Khamis
Busuk hati punya manusia
Selasa
Macam macam ada
Ada satu kisah
Ahad
Ulasan filem ombak rindu
Semalam pergi rumah akak ipar, kebetulannya dia melanggan Astro first cerita ombak rindu. Setelah operasi membaking choc chip kitorang layanlah ombak rindu kan.heehehe
Filem ombak rindu adalah hasil dari adaptasi nlovel yang ditulis oleh Fauziah Ashari. Aku baca novel ni masa zaman aku belajar lagi. Kakak aku memang pengumpul novel tegar. Sekarang siap dah bukak kedai buku dan sewakan novel novel koleksi dia tu.
Secara ringkasnya ia mengisahkan seorang gadis kampung bernama Izah yang dijual oleh bapa saudaranya untuk dijadikan pelacur. Kemudiannya bertemu dengan Harris, anak seorang usahawan terkemuka. Harris kemudian membeli Izah setelah dirayu yang kemudiannya merayu supaya Harris mengahwininya bagi menjadikan hubungan mereka sah. Harris bersetuju setelah Izah berjanji tidak akan menuntut apa-apa dikemudian hari.
Walau pun telah menjadi isteri Harris yang sah,kehidupan Izah tidaklah bahagia. Bagaimana pun Izah tetap melayan Harris dengan baik dan dalam masa yang sama mereka saling jatuh cinta.
Harris mengakui yang dia sayangkan Izah setelah Izah cuba melarikan diri ketakutan kerana disangka mengandung. Bagaimana pun kebahagiaan mereka hanyalah sementara apabila ibu Harris mula menghidu perhubungan mereka dan berhasrat untuk mengahwinkan Harris dengan seorang model dan pelakon terkenal bernama Mila.
Erkk..aku cut short lah ek..hahahaha...
Harris dan Mila berkahwin, tetapi Harris berjanji dengan Izah bahawa dia tidak akan mensia siakan Izah. Bagai mana pun hubungan sebenar mereka berdua tetap menjadi rahsia. Izah terus makan hati apabila melihat kemesraan Harris dan Mila. Lebih malang lagi apabila Harris cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Izah telah dihalau oleh Datuk Sufiyah,ibu Harris dan segala barangan yang dibelikan oleh Harris telah dirampas. Datuk Sufiyah mengambil kesempatan itu untuk meracuni fikiran Harris dengan mengatakan bahawa Izah telah curang.
Harris datang untuk bertemu dengan Pak Dollah dan terjumpa dengan Izah. Izah memeluk Harris dengan gembira tetapi Harris yang telah termakan fitnah ibunya telah menolak Izah danberjanji tidak akan menceraikan Izah dan terus hidup gembira dengan Mila. Izah yang tidak tahu apa-apa cuba mengejar tetapi terjatuh dan mengalami pendarahan. Ohhh..lupa nak bagitau.. Izah mengandung X-P
Pak Dollah yang tidak sanggup melihat Izah diperlakukan sedemikian rupa telah datang ke rumah Harris dan menceritakan hal sebenar. Termasuklah kenyataan bahawa Harris sebenarnya adalah anak beliau yang di"pinjamkan" atas dasar simpati kepada bapa Harris yang juga sahabat baiknya. Harris walau pun sukar menerima hakikat tersebut terpaksa menerima kenyataan. Kemudian datang mencari Izah di kampungnya. Kandungan Izah selamat. Manakala Mila mengambil keputusan untuk mengundurkan diri setelah mengetahui perihal sebenar.
Ok...sebenarnya aku tengok takat tu je. Patut da habisla kannn...hehehe
Ulasan aku :
Secara keseluruhannya aku rasa cerita ni patut di rate kan sebagai 18SX. Banyak scene yang terlebih mesra sampai laga-laga pipi cium pipi yang boleh tengok dalam ni. Aku tak salahkan pengarah sebab tak boleh nak adapt cerita ni dengan baik. Tapi aku rasa dari segi emosinya, penderitaan Izah yang digambarkan dengan baik berbanding dalam novel. Sedangkan aku rasa nak gambarkan dengan lakonan mungkin lebih mudah dari mengajak orang beremosi melalui penulisan. So aku sikit pun tak sedih semalam.
Dari segi setting cerita tu aku bercelaru sikit dengan lokasi rumah rumah tu. Paling aku tak boleh tahan masa kejar mengejar Izah dengan Harris. Seb bajet gila pakai four wheel, dahla tu. Orang dalam tu cedera parah tapikereta kemik pun tidak.
