Memaparkan catatan dengan label Business. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Business. Papar semua catatan

Jumaat

Blogger seram sejuk

Assalamualaikum

Salam Jumaat.

Ya Allah.. Rindunya pada blog. Belek-belek posting lama. Rupanya last post 22Jan aritu. Ini dah bukan lagi blogger suam suam kuku. Namanya blogger seram sejuk :P ...Lepas start maternity leaves, terus tak update. Jangan ingat maternity leaves tu cheq dok goyang kaki sambil berlulur berspa bagai. Anak dah masuk lima, takde maknanya nak goyang inul cheq oii.. Penatnya ya rabbi.. Allah je tahu.

Isnin baru ni start kerja. Aku yakin ada lagi orang lain lebih sengsara dari aku. Hahaha.. Tapi tetap nak mengadu domba.. Mengantuknyaaa.. Tidur malam tak kurang dari pukul 12. Mesti atas pukul 12. Pastu pukul 4.30 pagi dah mula terjaga. Pukul 5.30 gagah jugak bangun, masak siap siap untuk makan tengah hari dan bento bawak pergi kerja. Dengan vangganya aku nak ciwi yang minggu ni tiap-tiap hari bawak bento pergi kerja dan masak makan malam. Takde beli kedai. Nak jimat sangat kan.. Padahal mak mak kita dulu selamba je masak 3-4 kali sehari. Aku masak dua kali dah kepoh sedunia kan. Hahaha..

Anyway.. Banyak sangat story nya nak diceritakan. Pasal kelahiran orang baru, pasal bisnes, pasal Aqil patah tangan, pasal anak-anak.. Kalau tak update nanti diorang tak boleh la baca story mak diorang pasal diorang bila dah besar nanti. The happiness, struggle etc etc.. Of course la yang maneh melekit je cerita. Yang sengsara tak payah nak cerita sangat lah. Bukan orang nak tolong, jadi bahan je kang.. Ngadu pada yang satu tu je sudahh.

Insya allah kucuba sediakan masa untuk update satu persatu. Happynya jari jemari boleh merepek lagi kat blog ni kan.. Kalau ikutkan banyak lagi nak tulis, tapi banyaaaaakkk kerja menantiku. Semoga bertemu kembali dalam entry akan datang.

Kalau nak tengok aku update banyak-banyak.. Boleh follow FB page - Frozen Takoyaki. Hari-hari update. Carik makan lebih katakan. Hehehe..

Semoga bertemu kembali..

Senarai produk makanan Jepun Halal Ourkizuna

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Aku berjaya mendapatkan beberapa produk tambahan lagi untuk dibekalkan kepada penggemar makanan Jepun. Ini adalah senarai penuh stok yang kami ada setakat hari ini. Insya allah sekiranya ada pertambahan lagi akan diwarwarkan.

(1) Frozen takoyaki (stok kadang ada kadang tadak.. buat masa ni sibuk.. tapi sometime soon kena tambah stok sebab ada yang dah komplen.. kan Irfa.. Hahaha)
(2) Homemade kimchi
(3) Kicap shoyu halal 200ml RM9.50
Halal shoyu. Terbaru dipasaran Malaysia
(4) Demi glace sauce 200ml RM10.00 - Demi glace sauce ni macam yang aku pernah ceritakan sebelum ni sesuai untuk dibuat sos marinate ayam atau daging.
Halal buatan Jepun
(5) Instant dashi - Ada dua jenis instant dashi serbuk yang aku bekalkan. Tapi stok sangat limited. Dashi ni ibarat jantung dalam masakan Jepun. Kalau nak buat miso soup memang kena guna dashi. Digunakan juga bila buat takoyaki atau okonomiyaki
Serbuk bonito dashi - RM7.50

Serbuk konbu dashi - RM7.00
(6) Tepung takoyaki segera 300g RM8.00 - Alhamdulillah.. Ada jugak tepung segera ni. Ramai yang bertanya. Yang ini cuma tinggal tambah telur dan air sahaja. Mudah dan jimat kan...
Mudah dan sedap.. Gitteww.. (Oh gedik)
Kalau ada yang berminat dengan produk-produk ni boleh whatsapp/sms 0126894317. Email ke kesoma.rai@gmail.com

Yang aku indicate as "HALAL" tu memang certified halal oleh badan halal di Jepun.  



Jangan lupa LIKE page kami di FB : Frozen Takoyaki

Daa

Selasa

Senarai ejen Frozen Takoyaki

Assalamualaikum

Haaa.. Sure ramai yang suka makan takoyaki ni tapi kat luar jual mahal sangat. Dah la tu.. Tak berapa nak sedap. Impression korang terhadap makanan Jepun especially terhadap takoyaki pasti berubah lepas cuba Frozen Takoyaki keluaran kami ni. Even parents aku yang dah pernah sampai Jepun tapi tak nak langsung cuba makanan Jepun pun sangat sangat sukakan rasanya. 

Beberapa ejen aku dah top up beberapa kali sebab frozen takoyaki ni memang laku keras. Mudah nak disediakan. Boleh bertahan sehingga 4 minggu dalam freezer peti sejuk dua pintu~!

