Memaparkan catatan dengan label penipu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penipu. Papar semua catatan

Rabu

Pengalaman menyakitkan hati dengan Macy bersambung lagi

Assalamualaikum

Aku nak sambung sikit je dari kisah-kisah yang lalu

Aritu sales assistant tu janji nak install awal bulan May. Dalam minggu ni lah tu. Bila aku contact dia kat whatsapp minggu lepas, tup tup jadi 20hb. Pulak. Aku dah malas nak sakit hati.

Aku cakap baik-baik walau pun takde mood gila nak cakap. Janji Khamis minggu lepas nak confirm, lepas tu senyap je. Aku call semalam baru nak bagitau minggu ni tak dapat. Dia lupa lah tu pasal langsir aku. Dasar sangat kan..

Aku try negotiate ngan dia. Lastnya dia kata minggu depan. Tak tau lagi hari apa. Aku yakin lastnya mesti 20hb jugak install tu.

Ini baru kes nak menyiapkan langsir. Belum kes langsir tu nanti jadi rupa macam mana. Diorang install jadi rupa macam mana. 

Sakitnya tu di sini T_T

Ada lah tu nanti benda apa apa yang diorang nak buat bagi aku tak puas hati. Saja je kan.. Mentang mentanglah company besar.

Sobs..

Khamis

Pengalaman menyakitkan hati dengan Macy - part 3

Assalamualaikum

Baca dulu
Part 1
Part 2

Tak habis derita kami menanggung sakit hati dan kesedihan akibat pembelian voucher dengan Macy. Kalau diikutkan hati, aku nak bawak kes ni ke Tribunal Pengguna. Sebab aku rasa promoter yang jual voucher tu kat aku misleading dalam statement nya masa jual voucher tu kat kami. Kami tak diberitahu yang kalau tak pilih kain yang diorang pamerkan tu kami tak entitle untuk ambik option no 1. Siap kata kalau ada lebihan duit akan dipulangkan. Dasar nak buat sale kan..
i hetchu macy~!
Tapi, aku dah malas dah. Macy company besar. Aku tak rasa kes macam kes kami ni boleh menang. Even kalau kes kami ni betul berlaku, Macy boleh buat apa-apa je supaya kes macam ni macam tak pernah berlaku. Buang masa dan buang tenaga je. Lastnya, kami yang stress.

So kami just proceed dengan whatever kain yang diorang bagi pilihan tu. Kami pergi Macy kat IPC sebab shop assistant yang kat Citta Mall tu dah pindah sana.

Lepas pilih kain kali kedua. Satu lagi berita buruk diberitahu pada kami..

Iaitu.. Kami kena bayar GST 6% (=RM70++) untuk proceed.

Serius, aku rasa nak amok gila. Bayangkan. Kitorang dah buat payment bulan 12 tahun lepas. Sebab segala bala miscommunication yang diorang buat. End up sekarang baru nak proceed dan schedule install bulan May. Lepas tu tetiba nak cas GST. Relevan tak..?

Pastu budak shop assistant tu kata ada kes pelanggan dah bayar deposit bulan February untuk langsir RM31k. Kena bayar GST pulak RM1800 masa nak install. Dan pelanggan tu takde pilihan.. Kena bayar jugak extra RM1800, otherwise langsir yang dia dah bayar tu diorang takkan pasang. Aku tak tau la kes dia tu macam mana. Tapi kalau dia bayar balance dalam bulan April, wajarla kalau nak kena GST pun. Kami ni full payment dah buat since Dec 2014. Kan tak logik nak cas GST pulak. Shop assistant tu kata dia akan cuba mintak waive. Masa dia pergi tanya tu, aku cakap kat shujin, kalau dapat tak payah bayar GST memang aku lompat bintang. Huhu..

Shop assistant tu kata tak payah bayar. Lega..So aku lompat bintang sikit masa tu.

Kalau diorang mintak jugak RM70 tu masa nak install nanti memang aku carut kot.

Tunggu lah bila langsir tu siap nanti. Masa nak install. Aku harap yang baik baik saja.
insaf.. Lepas ni kena dengar cakap suami..

Cukup lah derita kami. Dan aku rasa setiap kali aku pandang langsir tu nanti, hati aku mesti rasa rabak dan akan teringat balik kisah sedih dan menyakitkan hati ni.

