Rabu

Pengalaman menyakitkan hati dengan Macy - Part 2

Assalamualaikum

Sambungan dari pengalaman menyakitkan hari pasal langsir rumah kami..

Selepas dua hari kami balik dari Macy. Assistant tu whatsapp aku kata, manager dia bagitau yang kain yang kami pilih tak termasuk dalam package untuk option no 1.

So kalau kami still nak proceed kain tu, pilih option no 2. Dan tambah duit RM1800. Nampak tak permainan dia..? Masa jual voucher cakap lain. Masa aku redeem pun ok je. Bila dah confirmed, tetiba jadi lain pulak.

Apa dia ingat RM1800 tu aku petik dari pokok ke.

Resit dah bagi. Tapi tetiba kena tambah duit. Nasib baik aku ni penyabar sikit. Fikir panjang jugak nak carutkan ke tidak budak tu. Kalau korang jadi aku marah tak..?

Dua hari.. Dua hari lepas deal. Tetiba kena tambah duit. Tak pernah berlaku dalam sejarah okey.

Aku pun call HQ Macy kat Seri Kembangan. Cakap ngan diorang. Tetiba dia kata. Sana shop jugak, bukan complain department. Tapi dia akan siasat. So, siasat punya siasat. Dia kata tu miscommunication, so sorry. Aku dah tinggi suara kat mamat tu sebab ko senang cakap miscommunication. Lepas tu lepas tangan. Mentang mentang duit aku dah bayar. Ei kalau mintak maaf boleh settle semua benda, tak payah ada mahkamah la.

Aku cakap kat shop assistant kat Citta Mall, aku nak refund. So dia kata dia akan submit application untuk refund. Refund biasanya senang je nak dapat.

Bunyi macam convincing kan..?

Aku tak tau siapa yang kencing aku. Lepas tu manager dari Seri Kembangan call aku tanya. Aku cakap aku dah mintak refund. Dan shop assistant kat Citta Mall bagitau aku yang refund process dalam dua minggu. Diorang akan bagi cheque. Tapi bunyi si Manager kat Macy Seri Kembangan tu macam tak puas hati.

Seminggu lebih lepas shop assistant Citta Mall cakap boleh refund. Proses dua minggu je tu. Tetiba seorang mamat dari complain department call aku mintak detail pasal kes tu. Untuk keseribu kalinya aku ulang story tu. Dia kata dia akan siasat.

Entah berapa hari lepas tu. Dia call dan dengan coolnya bagitau aku. Diorang tak boleh refund. Full stop. Aku tanya. So apa solution dia suggest untuk aku..?

Dengan cool tanpa rasa bersalah. Dia cakap takde apa. Aku still boleh gunakan voucher tu kat mana-mana cawangan Macy untuk buat langsir.

Cayalah Macy. Memang salute diorang boleh terus wujud kat Malaysia ni. Dan aku bet, aku bukan first customer jadi kes macam ni. Orang lain yang beli voucher yang sama masa expo tu pun memang terkena. Sebab shop assistant sendiri bagitau aku, banyak complain. Dan, masa aku call Seri Kembangan, diorang mistook aku for someone else yang ada masalah dengan voucher dia jugak.

So, dengan sedihnya. Aku minta maaf kat shujin yang stress to the max sebab dah jadi macam ni.

Aku pun call shop assistant Citta Mall yang pura-pura terkejut sebab aku tak dapat refund. So, dia kata dia akan cuba masukkan kain yang aku pilih tu ke dalam package option no 1. After a while (aku dah malas nak count berapa hari lepas tu). Dia contact aku dan bagitau, kain tu tak boleh masuk jugak ke dalam package. Tapi, diorang tambah kain yang kami boleh pilih. Which is kami pergi last weekend, tengok kainnya still tak memuaskan nafsu.

So, malas nak bergaduh. Aku dengan shujin decide, kami proceed je dengan kain yang ada. Dah empat bulan since dari awal kes ni berlaku. Macy lose nothing. Kitorang jugak yang stress tengokkan rumah tak berlangsir.
jom kita pakat fire diorang dik..

Ku sangkakan.. Habis begitu saja.. Rupa rupanya... T_T

Sambung lagi eh.. Final episod dah lepas ni.

Daa

11 comments:

Unknown berkata... [Reply]

tak sabar nak tau kisah selanjutnya..ishh,ada agenda tersembunyi macy ni..

imm berkata... [Reply]

haha ade lagiii.cepat sambung kak rai..

Dr K berkata... [Reply]

dah deal 2 hari...
lepas tu mintak 1800.
Mmg hantu punya Macy.

Sebenarnya, saya mmg sceptical dgn deals yg melambak bila ada expo perabot, expo IT...sebab benda2 " fine details" mcm tu lah, yg mana kalau kita nak gigih heret kes ke Tribunal Pengguna, susah nak kena dakwa

nazayiena berkata... [Reply]

x sabar nak tahu kisah selanjutnya...

Kayu Manis berkata... [Reply]

Cuba nk memahami lgi...
susah sgt pi bt aduan kt tribunal penguna...

sambung ye...hihi

mummY daniSha berkata... [Reply]

zai....macy ada fesbuk atau web x? ko komplen je kat situ....biar semua org bace...experience aku lah kan.dgn satu big company...aku mmg call manager...call hq....tp lambat...last2 aku komplen cayelaaah, x sampai 2 jam aku publish komen...dierang dah follow up n apologizes...

JunAina berkata... [Reply]

Kadang2 bila dekat expo orang ramai sibuk kita pening susah nak fikir depa terang sikit2 kita rasa macam dah ok tetapi kita terlupa nak baca detail yang depa tulis besaq bulu mata yg selalunya lebih menguntungkan depa.

eima berkata... [Reply]

report kpdnkk .... jgn diamkan hal ni .... ni dah kes serupa penipuan dah ni

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Da baca yg 1st baru paham yg ni.

Ikut pnglman sy. Mmg x kan ambik atau guna apa2 baucer atau apa2 je lah msa kat expo2 ni... klau btul nk juga... itu la..kena tnya..selidik dlm2...

Insyallah...ada hikmah sebalik semua ni...kan...

Irfa berkata... [Reply]

kenangan aku dan macy ialah:
masa mula2 kawen, gi macy nak cari lgsir, tp terkejut tgk harga. ending cari kain murah nilai3, anto tailor jahit lurus je
hehe

aizamia3 berkata... [Reply]

Setakat ni akak belum pernah cuba beli dekat ekspo.. letakkan murah mana cantik mana, takut terkena macam ni.. walau bukan semua tapi tetap beringat.
Cepat sambung tau.. akak nak tahu kesudahannya.. Jangan kata Rai, akak pun jadi stress baca kisah Rai ni..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com