Memaparkan catatan dengan label Reverse Osmosis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Reverse Osmosis. Papar semua catatan

Isnin

Ahad sibuk kononnya, insiden!

Assalamualaikum

Sabtu malam, kitorang keletihan sangat. Tapi tidur dalam pukul 1 lebih jugak. Patutnya aku ada janji dengan member pasal review program weight management dia. Tapi kesian tengok shujin keletihan. Aku postpone ke petang.

Lepas pukul 12 baru bertolak. Janjinya kat ofis member kepada member aku tu di Taman Setapak. Berpandukan Google Map. Tak susah cari tempatnya. Berdekatan dengan pasar borong Gombak. Review pemakanan, senaman dan sebagainya. Sejam lebih jugak ambil masa. Kemudian aku bincang dengan member yang tuan punya ofis tu, sebab nak buat usaha sama sikit. Diorang ajak kami buat program kat situ dan tolong dia promosi perniagaan dia. Menarik..! 

Walau pun agak jauh dari lokasi rumah aku. Tapi, sebagai platform bagus jugak kan. Dan program tu akan benefit kepada dua belah pihak. Untuk permulaan mungkin dia bagi aku jalankan program secara percuma. Later on dia charge sikit. So, tengok macam mana. Aku kena draft dulu ala ala proposal untuk program tu. Banyak jugak dah yang aku draft.

Habis berbincang. Kitorang balik. Terus cari nasik bagai sebab da pukul 4 lebih masa tu. Sampai rumah dah 6 lebih. Rehat kejap mandikan anak-anak. Ada sorang kenalan lama aku call. Makcik tu dulu buat direct selling jus. Dia kata mudah yang itu. Ajak aku memang aku takmau la. Hari jumaat dia call nak cerita benda lain pulak.

Aku layankan aje. Dia kata nak jumpa semalam. So semalam dia call bawak upline dia. Later on baru aku tau dia buat direct selling company yang jual penapis air RO. Dia pesan suruh aku bawak air yang aku minum kat rumah sebab dia nak buat test. 

Senyum je aku dengan shujin. Shujin habis appointment pukul 11 malam terus aku bertolak. Sampai kat kedai makan. Dia kata nak cerita peluang. Aku dengarkan aje lah. Aku tak ada masalah dengan direct selling. Pada aku direct selling lebih kurang je dengan mana mana bisnes. Kena usaha baru akan berjaya. Tak ada short cut. In fact maybe akan require lebih effort sebab kita tak macam kedai makan yang duk situ pun orang akan datang makan.

Cuma, apa yang aku tak berkenan pasal direct selling ni orangnya suka menayang kereta mewah. Maaf. Mungkin ada orang suka kereta mewah. Shujin suka jugak. Aku tak berkenan diorang jenis bergambar dengan kunci replika atau tepi kereta mewah untuk nak bagitau yang diorang tu dah kaya. Dan aku nakkan financial freedom sebab aku nak selalu ada dekat dengan anak-anak aku. So point deducted di situ.

If you have to tell others that you are rich, then you are not

Aku tau dah dia nak buat TDS test dengan electrolyte test. Nasib baik upline dia bijak sikit. Cuma still. Aku heran. They know that it may caused health issue. Tapi, dia still nak jual benda tu. Dan yang membuatkan aku memang deduct the whole point adalah apabila makcik tu kata "saya tak peduli pun pasal product, yang penting boleh buat duit".

Aku tanya. Apa cerita dengan bisnes jus dia. Dia kata yang tu tak boleh la. Upline tak cukup bantu dan upline just encourage untuk consume je tetiap bulan. Dan income tak stabil. Sebelum ni dia pernah join satu lagi company direct selling yang agak berjaya. Aku tanya jugak kenapa dia berenti. Dia kata, tak dapat duit pun buat. Aku tanya. Dia ada guna ke product company tu. Dia kata tak ada pun. Well. Aku rasa orang macam ni yang tainted the direct selling cum MLM business. 

Trust me. MLM bukan pasal selling products. Its not even about cari orang. Yups. Ianya satu requirement. Sebab dalam networking business kita kena bina network. Tapi kalau you think MLM pasal jual barang, pasal cari orang. You will not sustain long in the business. So, makcik ni kuciwa la kot sebab aku pi bantai pulak penapis air RO tu.

Still. Yang aku paling tak boleh blah adalah. What she care is just about the money she can get. Sorry la. Aku memang mata duitan. But I have dignity. Aku takkan trade dignity aku promote something yang aku tau could harm others. 

Habis dalam pukul 1 pagi. Aku balik. Pengsan terus.

Bangun pagi. Masuk toilet. Tengok tengok ada fresh blood. Perut tak rasa cramp. Tapi sengal jugak sikit. Aku still masuk kerja hari ni. Badan rasa tak larat gila. Aku malas lagi nak ambik MC. Petang nanti kalau masih bleeding aku pergi jumpa doktor ok.

Shujin dah kerisauan. Harap takde apa. Maybe aku letih sangat kot.