Maybe orang kata nak komen senang la..tapi tu lah...aku faham jugak kenapa penulis cerita ni, fauziah tu tak puas hati.. Aku yang pembaca pun tak puas hati. Watak Mila lakonan Lisa Surihani tu di adaptasi mengikut perwatakan Lisa Surihani yang lemah lembut. Seingat aku watak Mila tu lebih agresif dari tu. Dan keseluruhannya penulis skrip ambik permulaan dan pengujung novel untuk di adaptasikan. Bahagian personal development Izah kat tengah tengah tu cuma sikit je dia sentuh.
Maybe cerita ni diselamatkan oleh penggunaan Aaron Aziz sebagai watak Harris. Maklumlah...org lawa..
Apa pun..selamat tahun baru..
Daa
Jumaat
Hidup tanpa sempadan
Salam Jumaat. Minggu ni kita cuti panjang lagi..
Satu ketika dulu aku pernah post satu kisah pasal seorang mamat yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki. Nick Vujicic. Siapa yang biasa pergi motivation seminar mungkin biasa dengar kisah mamat ni.
Video dia adalah antara video favourite aku. Dan everytime aku rasa down sebab something yang bother aku ke apa ke. Aku tengok video dia dan ingatkan diri aku yang aku kena bangun jugak walau apa pun berlaku. Mostly kata-kata dia memang jadi inspiration buat aku. Bayangkan dia yang tak ada tangan tak ada kaki. Hobi dia adalah swimming, golfing dan fishing. Kalau ada masa please please tengok video dia. Aku yakin. Lepas tu kita akan menjadi manusia yang lebih bersyukur dengan apa yang kita ada berbanding whining tentang apa yang kita tak ada.
Dalam masa yang sama. Sebelum mengalah dalam apa juga yang kita buat bandingkan diri kita dengan dia yang tak ada tangan kaki tapi boleh buat something yang beyond manusia normal punya imagination.
Selasa
Miang macam lalat merah!
Masa aku kecik dulu, kalau kitorang buat perangai mengada-ngada mesti mak aku kata. "Macam lalat merah!" Mungkin mak aku maksudkan anak lalat gamaknya.. Hehehe.. Mak aku memang ada bahasa kampung dia yang tersendiri yang cuma orang kampung dia je paham. Contohnya macam langu, kepai, dan banyak lagi. Yang uniknya. Sampai sekarang mak aku masih lagi bebas mencipta perkataan ikut sedap mulut dia. Dan kitorang adik beradik boleh paham walau pun dengar perkataan tu pertama kali. Hahaha. Hebat dak orang Ayer Baloi.
Sekarang ni kat TV8 ada ditayangkan cerita My Princess. Aku duk biang-biang keladi tengok cerita tu lah. Sambil tengok sambil tersenyum simpul persis anak dara tengah tunggu pinangan boifren. Sekarang aku dalam misi meracun shujin untuk belikan aku DVD cerita tu since aku nyampah nak dengar orang Korea speaking mandarin. Haih! Tak feeling betul. Dah la aku memang dah lama keminatan dengan mamat heronya tu. Since dari tengok dia berlakon dalam cerita Summer erkk..Summer ape tah. Lupa..
Doakan aku berjaya meracun shujin. Dia dah kata hero tak hensem. Ceh! Tinggi betul standard hensem dia tu. Tapi kakak Lee Seol tu comel kan kan.. Hikss.. Malam ni tak bulih tengok pasal ada appointment :(
Huuu...
Rabu
Suami isteri sebagai satu kumpulan
Bagi wanita yang bergelar ibu dan isteri. Aku ada satu soalan. Kalau anak nak satu barang, permainan contohnya. Menangis sampai berguling-guling anak kesayangan duk mintak. Kalau suami korang tak setuju nak belikan benda tu untuk anak korang adakah korang
(2) Redha. Pujuk anak.
(3) Janji dengan anak yang korang sendiri akan belikan
Jelingan budak baru bangun tidur. *abaikan persekitaran yg bersepah :P |
Jawapan korang ni sedikit sebanyak akan menentukan sikap dan tingkah laku anak korang bila diorang dah besar nanti. Jangan salahkan budak tu. Semuanya adalah berpunca dari mak ayah tu sendiri.
Kalau jawapan
(1) Besar kemungkinan anak akan menjadi anak yang kurang rasa hormat pada ayahnya.
