Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Isnin

Home Remedies

Home remedies

Bergantung pada simptom, saya gunakan gabungan pemakanan berbeza. Dan home remedies ni saya akan start earliest possible, kalau boleh first sign of symptom tu terus start remedies. Jangan tunggu sampai dah demam melarat larat. 

Basic. 
Kalau anak demam, memang automatik saya bagi bubur. Especially kalau tak ada selera makan. Bubur saya suapkan. Even kalau muntah. Saya akan suap 3 sudu. Dan lepas 15 ke 20 minit, ulang suap. Sort of paksa jugak la. 😅😅😅

1. Bubur dengan bawang putih, halia yang banyak. Tambahan apa apa sayur yang sesuai dan available. Kaki ayam untuk protein. Tambah minyak kelapa dara. Biasanya saya tak buat banyak. Segenggam beras je untuk seorang anak. 

2. Minyak kelapa dara - Pengalaman saya, batuk dengan selesema cepat lega. Inflammation pun cepat surut. Masa kecik memang pakai syringe kena paksa. Dah besar ni pandai mintak sendiri pulak. 

3. Apple cider vinegar - ACV ni baunya memang kuat. Biasanya anak tak tahan baunya, tapi paling bagus kalau nak rawat masalah tonsil atau keradangan di tekak. Saya campur acv dengan madu dan sedikit air sejuk untuk legakan tekak. 

4. Madu dan bawang - Bawang besar dihiris nipis dan tuangkan madu layer demi layer. Biar 10 minit, suapkan 1, 2 sudu besar. 2 ke 3 kali sehari. Sangat baik untuk batuk. Selain dari guna bawang, boleh ganti halia atau lemon. 

5. Nanas - Sangat sangat recommended untuk batuk. Dimakan begitu saja atau jus. Biasanya saya potongkan dan makan macam tu saja. Latest, saya cuba cicah dengan serbuk ascorbic acid. Sedap. 

6. Kunyit - Sangat bagus sebagai anti inflammatory. Buat goreng goreng kunyit atau tambahkan sikit dalam bubur atau nasi. Kalau untuk diri sendiri, saya buat air kunyit letak sikit asam jawa. 

7. Teh halia - Rebusan halia bagus untuk perut tak selesa dan untuk masalah respiratory. 

Cukup la tujuh dulu. Satu lagi, biasanya kalau batuk teruk, saya buat minyak bawang putih. Sapukan di dada, belakang, betis dan tapak kaki. Dan extra satu, saya juga suka bancuh vitamin C serbuk untuk minuman. 

Alhamdulillah. Setakat hari ni, asbab kaedah ni Allah bagi kesembuhan. Anak anak, kami berjaya elak dari bagi ubat dan antibiotik dah 5,6 tahun jugak la. Anak anak tak pernah kena duduk hospital sepanjang hayat diorang (lupa, kecuali Aqil sebab patah tangan) Biasanya anak demam, saya tak tengok suhu, saya tengok simptom. So di rumah kami dah tak simpan termometer. Kalau tak nampak simptom yang jelas punca demam, anak tak aktif, saya akan bawa ke klinik untuk proper diagnosis. 

Disclaimer : Sila rujuk doktor kalau tak pasti ya. Kaedah di atas bukan untuk menggantikan nasihat doktor. 

#jomsihat #homeremedies #demam

Ahad

Demam bahaya ke?

Just a little bit of sharing berkenaan dengan demam.

Selalu nampak tips demam adalah cara menurunkan suhu badan. Ada yang mintak tips sebab dah bagi ubat demam 4 jam sekali, tapi suhu naik baik bila kesan ubat dah hilang.

Sebenarnya saya ni dah lama tak bagi anak anak ubat demam. Dulu memang simpan stock ubat demam. Standby kalau nampak tanda demam tu bagi ubat awal awal.

Satu yang kita kena faham ialah. Demam bukan satu penyakit yang kita kena ubat. Demam adalah tindakbalas badan pada serangan ke atas badan. Sama ada serangan virus, bakteria atau pun keradangan.

So, sebelum kita bagi ubat demam, tengok simptom pada badan. Contoh, selesema, batuk, sakit tekak, sakit perut, cirit birit. Ni simptom biasa. Simptom ni yang kita perlu rawat. Bila simptom kita rawat, secara semulajadinya suhu badan akan turun.

Macam mana nak rawat simptom? Ubat ubat yang ada hari ni, kebanyakannya berfungsi untuk menghilangkan simptom. Yang merawat segala jangkitan ada imun badan kita.

Oleh itu, masa demam, kita perlu support imun sistem untuk merawat jangkitan yang sedamg dihadapi. Apabila badan berjaya melawan jangkitan, secara semulajadinya suhu badan akan turun.

Penting sangat untuk tengok simptom. Even kalau decide nak bagi ubat demam pun, make sure perhatikan simptom. Kalau demam tapi still aktif, biasanya saya tak risau. Cepat cepat bawa berjumpa dengan doktor kalau nampak lemah tak bermaya.