Sobb..

Dengan ini, secara rasminya aku ban Macy tujuh keturunan. Hahaha..

Daa

Rabu

Pengalaman menyakitkan hati dengan Macy - Part 2

Assalamualaikum

Sambungan dari pengalaman menyakitkan hari pasal langsir rumah kami..

Selepas dua hari kami balik dari Macy. Assistant tu whatsapp aku kata, manager dia bagitau yang kain yang kami pilih tak termasuk dalam package untuk option no 1.

So kalau kami still nak proceed kain tu, pilih option no 2. Dan tambah duit RM1800. Nampak tak permainan dia..? Masa jual voucher cakap lain. Masa aku redeem pun ok je. Bila dah confirmed, tetiba jadi lain pulak.

Apa dia ingat RM1800 tu aku petik dari pokok ke.

Resit dah bagi. Tapi tetiba kena tambah duit. Nasib baik aku ni penyabar sikit. Fikir panjang jugak nak carutkan ke tidak budak tu. Kalau korang jadi aku marah tak..?

Dua hari.. Dua hari lepas deal. Tetiba kena tambah duit. Tak pernah berlaku dalam sejarah okey.

Aku pun call HQ Macy kat Seri Kembangan. Cakap ngan diorang. Tetiba dia kata. Sana shop jugak, bukan complain department. Tapi dia akan siasat. So, siasat punya siasat. Dia kata tu miscommunication, so sorry. Aku dah tinggi suara kat mamat tu sebab ko senang cakap miscommunication. Lepas tu lepas tangan. Mentang mentang duit aku dah bayar. Ei kalau mintak maaf boleh settle semua benda, tak payah ada mahkamah la.

Aku cakap kat shop assistant kat Citta Mall, aku nak refund. So dia kata dia akan submit application untuk refund. Refund biasanya senang je nak dapat.

Bunyi macam convincing kan..?

Aku tak tau siapa yang kencing aku. Lepas tu manager dari Seri Kembangan call aku tanya. Aku cakap aku dah mintak refund. Dan shop assistant kat Citta Mall bagitau aku yang refund process dalam dua minggu. Diorang akan bagi cheque. Tapi bunyi si Manager kat Macy Seri Kembangan tu macam tak puas hati.

Seminggu lebih lepas shop assistant Citta Mall cakap boleh refund. Proses dua minggu je tu. Tetiba seorang mamat dari complain department call aku mintak detail pasal kes tu. Untuk keseribu kalinya aku ulang story tu. Dia kata dia akan siasat.

Entah berapa hari lepas tu. Dia call dan dengan coolnya bagitau aku. Diorang tak boleh refund. Full stop. Aku tanya. So apa solution dia suggest untuk aku..?

Dengan cool tanpa rasa bersalah. Dia cakap takde apa. Aku still boleh gunakan voucher tu kat mana-mana cawangan Macy untuk buat langsir.

Cayalah Macy. Memang salute diorang boleh terus wujud kat Malaysia ni. Dan aku bet, aku bukan first customer jadi kes macam ni. Orang lain yang beli voucher yang sama masa expo tu pun memang terkena. Sebab shop assistant sendiri bagitau aku, banyak complain. Dan, masa aku call Seri Kembangan, diorang mistook aku for someone else yang ada masalah dengan voucher dia jugak.

So, dengan sedihnya. Aku minta maaf kat shujin yang stress to the max sebab dah jadi macam ni.

Aku pun call shop assistant Citta Mall yang pura-pura terkejut sebab aku tak dapat refund. So, dia kata dia akan cuba masukkan kain yang aku pilih tu ke dalam package option no 1. After a while (aku dah malas nak count berapa hari lepas tu). Dia contact aku dan bagitau, kain tu tak boleh masuk jugak ke dalam package. Tapi, diorang tambah kain yang kami boleh pilih. Which is kami pergi last weekend, tengok kainnya still tak memuaskan nafsu.

So, malas nak bergaduh. Aku dengan shujin decide, kami proceed je dengan kain yang ada. Dah empat bulan since dari awal kes ni berlaku. Macy lose nothing. Kitorang jugak yang stress tengokkan rumah tak berlangsir.
jom kita pakat fire diorang dik..

