Selasa

Bila makan sayur je tak cukup, it has to be colourful as well

Assalamualaikum

Cehh..konon speaking london aku ni. Mesti semua orang perasan yang sayur dan buah buahan telah dijadikan dengan pelbagai warna. Selain dari untuk menarik perhatian, setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dalam penjagaan kesihatan manusia.
Journal publish in JAMA (Journal of the American Medical Association)
Survey oleh WHO in 2003 (latest kalau tak silap aku even worse. Less than 5% yang makan 5 serving fruit and vege setiap hari..
Sebenarnya aku tertau tentang 5 colours diet ni masa zaman belajar kat Jepun dulu. Zaman tu kat Jepun tengah gila pasal drama Winter Sonata. Orang jepun panggil mamat hero tu Yon Sama. So ada la satu rancangan ni yang menunjukkan bagaimana Yon sama tu menjaga body nya. Iaitu dengan mengamalkan 5 colours diet. Apakah maksudnya 5 colours diet ni? 5 colours diet ni diambil sempena lima kumpulan warna buah dan sayuran.
Iaitu
(1)    oren - Citrus fruit, jagung, carrot, grapefruit
(2)  Hijau - Sawi, Bayam, Broccoli, celery, green apple, green pepper, green tea
(3)    Merah - Red apple, tomato, cherry, strawberry, pink grapefruit, guava
(4)    biru - Grape, blueberry, kobis ungu
(5)    Putih - Lobak putih (daikon), cauliflower, bawang putih, soy bean
Mudah je nak category kan. Ikut warna masing masing. Menurut kajian, warna-warna ni bukan ada saja saja untuk menarik perhatian saja, tapi ada khasiat tambahan yang dipanggil phytochemical atau phytonutrient yang mempunyai peranan masing-masing.

Mungkin selama ni kita ditekankan supaya makan sayur dan buah setiap hari sekurang kurangnya 5 serving (read this carefully..sekurang kurangnya 5 serving, suggestion from WHO is 5-9 servings everyday..bukan utk seminggu). Tapi kebanyakannya tak menekankan tentang kepelbagaian warna sayur dan buah yang kita makan. Memandangkan setiap satu jenis warna ni ada peranannya masing masing, maka kita mesti makan kelima lima warna tersebut setiap hari bagi mendapatkan kesihatan yang optima. Well. Memang takde orang yang akan dapat perfect diet cam ni. Melainkan pakcik David Murdock yang minum smoothies made of 15 jenis sayur dan buah setiap pagi. :D

Apa khasiat setiap satu warna tersebut? Nanti aku terangkan lebih lanjut dalam entry lain. Ada ke yang nak tau..? hehe.. :D

Contoh menu sayur 5 warna

Daa

18 comments:

munna berkata... [Reply]

munna jenis susah nak makan sayur.... memilih bila nak makan

Unknown berkata... [Reply]

Dulu pun nurul jenis yg x suka makan sayur.. tapi skrang.. semuanya dah boleh telan.. :)

Ujie Othman berkata... [Reply]

Saya pun tau dari tv..kita kena mkn sayur/buah campur2 warna. masa bljr kat sekolah dolu takde pulak cikgu bgtau.

Unknown berkata... [Reply]

klu msk sayur mmg suka wane-wani kann.. tp merah tukar ngan cili basah muahahaha..

nazayiena berkata... [Reply]

Mkn 5-9 serving sayur sehari,mkn sekali tu pun ada miss juga.

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

haa tu la, kalu sayur yg mcm2 warna mmg dpt tarik minat nak mkn.. hihii

Aziela berkata... [Reply]

Cabarannya ialah untuk mendapatkan stok bahan mentah segar setiap hari. Especially ntuk ibu bekerja. Err, Rai, dah lama akak nak tanya. Dulu awak belajar kat mana ekk? Amik Engineering kan..?

Tanpa Nama berkata... [Reply]

salam,

terung tu sayur juga ke?

KLIK PA TIDAK CEKAP

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum Rai...menarik info ni senang nak ingat...:)

Anamarza berkata... [Reply]

Kalau buat sayur campur memang colourful , tapi tak de la pulak tiap-tiap hari masak sayur campur kan?

Asmara berkata... [Reply]

Tak dpt la den nak mkn hari2 5 kaler. Protein tu termasuk x dlm kaler? Mcm udan ikan dah termasuk warna merah aci tak? Hehe.. Paling2 pun hari jumpa hijau, merah, kuning, putih ngan biru tu agak jrg kot.

Unknown berkata... [Reply]

BUI AKUI,BUI MMG JARANG SGT MAKAN SAYUR..HUHUHU

Liza Razak berkata... [Reply]

x sabar nak tunggu next entry pulak..saya ni gila makan sayur :)

mummY daniSha berkata... [Reply]

kalerful lg baek kot...sebab anak2 suke heheee

Yaya Azura berkata... [Reply]

warna kuning, oren & putih bahagian yaya..haah
bestnya sape yang jadi hantu sayur..
kenapa la yaya tak leh telan sayur..huhu

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata... [Reply]

kt umh nie ila je yg mkn sayur hurmmm

Munn Jaafar berkata... [Reply]

sy pernah terbaca pasal khasiat n vitamin ikut warna buah n sayur...ingat2 lupa lah =P

wahida berkata... [Reply]

aku ni memilih sikit nak mkn sayur..yg pahit2 tu mmg tak tertelan aku...huhu...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com