Gambar gambar aku share kendian. Tak sempat transfer lagi. 

Daa

Jumaat

Teknologi berkaitan penapis air

Assalamualaikum

Dalam entry entry yang lalu, ada juga kawan-kawan yang komen tentang teknologi yang digunakan dalam penapis air. Memang susah nak decide yang mana yang baik. Semua akan kata teknologi mereka yang terbaru dan terbaik di pasaran. Ada yang berani kata terbaik di dunia lagi. Hehehe. Tapi ye ke? Dari segi apa?

Aku takde niat nak kondem mana-mana brand secara terbuka. Tapi aku memang dah kumpul banyak info pasal brand brand utama di pasaran. Terutamanya yang registered dan certified by NSF. Tapi, kalau yang jenis re-brand, beli cap China murah murah, tukar sikit design luar kemudian jual atas jenama lain tu aku tak banyak info. Cuma yang aku boleh kata. Ada sorang senior engineer yang syarikat bapaknya ada related dengan industri air dan penapisan bagai ni cerita kat aku. Ada kontraktor bagitau dia, yang jenis rebrand tu sebenarnya filter yang diorang guna sama je. Dan replacement partnya pun sama je. Ada yang mahal dan ada yang murah. Hehehe.. Kalau dia tipu aku, maka aku tipu korang lah. Wallahualam.

So, ada banyakkk teknologi water filter ni selain dari teknologi reverse osmosis yang aku selalu tulis. Masing-masing dikatakan ada kelebihan mereka masing-masing. Dan masing-masing nak kata teknologi mereka yang terbaik.

Aku selalu ikut tips Albert Einstein. 
So. Dalam kes penapis air. Banyak yang ada teknologi berbelit belit yang kadang kadang kita tak belajar kat sekolah dan sampai ke tahap magic lagi tak logik di kepala.

Bayangkan. Ada bebudak jual penapis air pergi kat rumah kawan aku. Demo diorang adalah. Kononnya sebelum minum air yang ditapis oleh penapis air yang diorang jual tu masing-masingnya tak bertenaga. Bila 3-4 orang cuba angkat suami kawan aku ni tak larat. Bila da minum air tapis tu terus kuat sihat bertenaga. Dapat angkat. Tak ko rasa macam nak hantuk kepala kat dinding?

Apakah tujuannya kita menapis dan merawat air? 
Adalah untuk dapatkan air yang bersih dan sihat

Apakah dia air yang bersih dan sihat?
Air yang bebas dari pencemaran dan mengekalkan mineral baik yang sepatutnya ada dalam air

Itu je kan..So, kita boleh la consider air mineral tu sihat, tapi bersih ke tidak tu bergantung jugak lah sebab setau aku takde specific regulation yang control pasal air mineral ni. Kalau brand macam Evian ke Spritzer tu ok la kan. Tapi mahal la pulak. Thats why kita pakai penapis air.

Ada banyakkk teknologi penapis air di pasaran yang kebaikannya tak dapat dibuktikan secara saintifik. Malah. Ada yang twist the fact, mengatakan bahawa air yang ditapis boleh mengubat penyakit itu dan ini. Sampai ke tahap boleh ubat kanser dan sebagainya. Malah ada yang membahayakan kesihatan.

So. Kalau tak hati hati. We might be paying thousands untuk merosakkan kesihatan kita. :D

Eh tak masuk isi lagi ni..Hahaha..

Antara teknologi penapis air adalah seperti
(1) Activated carbon block
(2) Activated carbon granular
(3) Alkaline water filter
(4) Ozone water filter
(5) Mineral added
(6) Reverse osmosis
(7) Air beroksigen

Activated carbon ni adalah karbon yang di aktifkan dan menghasilkan ruang ruang udara kecil. Ianya adalah satu kaedah yang paling efektif untuk remove organik contaminants macam klorin, VOC dan sebagainya. Carbon block ni dalam bentuk block lah kan. Sejauh mana keberkesanannya menapis bahan cemar ikut saiz ketebalan dan saiz lubang lubang yang terkandung dalamnya. Kalau tube nipis nipis tu jangan expect dia boleh tapis segala bala bahan cemar. Manakala granular pulak dalam bentuk biji biji kecil yang dimasukkan ke dalam satu bekas. Kelemahan granular ni adalah ada kebarangkalian yang air tu akan channel dan tak kena pada carbon filter. So air tu mungkin end up tak tertapis jugak lah.

