Memaparkan catatan dengan label Kerja dari rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja dari rumah. Papar semua catatan

Selasa

Menjana pendapatan sampingan dalam USD

Assalamualaikum

Dalam kegawatan ekonomi ni bermacam cara orang buat untuk jana pendapatan sampingan. Sampai menteri pun suruh cari kerja kedua. Walau pun ianya mungkin tak relevan untuk semua orang atas pelbagai faktor. Mungkin sesetengah dari kita boleh meluangkan sikit masa untuk buat kerja atau perniagaan sampingan untuk menjana wang tambahan.

Nak lagi lumayan.. Buat lah pekerjaan atau perniagaan sampingan yang membolehkan korang terima bayaran dalam nilai USD. Tukaran matawang semasa kan lebih kurang RM4++ untuk setiap 1USD.

Lumayan tu~!

Aku dah mulakan sejak daripada bulan September aritu. Alhamdulillah. Dapatlah sikit-sikit extra bulanan. Tutup mana-mana lubang. Tak selumayan orang lain sebab kekangan masa bagi aku.

Dan yang menariknya. Kerja yang ditawarkan adalah kerja yang boleh dibuat di rumah. As long as korang ada komputer dan internet access. 

Ini bukan scam atau skim cepat kaya tau.

Memang ada kerja yang perlu dibuat. Payment akan dibuat dalam nilai USD selepas korang submit kerja. Kadar bayaran adalah berbeza mengikut kerja. 

Ini pulak adalah kerja yang aku actually buat. Takde lah lumayan sangat. Sebab nama pun sambilan.

Aku buat job translation dengan proof reading je. Kalau korang nasib baik, dapatlah long term job. So, tak perlu bidding kerja banyak kali.

Selain daripada kerja-kerja ni, ada jugak kerja yang lebih teknikal macam design website, design logo, untuk bidang engineering, IT programming.. Pendek kata segala bala bidang ada. Tapi requirement adalah kena tahu berbahasa Inggeris lah biasanya.

Macam mana nak dapatkan kerja-kerja ni..?

Boleh dapatkan panduannya di SINI

Sekali lagi aku nak ingatkan.
(1) Ini bukan scam
(2) Ini bukan program jual barang
(3) Ini bukan MLM

Ini kerja yang korang kena berusaha untuk dapatkannya. Baca panduan betul-betul dan ikut. Lepas tu tawakal dan usaha.

Selamat berjaya.

Daa

Isnin

EnSurvey penipu!!??

Assalamualaikum

Soalan pertama, ada sesiapa yang join Ensurvey dah berjaya cashout?

Aku dah berjaya dapat minimum amount untuk cashout bulan September aritu. Pastu, aku pun click button cashout
Aku plan cashout sekali dengan Nuffnang & 8Share. So, dapatlah banyak sikit bila kumpulkan. Yang 8Share dengan Nuffnang dah selamat guna dah pun. Tapi EnSurvey ni sampai sekarang takde khabar berita. Katanya 45 hari je. Masa cashout dia ada bagi email withdrawal receipt.

Takde la banyak mana pun amountnya.. RM139.40 je. Setelah tolak RM2.00. Jadi lah RM137.40. Katanya akan diberi dalam bentuk cheque. Malangnya sampai hari ni takde muncul batang hidung cheque yang dijanjikan. Bila aku email pada team support diorang kat support@ensurvey.com pun takde reply sampai hari ni.


Ye lah. Amount tu bukanlah banyak mana pun. Tapi korang bayangkan la. Satu survey 50sen je. Nak kumpul RM100++ tu jenuh jugak la keringat. 


Sedih sedih.. At least reply la email aku tu.. Ni takde. Memang aku cap penipu la kes camni. Boikot EnSurvey. Hahahaha..

Daa

Khamis

8Share beri pendapatan lumayan

Assalamualaikum

Actually aku daftar 8Share ni dah lama. Nama asal 8share adalah says.my dulu. Kemudian ditukar kepada 8share. Nama berbeza. Tapi fungsinya masih sama. Dulu aku tak berapa nak layan 8share ni. Sampai Yuna tu dah email ugut ugut hentak hentak kaki (bak kata irfa) suruh aku login kat 8share. Kalau tak dia nak terminate akaun aku dengan jumlah wang RM16+. Nam blas hengget pun duit kan. Kehkehkeh. Dasar mata $$.

So dengan berat hati, aku pun login balik dan belek belek apa kempen yang menarik. Timbullah idea nak promote kaedah menjana pendapatan tambahan tanpa modal. Sebelum tu aku promote suam suam kuku kat FB. Dapatlah tambahan RM1-2 sehari. Dan income dalam 8share tu tetiba meletup bila aku share dengan kata kunci yang menarik di FB.

