Memaparkan catatan dengan label Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan. Papar semua catatan

Isnin

Review : Hotel Legoland Malaysia Resort

Assalamualaikum..

Sambung cerita hari Isnin. Aritu review perjalanan kami, kali ni review bilik hotel pulak. Jangan risau, hotel dia best. Well, at least for the kids diorang sangat teruja. Untuk yang dewasa-dewasa, korang rate sendiri laa kan?


Ini gambar pintu masuk hotel ke lobby. Satu lagi gambar hallway ke bilik hotel. Aku tak nak letak gambar yang berulang-ulang orang lain letak, so that is just it. Sama je. Macam yang aku cakap dalam entry sebelum ni, kat lobby ada berlambak lego yang korang boleh main. Penduduk berdekatan pun tetiap malam bawak anak-anak diorang pergi main lego secara percuma kat situ, dah takyah beli lego dah. Cumanya, lego tu semuanya brick 2x4, duhh. Selain tu, ada kedai lego kat dalam. Harga legonya sama je macam kat mana-mana kedai lain kat seluruh Malaysia. Sikit pun takde murahnya. Lagi, ada restoran, kawasan main video game, kerusi urut, tandas, sudut movie, dan pertandingan setiap hari. Selain restoran dan kerusi urut, yang lain semuanya percuma. It's happening laa. Korang takkan rasa bosan kalau duduk kat kawasan lobby Hotel Legoland ni. Pasal harga, aku tatau berapa RM semalaman untuk tinggal kat sini. Aku tak bother nak ambik tau pun. Desas-desus macam RM500++ semalaman. Kalau peak season, harganya lebih mahal, biliknya sama je, takkan makin luas ye tak? Hahahaha..


Okay, first thing first. Bila masuk je hotel (actually pegi mana-mana pun sama je kitorang), periksa toilet dulu. Pertama, toilet dia bersih di mata, di hidung dan di sentuh. Hotel Legoland sediakan satu bidet (mangkuk tandas) dengan paip berair sejuk sahaja. Satu shower ditutupi dinding kaca dengan air panas dan sejuk. Ada satu vanity dan dua sinki, satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa. Paipnya lengkap dengan air sejuk panas bersertakan barang-barang kegunaan asas. Ada dua cermin besar dalam bilik air menghadap masing-masing. Ada binaan lego kaku dalam bilik air, spider. Malangnya takde bath tub dan bilik air dia bersaiz agak kecil. Agak spoil bila takde bath tub dan saiz bilik air yang macam tu kan? A hotel is a gateway, an escape of daily life. Pihak hotel kena reconsider pasal ni kan?


Ruangan tempat tidur kanak-kanak pulak agak sempit. Ia dilengkapi dengan satu bunker (katil dua tingkat yang ada satu lagi matress yang boleh disorong/tarik pada bawah tilam tingkat bawah. That leaves to tiga tilam per bunker). Tilam, matress, selimut, futon dan bantal dia biasa je, best. Untuk bilik suites pulak ada dua bunker dan ruangan dia agak besar sedikit. Ada satu penghawa dingin, tv, satu mainan tic tac toe, satu wardrobe dan satu kotak lego (mostly LEGO : Duplo). Arah kiblat ada kat atas siling kat ruangan kanak-kanak ni, so jangan terlepas pandang. Lagi, ada binaan lego macam rupa katak tu, aku jadikan tempat letak cawan. Hahaha.. Ada banyak Nescafe disediakan, tapi sayangnya kami tak minum Nescafe.


Ruangan untuk dewasa pulak ada katil saiz king. Selimut, tilam, bantal semua sama best ngan ruangan kanak-kanak. Ada blog tulis pasal socket, so aku mengesahkan, YA, memang ada banyak soket. Takde masalah nak cas banyak-banyak gajet. Ada televisyen, satu sofa, satu kerusi rehat, satu meja teh, pengering rambut, meja bersiap dan cermin besar. Satu lagi aircond ada kat bilik dewasa. Ada satu set bilik permandangan dia menghadap Legoland, ada satu set bilik lagi permandangan dia, well menghadap tempat letak kereta. Disebabkan Legoland didirikan kat padang jarak, rasanya sesiapa pun taknak tengok tempat parking kan? Jadi request cepat-cepat bilik korang.