Alkaline water pulak claims that air yang dihasilkan adalah sejenis antioksidan yang kuat. Yang mempunyai saiz molekul yang lebih kecil untuk diserap oleh badan manusia. Oleh kerana ia antioksidan yang kuat, ianya dikatakan dapat mencegah kanser! Bagaimana pun, tak ada study atau kajian saintifik yang dapat membuktikan perkara ni. Malah, asasnya perut kita mengandungi asid hidroklorik. So, air yang masuk ke dalam perut ni akan dineutralkan pulak oleh asid perut sebelum diserap. Tak guna jugak lah kan :D Dan. Kalau ikut doktor aku cakap. Air beralkali ni akan membebankan pulak perut. Sebab pH tak balance, asid perut kena banyak nak bagi pH tu balance. So beban la kat perut. Lagi pulak, air terdiri dari atom hidrogen dan dua atom oksigen. Takat mana lah boleh nak kecik lagi kan :D

Ozone water filter. Sebenarnya aku tak sure brand apa yang guna teknologi ni. Tapi pernah la dengar. Yang kelakarnya, diorang ni tak tau ke ozone tu sebenarnya berbahaya untuk dihirup dan diminum. 

Mineral added. Tak silapnya mula-mula air tu di RO kan. Lepas tu dia add balik mineralnya. Heran kan..Macam mana dia control mineral apa yang masuk dalam air, dan berapa portion yang masuk dalam air.

Reverse osmosis (RO), yang ni aku da banyak kali share.

Air beroksigen. Air dimasukkan oksigen. Ikan je yang perlukan air beroksigen ni. Kalau manusia minum silap silap boleh kembung kot :P Basically, kita dapat oksigen melalui bernafas. Kenapa perlu minum air yang beroksigen sedangkan perut kita tak boleh proses pun oksigen tu ?

Dan ada lagi yang lain. Yang kononnya tambah aura. Tambah tenaga. etc etc.

Wallahualam. Apa yang aku share adalah untuk bagi awareness pada semua orang. Harap ianya bermanfaat dan dapat dijadikan panduan.

Apa pun..Kalau dah pakai water filter tu jangan lupa regularly check dan tukar ye. Takut ada lumut. Nanti minum air yang ditapis dan ditambah mineral dari lumut. Yek.. True story ok.


Entry berkaitan
Perlu ke penapis air
Penapis air yang baik
Buat apa beli penapis air
Risiko minum air RO

Daa

Khamis

Tahukah anda risiko minum air RO

Assalamualaikum

Banyak kali dah aku buat entry pasal air reverse osmosis atau nama manjanya air RO ni. Banyak dah aku baca pasal risiko minum air RO. Cuma last week baru aku tau yang sebenarnya WHO ada buat investigation tentang kebahayaan air RO ni pada kesihatan manusia.

Report 22 halaman tu boleh didapati dari laman web WHO. Dalam bentuk PDF. Boleh download secara percuma.

Kalau sebut pasal air RO, ianya meliputi semua jenis. Yang ditapis dirumah dengan sistem penapis air RO, yang dijual dalam botol mahu pun yang beli dalam mesin air RO yang terdapat di depan kedai tu. Tak silap harganya 20sen seliter.

Apa yang bahayanya?

Air RO bersifat diuretik. Oleh itu ia boleh menyebabkan badan akan kehilangan lebih banyak air apabila minum air RO.

Air RO mempunyai keasidan yang tinggi. Ada satu laporan yang aku baca (laporan lain) yang mengatakan, oleh kerana air RO ni takde mineral dan dikira tak stabil. Ia menyebabkan bacaan pH yang dibuat guna kertas pH tu tak tepat. Dan pengambilan air dengan nilai keasidan yang tinggi adalah bahaya pada tubuh.

Dan antara yang paling menakutkan.

Oleh kerana air RO tak mengandungi sebarang mineral, ianya tak stabil dan boleh menyebabkan logam berbahaya seperti cadmium senang terserap masuk ke dalam airnya. Ini boleh menyebabkan logam toxic ni masuk pula ke dalam badan manusia apabila diminum.

Sebab tu Allah dah jadikan air yang bermineral ni cukup elok cukup baik dah. Mengandungi kalsium dan magnesium yang bukan saja untuk tubuh kita, tapi untuk elak daripada logam toxic tu menyerap masuk ke dalam air dan diminum pula oleh kita.

Nak lebih menakutkan dan tahu lebih lanjut. Sila download full report.

So, agak-agak lepas ni lalu tak nak minum air RO lagi?

Pernah jugak aku dengar yang ada doktor menyarankan mereka yang sakit buah pinggang atau mengalami kegagalan buah pinggang minum air RO. Mengapa ye?

Entry berkaitan
Perlu ke penapis air
Penapis air yang baik
Buat apa beli penapis air
Kenapa perlu mineral dalam air?

Daa

Selasa

Hati hati dengan manipulasi demo oleh peniaga penapis air

Assalamualaikum

Aku nak share tentang beberapa jenis test yang peniaga penapis air buat sebagai demonstrasi penapis air mereka. Tujuan demo biasanya adalah untuk tunjuk keberkesanan penapis atau tunjukkan kualiti air. Ada yang boleh dijadikan panduan dan ada yang mengelirukan.

