Khamis

Program menguruskan berat badan..bukan menguruskan badan..

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Start dari pertengahan July aritu kitorang dah launch weight management program untuk 10 minggu. Tapi yang betul betul aku monitor sendiri baru start lepas raya ni. Maklumlah bulan ramadhan tu susah sikit nak mengawal pemakanan dan nak maintain bertenaga nak bersenam bagai.

Sebelum ada yang bertanya. Aku nak bagitau dulu. Maaf. Ini bukan weight management yang boleh makan ikut suka, tak perlu bersenam akan turun berkilo kilo seminggu dengan hanya consume product.

Dalam program ni ditekankan tentang
(1) Pemakanan seimbang
(2) Change bad habit dan lifestyle
(3) Senaman
(4) Supplementation as support dan booster



Weight management program ni bukan semata mata untuk nak bagi bentuk badan lebih menarik dan turunkan berat badan. Tapi dalam masa yang sama bantu menyelesaikan masalah kesihatan yang related dengan unhealthy lifestyle dan diet. Dan membaiki kualiti overall well being. Kulit, kadar kecergasan, saiz pinggang, saiz badan etc.

Masa baru launch aritu, ada dibuat contest sebagai trial untuk sesiapa yang nak join program ni.. Of course mostly dia ambil yang ada masalah belly fat, masalah berat badan dari awal remaja, wanita yang hadapi masalah nak turunkan berat lepas bersalin etc. The feedback sangat memberangsangkan. Ada yang overcome masalah high blood pressure dalam masa 2 minggu.

Dalam program ni, aku sendiri sentiasa menekankan supaya aim untuk fat loss rather than weight loss. Sebab, lemak lebih ringan dari otot. Kita akan dapat reduce lemak dengan membina otot. Bukanlah maksud aku build muscle macam orang bina badan tu. Nanti yang pompuan pompuan takut pulak :P

Kita bakar lemak dan build muscle melalui senaman. Dan kita dah tau jisim otot lebih tinggi dari lemak. Bila lemak mengecut dan otot membesar, berat badan kita mungkin tak jauh berubah. Tapi, kita akan dapat better figure.

Just nak inform, berat yang turun banyak bagi yang buat atkins diet adalah kerana air keluar dari badan. Karbohidrat - hidrat adalah yang attract air. Kalau pengambilan karbohidrat terlalu sedikit, air akan keluar dari badan. Result nya penurunan berat badan yang mendadak berkilo kilo.

Menariknya senaman yang kita cadangkan tak ambil masa yang lama. 10 minit untuk permulaan. Start dengan yang less stress dulu bagi yang memang tak pernah senam tu. Lepas tu baru tambah intensity dan masa. Dan boleh dilakukan di rumah tanpa guna alat.

Program ni dibuat berasaskan prinsip somatotype. Asasnya sama, tapi set pemakanan dan senaman untuk setiap individu berbeza. Ye lah bentuk badan yang berbeza, cara dia handle karbohidrat juga berbeza. So senaman, pemakanan pun berbeza lah. Mana sama kan. Dari situ kita akan suggest cara pemakanan yang macam mana paling sesuai ikut bentuk badan dia.

So far aku masih lagi menunggu peserta yang aku monitor ni complete kan 10 minggu. Kalau yang ini positif dan success, ada jugak plan nak buat talk bagi yang berminat nak tau lebih lanjut. Kalau ramai (lebih dari 30 orang) insya allah boleh dapatkan dietition untuk datang bagi talk.Tengok dulu macam mana.

Bulan 10 ni kitorang ada jugak buat program kat PWTC. Entrance FREE. Boleh datang dengan baju sukan sebab ada acara ber"zumba" dancing. Sesapa nak cuba berzumba meh la join sekali. Selain dari tu ada games (ada hadiah katanya!) dan jugak booth penerangan pasal program ni. Tapi bukan aku yang organize la. Ni business partner aku organize.

Dan sekali lagi aku nak bagitau. Ni bukan program untuk orang yang nak consume apa apa lepas tu nak makan ikut suka, banyak mana, tak suka senaman. 

Nota kaki kanan : Agak agak pompuan pregnant boleh ke ber"zumba" dancing eh.

Nota kaki kiri : Happy sebab "peserta program" aku update bowel movement nya sangat smooth within the first 3 days. Lepas seminggu rasa makin bertenaga.

Daa

15 comments:

Munnafendy berkata... [Reply]

hahahaha entry akak ni mmg kena dgn batang idung sy la! haha. macam tau2 je,skrg sy tgh cari2 psl diet seimbang, bkn die hard punya diet. mkn cereal waktu pagi, nasi time lunch, mlm kadang2 nasi kadang2 cereal (dulu dinner mesti nasi jugak).skrg kena kawal nasi jgk kan...mkn, tp jgn byk.dlu b4 kawin rajin la exercise,skrg ni dh makin tak sempat...hurmm kena curi2 masa jgk.kalau tak makin boolat la sy.xnak!

ros_reeza berkata... [Reply]

bagusla kak, ada program macam ni.. saya pun macam berminat je.. kadang-kadang kita tak tahu kan apa yang terbaik buat tubuh badan kita :)

Aziela berkata... [Reply]

Hakikat yang jelas dan nyata untuk reduce weight ialah commitment. Dalam hati bukan main meronta2 lagi nak buat, tapi apakan daya. Komitmen tu amatlah payah untuk akak fokuskan sekarang. Biarlah orang nak kata apa pun, kita sendiri tahu kondisi masing2. Kalau sekadar bagi alasan, dia memang menipu diri sendiri...

ieja amieja berkata... [Reply]

bersenam jg..setiap hari wat senaman ringan kat umah..sekadar nak longgarkan otot2 yg tegang sebelum wat keje umah..maklum je la h/w mcm akk ni

Daddy Ziyyad berkata... [Reply]

ramai yg suka bila 'hilang kilo'..padahal yg hilang itu ialah air, bukan lemak. Worst thing, muscle loss.

Kakzakie berkata... [Reply]

Kalau Rai jumpa kakak mesti berleter agaknya sebab kakak tak pernah bersenam yg betul-betul senam. Nak kurus tapi malas senam inilah kakak.

Cikgu Ma berkata... [Reply]

kalo saya gemuk tak tau la cmna...sekarang nafsu makan x menentu...

BERT berkata... [Reply]

sy pon mls senam.. sbb kurg sihat n cpt smput huuhu

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...menarik ni kan...:)

Nazayiena berkata... [Reply]

Kak Nurul nie bila plk nak start bersenam dan diet,asyik tertanggung2 aje.

nur berkata... [Reply]

perlu amalkan diet seimbang.. bukannya consume sesuatu then makan benda tak berkhasiat.. sma je kekdahnye..
dari blog NUR

~aYu~ berkata... [Reply]

wah.. okla tu ada gak usaha utk turunkan berat badan. moga berjaya yer.

eB berkata... [Reply]

mcm ok jerk. nanti update yer :)

wahidatul munirah berkata... [Reply]

Ada tak satu akademi untuk menguruskan badan?
Sy nk kuruskan badan tp susah la nk buat d rumah.byk sgt halangannya...
Sgt sgt nk kuruskan badan sekarang.dh penat kene kutuk dgn org...
Help me! :(

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

wahidatul munirah, sorry la..mmg so far takde lagi..sbb program yg kami buat ni sebenarnya adalah lebih kepada lifestyle changing.. Memang kena start di rumah. kalau perlukan nasihat. insya allah saya cuba bantu yg mana boleh. email je bila2 masa kesoma.rai@gmail.com.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com