Memaparkan catatan dengan label Yogurt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yogurt. Papar semua catatan

Isnin

Resepi Aiskrim Yo Berry Yummy

Assalamualaikum

Siapa tak suka aiskrim kan.. Err.. Maaf di musim batuk-selesema begini.. Hehehe..

Aiskrim Yo Berry Yummy ni sedap dinikmati untuk menyamankan tekak dikala panas. Yang bestnya, aiskrim ni tak muak sebab ada rasa masam dari yogurt NESTLE Natural Set. Dan sedikit lemak manis dari whipping cream. Di tambah pulak dengan buah strawberry. Bukan aje budak-budak, orang tua pun mesti teruja nak makan. 


Macam sedap kan.. Macam sedap.. Hehehe.. Jom tengok resepinya..

Resepi Aiskrim Yo Berry Yummy
Bahan-bahan
250g NESTLE Natural Set yogurt (setengah bekas yang besar tu)
1/4 cup non-dairy whipping cream (dah ada rasa manis, jadi tak perlu tambah gula)
2 sudu besar strawberry emulco
3-4 biji Buah strawberry dihiris nipis (Nak sedap tambah lagi)
Chocolate rice atau chocolate chip secukupnya
Mold aiskrim

Cara membuatnya.
Tambahkan setengah sudu strawberry emulco ke dalam NESTLE Natural Set yogurt. Kacau sebati. Nak bagi adunannya smooth, tapiskan dengan penapis kopi. Masukkan bagi strawberry emulco ke dalam adunan tapi tak payah kacau sebati. Biarkan ada corak sikit. Masukkan satu sudu kecil coklat rice atau coklat chip ke dalam mold.  Sudukan sedikit adunan yogurt ke dalam mold aiskrim. Selang selikan dengan buah strawberry yang telah dihiris nipis. 

:: Kalau nak lebih sihat lagi, gantikan strawberry emulco dengan strawberry fresh puree.

Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibekukan selama beberapa jam.

Sangat mudah kan..? Bagus jugak kalau jadikan aktiviti bersama anak-anak. Diorang pun mesti eksaited nak menunggu hasilnya.

Malah, aiskrim Yo Berry Yummy ni sihat, kaya dengan kalsium dan rendah lemak! Malah, bagus untuk sistem penghadaman. Nak tau lebih lanjut tentang kebaikan NESTLE Natural Set yogurt dan resepi lain yang sedap sedap lagi? Jom terjah

Damia akan tanya sama ada aiskrim dah siap ke belum setiap sejam. Hahaha..

Kalau nak buat dengan buah buahan yang lain pun boleh. Selain dari tu. Boleh jugak celup dalam coklat cair nak bagi ada salutan coklat. Perghh.. Memang terbaiklah..

Selamat mencuba.

Daa

Jumaat

Mengapa homemade yogurt

Assalamualaikum

Agak beberapa lama tak update pasal penternakan yogurt. Sekarang aku agak aktif buat yogurt memandangkan Aisy da tinggal beberapa hari lagi masuk 8 bulan. 


So, sebagai salah satu kaedah nak memperkuatkan sistem pertahanan badan dia. Aku da start kenalkan yogurt. Alhamdulillah anak anak dan Aisy juga sangat suka yogurt. Aku bagi plain yogurt la.

Aku rasa maybe sebab dibandingkan dengan yogurt yang dijual kat pasaran, yogurt yang aku buat kat rumah ni tak berapa masam. Bau dan rasa memang sangat sangat lemak. Especially bila guna fresh milk. Tapi, jujurnya takde lah all the time aku buat guna fresh milk. Satu hari kami boleh habiskan 800ml-1liter yogurt. So agak lari bajet kalau buat guna fresh milk hari hari kan. Hehehe. Aku buat guna susu tepung full cream fernleaf. Rasanya agak kurang lemak berbanding fresh milk. Tapi still sangat sedap.
 
