Isnin

Cara membuat yogurt langkah demi langkah

Assalamualaikum

Nak share cara cara membuat homemade yogurt sendiri. Dedulu aku ingatkan susah sangat nak buat yogurt ni. Kena ada yogurt maker bagai. Rupanya tak payah pun.

Meh kita tengok cara membuat Yogurt sendiri





Bahan bahan
Susu - Katanya apa jenis susu pun ok. Rasanya akan pelbagai ikut jenis susu yang kita guna. Kalau guna susu rendah lemak, rasa yogurt tu kurang lemak la. So far aku dah guna susu tepung full cream dan fresh milk. Dedua pun jadi. Tapi guna susu tepung, yogurtnya tak berapa pekat. Guna fresh milk memang sangat perfect. Rasanya lemak, tapi sedikit masam. Biasanya aku tak suka sangat plain yogurt. Tapi yang buat sendiri ni suka pulak. Anak anak pun suka

ok. Bahan seterusnya.
Yogurt asli - Plain yogurt. Check bahan dalamnya kena ada live culture. Kalau tak tak jadi. Yogurt berperisa pun tak jadi. Tak payah nak ngada beli yang low fat. Low fat ke full fat ke bergantung pada jenis susu yang digunakan.

Kemudian, nak kena ada bekas. Aku gunakan bekas kaca tebal ni sebab tahan panas. Dan tahan lama. As long as tak jatuh la. Hehe..


Kaedah membuatnya
Mula mula sterilkan dulu bekas kaca dan utensil yang nak digunakan. Fungsinya adalah untuk hapuskan bakteria lain supaya tak timbul masalah persaingan antara bakteria dalam yogurt dan bakteria yang jahat tu. Caranya adalah dengan masukkan air panas mendidih dalam bekas kaca dan rendam sudu selama 5minit. Kemudian buang airnya dan keringkan.

Masukkan susu dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Kacau perlahan lahan.


sampai keluar bubble kecik kecik macam ni. Terus tutup api dan masukkan dalam bekas kaca yang dah kering tu.


Hati hati jangan sampai terkena tangan

Rendam bekas tu dalam air paip. Sebenarnya, perlukan termometer untuk sukat suhu. Bila suhu mencapai 43drjah celcius, baru boleh masukkan yogurt. Sebab kalau masukkan masa panas sangat, bakteria mati. Kalau masukkan masa dah sejuk, aktiviti pembiakan kurang aktif.

So cara nak tau suhu dah mencapai ke tahap sesuai ke tidak kita gunakan jari kelingking. Kalau celup jari kelingking takde rasa melecur tapi still panas, then da ok dah. Hati-hati masa buat ni. Jangan terus celup. Agak-agak dulu ye.

Yogurt tu suhu bilik. Baru bakteria aktif. Kalau sejuk dia tidur. Ambik sikit yogurt, cairkan dalam bekas asing. Guna susu yang dah panaskan tu la. Kacau perlahan lahan je. Lepas tu tuang campuran ke dalam bekas kaca yang ada susu tu. Kacau perlahan kejap. Lepas tu tutup bekas.



Cara nak membiakkan bakteria tu adalah dengan make sure bekas tu sentiasa suam selama 10-12 jam. Cara aku adalah dengan balut bekas dengan towel.


Nak lagi tahan lama. Masukkan dalam bekas tahan sejuk.


Jangan kacau (ganggu) selama 10-12 jam.


jeng jeng jeng.. Dah jadi. Yang ni aku tambah dua sudu besar susu tepung lagi supaya pekat lagi. Kalau nak tambah susu tepung, tambah sebelum letak campuran yogurt tu. Caranya sudukan dua sudu susu tepung. Biar susu tu tenggelam sendiri, lepas tu baru kacau. Kalau tak nanti bergumpal pulak.


Dimakan dengan fresh fruits. Granola dah habis.


Kanak kanak riang makan yogurt homemade mak dia buat sendiri

Selamat mencuba.

Daa

46 comments:

JunAina berkata... [Reply]

Gigihnya mak nan sorang ni. Akak...tak rajin...ahahaa...

