Memaparkan catatan dengan label skim cepat kaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label skim cepat kaya. Papar semua catatan

Khamis

Formula 72 : Mengira berapa lama pelaburan jadi berganda

Assalamualaikum

Aku takde la pandai bab bab pelaburan ni. Tapi selain dari buku pasal kesihatan, aku ada mengumpul buku berkaitan dengan pelaburan jugak. Dalam sebuah buku yang menerangkan tentang linear income dan jugak exponential income ada menerangkan tentang formula 72.

Formula 72 ni digunakan untuk mengira berapa lama masa yang diambil untuk double kan jumlah pelaburan kita. Provided. Tak ada pengeluaran dan penambahan. Contohnya letak modal RM10k. Banyak tu je. Kita biar dia beranak pinak sendiri.

Source ; Google

Pada aku, pelaburan adalah something yang kita lakukan untuk long term. Kalau short team dalam setahun ke 3 tahun tu boleh la nak dapat income sikit. Pengiraan ni cuma estimation saja. Sebab dalam formulanya, interest adalah dikira sebagai tetap. So, kalau banyak berubah maybe kurang tepat. Tapi boleh dijadikan panduan untuk nak tau berapa duit yang kita laburkan by the time kita pencen nanti.

Cara kiranya mudah je.

72/(kadar faedah tahunan)

Contohnya macam ASB. Katakanlah faedah tahunannya 8%

So pengiraannya adalah = 72/8  = 9

Maksudnya pelaburan kita ke dalam ASB akan double dalam masa 9 tahun.

Contohnya kita masuk RM10k

9 tahun = RM10,000 + RM10,000 = RM20k
18 tahun = RM20,000 + RM20,000 = RM40k
27 tahun = RM40,000 + RM40,000 = RM80k

dan seterusnya..

So kalau sekarang umur 28 tahun, masuk RM10,000 dalam ASB. Masa umur 55 tahun dapat RM80,000.

Lebih tinggi interest lebih cepat gandaan akan berlaku. So, kena pandai cari peluang pelaburan yang bagus. Asalkan jangan masuk skim cepat kaya.

Ada kaedah lebih cepat untuk menggandakan pelaburan, tapi tak semua orang boleh terima dan ramai yang tak sanggup.

Inspired dari entry RM50k nak buat apa

:: Support for ConsumerLab access, share this entry with your friend ::

Daa

Jumaat

Menegakkan benang yang basah

Assalamualaikum

Aku yakin ramai tak pernah dengar pasal Bon Kerajaan Malaysia. Pada aku benda tu too good to be true dan aku nampak benda tu tak lebih dari skim pak man telo atau skim cepat kaya or whatever you call things like that.

Walau pun sangat berhati-hati, tapi takdir dah menentukan. Entah macam mana family aku terpesona dengan janjinya. Bermula lebih kurang setahun yang lalu. Aku boleh kata seluruh ahli keluarga aku melabur kat benda tu. Selain dari aku. Puas mak aku pujuk-pujuk aku suruh aku masukkan. Seratus pun cukuplah katanya. Nanti kalau orang lain dapat aku tak dapat, kesian pulak kat aku. Pulangan yang dijanjikan adalah 1000 kali ganda. Yang pada aku obviously penipu je yang buat macam tu.

Aku bukan nak jadi anak derhaka. Tapi aku cakap baik-baik dengan mak aku. Aku taknak benda tu. Aku taknak terlibat dan aku pernah baca kat internet tak pernah lagi ada orang yang dapat. Yang menunggu nak dapat tu memang ramai. Since tahun 2004-2005. Walau pun seratus tu tak besar mana pun. Tapi bila mengingatkan ia akan jadi hak milik manusia yang penipu tak bertanggungjawab macam tu aku keraskan hati je.

Tarikh untuk distribution duit tu di postpone dari semasa ke semasa. Membuatkan aku lebih suspicious lagi. Dan nyata. Sampai hari ni duit tu tak dapat-dapat lagi. Macam-macam alasan yang diorang bagi. Aku yakin duit tu memang tak ada dan sekumpulan manusia penipu tu pun dah boncit makan duit haram. Cakaplah apa pun. Selagi tak ada bukti yang ada orang dapat duit tu. Dengan sepenuh hati benda tu penipu. Ditambah lagi pulangan 1000 kali ganda. Bill Gates pun boleh bankrup tau bagi pulangan 1000 kali ganda pada share holder. Ingat sikit duit? Sila teruskan bermimpi.

Aku tiba-tiba sembang pasal ni sebab semalam ada orang komen kat entri bon kerajaan malaysia yang aku buat dah lama dulu. Sekelip mata darah aku mendidih. Kalau mamat tu cakap depan aku memang dah kena penumbuk dah. Berani lagi cakap macam tu. Tak ingat dosa pahala ke diorang ni eh.. Betul la orang melayu dah parah. Duit haram pun sebat jugak.
Aku harap aku dan family aku akan dijauhkan dari skim penipu macam ni lagi. The first and last aku akan kena tipu adalah dengan gores dan menang. (Sila abaikan penggunaan "saya" dalam entri tu..hahahaha)

Nota kaki : Thanks pada yang wish dalam entri dilema  semalam. Aku bukan dalam masalah. I mean bukan satu masalah pun. It just that aku kena buat satu decision yang sangat besar untuk start something yang memang aku mimpikan selama ni. Cuma aku ada masalah nak meyakinkan diri aku sendiri yang aku boleh buat. Shujin yakin dengan aku tapi aku tak yakin dengan diri sendiri. Seharian aku memikirkan betapa susahnya nak convince diri sendiri yang aku boleh buat. Hehehe.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com