Jumaat

Bodoh atau penipu?

Assalamualaikum

Malam tadi shujin bercerita kisah dia borak dengan seorang uncle separuh abad. Bercerita kisah yang dulunya dia berhenti berniaga kerana baginya pelajaran lebih penting. Kemudian bekerja sebagai pensyarah. Mengalami masalah kolestrol tinggi yang kemudiannya dinasihatkan supaya menjalani pembedahan sebab ada salur yang tersumbat katanya. Makan ubat pun tak baik baik masalah kolestrol tu.

Ketika tu ada seseorang bagi dia pakai sejenis stokin yang kemudian kononnya menyelamatkan nyawa beliau. Lepas pakai stokin tu dengan magika nya salur darahnya dah tak tersumbat dan tak perlu makan ubat lagi sampai hari ni. Sekarang uncle ni dah bersara. Kemudian of course dia sendiri jual stokin tu yang berharga RM150 sepasang tapi dia jual member price RM130.

Product company yang dia jual termasuklah alat "menjimatkan" elektrik dan air. Pakai alat tersebut pada meter elektrik. Bil jadi separuh. Ok fine. Ada jugak aku dengar pasal product begini di pasaran. Satu lagi alat bila dipakai pada meter air, bil air jadi separuh.

Ok. Bila dengar shujin cakap bab meter air tu aku terus gelak guling guling.

Sama ada uncle ni tak berapa bijak - dia sendiri jimatkan penggunaan air, lepas tu kata alat tu berkesan sebab logiknya, air bukan macam elektrik boleh di besarkan arusnya. 

Atau pun, alat tu penipu. Iaitu dengan buatkan meter air tu biol dan bil jadi separuh. Which is illegal lah kan.

Hehe.. Macam macam jenis manusia kan.

Antara jenis manusia dalam dunia perniagaan adalah
(1) Dia tau dia tertipu, tapi dia teruskan penipuan tersebut dengan menipu orang lain
(2) Dia memang tak tau dia kena tipu dan dia percaya tanpa soal selidik sebab duit masyuk

Dua jenis manusia ni, korang bagitau lah macam mana pun. Soal halal haram ke soal undang undang ke. Mereka ni akan terus dengan aktiviti mereka. Menipu dan meneruskan penipuan. Contohnya infinity downline, yang terbaru yang pasal business SAP. Terang terangan company yang buat SAP tu adalah enterprise dan tak layak even mohon AJL sekali pun. Tu pun berdegil jugak. Bayangkan kalau tiba-tiba company kena rush. Duit yang blink blink depan mata ke mana? Apa hak mereka nak menuntut? Apa nasib mereka yang dah melabur tapi tak sempat nak dapat pulangan? Apa hukum duit yang mereka dapat? Wallahualam.

Semoga kita dijauhkan dari golongan sebegini.

Daa

13 comments:

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

tertipu...

dah sahlah menipu...

tapi kan ada orang yagn gila duit, menda2 pelik mcm ni pun depa percaya jugak..pastu bila tau ditipu mulalah nak marah orang yang menipu walhal kerajaan dah berbuih mulut kasi warning...

oohh mintak dijauhkan lah kita dengan perkara sedemikian..

lagi best kan... menjana duit dari FB...wahhhh...

Irfa berkata... [Reply]

duit mudah bagi mereka yang malas berusaha tapi bila kita cakap nanti dikata kita dengki.huhu

Cik Puan Izan❤ berkata... [Reply]

semoga kita dijauhkan dari org2 sebegini dan kita pun dijauhkan dari menjadi org begini kan ;)

Dr K berkata... [Reply]

bisnes putar alam sebegitu sukses di Malaysia...sebab ramai org Malaysia malas membaca, malas mengkaji, malas bertanya.

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

haah btl tu....mcm mcm org jual skank nie...benda yang xmasuk akal pown ada...

Deq's Qienz berkata... [Reply]

betul ka??rasa cm mengarut jew..baik berhati² agar tak tertipu..huhuu

p/s : hubby kite slalu perli asek² nak masuk pic dlm pesbuk..skg bukan jew hubby ayat tuh dah lekat gan ank kite pulak..naseb la..

Aziela berkata... [Reply]

Memang betul. Kagumlah dengan Rai. Jelas dan terang explain ciri2 orang macam nie.

aizamia3 berkata... [Reply]

moga tak terkena dengan orang sebegini..

Unknown berkata... [Reply]

U pn mcm tipu gak!!x bg tau sepnuhnya..kata la jimat air tu ja...tipu..yg stokin ngan jimat letrik tu x tipu!!..bru jelas x tipu..

Unknown berkata... [Reply]

Stokin tu aku pakai brkesan je..bg mk ayh pkai ponkncing manis dh kurang...xprlu pkai selìpar dh dlm rmh...kalau xsblm ni xpkai selipar je kaki rasa nyucuk2...skrg alhamdulillah...pe yg penipu nye?..org rmh aku mengandung bg pkai stokin vken ni smpai hbis pntang alhamdulillah baby xkne kuning,darah pon trun cepat...guna dlu bro bru nk kondem pon...aku salah seorang pgguna & dh thu kesannye...mahal ckit xpe asalkan tahan lama..klo ubt mhl mcm mne pon bila dh hbis kne bli lg...3 4x bli dh berapa dh...pikir la sblm nk kondem org...xnk guna sudah..duk diam2...

lil_noty_sperm berkata... [Reply]

Zack ko baca betul2..dia ckp alat jimatkan air tu yg menipu bkan stokin tu..stokin tu dah sembuhkan penyakit orang tua tu..rilek sudah..baca betul2 balik..

Hisham berkata... [Reply]

Ho tuh

Hisham berkata... [Reply]

Ho tuh

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com