Ku sangkakan.. Habis begitu saja.. Rupa rupanya... T_T

Sambung lagi eh.. Final episod dah lepas ni.

Daa

Selasa

Pengalaman menyakitkan hati dengan Macy

Assalamualaikum

Iye. Aku sangat sakit hati dan marah dengan syarikat Macy. Kisah sedih menyayat hati ini bermula 3-4 bulan lepas, masa aku pergi MyHome Expo di PICC bulan Disember 2014. Masa tu semangat nak cari barangan untuk masuk rumah kan.

Antara sebab kami pergi asalnya adalah nak dapatkan quotation untuk pemasangan grill rumah. Tapi dah alang-alang sampai, tengok sekali deal yang lain. Bila aku pergi ke booth Macy, kakak jurujualnya tu promote voucher langsir kat aku. Package siap pasang 3 set langsir untuk RM400. Bagi aku yang tak pernah buat langsir ni murah la, sebab survey kat GM Klang harga satu set 2 keping langsir tu RM180~RM250. Langsir je tau.. Pusing-pusing. Aku pun cakap kat shujin. Nak belilah. 

Shujin aku ni kan teliti orangnya. So dia cakap kat aku deal tu macam too good to be true. Aku kata betul la. Kakak tu yang cakap kat aku. Dua orang terangkan kat shujin. Siap cakap, "voucher tu macam deposit je, kalau actual price kita buat langsir kurang dari harga yang kita bayar tu, diorang akan pulangkan duit bakinya". Nampak tak liciknya promoter tu. Tapi selection kain masa expo tu tak menarik minat aku. So, dia kata, kalau tak minat langsir kat situ boleh pergi mana-mana Macy untuk pilih kain. Voucher tu boleh digunakan untuk 3 option
(1) 3 set langsir siap pasang
(2) 30% fabric dengan normal price
(3) Additional 5% discount untuk perabot

Kami tak diterangkan bahawa, option no 1 tu only if kami pilih selection kain yang diorang bagi. Aku boleh ulang banyak kali benda ni. Kakak tu langsung takde bagitau kami yang kalau pergi kedai, tak boleh pilih option no 1. Cuma boleh pilih option no 2. Langsung takde cakap. Siap cakap kat shujin, kalau ada baki diorang pulang. Walhal, later on aku check kat kertas resit dari Macy terang terang ada tulis, deposit TAKKAN dipulangkan..

So, lepas tu, aku beli 3 keping voucher tu dengan sangkaan boleh pilih kain lain dan dapat pilih option no 1. Betul la kata shujin. Too good to be true. Yang bini dia ni, dah la tamak. Tak mendengar kata. Lurus bendul. Dia ingat semua orang dalam dunia ni mulia dan jujur macam dia. Dia lupa ramai manusia durjana kat dunia ni..Hahaha..

Akibat tak dengar cakap suami...

Bila sampai kat Macy cawangan Citta Mall. Kami pun bagitau kami ada voucher langsir nak digunakan. Aku rasa a bit rude assistant tu tanya kami "Dapat kat mana voucher ni". As if kami kutip atau dapat free. Direct my husband cakap kat dia. "Dapat??? Kami beli la!".

Fine. Kami proceed. Tanya dia. Kain mana yang kami boleh pilih. Kami tanya. So, dia bagitau. Pilih je kain mana-mana. Sebab kami memang pilih option no 1 tu.

Lepas tu, dia suruh pilih kain mana kami nak. Pusing-pusing. Shujin tak puas hati dengan corak kain yang ada. Corak kain dulu-dulu kata shujin. Tak nampak moden. Aku ikutkan je sebab aku memang tak pandai bab-bab pilih fabrik ni. Shop assistant kat situ bagitau. Ada kain baru nak sampai dalam bulan tu (masa tu bulan January). Aku pergi awal bulan.

Nak dekat hujung bulan. Actually 30hb baru dia bagitau kain sampai. Itu pun aku dah namok sikit call cakap janji nak call tapi takde pun call. Sebab assistant diorang sangat rude bagi aku. Maklumlah kan. Macy kan jenama terkenal. Barang mahal. Aku ni dengan baju selebet pakai selipar bawak anak buahs kemain 4 orang tu. Nampak macam kampung la sangat.