(2) Besar kemungkinan dia akan menjadi anak yang faham dan tahu tak semua benda dalam dunia ni dia boleh dapat
(3) Besar kemungkinan anak akan lebih sayangkan korang sebagai maknya dan setiap apa yang diorang nak diorang akan mintak dengan ibu
** Nota penting : Ini teori aku semata-mata. Mungkin pendapat korang lain. Tak semestinya sama ngan aku. Aku tak kata aku betul ok. Ni adalah cara aku. Tak sama ngan orang lain
Sebagai isteri dan ibu, seorang wanita tu memikul tugas yang penting dalam mencorakkan tingkah laku anak-anak. Dalam hal macam ni, bagi aku seorang isteri wajib mendahulukan suami dia. Apa pun keputusan suami dia. Kalau sekali pun dia tak setuju. Jangan tunjuk depan anak-anak yang korang tak sefahaman dalam buat apa-apa keputusan yang macam ni. Tapi kalau takat nak pilih makan kat kedai mana tu tak sefahaman takpe lah kot. :D
Anak-anak akan perhatikan tingkah laku mak bapak dia. Kalau lah seorang anak tu tengok mak dia bantah keputusan ayah dia secara terang terangan. Dia akan baca yang mak dia lebih berkuasa buat keputusan. Sedikit sebanyak anak-anak akan hilang rasa hormat pada ayah dia.
Begitu juga kalau korang janji ngan anak yang korang sendiri akan belikan benda tu untuk anak-anak. Bagi aku, ini bukan soal duit ringgit. Tapi berkaitan dengan team work. Suami dan isteri kena tunjuk dengan anak-anak yang mereka adalah satu kumpulan. Ayah sebagai ketua kumpulan. Bukanlah bermaksud semua keputusan ayah tu betul dan wajib ikut. Tapi tak boleh tunjuk dengan anak macam seolah-olah mak lebih berkuasa dan mak boleh overwrite keputusan ayah bila-bila masa.
Sekali pun ada bantahan, kena buat secara berhemah. Berbincang. Lihat pro dan cons bersama-sama. Bagi anak tu faham kenapa ayah tak belikan barang tu. Bukan dalam soal barang je. Ini apply jugak bila anak buat salah. Salah seorang akan bertindak sebagai orang yang marah-marah. Tapi sorang lagi jangan sekali kali back up anak. Nanti anak akan naik lemak. Dia tau bila dia buat salah akan ada orang back up dia. Later, sikap ni akan diorang bawak sampai besar. So jangan salahkan anak kalau anak tak dengar cakap. Tengok macam mana kita sebagai mak bapak bagi didikan pada dia.
Tapi jangan jugak mengapi-apikan yang tengah marah tu. Nanti lain jadinya. Lebih baik berdiam diri. Nasihat anak dengan lembut, tapi dalam masa yang sama kena sampaikan pada anak bahawa "diorang memang salah", dan kena bagitau apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Kalau marah semata-mata, tapi anak tak faham apa yang sepatutnya dia buat, di masa depan dia akan ulang kesilapan yang sama.
Daa
Selasa
Rumah Hantu Terbesar Di Dunia - Mesti pergi!
![]() |
Hospital berantu |
![]() |
Hati-hati jengah bilik ni, nanti tetiba orang nyamar jadi hantu kejar |
![]() |
Ni kot mamat yang kejar aku tu |
Siapalah kita nak dibandingkan dengan mamat ni
Tiap kali aku tengok clip video ni aku rasa malu gila. Aku malu sebab kadang-kadang aku jeles bila tengok apa yang orang lain ada tapi aku tak ada. Bukan aku tak bersyukur. Tapi biasalah manusia ni. Suka tengok kelebihan orang lain. Kalau dari segi ibadat memang kita kena tengok orang lain lebih dari kita. Baru datang sikap nak berlumba-lumba masuk syurga tu. Tapi kalau jeles dengan kelebihan material dan keduniaan. Akan aku cuba kurang-kurangkan.
Nama mamat ni Nick Vujicic. Dilahirkan tanpa tangan dan kaki. Antara kata-kata hikmat dia adalah "It matters how you're gonna finish. Are you gonna finish strong?"
Nick graduated from college at the age of 21 with a double major in Accounting and Financial Planning mengalahkan orang biasa yang nak habiskan satu major pun semput..huhu... He began his travels as a motivational speaker, focusing on the topics that today's teenagers face. He also speaks in the corporate sector, although his aim is to become an international inspirational speaker, in both Christian and non-Christian venues. He regularly travels internationally to speak to Christian congregations, schools, and corporate meetings. He has spoken on four continents (Africa, Asia, Australia, and North America), in over twelve countries, and to over two million people face-to-face.
