Assalamualaikum
Topik berkaitan dengan penapis air ni semakin menarik nampaknya, dah sampai part 6. Terutamanya bagi yang menjual dan menjadi pengguna penapis air dengan sistem reverse osmosis. Aku rasa ramai yang nak tahu kenapa aku tibai habis habisan RO ni. Mungkin ada yang anggap aku ikut perasaan. Tapi kat sini aku akan bagi beberapa link untuk pembaca semua nilai sendiri apa yang aku katakan. Dah sedia?
Cop cop. Sebelum tu aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada mana-mana entry aku yang menyinggung hati sesiapa. Memang pada asalnya tujuan aku adalah untuk mengkaji lebih mendalam tentang penapis air aku dan memberikan keyakinan pada diri aku untuk menjualnya. Tapi kemudian, ia bertukar menjadi rasa nak bagi awareness tentang pentingnya mempunyai pengetahuan tentang menilai sistem penapis air yang baik dan bukan sekadar beli dan ada.
Ok. Jom teruskan.
Air RO dikatakan air yang almost 100% bebas dari segala bahan cemar dalam masa yang sama tidak mengandungi sebarang mineral baik. Kandungannya dikatakan menghampiri pure water. Berdasarkan kenyataan bahawa bahan mineral dan nutrient yang terdapat dalam air adalah terlalu sedikit, menapis segala mineral tersebut dari dalam air adalah satu langkah yang selamat memandangkan kita masih mendapat mineral seperti kalsium, magnesium dan sebagainya melalui makanan.
Sejauh mana kebenarannya...? jeng jeng jeng...Ini adalah hasil gugelan dan pembacaan aku
Bahan cemar yang ditapis melalui reverse osmosis
Aluminum, Arsenic, Asbestos, Atrazine, Benzene, Chlorides, Chlorine, Copper, Cryptosporidium, Cyanide, Fluoride, Giardia, Lead, Mercury, Nitrates, Radium, Radon, Silver, Sodium, Sulfide, Trichloroethylene, dan Total Trihalomethanes.
Manakala bahan cemar yang mempunyai saiz molekul yang lebih kecil dari molekul air boleh melepasi membran sewaktu proses ini. Satu kajian yang dijalankan oleh Bruce I.Dvorak (University of Nebraska), gas yang larut dalam air seperti hidrogen sulfida tidak ditapis. Selain itu, beberapa jenis racun rumpai dan VOC (volatile organic chemicals) juga dapat melepasi membran sewaktu proses RO dijalankan.
Tambah lagi, membran yang digunakan bagi proses RO mudah memerangkap mikroorganisma (hidup atau mati). Membran yang tersumbat boleh menyebabkan aliran air menjadi lambat dan mengurangkan prestasi membran tersebut. Ia seterusnya akan menyebabkan membran rosak. Masalahnya adalah bukan senang nak tau kalau membran tu rosak. Kita mungkin terguna penapis air yang dah rosak membrannya kalau penapis air tu tak ada monitoring sistem.
Sistem reverse osmosis menyebabkan pembaziran
Ketika proses RO dijalankan, air yang telah di tapis akan disalurkan ke paip untuk diminum, manakala air bersama bahan cemar akan dibuang. Hasil kajian menunjukkan, air yang diminum hanyalah 1/5 daripada jumlah sebenar air yang digunakan. Iaitu 4/5 lagi dibuang.
Walau pun ramai yang claim, mereka semakin sihat dan kekal sihat untuk satu jangka masa yang panjang selepas minum air RO, banyak laporan dan kajian yang menunjukkan bahawa air RO adalah tidak sesuai untuk diminum. Ini berdasarkan kajian dan laporan yang dikeluarkan sendiri oleh WHO pada tahun 1980.
Menurut kajian ini, demineralized water yang merangkumi air RO atau nano filteration dan distill water adalah berasid dan sangat aggressive atau corrosive. Oleh sebab itu tak pernah ada negara buat salurkan air RO ke rumah-rumah. Walau pun mungkin ada yang kata ada. Ini kerana, sifat corrosive air RO ni boleh menyebabkan batang paip terhakis dan sangat berbahaya untuk kesihatan jika diminum. Mungkin ada yang salah faham antara demineralization dan desalination yang dilakukan oleh beberapa negara yang kurang air tawar seperti di negara timur tengah.
Daripada apa yang aku baca dalam laporan WHO tu, sebenarnya air yang dimineralized ni adalah untuk kegunaan industri dan jugak untuk kegunaan dalam lab. Bukan untuk diminum. Malah, walau pun ramai yang claim air yang kosong semata-mata tanpa sebarang mineral mahupun nutrient ini selamat dan menyihatkan, laporan dari WHO menunjukkan sebaliknya. Aku pun tak reti nak terangkan macam mana. Sila lah baca sendiri : Studies conducted on human volunteers by the WHO, 1980.