Masa ni kami dah masuk rumah. Aku sangat sakit mata dah tengok tingkap tak berlangsir. Aku gantung kain langsir lama kat grill tingkap tu. Sedih. 

Kali kedua.. Kami bawak Ma. Ada dua orang assist kami masa tu. Dia pun buatlah kira-kira untuk jumlah kain yang diperlukan untuk buat langsir. Billik anak-anak taknak langsir kat situ sebab diorang nak corak karakter pilihan masing masing. So, ruang tamu, bilik aku dengan guest room je pakai package tu. Selepas kami pilih kain, shujin puas hati. Aku pun lega. Kami diberitahu, tak payah tambah duit. Since masa tu dah nak chinese new year, langsir tu cuma akan dibuat lepas cuti raya cina. Ok fine. Dalam bulan March jugak baru siap. Takpe lah.

Tapi.... Jengjengjeng.. ada masalah..

Sambung lain pulak naa..

Stay tune..

Daa

Isnin

EnSurvey penipu!!??

Assalamualaikum

Soalan pertama, ada sesiapa yang join Ensurvey dah berjaya cashout?

Aku dah berjaya dapat minimum amount untuk cashout bulan September aritu. Pastu, aku pun click button cashout
Aku plan cashout sekali dengan Nuffnang & 8Share. So, dapatlah banyak sikit bila kumpulkan. Yang 8Share dengan Nuffnang dah selamat guna dah pun. Tapi EnSurvey ni sampai sekarang takde khabar berita. Katanya 45 hari je. Masa cashout dia ada bagi email withdrawal receipt.

Takde la banyak mana pun amountnya.. RM139.40 je. Setelah tolak RM2.00. Jadi lah RM137.40. Katanya akan diberi dalam bentuk cheque. Malangnya sampai hari ni takde muncul batang hidung cheque yang dijanjikan. Bila aku email pada team support diorang kat support@ensurvey.com pun takde reply sampai hari ni.


Ye lah. Amount tu bukanlah banyak mana pun. Tapi korang bayangkan la. Satu survey 50sen je. Nak kumpul RM100++ tu jenuh jugak la keringat. 


Sedih sedih.. At least reply la email aku tu.. Ni takde. Memang aku cap penipu la kes camni. Boikot EnSurvey. Hahahaha..

Daa

Vacation Club, adakah berbaloi?

Assalamualaikum

Pernah tak dapat call dan di offer penginapan percuma? Tapi kena datang ambik kat Hotel/Resort tu. Datang suami isteri.

Actually ini adalah cara marketing vacation club.

Well. Mana ada benda percuma dalam dunia ni. Nak ambik BR1M pun kena dengar ceramah dulu kan.. Hehehe

So, nak dapat bilik FREE kena lah dengar marketing diorang dulu.

Ini bukan sindiket penipuan. Ini memang vacation club yang wujud dan sahih.

Cuma, aku nak cerita dan kongsi sikit pengalaman aku masa dapat offer begini.

Shujin dapat call dari Gold Coast Sepang Resort last week. Dia mention suh datang ambik voucher penginapan percuma. Shujin pun ajak aku pergi. Masa on the way tu aku baca SMS yang shujin dapat. Dia tulis ada review ke preview ke something like that la. So, aku pun suspicious aku tanya shujin. Preview apa ni?

Shujin tak perasan, so dia kata wait and see lah nanti.

Sampai kat sana, kitorang disuruh pergi kat sales office yang ada tulis Iconic Vacation Club. Ramai orang dalam tu.

Kebanyakannya suami isteri. So, kitorang pun duduk dan dengar penerangan sales person ni.

Rupanya diorang ni jual membership vacation club.

Lepas terangkan itu ini. Panjang lebar. Dia bawak kami pergi tour. Biliknya memang sangat cantik. Dan mahal. Cuma pantai dan lautnya tak cantik la. Sapa nak pi Gold Coast Sepang ni memang nak duduk dalam bilik berehat rehat je. Hehehe. Ko ngadap aku. Aku ngadap ko. Baru baru kahwin boleh la kot :P

Masa ni dia tak bagitau harga lagi. 

Da habis tour, dia panggil manager dia. Baru manager dia bagitau harga membership. Aku kira kira. Memang berbaloi la. Boleh transfer kat orang lain. Nak jual ke bilik tu. Event nak jual membership pun boleh.