Comot makan yogurt

Aku memang bukan penggemar susu. Bau dan rasa memang out. Tapi dengan yogurt memang aku ok sangat sangat. Buatnya tak susah. Khasiatnya pun lebih lagi. So why not? Lebih lebih lagi yogurt yang dibuat sendiri ni dah takde bahan pengawet dan gula. Sebab biasanya aku makan plain yogurt. Kalau nak sedap sikit, boleh makan dengan jem, buah buahan segar, buah buah kering, kekacang, oat, granola dan macam macam lagi. Stok granola dah habis kat rumah sebab diorang makan macam makan nasik. Haishh..

So, nak kena restock selalu lah kekacang dan oat. Anak-anak memang hantu oats. Kalau buat granola lagi la. Eh lapo pulak cerita makan je. Hehehe..

Rujukan :
Cara buat yogurt langkah demi langkah
Yogurt perisa creamy milky strawberry
Homemade granola aku

Bagi yang ada masalah penghadaman, gastrik, susah nak buang air dan sebagainya. Maybe boleh cuba amalkan yogurt ni. Memang terbaik.

Daa

Rabu

Resepi yogurt perisa creamy milky strawberry

Assalamualaikum

Budak budak cepat jemu. Mula mula bagi buah buahan dengan yogurt aritu diorang makan like nobody business. Hahaha. Dalam 3-4 kali jemu lah. So mommy nya ni kena perah otak nak twist kan resepi yogurt tu supaya diorang makan. Kreatip kononnya. Wakaka.

So, terhasil lah resepi dengan barang sedia ada di rumah.
Creamy milky yogurt perisa strawberry

Cara nak membuatnya takde lah susah. Nak guna plain yogurt ready made pun boleh. Kalau nak guna yogurt buat sendiri pun boleh.

Bahan bahannya
Plain Yogurt (Resepi yogurt step by step) – 1 cup
Whipped cream (aku guna Non Dairy, tapi aku saspek anything will do..hehe) – 2 sudu besar
Susu cair/Fresh milk – 1 sudu besar
Strawberry emulco/fresh fruit puree – 1 sudu kecil (kalau pakai puree lebih sikit pun takpe)

Aku buat ikut gerak hati je. Kalau nak lagi sedap dan rajin sikit, pukul whipping cream dengan yogurt, lepas tu baru letak perisa dan susu. Kalau nak yogurt (pekat) letak susu jangan banyak. Sikit je. Tapi kalau nak buat minuman yogurt yang macam kat kedai jual mahal kemain tu. Letak susu banyak banyak la. Nak lagi sedap blend dengan ais. Jadi la yogurt smoothies.

Serious lagi sedap dari yogurt kat pasaraya. Nak perisa lain, just tukar pakai emulco lain atau puree lain. Yang biasa sedap dikombinasikan dengan yogurt, mango, pisang, vanilla dan coklat. Ada yang lain?

Nak bagi diorang makan semalam, aku tabor sikit choc chip, choc rice warna warni dengan dried cranberries. Kekacang da habis la pulak. Hehe.

Selamat mencuba.

Weekend ni nak try buat frozen yogurt kononnya.

Daa

Isnin

Cara membuat yogurt langkah demi langkah

Assalamualaikum

Nak share cara cara membuat homemade yogurt sendiri. Dedulu aku ingatkan susah sangat nak buat yogurt ni. Kena ada yogurt maker bagai. Rupanya tak payah pun.

Meh kita tengok cara membuat Yogurt sendiri





Bahan bahan
Susu - Katanya apa jenis susu pun ok. Rasanya akan pelbagai ikut jenis susu yang kita guna. Kalau guna susu rendah lemak, rasa yogurt tu kurang lemak la. So far aku dah guna susu tepung full cream dan fresh milk. Dedua pun jadi. Tapi guna susu tepung, yogurtnya tak berapa pekat. Guna fresh milk memang sangat perfect. Rasanya lemak, tapi sedikit masam. Biasanya aku tak suka sangat plain yogurt. Tapi yang buat sendiri ni suka pulak. Anak anak pun suka

ok. Bahan seterusnya.
Yogurt asli - Plain yogurt. Check bahan dalamnya kena ada live culture. Kalau tak tak jadi. Yogurt berperisa pun tak jadi. Tak payah nak ngada beli yang low fat. Low fat ke full fat ke bergantung pada jenis susu yang digunakan.

Kemudian, nak kena ada bekas. Aku gunakan bekas kaca tebal ni sebab tahan panas. Dan tahan lama. As long as tak jatuh la. Hehe..