Ini senarai ejen takoyaki yang boleh dihubungi

Hidayah - Padang Jawa/KL Sentral : 0192036454
Irfa - Nilai/Seremban/KLIA : 0166116459
Roza - Kluang/Segamat : 0137277868
MohdKhairi - JB : 0177409960
Shila - Bandar Bharu (Kedah)/Kulim/Penang : 0174597562

Syahril Sait - Bangi, Kajang, Putrajaya (Utk kawasan KL/Ampang boleh cuba whatsapp dulu) : 0127057898
Siti - Puchong, Putrajaya, Cyberjaya : 0193604925
Epa - Sungai Petani : 0149049758
Alia - Penang : 013-3363775
Jijah - Kulim : 012-4592763
 

So, kenalpasti dan simpan nombor nombor ejen frozen takoyaki di kawasan masing masing ya.

Bagi Shah Alam, boleh hubungi 0126894317.

Kalau nak COD masa office hour di Symphony House Pusat Dagangan Dana 1 (Berdekatan Citta Mall) pun boleh.

Pasti tak menyesal mencuba.. Rugi kalau tak cuba~!!

Moh LIKE page frozen takoyaki : Frozen Takoyaki

Daa  

Khamis

Bagaimana orang cina berjaya dalam Amway

Assalamualaikum

Bila bersembang mengenai MLM ramai orang melayu jadi sensitif.. Alergik. Bab halal haram. Bab kawan makan kawan. Ramai yang meluat menyampah. Walau pun kadang-kadang kawan yang masuk MLM tu bukan ajak depa masuk pun. Yang paling ditakuti oleh orang melayu adalah jual barang dan cari orang. Pendapat peribadi aku.. Ramai orang melayu memandang orang jual barang direct selling ni macam orang mintak sedekah. So, ramai yang alergik bila ada kawan atau even adik beradik masuk MLM. Diorang paling takut kalau ada yang promote business atau barang kat diorang. Taknak beli tu kawan/adik beradik. Takut orang kata tak sapot. Tapi belakang sembang macam kena paksa beli. Padahal orang tak suruh pun beli. Sendiri je terasa.

Range produk Amway

Ramai orang cina yang sangat berjaya dalam Amway. Orang kata.. "Tu la.. orang melayu kerja, orang cina yang makan". Padahal orang melayu ramai tak suka masuk Amway. Alasannya.. Amway lambat kaya. Amway nak kena cari orang.


Sebenarnya, cara orang cina cepat berjaya dalam Amway adalah sebab mereka mengutamakan keluarga dalam perniagaan. In fact.. Dalam banyak business pun, diorang buat sekeluarga. Once dia nampak potensi dalam Amway, dia pun cerita pada adik beradik. Pakat untuk bantu mak ayah. Lepas dah satu keluarga masuk. Diorang pun pakat pulak dengan sepupu sepapat. Mula-mula pakat guna sendiri. Sambil-sambil tu sentiasa cari peluang berbual dengan orang. Biar semua orang tau dia tu meniaga Amway. So, bila orang nak cari barang. Orang terus cari dia. Amway barangnya bagus. Dan ramai memang dah tau bagusnya barang Amway. Ke sana sini dia tabur business card. Sebab tu Amway ni dibuat secara sambilan je. Bayangkan, satu keluarga ada 4 orang adik beradik. Adik beradik tu masing masing ada pasangan. Pasangan ada adik beradik dia pulak. Lepas tu dalam adik beradik pasangan tu tentu ada pasangan dia pulak.. Nampak tak macam mana network tu berkembang. Itu belum jual, just gunakan konsep "guna barang". Dari beli barang kat Giant, Tesco ke.. Baik beli barang dalam perniagaan keluarga sendiri. Contoh kita ada kedai runcit, buat apa buang duit beli beras kat kedai Abu. Betul tak..?


Tahun lepas Amway adalah MLM no 1 dengan sales paling banyak mengatasi Avon dan jauh meninggalkan MLM lain



Ini biasanya tak berlaku dalam keluarga orang melayu. Dia tak tau pun benda apa Amway ke MLM ke. Bila orang pakat kata MLM tu makan duit haram, dia pun takde tanya takde selidik.. Terus tolak.

Ini adalah permulaan macam mana orang cina menjadikan Amway sebagai perniagaan keluarga dan berjaya. 

Malang sekali sebab ramai orang melayu tak nampak peluang ni. Hakikatnya, orang melayu ramai yang suka makan gaji. Tak salah jugak makan gaji. Kalau tak ada yang makan gaji jadi jurutera, askar atau polis. Siapa yang nak jaga keamanan negara. Ye tak..? Tapi, dalam ekonomi kurang stabil macam sekarang ni, ada baiknya fikir fikirkan peluang untuk buat perniagaan sambilan. Dengan Amway, kita buat pilihan, nak income berapa. Letak target. Usaha kena betul, bukan menyondol mengkhinzir buta. Kerja sambilan bagi aku kurang relevan.

Tahun demi tahun, harga barang meningkat. Kelayakan BR1M makin bertambah. Tapi sampai bila nak harap pada bantuan. Buka hati buka minda. 

Aku sekadar berkongsi peluang. Tak ajak pun korang masuk. Buang masa je kalau masuk tapi tak menimba ilmu. Guna barang pun taknak, nak berniaga bermacam alasan. Buang duit korang, buang masa mentor. Lastnya korang badmouth industry MLM atau pun Amway kata masuk tapi tak jadi apa. Tapi tak cerita pun kat orang yang sebenarnya korang masuk korang tak buat apa.. 