Shujin terus tolak. Aku pikir balik. Aku ajak shujin bincang. Lastnya shujin cakap, kitorang nak tempoh berfikir. Mulanya dia tak bagi.

Jenis yang panggil macam ni. Diorang akan suruh korang decide time tu jugak. Dia akan push jugak. Shujin pulak jenis detail. Since kami dah pernah kena dengan gores dan menang satu ketika dulu, impulse buying untuk benda besar macam ni adalah tidak lagi dibenarkan.

So, kitorang push salesperson tu bagi masa kitorang fikir selama seminggu. Otherwise, kitorang taknak. Dia kata tak boleh la itu la ini la. Then dia cakap nak tanya manager. Manager dia agree. So, diberi tempoh seminggu dan kalau kitorang jadi ambik, still dapat harga promosi tu.

Fine. Kitorang pun balik. Google sana sini. Mintak pendapat ramai.

While aku tak kata benda ni tipu. Tapi cara mereka mempromosikan benda ni memang boleh dipersoalkan.
(1) Tak bagitau benda tu review apa. Suh datang dengan janji kata ada penginapan percuma. Semua yg datang tu clueless.
(2) Suruh orang buat keputusan time tu jugak. Bila aku baca, ramai yang terbayar deposit sikit kemudian baru rasa yang terms yang ditawarkan tak menguntungkan diorang
(3) Ada sikit sikit paksa rayu
(4) Ada sikit sikit putar belit ala ala tipu sunat

Nasihat aku. Vacation club ni memang berbaloi. Bagi orang yang rajin berjalan. Jimat banyak. Dan boleh untung sebab boleh transfer pada orang lain. Kira boleh jual la yang mana kita takmo pakai tu.

Its just that, aku sangsi dengan terms and conditionnya. Ye lah. Takut lain dimulut lain di kertas. Satgi, kata boleh. Actualnya tak boleh pun. 

So dalam hal ni. Kalau interested nak, tapi takut rugi. Berkeras mintak tempoh untuk selidik dan mintak pendapat ramai. Kalau diorang berkeras takmo bagi gak. Tolak je. Bukan kita rugi apa. Jangan risau. Sebab dengan orang sales ni kita kena pandai main tarik tali.

Silap silap harga pun boleh rendah lagi. Aku baca pasal Iconic Vacation Club ni kat blog orang lain, harganya sama je. Tapi diskaun tu agak beza beza. Saje dia nak buat kita rasa dia bagi diskaun banyak dah.

Jangan tertipu. Tamak tu memang sifat semula jadi manusia. Tapi kita kena pandai manage ketamakan kita tu. Jangan bila orang offer je terus menggelupur ambik. Lepas tu tercekik sendiri.

Aku? NO. Sebab aku rasa terms nya tak memihak pada aku. Tengoklah dulu. Kalau tetiba jadi, adalah korang nampak aku promosikan benda tu nanti. Kalau takde tu buat buat lupa lah ye. Hehehe..

Nota kaki : Oh, kitorang memang dapat FREE stay 2D/1N kat Gold Coast Sepang tu, tapi tatau la sempat pegi ke tidak. Weekdays sajo..

Gambarnya nanti ambik dari tablet shujin. Henset cap boyo aku abis bateri aritu. Hihi 

Daa

Selasa

Hati hati dengan manipulasi demo oleh peniaga penapis air

Assalamualaikum

Aku nak share tentang beberapa jenis test yang peniaga penapis air buat sebagai demonstrasi penapis air mereka. Tujuan demo biasanya adalah untuk tunjuk keberkesanan penapis atau tunjukkan kualiti air. Ada yang boleh dijadikan panduan dan ada yang mengelirukan.

Test yang aku biasa buat adalah chlorine test. Test ni sangat simple. Dan tujuannya adalah untuk menguji sejauh mana keberkesanan penapis air tu untuk tapis klorin. Senang kata test ni paling basic. Dalam masa yang sama boleh tau bau akan hilang ke tidak. Cara ujinya. Masukkan klorox bleach ke dalam air. (klorin tak dijual ye. So kita gunakan klorox bleach yang mengandungi sikit kandungan klorin sebagai pengganti). Nak tau betul ke tidak ada klorin dalam air tu, titiskan beberapa titis chlorine tester (boleh dapat kat kedai aquarium. Biasanya botol warna kuning) 

Kalau ada klorin, air akan bertukar jadi warna kuning bila dititiskan dengan klorin tester.

