Memaparkan catatan dengan label Mengempiskan perut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mengempiskan perut. Papar semua catatan

Sabtu

Merampingkan pinggang selepas bersalin

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Habis dah tempoh berpantang selama 44hari. Walau pun berpantang di rumah sendiri, aku berpantang beria ria dengan set berpantang tropical herbs. Berbengkung sepanjang tempoh berpantang sekali dengan peramping perut sekali.



Masa pergi event Lego sekali pun aku pakai bengkung. Punya lah gigih kan. Hehehe.. Hasilnya... Dah tinggal nak tone perut sikit sikit je. Kenalah mulakan senaman untuk make sure perut ramping seperti asal kan. Hihi..


Mungkin korang wanita muda yang baru first time bersalin rasa yang berbengkung ni leceh. Nak letak ubat perut yang berhabuk bila kering tu lagiii la. Bercinta sangat. Tapi percayalah. Cuma 44hari je. Lepas tu tinggal maintain sikit sikit dengan bersenam. 


Takkan aku nak ambik gambar perut aku kan. Tapi cayalah. Pengorbanan yang berbaloi.



Dah nak habis tempoh cuti dua bulan. Sedihnya.. Dah nak kena start keja pulak tak lama lagi.


Cuti pantang kali ni memang sangat sangat enjoy kat rumah. Bila la boleh jadi full time housewife kan..

Daa

Ahad

Kebaikan berbengkung dalam pantang

Assalamualaikum

Mentang mentang dalam pantang. Semua cerita pantang je ye. Maaf kalau korang boring. Hehe.

Kali ni aku berpantang di Shah Alam je. Shujin Berhad. Shujin yang uruskan aku berpantang. So takde lah nak sendirian berhad sangat. Awalnya aku macam malas nak pantang beria ria. A.k.a malas nak beli set bersalin bagai sebab takut tak sempat nak mengulit diri. Maklumlah.. anak dah empat. Tiba tiba shujin belikan jugak set bersalin tropical herbs. So kena lah jugak gunakan sepenuhnya.

Aku faham, ramai tak suka nak berbengkung. Especially yang jenis kena lilit sampai ke punggung. Panas. Leceh. Susah nak buang air ke bilik air bagai. Nak gerak pun jadi terkepit kepit kekdahnya. Tapi meh aku bagitau something yang buat aku rasa sangat berbaloi berbengkung lilit sampai ke punggung ni.

Memang tak dinafikan. Bengkung moden memang mudah. Tapi, dengan pakai bengkung sampai ke punggung, ia akan bagi support yang tak berbelah bagi pada perut dan rahim. Maklumlah kan. Baru baru lepas bersalin, bila berjalan rasa macam nak jatuh je. Tapi pakai bengkung lilit. Postur akan jadi lebih baik dan bagi support yang secukupnya.


Tambah lagi, dengan gabungan pemakaian tepel pada perut akan rasa lega dan buang angin. Tepel tropical herbs ni serbuk. Bancuh jadi paste, lepas tu sapu. Bila kering tu nyampah jugak la sebab berhabuk. Aku bukak bengkung kat bilik air supaya tak payah nak sapu pulak. Tapi yang bestnya, sedap sangat rasa kat perut bila pakai dengan bengkung. Mula mula memang panas pijar gila. Berguling guling aku pijar. Haha.. Tapi lepas tu rasa macam suam suam berangin. Best sangat.

Lagi pulak, bengkung tropical herba ni ada dua setting. Untuk yang kurus boleh, yang berbadan besar pun boleh.

So terima kasih kat shujin belikan aku set bersalin ni untuk aku memanjakan badan. Nak berjalan pun rasa sedap dan selamat dengan bengkung.

Selain dari set bersalin tropical herbs, aku makan jugak supplement iron folic, calcium magnesium dengan B complex dari nutrilite. Maklumlah. Usia makin bertambah. Aku perasan, recovery aku makin berkurang sejajar dengan perkembangan usia. So, usaha kena lebih sikit kalau nak fit semula.

Korang berbengkung tak dalam pantang..?