Nanti saya share cara saya support imun sistem kalau demam. Usually saya prefer home remedy berbanding ubat. Sekian lama (bertahun tahun jugak la) merawat anak anak tanpa menggunakan ubat. Bukan anti ubat, cuma selagi boleh nak rawat tanpa ubat. Bila perlu, saya still bawa ke klinik untuk diagnosis doktor.

#jomsihat #demam #homeremedies

Rabu

Melegakan sakit tekak dan batuk dengan pantas

Assalamualaikum

Caption tajuk ada macam iklan TV tak..? Hehehe..

Musim cuaca tak menentu ni, mudah terkena sakit tekak, batuk dan demam. Since aku dah lama tak practice makan ubat ubatan dari klinik, makanya banyak lah petua aku belajar pasal kaedah melegakan simptom saluran pernafasan ni. Alhamdulillah.

Testimoni sendiri. Dengan izin Allah, aku sembuh lebih cepat dari kenalan terdekat yang duk ulang alik klinik, sampai terpaksa ambil antibiotik tapi tak sembuh-sembuh.

Nama melayunya pokok bangun-bangun. Banyak nama pokok herba ni. Ada yang panggil Indian Borage, Mexican Mint, Cuban Oregano. Satu spesis pokok herba. Biasanya orang india guna dalam masakan diorang. Katanya lah.

Pokok ni teramat senang nak hidup. Ambil keratan batangnya, lepas tu cucuk je kat tanah. Ada cucuk kat tiga tempat. Semua hidup subur.

Kalau mula rasa sakit tekak, bersin, batuk, selesema.. Sila lah gunakan daun herba. Insya allah sangat berkesan. Cara nak gunakannya ada banyak yang orang kongsikan

(1) Ramas daunnya sampai keluar air. Airnya diminum
(2) Ambil daunnya untuk direbus dijadikan teh
(3) Rendam daun yang dicarik carik dengan air panas dan minum apabila air telah menjadi suam
(4) Kunyah daun mentah-mentah.
(5) Hiris halus-halus masuk dalam telur dadar (untuk anak)

Semua kaedah di atas aku dah pernah cuba. So far, kaedah paling berkesan dan serasi dengan aku adalah bila aku makan dengan daun-daunnya. Rasa dan bau pokok bangun-bangun ni agak kuat. Mungkin ramai tak suka. Honestly, bagi aku. Aku lagi sanggup kunyah daun pahit berangin ni daripada menderita sakit tekak, selesema berpanjangan. Atau tengok anak-anak sakit lama. Jauh lebih baik daripada ulang-ulang makan ubat klinik yang banyak kesan sampingan.

Dari start simptom sakit tekak, demam, selesema dan batuk hari Rabu lepas. Hari Sabtu, kebanyakan simptom dah tak ada. Itu pun aku betul-betul ikut petua hari Rabu dengan Khamis je. Bila dah lega sikit mula lah malas. Hehehe..

PS:/ Pokok ni boleh beli kat nursery. Aku mintak keratan kat jiran. Kalau ada sesiapa nak keratan aku boleh roger-roger. Aku kat Shah Alam. Tak boleh nak post. Kena datang ambik lah ye.

Selamat mencuba.

Daa

Petua melegakan batuk dan sakit tekak

Assalamualaikum

Memang ada banyak petua melegakan batuk dan sakit tekak dikongsikan di internet.

Dua minggu ni memang minggu yang paling "hectic" bagi aku sebab anak-anak dengan shujin jatuh sakit.

Alhamdulillah.. Dalam 52 minggu setahun.. Dua minggu baru diorang demam. Most of the time sihat walafiat. 

Shujin kena tonsilitis
Aisy suspected lung infection
Aqil Demam batuk selesema
Damia muntah sakit perut demam

Aku pun menumpang sakit jugak. Demam selesema sampai 39.3 degree. Memang tak larat nak bangun. 

Alhamdulillah aku dah sembuh. Aisy terpaksa makan antibiotik sampai Jumaat ni. Tapi takde demam. Batuk sikit.

Hoi.. Panjang cerita nak share petua je kot. Hahaha..

Okay...

Batuk sakit tekak dan tonsil shujin bengkak yang sangat menyakitkan.

Aku saket hati sebab dia makan ubat, simptomnya makin menyebabkan dia miserable. Antibiotik tu maybe tak berkesan sebab shujin kena viral infection. PCM dah habis. Tapi demam masih on off sebab tonsilnya masih bengkak.

So, aku pun geram. Bancuh apple cider vinegar (cuka epal) letak madu dengan air suam. Bagi shujin minum. Satu botol air 500ml dia minum sepanjang malam tadi. Alhamdulillah. Putih putih kat tekak tu almost clear. Tinggal bengkak sikit. Demam pun dah takde. Kalau baru baru sakit tekak nak kena selesema pun elok diamalkan tau.

Aisy pulak. Batuk tu aku bakar bawang putih, rendam dalam minyak kelapa (virgin coconut oil). Biarkan infuse 10-15 minit. Sapukan kat dada dan belakang. Kalau badan berangin pun bagus sapu ngan minyak ni. Shujin kata lega. 