Aku just share sebab aku rasa rugi kalau aku tak kongsi peluang yang macam ni. Ramai yang mencari cari peluang nak tambah pendapatan tapi tak tau dan mungkin tak terfikir nak ambil tahu sebab sentiasa anggap negatif pada orang MLM. Yang lawaknya ramai yang kata, tak suka MLM sebab lebih suka berniaga produk fizikal. Nak je mulut celupar aku ni menjawab "Abis ko ingat aku meniaga angin? Yang meniaga angin tu Mister Potato je tau".

Kalau nak tanya lanjut whatsapp 0126894317.

Dah baca? Kenapa saya suka Amway

Daa

Rabu

Kenapa saya suka Amway

Assalamualaikum

Sorry buat sesiapa yang ada alahan dengan perniagaan MLM.

Aku kenal Amway lebih kurang tahun 2008. Sebenarnya sebelum aku kenal Amway aku takde impression sangat pasal perniagaan direct selling atau pun yang menggunakan sistem Multi Level Marketing (MLM) ni. Neutral.

Honestly, masa mula-mula tu aku takde concentrate sangat pada Sales and Marketing plan nya. Aku fokus pada product. Yang menarik tentang Amway adalah ianya ada banyak sangat product yang kita boleh jual. Dari vitamin sampai lah ke seluar dalam. Beg sekolah pun ada. Ya, orang kata barang Amway ni mahal. Pada aku, barangnya ekonomi. Mahal, tapi berbaloi dengan kualiti. Dan yang buat aku teruja adalah product nya mementingkan pengguna dan mesra alam sekitar. Setiap aspek dititikberatkan. Botol sabun pun adalah direka supaya mudah di biodegradasi kan apabila dibuang. Contohnya, botol multipurpose cleaner LOC kalau buang atas tanah akan mereput selepas beberapa hari. Bahan yang digunakan dalam vitamin Nutrilite pulak kebanyakannya diambil dari hasil tanaman mereka sendiri. Dan yang pastinya semua tanaman ditanam secara organik. Siap gunakan kumbang untuk kawal serangga perosak dan sebagainya.


Set penjagaan kulit Artistry yang merupakan salah satu premium brand yang dapat pengiktirafan antarabangsa

Mesra alam, mesra pengguna
Aku suka menjual. So, aku sangat tertarik dengan konsep "buka pasaraya dengan modal rendah". Cuma perlu bayar kos keahlian, kemudian boleh beli dan jual macam-macam barang. Tak perlu simpan pelbagai stok di rumah. Hanya beli barangnya apabila ada orang buat pesanan. Tugas kita promosikan. Oleh kerana terdapat pelbagai jenis barangan yang boleh dijual, macam-macam cara dan gaya boleh kita jual. Ye lah. Tak semua orang tau nak jual supplement. Kadang-kadang makcik kat kampung yang dulu sekolah sampai darjah berapa je nak jugak jana pendapatan tambahan. Boleh jual periuk ke oven ke.. Boleh untuk semua golongan. Adil bukan..? Orang kaya ke miskin ke tua ke muda ke.. Mempunyai peluang yang sama untuk berjaya. Yang penting kena rajin usaha.
Tilam Dreamland Chiromax Proguard untuk penjagaan tulang belakang pun hado~!
Ada orang skeptikal dengan perniagaan dengan konsep MLM sebab katanya "makan duit atas usaha orang lain". MLM bukan skim piramid. Usaha sekali makan berkali kali. Macam ni contohnya ya. Ali join Amway. Lepas tu dia ajak Abu join Amway jugak. Lepas sebulan, Ali rasa Amway tak ok. Dia pun stop berniaga. Abu pulak terus menjual dan ajak orang lain berniaga. Ali orang atas Abu. Tapi Ali tak dapat apa apa pendapatan dari usaha yang Abu buat. Bila Ali berhenti berniaga. Pendapatan dari Amway pun berhenti. Tapi uniknya perniagaan MLM ini juga membolehkan kita dapat pendapatan jangka panjang yang tak putus sampai tujuh keturunan. Dan mungkin akan bertambah setiap tahun. Haaa.. Acane tu. Yang tu kena belajar sales dan marketing plan nya baru tahu. Serius. Once aku tau sangat mengujakan.

Malangnya. Walau pun ramai orang tau. Walau pun aku pun tau. Perjalanannya tak mudah jugak. Apa perniagaan atau pekerjaan pun tak mudah jugak kan. Ramai orang lebih suka dengan perniagaan rakan kongsi tidur, jenis 5D (Duduk diam diam dapat duit). Ramai orang malu nak jual barang. Kenapa nak malu..? Bukan kita mintak sedekah. Bukan kita merompak.

Dalam krisis ekonomi yang sedang teruk melanda sekarang ni. Kita (read : Aku) dah tak boleh hanya bergantung pada satu jenis pendapatan saja. Amway memberikan satu peluang bagi semua orang dengan modal hanya RM90 sebagai deposit. Latihan dan guide akan diberikan. Kalau dalam masa 12 bulan rasa tak mampu. Boleh dapat refund. Produknya pun ada jaminan pulangan wang.

Kita nak cari wang. Ada banyak cara nak capai matlamat cari wang. Kan bagus kalau kita boleh bina perniagaan Amway bersama seluruh ahli keluarga sambil membantu orang lain mencapai matlamat mereka..? Bukan itu saja, malah disamping tu kita boleh bantu orang lain capai matlamat kesihatan yang baik dan baiki kehidupan secara keseluruhannya.