Kaedah membuatnya
Mula mula sterilkan dulu bekas kaca dan utensil yang nak digunakan. Fungsinya adalah untuk hapuskan bakteria lain supaya tak timbul masalah persaingan antara bakteria dalam yogurt dan bakteria yang jahat tu. Caranya adalah dengan masukkan air panas mendidih dalam bekas kaca dan rendam sudu selama 5minit. Kemudian buang airnya dan keringkan.

Masukkan susu dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Kacau perlahan lahan.


sampai keluar bubble kecik kecik macam ni. Terus tutup api dan masukkan dalam bekas kaca yang dah kering tu.


Hati hati jangan sampai terkena tangan

Rendam bekas tu dalam air paip. Sebenarnya, perlukan termometer untuk sukat suhu. Bila suhu mencapai 43drjah celcius, baru boleh masukkan yogurt. Sebab kalau masukkan masa panas sangat, bakteria mati. Kalau masukkan masa dah sejuk, aktiviti pembiakan kurang aktif.

So cara nak tau suhu dah mencapai ke tahap sesuai ke tidak kita gunakan jari kelingking. Kalau celup jari kelingking takde rasa melecur tapi still panas, then da ok dah. Hati-hati masa buat ni. Jangan terus celup. Agak-agak dulu ye.

Yogurt tu suhu bilik. Baru bakteria aktif. Kalau sejuk dia tidur. Ambik sikit yogurt, cairkan dalam bekas asing. Guna susu yang dah panaskan tu la. Kacau perlahan lahan je. Lepas tu tuang campuran ke dalam bekas kaca yang ada susu tu. Kacau perlahan kejap. Lepas tu tutup bekas.



Cara nak membiakkan bakteria tu adalah dengan make sure bekas tu sentiasa suam selama 10-12 jam. Cara aku adalah dengan balut bekas dengan towel.


Nak lagi tahan lama. Masukkan dalam bekas tahan sejuk.


Jangan kacau (ganggu) selama 10-12 jam.


jeng jeng jeng.. Dah jadi. Yang ni aku tambah dua sudu besar susu tepung lagi supaya pekat lagi. Kalau nak tambah susu tepung, tambah sebelum letak campuran yogurt tu. Caranya sudukan dua sudu susu tepung. Biar susu tu tenggelam sendiri, lepas tu baru kacau. Kalau tak nanti bergumpal pulak.


Dimakan dengan fresh fruits. Granola dah habis.


Kanak kanak riang makan yogurt homemade mak dia buat sendiri

Selamat mencuba.

Daa

Khamis

Menternak bakteria di dapur

Assalamualaikum

Lepas buat granola bar aritu, aku buatkan yogurt pulak untuk anak anak. Untuk dimakan dengan granola tu la kononnya.
Buat sikit je, cukup untuk sekali makan anak beranak. Tapi aku buat hari hari jugak la sebab membuatnya takde la susah pun..
Kali ni tambah perisa sikit. Yang kuning tu mango puree. Aku letak jugak mango chunk dalamnya. Tapi tenggelam pulak. So tak nampak la.

Seronok tengok anak anak dapat makan makanan fresh yang aku buat. Walau pun rasanya mungkin tak seberapa, still shujin puji puji granola aku sedap kemain. (Macam la kami pernah beli granola bar yang commercial tu kan..haha)

Pada pendapat aku, homemade yogurt ni rasanya memang saling tak tumpah dengan rasa yogurt yang ada di pasaran. Tapi, tricky part masa nak membuatnya adalah ianya agak cair. So aku kena strain airnya. That’s why jadi air yang dalam bekas berpenutup hijau tu. Tu yogurt drink perisa mango yang aku da tambah protein powder. Tak sama la ngan rasa yogurt drink yang ada kat pasaran. Tapi sebab mak buat kan.. Layankan je la anak-anak.

Apa yang pasti…breakfast kini nampak lebih sihat. Malah yogurt buat sendiri lebih jimat dari beli kat kedai :P Wakaka..

Ingat weekend ni nak cuba buat froyo (frozen yogurt). Agak agak boleh lawan tutti frutti tak. Kehkehkeh..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com