Tarikkan di bilik hotel yang paling best bagi aku ialah kotak harta karun. Ada satu set teka-teki yang perlu dijawab untuk dapatkan kod kunci. Hadiahnya ditukar setiap kali. Ini hadiah yang kami dapat. Satu keychain Frodo, satu fridge magnet Wookie. Well, maybe hadiahnya kurang best kot, Wookie dan Frodo, tapi anak-anak gigih cari jawapan nak buka kuci tu. Hehehe.. Bagus betul. Sangat appreciate treassure chest ni.


Yang ni tak disertakan dalam pakej penginapan. Hahaha.. Ini memang rutin kami. Menginap kat hotel je, mesti bawak sebekas lasagne untuk santapan menonton bersama. Sekali hadap je dah tinggal satu per tiga.



Kalau nak makan kat hotel, ini menunya, sempat aku snap. Untuk yang serius nak pergi, you might wanna zoom in a bit. Walaupun harga dia agak mahal bagi aku, tapi makanan dia sedap. Servis diorang pun okay.


Malam sebelum tidur, bawak family pegi lepak kat lobby pun satu idea yang baik. Banyak attraction kan? Untuk birthday, boleh request diorang buatkan sedikit kejutan special. Ada badut jugak merewang kat area lobby ni.


Dah habis round, Aqil dan damia sambung main kat katil sendiri. Aisy layan kartun, sambil terlelap.

Though hotel dia considered as great for the kids, ratings yang orang dok gembar-gembur cakap Hotel Legoland ialah 6 bintang, bagi aku cuma 4 bintang at best! Compared to Istana, Sheraton, Westin, jauh lagi kot. Cadangan budget yang perlu disediakan untuk menetap kat sini bagi aku ialah RM1000.00

Untuk yang terlepas Review Perjalanan ke Legoland boleh baca kat sini.

Selamat bercuti..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Khamis

Sarapan pagi : Pisang goreng berkeju coklat

Assalamualaikum

Honestly.. Aku tak begitu teruja mendengar pasal pisang goreng berkeju letak coklat sebelum ni. Takde la sampai beria mencari yang sedap. Tapi semalam pergi ke pasar malam, Aisy terkam pisang dulu. Balik tu dia makan pisang dengan penuh berselera. So aku teringat ada cheddar cheese baki buat lasagna aritu dengan sos coklat.

Pagi ni dengan gigihnya bangun awal sikit buat pisang goreng. Tepung untuk goreng aku dah bancuh siap siap malam tadi dan simpan dalam peti sejuk. Hehehe.. Tak banyak pun yang digoreng. Jadi la buat alas perut kami pagi tadi. Ni dah lapo balik tengok gambar.. Hahaha..


Pisang goreng cheese bercoklat
Mungkin sebab pisangnya dah sejuk sikit, so cheese nya tak berapa nak cair. Aku ingat nak pop masuk oven kejap. Tapi masa kurang mengizinkan. Layankan je. Aisy dengan kakak suka. Aqil biasa biasa je. Mamat tu memang kurang sikit makan pagi pagi buta. Enjin belum panas lagi.

Aku suka tang rasa lemak pisang, masin cheese dan manis manis sos coklat tu.. Aku kan hantu coklat. Hihi..

Korang breakfast apa pagi ni..?

Daa

Selasa

Kelebihan merancang menu berbuka puasa

Assalamualaikum

Alhamdulillah kan.. Da lebih seminggu kita berpuasa. Macam mana puasa korang? Aku terkantoi sehari sebab tak bersahur. Tengok pagi buta aku dah macam nak menggigil kelaparan so terus officemate yang baik hati tolong bancuh milo untuk aku.