Test yang aku biasa buat adalah chlorine test. Test ni sangat simple. Dan tujuannya adalah untuk menguji sejauh mana keberkesanan penapis air tu untuk tapis klorin. Senang kata test ni paling basic. Dalam masa yang sama boleh tau bau akan hilang ke tidak. Cara ujinya. Masukkan klorox bleach ke dalam air. (klorin tak dijual ye. So kita gunakan klorox bleach yang mengandungi sikit kandungan klorin sebagai pengganti). Nak tau betul ke tidak ada klorin dalam air tu, titiskan beberapa titis chlorine tester (boleh dapat kat kedai aquarium. Biasanya botol warna kuning) 

Kalau ada klorin, air akan bertukar jadi warna kuning bila dititiskan dengan klorin tester.

Kemudian, air tu kita tapis dengan penapis air (demo set lah ye). Lepas ditapis. Air tu sepatutnya keluar jernih la kan. Titiskan chlorine tester sekali lagi untuk pastikan bahawa tiada klorin dalam air tu. Kalau tak ada klorin, air akan kekal jernih. Kalau ada klorin, akan tukar jadi warna kuning.

Satu lagi test yang lebih mudah tapi kejam. Aku belum sanggup nak buat. Masukkan klorox bleach dalam air. Masukkan anak ikan dalam air tu. Dalam masa 30 saat ke seminit. Ikan tu menggelepar lalu mati. Ye mati kawan kawan sekelian. Kemudian air tersebut diambil dan ditapis dengan penapis air (demo set). Lepas tapis, masukkan seekor lagi ikan yang hidup. Kalau ikan berenang dengan riang gembira. Maksudnya air tersebut bebas klorin. Mesejnya adalah. Manusia pun boleh jadi macam ikan tu kalau minum air berklorin. Cuma ambik masa lah. So kalau taknak jadi macam ikan tu, sila gunakan penapis air :P

Ada test guna pewarna makanan. Kita andaikan pewarna makanan tu adalah partikel bahan cemar dalam air. Bila ditapis. Air akan keluar jernih. Nak best. Gunakan air coca cola. Bila keluar. Air warna jernih tapi masin sikit. Sebab masin tu adalah garam galian. Gula dan pewarna ditapis. Tapi garam galian ni tak dikira bahan cemar. So lepas. Mesejnya adalah. Galian baik untuk badan macam kalsium, magnesium akan lepas melalui penapis air ni, tapi bahan cemar ditapis. Bagaimana pun, ujian ni cuma ujian basic ia tak jugak menjamin apa dan berapa jenis bahan cemar yang ditapis. So, still penting untuk dapatkan senarai penuh bahan cemar yang ditapis. Kalau boleh yang diiktiraf oleh NSF.

Dua ni yang aku biasa gunakan. 

Yang aku tengok peniaga penapis air selalu guna untuk demonstrasi bagi purified water treatment sistem atau sistem RO adalah TDS test dan elektrolisis.

Aku cuba terangkan satu persatu ok.

TDS bermaksud total dissolve solid. Ujian TDS ni digunakan untuk menguji kadar bahan pejal (solids) yang wujud dalam air menggunakan TDS meter. Walau pun ada pendapat mengatakan bahawa kadar TDS yang tinggi menunjukkan juga kadar pencemaran yang tinggi (banyak mendapan bahan pejal). Banyak pihak tak setuju kerana ia bukan satu petunjuk yang boleh dipercayai untuk menunjukkan kualiti atau kadar pencemaran dalam air tersebut.

TDS test terhadapat air RO menunjukkan bacaan 50parts per million atau kurang. Bahan utama (solid) dalam air adalah kalsium dan magnesium. Sebagaimana yang kita semua tahu, dua bahan ni adalah mineral yang penting untuk tubuh dan bukanlah sejenis bahan cemar. Bahan mineral dalam air mineral yang dibotolkan seperti spritzer atau evian adalah lebih tinggi daripada air paip. Adakah air botol spritzer atau evian lebih tercemar dari air paip? Tidak. Ia mengandungi banyak mineral baik. Sebab tu nilai TDS jadi tinggi. Obviously air RO tak ada garam galian dan apa apa pun. So dah tentulah bacaannya sikit. 

Dan, untuk pengetahuan semua, TDS meter tak detect klorin. TDS meter cuma detect bahan enapan yang mempunyai impact pada conductivity air. Oleh itu. Kalau kita masuk garam dalam air (garam menambah conductivity air), bacaan TDS akan bertambah. Tapi garam bukan bahan cemar kan? At least tak la secemar klorin :D

Jadi kalau penjual penapis air menggunakan ujian ni nak menunjukkan kualiti air ianya adalah mengelirukan dan adalah tidak beretika. Ianya sangat misleading.

Aku tau panjang gila dah.. Tapi nak sambung sikit pasal electrolysis test pulak.