Kita tak tau potensi kita sehingga kita mencuba. So jangan pandang rendah pada diri sendiri.

Bukan kata perniagaan lain tak boleh. Setiap perniagaan ada keunikannya sendiri. Ini adalah keunikan Amway. :)

Daa

Jumaat

Frozen Takoyaki kesedapan luar biasa

Assalamualaikum

Setelah berapa lama mencapati janji, akhirnya keluarlah jugak entry berkaitan frozen takoyaki keluaran kami ni. Idea nak menjual frozen takoyaki ni adalah apabila banyak feedback yang teringin nak makan takoyaki dengan harga yang berpatutan tapi takde takoyaki pan, susah nak cari barang atau malas nak buat sendiri.
Resepi yang digunakan untuk menghasilkan takoyaki frozen ni adalah resepi takoyaki paling sedap dan langsung tak gunakan tepung takoyaki segera. Intinya menggunakan tako (sotong kurita). Tapi kalau ada yang nak request untuk inti lain ada juga. Just bagitau, kita tengok apa kita boleh buat. Hehehe..

Walau pun namanya takoyaki frozen, biasanya kami akan buat berdasarkan pesanan. Maksudnya bila ada pesanan baru kami buat supaya pelanggan dapat takoyaki yang freshly made. 

Topping disediakan sekali iaitu, takoyaki sauce, bonito flakes, aonori seaweed dan juga mayonis Jepun (kewpie).

Cara nak makan adalah dengan panaskan takoyaki frozen ni dalam microwave atau boleh juga goreng atas pan dengan minyak sedikit. Luarnya akan jadi garing dengan isi lembut. Sekali makan sepuluh biji pun tak perasan. Hehehe..

Buat masa sekarang kami cuma menerima tempahan untuk kawasan Shah Alam dan sekitar Selangor. Insya allah kalau ada rezeki kami akan kembangkan ke kawasan lain lagi.

Ok.. Berapa harganya takoyaki frozen kami ni..?


Harga Takoyaki Frozen sampai 30 September 2014 
18 biji/RM16 (Topping disertakan)
Penghantaran
RM5 untuk kawasan sekitar Shah Alam atau self pick up di Kota Kemuning, Bukit Rimau dan Kemuning Utama.

Juga menerima tempahan untuk open house tau~~

Nak jimat lagi..? Boleh buat sendiri di rumah juga.. 

PS :/ Stok tako frozen kami belum sampai.. Jadi bagi yang nak order untuk seminggu dua akan datang ni kami cuma ada filling/inti perisa sosej, udang, atau ketam

Daa

Rabu

Lotion ajaib sudahkah anda memilikinya?

Assalamualaikum

Masa kecoh di media sosial yang kononnya penyakit berjangkit ebola dah sampai kat Malaysia aritu ada orang share satu gambar yang sangat meruntun jiwa aku. Gambar kaki sorang budak kecik yang mengelembung. Sebenarnya kaki budak tu kena air/minyak panas. Sebab tu jadi macam tu. Bila tau pasal benda tu, aku rasa sangat sangat bersyukur berkenalan dengan Allano Lotion ni.

Lotion ni ada banyak sangat kegunaan. Dah namanya losyen, wajib lah sebagai pelembab. Yang bestnya, losyen allano ni tak rasa melekit atau berminyak. Sangat bagus untuk apply pada perut orang mengandung, tumit yang merekah dan tangan atau kaki. Nak lagi cepat berkesan untuk tumit merekah tu, pakai sebelum tidur lepas tu pakai stokin. Esok pagi bangun rasa smooth je kulit tapak kaki..

Selain dari tu, salah satu lagi kegunaan yang paling utamanya adalah untuk melecur sebab kandungannya lanolin dan allantoin tu. Kalau anak-anak terkena air panas, aku tak siram air terus sapukan allano lotion ni. Insya allah tak jadi mengelembung dan tak jadi luka yang berparut. Malah, amazingly rasa perit kena panas tu hilang almost serta merta.

Pernah terjadi masa sambut raya tahun lepas, anak sedara terpegang besi bunga api cap kucing yang tengah membara tu. Melalak macam nak runtuh rumah. Kebetulan aku memang bawak allano tu ke mana mana, so cepat cepat sapukan pada tangan yang terkena tu. Kejap tak sampai lima minit dia berenti nangis. Agaknya dia pun terkejut perit tu hilang terus. Lepas tu akak ipar aku pun order satu simpan kat rumah.

Sebotol tu taham lama gila kot. Selain dari melecur, boleh juga sapukan pada kulit yang kena gigitan serangga, nyamuk dan sebagainya. Bagi ada anak kecil, boleh gunakan untuk hilangkan ruam lampin. Merah merah ruam lampin tu cepat je hilangnya. Yang jenis kulit sensitif mudah gatal pun elok guna.
Tangan budak kecik ni terpercik air panas
Bagi ibu ibu yang ada anak kecil yang aktif macam aku memang nak kena sentiasa ada. Maklumlah, kemalangan boleh berlaku kat mana mana. So sebagai first aid sebelum semua bantuan perubatan sampai, boleh la digunakan. Alhamdulillah banyak kali diorang kena periuk panas, air panas.. Belum lagi jadi sampai mengelembung. Even kalau gatal pun diorang dah pandai mintak sapukan allano lotion. Lotionnya dalam bentuk foam gitu. So picit sikit dah cukup dah.