By the age of 25, Nick hopes to become financially independent kita yang cukup tangan kaki ni umur 25, jangan kata financially independent. Ada lagi yang duk perabih beras mak bapak lagi. He wishes to promote his words through shows like The Oprah Winfrey Show, as well as by writing books. His first book, planned for completion by the end of 2009, is to be called No Arms, No Legs, No Worries!
A DVD, Life's Greater Purpose, is available on the Life Without Limbs website. Most of the DVD was filmed in 2005, featuring a brief documentary about his home life, and how he does regular things without limbs. The second part of the DVD was filmed at his local church in Brisbane, and was one of his first professional motivational speeches.
His secular DVD "No Arms, No Legs, No Worries" is available online through his corporate motivational speaking company "Attitude Is Altitude."
Nick's first worldwide television interview, featured on 20/20 (ABC) with Bob Cummings was aired on March 28, 2008.
Orang takde tangan kaki pun matlamat nak financially independent by umur 25. Aku nak masuk three series pun masih duk harap keja makan gaji. Bukan aku kata hina sangat keja makan gaji. Tapi renung-renungkan lah. Kita tak tau apa nak jadi pada diri kita suatu hari nanti. Siapa tahu hari ni kita ada tangan kaki, esok lusa Allah ambik balik tangan kaki kita? Adakah kita akan jadi sekuat mamat ni? Setabah hamba Allah yang namanya Nick Vujicic. Adakah kita akan jadi manusia yang kufur menyalahkan takdir? Dunia tak adil? Sementara diberi peluang. Usahalah bersungguh-sungguh. Di samping, jangan lupa jadi manusia yang bersyukur.
Review Juvana episod terakhir TV3
Sebenarnya cerita juvana ni aku takde la tengok tetiap episod. Asyik missed je sebab aku tak suka sangat tengok berita TV3. Aku tengok TV9. So da pukul 9 tak perasan. Tapi semalam diorg kepoh-kepoh kata Juvana nak episod akhir dah aku pun memaksakan diri aku tengok berita TV3. Berkobar jugak la. Pukul 9 tepat aku terpacak dah depan TV3.Hahaha..
Mungkin aku kurang layak nak bagi review sebab aku tengok beberapa episod je (termasuk episod pertama dan terakhir..hehe) Tapi aku nak jugak review sikit-sikit.
Aku tak berapa nak faham kenapa yang Cikgu Ariffin yang sampai suku episod tu dia join geng Tuan Raja tu tiba-tiba berpaling tadah selamatkan Cikgu Zakiah. Dari segi plot tak berapa nak saspen bila semua nak lari tapi kena tangkap balik tu aku rasa ok dah. Tapi agak kurang logik bagi Daim yang kena tikam dengan Botak kat tepi pinggang tu boleh bertahan sampai malam. Biasanya orang kena tikam kalau tak cepat-cepat pergi hospital boleh pengsan sebab hilang banyak darah. Berdasarkan pengalaman aku la. Damia luka aritu pun tidur sepanjang malam sebab hilang banyak darah. Tapi Daim siap boleh berdiri tegak elok je masa polis sampai tu. Siap takde ambulans datang ambik pun. Caya lah.
Bagi aku dari segi endingnya yang happy ending untuk Daim tu takde masalah. Tapi aku tak best sebab endingnya terlalu typical (Daim tu jadi cikgu mengajar kat situ. siap pakai sunglasses datang melapor diri.ceh!! poyo gila) Aku rasa ending akan lebih menarik lagi kalau dia tunjuk apa jadi kat semua bebudak yang duduk dalam tahanan tu selepas 10 tahun. Macam ala-ala cerita grid iron gang gitu. Ye lah. Secara realiti nya tak semua budak yang keluar dari tahanan tu akan jadi baik. Ada yang jadi lagi jahat. Ada yang jadi baik. Ada yang masuk penjara.
Untuk sebuah cerita melayu. Endingnya semua orang pun suka. Nasib baik dia tak tunjuk yang Tuan Raja tu tetiba jadi gila kan. Kalau tidak memang confirm jadi cam typical cerita melayu punya ending. Hahaha..
Daa
Khamis
harga petrol turun..yeyeh~
Hehehe...bukan kat Malaysia laaa :P Bila la minyak kat Malaysia nak turun pulak kan...
Isnin
Mengulangi kegilaan zaman remaja
Bila aku balik Malaysia aku menyambung kegilaan game aku tu dengan game PS2 husband. Aku suka gila main game macam Disgaea, Orochi dan banyak lagi. Banyak cd yang kitorg kumpul. Bila dah kawin kitorang stay up sampai jauh malam main PS2 sama-sama. Kalau esoknya Sabtu, sanggup tak tidur main game. Memang game addict gila la. Yang sedihnya bila Aqil lahir, PS2 tu rosak.