Electrolysis test adalah satu lagi ujian yang digunakan oleh penjual penapis air RO.
Sumber : Google
Lebih kurang macam ni lah rupanya. Ni ala ala eksperimen yang kita buat masa sekolah menengah dulu.  Tujuannya adalah untuk mengetahui conductivity air. Yang syoknya apa tau.. Bila diorang buat test ni. Air yang digunakan (biasanya dia akan ambil air dari paip rumah kita) akan electrolyze, akan start keluar kekuningan warna macam karat gitu. Makin lama makin banyak dan air tu akan bertukar jadi murky water. Dan penjual ni akan declare yang air paip rumah kita bermasalah. Manakala, bahagian yang air RO tu jernih tak berubah warna berseri seri. Scary dowh.. Time ni laju je keluarkan duit bayar kan :D

Hakikatnya? Naturally, air paip mengandungi electrolyte. Iaitu bahan yang jadi pengalir elektrik kalsium, magnesium dan kalium. Rod yang digunakan masa ujian elektrolisis ni adalah metallic rod sebagai anod dan alumunium rod sebagai katod. Bila kita alirkan elektrik, ianya akan bertindak balas dengan air dan menyebabkan mendakan logam. Mendakan logam ni yang menyebabkan air tu bertukar jadi keruh. Basic eksperimen elektrolisis la ni. So, of course air RO takkan jadi macam tu sebab air RO atau air yang dipurified ni takde galian apa-apa.

Tapi kalau yang tidur masa kelas kimia tu sure dah ingat ingat lupa. Mudah la sikit kerja penjual ni nak mengelirukan orang.

Sedangkan sebenarnya ujian ni takde kaitan dengan kualiti air. Sebab ujian ni tak detect bahan cemar yang bukan bahan pengalir. Contohnya herbisid, pestisid. Kalau ada penjual ni datang buat test kat rumah meh korang buat gini. Air tu, sembur dengan ridsect. Lepas tu test balik. Agak-agak ada result tak?

Aku yakin yang ada sesetengah penjual tak tau pun sebenarnya test tu misleading. So nak salahkan diorang pun susah jugak. Apa pun. Nasihat aku. Jadi pengguna ni kena hati hati.

Sekian penerangan.

Untuk detail explanation boleh dibaca dalam blog INI

Entry berkaitan penapis air :

Daa

Khamis

B*llsh*t water

Assalamualaikum

Actually dari malam tadi aku rasa sangat sangat bengang. Apa eh masalah orang melayu kita yang takde masalah tanpa rasa bersalah menipu orang melayu untuk dapat untung. Seriously, aku sangat sangat sick dengan jenis manusia macam ni.

Aku tak nak buat lagi sebenarnya, bila orang tanya pasal penapis air aku. Aku tak pernah lagi buruk burukkan brand lain, melainkan kalau orang tanya opinion aku tentang certain brand. Aku ada every evidence that you will ever need untuk buktikan bahawa ada beberapa brand kat luar sana yang tak ada masalah jual penapis air dengan false claim (tak semua la).

Semalam, ada satu pertanyaan aku dapat melalui email. Tentang satu brand "buatan orang Malaysia". Kononnya Muslim. Kononnya sembuh dari penyakit kronik yang patutnya boleh hidup beberapa bulan je lagi sebab minum air dari penapis air tu. Come on la. Nak menipu pun agak agak la.

Read my lips. Tak pernah. Tak ada penapis air yang bila diminum airnya boleh sembuh penyakit. That is bullsh*t.



Air adalah air. Banyak brand aku jumpa. Oh..da lepas tapis, tambah mineral la, tambah pH la. The purpose of water filter water purification or whatever you call it, adalah untuk tapis bahan cemar. Yang nak pi tambah mineral tambah pH tu buat menatang apa.

Aku marah. This is serious. Bayangkan, orang spend ribu ribu. Untuk beli some crap and given false hope that it can cure your illness. And you are happy making profit out of it.



Air adalah air. The water you need is a good clean water. Mungkin pada sesetengah orang, air paip dah cukup bersih. Aku tak salahkan diorang sebab Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri kata "pipe water is drinkable". Which is they never even bother to explain further on how healthy it is. Sebab tu tak ada orang masuk hospital sebab keracunan air. But think again, berapa kerap kita demam atau sakit dalam setahun. Walau pun mungkin ada yang kata ianya takde kaitan, tapi ia memang ada kaitan. To believe it or not. It is up to you.

If someone goes to you and try to sell you a water filter, ask them for the contaminant list that their product can filter. If they cannot produce it, they may not even know how well their product can perform.

Sorry la emo pulak. Hahaha..

Daa

Rabu

Air yang sihat part 6 : Reverse osmosis sistem terbaik?

Assalamualaikum

Topik berkaitan dengan penapis air ni semakin menarik nampaknya, dah sampai part 6. Terutamanya bagi yang menjual dan menjadi pengguna penapis air dengan sistem reverse osmosis. Aku rasa ramai yang nak tahu kenapa aku tibai habis habisan RO ni. Mungkin ada yang anggap aku ikut perasaan. Tapi kat sini aku akan bagi beberapa link untuk pembaca semua nilai sendiri apa yang aku katakan. Dah sedia?