Daa

Selasa

Makanan yang membantu mengempiskan perut

Assalamualaikum

Selain daripada tekanan perasaan (stress), makanan juga merupakan antara faktor terpenting yang menyebabkan perut buncit. Percaya tak, walau pun seseorang tu kurangkan pengambilan kalori sebanyak 400kalori pun.. Kalau dia makan makanan yang kurang sihat, perut takkan semakin mengempis. Malah boleh menyebabkan bertambah buncit. 

So.. Mengurangkan kalori memang penting. Tapi.. Memilih makanan yang sihat adalah sangat sangat penting..


Antara makanan yang membantu mengempiskan perut yang buncit..

(1) Buah yang kaya dengan vitamin C seperti oren dan sayur sayuran
Anti oksida dalam buah buahan dan sayuran seperti vitamin C dan beta karotin dapat membantu mem"bunuh" lemak. Antara buah yang kaya dengan beta karotin adalah seperti lobak merah dan cantaloupe. Oren dan berries pulak kaya dengan vitamin C. Malah buah buahan tempatan macam jambu batu pun kaya dengan vitamin C. Lagi bagus makan buah berbanding jus, sebab kalau jus dah kurang serat seratnya kan.. Dan lagi bagus kalau dapat makan sayur berbanding buah sebab buah tu manis, so makan banyak banyak pun tak elok jugak..
Optimal health bukan bermaksud takde penyakit saja tau

(2) Dapatkan protein dari sumber yang baik
Ingat terlalu banyak protein boleh membebankan buah pinggang dan mengurangkan kalsium. So, ambil protein berdasarkan keperluan tubuh. Penting jugak pilih protein yang dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Protein dari sumber haiwan macam lembu dan kambing mengandungi lemak yang tinggi, so kena hati hati ambik. Ayam yang dibuang lemak okay. Selain dari tu, ikan jugak sumber protein yang baik. Soya jugak sumber protein yang baik. Product soya macam tempe, tauhu dan natto baik untuk kesihatan. Selain dari tu boleh juga ambil supplement protein soya, sebab ianya membekalkan protein yang tinggi pada kalori yang rendah, mudah diserap dan tak mengandungi kolesterol. Tetapi pastikan ianya tak mengandungi gula substitute macam maltodextrin dan tidak menggunakan soya GMO. Nutrilite pilihan saya. Ceh pomot pulak :P

Pesanan protein untuk lebih bertenaga dan cergas, whatsapp ke nombor 0126894617

(3) MUFAs
Sebutnya mufahs. Hehehe.,. Adalah mono-unsaturated fatty acid. Senang cerita sejenis lemak yang sihat. Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil adalah antara contoh makanan yang kaya dengan lemak baik ni. Selain dari tu minyak zaitun juga bagus. Tapi minyak zaitun tak elok dibuat masak ya. Minyak zaitun boleh guna untuk sprinkle dalam salad, tapi tak bagus untuk menggoreng sebab boiling point nya rendah. Berbanding minyak kelapa. Cuba tambahkan minyak minyak berlemak yang sihat ni ke dalam makanan. Contohnya.. untuk Aisy dengan Aqil. Aku tambahkan sesudu minyak kelapa dalam oats diorang. Nampak gayanya macam laku. Hihihi.. Aku sendiri cuba sedaya upaya untuk telan sesudu virgin coconut oil untuk kesihatan sejagat. Tak sedap? Katanya nak sihat.. Tapi aku suka je VCO tu. Kalau jenis yang tak tahan, ada jual VCO dalam soft gel. Hehehe..

Gabungkan pemakanan ni dengan senaman dan amalan yang mengempiskan perut. Memang kebabom punya..

Alamak.. Tak rajin la. Huhu..

Kalau tak rajin. Rajinkan diri mengemas rumah. Banyak kalori terbakar ketika mengemas rumah. Yang lelaki, sila lah ringankan tulang menolong isteri.


Selamat mencuba.

Daa

Khamis

Turun berat badan dengan menukar pinggan

Assalamualaikum

Macam best je.. Macam menarik je.. Macam gedik je aku ni kan.. Wakaka..