Now husband pun da beli PSP untuk ganti PS2 dia. Aku bengang je bila dia asyik main PSP dia sbb PSP bukan boleh main sama-sama macam PS2. Tu yang tak best tu. Tapi sepanjang hujung minggu baru ni husband teman aku sengeh2 tengok drama korea. Seronok juga sesekali mengulangi kegilaan zaman remaja kan..Stay up jejauh malam tengok drama. Haha..
Bon Kerajaan Malaysia?
Jumaat
Belajar dari Jepun
![]() |
Google picture |
Bayangkan, pekerja yang exposed pada radiation masa insiden di Chernobyl dulu semuanya mati dalam keadaan yang sungguh seksa. Mostly menderita bertahun-tahun sebab kesan radiasi menyebabkan diorang sangat vulnarable pada jangkitan penyakit. Terutamanya kanser. Knowing this, 50 pekerja tu membahayakan masa depan masing-masing untuk kepentingan masyarakat. Sayangnya diorang ni bukan Muslim. Rasanya kalau the same thing happen to Malaysia (ye la..kan kerajaan nak buat nuclear power plant kat Malaysia kan..) ada tak agaknya orang-orang yang sanggup bekorban macam tu. Aku sangat kagum dengan sikap rakyat Jepun yang satu ni. Bagi diorang individu perlu bekorban untuk kepentingan ramai.
Selain dari tu, satu sikap yang perlu kita contohi jugak adalah disiplin diorang. Dalam keadaan yang sangat terdesak macam ni pun diorang sangat-sangat berdisiplin. Beratur beli makanan, tak berasak-asak. Kalau yang bawak kereta pulak, jalan penuh dengan kereta pun saling hormat menghormati. Takde hon sana hon sini. Kalau tengok kat blog, rata-rata puji Jepun sebab dalam keadaan disaster di mana pengawalan keselamatan kurang, dan banyak rumah di kawasan yang affected tu ditinggalkan. Takde pun kes-kes kecurian ke cubaan mencuri. Malah, ramai yang tinggal di kawasan tak terlibat secara langsung dengan tsunami tu yang menghulurkan bantuan dalam bentuk derma dan kurangkan penggunaan elektrik untuk kepentingan bersama. Malah banyak kedai dan pasaraya yang berlumba-lumba turunkan harga barang. Malah ada yang bagi free. Percuma!! Rasa macam satu fenomena yang sangat susah dan mungkin mustahil nak nampak kat Malaysia ni. Mungkin sebab Malaysia bukan sebuah negara yang selalu terdedah pada natural disaster kita tak terasa sangat. Tapi kalau berlaku kat Malaysia, harga barang mungkin akan naik berganda-ganda sebab permintaan yang melambung. Masa untuk buat duit bagi orang yang berniaga. Senang tengok contoh masa bulan puasa. Kuih-muih kecik tapi harga sama, atau saiz sama tapi harga mahal. Sedangkan patutnya bulan puasa la nak buat amal. Sedekah lebih sikit. Ambik untung sikit jadi lah. Tapi ramai yang lebih suka untung dunia dari untung akhirat.
Sori lah. Aku takde niat nak perkecilkan Malaysia atau bangga sangat sebab aku pernah duduk sana. Tapi aku sangat-sangat kagum dan pelik macam mana diorang train masyarakat diorang untuk jadi satu masyarakat yang sangat-sangat berdisiplin. Beratur naik train. Bayangkan, muka ganas gila, tindik sana sini. Beratur naik bas. Takde nak tolak-tolak ke apa. Atas jalan rasa yang sangat sesak, takde langsung bunyi hon. Lepas tu mamat yang muka ganas tadi tu pulak,bila waktu ada musibah macam ni, jumpa donation box, bukak wallet keluarkan duit untuk donate.
Antara message dari Twitter yang aku ambik dari sebuah blog
(1) At Tokyo Disneyland:
http://twitter.com/unosuke/status/46376846505426944
Tokyo Disneyland was handing out its shops’ food and drinks for free to the stranded people nearby. I saw a bunch of snobby looking highschool girls walking away with large portions of it and initially though “What the …” But I later I found out they were taking them to the families with little children at emergency evacuation areas. Very perceptive of them, and a very kind thing to do indeed.
