Memaparkan catatan dengan label Kena tipu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kena tipu. Papar semua catatan

Rabu

Langsir Macy finale episode

Assalamualaikum

FINALLY~!

Langsir yang dibeli dari Macy dah selamat dipasangkan di rumah kami. Despite of a few hiccups masa diorang nak datang install tu, everything else went smoothly.

Ni kat ruang tamu.. Aku buat sampai atas terus..
Lega sikit mata aku tengok pemandangan berlangsir.. Huhuhu..

Tapi...tapi...

Kain langsir yang dalam main bedroom tu warnanya off dan lain dari yang kami expected.

Warghhhhh.. Aku dah plan nak cat dinding bilik warna hijau. Tetiba bila sampai, kain tu warna biru agak kekelabuan. 

Dalam bilik aku buat langsir sampai atas tingkap je. Kain tak cukup, so malas nak tambah tambah duit. Bencik~!

Pasrah sangat dah jadi macam ni T_T

Macy sangat messy.. Think twice la kalau korang nak membeli belah langsir dengan Macy. Lagi lagi voucher dia. Kalau boleh rekodkan apa salesgirl tu bagitau. Jangan jadi macam aku. Hohoho..

Siri buat langsir dengan Macy - episod yang lalu

Daa

Khamis

Pengalaman menyakitkan hati dengan Macy - part 3

Assalamualaikum

Baca dulu
Part 1
Part 2

Tak habis derita kami menanggung sakit hati dan kesedihan akibat pembelian voucher dengan Macy. Kalau diikutkan hati, aku nak bawak kes ni ke Tribunal Pengguna. Sebab aku rasa promoter yang jual voucher tu kat aku misleading dalam statement nya masa jual voucher tu kat kami. Kami tak diberitahu yang kalau tak pilih kain yang diorang pamerkan tu kami tak entitle untuk ambik option no 1. Siap kata kalau ada lebihan duit akan dipulangkan. Dasar nak buat sale kan..
i hetchu macy~!
Tapi, aku dah malas dah. Macy company besar. Aku tak rasa kes macam kes kami ni boleh menang. Even kalau kes kami ni betul berlaku, Macy boleh buat apa-apa je supaya kes macam ni macam tak pernah berlaku. Buang masa dan buang tenaga je. Lastnya, kami yang stress.

So kami just proceed dengan whatever kain yang diorang bagi pilihan tu. Kami pergi Macy kat IPC sebab shop assistant yang kat Citta Mall tu dah pindah sana.

Lepas pilih kain kali kedua. Satu lagi berita buruk diberitahu pada kami..

Iaitu.. Kami kena bayar GST 6% (=RM70++) untuk proceed.

Serius, aku rasa nak amok gila. Bayangkan. Kitorang dah buat payment bulan 12 tahun lepas. Sebab segala bala miscommunication yang diorang buat. End up sekarang baru nak proceed dan schedule install bulan May. Lepas tu tetiba nak cas GST. Relevan tak..?

Pastu budak shop assistant tu kata ada kes pelanggan dah bayar deposit bulan February untuk langsir RM31k. Kena bayar GST pulak RM1800 masa nak install. Dan pelanggan tu takde pilihan.. Kena bayar jugak extra RM1800, otherwise langsir yang dia dah bayar tu diorang takkan pasang. Aku tak tau la kes dia tu macam mana. Tapi kalau dia bayar balance dalam bulan April, wajarla kalau nak kena GST pun. Kami ni full payment dah buat since Dec 2014. Kan tak logik nak cas GST pulak. Shop assistant tu kata dia akan cuba mintak waive. Masa dia pergi tanya tu, aku cakap kat shujin, kalau dapat tak payah bayar GST memang aku lompat bintang. Huhu..

Shop assistant tu kata tak payah bayar. Lega..So aku lompat bintang sikit masa tu.

Kalau diorang mintak jugak RM70 tu masa nak install nanti memang aku carut kot.

Tunggu lah bila langsir tu siap nanti. Masa nak install. Aku harap yang baik baik saja.
insaf.. Lepas ni kena dengar cakap suami..

Cukup lah derita kami. Dan aku rasa setiap kali aku pandang langsir tu nanti, hati aku mesti rasa rabak dan akan teringat balik kisah sedih dan menyakitkan hati ni.

Sobb..

Dengan ini, secara rasminya aku ban Macy tujuh keturunan. Hahaha..

Daa

Selasa

Pengalaman menyakitkan hati dengan Macy

Assalamualaikum

Iye. Aku sangat sakit hati dan marah dengan syarikat Macy. Kisah sedih menyayat hati ini bermula 3-4 bulan lepas, masa aku pergi MyHome Expo di PICC bulan Disember 2014. Masa tu semangat nak cari barangan untuk masuk rumah kan.