Seminggu ni kami berjaya memasak sepenuhnya juadah berbuka walau pun kadang kadang aku sampai agak lambat hampir ke pukul 7 petang. Dengan bantuan shujin dan perencah frozen yang dah siap tu memang mudah kerja.
Perencah yang sedia nak digunakan

Antara masakan yang aku plan nak masak minggu ni adalah ayam percik, rendang, nasi daging, dan gulai ayam. Satu lagi menu ikan bakar yang aku pakat nak serah kat shujin. Hihi.. Actually nasi daging pun shujin masak. Yang lain aku dah buat perencah frozen. So tinggal campak campak je la..
solok lada kurang jadi tapi sedappp~~
Antara kelebihan merancang menu makanan berbuka ni aku rasa perbelanjaan lebih terkawal. Dah tau nak shopping benda apa. Tak membazir. Dan lagi, takde la buntu nak masak apa setiap hari dah ada pilihan menu yang nak dimasak. Jimatkan masa jugak. Selain dari mengurangkan nafsu nak ke bazar ramadhan.

Ada jugak aku buat sikit kuih muih untuk anak anak. Shujin pun rajin je buat puding caramel tanpa telur dengan agar agar berlapis lapis.

Bila dah ada perencah frozen ni shujin pun banyak boleh tolong masak sebab dah tinggal nak campak campak je. Siapa kata ibu berkerjaya tak sempat nak memasak lauk berbuka untuk keluarga kan. Hehehe..

Apa menu pilihan korang ramadhan kali ni..?

Daa

Laksa Utara Jitra Mai seddapppp

Assalamualaikum

Shujin aku kan membesar kat utara. Setiap tahun kami akan turun ke utara melawat kawan kami Kaori sekeluarga sambil jalan jalan cari makan. Tiap kali aku pregnant pulak memang tak missed teringin nak makan laksa utara.

So far laksa utara yang agak memenuhi piawaian shujin adalah Laksa Utara Jitra Mai ni. Mereka adalah kumpulan pemuda berniaga menggunakan motor. Kuahnya terasa ikan dan tak ceroi. Masamnya masinnya memang kena dengan citarasa shujin. Harganya sangat berpatutan, cuma RM3.50 semangkuk atau boleh bungkus bawa pulang. Kuahnya masih panas panas. Menariknya.. Diorang ni ada di banyak lokasi di sekitar Shah Alam. So far kami selalu jumpa di depan Giant Seksyen 18, kawasan tapak pasar malam Jalan Kebun dan juga di depan sekolah area Sri Muda Seksyen 25. Harganya sama. Rasanya sama. 


Cendol pulut pun adaaa.. Memang ramai beratur masa kami nak beli. Yang duduk makan situ pun ada. Yang belakang pakai baju putih tu chinese tau. 

Sori gambar laksa takda sebab aku dah agak kebuluran time nih. Makan dalam kereta. Wakaka..

Sila bayangkan laksa penuh semangkuk yang sedap rasanya..

Daa

Rabu

Hidangan menjadi lebih menarik dengan POP CHEF

Assalamualaikum

Selalu dengar mak bapak merungut anak tak nak makan. Atau tak suka makan sayur dengan buah buah. Salah satu tips yang selalu dikongsikan untuk mengatasinya adalah membuatkan makanan tu lebih menarik rupanya..

So, keluar lah idea kreatif untuk merupabentukkan buah dan makanan dengan pelbagai cara. Kalau chef tere la nak guna pisau buat bentuk bagai kan. Tapi kalau cam kita ni yang macam mana..? Nak buat bukan tak bulih... Tapi ambik masa lah.. Hehehe..

Baru baru ni aku diperkenalkan dengan benda ni...
Untuk ibu ibu berkreatif di dapur demi anak anak.. Ini pernah keluar tv katanya.. Sumpah aku tak tau. Aku tau pun sebab aku nak share kat adik aku yang buat bisnes candy buffet. Aku rasa sure menarik kalau dia guna pop chef ni buat buah buah yang cucuk kat lidi tu.. Rupanya ramai berkenan.. So terbisnes lah pulak.. Hahaha..
Menarik kan.. Boleh lah guna untuk umpan anak anak makan buah dah sayur sayuran lepas ni...