(3) At a congested downtown intersection …
http://twitter.com/micakom/status/46264887281848320
Cars were moving at the rate of maybe one every green light, but everyone was letting each other go first with a warm look and a smile. At a complicated intersection, the traffic was at a complete standstill for 5 minutes, but I listened for 10 minutes and didn’t hear a single beep or honk except for an occasional one thanking someone for giving way. It was a terrifying day, but scenes like this warmed me and made me love my country even more.
(7) Reminded of the goodness of the Japanese people
http://twitter.com/VietL/status/46376383592677376
This earthquake has reminded me of that Japanese goodness that had recently become harder and harder to see. Today I see no crime or looting: I am reminded once again of the good Japanese spirit of helping one another, of propriety, and of gentleness. I had recently begun to regard my modern countrymen as cold people … but this earthquake has revived and given back to all of us the spirit of “kizuna” (bond, trust, sharing, the human connection). I am very touched. I am brought to tears.
(14) Japanese people don’t shove
http://twitter.com/HASUNA_Natsuko/status/46331839136276480
I'm looking at Yurakucho station from above. I see people standing in line, not pushing or shoving to get onto the Yamanote Line (probably the busiest line in central Tokyo), even at a time like this!
(15) The bakery lady
http://twitter.com/ayakishimoto/statuses/46403599743451136
There was a small bread shop on the street I take to go to school. It has long been out of business. But last night, I saw the old lady of the shop giving people her handmade bread for free. It was a heart-warming sight. She, like everyone else, was doing what she could to help people in a time of need. Tokyo isn’t that bad afterall!
(16) Japan is a wonderful nation!
http://twitter.com/tksksks/statuses/46403815397801984
Both the government and the people, everyone is helping one another today. There are truck drivers helping evacuees move. I even heard that the “yakuza” (gangsters, organized crime groups) are helping to direct traffic in the Tohoku region! There have been many recent developments that have made me lose my sense of pride in my country, but not anymore. Japan is an amazing place! I’m just simply touched. Go Japan!
(20) Gotenba traffic
http://twitter.com/Raaaaayuu/statuses/46392890313801728
Japan is really something! Yesterday, not a single traffic light was functioning in Gotenba City. But drivers knew to take turns at intersections and give way to others when needed. Local people were using flags to direct traffic at intersections. I drove for 9 hours but never saw a single car trying to get in front of another. Every single driver on the road contributed to the traffic situation and as a result there was no confusion at all.
(22) A strong Japan
http://twitter.com/dita_69/status/46309373458382849
Suntory Beverages has set up free vending machines. Softbank Telephone services is offering free Wifi spots. Everyone in Japan is putting everything they can into helping one another. Japan is also now receiving aid from abroad. Compared to the Kobe earthquake, when Japan took too long to contemplate accepting foreign aid or dispatching the self-defense force to join the rescue effort, Japan has definitely grown into a far stronger nation. Be strong, everyone!
(29) I just have a bike
http://twitter.com/hikaru_star/statuses/46332900928532480
I’m so touched! My colleague at my part time job, wanting to help even just one extra person, wrote a sign saying “I just have a bike, but if you don’t mind hop on!”, rode out on his motorbike, picked up a stranded construction worker and took him all the way to Tokorozawa! Respect! I have never felt so strongly that I want to do something helpful for others.
(35) On the platform
http://twitter.com/masa_kisshie/statuses/46323838316843008
The Oedo Subway Line for Hikarigaoka is very congested. On the platform and at the gate there are just crowds and crowds of people waiting for the train. But in all the confusion, every last person is neatly lined up waiting his or her turn while managing to keep a passage of space open for staff and people going the other way. Everyone is listening to the instructions from the staff and everyone acts accordingly. And amazingly … there isn’t even a rope or anything in sight to keep people in queue or open space for staff to pass, they just do! I am so impressed at this almost unnatural orderliness! I have nothing but praise for these people!
(43) Same boat!
http://twitter.com/ryoshun49/statuses/46605524434821120
Last night, Aobadai station was jammed with stranded people unable to get home. But there were private cars with drivers shouting “If you’re going in the direction of ****, please hop on!” I was able to hitch a ride on one of them. When I thanked the driver, he replied “No worries! We’re all on the same boat. We have to stick together!”
If this kind of disaster happened to our country, do you think :-
* we can be as calm as the Japanese?
* we can be as considerate as the Japanese?
* we can be generous enough to share and give everything that we have to the in need?
* we can easily let strangers hitch-hike our car?
* the shops will sell things for cheaper price or even giving away free foods to the customers?
* we can stay calm and still follow orders?