Antara sebab kami pergi asalnya adalah nak dapatkan quotation untuk pemasangan grill rumah. Tapi dah alang-alang sampai, tengok sekali deal yang lain. Bila aku pergi ke booth Macy, kakak jurujualnya tu promote voucher langsir kat aku. Package siap pasang 3 set langsir untuk RM400. Bagi aku yang tak pernah buat langsir ni murah la, sebab survey kat GM Klang harga satu set 2 keping langsir tu RM180~RM250. Langsir je tau.. Pusing-pusing. Aku pun cakap kat shujin. Nak belilah. 

Shujin aku ni kan teliti orangnya. So dia cakap kat aku deal tu macam too good to be true. Aku kata betul la. Kakak tu yang cakap kat aku. Dua orang terangkan kat shujin. Siap cakap, "voucher tu macam deposit je, kalau actual price kita buat langsir kurang dari harga yang kita bayar tu, diorang akan pulangkan duit bakinya". Nampak tak liciknya promoter tu. Tapi selection kain masa expo tu tak menarik minat aku. So, dia kata, kalau tak minat langsir kat situ boleh pergi mana-mana Macy untuk pilih kain. Voucher tu boleh digunakan untuk 3 option
(1) 3 set langsir siap pasang
(2) 30% fabric dengan normal price
(3) Additional 5% discount untuk perabot

Kami tak diterangkan bahawa, option no 1 tu only if kami pilih selection kain yang diorang bagi. Aku boleh ulang banyak kali benda ni. Kakak tu langsung takde bagitau kami yang kalau pergi kedai, tak boleh pilih option no 1. Cuma boleh pilih option no 2. Langsung takde cakap. Siap cakap kat shujin, kalau ada baki diorang pulang. Walhal, later on aku check kat kertas resit dari Macy terang terang ada tulis, deposit TAKKAN dipulangkan..

So, lepas tu, aku beli 3 keping voucher tu dengan sangkaan boleh pilih kain lain dan dapat pilih option no 1. Betul la kata shujin. Too good to be true. Yang bini dia ni, dah la tamak. Tak mendengar kata. Lurus bendul. Dia ingat semua orang dalam dunia ni mulia dan jujur macam dia. Dia lupa ramai manusia durjana kat dunia ni..Hahaha..

Akibat tak dengar cakap suami...

Bila sampai kat Macy cawangan Citta Mall. Kami pun bagitau kami ada voucher langsir nak digunakan. Aku rasa a bit rude assistant tu tanya kami "Dapat kat mana voucher ni". As if kami kutip atau dapat free. Direct my husband cakap kat dia. "Dapat??? Kami beli la!".

Fine. Kami proceed. Tanya dia. Kain mana yang kami boleh pilih. Kami tanya. So, dia bagitau. Pilih je kain mana-mana. Sebab kami memang pilih option no 1 tu.

Lepas tu, dia suruh pilih kain mana kami nak. Pusing-pusing. Shujin tak puas hati dengan corak kain yang ada. Corak kain dulu-dulu kata shujin. Tak nampak moden. Aku ikutkan je sebab aku memang tak pandai bab-bab pilih fabrik ni. Shop assistant kat situ bagitau. Ada kain baru nak sampai dalam bulan tu (masa tu bulan January). Aku pergi awal bulan.

Nak dekat hujung bulan. Actually 30hb baru dia bagitau kain sampai. Itu pun aku dah namok sikit call cakap janji nak call tapi takde pun call. Sebab assistant diorang sangat rude bagi aku. Maklumlah kan. Macy kan jenama terkenal. Barang mahal. Aku ni dengan baju selebet pakai selipar bawak anak buahs kemain 4 orang tu. Nampak macam kampung la sangat.

Masa ni kami dah masuk rumah. Aku sangat sakit mata dah tengok tingkap tak berlangsir. Aku gantung kain langsir lama kat grill tingkap tu. Sedih. 

Kali kedua.. Kami bawak Ma. Ada dua orang assist kami masa tu. Dia pun buatlah kira-kira untuk jumlah kain yang diperlukan untuk buat langsir. Billik anak-anak taknak langsir kat situ sebab diorang nak corak karakter pilihan masing masing. So, ruang tamu, bilik aku dengan guest room je pakai package tu. Selepas kami pilih kain, shujin puas hati. Aku pun lega. Kami diberitahu, tak payah tambah duit. Since masa tu dah nak chinese new year, langsir tu cuma akan dibuat lepas cuti raya cina. Ok fine. Dalam bulan March jugak baru siap. Takpe lah.

Tapi.... Jengjengjeng.. ada masalah..

Sambung lain pulak naa..

Stay tune..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com