Raya nak dekat dah.. Boleh jugak gunakan untuk acuan biskut raya.. Hihihi..

Buat hiasan fondant.. Ada 6 jenis reka bentuk boleh buat.. Bintang, bulat, heart, butterfly, matahari dengan bunga... Bebudak ni suka la masa nak terap biskut tu.. Mula mula.. Lepas dah banyak banyak diorang lari pulak.. Hahaha..

So siapa yang berkenan dan berminat dengan Pop Chef ni boleh la order ngan aku. 


Cuma RM20.00 (postage included)

Nak datang pick up kat area seksyen 31 pun boleh.. Just email aku kesoma.rai@gmail.com

Jom jom.. Lepas ni sure senang nak bagi anak-anak makan. Hehehe..

Daa

Isnin

Resepi Takoyaki paling sedap

Assalamualaikum

"Resepi takoyaki" yang lejen dan paling sedap kononnya.. Hahaha

Hakikatnya.. Seumur hidup cuma dua kali makan takoyaki orang jual di Malaysia ni. Aku rasa tak berbaloi dengan harganya yang mahal. Dasar kedekut kan :P

Sepanjang lepas beli takoyaki pan 2 bulan lepas, baru dua kali aku buat takoyaki ni. Dengan resepi yang sama. Memang sedap berebut rebut. Lagi-lagi kalau dimakan panas panas. Meletup lidah. Hehehe..


Resepi Takoyaki lejen (Menghasilkan lebih kurang 30~40 biji)
Bahan-bahan
Bancuhan tepung
1 cup tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung/ 1 sudu besar katakuriko
2 biji telur
2 cawan air
1 sudu kecil dashi
3 sudu kecil kicap jepun

Bahan inti
Tako (sutung kurita) Boleh juga guna yang lain. Cheese pun sodap~!
Kubis cincang
Daun bawang cincang halus
Agedama/tenkasu (optional. First time buat tak letak. Kali kedua letak..)

Topping
Sos takoyaki
Aonori seaweed
Bonito flakes (katsuo bushi)
Mayonis jepun (mayonis biasa tak sesedap mayonis jepun tau!)


Cara membuatnya
Masukkan tepung-tepung dan tenkasu dalam mangkuk sederhana, lepas tu gaul sikit. Tambah dashi, telur dan secawan air. Kacau sebati.

Masukkan kicap jepun dan baki air sambil mengacau. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.

Bila dah buat semua.. Boleh la start mentako ball. 

Masukkan minyak ke dalam tako pan. Agak agak 1/3 dari kedalamannya gitu. Lepas tu tuang tepung agak agak separuh. Masukkan inti tako dan taburkan kubis dan bawang. Lepas tu tuang lagi bancuhan tepung sampai penuh. Melimpah sikit tak pe. 

Bila separuh tu dah nampak golden sikit boleh start menggolek. Kalau nak dapatkan hasil takoyaki yang rangup, bila dah terbentuk bebola tu tambahkan minyak lagi pada bebola. 


So far kitorang suka resepi takoyaki ini. Takde la rasa macam liat makan cekodok gitu. Budak kecik pun selamba hadap 8 biji sekali makan..Hihi..
Meriah der~~

Sos takoyaki aku dapat sos takoyaki cap halal Singapore
Mayonis jepun made in Malaysia, ada cop halal Jakim. Kalau ada yang berminat nak beli bahan membuat takoyaki boleh emailkan kepada kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp ke 0126894617. Miso halal juga sudah re-stock yang baru.
Puding Caramel Cheese... Shujin aku makan tak agak agak banyaknya.. Hahaha

Gambar dan Puding Caramel Cheese credit to Yana Tokey Kek. 

Update : Bagi yang tak rajin nak menggolek takoyaki tapi teringin nak rasa takoyaki yang super sedap.. Kami ada menjual frozen takoyaki. Whatsapp terus ke 0126894317 untuk order.