Kemudian, air tu kita tapis dengan penapis air (demo set lah ye). Lepas ditapis. Air tu sepatutnya keluar jernih la kan. Titiskan chlorine tester sekali lagi untuk pastikan bahawa tiada klorin dalam air tu. Kalau tak ada klorin, air akan kekal jernih. Kalau ada klorin, akan tukar jadi warna kuning.

Satu lagi test yang lebih mudah tapi kejam. Aku belum sanggup nak buat. Masukkan klorox bleach dalam air. Masukkan anak ikan dalam air tu. Dalam masa 30 saat ke seminit. Ikan tu menggelepar lalu mati. Ye mati kawan kawan sekelian. Kemudian air tersebut diambil dan ditapis dengan penapis air (demo set). Lepas tapis, masukkan seekor lagi ikan yang hidup. Kalau ikan berenang dengan riang gembira. Maksudnya air tersebut bebas klorin. Mesejnya adalah. Manusia pun boleh jadi macam ikan tu kalau minum air berklorin. Cuma ambik masa lah. So kalau taknak jadi macam ikan tu, sila gunakan penapis air :P

Ada test guna pewarna makanan. Kita andaikan pewarna makanan tu adalah partikel bahan cemar dalam air. Bila ditapis. Air akan keluar jernih. Nak best. Gunakan air coca cola. Bila keluar. Air warna jernih tapi masin sikit. Sebab masin tu adalah garam galian. Gula dan pewarna ditapis. Tapi garam galian ni tak dikira bahan cemar. So lepas. Mesejnya adalah. Galian baik untuk badan macam kalsium, magnesium akan lepas melalui penapis air ni, tapi bahan cemar ditapis. Bagaimana pun, ujian ni cuma ujian basic ia tak jugak menjamin apa dan berapa jenis bahan cemar yang ditapis. So, still penting untuk dapatkan senarai penuh bahan cemar yang ditapis. Kalau boleh yang diiktiraf oleh NSF.

Dua ni yang aku biasa gunakan. 

Yang aku tengok peniaga penapis air selalu guna untuk demonstrasi bagi purified water treatment sistem atau sistem RO adalah TDS test dan elektrolisis.

Aku cuba terangkan satu persatu ok.

TDS bermaksud total dissolve solid. Ujian TDS ni digunakan untuk menguji kadar bahan pejal (solids) yang wujud dalam air menggunakan TDS meter. Walau pun ada pendapat mengatakan bahawa kadar TDS yang tinggi menunjukkan juga kadar pencemaran yang tinggi (banyak mendapan bahan pejal). Banyak pihak tak setuju kerana ia bukan satu petunjuk yang boleh dipercayai untuk menunjukkan kualiti atau kadar pencemaran dalam air tersebut.

TDS test terhadapat air RO menunjukkan bacaan 50parts per million atau kurang. Bahan utama (solid) dalam air adalah kalsium dan magnesium. Sebagaimana yang kita semua tahu, dua bahan ni adalah mineral yang penting untuk tubuh dan bukanlah sejenis bahan cemar. Bahan mineral dalam air mineral yang dibotolkan seperti spritzer atau evian adalah lebih tinggi daripada air paip. Adakah air botol spritzer atau evian lebih tercemar dari air paip? Tidak. Ia mengandungi banyak mineral baik. Sebab tu nilai TDS jadi tinggi. Obviously air RO tak ada garam galian dan apa apa pun. So dah tentulah bacaannya sikit. 

Dan, untuk pengetahuan semua, TDS meter tak detect klorin. TDS meter cuma detect bahan enapan yang mempunyai impact pada conductivity air. Oleh itu. Kalau kita masuk garam dalam air (garam menambah conductivity air), bacaan TDS akan bertambah. Tapi garam bukan bahan cemar kan? At least tak la secemar klorin :D

Jadi kalau penjual penapis air menggunakan ujian ni nak menunjukkan kualiti air ianya adalah mengelirukan dan adalah tidak beretika. Ianya sangat misleading.

