Memaparkan catatan dengan label My Home Expo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Home Expo. Papar semua catatan

Rabu

Pengalaman menyakitkan hati dengan Macy bersambung lagi

Assalamualaikum

Aku nak sambung sikit je dari kisah-kisah yang lalu

Aritu sales assistant tu janji nak install awal bulan May. Dalam minggu ni lah tu. Bila aku contact dia kat whatsapp minggu lepas, tup tup jadi 20hb. Pulak. Aku dah malas nak sakit hati.

Aku cakap baik-baik walau pun takde mood gila nak cakap. Janji Khamis minggu lepas nak confirm, lepas tu senyap je. Aku call semalam baru nak bagitau minggu ni tak dapat. Dia lupa lah tu pasal langsir aku. Dasar sangat kan..

Aku try negotiate ngan dia. Lastnya dia kata minggu depan. Tak tau lagi hari apa. Aku yakin lastnya mesti 20hb jugak install tu.

Ini baru kes nak menyiapkan langsir. Belum kes langsir tu nanti jadi rupa macam mana. Diorang install jadi rupa macam mana. 

Sakitnya tu di sini T_T

Ada lah tu nanti benda apa apa yang diorang nak buat bagi aku tak puas hati. Saja je kan.. Mentang mentanglah company besar.

Sobs..

Khamis

Pengalaman menyakitkan hati dengan Macy - part 3

Assalamualaikum

Baca dulu
Part 1
Part 2

Tak habis derita kami menanggung sakit hati dan kesedihan akibat pembelian voucher dengan Macy. Kalau diikutkan hati, aku nak bawak kes ni ke Tribunal Pengguna. Sebab aku rasa promoter yang jual voucher tu kat aku misleading dalam statement nya masa jual voucher tu kat kami. Kami tak diberitahu yang kalau tak pilih kain yang diorang pamerkan tu kami tak entitle untuk ambik option no 1. Siap kata kalau ada lebihan duit akan dipulangkan. Dasar nak buat sale kan..
i hetchu macy~!
Tapi, aku dah malas dah. Macy company besar. Aku tak rasa kes macam kes kami ni boleh menang. Even kalau kes kami ni betul berlaku, Macy boleh buat apa-apa je supaya kes macam ni macam tak pernah berlaku. Buang masa dan buang tenaga je. Lastnya, kami yang stress.

So kami just proceed dengan whatever kain yang diorang bagi pilihan tu. Kami pergi Macy kat IPC sebab shop assistant yang kat Citta Mall tu dah pindah sana.

Lepas pilih kain kali kedua. Satu lagi berita buruk diberitahu pada kami..

Iaitu.. Kami kena bayar GST 6% (=RM70++) untuk proceed.

Serius, aku rasa nak amok gila. Bayangkan. Kitorang dah buat payment bulan 12 tahun lepas. Sebab segala bala miscommunication yang diorang buat. End up sekarang baru nak proceed dan schedule install bulan May. Lepas tu tetiba nak cas GST. Relevan tak..?

Pastu budak shop assistant tu kata ada kes pelanggan dah bayar deposit bulan February untuk langsir RM31k. Kena bayar GST pulak RM1800 masa nak install. Dan pelanggan tu takde pilihan.. Kena bayar jugak extra RM1800, otherwise langsir yang dia dah bayar tu diorang takkan pasang. Aku tak tau la kes dia tu macam mana. Tapi kalau dia bayar balance dalam bulan April, wajarla kalau nak kena GST pun. Kami ni full payment dah buat since Dec 2014. Kan tak logik nak cas GST pulak. Shop assistant tu kata dia akan cuba mintak waive. Masa dia pergi tanya tu, aku cakap kat shujin, kalau dapat tak payah bayar GST memang aku lompat bintang. Huhu..

Shop assistant tu kata tak payah bayar. Lega..So aku lompat bintang sikit masa tu.

Kalau diorang mintak jugak RM70 tu masa nak install nanti memang aku carut kot.