Baca tentang how serious the nuclear meltdown - SINI
Update - Sorry ada info yang agak tak benar dalam statement aku di atas. Menurut kawan aku kat Jepun, sekarang ni bukan 50 volunteer dah. Polis, bomba, tentera semua pun tolong. 50 volunteer tu aku ambik dari berita kat MSNBC. huhu. Kemudian, yang terbaru mereka da berjaya sambungkan kabel utk hidupkan semula cooling system reaktor tersebut. So, kita doa doa lah semoga semuanya berjalan lancar. - 22/03
Sabtu
Earthquake in Japan
"The quake struck at 2:46 p.m. local time at a depth of 15 miles and about 80 miles off the coast of Miyagi Prefecture, a mostly rural but still densely populated part of Honshu, Japan's largest island.
Tokyo which is also on Honshu and about 230 miles south of the epicenter - appeared to escape extensive damage, although some fires were reported and buildings shook violently for several minutes during the initial quake. At least 2 million people were without power in the capital.
Workers and residents fled from buildings and refused to return indoors, terrified by the aftershocks that continued for hours. In all, Japan felt dozens of aftershocks, some as strong as a 7.1 magnitude.
As one of the world's most earthquake-susceptible countries, Japan has invested significant resources in preparing itself. A strict building code enacted in 1981 requires structures to be built using ductile reinforced concrete, which provides flexibility that can help withstand significant tremors."
Aku masih ingat masa gempa bumi kat Acheh masa tu aku masih kat Jepun. Actually at the same time, there was a big earthquake at Japan but smaller compare with those in Acheh. I can't remember which part of Japan yang kena teruk masa tu sbb almost every month ada earthquake but the area yang affected masa tu bertukar menjadi big dam sebab ada empangan pecah. If i not mistaken la..Almost all the citizen yang tinggal dalam bandar tu terpaksa berpindah.
However, now the concern not only about the earthquake or the tsunami. Japan kaya dengan nuclear power plant. One of the power plant has two reactor are losing the ability to cool down. They fear the Fukushima Dai ichi nuclear power plant will explode. Death toll are rising. Lets pray for the safety of our friends in Japan.
Isnin
Hantaran Zaman sekarang
Emak kepada Mat : "Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."
Emak kepada Minah : "Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu..... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."
Mat : "Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"
Gambar takde kena mengena..bujangku yang ku pakaikan tudung..hihihi |
Jumaat
Ada apa dengan C
![]() |
Rupa acerola cherry masak |
Buah yang da masak manis rasanya sebab vitamin c da berubah jadi gula. Sebab tu peladang-peladang nutrilite ambik ceri acerola tu masa belum masak sebab kalau da masak vitamin c nya da makin kurang.
Aku bukan jenis rajin makan supplement unless aku nampak perubahan pada diri aku lepas makan supplement tu. sebab tu bila orang suggest kat aku apa2 jenis supplement, aku cuba, lepas beberapa ketika aku tengok takde perubahan positif aku pun malasss nak continue. terbengkalai la supplement tu. So perkara yang menyebabkan aku ni sungguh suka nak menelan berbiji-biji Bio-C nutrilite ni setiap hari adalah kerana aku rasa banyak perubahan positif yang aku rasa selepas consume benda ni..Antaranya adalah aku ni ada sipi-sipi kena resdung (family trait ). Bila kena selesema je mesti parah gila boleh sampai berminggu-minggu tak baik-baik. Sampai ada ketika aku ada bau busuk kat hidung aku. Horror kan..hehehe..Bila aku start makan Bio-C ni bila tekak mula gatal ke, mula bersin-bersin sikit, aku terus ambik extra dose. Kalau biasa ambik sebijik sekali, aku ambik 3-4 biji - 3 kali sehari sampai simptom reda. Last sekali aku kena selesema aku tak pegi klinik, aku just ambik extra dose Bio-C. Hari keempat aku fully recover tanpa perlu makan piriton.
Selain tu someone yang aku kenal ada masalah batu karang (yg kecik2). So aku cuba bagi dia makan Bio-C di samping bagi minum jus lemon segar+olive oil. Since then memang takde masalah tu. Aku pun terkejut gak sebenarnya sbb tak sangka berkesan. Tapi till date si polan itu masih meneruskan ambik Bio-C.
Dan antara yang menggembirakan aku dan menambah kerajinan aku nak makan Bio-C ni adalahhh tekstur kulit aku semakin baik sejak amalkan makan Bio-C 2 biji 3 kali sehari (kadang-kadang missed jugak..hihi..tapi biasanya paling sikit pun 4 biji sehari..) Setiap tablet mengandungi 250mg vitamin c. so 4 biji tu dapat 1000mg la..Cik Abang pun tegur tentang kulit ku itu.Istiqamah la nampaknya sbb aku dari dulu lagi ada masalah kulit kering melampau.