Tengok gambar kesan terbakar, kena minyak panas, tertumpah kuah panas atau air panas.. Memang sangat ngeri.. Aku sentiasa keep lotion ni. Sekurang kurangnya sebagai first aid bila berlaku kemalangan.

Harganya pun tak terlalu mahal. RM35 sebotol. So far aku pakai at least tahan 6 bulan. Kalau jenis jarang jarang pakai lagi tahan lama la.

Kalau berminat nak dapatkan lotion ni boleh email kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp kat 0126894617.

Daa

Isnin

Hikmah di sebalik remote kereta rosak

Assalamualaikum

Jumaat minggu lepas aku terpaksa EL sebab tiba-tiba remote kereta tak berfungsi. (Alasan je lebih nak cuti sebenarnya..)

Kebetulan hari sebelumnya dah pos kan miso pesanan pelanggan. So aku kemas-kemas sikit kotak-kotaknya. Sebut kotak-kotaknya sebab miso tu satu kotak 20kg. Masa penghantaran dia lapis dua kotak miso tu. Nanti kemudian korang akan faham kenapa aku cakap gini.

Masa aku tengah lepak-lepak tunggu shujin selesaikan masalah remote kereta yang rosak tu, Aisy dengan Damia duk main kotak miso. Baki miso yang belum packing kitorang dah pindahkan masuk dalam satu bekas lain. Masa anak-anak duk main tu baru aku perasan kotak miso tu!! Brand nya lain dari brand yang aku order!! Gigil terus tangan aku belek invoice dengan kotak.

Nampak tak dia tulis Hikari Shiro Miso (Marukome)
Aku order miso brand Hikari. Dalam invoice dia tulis "Hikari Shiro Miso" tapi ada dalam kurungan Marukome. Nampak tak permainan dia.
Miso brand Marukome tak halal dan mengandungi alkohol
Dan takde kat mana mana bahagian kotak miso Marukome yang sampai kat aku ni tulis Hikari. Dan even gambar asal yang dipamer untuk jualan pun tak cakap brand yang diorang punya tu Marukome. Since diorang lapis kotak ni masa sampai dan kitorang pun percaya kat supplier. Kitorang tak angkat keluarkan kotak miso dari kotak lapis luar tu. Lagi pun 20kg miso sangat berat. Masa packing malam sebelum hantar tu shujin tolong. Dan mata aku pun almost dah separuh terbukak.

Aku call supplier, tapi diorang taknak bertanggungjawab. Aku call/sms/wassap semua customer yang aku dah deliver miso tu dan bagitau supaya jangan makan miso yang kami hantar. Bayangkan betapa kecewa dan malunya aku. Ye la kan. Beria ria kata miso tu halal. Tak sangka jadi macam ni.

Aku dah pesan pada customer supaya buangkan miso yang sampai. Aku akan refund atau gantikan dengan miso baru. Aku tengah tunggu miso dari supplier lain sampai. Kali ni aku mintak gambar kotak miso siap siap.
Hikari Shirokoshi Miso
Nampak tak logo halal warna merah tu. So, miso ni akan sampai esok atau lusa. Aku akan poskan pada yang dah bayar secepat mungkin. Ramai yang email dan bertanya pasal miso halal ni. Ya bukan senang nak dapatkan miso dengan logo halal. In fact, ini satu satunya brand yang ada sijil halal buat masa ni.

Rugi dalam bentuk duit aku boleh cover. Tapi aku takut customer aku hilang percaya pada kami lepas insiden ni. Percayalah.. Aku pun teraniaya. Aku harap yang dah jelaskan pembayaran akan bersabar sementara aku poskan miso yang halal untuk dimakan.

Kesimpulannya.. Aku bersyukur remote kereta kami rosak dan aku terpaksa EL. Kalau bukan sebab tu, mungkin lambat baru aku perasan pasal miso salah hantar. Dan mungkin ada antara pelanggan yang dah termakan miso haram tu. Nauzubillah. Allah pelihara kami daripada melakukan dosa yang aku tak tau. Alhamdulillah. Perancangan Allah yang terbaik bagi kami..

Ada yang nak order miso halal? Boleh email pada kesoma.rai@gmail.com. Tapi kami akan dulukan yang dah tunggu dan jelaskan bayaran dulu.

Harap bersabar.

Daa

Jumaat

Product 100% berkesan ni kak

Assalamualaikum

Apa story hari Jumaat? Tetiba je nak cerita pasal product kan...Hahaha

Sebenarnya aku terbaca kisah Mar Mansur tentang akibat banyak toksin dalam badan ni. Haa.. Apa cerita sebenarnya, kena pergi terjah baca sendiri.

Sedikit aku nak komen tentang etika perniagaan product kesihatan zaman sekarang. Tanpa segan silu, tanpa rasa bersalah macam lah dia berkuasa seperti Yang Maha Berkuasa menjadikan sesuatu.. Penjual penjual ni kata.. Product ni dijamin 100% berkesan. Confirm kurus. Wajib putih, biar lah asalnya kita hitam mengalahkan dayang senandung mahu pun bontot kuali sekali pun.

Tup tup bila pakai. Eh tak jadi lah.. Penjual pun bagi 1001 alasan. Alaa sebab tak buat gitu. Tak buat gini. Tak ikut aturan la tu..