Tunggu lah bila langsir tu siap nanti. Masa nak install. Aku harap yang baik baik saja.
insaf.. Lepas ni kena dengar cakap suami..

Cukup lah derita kami. Dan aku rasa setiap kali aku pandang langsir tu nanti, hati aku mesti rasa rabak dan akan teringat balik kisah sedih dan menyakitkan hati ni.

Sobb..

Dengan ini, secara rasminya aku ban Macy tujuh keturunan. Hahaha..

Daa

Rabu

Pengalaman menyakitkan hati dengan Macy - Part 2

Assalamualaikum

Sambungan dari pengalaman menyakitkan hari pasal langsir rumah kami..

Selepas dua hari kami balik dari Macy. Assistant tu whatsapp aku kata, manager dia bagitau yang kain yang kami pilih tak termasuk dalam package untuk option no 1.

So kalau kami still nak proceed kain tu, pilih option no 2. Dan tambah duit RM1800. Nampak tak permainan dia..? Masa jual voucher cakap lain. Masa aku redeem pun ok je. Bila dah confirmed, tetiba jadi lain pulak.

Apa dia ingat RM1800 tu aku petik dari pokok ke.

Resit dah bagi. Tapi tetiba kena tambah duit. Nasib baik aku ni penyabar sikit. Fikir panjang jugak nak carutkan ke tidak budak tu. Kalau korang jadi aku marah tak..?

Dua hari.. Dua hari lepas deal. Tetiba kena tambah duit. Tak pernah berlaku dalam sejarah okey.

Aku pun call HQ Macy kat Seri Kembangan. Cakap ngan diorang. Tetiba dia kata. Sana shop jugak, bukan complain department. Tapi dia akan siasat. So, siasat punya siasat. Dia kata tu miscommunication, so sorry. Aku dah tinggi suara kat mamat tu sebab ko senang cakap miscommunication. Lepas tu lepas tangan. Mentang mentang duit aku dah bayar. Ei kalau mintak maaf boleh settle semua benda, tak payah ada mahkamah la.

Aku cakap kat shop assistant kat Citta Mall, aku nak refund. So dia kata dia akan submit application untuk refund. Refund biasanya senang je nak dapat.

Bunyi macam convincing kan..?

Aku tak tau siapa yang kencing aku. Lepas tu manager dari Seri Kembangan call aku tanya. Aku cakap aku dah mintak refund. Dan shop assistant kat Citta Mall bagitau aku yang refund process dalam dua minggu. Diorang akan bagi cheque. Tapi bunyi si Manager kat Macy Seri Kembangan tu macam tak puas hati.

Seminggu lebih lepas shop assistant Citta Mall cakap boleh refund. Proses dua minggu je tu. Tetiba seorang mamat dari complain department call aku mintak detail pasal kes tu. Untuk keseribu kalinya aku ulang story tu. Dia kata dia akan siasat.

Entah berapa hari lepas tu. Dia call dan dengan coolnya bagitau aku. Diorang tak boleh refund. Full stop. Aku tanya. So apa solution dia suggest untuk aku..?

Dengan cool tanpa rasa bersalah. Dia cakap takde apa. Aku still boleh gunakan voucher tu kat mana-mana cawangan Macy untuk buat langsir.

Cayalah Macy. Memang salute diorang boleh terus wujud kat Malaysia ni. Dan aku bet, aku bukan first customer jadi kes macam ni. Orang lain yang beli voucher yang sama masa expo tu pun memang terkena. Sebab shop assistant sendiri bagitau aku, banyak complain. Dan, masa aku call Seri Kembangan, diorang mistook aku for someone else yang ada masalah dengan voucher dia jugak.

So, dengan sedihnya. Aku minta maaf kat shujin yang stress to the max sebab dah jadi macam ni.