See... Aku bukan anti doktor atau anti ubat. Cuma kebanyakan masa aku rasa natural remedies lebih berkesan. Cuma dalam certain certain kes macam kes aisy suspected lung infection tu aku mengalah jugak bagi antibiotik.

Daa

Nanas melawaskan buang air besar?

Assalamualaikum

Di waktu waktu tertentu aku memang mengalami craving pada nanas. Sedap makan cicah garam saja atau sambal kicap. Kicap saja pun okay. Tapi Aqil pun suka makan nanas. Damia boleh tahan, tapi lidah dia cepat lidas.
Nanas morris tanpa mahkota
So, aritu aku pegi Econsave jumpa nanas morris RM1.59 sebiji. Sambar sebiji.

Malam tadi potong separuh makan dengan anak-anak. Aisy pun makan sama.

Tapi biasa lah. Aku yang makan beria sebenarnya. Hahaha.. Habis separuh kat kami berempat. Shujin tak minat nanas.

Bangun pagi sakit perut. Aku masalah sikit nak membuang lately. Feeling tak mari. (Sorry!!)

Pagi tadi dengan happynya.. Semua berjalan lancar. Dan lambat hantar Aqil ke sekolah dan aku pun sampai lambat ke office.

So betul ke nanas melawas buang air besar..?

Agaknya lah. Kalau makan sampai setengah bijik. Hahaha..

Nota kaki : Nanas kaya vitamin C~!

Daa

Selasa

Petua meredakan batuk dengan segera

Assalamualaikum

Musim panas tak hujan dan udara berdebu.. Aqil mudah sikit terkena batuk berbanding adik adiknya. Dah 2-3 hari dia start batuk. Batuk tak berkahak. Mungkin sebab gatal tekaknya. Dia tak demam. So aku takde la risau sangat. Tapi malam tadi batuknya teruk sampai tak boleh tidur dan muntah.

Haish.. Tak boleh jadi ni. 

So lepas cuci muntah dan tukar baju Aqil, aku pun bancuh madu manuka dengan apple cider vinegar (cuka apple) dan dilute dalam setengah cawan air suam. Bagi Aqil minum. Sambil tu aku bagi sesudu virgin coconut oil dan sapukan minyak garlic pada dada dengan belakang badan dia.

Lepas tu suruh dia baring dan tinggikan sikit bantalnya.

Tengok alhamdulillah dapat lena tanpa batuk sampai pagi ni. Baru dengar batuk sekali lepas mandi tadi.

Cuaca panas dengan tak hujan ni agak merisaukan.. Kalau Aqil start kena, takut jangkit dengan adik adiknya pulak. Alhamdulillah petua ni berkesan. Ada jugak aku guna petua bawang dengan madu. Tapi semalam aku malas nak tunggu. So terus bancuh madu dengan ACV. Senang.

Kalau anak demam selesema pun boleh bagi. Cuba lah. Insya allah dapat kurangkan sikit demi sedikit.

Selamat mencuba.

Daa

Khamis

Petua anak demam

Assalamualaikum

Apa perkara pertama yang perlu dibuat bila suhu badan anak panas? Atau rasa demam?

Ada yang standby ubat bila suhu 37.5.
Ada yang guna cool fever
Ada juga yang guna kain lembab/basah


Demam adalah tanda badan sedang melawan serangan dari luar (patogen). Hipotalamus meningkatkan suhu badan untuk membunuh atau menghentikan pembiakan bakteria dan virus. Bagaimana pun, sejauh mana tingginya suhu tu naik tak menunjukkan tahap seriusnya jangkitan tersebut. Aku percaya. Ramai yang takut anak jadi sawan atau otak rosak disebabkan oleh demam.

Hakikatnya.. Hipotalamus mengawal suhu badan. Dan hanya dengan kerosakan pada hipotalamus atau pun kepanasan dari luar (heat stroke) boleh menyebabkan suhu meningkat tak terkawal. AMARAN KERAS! Jangan balut anak dengan selimut bila demam.

Apa yang paling baik boleh dilakukan apabila suhu badan anak meningkat adalah dengan membantu imun sistem anak. Dan pastinya ia bukan dengan memberikan ubat demam.

Unnecessary action untuk menurunkan suhu badan boleh menyebabkan jangkitan merebak. Tapi kalau anak clearly tak selesa dengan suhu yang panas, Boleh mandikan. Janganlah sampai anak tengah tidur pun kita lap badan dengan kain basah. Macam mana nak baik kalau tak rehat dengan cukup kan..?


Ini adalah apa yang aku amalkan untuk anak anak. Tapi, tak semestinya demam terus akan baik. Biasanya aku akan biarkan suhu badan diorang. Risau. Bukan tak risau. Siapa tak sayang anak. Tapi aku tau, ini adalah cara untuk membantu mereka. So, aku bantu imun sistem mereka, dan berdoa semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak.


