Isnin

Air yang sihat Part 3 : Buat apa beli penapis air ?

Assalamualaikum

Baca
Part 1 : Perlu ke ada penapis air
Part 2 : Penapis air yang baik

Ada orang kata, ala..mana-mana penapis air pun sama je. Tapi aku yakin. Setiap penapis air berbeza. Beli penapis air. Masak tak air yang ditapis? Ada penjual penapis air yang kata penapis air yang mereka jual boleh tapis kuman. Actually diorang pun tak tahu pun benda tu betul ke tidak. Diorang cakap macam tu sebab syarikat cakap macam tu. Ni adalah cakap dengar. Biasanya ramai yang tak terfikir nak tengok bukti.

Contohnya baru-baru ni aku terbaca satu katalog syarikat jualan langsung terkemuka. Dalam tu diorang tulis penapis air diorang boleh tapis sampai 1** bahan cemar. Yang paling tinggi dalam sejarah penapis air setakat ini. Tanpa bukti hitam putih. Menyedihkan lagi. Bila aku check kat NSF.org senarai bahan cemar yang mampu ditapis oleh penapis air keluaran syarikat tersebut tak sampai separuh atau pun suku pun dari jumlah yang dinyatakan.

So suka aku mengingatkan kepada orang yang memiliki penapis air, dan yang nak membeli penapis air. Sila hati-hati. Memang penapis air yang bagus adalah mahal. Dan kadang-kadang yang tak berapa bagus pun mahal jugak. Tapi make sure yang korang beli tu adalah berbaloi dengan nilai wang dan kesihatan yang korang pertaruhkan.

Dalam badan kita ada 2 jenis penapis bahan cemar yang tak boleh ditukar ganti. Iaitu hati dan buah pinggang. Kalau rosak. Nak ganti perlukan wang yang banyak dan prosesnya sangat menyakitkan. Kalau malas nak ambil tau, sila lah ambil tau for the sake of orang-orang yang kita sayangi. Ambil tahu apa yang kita masukkan dalam badan kita.

Masa nak beli penapis air ingatkan diri kita
Kenapa perlu ada penapis air?
Sejauh mana penapis tu boleh menapis?
Mintak report dan bukti bahan cemar yang boleh ditapis. Kalau boleh report dari pihak ketiga. (Badan bebas macam NSF)

Bagi aku even bayar seratus ringgit saja sekali pun, kalau penapis tu takde tapis apa-apa memang tak berbaloi.


Ini adalah bahan cemar yang biasa terdapat dalam air minum

Kalau malas nak masak air tapis, make sure cari penapis air yang ada standard 55. Kalau tak baik masak sebab bakteria biasanya tak mati kalau tapis secara fizikal sahaja.


Daa

19 comments:

eB ezrin berkata... [Reply]

adeh, blom mmapu nk bli lagi. hu3

Rai berkata... [Reply]

@eB ezrin, penapis air ni investment untuk kesihatan.. cuba lah usahakan utk dapatkan satu yg berkualiti :D

Bro ahmad berkata... [Reply]

mak kt kampung ada beli penapis air ni..mahal siap bayar ansurant lagi..dah habis bayar dah...memang elok air yang bertapis.

Rai berkata... [Reply]

@Bro ahmad, zaman skang ni banyak sistem bayaran ansuran sbb penapis air mmg mahal.. harap2 diorg takde cas interest la.. hehe..

Fara berkata... [Reply]

Sy aware bab nie. Walau sy tapis air, sy tetap akan msk air (krn suhu 100 darjah C boleh membunuh kuman!)

MamaEma berkata... [Reply]

kat rumah pakai hai-O punya...

Rai berkata... [Reply]

@Fara, betul tu.. malangnya ramai yg tak aware bab ni. ramai yg minum air terus dari penapis air..tanpa diorg tahu yg bakteria tak ditapis..

Rai berkata... [Reply]

@MamaEma, kalau curious nak tau pasal berapa banyak yg penapis air tu boleh tapis, maybe boleh check dengan penjual atau syarikat sama ada diorg ada system pembunuh bakteria atau tidak..kalau diorg ada certification by NSF.. tanya nama model yg register..then check sendiri..atau pun just mintak report dgn diorg..

HappyIrfa berkata... [Reply]

banyak jenis penapis yg org jual//.mahai sgt reganya..so aku belum mampu nak beli lagi

Ekmi Rabat berkata... [Reply]

mak saya guna Bio Aura kot. okey jugak, sihat ckit mak ayah dan nenek kat kg.

Rai berkata... [Reply]

@HappyIrfa,yup2.. memang mahal..ada jugak yg boleh bayar ansuran..ini investment utk kesihatan..air paip mmg sangat sangat sangat super tak sesuai diminum..

last 2 weeks aku tengok macam mana orang tu tunjuk pasal air yg tak ditapis..minum air tak bertapis sama macam minum air yg dicampur dengan klorox sbb dlm clorox ada klorin kan..bahan yg sama dalam air daripada paip kat rumah.. ngeri gila..

Rai berkata... [Reply]

@Ekmi Rabat,penapis air mostly akan tapis klorin..so berbanding dengan minum air paip sahaja memang sangat ok..sbb tu saya pernah mention dalam entry sebelum ni..kalau mmg tak mampu nak invest yg mahal atau tak sure yg mana terbaik..beli jugak supaya at least kita tak minum air yg bercampur klorin..

klorin adalah sejenis gas beracun yang digunakan untuk membunuh masa zaman perang..

Azzah berkata... [Reply]

kat umah dah 2 tahun lebih pakai bio aura tu..air pun lagi bersih

Syuxer berkata... [Reply]

lagi bagus kalau ada senarai penapis air yang dijamin selamat..apapun terima kasih info ini..coz syuk pun minum penapis hari2 hehe..

Anamarza berkata... [Reply]

Ya la, bleh tolong senaraikan antara penapis air yg duk dalam kategori baik, mungkin bermanfaat bagi yg berkira2 nak beli

Rai berkata... [Reply]

@Azzah, setiap rumah memang patutnya ada penapis air..

Rai berkata... [Reply]

@Syuxer, nak bagi senarai susah sikit sbb nanti nampak bias.. memang kitorg ada kaji produk penapis air kat pasaran.. tapi bahaya kalau tulis kat umum sangat macam ni..

Rai berkata... [Reply]

@Anamarza, kalau nak tulis baik saya tulis brand yg saya jual.. tapi nampak tak beretika kan.. so saya just bagi guideline je..

Zairi Ali berkata... [Reply]

Salam,

Kalau ada yg berminat beli penapis air drsukida, lawat la minisite sy www.drsukida.biz/PenapisAir

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com