Daa

Jumaat

Transport Delivery menghantar makanan ke pintu rumah anda

Assalamualaikum

Berita baik untuk korang yang mengalami simptom simptom di bawah ni~!!
(1) Perut lapar malas nak memasak
(2) Dah lah lapar, malas nak masak.. Nak keluar rumah pun malas!!
(3) Dah lah lapar, malas nak masak.. Nak keluar rumah pun malas!! Tapi tak nak makan makanan segera macam McD atau Pizza Hut. Atau mengidam nak makan ayam Bakar Wong Solo
(4) Atau... laki bini sangat sangat lapar.. Sorang nak makan Subway.. Sorang lagi nak makan Nasi Ayam.. Yang ada anak tu, anak pulak nak makan kepci. Pergh.. Demand ye anak beranak.. hehehe..

Nasi Ayam

Wong Solo

Nasi Beriyani
Haaa.. Jangan risau.. Jangan susah hati.. Zaman sekarang ni macam macam jenis perkhidmatan yang orang buat just untuk memudahkan insan insan seperti kamu kamu tu. Hehehe..

Transport Delivery Service


Pada awal penubuhannya, Transport Delivery Service ni dibuka di kawasan Johor. Di mana, pelanggan boleh telefon dan order makanan dari kedai kegemaran mereka. Uniknya, perkhidmatan ni bukan bekerja untuk mana mana syarikat makanan. Ianya adalah satu perkhidmatan membeli dan menghantar makanan ke rumah mahu pun pejabat.

Oleh kerana kejayaan dan sambutan menggalakkan di kawasan Johor, kini Transport Delivery Service mula meluaskan sayapnya ke kawasan Lembah Klang.

Antara coverage area bagi kawasan Lembah Klang adalah Shah Alam, Subang, Sunway, Puchong, Kelana Jaya, KLCC Area, Ampang dan banyak lagi. Kalau tak pasti. Boleh telefon nombor yang tertera dan tanya sama ada ada penghantaran bagi kawasan korang ke idok. Kalau malas nak call.. Nak twitter, nak FB pun boleh. Instagram pun ada habaq kat hang..

Twitter : @transporterDeli
Instagram : @transporterdelivery

Perlu diingat bahawa, masa delivery adalah lebih kurang 40minit. So, kalau nak order untuk makan tengah hari tu order la awal sikit. Jangan lambat sangat. Nanti kebuluran dulu. Menu boleh campur nak beli dari 2-3 kedai. Harga yang tertera pada fliers adalah harga termasuk charge penghantaran. Untuk keterangan lanjut, jangan malu jangan segan. Terus call atau message depa tu.

Transporter penghantar makanan
Diorang ada yang pakai kereta. So jangan risau kalau nak order banyak pun diorang boleh cater sebab ruang besar. Tapi kalau nak order banyak banyak sampai lebih dari 3-4 tempat tu, make sure order awal lebih sikit. 

Ni dah boleh order untuk makan tengah hari. Sila sila kan ya..

Daa

Isnin

Melepak di Hotel De Art Shah Alam

Assalamualaikum

Bulan lepas, aku ditawarkan untuk attend satu blogger event yang berbayar. So, first time punya pengalaman, aku pun tak melepaskan peluang yang diberikan. Hasilnya.. Dapat satu voucher penginapan 2hari 1malam dengan sarapan pagi PERCUMA di Hotel De Art, Seksyen 7 Shah Alam. Bagi yang tak pernah dengar pasal hotel ni boleh klik pada link atas tu untuk tengok konsep bilik yang menarik yang terdapat di hotel de art ni.

Since rumah kitorang pun dekat Shah Alam je. So kami pun just packing lebih kurang. Bawak makanan untuk duduk memerap tengok Astro dalam bilik. Hahaha..