Sebaik sedar suhu badan meningkat.
(1) Make sure mereka minum cukup air. Sebaiknya air kosong. Jangan bagi minum yang banyak gula. Air gas no no. Tapi kalau diorang tak lalu dengan air kosong semata mata. Buat air berperisa dengan gula yang sedikit. Kalau baby breastfeed sekerap mungkin.
(2) Terutamanya untuk bayi. Banyakkan skin contact dengan mereka, urutan atau sekadar main geli geli. Kalau anak yang lebih dewasa. Duduk atas katil dengan diorang dan bercerita. Bagi diorang gembira. Emosi gembira boleh meningkatkan imun tubuh dan membolehkan tubuh melawan bakteria. Sebab tu kita tengok, orang yang sakit dan bersedih nampak lebih teruk dari orang yang sakit dan gembira dikelilingi keluarga.
(3) Bagi makanan berkhasiat seperti sup ayam
(4) Vitamin tambahan seperti vitamin C, multivitamin, omega 3 dan sebagainya
(5) Makanan tambahan seperti virgin coconut oil, madu, habbatus sauda atau apple cider vinegar dan banyak lagi sangat membantu. Tapi ingat. Habbatus sauda tu panas sikit bagi sesetengah orang. Jadi bagi dos sedikit saja.

Ini adalah yang aku lakukan pada mereka. Mandi macam biasa. Kalau diorang tak selesa dengan air sejuk, aku buatkan air suam. 

Apa yang paling penting adalah monitor simptom lain yang datang bersama demam. Seperti batuk, selesema, muntah, atau cirit birit. Kalau ada simptom seperti pucat membiru, muntah berak terlalu kerap, tak larat, sesak nafas dan sebagainya. Segera bawak ke hospital untuk rawatan lanjut. Percaya pada instinct seorang ibu.

Jangan takut pada demam. Demam adalah sahabat kita. Adalah normal kalau demam dalam 2-3 kali setahun. Itu tandanya sistem imun badannya berfungsi dengan baik. Yang penting bukan turunkan suhu badan, tapi support imun sistem mereka untuk melawan jangkitan. Turunkan suhu CUMA bila diorang tak selesa dengan kepanasan.

Apa korang buat bila anak demam?

Daa

Selasa

Tips dan petua anak selsema batuk

Assalamualaikum

Alkisahnya bermula si Damia tetiba selesema aritu. Lepas tu berjangkit dengan abangnya. Dah kuarantin jugak budak berdua tu. Tapi biasa la diorang. Kadang kadang dapat jugak dia bergomol jugak dengan Aisy. Naik rimas adik dibuatnya. Lastnya jangkit jugak dengan Aisy. Kesian adik. 


Tapi alhamdulillah, diorang selesema dan batuk tak demam. Cuma Aqil je panas kejap masa malam pertama kena tu. So, aku just bagi diorang extra air dan bagi extra vitamin C. Dan bagi madu.

Aisy pulak aku susukan lebih. Aku bawak jugak jumpa doktor sebab batuknya nampak agak teruk bunyinya. Tapi alhamdulillah semuanya ok je.

Damia dengan Aqil dah kering hingus dan batuk pun almost takde. Tinggal Aisy je. Semalam aku pulak yang macam nak demam. So, risau Aisy jadi lagi teruk bila aku selesema sekali, aku pun cari la macam-macam petua untuk batuk & selesema bayi.







Hasilnya... Jumpa petua gunakan bawang besar dengan madu untuk batuk dan selesema. Dua dalam satu gitu.

Bawang besar hiris hiris, letak raw honey.
Aku guna madu asli manuka. Pekat gila. Aku tak ingat kenapa. Tapi macam macam la pantang larangnya. Tak boleh guna sudu besi, kena ambik guna sudu plastik. Tak boleh campur ngan air panas, kena guna air biasa. Suam suam kuku boleh la.



Ok. Petuanya..Hiriskan bawang besar, lepas tu rendam dalam madu. Biarkan 10-15 minit. Nanti akan ada jus bawang bercampur dengan madu tu. Minum sebagai ubat batuk selesema. Sakit tekak pun boleh tau.

Aku baru minum sekali. Nak sakit tekak, gatal tekak, hidung berair.. semua hilang. Rasa pun sedap. Memang berkesan betul. Since Aisy tak boleh minum, aku minum je la. Dengan harapan antibodi tu dapat dibekalkan melalui susu ibu. 

Lagi satu, hirisan bawang besar tu juga katanya boleh melegakan hidung tersumbat. So, hari ni aku hiris setengah biji bawang besar, bungkus dalam tisu, ikat. Pesan kat makcik yang jaga Aisy, letak kat kepala tempat tidur Aisy. Dah macam tangkal pulak. Hehehe..



Ada lagi petua lain macam teh bawang putih, tapi aku tak cuba lagi sebab yang ini dah berkesan untuk aku. Tapi kalau nak cuba teh bawang putih boleh buat. Caranya, ketuk beberapa biji bawang putih dengan pisau (macam kedai mamak buat tu..) Rebus sampai mendidih. Airnya tu agak agak secawan dua. Lepas da mendidih, kecikkan api dan rebus lagi 15 minit. Lepas tu bagi suam, tambah madu dengan cayenne pepper. Kalau suka masam sikit boleh perah lemon ke limau nipis.