Aku tau panjang gila dah.. Tapi nak sambung sikit pasal electrolysis test pulak.

Electrolysis test adalah satu lagi ujian yang digunakan oleh penjual penapis air RO.
Sumber : Google
Lebih kurang macam ni lah rupanya. Ni ala ala eksperimen yang kita buat masa sekolah menengah dulu.  Tujuannya adalah untuk mengetahui conductivity air. Yang syoknya apa tau.. Bila diorang buat test ni. Air yang digunakan (biasanya dia akan ambil air dari paip rumah kita) akan electrolyze, akan start keluar kekuningan warna macam karat gitu. Makin lama makin banyak dan air tu akan bertukar jadi murky water. Dan penjual ni akan declare yang air paip rumah kita bermasalah. Manakala, bahagian yang air RO tu jernih tak berubah warna berseri seri. Scary dowh.. Time ni laju je keluarkan duit bayar kan :D

Hakikatnya? Naturally, air paip mengandungi electrolyte. Iaitu bahan yang jadi pengalir elektrik kalsium, magnesium dan kalium. Rod yang digunakan masa ujian elektrolisis ni adalah metallic rod sebagai anod dan alumunium rod sebagai katod. Bila kita alirkan elektrik, ianya akan bertindak balas dengan air dan menyebabkan mendakan logam. Mendakan logam ni yang menyebabkan air tu bertukar jadi keruh. Basic eksperimen elektrolisis la ni. So, of course air RO takkan jadi macam tu sebab air RO atau air yang dipurified ni takde galian apa-apa.

Tapi kalau yang tidur masa kelas kimia tu sure dah ingat ingat lupa. Mudah la sikit kerja penjual ni nak mengelirukan orang.

Sedangkan sebenarnya ujian ni takde kaitan dengan kualiti air. Sebab ujian ni tak detect bahan cemar yang bukan bahan pengalir. Contohnya herbisid, pestisid. Kalau ada penjual ni datang buat test kat rumah meh korang buat gini. Air tu, sembur dengan ridsect. Lepas tu test balik. Agak-agak ada result tak?

Aku yakin yang ada sesetengah penjual tak tau pun sebenarnya test tu misleading. So nak salahkan diorang pun susah jugak. Apa pun. Nasihat aku. Jadi pengguna ni kena hati hati.

Sekian penerangan.

Untuk detail explanation boleh dibaca dalam blog INI

Entry berkaitan penapis air :

Daa

Jumaat

Bodoh atau penipu?

Assalamualaikum

Malam tadi shujin bercerita kisah dia borak dengan seorang uncle separuh abad. Bercerita kisah yang dulunya dia berhenti berniaga kerana baginya pelajaran lebih penting. Kemudian bekerja sebagai pensyarah. Mengalami masalah kolestrol tinggi yang kemudiannya dinasihatkan supaya menjalani pembedahan sebab ada salur yang tersumbat katanya. Makan ubat pun tak baik baik masalah kolestrol tu.

Ketika tu ada seseorang bagi dia pakai sejenis stokin yang kemudian kononnya menyelamatkan nyawa beliau. Lepas pakai stokin tu dengan magika nya salur darahnya dah tak tersumbat dan tak perlu makan ubat lagi sampai hari ni. Sekarang uncle ni dah bersara. Kemudian of course dia sendiri jual stokin tu yang berharga RM150 sepasang tapi dia jual member price RM130.

Product company yang dia jual termasuklah alat "menjimatkan" elektrik dan air. Pakai alat tersebut pada meter elektrik. Bil jadi separuh. Ok fine. Ada jugak aku dengar pasal product begini di pasaran. Satu lagi alat bila dipakai pada meter air, bil air jadi separuh.

Ok. Bila dengar shujin cakap bab meter air tu aku terus gelak guling guling.

Sama ada uncle ni tak berapa bijak - dia sendiri jimatkan penggunaan air, lepas tu kata alat tu berkesan sebab logiknya, air bukan macam elektrik boleh di besarkan arusnya. 

Atau pun, alat tu penipu. Iaitu dengan buatkan meter air tu biol dan bil jadi separuh. Which is illegal lah kan.

Hehe.. Macam macam jenis manusia kan.