Dalam entry amalan mudah mengempiskan perut buncit, ada beberapa komen yang bertanya tentang penggunaan pinggan berwarna gelap tu.

Why betey why why..~ (Overnya..haha)

Hmm..Menurut kajian, saiz, bentuk dan warna pinggan yang digunakan ketika makan sedikit sebanyak mempengaruhi jumlah makanan yang kita makan. Actually aku malas nak elaborate kat situ.. Nasihat yang sebenarnya adalah dengan menggunakan pinggan yang berwarna kontra dengan makanan. Kalau makan nasik putih, gunakan pinggan berwarna gelap. Kalau makan ayam bakar arang gunakan pinggan putih. Ianya adalah satu ilusi optic yang menyebabkan otak kita hantar signal tentang portion yang kita makan. Kan ke kalau pinggan warna gelap, nasik putih, kita nampak macam kita ambik banyak sangat nasik kan. Dan lebih baik lagi kalau guna pinggan dengan saiz yang lebih kecil (pengurangan 1inci dari saiz biasa pun membantu tau!)
Lebihkan sayur dan kurangkan makanan berminyak
Nasihat lain berkaitan dengan warna pinggan adalah, kalau nak bagi makan sayuran hijau banyak, gunakan pinggan berwarna hijau. Sebab warna pinggan senada dengan warna sayur, kita tak rasa portion tu banyak sangat. Hehehe.. Boleh baca lanjut di link di bawah.
Kenapa pulak nak kena elak makan sambil menonton tv atau bercakap? Sebabnya adalah bila kita tak focus pada makanan, kita tak sedar kita dah makan banyak mana.. So, kebanyakan orang tend to overeat themselves.

Kalau nak betul betul diet, guna piring alas cawan sudahhh.. Hahaha..

Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang.

Daa

Rabu

Amalan mudah mengempiskan perut buncit

Assalamualaikum

Masalah wanita dan lelaki bila menjelang usia pertengahan adalah masalah perut buncit. Lebih lebih lagi bagi wanita yang dah mengandung dan melahirkan anak. Nak bersenam, malas tak sempat. Ramai cuba crash diet mahu pun product karut marut. Tapi akhirnya tak ke mana mana. So acaner?

Ini adalah antara perkara yang boleh diamalkan bagi mengempiskan perut yang buncit. Dan sekali gus menguruskan badan.



(1) Minum segelas air sebelum makan. Elakkan minum air ketika makan
(2) Makan dengan pinggan yang berwarna gelap
(3) Makan dengan tenang, kunyah makanan sekurang kurangnya 40 kali – Kunyahan dapat membantu sistem penghadaman dan dapat mengelakkan kita dari terlebih makan.
(4) Elakkan dari makan sambil menonton televisyen
(5) Dapatkan tidur yang secukupnya – Rehat yang secukupnya membantu proses metabolisme badan kita
(6) Banyakkan tersenyum. Elakkan dari terlalu stress – Stress menyebabkan lemak terkumpul di perut dan sekaligus menyebabkan perut menjadi buncit.
(7) Banyakkan berjalan
(8) Rajin mengemas rumah. Lap lantai menggunakan kain berbanding mop – Dapat membakar kalori berlebihan
(9) Duduk dan berjalan dengan postur yang betul – Duduk dengan badan sedikit membongkok menyebabkan otot perut tidak bekerja dan menyebabkan lemak lebih mudah terkumpul.
(10)  Lakukan plank selama 1minit sebaik bangun pagi dan sebelum tidur – Plank sangat baik untuk menguatkan core kita
Senaman mengempiskan perut bagi yang rajin..hihihi
Tak susah pun kan.. Nak ubah semua habit dalam satu hari memang sukar, tapi buat satu persatu. Insya allah akan berjaya.
Selamat mengempiskan perut buncit.