Tambahan : Untuk demam dan sakit tekak, boleh juga bagi Apple Cider Vinegar (ACV) di campur madu. Untuk anak kecil, dilutekan dengan air. Letak dalam sippy cup sebagai minuman dia. Kalau boleh beli ACV yang warnanya keruh macam jenama Bragg. Bukan yang jernih tu.

Selamat mencuba.

Daa

Rabu

Top 5 tips untuk kulit nampak muda dan sihat

Assalamualaikum

Rasanya dah banyak tips macam ni kat internet. Rajin nak cari dan ikut ke tidak je kan.

(1) Minum air bersih yang cukup
Semua orang pun tahu dan sedar air yang mencukupi penting supaya kulit nampak lebih sihat dan bermaya. Aku sengaja tulis air bersih sebab air paip kita bukanlah sebersih mana. Air paip kita adalah dikategorikan "boleh diminum" oleh kementerian kesihatan malaysia. Sebaik-baiknya pasang satu penapis air yang baik supaya kualiti air terjamin. Ada banyak jenama penapis air dipasaran. Ada yang mahal ada yang murah. Mintak jurujual ceritakan kebaikan penapis air mereka. Kalau mereka kata boleh tapis 140 jenis contaminants, mintak tunjukkan apa jenis contaminants yang boleh ditapis. Kalau tak, most probably, diorang sembang je. Antara contaminants yang perlu ditapis dengan baik adalah seperti klorin, lead, merkuri dan jenis-jenis logam berat.

Lead adalah bahan yang digunakan untuk membuat batang paip. Kalau rumah-rumah lama biasanya diorang punya paip adalah dibuat dari lead. Lead ni sangat berbahaya dan boleh mengganggu tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Air paip kita memang mengandungi klorin, air berklorin kalau dimasak boleh menghasilkan bahan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. So, pilih jenama penapis air yang dipercayai adalah penting. Bukan setakat tapis sahaja. Ada seseorang pernah tunjuk kat aku satu jenis penapis air yang agak terkenal, dia kerat dan tengok dalam tu ada 12 keping kertas digunakan untuk menapis air. Kertas tebal. Orang bukan tau kan.. So hati-hati pilih penapis air. Lepas beli jangan lupa selenggara. Regularly tukar penapisnya. Cuci yang mana perlu.

Ramai yang suka minum air RO sekarang ni. Air RO pun banyak dibotolkan dan dijual. Siapa tahu apa beza air RO dengan air bateri? :D Jawapan yang betul boleh dapat penginapan percuma kat rumah masing-masing. Hehehe..

Nak tahu brand penapis apa kami guna? Penapis air apa yang terbaik? Buat temujanji dengan kami melalui wassap di 0126894617.   

(2) Banyakkan sayuran dan makanan yang kaya dengan serat
Serat penting untuk make sure kita membuang dengan baik. Seseorang yang ada masalah nak membuang dengan baik lebih mudah mengalami masalah kulit berjerawat, kusam dan berminyak. Ini kerana, toksin dari badan akan dikeluarkan masa membuang. So kalau tak buang macam mana toksin nak keluar. Mudah letih dan kerap mengantuk adalah antara tanda-tanda badan mempunyai banyak toksin dan kekurangan beberapa jenis vitamin penting.

(3) Rajin bersenam
Maybe ramai yang akan kata, sibuk kerja dan tak cukup masa nak bersenam. Jangan sempitkan skop senam tu, senam bukan saja lari-lari atas mesin tu atau berbasikal. Buat kerja rumah pun bersenam. Cuba sedaya upaya banyakkan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Ambik peluang masa hujung minggu untuk luangkan masa beriadah dengan anak-anak dan keluarga. Gaya hidup sihat penting bagi seorang individu mengawal emosi dalam mengendalikan urusan seharian. Banyak orang sekarang hadapi masalah mental sampai tikam adik beradik, tikam mak bapak sebab tak rajin beriadah. Asyik kerja dan stress aje.

(4) Vitamin tambahan
Vitamin untuk kulit adalah ACE. Penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bercahaya. Kita tak mungkin mampu untuk makan 10 biji oren setiap hari bagi mendapatkan kulit yang cantik. Tapi kita boleh makan supplement tambahan bagi mendapatkan vitamin yang cukup bagi kulit yang sihat dan cantik. Kalau rasa macam banyak sangat, tak tau nak start dengan apa, mulakan dengan multivitamin.

(5) Senyum supaya nampak lebih muda
Senyum mengurangkan risiko muka cepat nampak berkedut. Ni kata kajian. So, rajin-rajin lah senyum. Hati senang, muka pun tambah menawan. Hehehee..Cam pantun tak.

Aku rasa ada banyak lagi. Tapi ni yang paling senang aku nak amalkan. Hohohoho..

Selamat berjaya dan supaya nampak lebih muda jelita. Suami pun lebih sayang.

Daa

Khamis

Tips bagaimana memilih vitamin/supplement yang baik

Assalamualaikum

Aku rasa zaman sekarang ni ada macam-macam jenama supplement dan vitamin ada kat pasaran. Malah ada sesetengah tu boleh dapat PERCUMA bila pergi klinik kerajaan. Pening kepala nak pilih mana satu. Tapi sebenarnya sejauh mana vitamin dan supplement tu berkesan dan digunakan dengan baik oleh tubuh badan kita. Kita pun tak tau. Malah, kalau makan supplement tapi badan takde rasa kesannya pun nak buat apa kan. Sama je makan ke tak makan.