Nanti bila-bila aku rajin aku sambung tentang kebaikan lain vitamin c secara general. Insya allah.
Isnin
Berita sedih sebelum raya
Sabtu
Bantal buchuk
Memandangkan bantal-bantal sendal Aqil tu dah tak ada kegunaannya kononnya kami nak bagi kat adik pulak. So tak payah nak beli bantal baru..Tup tup bila keluarkan bantal tu dari tempat persembunyiannya jadi bantal buchuk Aqil pulak. Ke sana ke mari duk usung bantal tu. Tak sampai ati pulak nak merampas kebahagiaan budak kecik baru kenal bantal buchuk. Hehehe..
Takpe lah..nanti ibu dengan ayah beli bantal lain untuk adik ok.
--Lamanya tak upload gambar Aqil.
Hotaru no haka
Synopsis dari wikipedia
Taking place toward the end of World War II in Japan, Grave of the Fireflies is the tale of the relationship between two orphaned children, pre-teen Seita (清太) and his young sister Setsuko (節子). The children lose their mother in the firebombing of Kobe, and their father serving in the Imperial Japanese Navy, and as a result are forced to try to survive amidst widespread famine and the callous indifference of their countrymen, some of whom are their own extended family members.
The movie begins in Sannomiya Station and portrays Seita, in rags and dying of starvation. A janitor comes and digs through his things, and finds a candy tin containing ashes and bones. He throws it out, and from it springs the spirit of Setsuko, Seita, and a cloud of fireflies. The spirit of Seita continues to narrate their story, which is, in effect, an extended flashback to Japan at the end of World War II, during the Kobe firebombings. Setsuko and Seita, the two siblings, are left to secure the house and their belongings, allowing their mother, who suffers from a heart complaint, to move to a bomb shelter. They are caught off-guard by firebombs dropped in their neighborhood, and although they survive unscathed, their mother is caught in the air raid and dies from her burns. Having nowhere else to go, Setsuko and Seita move in with a distant aunt, who allows them to stay but convinces Seita to sell his mother's kimonos for rice. While living with their relatives, Seita goes out to retrieve leftover supplies he had buried in the ground before the bombing. He gives all of it to his aunt, but hides a small tin of fruit drops, which becomes a recurrent icon throughout the film. Their aunt continues to feed and shelter them but as they gradually begin to run out of rice and food, she abruptly becomes increasingly cold and resentful. During breakfast one day, she openly remarks on how they do nothing to earn the food she cooks for them or help around the house and have outstayed their welcome.
Seita and Setsuko finally decide to leave and move into an abandoned bomb shelter. What begins as an optimistic new lease on life gradually grows grim as they run out of rice, and Seita is forced to steal crops from local farmers and loot homes during air raids. When he is caught stealing sugar, he realizes his desperation and takes an increasingly ill Setsuko to a doctor, who informs him that Setsuko is suffering from malnutrition but offers no help or advice. In a panic, Seita withdraws all the money remaining in their mother's bank account, but while at the bank he learns of Japan's unconditional surrender to the Allies and the probable death of his father. He returns to the shelter with large quantities of food, only to find a dying Setsuko hallucinating, sucking buttons as if they were fruit drops. Setsuko offers Seita 'rice balls' which are really only dirt clods. Seita gives her a bite of watermelon and hurries to cook some food, but she "doesn't wake up." Seita uses supplies donated to him by a farmer to cremate her, and puts some of her ashes in the fruit tin which he carries with his father's photograph until his death in the train station on September 21, 1945.
At the end of the film, the spirits of Seita and Setsuko are seen, no longer raggedy and emaciated but healthy and well-dressed, sitting side-by-side as they look down on the modern-day city of Kobe.
Moral of the story ni adalah of course supaya kita sentiasa menghargai keamanan yang kita sedang nikmati. Selain dari tu, menunjukkan betapa selfish nya manusia ni, walau pun towards sedara mara sendiri. Bila ada kepentingan berbaik-baikla..Bila takde kepentingan pertalian darah tu buang kat tepi. Apa lagi masa zaman-zaman sukar macam tu.Aku takde la ada pengalaman pahit berkaitan dengan sedara mara ni. Tapi memang hati batu la kalau sapa tak menangis tengok cerita ni. Sungguh sedih..Tengok banyak-banyak kali pun sedih.. teringat pun sedih. (Maybe aku yang sensitif sangat kot sejak2 jadik ibu ni..hehehe)
Emosi sungguh...
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com