Soooo~~ bagi yang berminat nak beli product apa apa kan.. Apa kata korang buat perjanjian hitam putih dengan peniaga, "sekiranya saya telah mengikut aturan yang telah diberikan, tapi kesannya tak seperti yang dijanjikan, hendaklah sipolan peniaga ini memulangkan semula semua wang yang telah saya bayar untuk membeli product"

Best tak?

Biar peniaga beringat sikit sebelum nak buat claim bukan bukan.

Dan aku pun nak pesan kat yang suka mencuba product baru ni.. Siasatlah betul betul dulu product. Jangan asal boleh je terus sambar. Asal orang kata berkesan je terus sambar. Tetiba dapat tau ada benda bahaya. Haishh.. Ngeri betul kan..

Rajin makan makanan seimbang, confirm lebih sihat
Yang ini memang ada 100% moneyback guarantee tau
Vitamin aku jual ada 100% moneyback guarantee. Tapi kimchi aku takde la moneyback guarantee laa.. Kalau orang tanya kimchi aku sedap ke tidak, aku akan jawab, setiap individu berbeza. Kebanyakan customer aku kata kimchi aku sedap. Tapi rasanya memang tak sama dengan original kimchi orang korea buat. Hihi..

Daa

Khamis

Aktiviti re-stock kimchi

Assalamualaikum

Sori ya kalau jemu pasal update re-stock kimchi..

Just nak bagitau. Aku nak re-stock kimchi weekend ni sebab dah ada beberapa pre-order. So dah alang alang tu kalau ada sesiapa yang nak jugak boleh email aku.

Sebalang 400gram/RM10. Postage RM7 (poslaju) bagi semenanjung. Sabah Sarawak RM8.

Kalau ada yang tinggal berdekatan Shah Alam boleh COD di Giant Bukit Kemuning, Aeon Bukit Rimau atau McD Kota Kemuning..

Sebarang kemusykilan atau tempahan boleh email aku kesoma.rai@gmail.com

Nak wassap/sms boleh jugak. Tapi aku tak share no phone kat sini sebab aku ada nombor personal je. So taknak letak sepah sepah sangat. Takut ada yang salahguna nombor telefon aku. Hehehe.. Perasan :P

Daa

Shujin, me and our businesses

Assalamualaikum

Kalau perasan, sejak beberapa bulan lepas ada banyak entry pasal #LEGO. Hampir kesemua entry berkaitan dengan LEGO ni adalah sumbangan dari shujin. Salah satu sebabnya adalah aku rasa ramai yang suka nak bagi anak bermain dengan LEGO tapi ramai yang tak berapa pasti teknik yang betul memperkenalkan anak dengan LEGO. End up, parents rasa ianya satu pelaburan yang membazir, sia sia dan frust sebab LEGO hilang, anak anak pun tak berapa minat dengan LEGO. Main kejap boring. Actually aku sendiri kagum sebab shujin berjaya keep Aqil punya interest terhadap LEGO tanpa jemu selama lebih setahun sejak kami mula belikan Aqil set LEGO pertamanya dulu. Malah, interest Aqil terhadap LEGO makin bertambah dari masa ke semasa. Dan bonusnya.. Kitorang dah tak payah belikan permainan lain. Aqil macam kanak-kanak lain yang dah exposed dengan gadget, still suka main dengan gadget. Tapi, dia boleh give up segala gadget tu untuk main LEGO.

Oleh itu, dari hari ni. Aku officially add shujin sebagai pengarang tetap di Ourkizuna untuk share macam macam idea pasal LEGO.

Selain dari tu, insya allah sebagai support bagi ibu bapa yang ada anak berumur 3 tahun ke atas, yang dah tak masuk benda dalam mulut yang berminat nak kenalkan LEGO pada anak-anak, kami akan perkenalkan Play group LEGO bagi yang tinggal di kawasan Shah Alam. Melalui play group ni, insya allah akan dapat build interest anak-anak kepada LEGO dan dalam masa yang sama, kami akan share tentang LEGO. 


Bagi yang luar kawasan pulak, kami juga menyediakan pre-order untuk set permulaan LEGO. Yang ni aku tunggu feedback dari shujin. Kalau ada ciri ciri dapat harga murah dari harga pasaran, insya allah projek ni akan diteruskan.

Nanti aku akan update berkenaan dengan play group LEGO kalau ada ibu bapa yang berminat nak join dengan anak masing masing. Anak je kena bayar, parents join sekali for FREE.

Dan itu business shujin.

Business aku.

Buat masa sekarang aku baru start jualan Kimchi. Bagi yang berminat nak mencuba, aku buat delivery guna pos laju ke seluruh negara. 400gram/RM10. Postage flat rate bagi semenanjung RM7. Kalau nak COD boleh datang ke Aeon Big Bukit Rimau, Giant Kemuning Utama atau McD Kota Kemuning. Bagi yang blur blur tak pasti kimchi tu apa, boleh tengok resepi kimchi halal dan bayangkan rasanya. Hahaha.. Kalau nak try, boleh datang pick up di COD location. Aku bagi trial pack untuk rasa rasa.

Hari ni ada yang nak datang pick up. So weekend ni aku akan restock kimchi. Bagi yang nak cuba boleh emailkan pada kesoma.rai@gmail.com. Biasanya stock aku akan habis dalam masa dua minggu. So, dua minggu sekali aku akan restock. Tak ada batch yang lama sangat. Insya allah. Any way.. Kimchi tahan lama. Simpan dalam peti sejuk boleh tahan sampai sebulan lebih.