Beef lasagna.. Habuan makan dalam bilik
Aku booking thru wassap je. Managernya Jenny tu respond dengan sangat cepat. Process nak booking pun pantas dan smooth je.
Check in pukul 3, check out pukul 12. Ni reception

Ruangan menunggu ada sofa

ni sebenarnya tunggu check out

koleksi gambar gambar dan majalah dan suratkhabar

lif pun ada corak yang cantek
Kitorang sampai untuk check in tu dah pukul 4 lebih sebenarnya. Mentang mentang dekat kan. Huhu.. Aku tak sure tema apa bilik ni. Tapi ada gambar singa. Lion King? Hahaha.. Tapi diorang gunakan kertas dinding dengan corak menarik la. Simple tapi nampak mewah.
Dua single bed

Gambar singa

Tidur malam
Malamnya kitorang gabungkan katil takut bebudak ni membuas lalu terjatuh. Haha.. Susunan berderet ikut peringkat umur ya. :P

Budak bulat

Apa la diorang borak
Huru hara lepas makan
Gambar makanan masa breakfast tak sempat ambik pun. Lupa. Hahaha. Kitorang ambik set roti tuna 4 ketul dengan roti sekaya+cheese dengan telur separuh masak. 

Sesekali escape dari suasana rumah, walau pun dekat je pun menarik jugak kan. 

On the way balik sempat singgah beli popia basah dan goreng yang overprice kat area Plaza Masalam.
popia goreng inti kobis semata mata..

Popia basah tak berapa nak ada rasa
Kecewa aku dengan peniaga makanan zaman sekarang. Popia goreng tu keras dan liat sampai sakit langit langit aku. Intinya cuma hirisan kobis. Manakala popia basah ada timun, carrot yang dicelur. Tapi takde rasa. Sosnya jadi penyelamat. Seketul RM1. Padahal modal berapa sen sangat la seketul popia tu. Kejam betul.

Lepas tu balik rumah. Sambung berguling guling. Best.. Hahaha..

Korang buat apa weekend aritu?

Daa

Khamis

Random

Assalamualaikum

Eleh.. Random la sangat.. Tiru post Lieyalatif kan.. Hahaha..

Pagi sabtu.. Tak mandi lagi dok menepek kat ayah
Ayah dia main game diorang duk kat riba..Ayah pun kata "ni.. anak anak.. Kalau semua duduk kat riba camni macam mana ayah nak main bagi menang?"
Aqil pun cakap "ntah adik ni.. apa la".. sambil menjeling kat Damia..

Damia diam je. Takut kena turun takhta. Hahaha..
Salmon pan grill
Makanan paling sedap gaya orang malas :P Salmon tabur garam dan di bakar atas pan.
Sup kaki ayam dengan cendawan campur
Campuran empat jenis cendawan. Anak anak kurang makan cendawan. So tujuan masakan ni adalah nak memperkenalkan cendawan pada si anak anak. Alhamdulillah. Damia okay je. Aqil lambat sikit habiskan. Tapi dia habiskan semua cendawan yang masuk dalam pinggan dia. Cendawan butang, straw mushroom, asparagus mushroom dengan apa royal mushroom tah.. 

Nak cendawan porcini bagai tunggu lain bulan ye anak anak. Hihihi..

Yey~~ Da khamis.. Esok Jumaat!!

Daa

Selasa

Aneka sambal pembuka selera

Assalamualaikum

Musim musim panas ni kadang kadang tekak boleh meragam. Kurang selera. Dapat yang pedas masam baru terbuka sikit selera kan..

Just nak share antara sambal pembuka selera yang aku selalu buat di rumah.

Pecal tempe
Jawa sangat kan.. Hahaha.. Pecal tempe. Yang ni resepi dari mak aku.. Buatnya pun tak susah. Tempe digoreng garam kunyit. Cili, bawang merah 2 biji, sedikit isi cekur dan sedikit garam. Tumbuk lumat cili dan isi cekur. Bawang merah tu tumbuk jalang je. Hahaha.. Lepas tu masuk tempe goreng dan ditumbuk gaul sebati. Bau harum cekur tu memang membangkitkan selera.