Aku pun call shop assistant Citta Mall yang pura-pura terkejut sebab aku tak dapat refund. So, dia kata dia akan cuba masukkan kain yang aku pilih tu ke dalam package option no 1. After a while (aku dah malas nak count berapa hari lepas tu). Dia contact aku dan bagitau, kain tu tak boleh masuk jugak ke dalam package. Tapi, diorang tambah kain yang kami boleh pilih. Which is kami pergi last weekend, tengok kainnya still tak memuaskan nafsu.

So, malas nak bergaduh. Aku dengan shujin decide, kami proceed je dengan kain yang ada. Dah empat bulan since dari awal kes ni berlaku. Macy lose nothing. Kitorang jugak yang stress tengokkan rumah tak berlangsir.
jom kita pakat fire diorang dik..

Ku sangkakan.. Habis begitu saja.. Rupa rupanya... T_T

Sambung lagi eh.. Final episod dah lepas ni.

Daa

Selasa

Pengalaman menyakitkan hati dengan Macy

Assalamualaikum

Iye. Aku sangat sakit hati dan marah dengan syarikat Macy. Kisah sedih menyayat hati ini bermula 3-4 bulan lepas, masa aku pergi MyHome Expo di PICC bulan Disember 2014. Masa tu semangat nak cari barangan untuk masuk rumah kan.

Antara sebab kami pergi asalnya adalah nak dapatkan quotation untuk pemasangan grill rumah. Tapi dah alang-alang sampai, tengok sekali deal yang lain. Bila aku pergi ke booth Macy, kakak jurujualnya tu promote voucher langsir kat aku. Package siap pasang 3 set langsir untuk RM400. Bagi aku yang tak pernah buat langsir ni murah la, sebab survey kat GM Klang harga satu set 2 keping langsir tu RM180~RM250. Langsir je tau.. Pusing-pusing. Aku pun cakap kat shujin. Nak belilah. 

Shujin aku ni kan teliti orangnya. So dia cakap kat aku deal tu macam too good to be true. Aku kata betul la. Kakak tu yang cakap kat aku. Dua orang terangkan kat shujin. Siap cakap, "voucher tu macam deposit je, kalau actual price kita buat langsir kurang dari harga yang kita bayar tu, diorang akan pulangkan duit bakinya". Nampak tak liciknya promoter tu. Tapi selection kain masa expo tu tak menarik minat aku. So, dia kata, kalau tak minat langsir kat situ boleh pergi mana-mana Macy untuk pilih kain. Voucher tu boleh digunakan untuk 3 option
(1) 3 set langsir siap pasang
(2) 30% fabric dengan normal price
(3) Additional 5% discount untuk perabot

Kami tak diterangkan bahawa, option no 1 tu only if kami pilih selection kain yang diorang bagi. Aku boleh ulang banyak kali benda ni. Kakak tu langsung takde bagitau kami yang kalau pergi kedai, tak boleh pilih option no 1. Cuma boleh pilih option no 2. Langsung takde cakap. Siap cakap kat shujin, kalau ada baki diorang pulang. Walhal, later on aku check kat kertas resit dari Macy terang terang ada tulis, deposit TAKKAN dipulangkan..

So, lepas tu, aku beli 3 keping voucher tu dengan sangkaan boleh pilih kain lain dan dapat pilih option no 1. Betul la kata shujin. Too good to be true. Yang bini dia ni, dah la tamak. Tak mendengar kata. Lurus bendul. Dia ingat semua orang dalam dunia ni mulia dan jujur macam dia. Dia lupa ramai manusia durjana kat dunia ni..Hahaha..

Akibat tak dengar cakap suami...

Bila sampai kat Macy cawangan Citta Mall. Kami pun bagitau kami ada voucher langsir nak digunakan. Aku rasa a bit rude assistant tu tanya kami "Dapat kat mana voucher ni". As if kami kutip atau dapat free. Direct my husband cakap kat dia. "Dapat??? Kami beli la!".

Fine. Kami proceed. Tanya dia. Kain mana yang kami boleh pilih. Kami tanya. So, dia bagitau. Pilih je kain mana-mana. Sebab kami memang pilih option no 1 tu.