Cop cop. Sebelum tu aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada mana-mana entry aku yang menyinggung hati sesiapa. Memang pada asalnya tujuan aku adalah untuk mengkaji lebih mendalam tentang penapis air aku dan memberikan keyakinan pada diri aku untuk menjualnya. Tapi kemudian, ia bertukar menjadi rasa nak bagi awareness tentang pentingnya mempunyai pengetahuan tentang menilai sistem penapis air yang baik dan bukan sekadar beli dan ada.

Ok. Jom teruskan.
Sistem Osmosis
Air RO dikatakan air yang almost 100% bebas dari segala bahan cemar dalam masa yang sama tidak mengandungi sebarang mineral baik. Kandungannya dikatakan menghampiri pure water. Berdasarkan kenyataan bahawa bahan mineral dan nutrient yang terdapat dalam air adalah terlalu sedikit, menapis segala mineral tersebut dari dalam air adalah satu langkah yang selamat memandangkan kita masih mendapat mineral seperti kalsium, magnesium dan sebagainya melalui makanan.

Sejauh mana kebenarannya...? jeng jeng jeng...Ini adalah hasil gugelan dan pembacaan aku

Bahan cemar yang ditapis melalui reverse osmosis
Aluminum, Arsenic, Asbestos, Atrazine, Benzene, Chlorides, Chlorine, Copper, Cryptosporidium, Cyanide, Fluoride, Giardia, Lead, Mercury, Nitrates, Radium, Radon, Silver, Sodium, Sulfide, Trichloroethylene, dan Total Trihalomethanes.

Manakala bahan cemar yang mempunyai saiz molekul yang lebih kecil dari molekul air boleh melepasi membran sewaktu proses ini.  Satu kajian yang dijalankan oleh Bruce I.Dvorak (University of Nebraska), gas yang larut dalam air seperti hidrogen sulfida tidak ditapis. Selain itu, beberapa jenis racun rumpai dan VOC (volatile organic chemicals) juga dapat melepasi membran sewaktu proses RO dijalankan.

Tambah lagi, membran yang digunakan bagi proses RO mudah memerangkap mikroorganisma (hidup atau mati). Membran yang tersumbat boleh menyebabkan aliran air menjadi lambat dan mengurangkan prestasi membran tersebut. Ia seterusnya akan menyebabkan membran rosak. Masalahnya adalah bukan senang nak tau kalau membran tu rosak. Kita mungkin terguna penapis air yang dah rosak membrannya kalau penapis air tu tak ada monitoring sistem.

Sistem reverse osmosis menyebabkan pembaziran
Ketika proses RO dijalankan, air yang telah di tapis akan disalurkan ke paip untuk diminum, manakala air bersama bahan cemar akan dibuang. Hasil kajian menunjukkan, air yang diminum hanyalah 1/5 daripada jumlah sebenar air yang digunakan. Iaitu 4/5 lagi dibuang.
Walau pun ramai yang claim, mereka semakin sihat dan kekal sihat untuk satu jangka masa yang panjang selepas minum air RO, banyak laporan dan kajian yang menunjukkan bahawa air RO adalah tidak sesuai untuk diminum. Ini berdasarkan kajian dan laporan yang dikeluarkan sendiri oleh WHO pada tahun 1980.

Menurut kajian ini, demineralized water yang merangkumi air RO atau nano filteration dan distill water adalah berasid dan sangat aggressive atau corrosive. Oleh sebab itu tak pernah ada negara buat salurkan air RO ke rumah-rumah. Walau pun mungkin ada yang kata ada. Ini kerana, sifat corrosive air RO ni boleh menyebabkan batang paip terhakis dan sangat berbahaya untuk kesihatan jika diminum. Mungkin ada yang salah faham antara demineralization dan desalination yang dilakukan oleh beberapa negara yang kurang air tawar seperti di negara timur tengah.

Daripada apa yang aku baca dalam laporan WHO tu, sebenarnya air yang dimineralized ni adalah untuk kegunaan industri dan jugak untuk kegunaan dalam lab. Bukan untuk diminum. Malah, walau pun ramai yang claim air yang kosong semata-mata tanpa sebarang mineral mahupun nutrient ini selamat dan menyihatkan, laporan dari WHO menunjukkan sebaliknya. Aku pun tak reti nak terangkan macam mana. Sila lah baca sendiri : Studies conducted on human volunteers by the WHO, 1980.

Kalau nak baca senarai kajian mengenai air yang dimineralize aka air RO ni boleh rujuk di Lenntech.

Mungkin ada yang musykil sebab dah lama minum air RO tapi tak ada penyakit atau masalah kesihatan lain. Apa yang aku boleh kata adalah korang mungkin bernasib baik. Aku tak pasti tentang sistem penapisan yang guna sistem RO dan kemudian tambahkan mineral pada  air seperti yang di claim oleh sesetengah syarikat pengeluar. Bagi aku masalah yang akan berlaku adalah mengawal jumlah mineral yang bakal masuk ke dalam air. Yang pastinya kadar mineral dalam air semulajadi adalah paling baik. Tapi apa teknologi yang digunakan untuk memastikan penambahan mineral seperti kalsium,magnesium dan sebagainya tu  pada tahap paling optimum.