Selain dari tempe, boleh juga gunakan ikan tongkol goreng atau ikan pari goreng. Mana mana pun aku suka. Kalau kat kampung boleh jumpa daun cekur boleh la masukkan sekali. Tapi kat sini dapat jumpa isi cekur pun dah boleh joget gangnam. Hahaha

Sambal pauh
Ini dari pengajaran mak mertua. Shujin memang suka sambal ni. Cara buatnya leceh sikit tapi hasilnya memang tak mengecewakan. Rebus ikan selayang(sardin) dengan garam dan asam keping sampai kering airnya. Buang tulang. Tumbuk lumat cili dan sedikit garam. Tumbuk pulak mangga muda dan akhir sekali tumbuk sebati dengan isi ikan yang dah direbus. Balance kan rasa masam masin pedas tu. Memang menambah selera. Cukup dengan nasi panas. Tapi make sure gunakan ikan yang segar. Kalau tak memang tak tahan dengan bau hanyir ikan tu..

Baiklah. Selamat mencuba.

Apa sambal kegemaran korang?

Daa

Jumaat

Aunty Juliet Kota Kemuning

Assalamualaikum

Sejak balik dari Kedah, Aqil dengan Damia semangat nak makan ABC. ABC murah lagi sedap kat sana. So, semalam nak celebrate aku dah dapat duit cukai terlebih bayar, bawak diorang pergi makan ABC. Dah tak tau sangat nak pergi mana, kami pergi restoren yang dekat dengan rumah je. Aunty Juliet.


Henpon cokia. So tak nampak tulisan Aunty Juliet kat tengah bulat tu. Restoren ni terletak di Kota Kemuning. Masuk main entrance, sampai kat roundabout besar, ambik pukul 3 (kanan), lepas tu nampak McD sebelah kiri, masuk simpang tu. Ada deretan kedai situ satu row dengan Maybank kalau tak silap. Selang beberapa buah kedai dari kedai 100yen.

Lama dah tak makan kat sini sebenarnya. Ownernya baba nyonya. Aunty yang datang ambik order kami. Sangat peramah dan baik hati. 
Muncung aisy dapat tayar

main masak masak
Siap ada toys untuk kanak-kanak.

Yang kami order
Chicken chop mandalara ke apa tah namanya.. Boleh pilih nak sos cendawan atau black pepper.
Shujin pilih black pepper sauce. Yang ni kalau harga a'la carte RM15. Kalau upgrade jadi set RM18.50. Set sekali dengan air (bawah RM4) dengan desserts.
Untuk anak-anak. Fish & chips. Since diorang nak makan fries. Ada tartar sauce RM16
Aku tak try pun diorang punya fish tu. Sebab...
Mixed grill dengan blackpepper sauce. Ayam, lamb dengan sosej
Harga yang ni RM25. Aku pun upgrade jadi set, so RM29.50. Over kan.. Kenyang gila makan sebab portion besar. Semua well marinated dan cukup rasa. Cuma aku tak berapa suka makan dengan sauce tu. Yang paling sedap adalah grill lamb tu. Tak keras tak terlalu lembut. Sedikit chewy. Ayam tu Damia suka. Sosej aku kureng la..
Yang penting.. Tiada pembaziran.. Hihi


Dessert aku dengan shujin, Shujin ambik cendol, aku ambik puding sagu.

Yang ni ABC special RM6.50.
Lepas kekenyangan makan yang di atas nun, memang kurang terasa nikmat makan ABC ni sebab sangat besar. Actually shujin nak ambik dua satu sorang untuk anak dia tapi aunty tak bagi. Besar tak habis nanti. Bagus betul aunty kan. Hehehe..

Ambik satu ni pun jenuh nak perabih. Last last dah tinggal sikit tu Aisy tarik mangkuk, tumpah atas meja. Masa bayar tu 2-3 kali aku mintak maaf ngan anak aunty. Hahaha..

Total investment RM70.50..
wajah senang hati kekenyangan

Aqil je pandang kamera. haha

Aunty Juliet ni antara kedai makan yang paling lama bertahan kat Kota Kemuning. Melayu dengan Chinese ramai datang makan kat sini. Aku rasa makanannya berbaloi dengan harga. Harga ni tak berubah dari last time kitorang makan 3-4 tahun lepas masa Aqil kecik lagi.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com