Aku pun pernah rasa macam tu dulu.

Secara kasarnya vitamin terbahagi kepada dua kumpulan. Satu yang dihasilkan dari sumber semula jadi dan satu lagi yang dihasilkan melalui proses kimia dalam lab. Contohnya macam vitamin C. Vitamin C juga dipanggil sebagai asid askorbik. Kalau beli vitamin kat Farmasi ke Guardian ke Watson ke kita belek botol tu kita boleh check berapa miligram vitamin C yang terkandung dalam sebiji vitamin tu. Lagi tinggi lagi bagus. Ada yang sampai 1000mg. Tapi aku rasa tak ramai yang check bahan yang terkandung dalamnya. Sebab obviously la kan. Tablet vitamin C, mesti lah ada vitamin C. Mungkin ada vitamin lain menempel sikit-sikit. Tapi kat botol tu kandungan dia tu tulis vitamin C ke asid askorbik.

Aku tak pasti sejauh mana info yang aku dapat ni tepat. Maybe sesiapa yang ambil jurusan farmasi boleh clarify. Tapi menurut sumber, kalau kat bahagian kandungan tu tulis vitamin C. Most probably ia adalah dari sumber natural. Tapi kalau tulis asid askorbik biasanya yang dibuat melalui proses kimia dalam lab.

Actually mana-mana pun takpe. Sepatutnya takde masalah sebab asid askorbik yang dibuat melalui proses kimia tu di derive (tatau Bahasa melayunya panggil apa) dari gula. Sebab tu ada sesetengah tablet vitamin C tu manis. Ada kemungkinan asid askorbik tu dah tukar jadi gula semula (buah yang masam kaya dengan vitamin C). Satu lagi bahan yang juga menghasilkan asid askorbik adalah lebihan dari hasil petroleum. Kira bahan buangan dari proses yang buat minyak tu, diorang ambik bawak masuk dalam lab lepas tu buat asid askorbik.

Apa pun aku tak pasti sama ada asid askorbik yang dihasilkan melalui proses kedua tu dijadikan tablet vitamin C untuk dijual ke tidak.

Perbezaan antara vitamin C yang natural dan yang tak natural adalah. Biasanya kandungan vitamin C dalam tablet supplement yang natural tak banyak. Kalau nak masuk 500mg vitamin C natural dalam satu tablet, saiz tablet tu mungkin jadi sebesar bola. So secara mudah nak paham tablet yang tinggi kandungan vitamin C nya adalah vitamin C yang buat dalam lab.

Tapi, vitamin C natural pun bukan 100% natural. Ada masuk jugak sikit asid askorbik yang derive dari gula jagung contohnya. Satu lagi beza yang nyata antara vitamin C natural dan tak adalah vitamin C natural biasanya mengandungi flavonoid. Flavonoid adalah sejenis nutrient baru yang dikenali sebagai fitonutrient (phytonutrient) atau phytochemical. Actually dah lama. Tapi sebelum ni tak berapa nak gleme. Hehe.. Kawan-kawan dia adalah seperti karetonoid yang terdapat dalam lobak merah.

Flavonoid ni kalau dalam buah oren tu yang warna putih pahit-pahit tu. Biasanya orang buang yang tu kan. Sebenarnya flavonoid memainkan peranan penting sebab dia lah yang membantu penyerapan vitamin C. Dengan kata lain, ada vitamin C tapi takde flavonoid mungkin hanya beberapa peratus kandungan yang dapat diserap dan digunakan oleh badan. Sebab tu sekarang makin banyak kita tengok vitamin C dijual ada tulis "Mengandungi Flavonoid"

Dan kandungan vitamin C yang tinggi pun tak semestinya semuanya akan dapat diserap. Dalam entry aku sebelum ni aku ada tulis pasal kadar penyerapan. Kalau tengok lebih dari 80% vitamin C diserap oleh tubuh kita kalau sekali ambik tu 500mg. Kalau lebih tinggi dari tu peratusan yang diserap akan semakin berkurang. (Sori tak boleh nak link kan pada entry tu sebab aku update guna email)

Setiap vitamin dan mineral ada pemangkin masing-masing. Sebagai contoh calcium, dalam entry sebelum ni aku ada tulis pasal calcium kena ada magnesium untuk diserap dan digunakan. So nak makan calcium kena tambah dengan magnesium sekali supaya calcium tu dapat diserap dengan baik.

Ambik supplement saja tak cukup. Kita kena jugak ambik tau sejauh mana ia berkesan dan dapat diserap oleh badan kita. Baru kita rasa berbaloi nak makan vitamin. Baru kita tak rasa rugi beli.

Ada doktor gelak tau kalau aku kata aku selesema tak makan ubat. Aku makan vitamin C je. Dia kata Vitamin C tak sembuhkan selesema. Tapi aku makan memang sembuh pun. Kalau dulu sekali selesema sampai 2 minggu tak baik-baik. Sekarang paling lama pun 5 hari. Cuma yang tak besnya aku dah lama tak demam. Sejak makan vitamin C ni dah dekat dua tahun kot tak demam. Tension je tak boleh nak MC. Nak MC pun kena tipu-tipu doktor cakap lenguh badan.