Ya. Itulah rahsianya. Bukan sekadar klik dan share. Gunakan ayat yang menarik yang lebih kepada berbentuk persoalan supaya orang rasa nak klik link tersebut untuk menjawab persoalan kita tu.


Hasilnyaaa.. Alhamdulillah. Dari RM19. Hari ni dah jadi RM35. 

Mommy Qashrin ni hampir setiap bulan cash out dari 8share ni okay. Aku baru agak memahami konsepnya. Sekadar berkongsi link saja tak cukup. Kita kena gunakan ayat yang kreatif untuk ajak orang lain klik link tu. Of course kalau cakap "weh korang klik link aku ni" lebih cepat. Tapi sekali dua takpe lah kot. Kalau dah kerap orang nyampah jugak kan. Hehehe..


Dah.. Jom join 8share. Nuffnang pun dapat. 8share pun dapat.

Daa

Rabu

5 cara jana pendapatan lumayan tanpa modal

Assalamualaikum

Macam macam benda dah naik harga dan macam macam lagi yang akan naik harga. Merungut tak menyelesaikan apa apa. Berjimat pun dah tak tau nak jimat kat mana kan..? So dah tiba masanya kita kena cari jalan untuk menjana pendapatan tambahan.

Apa? Nak berniaga..? Kesat peluh.. kesat peluh. Tak reti, takde modal.. Banyak lagi lah yang tak nya. Kat sini aku just nak share cara menjana pendapatan tambahan tanpa modal di media sosial. Kiranya login FB dapat duet lah. Hahaha. Bagi yang aktif di media sosial, sama ada di blog, FB, twitter, instagram, google plus dan banyak lagi lah. Wassap pun boleh. Dari saja saja borak kosong tu. Boleh sekali nak jana duit kopi kata orang..


Cara menjana pendapatan tanpa atau dengan modal yang rendah di media sosial

(1) 8Share
8share ni antara yang paling mudah. Promosikan link yang diberikan. Setiap satu unique visitor, akan dapat 20sen. Kalau kawan dekat FB ada 500 orang. Takkan tak boleh dapat 10 klik sehari. Minimum cashout adalah RM50. Kalau sehari dapat RM2. Kalau sebulan dah dapat RM60. Boleh cashout tetiap bulan. Sapa nak bagi extra RM60 tetiap bulan dengan klik dan share je? Make sure letak tagline yang betul dan menarik supaya orang berminat nak klik. 

(2) Amway
 Syarikat Jualan Langsung seperti Amway menawarkan peluang perniagaan dengan modal yang sangat rendah. Hanya perlu mendaftar sebagai ahli dan anda boleh menjual lebih daripada 450 jenis produk Amway. Yuran keahlian hanya RM90. Bina perhubungan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga di samping mempromosikan kebaikan produk yang telah digunakan.



LOC yang sangat berkesan dan ekonomi

 
 

(3) Jobdirumah
Jobdirumah ni antara affiliate program yang menawarkan pendapatan lumayan. RM25 untuk satu referral dan paling best, bayaran hari hari kecuali hujung minggu! Dan duit masuk secara auto ke dalam akaun ejen affiliate bila dah cecah RM20~! Jangan risau. Benda ni legit. Nak join jadi affiliate pun percuma je. Apa yang penting kena rajin promosikan pada orang lain. Jobdirumah adalah satu portal bagi orang yang nak cari kerja part time yang boleh dibuat di rumah. So, dalam ekonomi macam sekarang ni, portal begini memang sangat sangat diperlukan oleh kita. Hey! Buat kerja di rumah. Siapa taknak kan? Dan yang paling menariknya kerja kerja yang ditawarkan tu dibayar dengan nilai USD. Lumayan doe~



(4) Jadi ejen dropship
Ada banyak program dropship ditawarkan di media sosial. Tak payah modal. Kita tolong market product orang lain. Tapi aku berpendapat. Dari kita tolong market product orang, lebih baik kita promote product sendiri betul tak..? So kalau tak ada modal. Start dengan jadi dropship agent, lepas tu bila dah cukup duit, baru lah dapatkan product sendiri.



(5) Ashadee.com (Telah ditutup pada 28Dec2015)
Yang ni promote untuk orang beli pelbagai jenis eBook. Macam-macam ada.. Dari cara nak buat bun sampailah ke pelaburan hartanah. Dari pendidikan awal anak anak sampailah ke tips rumahtangga. Pendek kata macam macam adaaa~~. Korang boleh promote link ke eBook yang kena dengan niche blog masing masing. Nak promote kat Facebook pun boleh tau. Flexible sangat. Aku dah dua kali cash out. Cash out akan diberi automatic bila duit dah cukup. Tetau je duit masuk. Yummeh~~.

Sekiranya dilakukan dengan serius. Spend masa sejam atau dua jam sehari untuk promosikan 5 benda ni. Insya allah. Takat seratus dua ratus sebulan tu tak ada masalah. 

Selamat mencuba.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com