Kalau nak baca senarai kajian mengenai air yang dimineralize aka air RO ni boleh rujuk di Lenntech.
Mungkin ada yang musykil sebab dah lama minum air RO tapi tak ada penyakit atau masalah kesihatan lain. Apa yang aku boleh kata adalah korang mungkin bernasib baik. Aku tak pasti tentang sistem penapisan yang guna sistem RO dan kemudian tambahkan mineral pada air seperti yang di claim oleh sesetengah syarikat pengeluar. Bagi aku masalah yang akan berlaku adalah mengawal jumlah mineral yang bakal masuk ke dalam air. Yang pastinya kadar mineral dalam air semulajadi adalah paling baik. Tapi apa teknologi yang digunakan untuk memastikan penambahan mineral seperti kalsium,magnesium dan sebagainya tu pada tahap paling optimum.
Ini adalah hasil pembacaan aku. Kalau ada yang nak bagi bahan rujukan lain yang relevan aku sangat alu-alukan.
Terima kasih sudi baca.
Daa
Topik berkaitan dengan penapis air ni semakin menarik nampaknya, dah sampai part 6. Terutamanya bagi yang menjual dan menjadi pengguna penapis air dengan sistem reverse osmosis. Aku rasa ramai yang nak tahu kenapa aku tibai habis habisan RO ni. Mungkin ada yang anggap aku ikut perasaan. Tapi kat sini aku akan bagi beberapa link untuk pembaca semua nilai sendiri apa yang aku katakan. Dah sedia?
Cop cop. Sebelum tu aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada mana-mana entry aku yang menyinggung hati sesiapa. Memang pada asalnya tujuan aku adalah untuk mengkaji lebih mendalam tentang penapis air aku dan memberikan keyakinan pada diri aku untuk menjualnya. Tapi kemudian, ia bertukar menjadi rasa nak bagi awareness tentang pentingnya mempunyai pengetahuan tentang menilai sistem penapis air yang baik dan bukan sekadar beli dan ada.
Ok. Jom teruskan.
Sistem Osmosis |
Sejauh mana kebenarannya...? jeng jeng jeng...Ini adalah hasil gugelan dan pembacaan aku
Bahan cemar yang ditapis melalui reverse osmosis
Aluminum, Arsenic, Asbestos, Atrazine, Benzene, Chlorides, Chlorine, Copper, Cryptosporidium, Cyanide, Fluoride, Giardia, Lead, Mercury, Nitrates, Radium, Radon, Silver, Sodium, Sulfide, Trichloroethylene, dan Total Trihalomethanes.
Manakala bahan cemar yang mempunyai saiz molekul yang lebih kecil dari molekul air boleh melepasi membran sewaktu proses ini. Satu kajian yang dijalankan oleh Bruce I.Dvorak (University of Nebraska), gas yang larut dalam air seperti hidrogen sulfida tidak ditapis. Selain itu, beberapa jenis racun rumpai dan VOC (volatile organic chemicals) juga dapat melepasi membran sewaktu proses RO dijalankan.
Tambah lagi, membran yang digunakan bagi proses RO mudah memerangkap mikroorganisma (hidup atau mati). Membran yang tersumbat boleh menyebabkan aliran air menjadi lambat dan mengurangkan prestasi membran tersebut. Ia seterusnya akan menyebabkan membran rosak. Masalahnya adalah bukan senang nak tau kalau membran tu rosak. Kita mungkin terguna penapis air yang dah rosak membrannya kalau penapis air tu tak ada monitoring sistem.
Sistem reverse osmosis menyebabkan pembaziran
Ketika proses RO dijalankan, air yang telah di tapis akan disalurkan ke paip untuk diminum, manakala air bersama bahan cemar akan dibuang. Hasil kajian menunjukkan, air yang diminum hanyalah 1/5 daripada jumlah sebenar air yang digunakan. Iaitu 4/5 lagi dibuang.
Walau pun ramai yang claim, mereka semakin sihat dan kekal sihat untuk satu jangka masa yang panjang selepas minum air RO, banyak laporan dan kajian yang menunjukkan bahawa air RO adalah tidak sesuai untuk diminum. Ini berdasarkan kajian dan laporan yang dikeluarkan sendiri oleh WHO pada tahun 1980.
Menurut kajian ini, demineralized water yang merangkumi air RO atau nano filteration dan distill water adalah berasid dan sangat aggressive atau corrosive. Oleh sebab itu tak pernah ada negara buat salurkan air RO ke rumah-rumah. Walau pun mungkin ada yang kata ada. Ini kerana, sifat corrosive air RO ni boleh menyebabkan batang paip terhakis dan sangat berbahaya untuk kesihatan jika diminum. Mungkin ada yang salah faham antara demineralization dan desalination yang dilakukan oleh beberapa negara yang kurang air tawar seperti di negara timur tengah.
