Isnin

Bon Kerajaan Malaysia?

Ada sesiapa pernah dengar pasal bon kerajaan Malaysia? Katanya kerajaan Malaysia ada duit pada jumlah yang saaangat besar (trillion) dalam bank of swiss. Untuk cash out kan duit tu memerlukan sejumlah wang, dan bukan duit dari perbendaharaan kerajaan (kena kutip duit rakyat) Sesiapa yang menyumbang pada dana tu akan dapat pulangan 1000 kali ganda. So kalau masuk rm100 dapat la RM100k. Aku dengar orang kecoh pasal bon ni. Ramai da pasang angan-angan nak hidup mewah nak menderma nak buat amal ibadat hasil dari pelaburan mereka. Cuma concern aku adalah tarikh untuk distribute duit yang dijanjikan tu, asyik postpone je. Ada tak sesiapa pernah join dan dapat duit pelaburan mereka.

9 comments:

mizan berkata... [Reply]

aku ada jgk masuk program ni...labur duit untuk setiap RM50.00 dapat pulangan RM500k...hari tu dapat berita bahawa konon2 pembahagian duit pulangan sudah bermula...tp sampai skrg asyik2 postpone je....ntahla...

Unknown berkata... [Reply]

family aku pun masih tak dapat lagi..asyik postpone je..diorg masuk dari bulan 12 tahun lepas.. da setengah tahun..tapi duk asyik kata duit tu ada..tapi ada je masalah nak distribute tu.. aku mmg tak masuk.aku tak pernah kena tapi ni memang sound fishy gila.. tak logik..

sori..tapi aku rasa mmg duit tu diorg da songlap..apa pun ko jgn lupa bagitau aku kalau ko da dapat duit tu nanti..just nak tau betul ke tidak..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

proses pembayaran menjadi lambat kerana 13 waris yang menerima bon tersebut dah meninggal dunia hanya tinggal 3 org shj,jadi pewaris yg ada bergaduh pasal tuntutan ini kerana ada yang nak lebih dan ada yg tak t/tangan pembahagian harta tu so,jadi lewat lah prosesnya,,,skrg baru selesai..duit dah ada kat bank negara..tapi ditahan dulu kerana kerajaan sdg selesaikan duit bonus dulu dan bantuan dana ke agensi dan sykt yg dijanjikan bantuan dana ..cth: bantuan dana RM400juta utk sykt bas henti-henti !!!

Unknown berkata... [Reply]

@iklanpanas2u, hahaha... melawak la.. dah nak setahun dah weh.. kalau ada tunjuklah..cakap sembang je nenek aku boleh... :P

sampoi berkata... [Reply]

kita kalau tanam pokok takkan terus ada buahnya....kena sabo la....hehehehe

Unknown berkata... [Reply]

@sampoi, aku bukan nak cakap ko ni bodo..tapi kalau dah tau tak boleh nak bayar dalam masa yang dijanjikan, kenapa nak berjanji boleh bagi pulangan 1000x dalam masa tak sampai sebulan.. kan ke penipu namanya tu..

aku pun faham basic investment ambik masa..masalahnya bon kerajaan malaysia makhluk penipu ni bukan investment..yang buat ni semua penyangak yang tak tau halal haram..

PCL berkata... [Reply]

untung aku cuma jd pemerhati dan pendengar saja..depa untung aku tak rugi, kalu depa rugi pun aku tetap tak rugi...lalala.

Unknown berkata... [Reply]

Ada info baru?

Unknown berkata... [Reply]

man eyman,
takde..rasanya memang takde dah.. hehehe..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com