Antara jenis manusia dalam dunia perniagaan adalah
(1) Dia tau dia tertipu, tapi dia teruskan penipuan tersebut dengan menipu orang lain
(2) Dia memang tak tau dia kena tipu dan dia percaya tanpa soal selidik sebab duit masyuk

Dua jenis manusia ni, korang bagitau lah macam mana pun. Soal halal haram ke soal undang undang ke. Mereka ni akan terus dengan aktiviti mereka. Menipu dan meneruskan penipuan. Contohnya infinity downline, yang terbaru yang pasal business SAP. Terang terangan company yang buat SAP tu adalah enterprise dan tak layak even mohon AJL sekali pun. Tu pun berdegil jugak. Bayangkan kalau tiba-tiba company kena rush. Duit yang blink blink depan mata ke mana? Apa hak mereka nak menuntut? Apa nasib mereka yang dah melabur tapi tak sempat nak dapat pulangan? Apa hukum duit yang mereka dapat? Wallahualam.

Semoga kita dijauhkan dari golongan sebegini.

Daa

Menegakkan benang yang basah

Assalamualaikum

Aku yakin ramai tak pernah dengar pasal Bon Kerajaan Malaysia. Pada aku benda tu too good to be true dan aku nampak benda tu tak lebih dari skim pak man telo atau skim cepat kaya or whatever you call things like that.

Walau pun sangat berhati-hati, tapi takdir dah menentukan. Entah macam mana family aku terpesona dengan janjinya. Bermula lebih kurang setahun yang lalu. Aku boleh kata seluruh ahli keluarga aku melabur kat benda tu. Selain dari aku. Puas mak aku pujuk-pujuk aku suruh aku masukkan. Seratus pun cukuplah katanya. Nanti kalau orang lain dapat aku tak dapat, kesian pulak kat aku. Pulangan yang dijanjikan adalah 1000 kali ganda. Yang pada aku obviously penipu je yang buat macam tu.

Aku bukan nak jadi anak derhaka. Tapi aku cakap baik-baik dengan mak aku. Aku taknak benda tu. Aku taknak terlibat dan aku pernah baca kat internet tak pernah lagi ada orang yang dapat. Yang menunggu nak dapat tu memang ramai. Since tahun 2004-2005. Walau pun seratus tu tak besar mana pun. Tapi bila mengingatkan ia akan jadi hak milik manusia yang penipu tak bertanggungjawab macam tu aku keraskan hati je.

Tarikh untuk distribution duit tu di postpone dari semasa ke semasa. Membuatkan aku lebih suspicious lagi. Dan nyata. Sampai hari ni duit tu tak dapat-dapat lagi. Macam-macam alasan yang diorang bagi. Aku yakin duit tu memang tak ada dan sekumpulan manusia penipu tu pun dah boncit makan duit haram. Cakaplah apa pun. Selagi tak ada bukti yang ada orang dapat duit tu. Dengan sepenuh hati benda tu penipu. Ditambah lagi pulangan 1000 kali ganda. Bill Gates pun boleh bankrup tau bagi pulangan 1000 kali ganda pada share holder. Ingat sikit duit? Sila teruskan bermimpi.

Aku tiba-tiba sembang pasal ni sebab semalam ada orang komen kat entri bon kerajaan malaysia yang aku buat dah lama dulu. Sekelip mata darah aku mendidih. Kalau mamat tu cakap depan aku memang dah kena penumbuk dah. Berani lagi cakap macam tu. Tak ingat dosa pahala ke diorang ni eh.. Betul la orang melayu dah parah. Duit haram pun sebat jugak.
Aku harap aku dan family aku akan dijauhkan dari skim penipu macam ni lagi. The first and last aku akan kena tipu adalah dengan gores dan menang. (Sila abaikan penggunaan "saya" dalam entri tu..hahahaha)

Nota kaki : Thanks pada yang wish dalam entri dilema  semalam. Aku bukan dalam masalah. I mean bukan satu masalah pun. It just that aku kena buat satu decision yang sangat besar untuk start something yang memang aku mimpikan selama ni. Cuma aku ada masalah nak meyakinkan diri aku sendiri yang aku boleh buat. Shujin yakin dengan aku tapi aku tak yakin dengan diri sendiri. Seharian aku memikirkan betapa susahnya nak convince diri sendiri yang aku boleh buat. Hehehe.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com