Nota kaki : Untuk yang merokok atau terdedah pada asap rokok atau yang rajin makan ubat, sila silalah consider ambik vitamin C.

Mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan dengan penggunaan supplement? Hubungi kami di 0126894617. Product Nutrilite mendapat pengiktirafan halal dan mempunyai ladang organik sendiri bagi product kami. Dari benih sampai ke dalam botol adalah proses kami sendiri. Nutrilite juga merupakan top selling brand supplement dan supplement paling dipercayai oleh pembaca reader digest Malaysia dan Asia.

Daa


Jumaat

Kalsium penyebab penyakit batu karang

Assalamualaikum

Penyakit batu karang adalah antara penyakit yang sering menyerang kaum lelaki. Dikatakan batu karang lebih kerap menyerang lelaki berbanding wanita dengan nisbah 3:1. Aku rasa lebih dari separuh lelaki selepas umur 20an akan rasa tempias-tempias batu karang. Walau pun cuma tempias, azabnya tuhan je yang tahu (cewah..macam lah aku pernah kena..hahaha) Yelah, bayangkan batu seketul nak lalu saluran kencing yang halus je tu. Meleleh ayaq mata kata orang utara.
Kidney bean..aku ngeri nak letak gambar buah pinggang rosak :P

Batu karang terbentuk akibat mendakan mineral dalam air kencing yang biasanya berpunca dari diet yang tidak sihat, sikap suka tahan kencing dan faktor keturunan.

Seseorang yang mempunyai sejarah penyakit batu karang lebih mudah mengalami penyakit yang sama berulang-ulang. Satu lagi punca penyakit batu karang adalah disebabkan oleh kalsium.Actually yang dikatakan sebagai kalsium punca penyakit batu karang adalah second hand calcium. Eh..kalsium pun ada main second hand ke? Macam ni. Dalam tubuh badan kita 99% kalsium adalah tersimpan dalam tulang dan gigi, mana kala 1% lagi dalam darah untuk membantu pelbagai fungsi tubuh.

Yang dikatakan second hand calcium adalah kalsium simpanan yang diambil dari tulang. Keadaan macam ni berlaku kerana kita tak ambik kalsium yang cukup dalam diet kita. Bila fungsi-fungsi tubuh yang memerlukan kalsium ni kekurangan sumber, kalsium dari tulang akan diperah bagi membolehkan proses penting dalam tubuh tak terganggu. Akibatnya adalah kepadatan tulang semakin merosot dan seterusnya menyebabkan penyakit osteoporosis.

Kesan-kesan kekurangan kalsium

Dikatakan keburukan second hand kalsium ini adalah ia menyebabkan mendakan dalam air kencing dan seterusnya boleh membentuk batu karang. Antara simptom-simptom biasa adalah seperti air kencing yang keruh (berkapur), rasa sakit pada bahagian pinggang dan ketika buang air kecil dan kencing berdarah.

Kalau batu karang kecik kecik doktor akan bagi ubat lawas kencing dan suruh minum air bergelen gelen. Kalau jenis takde obat dah yang besar kemain tu biasanya kena potong buang buah pinggang :P takla. Pembedahan untuk keluarkan batu tu je.

The main problem dengan penyakit batu karang ni adalah once dah kena, forever kena berjaga-jaga.

Shujin pernah kena jugak. First time dia kena masa kitorg atas highway nak ke utara. Aku takde lesen pun terpaksa drive masuk celah mana tah kat Perak nun carik klinik pukul 4 pagi. Haru gila. Lepas tu ok. Bila kurang minum air ke makan benda terlebih masin akan start rasa sakit kat pinggang. Kalau tak minum air bergelen-gelen confirm kena balik.

Batu karang ni adalah sejenis penyakit yang berjangkit. Sebab kalau salah sorang dalam rumah tu kena sakit batu karang confirm orang lain pun jadi sakit. Sakit hati. Orang sakit stress sebab nak buang air pun sakit. Orang sekeliling sakit hati sebab muka orang sakit tu stress je. Hehehehe..

So bila dah macam tu aku pun mula lah buat pertanyaan dengan Dr Google. Petua paling mujarab dan paling senang untuk pecahkan batu karang adalah dengan lemon jus yang dicampur dengan minyak zaitun. Berkerut muka shujin kena paksa minum tu. Kata shujin macam-macam rasa dalam perut. Melugai abis. Tapi petua ni memang terbaekk. Sekali cuba je nampak dah kesannya. Aku bagi malam, esok tu dah ok dah.

Masalahnya adalah..ia tetap datang berulang-ulang kali. Ingat larat aku nak pujuk shujin minum air hikmat tu berkali-kali. Sekali boleh la. Banyak-banyak kali tak dapat woo..