Ini adalah hasil pembacaan aku. Kalau ada yang nak bagi bahan rujukan lain yang relevan aku sangat alu-alukan.

Terima kasih sudi baca.

Daa

Selasa

Air yang sihat part 5 : Apa pengguna kena faham berkaitan marketi ng penapis air

Assalamualaikum

Aku masih bersiaran melalui email memandangkan aku masih tak boleh nak access dashboard lagi. So maaf aku tak dapat nak BW ke blog rakan-rakan dan reply komen. Bukan aku sombong tau. Kat rumah internet lembab. Hehehe.
Nampak gayanya entry berkaitan dengan penapis air aku agak hot. Yang paling panas bontot adalah pengedar dan penjual penapis air RO system. Aku bukan saja-saja nak kata air RO atau penapis air brand company sekian-sekian tak bagus ok. Aku ada beberapa bukti berkaitan dengan syarikat penapis air yang cara mereka mempromosikan penapis air syarikat mereka sangat mengelirukan. Toksah la dok promote penapis air syarikat mana-mana kat blog aku. Since aku sendiri tak promote walau pun aku sangat-sangat teringin nak share pasal kebagusan penapis air yang aku jual. So far the most trusted and the best in the world. Bukan aku cakap. Ini adalah award dari badan yang sangat outstanding. Malas nak cakap company mana. Find out sendirik.

Okeh. Tujuan aku bukan nak mempoyokan diri mengatakan penapis air aku hebat. Tapi aku nak bagi ingatan sikit kepada sesiapa yang teruja dengan penapis air yang mereka jual. Kalau nak promote sila beritahu pengguna hal yang sebenar. Meh aku bagi hint. NSF standard adalah agak sukar difahami bagi kebanyakan manusia. In fact aku rasa aku sendiri tak berapa nak faham sebelum ni. Ada sesetengah NSF standard cuma certified material sahaja bukan the whole system. Kalau check kat NSF dia akan tulis, "certified for structural and material only". Secara mudahnya mungkin certain material seperti tubing ikut standard tapi macam mana system tersebut berfungsi tak semesti mengikut standard NSF. Tapi, penjual penapis air biasanya takkan terangkan benda ni. Mereka cuma akan bagitau pada orang yang penapis air tersebut certified by NSF. Malah, ada jugak yang lebih berani lagi yang letak "Member of WQA". Ahli WQA bukan bermaksud mereka certified by WQA. Tolong la faham.

Aku malas nak sebut nama brand atau nama company. Aku bukan nak tabor pasir kat periuk nasi orang. Tapi nak berniaga biarlah jujur. Memang tak menipu. Tapi tak bagitau hal sebenar menyebabkan pengguna pada kedudukan yang tertipu. Jangan ingat as long as orang tak tanya tak apa. Jual barang dengan orang biarlah bertanggungjawab. 

Selain dari tu, kepada yang beria ria promote pasal air reverse osmosis. Tolong study betul-betul mengenai system tersebut. Sistem RO tak semestinya removes segala bala bahan cemar. Sebab tu NSF ada letak standard 058 dan apa bahan cemar yang di tapis oleh system RO. Kalau rajin bukak website NSF.ORG dan baca tentang standard yang diberikan oleh NSF. Based on kefahaman aku, membrane pada system penapis air RO menapis molekul/particles yang lebih besar dari molekul air. Kalau lebih kecik, lepas. Maaf kalau aku silap. Aku masih dalam proses study. Tapia pa yang aku dapat melalui NSF adalah, RO system masih perlu diuji sama ada penapis air tersebut benar-benar boleh menapis segala jenis logam berat seperti plumbum, merkuri dan sebagainya.
NSF/ANSI Standard 58: Reverse Osmosis Drinking Water Treatment Systems
Overview: This standard was developed for point-of-use (POU) reverse osmosis (RO) treatment systems. These systems typically consist of a pre-filter, RO membrane, and post-filter. Standard 58 includes contaminant reduction claims commonly treated using RO, including fluoride, hexavalent and trivalent chromium, total dissolved solids, nitrates, etc. that may be present in public or private drinking water.

Cuba tapis air coke dengan penapis air mereka dan air yang ditapis tu come out jernih dan tak manis. Kalau berjaya meh email aku kesoma.rai@gmail.com. Aku nak bagi hadiah.

Daa

Isnin

Air yang sihat Part 2 : Penapis air yang terbaik?

Assalamualaikum

Baca Air yang sihat Part 1 dulu ya.

Apakah kriteria penapis air yang baik?
Adakah berbaloi beli penapis air yang murah yang tapis tak seberapa atau pun beli yang mahal tapi sebenarnya tak tapis apa-apa jugak? Sejauh mana penjual penapis air jujur dalam keterangan mereka? Ada yang kata boleh tapis 140 contaminants, ada yang kata boleh tapi 150 jenis contaminants. Ada yang kata semua pun boleh tapis. Tapi betul ke? Macam mana nak tahu yang diorang sebenarnya tak menipu kita. Boleh penjual bagi kita list apa yang diorang boleh tapis?