Selain dari tu, insya allah juga aku akan usahakan jualan miso halal bagi penggemar miso sup. Serius susah nak dapat miso halal kat Malaysia. This one. Aku dapatkan miso brand Hikari yang ada sijil halal dari badan halal di Jepun.

Ok.. Projek lain lain aku akan update lagi. Ada satu lagi projek yang agak besar yang mungkin boleh bagi manfaat pada ramai orang.

Doakan aku supaya semuanya berjalan lancar.

Terima kasih atas sokongan semua. Kehkehkeh.. Cam emo plak kan..

Daa

Nak order kimchi?

Assalamualaikum

Sepanjang aku start buat kimchi dan ada kawan kawan yang beli ni, ada juga yang menggalakkan aku start business kimchi. So aku saja test market kat Mudah.my. Ada dapat beberapa order melalui mudah.my. Seronok jugak kalau berniaga kimchi kan.. Irfa dengan abam pun kata sedap. Dah repeat order pun. Hehehe.
So katanya sangat sedappp.. Kalau aku bukak order, ada yang nak beli ke? Kehkehkeh..

400gram/RM10.00. Postage RM7.

Berminat? Kalau nak tester boleh datang rumah la pick up.

Daa

Ole ole dari Vietnam

Assalamualaikum

Orang lain berjujuk publish entry pegi Vietnam. Aku tak mampu nak pergi Vietnam, dapat ole ole dari Vietnam pun happy macam dapat Gunung Jerai. Hehe.
Fridge magnet Vietnam

Tak tau panggil apa. Satu aku buat isi telekung. Satu lagi buat henbek kecik
Sapa lagi kalau bukan dari Irfa. Wuuuu.. Macih Irfa. Terharu aku. Harap harap fridge magnet tu tak jadi habuan anak-anak.

Aha.. Kalau nak tau.. Kawan kita ni dah jadi businesswoman tau. Berniaga fabric dan telekung dari Vietnam. Cantik cantik. Aku baru dapat tengok gambar. First batch dah nak sold out katanya. Tak lama lagi nak pergi lagi.

Kalau ada yang berminat nak berniaga jugak, boleh la koling koling atau meling meling Irfa atau tengok kat blog niaganya ni HajarCloset
Telekung HajarCloset
Yang terbaru ada telekung hitam katanya. Hitam tu kan menawan..

Kain cotton Vietnam pun ada. Kalau nak request jubah ke baju ke, boleh terus tanya ngan Irfa. Insya allah berbaloi baloi.

Korang dah tempah baju raya?

Daa

Isnin

Super Weekend - Program Get Fit, Stay Healthy

Assalamualaikum

Sukacita dimaklumkan, my business partner  akan mengadakan program super weekend dengan tema "Get Fit, Stay Healthy"

Program ni adalah bertujuan untuk memperkenalkan kehidupan sihat di kalangan pengunjung. Antara tarikan utama adalah seperti berikut

Special talks oleh Consultant Dietitian Indra Balaratnam dengan tajuk Discover A Healthier You. Untuk Bahasa Melayu pukul 10:30 pagi hingga 11:30 pagi. Manakala untuk Bahasa Inggeris pada pukul 2:30 petang hingga 3:30 petang

Peluang ni adalah, peluang yang tak boleh dilepaskan kerana Indra Balaratnam ni adalah merupakan President of the Malaysian Dietitians' Association. Kalau tak silap, aku search profile dia, ada 15 tahun pengalaman jadi dietitian. So, bagi yang nak mendiscover cara untuk hidup lebih sihat, boleh la datang sama-sama mendengar. Jangan lupa datang bawak buku nota :D

Just nak mention kat sini, "tiada product endorsement". Sebab dia seorang professional. So, apa yang dia cakap adalah mengenai diet secara sihat yang general. Bukan dengan product kami.

(2) Bagi yang berminat nak tengok demonstrasi product ke apa ke. Hari tersebut ada make up dan skin care punya demo, nak test pun boleh. Nak tanya itu ini pun boleh. Taknak pun takde sapa paksa. Bagi yang suka masak-masak, ada demonstrasi masak-masak dan boleh makan FREE kat situ.

Ada banyak lagi aktiviti lain.

Tempat, berdekatan dengan Digital Mall PJ. Masuk adalah PERCUMA. Bagi yang berminat, boleh email aku untuk keterangan lanjut.

Daa

Rabu

Time to Save, Spend or Invest

Assalamualaikum

Imagine there's a bank that credits you each morning with RM86,400 and each evening deletes an amount you fail to spend.

We all have this bank. It's called time.

Every morning, its credits us with 86,400 seconds. Every night, it writes off whatever portion we fail to invest to good purpose.

Many of us complain of being "time crunched". How can we spend more time? How can we save more time?

The truth is, we all receive the same 24 hours each day. It's not a question of saving or spending, but how wisely we invest.

Achievers make the most of each day. They invest their time wisely in a business/activity that helps them and others discover and fulfill their potential.

As time marches on, achievers watch their investment grow.

Make each day count. You can bank on your investment.

Sumber : Amagram January 2012

Daa

Harga rumah akan turun selepas PRU13

Assalamualaikum

Melalui pengalaman sukar diberi notis pindah keluar pada saat akhir sebenarnya membolehkan aku belajar dan mengetahui banyak perkara.