Daa

Isnin

Mengempiskan perut selepas bersalin

Assalamualaikum

Berpantang kali ni aku berjaya berpantang dengan sebenar benarnya. Rasa tak puas pulak pakai tepel kat perut tu. Bila da habis tu rasa cam lain macam takde benda pijar panas kat perut. Hehehe.

Pantang dengan mak kali ni. Aku pantang habis habisan. Maksud aku dari segi rutin berpantang macam berbengkung, mandi air herba suam, tepel, pilis bagai. Tapi dari segi pemakanan, mak aku bagi kelonggaran. Cuma makanan pedas, udang, sotong, cendawan, aku tak makan. Ikan tongkol ayah tak bagi makan jugak. Tapi aku da tercubit. Ingatkan boleh. Hehe..

Makan 5 kali sehari. Pagi, tengah hari, evening tea dengan dinner. Hasilnya, berat memang da dapat berat asal la. Perut pun turun almost 85%. Of course la belum hundred percent sebab perut yang stretch tu ambik masa nak tone balik kan.

Aku start bersenam bila lepas habis pantang. Maklumlah,sepanjang berpantang pakai kain batik ngan berbengkung. Susah nak aktif aktif ni.

Rutin senaman aku adalah senaman aerobic (5-10min), weightlifting guna dumbell sekilo je hahaha (5min), flexibility (3-4rutin) dengan balancing (2-3rutin). Buat sana sikit sini sikit. Sehari at least 15-20minit.

Favourite aku buat plank. Sebab dari situ aku tau stamina aku takat mana. Kalau mula mula start nak buat count 10 pun ketar ketar. Skang ni da boleh count sampai 30. Aim aku nak count sampai 60 pulak.

Dari segi diet paling susah nak jaga sebenarnya. Shujin nak belikan protein shake untuk bantu bina dan baiki muscle lepas exercise. Tapi tak sempat lagi.

Hopefully semua pouch ni akan pergi jua sebelum aku hilang fokus nak exercise bagai ni. Hahaha.


Breastfeeding budak ini juga diharapkan agar membantu

Daa

Teh hijau untuk mengempiskan perut

Assalamualaikum

Jom minum teh.
Teh hijau organic
Best sebab tak kelat.. Tak payah tambah gula untuk kebaikan paling optimum
Teh hijau organic ni memula aku belikan kat akak aku. Mula mula dia beli dua kotak. Lepas tu dia order 5 kotak. Da habis 5 kotak dia buat bisnes terus kat bebudak opis dia. Hahahaha. Katanya sangat lawas. Bebudak ofis dia pun, dia promote bagi cuba satu uncang pun ramai yang terus order. Kemain lagi akak aku bisnes lawan tokey. Lepas 7 kotak (lebih kurang 7 bulan) dia minum ni, shujin kata akak aku nampak makin slim dan jeragat makin kurang. Yang bagusnya akak aku ni rajin bab-bab ni. Setiap hari kat opis, dia guna satu uncang untuk minum sepanjang hari. Aku minum jugak. Tapi aku ni takde la istiqamah sangat. Perasan kononnya perut da cukup kempis :P

Teh hijau memang terkenal sebagai minuman yang kaya dengan khasiat. Sebagai anti oksidan semulajadi yang kuat. Ada kajian yang mengatakan bahawa ianya membantu mengurangkan risiko kanser. Walau pun mungkin tak ramai suka minum teh hijau ni sebab rasanya yang agak kelat dan tak dicampur gula, sebenarnya teh hijau juga membantu dalam menguruskan berat badan. Tengok perubahan kat akak aku, aku rasa convince sikit kot. Tapi, teh hijau ada jugak kafein. So bagi yang sensitive dengan kafein kena la hati-hati sebab teh hijau mengandungi kafein jugak.

Bagi yang kurang lawas atau nak turunkan kadar kolesterol dan kempiskan perut. Mungkin boleh cuba. Just gunakan satu uncang teh, refill air berkali kali.

Jangan lupa baca tentang Kebaikan teh hijau

Rasanya dalam pantang nanti kena istiqamah minum nak bagi elak sembelit..Hihihi..