Daripada apa yang aku baca dalam laporan WHO tu, sebenarnya air yang dimineralized ni adalah untuk kegunaan industri dan jugak untuk kegunaan dalam lab. Bukan untuk diminum. Malah, walau pun ramai yang claim air yang kosong semata-mata tanpa sebarang mineral mahupun nutrient ini selamat dan menyihatkan, laporan dari WHO menunjukkan sebaliknya. Aku pun tak reti nak terangkan macam mana. Sila lah baca sendiri : Studies conducted on human volunteers by the WHO, 1980.
Kalau nak baca senarai kajian mengenai air yang dimineralize aka air RO ni boleh rujuk di Lenntech.
Mungkin ada yang musykil sebab dah lama minum air RO tapi tak ada penyakit atau masalah kesihatan lain. Apa yang aku boleh kata adalah korang mungkin bernasib baik. Aku tak pasti tentang sistem penapisan yang guna sistem RO dan kemudian tambahkan mineral pada air seperti yang di claim oleh sesetengah syarikat pengeluar. Bagi aku masalah yang akan berlaku adalah mengawal jumlah mineral yang bakal masuk ke dalam air. Yang pastinya kadar mineral dalam air semulajadi adalah paling baik. Tapi apa teknologi yang digunakan untuk memastikan penambahan mineral seperti kalsium,magnesium dan sebagainya tu pada tahap paling optimum.
Ini adalah hasil pembacaan aku. Kalau ada yang nak bagi bahan rujukan lain yang relevan aku sangat alu-alukan.
Terima kasih sudi baca.
Daa
5 comments:
salam...nk tya la..kalu betul RO tu berasid...knp singapore standardise RO rumah ke rumah ya?? Tp ada company kt msia ni smpai dpt best RO water num 4 terbaik di dunia dn mndapat pengiktirafan PAKAR AIR DUNIA MR MICHEAL R LONG??? Baru2 ni satu compny gergasi dunia juga iktiraf company tersebut sbg 1 compny terbaik yg mrmpunyai sistem penapis air teknologi RO TERABAIK DI ASIA PASIFIK???? Frost & sullivan company yg iktiraf?? Xkn mereka x taw kot??
salam,
ooo..pasal elken ke? kalau awak referring pasal Newater yang kat singapore tu.. Newater mostly distributed untuk industry..yg required pure water. Bukan utk kegunaan domestic. so far. dan lagi.. ikut kajian yg publish kat NCBI, RO water system kena ada sistem UV light sebab membrannya tu sangat fragile dan high possibilities untuk bakteria lalu through membran tu.. malah, kat France pun ada satu undang2 yg kata, kalau guna RO sistem kena combine dengan UV lights technology utk ensure safety minuman yang diminum tu..
best RO company..etc..tak bermaksud air tu bagus.. contoh award forst and sullivan tu bukan utk tentukan air RO tu baik utk diminum atau tidak.. tapi award tu award Product Line Strategy Award and Customer Service Leadership Award in the Water Filtration.. kan..so utk customer service dgn strategy..bukan utk certified whether the water produce is good for human or not..
ubat tak baik utk kesihatan..tapi boleh je company ubat dapat award utk leadership dan strategy..but that doesnt mean that ubat tu bagus utk kita makan..lebih kurang macam tu la..
pakar air dunia? dia juga consultant bagi product elken? hehehe..
so far purified water mcm air ro cuma digunakan ditempat tempat yang ada masalah bekalan air saja. yg memang kritikal. tapi ianya tak elok utk kesihatan manusia..
ni bukan benda baru.. boleh baca report kat WHO..
http://www.who.int/water_sanitation_health/dwq/nutdemineralized.pdf
ni artikel yang lain
http://www.watershed.net/media/pdf/purified-water-and-its-dangers.pdf
yes..pada saya..penapis air elken dan company memang company yg bagus. system yang bagus. sebab tu dapat banyak award.. tapi naturally.. RO water bukan utk human consumption..at least, bukan utk kita yg duduk kat malaysia. ada banyak option lain yg lebih sihat..
dan actually..test yg org jual penapis air RO buat mcm TDS test dan juga elektrolisis tu adalah misleading..
Salam semua,
Bila saya baca semua artikel(apa yang dikarang oleh tuan empunya blogger ni)saya terpanggil untuk meletakkan pandangan saya melalui kajian saya(jika pengarang jg mengkaji)mengenai dunia #R.O,#air mineral #kesihatan..