Baru tau yang ada khabar angin yang mengatakan bahawa harga hartanah sudah mula turun dan akan terus turun menjelang pilihanraya ke 13. Walau pun tak diketahui banyak mana akan turun, tapi ianya dah mula turun sedikit demi sedikit. Ramai pelabur hartanah yang dah mula jual rumah mereka, termasuk tuan rumah aku. Ramai jugak yang terpaksa turunkan sikit kadar sewa supaya rumah dapat disewakan sebelum value jatuh teruk. Contohnya rumah yang aku nak duduk.

Kalau tak silap, rumah yang aku duduk tu harga dari pemaju adalah kurang dari RM50k. Lebih kurang 10 tahun lepas. Dua hari lepas, ada seorang ejen beritahu kami yang dia baru uruskan penjualan rumah dalam kawasan kami tinggal tu. Harga jual RM200k!

Aku rasa khabar angin dan desas desus ni yang tuan rumah dengar dan agak "kalut" cari buyer untuk beli rumah.

Dalam proses aku cari rumah juga, actually harga rumah yang kami nak sewa tu sepatutnya nak disewakan dengan harga yang lebih tinggi. Tapi dengan khabar angin begitu, harga sewanya terpaksa diturunkan sedikit. Sikit je. Dalam 2-3 ratus. Still means a lot to us lah kan.

Ok. Harga rumah mungkin takkan turun mendadak. Tapi ianya sekarang dalam trend yang begitu. So bagi sesiapa yang nak cari rumah, dah boleh start belek dari sekarang dan boleh ambil peluang bila harga rumah dah jatuh banyak. Aku pun takde la expert bab rumah ni. Tapi, high cost punya rumah dikatakan akan jatuh sehingga 20-30% dari harga pasaran sekarang. So sila la perati perati. Kos sederhana tak berapa jauh larinya. Tapi siapa tahu kan.

Kadar BLR pun katanya akan menurun. Oleh sebab harga tanah dan spekulasi bagai ni sedikit sebanyak ada kena mengena dengan dasar kerajaan. So, katakanlah kalau pihak pembangkang menang dalam pilihanraya akan datang, katanya ada harapan harga rumah menurun ke tahap yang lebih munasabah berbanding sekarang. 

Wallahualam. Kena refer pada yang lebih pakar la kalau nak tau lebih lanjut. Banyak banyak lah berdoa ye.

Apa pun, ni cuma spekulasi. Aku pun share apa yang aku terbaca je.

Daa

Isnin

Year End Sales - Stock Clearance

Assalamualaikum

** Sticky Post **

Tinggal berapa hari saja lagi nak masuk tahun baru kan..Sana sini ada buat jualan murah. So sepupu yang jual cheese pun nak ambik kesempatan ni nak buat clearance sales sebelum masuk tahun baru 2013.
Cheese powder yang biasanya dijual dengan harga RM13, kini boleh di dapati dengan harga hanya RM10. Kandungan setiap bungkus adalah 200gram. Rasanya saling tak tumpah macam cheese yang digunakan kat Cheezy Wedges tu. Tawaran hanya sah sehingga 31 December 2012 dan sementara stok masih ada.

Harga tidak termasuk penghantaran.

Bagi yang nak menempuhi tahun 2013 dengan penampilan yang lebih muda. Aku pulak nak tawarkan Artistry Time Defiance Skin Refinishing Lotion dengan penghantaran PERCUMA. Pembeli terawal akan dapat trial pack Artistry Intensive Skincare Renewing Peel. Trial pack ni untuk sekali pakai je la. Tapi memang dah nampak kesan. Sangat sangat best. 

Bagi yang tak pernah dengar pasal Artistry Time Defiance Skin Refinishin Lotion ni boleh baca reviewnya di SINI. Manakala gambarnya pulak kat SINI

Untuk pengetahuan, setiap product Artistry ni datang dengan jaminan kepuasan. Di mana, kalau pelanggan dah pakai dan tak puas hati dengan product boleh dipulangkan semula untuk dapat FULL REFUND. Mungkin ada yang cakap, kalau muka jadi tak elok bukan boleh balik pada asal walau pun duit dipulangkan. Memanglah. Tapi kalau beli jenama lain tak kira mahal ke murah ke, kalau pakai muka jadi gatal gatal pun sama jugak. Dah la tu. Duit pun tak boleh dapat balik. :D

Apa pun, insya allah. Artistry Time Defiance Refinishing Lotion ni dah di sahkan selamat melalui ujian dermatology untuk semua jenis kulit dan boleh pakai kat bawah mata bagi mengurangkan garis garis halus. Sangat sangat berkesan untuk mengecilkan liang roma, melicinkan dan melembutkan kulit. Setiap botol boleh tahan 3-4 bulan (Aku pakai dua kali sehari, since September dan masih ada lagi. Rasanya boleh tahan sampai tengah bulan January nanti)

Kesannya memang dapat dirasakan hanya dengan satu aplikasi. 

Bagi yang tinggal kawasan Shah Alam, Puchong, PJ nak cuba cuba try test boleh inform. Insya Allah boleh janji kat mana-mana nak bagi cuba.

Untuk pesanan atau sebarang pertanyaan boleh email ke kesoma.rai@gmail.com

Harga aku tak letak sini. Nak tau harga kena email. Sorik!

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com