Berdasarkan pembacaan aku, batu karang tak terbentuk sekiranya pH air kencing rendah (keadaan berasid) Tatau la betul ke tidak. Aku tak pernah test :P Sebab tu bila minum lemon juice batu karang pecah. Lemon kan asid. Memandangkan shujin tak larat nak minum jus lemon hari-hari aku pun bagi cadangan suruh dia ambik supplement vitamin C. Tambahan ambik tablet calcium magnesium untuk pastikan kalsium dalam badan cukup untuk mencegah pembentukan semula batu karang. Sampai hari ni, batu karang tu dah tak berulang. Kami hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Hehehe..

Nota kaki : Lately aku ada sindrom kalau dah tulis entry jadi panjang berjela..ada ubat?

Isnin

Weight Management Tips - Bagaimana memilih program diet yang sesuai

Assalamualaikum
Terdapat banyak program diet sekarang ni. Search je kat internet. Berlambak-lambak. Dari yang guna produk ratus ribu, sampai la ke program diet ala somalia. Aku bukan tengah diet pun. Melampau la nak diet kalau BMI dah bawah 20. Heh~

Macam mana nak pilih program diet yang berkesan. Semua orang sistem badannya berlainan. So memang amat tidak logik kalau ada satu program diet yang sesuai untuk semua orang pada semua peringkat umur. Kalau nak diikutkan baru-baru ni terdapat satu teknologi untuk check DNA seseorang untuk mengetahui apa jenis kegemukan yang dihadapi oleh seseorang. Melalui hasil dari kajian ke atas DNA ni, seseorang tu boleh la tau apa jenis diet, dan apakah jenis program diet yang berkesan untuk mereka. Tapi teknologi ni nampaknya belum sampai ke Malaysia. Zannenn desu ne~ ^_^


So macam mana nak pilih program menurunkan berat badan yang sesuai?
(1) Jangan percaya sangat kalau ada program yang claim cuma perlu makan produk untuk jadi kurus. Belum ada satu pun produk yang boleh mencairkan lemak secara berterusan tanpa seseorang tu mengubah cara hidup mereka. Tapi bukan bermaksud penggunaan produk tu salah. Cuma, produk hanyalah sebagai booster. Seseorang kena bersedia untuk mengubah cara hidup. Cara pemakanan, aktiviti dan pemikiran. Pilih produk yang selamat.
(2) Pilih program yang korang rasa boleh komited lakukan secara berterusan. Sebagai contoh atkins diet. Ada orang yang mencuba atkins diet dan dapat turunkan berat sampai 10kg. Kemudian bila dia stop buat terus naik sampai 15kg.Tapi ada orang lain yang boleh terus komited kepada diet jenis ni dan maintain berat badan. Penurunan berat badan sewaktu program adalah penting, tetapi pengawalan berat badan selepas berat ideal dicapai pun sangat penting.
(3) Kaedah penurunan berat badan mestilah selamat dan sihat. Mesti korang taknak kurus tapi muka cengkung macam mat ganja, muka pun kusam je. Jadi, program berat badan yang korang nak ikut tu mesti mengambil kira pemakanan seimbang. So, aku memang totally menolak program menurunkan berat badan yang cuma bergantung pada makan satu-satu produk saja. Bagi aku takde satu jenis makanan pun yang dapat menggantikan semua khasiat yang kita dapat dari pemakanan kita. Sebab tu dalam proses menurunkan berat badan aku selalu mencadangkan agar korang ambik supplement untuk memastikan badan still mendapat khasiat yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Ramai sebenarnya orang kat Malaysia ni pelik bila diorang kurang makan tapi jadi gemuk. Ramai orang yang gemuk bukan sebab terlebih makan, tapi sebab tak cukup makan. Kurang zat. Insya allah kalau ada masa nanti aku cerita.

Aku tengah nak rushing buat keje. Minggu ni nak ambik cuti bawak budak-budak tu pegi jumpa doktor.

Daa

Khamis

Baby dan Kunyit

Tensionnya aku...!!! da taip panjang panjang...tetiba ilang lak...sabo je la..

Aku dapat petua ni dari Pakcik Gugel kesayangan ramai tu...Kalau baby hidung tersumbat letak kunyit hidup..Kunyit serbuk tak aci kot..Aqil jangkit selsema dari hubby. Panicked la kejap ibu dia..Nasib baik ada kunyit hidup yg Ma bagi masa balik Kelantan aritu..Aku ambik seketul, genyeh kat anak lesung batu..lepas tu sapu kat batang hidung Aqil. Tengok cara ni berkesan untuk Aqil. Takde la tersumbat hidung dia..Badan dia pun tak panas. Cuma selsema peringkat baru nak jadik..

Satu malam tu asal kering je aku sapu..asal kering je batang hidung dia aku sapu..Waktu Aqil baby aritu aku bole la nak hiris nipis letak atas batang hidung dia..Since dia da pandai buang sendiri benda tu..Aku just gosok je..Pagi tadi aku tengok da tak ada bunyik hidung tersumbat da.. Petang balik kije da takde selsema da..

Tapi....petang ni tengok hubby duk batuk pulak...Jangan la Aqil jangkit batuk dari ayah dia lak.. Mana nak carik petua batuk untuk baby pulak ye...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com