nasihatkan suruh berehat (bed rest). Kurangkan aktiviti yang mengeluarkan tenaga. Minum air banyak. Elakkan makanan berminyak. Pengambilan supplement seperti Lecithin E membantu mengurangkan damage pada organ hati. Ujian darah akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengetahui jumlah virus yang aktif. Pakcik aku sampai sekarang (selepas lebih setahun kena demam kuning) masih lagi makan ubat (tak pasti ubat apa) dan buat ujian darah. Tapi virus count masih lagi macam tu. Bagi aku tak salah makan ubat (baca : drugs) tapi jangan lupa, ubat membebankan hati dan buah pinggang dalam masa yang sama.

Sesiapa yang pernah baca buku Doktor Stephen Sinatra mesti pernah dengar pasal "The Sinatra Solution" Dr. Sinatra ni adalah seorang cardiologist. Menurut dia, pesakit kardiologi yang menjalani rawatan biasa (bedah jantung, makan ubat) biasanya akan mengundang lebih banyak masalah. Konsepnya senang je. Ubat yang kita makan biasanya tak menyelesaikan masalah, ia cuma bypass sakit tu. Contohnya orang perempuan sakit perut senggugut. Makan panadol yang kale merah tu kan. Ubat tu cuma untuk kurangkan sakit. Ia cuma temporary solution. Lain kali senguggut kena makan ubat lagi. Dalam masa yang sama, ia membebankan buah pinggang dan hati.

Kaedah perawatan yang dicadangkan oleh Doktor Stephen Sinatra melalui "The Sinatra Solution" adalah dengan mengamalkan pengambilan supplement dan mengubah cara pemakanan dan cara hidup. Dengan kaedah tu, ada orang yang patutnya kena bedah tak payah bedah dah. Yang jantung tersumbat dah tak tersumbat dah. Masalahnya. Orang yang sakit tu sanggup ke tidak nak ubah cara hidup diorang? Mostly tidak. Makan nak sedap. Yang penting nak sedap. Jangan kata orang lain, orang tua aku sendiri pun sanggup makan berjenis-jenis ubat doktor. Tapi bila aku terangkan pasal kaedah diet untuk 2 minggu pun tak sanggup. Cuma 2 minggu je dah boleh nampak kesan. Paling lama pun sebulan. 80% yang amalkan diet yang dianjurkan dapat kembali normal. Tapi memang ramai tak sanggup. Sebab sayang nak tinggalkan makanan sedap-sedap.

Hoho..Aku melalut dah!!

Ni musim-musim raya ni kalau boleh janganlah sampai makan berlebihan. Makanan tradisi kita banyak yang berlemak, berminyak. Balik-balik santan. Balik-balik tumis. So jangan lupa makan Lecithin E supaya minyak tu senang dikumuhkan. Ingat pasal rintangan insulin? Setiap orang adalah berisiko. Kalau boleh kawal lah pemakanan. Banyakkan bersenam.

Eh eh. Ada mood pulak nak menulis entry panjang-panjang. Hahahaha...Kalau suka LIKE lah ya!

Nota kaki : Aku rasa kerajaan patut banyakkan kempen tentang Hepatitis B dan wajibkan orang yang nak kahwin buat ujian darah untuk tahu pasal virus.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com