Lepas tu, dia suruh pilih kain mana kami nak. Pusing-pusing. Shujin tak puas hati dengan corak kain yang ada. Corak kain dulu-dulu kata shujin. Tak nampak moden. Aku ikutkan je sebab aku memang tak pandai bab-bab pilih fabrik ni. Shop assistant kat situ bagitau. Ada kain baru nak sampai dalam bulan tu (masa tu bulan January). Aku pergi awal bulan.

Nak dekat hujung bulan. Actually 30hb baru dia bagitau kain sampai. Itu pun aku dah namok sikit call cakap janji nak call tapi takde pun call. Sebab assistant diorang sangat rude bagi aku. Maklumlah kan. Macy kan jenama terkenal. Barang mahal. Aku ni dengan baju selebet pakai selipar bawak anak buahs kemain 4 orang tu. Nampak macam kampung la sangat.

Masa ni kami dah masuk rumah. Aku sangat sakit mata dah tengok tingkap tak berlangsir. Aku gantung kain langsir lama kat grill tingkap tu. Sedih. 

Kali kedua.. Kami bawak Ma. Ada dua orang assist kami masa tu. Dia pun buatlah kira-kira untuk jumlah kain yang diperlukan untuk buat langsir. Billik anak-anak taknak langsir kat situ sebab diorang nak corak karakter pilihan masing masing. So, ruang tamu, bilik aku dengan guest room je pakai package tu. Selepas kami pilih kain, shujin puas hati. Aku pun lega. Kami diberitahu, tak payah tambah duit. Since masa tu dah nak chinese new year, langsir tu cuma akan dibuat lepas cuti raya cina. Ok fine. Dalam bulan March jugak baru siap. Takpe lah.

Tapi.... Jengjengjeng.. ada masalah..

Sambung lain pulak naa..

Stay tune..

Daa

Rabu

Malaysian Furniture & Furnishings Fair (MF3) 2014

Assalamualaikum

Last weekend, aku spend masa kat My Home Expo PICC. Minggu ni pulak aku ke Malaysian Furniture & Furnishings Fair  atau nama pendeknya MF3 kat IDCC Seksyen 15 Shah Alam.
Biasa lah kan.. Hujung hujung tahun ni ada macam macam jenis promosi dan jualan. Alhamdulillah kebetulan kami dapat kunci hujung tahun. So, ada lah peluang bandingkan harga melalui promosi macam ni. Tapi nasihat aku.. Pergi expo macam ni kena hati hati dan buat research serba sedikit. Jangan main jolok je. Cakap kat situ memang seronok je bunyinya. Nanti, display kat expo tak sama dengan actual punya barang. Sakit hati kita dibuatnya.

Aku pergi hari Jumaat lepas kerja. Since katanya ada sampai 500 exhibitor. So, aku takut nanti ramai orang. Dan kebetulan IDCC tu pun on the way nak balik rumah. Singgah je lah kejap sebelum diorang tutup pukul 8 malam tu. Hehehe..

 

Macam biasalah.. Sebelum masuk kena daftar dulu. Ni banyak jugak hadiah dan promosi oleh pihak penganjur sendiri. Aku tengokkan je. Hehehe


katil budak.. tiga ribu lebih tuu T_T.. Tengok tu punya lah buas si Aisy. Tengah berusaha nak naik. Nampak bontot je tu..

Belek display kitchen cabinet
Actually kitorang takde la nak cari banyak benda pun. Kontraktor yang guna sekarang dah bagi harga yang sangat berpatutan dan kerjanya pun memuaskan hati. Setakat sekarang lah kan.. Siap dia offer buat kitchen cabinet dan wardrobe dengan harga yang rendah dari harga pasaran. Huhuhu.. Tapi kami belum kecukupan budget. So hold dulu. Dan proceed dengan projek sedia ada. Insya allah soon kami kumpulkan dana dan buat sikit demi sedikit.

