Khamis

5 tips kreatif ajar anak makan sayur

Assalamualaikum

Ramai ibu bapa yang hampir hampir mengalah bila sampai bab mengajar anak makan sayur. Sampai ada yang ugut anak suruh makan sayur. 
Alhamdulillah. Aqil dengan Damia tak ada masalah makan sayur buat masa ni. Walau pun sayur berdaun agak kurang digemari, tapi diorang tak banyak komplen bila aku atau shujin mintak diorang cuba dulu sayur tu.

Sebelum give up.. Cuba kaedah ni dulu. Ye lah kan. Sayur tu penting sangat sangat. Dari situlah datangnya serat, phytonutrient, vitamin dan bermacam mineral yang diperlukan oleh tubuh anak-anak yang nak membesar ni.

(1) Jadi kreatif dan buatkan ianya satu perkara yang menyeronokkan
Cuba terap lobak merah jadi bentuk bunga. Atau lorekkan buah tomato dengan mata dan mulut. Buat sikit dialog sebelum suapkan pada mereka. Selain dari diorang rasa seronok, dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak jugak kan..

(2) Hidangkan sayur dalam bentuk yang unik
Jangan asyik hidangkan salad dengan mayonis atau thousand island saja. Atau pun kobis masak rebus je. Cuba grill brokoli dan letakkan keju atasnya supaya ianya nampak lebih menyelerakan. Potong lobak merah panjang panjang dan buat macam nini cokolat celup. Tentu bebudak pun rasa eksaited nak makan. Jadikan snack minum petang yang berkhasiat!

(3) Bagi anak makan buah
Jangan terlalu fokus pada sayur. Buah buahan yang sedap pun banyak. Tapi jangan terlebih pulak, sebab buah banyak gula :D

(4) Ajak anak anak melibatkan diri dalam proses penyediaan
Bagi anak anak tolong terap sengkuang jadi bentuk atau cuma sekadar tolong basuh sayur sayuran. Bila nak ajak makan, mereka tentu lebih gembira sebab makan makanan yang diorang sediakan sendiri
(5) Tunjukkan contoh yang baik pada anak anak
Kalau dah mak bapak pun tak suka makan sayur.. Macam mana anak nak suka. Betul tak? Dulu sebelum ada anak, aku memang anti carrot. Boleh tubuhkan kelab bagai. Tapi since Aqil lahir. Aku paksa diri aku enjoy makan sayur demi menunjukkan contoh yang baik pada anak anak.

Sesiapa juga tak suka dipaksa. Jadi, lakukan secara berhemah. Setiap kali masa makan, masukkan sayur ke dalam pinggan mereka. Kalau diorang taknak, mintak dia cuba dulu. Kalau dia kata tak sedap, suruh dia letak tepi pinggan dia. Tapi jangan berhenti mencuba. Sambil tu terangkan kebaikan makan sayur. Kaitkan dengan karakter kegemaran mereka. Contohnya kalau nak kuat macam popeye, kena lah makan sayur hijau. Atau ibu bapa sendiri adalah sebenarnya idola anak-anak. Jadi, kalau nak hensem macam ayah atau cantik macam ibu, kena makan sayur. 


Shujin dan aku, sedikit demi sedikit menerangkan tentang vitamin dan mineral dalam sayur dan pentingnya semua tu untuk kesihatan anak-anak. Tambah lagi, penglibatan aku dalam perniagaan berkaitan dengan produk kesihatan, lebih mudah dan sangat membantu untuk memberikan pendedahan tentang pentingnya makan secara sihat bagi anak-anak. Dan jangan lupa puji pujian kalau diorang mencuba makan sayur walau pun akhirnya diorang tak suka sebab rasanya pahit dan sebagainya.

Apa lagi..? Mula kan dari hari ini.

Selamat mencuba

Daa

17 comments:

Aziela berkata... [Reply]

Adam pun, Alhamdulillah, tak ada masalah dengan sayur. Actually start dari baby. Bila dia dah mula makan bubur, dah mula blend sayur sekali dalam bubur. Then, sikit2, tinggalkan cebisan sayur. Memula kecik..sampai jadi saiz normal.