Air RO terbaik?
Kalau air bersih, tapi takde khasiat. Kosong. Itu bukanlah air yang sihat. Biarlah aku berterus terang ya. Aku rasa ramai yang dah tahu pasal ni. Tapi aku akan tulis jugak bagi yang belum tahu. Sekarang ni antara air yang sangat popular adalah air yang dihasilkan melalui proses reverse osmosis. Aku tak nafikan air yang dihasilkan adalah bersih dan bebas dari kandungan logam berat dan contaminant yang boleh membahayakan kesihatan. Bagaimana pun, adakah air RO ni benar-benar sihat adalah terpulang pada judgement individu tersebut. Ini kerana, air RO tak mengandungi sebarang zat. Maaf kalau ada yang sentap. Ia macam minum air bateri sebab air bateri tu adalah air suling yang tak mengandungi sebarang mineral. So, sama ada air RO ni sesuai untuk diminum atau tidak, terpulang pada korang sendiri.

Standard bagi penapis air
Bercakap pasal air yang bersih. Kita tak boleh lari dari bercakap tentang penapis air. Ada beratus jenis penapis air boleh didapati dipasaran. Masing-masing kata produk merekalah yang terbaik. Bila kita membincangkan tentang produk yang baik pulak. Kita akan tengok macam-macam jenis standard dan qualification atau certification dari badan bebas pada satu-satu produk. Standard yang paling popular bagi penapis air ada NSF.

NSF adalah satu organisasi bebas yang memberikan sijil standard bagi pelbagai jenis produk. Salah satu daripadanya adalah produk penapis air. Macam-macam informasi yang kita boleh dapati kat website NSF - htt://www.nsf.org



Website NSF

Antaranya adalah seperti
(1) Contaminants guide - Jenis-jenis bahan cemar yang biasa terdapat dalam sumber air
(2) Tips untuk memilih penapis air yang baik - Guideline bagi nak tau penapis air macam mana yang ideal dengan keperluan kita
(3) Database produk dan syarikat yang dah dapat sijil dari NSF - Ada 1740 jenis produk penapis air yang dapat sijil NSF. Boleh check setiap satu, standard mana yang produk tu certified dan apa jenis contaminants yang berupaya ditapis. Ada sesetengah siap provide official link bagi product tersebut lagi.
(4) NSF standard bagi sistem penapis air - Ada banyak standard bagi certification oleh NSF ni. Standard paling biasa adalah 042 dan 053


dan banyak lagi

Standard 042 adalah standard paling basic bagi sesebuah penapis air. Kalau penapis air tu dapat tapis klorin, baiki rasa dan bau air, boleh dapat dah sijil.

Standard 053 adalah bagi menapis bahan cemar yang boleh menjejaskan kesihatan. Ada banyak bahan cemar (Rujuk pada list bahan cemar yang biasanya terdapat dalam air) Tapi apakah yang dapat ditapis oleh penapis air tersebut. So, kalau ada yang kata diorang boleh tapis 140 jenis contaminants tu boleh tengok listnya dengan rujuk pada database NSF.

Ada jugak standard lain macam 055 bagi penapis air yang ada gunakan teknologi ultra violet untuk bunuh kuman dan bakteria dalam air. Macam-macam lagi lah. Basically lagi banyak standard yang satu-satu jenis penapis air tu dapat, lebih bagus la kan. Lagi panjang list of contaminants yang boleh ditapis lebih baik lagi.

Bila nak beli penapis air, tanya model penapis air mereka. Cari dalam database NSF untuk tahu sejauh mana penapis air tu boleh menapis. Dari situ, kita akan tahu harga yang ditawarkan berbaloi ke tidak dengan penapis air tu. Banyak product yang kata mereka ada dapat sijil NSF. Tanya pada penjual standard yang mana satu. Kalau setakat standard basic 042 nak jual dengan harga ribu ribu aku rasa kurang berbaloi. Tapi terpulang pada kemampuan individu dan pandangan masing-masing.

Berhati-hati! Ada sesetengah penapis air ada sampai 5-6 penapis. Check sama ada semua penapis dapat sijil NSF ke tidak. Mungkin ada yang tak semua. Cuma yang menjadi masalah adalah bila syarikat pengeluar penapis air adalah berbeza dengan syarikat penjual. Maksudnya syarikat yang beli produk penapis air dari syarikat negara China, kemudian dilabel dengan brand mereka. Nama model pun berubah. So susah la sikit nak cari info produk dalam database NSF. Melainkan kalau penjual nak bagitau apa nama model yang di register dengan NSF.

Bagi aku kesihatan bukan boleh dijual beli. Jadilah pengguna yang bijak, pengguna yang ada pengetahuan. Penjual pun tak boleh nak tipu kita kalau kita ada pengetahuan.
 
Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com