Tapi kan.. Kitchen cabinet yang diorang display kat MF3 memang sangat sangat cantik. Wardrobe pun memang lawa gila.. Tinggal nak sedia duit je.. Tapi kitorang tak stop sangat kat area situ. Kami tengok katil anak anak. Mahalnya ya allah. Lepas tu kitorang redho je tak beli apa pun kat situ.

Shujin survey lampu yang belum cukup cukup. Hahaha.. Konon nak beli voucher Avalon RM500. Since ada masa lagi. Ahad pagi pagi kami survey lampu kat Avalon Bukit Tinggi Klang. Tengok harga lampu LED yang beli kat PICC beli satu free satu RM50 tu.. Harganya RM80 kat sana. So bila kira balik. Actually kalau dia bagi discount 50% pun still lagi mahal. So, kami jumpa balik uncle yang jual lampu kat PICC, beli lampu kat dia jugak. Hahaha.. Tapi promosi beli satu free satu tu dah tukar discount 30% je. Katanya sewa kat MF3 lebih tinggi. So dia terpaksa kurangkan promosi. Nasib baik kami dah kowtim lampu tu kat PICC aritu.


Nampak Damia dalam gambar ni..? Tak duk diam dia tu tau..
Alhamdulillah masa kami pergi first day tu tak ramai sangat orang. So tak sesak. Bebudak ni membuas sampai stress kitorang nak survey barang. Hahaha.. Layankan aje bebudak. Tapi nyonya kedai tilam dah jegil jegil mata kat bebudak ni. Sabo la nyonya. Kami lagi stress..

Konon nak cari mosquito net sebab rumah tu banyak nyamuk. Sekali kira kira.. Harganya agak mahal jugak.. RM15/sqft. Satu sliding door je dah dekat RM300. Mosquito net je kot. Hahaha.. Lastnya shujin survey kat google harga mosquito net tu. Kononnya nak buat sendiri..Dasar kedekut kan.. :P (bukan kedekut.. berhemah..hihi)

Aku konon aim nak pergi booth Everskill (company buat kitchen cabinet ngan wardrobe yang agak femes). Lastnya tak pergi jugak. Katanya masa tu ada 70% discount. Puhhh.. Cam rugi gak tak pegi tengok..

Apa pun. Dah hujung tahun ni berbelanja kena berhemah. Awal tahun nanti Aqil ngan Damia start sekolah. So, banyak dana nak kena pakai. Hihihi..

Ada yang pergi tak MF3?

Daa

My Home Expo PICC

Assalamualaikum

Last weekend, 12 hingga 14 Disember 2014, berlangsung My Home Expo di PICC (Putrajaya International Convention Center). Kami sekeluarga turut pergi untuk memeriahkan suasana pada hari pertama expo berlangsung.

Expo macam ni biasa lah.. Nak cari deal yang bagus untuk renovate rumah, pasang kitchen cabinet, beli perabot dan lain lain keperluan rumah. Even bagi yang nak beli rumah pun ada pameran dibuat kat luar dewan.

So, kami sampai tu makan tengah hari dulu kat cafe PICC. Lepas tu barulah meronda. Aku dah aim beberapa perkara. Shujin cari lampu. Hehehe..

Entrance

Sebelum masuk, kita daftar dulu
Antara aktiviti yang "kononnya" menarik adalah aktiviti membongkar kod rahsia untuk bukak peti hadiah. Ada tiga kotak. Nombor kombinasi 6 digit. Macam harem~ je aku rasa sebab possibility untuk boleh buat adalah satu persejuta. Unless korang memang bertuah gila. Dapatlah bukak. Pada aku, langsung tak exciting. Even aku dapat tiga attempt untuk isi kod setiap satu kotak tu pun aku takde rasa seronok. Memang tau dah. Takkan dapat. Sorry pada penganjur, tapi pada aku, daya tarikan tu cuma untuk mengaburi mata pengunjung. Konon ada hadiah. Tapi almost mustahil orang nak menang kot. Hehehe.