Irfa berkata... [Reply]

apa beza dgn yogurt dah siap tu?
sbb cara buat mesti kena campur dgn yogurt sedia ada di pasaran?aku igtlan caranya mmg xder kaitan dgn yogurt siap tu

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

sedapnya pulak makan dengan buah-buahan Rai...

Unknown berkata... [Reply]

starter je. sbb nak start tu kena ada bakteria. unless kalau beli yogurt starter dlm bentuk serbuk tu. first time je guna yogurt beli. da lepas tu boleh guna yogurt yg dibuat sensiri tu utk buat. so, kosnya lagi murah. dan da takde preservative.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ berkata... [Reply]

waa rajinnyer...nanti nak try gak terlio nengok ni tetambah makan ngan buah memang lagi sedap...

Munn Jaafar berkata... [Reply]

ooo so next time pkai yogurt ni je la utk buat byk2 lagi?


dasat la akak ni.yogurt pun pndai buat sndri...kagum kagum.. :)


tgk bks kedap tu teringat masa nk blk cni.kononnya nk isi susu yg sy dh pam n isi ais. sekali xmuat daaaaaa....dua2 yg dpt tu xmuat. sudahnya pnjm bks nasi mak isi susu.. :p

Qashmere berkata... [Reply]

Thanks share kak...

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Terus-terang kakak memang tak gigihlah Rai. Tengok memang suka tapi nak buat tu yg malas..

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Thanks akk for the share...xde larr susah sgt erk...bleh larr rietta try malam nie...buat sarapa pg esok...yummy....

Adriannasyaz berkata... [Reply]

Tima kasih kongsi2 cara buat youpgurt..sya mmg suka mkn yogurt..nnti leh buat sendiri ni.:)

Unknown berkata... [Reply]

bestnya pandai buat yogurt sendiri...den biasonya beli jer...huhu

Ann Ishak berkata... [Reply]

bagus ni rai, kalau beli pun satu bekas tu je dah 3 hengget lebih ek

Unknown berkata... [Reply]

waahhh...blh try buat ni..
kawan aku ni dari dulu lagi rajin!!
hhaha..

aizamia3 berkata... [Reply]

buat sendiri lebih jimat kan.. ;)
rajin dgn idak je.. hehehe.. ;)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

tq share yer rai & nak wish juga selamat menjalani ibadah puasa dan mudah2an amalan kita diterima Allah swt hendaknyer !

Aziela berkata... [Reply]

Rajin...rajin. Akak pula x berapa suka plain yogurt

Hawa Tahir berkata... [Reply]

Assalammualaikum sis, saya minta izin share link entri ni di page saya ya.Thanks :)

Unknown berkata... [Reply]

@Siti Shams,assalam.. silakan.. thanks..

Unknown berkata... [Reply]

Assalam, akak. sukatan nye brape yer. ? susu segar tu brape ml?? yogurt asli tu brape sudu. ?

Unknown berkata... [Reply]

@Juney Jonet, assalam, sori lambat reply. sukatannya agak agak je sebenarnya.. tapi biasanya kami buat 1liter susu segar tu guna 3-4 sudu besar yogurt. masukkan tu jangan kacau laju2.. cuma kacau perlahan dengan sudu.. takut mati eksiden bakterianya..hehe

Unknown berkata... [Reply]

kak..klo nk tmbah perisa (strawberry,blueberry) mcm kt supermarket tu.. ad tips tak??

Unknown berkata... [Reply]

@ammar sukiman, biasanya nak bagi perisa saya letak jem atau filling (beli kat kedai kek) bila nak makan tu.. just kacau sekata.. ikutla nak perisa apa pun.. nak lagi bagus buat filling sendiri dengan buah buahan segar.. :)

Nurazlin's berkata... [Reply]

Terima kasih sis kongsi resipi ni. Sy dh try smlm. Rasa ok.. Tapi kan, yogurt sy agak berlendir sikit. Mmg macam tu ke atau sy terlebih letak yogurt masa buat.

Unknown berkata... [Reply]

@Nurazlin's, tak pernah pulak jadi berlendir..tapi ada satu layer yg warna jernih sikit tu.. yg tu whey panggilnya..takde masalah.. nak buang boleh.. nak kacau dan makan pun takde masalah..

