Rabu

Saranan pemakanan di bulan Ramadhan

Assalamualaikum

 

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga ramadhan kali ni lebih berkat berbanding ramadhan tahun tahun lalu. Jangan masuk bulan ramadhan je dan dan kena gastric khenn.. Hehehe.

 

Mesti ramai yang bercita cita nak menurunkan berat badan sambil sambil berpuasa ni. Syaitan dah terikat, tinggal kita dan nafsu nafsi je. So, nak apply ke tidak terpulang pada diri masing masing.

 

Berbuka puasa dengan segelas air kosong, satu sudu madu dan kurma untuk tenaga segera.

Kurma kurang manis :D

Makan buah sebelum makan. Kalau makan nasi tu, separuh pinggan adalah sayur, 1/4 nasi dan 1/4 lagi sumber protein. Elakkan atau kurangkan dari makan daging merah (lembu). Cara memasak yang terbaik, rebus, kukus dan bakar. Kurangkan penggunaan minyak masa memasak. Elak dari deep fry bagai ya.

Kurangkan makanan yang diproses.

 

Masa sahur pun sama. Segelas air kosong, satu sudu madu dan kurma.

 

Kalau nak incorporate supplement dalam berpuasa. Malam lepas terawikh, minum protein powder+susu. Masa sahur pulak boleh minum protein powder+susu+oat sebelum masuk waktu imsak. Insya allah akan rasa kenyang lebih lama. Dan kalau nak fill in the gap dalam diet boleh tambah multivitamin. Insya allah lebih bertenaga.

 

Kalau selama sebulan amalkan ni insya allah tak terover eating. Badan pun tak terasa berat nak berterawikh sebab kekenyangan terlebih makan kan :D

 

Pagi tadi sahur apa?

 

Daa

14 comments:

Adriannasyaz berkata... [Reply]

Salam ramadhan..pagi tadi sahur oat dgn biskut meri je.hee :)

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

bulan puasa bagus untuk kurangkan berat badan kan..kan..

makan tu biar berpada-pada..

Irfa berkata... [Reply]

SIKIT NASI DAN AYAM GRENG KUNYIT :)
IGT NAK GI TERAWIH,SMLM TAK PEGI
ANAK LAK DEMAM

Aziela berkata... [Reply]

Kurma kurang manis? Ada ekkk? Bagus tu untuk isi rumah akak.

Dr K berkata... [Reply]

Bila ke bazar Ramadan....hancur segala plan makan secara sihat tu...hahaha

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Bagus gak ni. Hehehehe.....tp jgnlah niat pose sbb nak turunkan berat badan. Kan? Heeeeeee~

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply]

salam Rai...Slmt berpuasa.harap2 dapat la kuruzkn badan dlm bulan posa nih!hikhik

Unknown berkata... [Reply]

good info!!

sahur pagi tadi makan ikan masak kicap..:)

Munn Jaafar berkata... [Reply]

haha kelakar DZ. baru berangan nk mendiet tetiba dah 'ter'ajak fendy pi bazar ptg ni..kekekeke

Unknown berkata... [Reply]

pagi tadi PM sahur mee hoon goreng penuh kasih sayang...hehe

Tanpa Nama berkata... [Reply]

mmg bagus tq share yer

sitiezahim berkata... [Reply]

salam ramadhan rai.. hummm kami kat sini pose pon dah 19 jam, so ada 5 jam je untuk makan (tp dah kena tido) so plan taun ni, berbuka tu nak makan simple2 je supaya sahur boleh ambik berat skit.. :)

aizamia3 berkata... [Reply]

sahur tadi kami makan nasi sup tulang + kari ayam.. perghh.. air zam zam.. ;)

Mulan berkata... [Reply]

salam ramadhan rai...

bukak posa tak byk mkn tapi sahur mkn byk sikit... makan nasi pon masa sahur je.. taip takde la penuh pinggan.. berpada2.. cewaahhh konon nak kurus macam rai...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com