Memaparkan catatan dengan label Pantang bersalin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pantang bersalin. Papar semua catatan

Isnin

DIY Tungku Herba Moden

Assalamualaikum

Lepas bersalin Aqil dulu, mak mertua buatkan tungku pasir untuk aku. Bila Aqil kembung ke aku sengal sengal badan ke. Aku panaskan pasir tu dan tuam kat badan.

Tungku tu pun dah lama sangat. So baru baru ni aku pun buatlah yang baru. Ingat nak cari pasir. Pasir halus je yang ada kat sekeliling rumah ni. Kuali lama pun tak ada nak goreng pasir. Jadi aku pun dapat idea nak gunakan garam kasar. Actually tu aje yang ada kat rumah. Hahaha..
DIY tungku herba garam
Bahan-bahan
Beberapa helai kain dipotong empat segi (Sebaiknya kain kapas, aku guna je kain dari seluar lama)
1 cawan garam kasar
3 sudu besar lada hitam
Beberapa ulas bawang putih
2 sudu besar habbatus sauda
2 sudu besar halba (aku tak letak, tapi kakak ipar kata bagus kalau letak)

Kaedahnya
Masukkan semua bahan kecuali kain ke dalam kuali atau periuk. Sangai sampai panas. Lada hitam tu ada yang meletup sikit. So hati hatilah ye.

Bila dah panas tu, masukkan dalam kain dan ikatkan.

Boleh digunakan untuk tungku dah.

Kalau malas nak bukak bukak ponjotnya, boleh je kalau nak panaskan guna oven (microwave tak pasti boleh ke tidak). Tapi aku suka macam ni. Panasnya lebih kekal lama. Cuma agak leceh nak bukak ikatan bagai lah kan.

Insya allah boleh guna juga untuk tungku ibu bersalin. Memang wangi bau lada hitam dan bawang putih tu. Ada satu malam tu, sampai dekat 10 kali aku panaskan. Dari shujin sampai ke anak-anak aku tungkukan. Lepas tu mak dia pulak demam. Hahaha..

Selamat mencuba 

Daa

Sabtu

Merampingkan pinggang selepas bersalin

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Habis dah tempoh berpantang selama 44hari. Walau pun berpantang di rumah sendiri, aku berpantang beria ria dengan set berpantang tropical herbs. Berbengkung sepanjang tempoh berpantang sekali dengan peramping perut sekali.



Masa pergi event Lego sekali pun aku pakai bengkung. Punya lah gigih kan. Hehehe.. Hasilnya... Dah tinggal nak tone perut sikit sikit je. Kenalah mulakan senaman untuk make sure perut ramping seperti asal kan. Hihi..


Mungkin korang wanita muda yang baru first time bersalin rasa yang berbengkung ni leceh. Nak letak ubat perut yang berhabuk bila kering tu lagiii la. Bercinta sangat. Tapi percayalah. Cuma 44hari je. Lepas tu tinggal maintain sikit sikit dengan bersenam. 


Takkan aku nak ambik gambar perut aku kan. Tapi cayalah. Pengorbanan yang berbaloi.



Dah nak habis tempoh cuti dua bulan. Sedihnya.. Dah nak kena start keja pulak tak lama lagi.


Cuti pantang kali ni memang sangat sangat enjoy kat rumah. Bila la boleh jadi full time housewife kan..

Daa

Isnin

Mengempiskan perut selepas bersalin

Assalamualaikum

Berpantang kali ni aku berjaya berpantang dengan sebenar benarnya. Rasa tak puas pulak pakai tepel kat perut tu. Bila da habis tu rasa cam lain macam takde benda pijar panas kat perut. Hehehe.

Pantang dengan mak kali ni. Aku pantang habis habisan. Maksud aku dari segi rutin berpantang macam berbengkung, mandi air herba suam, tepel, pilis bagai. Tapi dari segi pemakanan, mak aku bagi kelonggaran. Cuma makanan pedas, udang, sotong, cendawan, aku tak makan. Ikan tongkol ayah tak bagi makan jugak. Tapi aku da tercubit. Ingatkan boleh. Hehe..

Makan 5 kali sehari. Pagi, tengah hari, evening tea dengan dinner. Hasilnya, berat memang da dapat berat asal la. Perut pun turun almost 85%. Of course la belum hundred percent sebab perut yang stretch tu ambik masa nak tone balik kan.

Aku start bersenam bila lepas habis pantang. Maklumlah,sepanjang berpantang pakai kain batik ngan berbengkung. Susah nak aktif aktif ni.