Nurazlin's berkata... [Reply]

Ooo.. mungkin terlebih pekat kot sis.. mcm likat gitu. Yogurt ni tahan berapa lama sis?

Unknown berkata... [Reply]

Sis, nk Tanya Lps ni Nak buat yoghurt baru bleh top up dlm bekas ni ke start all over again?

umi kalsom berkata... [Reply]

Salam,kalau guna susu yg basi boleh x?syg nak buang susu basi baru beli kt mall.masa buka rasa lain dah.esoknya dah basi.mungkin peti sejuk xberapa sejuk.

umi kalsom berkata... [Reply]

Salam,kalau guna susu yg basi boleh x?syg nak buang susu basi baru beli kt mall.masa buka rasa lain dah.esoknya dah basi.mungkin peti sejuk xberapa sejuk.

Unknown berkata... [Reply]

Saya tak pernah guna susu basi. Tapi saya tak berani nak guna sbb takut ada bakteria yg tak baik dlm tu

Unknown berkata... [Reply]

Sis , saya dh cuba buat and bila bau tu kan bau dia mcm something basi . Ataupon bau nyng camtu?

Unknown berkata... [Reply]

@Tengku Nurizzah, maaf lambat reply.. baunya macam bau yogurt.. agak masam2 gitu..

Unknown berkata... [Reply]

Salam ... berapa lama yogurt yg dah dibuat sendiri ni boleh tahan tanpa rosak? Perlu sentiasa disimpan sejuk ke? Macamana utk tambah perisa agar rasanya sedikit manis.. boleh ditambah gula jer?

Unknown berkata... [Reply]

@Hirdayati Mohddemejati, biasanya saya mmg tak buat banyak.. dlm 500ml gitu.. so dalam 1-2 hari dah dihabiskan.. mmg kena simpan dalam peti sejuk. yogurt yg beli pun kena simpan dalam peti sejuk..

saya tak tambah gula..saya tambah fruit puree masa nak makan..kalau tambah masa buat rasanya jadi makanan bakteria kot..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Yogurt ni bole buat air berperisa yogurt x?

Unknown berkata... [Reply]

@nabila, sepatutnya boleh juga.. saya tak pernah buat.. tapi boleh cuba tambahkan yogurt dgn susu, dan tambah perisa kesukaan.

Unknown berkata... [Reply]

sis ...kalau xde bekas kaca n guna balang plastik ..kemudian balut2 dgn kain n letak dlm bekas pelas than lama tu jdi tk?

Unknown berkata... [Reply]

sis ...kalau xde bekas kaca n guna balang plastik ..kemudian balut2 dgn kain n letak dlm bekas pelas than lama tu jdi tk?

Unknown berkata... [Reply]

sis boleh tmbah gula tak

Unknown berkata... [Reply]

sis boleh tmbah gula tak

Unknown berkata... [Reply]

@Zeeraa Yow, kalau nak tambah, saya suggest tambah lepas dah jadi yogurt.

STF berkata... [Reply]

awak ni kelakar la, mesti sebaya ni, anak sama besar. (Abang Perindu Malam)

uyunaaz.blogspot.com berkata... [Reply]

Salam kak.sy nk try buat untuk project prctikal sy..sy nk mnx tlong akak ajarkn sy..bleh bgtau mcm mana sy nk hubungi akak..sy ingin meminta pertolongan dari akak ..

uyunaaz.blogspot.com berkata... [Reply]

Contoh mcm tukar susu fresh cream tu ke susu kambing?

Hasanuddin berkata... [Reply]

Hye Assalamualaikum semua . Saya ada menjual fresh yogurt . Homemade dari saya sendiri . Boleh cuba tengok ig @Sogurt.my ataupun fb @Sogurt.my juga

Hasanuddin berkata... [Reply]

Hye Assalamualaikum semua . Saya ada menjual fresh yogurt . Homemade dari saya sendiri . Boleh cuba tengok ig @Sogurt.my ataupun fb @Sogurt.my juga

Hasanuddin berkata... [Reply]

Hye Assalamualaikum semua . Saya ada menjual fresh yogurt . Homemade dari saya sendiri . Boleh cuba tengok ig @Sogurt.my ataupun fb @Sogurt.my juga

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com