Daaa

10 cara mengempiskan perut yang berkesan dalam masa sebulan

Assalamualaikum

Ramai orang sekarang mengalami sindrom lemak di perut ni senang cakap buncit lah. Tak kira lelaki atau pun perempuan. Kalau lelaki tu boleh la kata sebab isteri sayang. Tapi kalau orang perempuan, macam macam tohmahannya. Kesian orang perempuan ni. Hehehe.



Oleh itu, aku nak suggest kaedah mengempiskan perut yang berkesan. Tapi dengan syarat. Kena istiqamah betul betul. Bunyinya macam menakutkan. Takde lah susah sangat pun sebenarnya.

Cara-cara mengempiskan perut (obvious result dalam masa sebulan)
(1)Pakai bengkung/barut/corset atau apa apa saja nama yang sewaktu dengannya. Nak mudah beli baju corset tu. Tapi tak payah la yang mahal melampau. Sebab baju dalam tu sebenarnya untuk perbaiki postur badan dan juga sendal lemak. (Pandangan peribadi) Yang memahalkan sesuatu baju dalam tu adalah material dan design nya (tapi bukanlah additional material sampai magic bila pakai tu lemak terus cair disebabkan oleh tut..pepaham lah). Material yang baik akan menyendal lemak dengan baik tanpa menyebabkan pernafasan terganggu. Ia secara tak langsung membantu perjalanan darah dan memastikan kita berada dalam postur yang betul. Untuk permulaan atau nak cuba cuba teknik ni aku sarankan just guna bengkung orang bersalin tu je. Tapi kena rajin nak mengikatnya la. Sebab nak kena pakai at least 8 jam setiap hari tak kira hujan ke panas. Seeloknya pakai waktu siang sepanjang hari masa pergi kerja tu. Bila pakai bengkung ni nak terover makan pun akan rasa sengkak. 



(2) Pastikan duduk dan berdiri dalam postur yang betul. Jangan slouch.
(3) Sentiasa lakukan stomach vacuum technique (Boleh google kaedahnya) Oleh kerana pakai bengkung, automatically kita akan sentiasa aware yang kita dalam proses nak mengempiskan perut. Sambil buat vacuum technique, kena kawal pernafasan dengan baik.
(4) Senaman setiap pagi atau sekurang kurangnya dua hari sekali. Kalau tak cukup masa nak bersenam boleh refer pada entry
senaman 10 minit. Plank adalah salah satu teknik senaman berkesan untuk menguatkan tubuh sambil mengempiskan perut
(5) Makan sedikit tapi kerap dan make sure ambik breakfast selepas bersenam
(6) Banyakkan makan serat, sayur dan buah buahan

Sumber : Google
Teh hijau jangan ditambah gula. Baik untuk meningkatkan kadar metabolisme
(7) Minum teh hijau dan pastikan minum air yang cukup. Teh hijau sangat sangat membantu melawaskan buang air besar. Selain dari tu bantu menurunkan kadar kolestrol kalau diambil berterusan dalam masa 12 minggu (menurut kajian) Kalau rasa lapar macam craving nak makan. Minum air kosong segelas dulu. Lepas tu baru tengok. Kalau lapar jugak, makan lah.
(8) Paling baik kurangkan makanan berminyak dan berlemak
(9) Lebih baik lagi kalau elakkan dari makan makanan yang diproses
(10) Amalkan secara istiqamah selama sebulan. Dan memang akan nampak kesannya. Dalam 2 minggu pertama, nafsu nak makan secara berlebihan akan berkurang. Dan badan akan rasa lebih "ringan" kerana senaman yang konsisten





Selamat mencuba.


Nota kaki : Teknik ni aku amalkan ketika nak mengempiskan perut selepas bersalin. Bengkung tu guna bengkung bersalin je. Tambah lagi gunakan tepel kat perut tu. Rasa selesa je perut. Habis keluar angin bagai. Ada orang kata, ala..ko kurus apa nak risau..Hakikatnya, aku da bersalin dua orang ni memang risau bab bab perut tu. Ditambah lagi, aku memang amat amat suka makan. 




Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com