Unknown berkata... [Reply]

bkn kata bebudak, org dewasa pun kena byk mkn sayur.. hubby deqla antara org yg sgt suka mkn sayur.. smuanya dia bedal.. tp deqla ni ada la sayur2 yg x suka mkn.. dia bising la kalo deqla x mkn.. haha..

imm berkata... [Reply]

sebaik xde msalah nak soh anak mkn sayur n buah,,sbb tu da jd mkanan ruji die..tp nak suruh die mkn nasi,,alahaiii tahap menangis maknye ni..

Unknown berkata... [Reply]

mmg jenuh nak pujuk anak mkn sayur
tq bg tip

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kalau kakak dulu Rai momokkan anak kalau nak pandai makan ikan banyak dan kalau nak cantik makan sayur/buah itu yg mereka suka dan lama-lama dah sebati. Budak perempuan biasa makan sayur tak ada masalah..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Adeh...ape yg Rai bagi tips ni, seme dah try kat Aydin. Jenuh Rai. Sy kuat mkn sayur. Suami pun kuat makan sayur. Malah, 1st finger food Aydin ms tumbuh gg dulu - sayur. Carrot-lah. Celery-lah. Sengkuang-lah. Aydin ni lak jenis rajin jenguk dapur ms sy atau mamanya masak. Paling dia suka, ptg2 sayur. Sayur dia tulah yg kami bt masak. Bila dah msk n bgtau sayur tu dia yg ptg, pun die x nak. Kami pujuk dia bgtau; UPIN IPIN SUKA MAKAN SAYUR TAU. Jgn hrplah...hahahaha! Pening pala....then sy yakinkan diri yg Aydin akan mkn jugak sayur one day. Mst punya!

Fazlina Ridzwan berkata... [Reply]

anak dara akak memg peminat tegar sayoq sawi & bayam...segala jenis sayoq dia mkn...shuben akak jee, sayoq xleh nak masok tekak dia...tumboh dlm perot nnt, jenoh nak kutip, kata shuben..hahaha..akak, bg jelah sayoq apa pon, suma mkn...

Ujie Othman berkata... [Reply]

baca komen fara..waaa..pening jugak ni, sume dah usaha. kena tunggu masa je lah.

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

samalah dengan anak2 kat rumah tu...memilih sayur...kacang buncis fev anak2...sekejap licin....sekarang pun kena paksa kalau tidak susah nanti...

NM03 berkata... [Reply]

si qausar tu... kacang botol pun dia mkn beriya sambil cakap dapnyerrr... hehehe

lieyalatif berkata... [Reply]

tips yg comel n berguna...anak2 lieya pun so far alhamdulillah takde masalah...lagi2 dayyan tu...peberet die carrot ngan brokoli.....mmg wajib masak sayur tu kalo kat umah....ratah sesaje die mkn....

QasehnyaRania berkata... [Reply]

ye betul tu kena kreatip
akak jual produk amway ke?

Unknown berkata... [Reply]

Dari Shujin,
Cara paling berkesan pada pengalaman saya untuk bagi anak makan sayur adalah dengan bercerita. Ceritakan arnab jadi laju sebab makan sayur atau popeye jadi kuat dengan makan bayam. Gunakan media kalau ada. Tambahkan dengan cerita rekaan sendiri. A little bit rediculous takpe as long as logic dalam imaginasi si kecil follows. Lepas bercerita, sambungkan dengan "what if" atau "best tak kalau" then "adik/abang/kakak pun boleh jadi macam tu as long as selalu makan sayur tu". As far as until this time, it works like gems. Sekian..

Unknown berkata... [Reply]

@QasehnyaRania,aah. akak member. so kalau ada orang nak beli akak jual je. Tapi takde lah promote beria ria kat blog. Mostly jual pada kenalan dan keluarga :D

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Thanks for the tips rai. ANak2 saya memilih juga sayur. Kekadang saya campur sayur dalan cekodok ☺☺

aizamia3 berkata... [Reply]

dak kakak dengan dak Adik memang memilih part makan sayur tapi sekarang tiap kali makan mesti suruh dorang rasa dulu.. pujuk elok2.. kalau taknak jugak akak takkan paksa.. dorang dapat makan sikit pun dah bersyukur dari tak makan langsung..

Unknown berkata... [Reply]

bagus ada tips mcm ni..ramai mommies memngadu anak xnk mkn sayur..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com