Ok.. Takpe.

Kita ke tapak expo.


Pameran tu dibuat dalam Hall A, tapi kat luar tu adapameran hartanah. Bagi yang ada duit nak invest dalam property atau nak beli rumah, kat luar tu ada pamerannya. Kitorang lalu je. Hehehe.. Terus masuk dalam dewan.
Booth Macy. Diorang jual voucher untuk buat langsir. RM400 untuk buat 3 set langsir. Dua set untuk tingkap dua panel dan satu set untuk tingkap satu panel. Aku tak pernah tempah langsir. Biasanya aku beli ready made langsir je. So aku rasa murah gila. Sebab RM400 tu diorang siap datang ukur, pasang dan dapat penyangkut tepi tu. Kedai kedai langsir kat GM Klang aku tengok satu set langsir lebih kurang RM200 ke RM250 ikut jenis kain dan saiz. So kalau RM400 dapat tiga set macam murah la kot pada aku. Hehehe.. Voucher valid sampai bulan May tahun depan.

Tilam bantal pun ada jual. Stress je muka pakcik yang jaga booth tilam ni sebab bebudak lanyak tilam. Nasib baik first day tak ramai orang. So kurang sikit stress aku mengejar bebudak bertiga ni. Lagi lagi bila diorang dah start boring+penat pusing pusing  dalam tu. Yang pakai topi krismas tu kambing biri-biri. Mula mula aku nak marah Aisy melanyak tilam. Bukan nak beli pun. Pastu dia pun panggi "ibu..ibu... mekkkk~!" buat bunyi kambing yang comel. Terus aku tak jadi marah. Wakaka..

Ini adalah gambar kombinasi untuk plaster siling. Tapi diorang ni tak pakai material plaster tu. Diorang pakai PVC. Katanya lebih tahan dan tak mudah rosak kalau kena air. Cuma yang kilat kilat tu akan pudar bila makin lama. Katanya RM10/sqft. Pada kami cantik sangat kejadiannya bila dah pasang. Tengok contoh la. Tapi lepas diorang datang ukur dan quote harga.. Tak jugak murah. So kitorang proceed dengan plaster siling material yang biasa je.

Ada beberapa booth lain yang kitorang lawat tapi aku tak ambik gambar sebab sibuk berlarian kejar bebudak ni sambil dengar penerangan. Hahaha. Antaranya booth lanskap, lampu LED, sofa, kitchen cabinet dan wardrobe. Menarik sangat la. Kitorang first time pergi expo macam ni. Dan syukur sebab first day tak ramai sangat orang. Lampu LED tu promosi beli satu percuma satu. So, jimat banyak jugak la.


Ni sebelum balik. Diorang bertiga dah kepenatan. Si Afiqah Balqis aku kendong dalam ring sling. So, almost the whole time dia tidur. Hahaha.

Nampak beg pink dalam gambar tu? Tu beg Hello Kitty hadiah birthday si Damia aritu. Ini adalah kali terakhir beg tu dilihat. Kitorang masuk toilet. Pastu Aqil bukak beg tu. Pastu terlupa. The next day, datang balik memang dah takde dah la. Kitorang siap call kakak yang jaga booth Macy tu untuk tolong tengokkan. Katanya memang dah takde.

Takde rezeki Damia. Kitorang suruh dia pergi sekolah pakai supik gelenya je nanti. Plastik Aeon Big. Kalau taknak. Plastik Hero Market pun ada. Budak kecik tu redho je. Huhuhu..Sabo la nak. Nanti kita beli beg baru ye..

Weekend ni pulak 19 sampai 21 Disember 2014 ada Malaysian Furniture & Furnishings Fair kat Ideal Convention Center (IDCC) Seksyen 15 Shah Alam. Kat tepi Federal Highway tu.
Ingat nak jugak pergi.. Macam menarik bunyinya. Hehehe..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com