Rutin senaman aku adalah senaman aerobic (5-10min), weightlifting guna dumbell sekilo je hahaha (5min), flexibility (3-4rutin) dengan balancing (2-3rutin). Buat sana sikit sini sikit. Sehari at least 15-20minit.

Favourite aku buat plank. Sebab dari situ aku tau stamina aku takat mana. Kalau mula mula start nak buat count 10 pun ketar ketar. Skang ni da boleh count sampai 30. Aim aku nak count sampai 60 pulak.

Dari segi diet paling susah nak jaga sebenarnya. Shujin nak belikan protein shake untuk bantu bina dan baiki muscle lepas exercise. Tapi tak sempat lagi.

Hopefully semua pouch ni akan pergi jua sebelum aku hilang fokus nak exercise bagai ni. Hahaha.


Breastfeeding budak ini juga diharapkan agar membantu

Daa

Rutin berpantang

Assalamualaikum

Ada orang rasa pantang ni leceh. Nak kena jalan kepit kepit. Nak kena pakai bengkung 24 jam itu ini. Panas.

Dulu aku pun rasa camtu. Tapi bila dah melaluinya sendiri untuk kali ketiga ni. Aku dah mula enjoy rutin berpantang. Apa yang boleh dimudahkan, aku mudahkan. Still, ikut saranan orang tua tua supaya dalam masa yang sama, tujuan pantang tu dapat dicapai.

Berpantang bukan saja untuk dalaman, malah luaran jugak kan. Aku gabungkan kaedah moden dan tradisi. Penjagaan dalaman, aku makan vitamin supplement untuk bantu proses pemulihan.
Double X dari nutrilite

Untuk luaran pulak, aku gunakan kaedah tradisional. Berparam,pilis, tepel, bengkung dan mandian herba dengan set bersalin tropical herbs.

Mandi pagi dengan mandian herba. Cuci tut dengan air rebusan herba. Dalam banyak banyak tu aku paling tak best nak pakai adalah param. Sebab ianya mencomotkan baju aku dan baby. Sampai hari ketujuh, aku pakai sebahagian param. Yang bakinya aku guna sebagai lulur dan scrub badan. Best! Tapi since aku da tak larat nak comotkan baju baby dan baju aku. Start hari ni param tu aku guna jadi lulur je masa mandi. Basahkan badan. Lepas tu lulur satu badan. Biarkan dalam 5-10minit. Lepas tu bilas bersih. Warna kuningnya agak pekat, so aku sabun jugak sikit lepas tu.

Lepas mandi, aku just pakai minyak urut dia. Pakai tepel, bengkung dengan pilis. Tepelnya memang panas. Aku pakai banyak, menggelepar pijar+panas dekat 10 minit. Bengkung aku pakai 8 jam. Malam bukak la. Bagi perut bernapas. Hehe..


Badan segar je. Takde rasa lembik ke lemah ke. Luka kat bawah tu tak banyak sebab takde jahit. Just macam melecet je. So takde la seriau sangat.

Socks aku pakai. Kalau panas sangat bukak jugak. Kipas pun on je. Cuma tido malam tu aku halakan kipas kat lain. Kira tak kena kat aku la. Sebelum tido aku buat self massage kat perut. Best!

Aku minum air sekerap mungkin. Memang takde sembelit. Dari segi pemakanan, aku tak pantang sangat sebenarnya. Apa yang shujin sediakan aku makan je. Cuma mak pesan, tak boleh makan cendawan, kang kung. Air sejuk memang aku tak minum la. Telur aku makan je since doktor kata telur takde masalah. Bukan aku makan banyak sangat pun.  

Pada aku, pantang makan ni ikut tubuh orang tu. Sebab makanan pantang ni ikut culture. Ada yang kata ayam boleh, daging tak boleh. Ada yang sebaliknya. Macam tu jugak makanan yang berangin ke apa ke.

Rule aku senang je. As long as shujin bagi aku makan, dan mak aku tak kata tak boleh makan. Aku makan. Aku kan isteri dan anak yang taat. Hehehe..


So, aku enjoy rutin pantang. Takde la rasa pantang macam kena torture. Cuma makan tu, dengan awareness aku sendiri, aku limitkan makan makanan yang kurang khasiat. Kalau ikut tekak aku ni, pizza pun aku layan. Maklum la. Time pantang ni la nak mimpi pegi makan nasi arab dengan Irfa la apa la. Hish..

Buat bakal ibu.. Pantang takmo stress stress ya. 

Nak set berpantang yang dijamin berkesan dan selamat? Whatsapp terus ke nombor 0126894617. Gabungan moden dan tradisi.. 

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com