Jika si pengarang mengatakan syarikat atau pengedar water filter yang melakukan ujian terhadap air menggunakan peralatan yang sangat relevan untuk menentukan kualiti air, maka si Pengarang juga amat tidak beretika kerana mengeluarkan hujahan yang tunggang terbalik dan elemen yg sangat tidak kemas (jika pembaca membaca dengan teliti terdapat unsur yang menjatuhkan pihak lain –“silap hari bulan, pengarang boleh disaman” ), si pengarang juga dikatakan tidak beretika kerana mengeluarkan penulisan sebegini yang boleh mengelirukan pengguna atau orang ramai yang tidak membuat kajian sendiri terhadap air.
Sila renung kembali, “Siapakah pengarang?” apakah kelulusan beliau dalam bidang ini? Jika hanya sekadar mengeluarkan penulisan sebegini dalam blog sendiri juga adalah satu perkara yang tidak beretika kerana anda hanya pempengaruhi dan menyampaikan informasi yang tidak tepat dan hanya sesetengah pihak sahaja yang mengetahui jika anda berada di tempat yang benar.
Terdapat beberapa info yang si pengarang sampaikan tidak tepat antaranya mengenai air mineral..air mineral terbahagi kepada 2 jenis ,mineral organik (baik) dan mineral tidak organik (yang terkandung bahan pepejal terlarut). Mineral yang dibotolkan yang dikategorikan sebagai bahaya kerana di Malaysia tidak ada bahan atau machine yang sangat jenius atau canggih spt batang paip yang menyalurkan air dapat mengasingkan mineral baik dan tidak baik!!jadi adalah lebih bijak jika kita hanya mengambil H2O yang sempurna atau air tulen sahaja (wlu bagaimanapun dalam H20 masih terdpt sedikit mineral yang boleh diterima oleh badan)..Air zam-zam pula adalah air ciptaan Allah SWT yang mengandungi kandungan mineral yang sgt tinggi iaitu Magnisum,Kalsium dan Sodium..sudah pasti air zam-zam mengandungi mineral yang organik yang dperlukan oleh badan (Air zam-zam tidak boleh dibandingkan dengan mn2 air di dunia ini)..
Kepada semua pembaca, renungkan perkara ini..”jika kita mengalami masalah tulang yang serius, sudah pasti kita akan rujuk kepada pakar tulang, kerana hanya mereka yang membuat kajian yang lebih spesifik dan saintifik mengenai tulang..jika kita mengalami sakit mata tidak mungkin kita akan berjumpa dengan pakar tulang bukan?”…Begitu juga isu air minum..silalah rujuk kepada pakar air (orang yang membuat kajian berpuluh tahun untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada manusia alaf ini).
Seperkara lagi saya ingin menyentuh jawapan si pengarang bg soalan mereka yang pnh bertanya..si pengarang tergelak apabila si bertanya menyatakan yang Michael R Long adalah pakar air dan menjadi konsultan kepada syarikat Elken si pengarang tak perlu ketawa panjang kerana, Michael R Long sememangnya pakar air yang diiktiraf antaranya adalah dari WQA dan Syarikat Elken pula adalah syarikat yang BIJAK kerana melantik pakar air sebagai konsultan mereka. Produk yang terbaik perlu mendapat pengiktirafan dari mereka yang pakar (jika si pengarang masih tidak setuju, saya rasa elok sekiranya berdebat dengan pemberi pengiktirafan).
Sebagai penutup pandangan saya ini, saya ingin menasihatkan orang ramai perlu lebih peka terhadap apa jua yang dikeluarkan oleh pencipta blog yang sbnrnye mempunyai agenda tersendiri..(Boleh saya tahu jenis water filter ape yang dijual oleh pengarang?)
Renung-renungkan dan selamat beramal
walaupun blog ini adalah hak peribadi anda,tetapi adalah tidak beretika kerana menyampaikan sesuatu yang anda sendiri tidak pakar,anda menidakkan kepakaran pihak lain..hanya melalui pembacaan,pengarang mengeluarkan hujah seperti ini. Jika anda adalah di tempat yang benar,tampilkan diri untuk sebarkan melalui media.
Mungkin anda juga boleh berjumpa dengan Prof. Dr Ahmad Fauzi,saintis muda asean untuk membicarakan mengenai R.O water
Sekian, terima kasih.
saya bukan pakar. saudari juga bukan pakar. jadi apa yg membuatkan saudari rasa saudari layak nak mengatakan bahawa saya tak beretika utk menulis tentang ro. semua rujukan yg saya sediakan bukan dikeluarkan oleh pihak yg berkepentingan seperti pakar air yg diupah utk menjadi consultant bagi sesetengah syarikat. tapi adalah dari sumber bebas. badan who adalah badan dunia yg tak berkepentingan.
adalah tidak wajar saudari hanya komen dan mengatakan bahawa apa yg saya tulis tidak beretika, tidak benar atau tidak bertanggungjawab. sedangkan saudari sendiri tidak memberikan hujah dan fakta utk membuktikan bahawa apa yg saya tulis tidak benar.
Catat Ulasan